subjek pendidikan moral ditambah baik

6
yb 1 Kejayaan kita tarik perhatian SEAMEO YB Datuk Seri Mahdzir Khalid Malaysia membuka dimensi baharu dengan menyediakan peluang pendidikan vokasional yang lebih luas kepada pelajar pada usia 13 tahun atau Tingkatan Satu. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, akses yang lebih luas itu bukan sahaja dapat menyediakan sumber manusia mahir, bahkan berjaya mengurangkan kadar keciciran. Beliau berkata, selain memperkenalkan asas mata pelajaran vokasional untuk pelajar Tingkatan Satu hingga Tiga, Kementerian Pendidikan menaik taraf Sekolah Vokasional menjadi Kolej Vokasional (KV). Menurutnya, lulusan KV mendapat Diploma Vokasional yang setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mereka boleh terus bekerja atau menyambung pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Datuk Seri Mahdzir berkata, kejayaan negara yang dikongsi ketika Dialog Strategik Menteri Pendidikan Ke-2 (SDEM2) itu menarik perhatian anggota Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO). Sumber: Berita Harian, 29 April 2016 SEHATI SEJIWA Subjek Pendidikan Moral ditambah baik YB Datuk Seri Mahdzir Khalid Kementerian Pendidikan akan menambah baik dan memperkenalkan lagi subjek Pendidikan Moral dalam silibus pembelajaran di sekolah termasuk menimbang keperluan memperkenalkannya di peringkat prasekolah. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, langlah itu juga sebagai penambahan pengukuhan nilai murni melalui pendidikan formal di sekolah walaupun silibus Pendidikan Moral ketika ini sudah ada penerapan nilai sedemikian yang sama seperti pendidikan sivik. Beliau berkata, Pendidikan Sivik tidak perlu diperkenalkan di sekolah kerana Pendidikan Moral sudah mencakupi apa yang ada dalam mata pelajaran sivik. Bagi pelajar Islam, ia diperkukuhkan lagi melalui Pendidikan Islam. Sumber: Berita Harian, 19 April 2016 Maklumat dan Pertanyaan Perpustakaan Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Aras 1 Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya Email: [email protected] http://www.moe.gov.my Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284 April 2016 1 BPPDP BIL. (04) 2016 EDISI APRIL Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016

Upload: doandat

Post on 28-Jan-2017

254 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Subjek Pendidikan Moral ditambah baik

yb

1

Kejayaan kita tarik perhatian SEAMEO

YB Datuk Seri Mahdzir Khalid

Malaysia membuka dimensi baharu dengan menyediakan

peluang pendidikan vokasional yang lebih luas kepada pelajar pada usia 13 tahun atau Tingkatan Satu. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, akses yang lebih luas itu bukan sahaja dapat menyediakan sumber manusia mahir, bahkan berjaya mengurangkan kadar keciciran. Beliau berkata, selain memperkenalkan asas mata pelajaran vokasional untuk pelajar Tingkatan Satu hingga Tiga, Kementerian Pendidikan menaik taraf Sekolah Vokasional menjadi Kolej Vokasional (KV). Menurutnya, lulusan KV mendapat Diploma Vokasional yang setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mereka boleh terus bekerja atau menyambung pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Datuk Seri Mahdzir berkata, kejayaan negara yang dikongsi ketika Dialog Strategik Menteri Pendidikan Ke-2 (SDEM2) itu menarik perhatian anggota Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO).

Sumber: Berita Harian, 29 April 2016

“Utamakan kesihatan ketika suhu panas

kesan daripada fenomena El-Nino”

SEHATI SEJIWA

Subjek Pendidikan Moral ditambah baik YB Datuk Seri Mahdzir Khalid

Kementerian Pendidikan akan

menambah baik dan memperkenalkan lagi subjek Pendidikan Moral dalam silibus pembelajaran di sekolah termasuk menimbang keperluan memperkenalkannya di peringkat prasekolah. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, langlah itu juga sebagai penambahan pengukuhan nilai murni melalui pendidikan formal di sekolah walaupun silibus Pendidikan Moral ketika ini sudah ada penerapan nilai sedemikian yang sama seperti pendidikan sivik. Beliau berkata, Pendidikan Sivik tidak perlu diperkenalkan di sekolah kerana Pendidikan Moral sudah mencakupi apa yang ada dalam mata pelajaran sivik. Bagi pelajar Islam, ia diperkukuhkan lagi melalui Pendidikan Islam.

Sumber: Berita Harian, 19 April 2016

Maklumat dan Pertanyaan Perpustakaan Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Aras 1 Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya

Email: [email protected] http://www.moe.gov.my Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284

April 2016

1

BPPDP BIL. (04) 2016

EDISI APRIL

Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016

Page 2: Subjek Pendidikan Moral ditambah baik

Konsep bawa peranti sendiri tarik perhatian

Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof

Kementerian Pendidikan tertarik dengan

pendekatan Sekolah Dasar Sabang yang melaksanakan konsep bilik darjah digital dengan kerjasama komuniti setempat. Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Khair Mohamad Yusof berkata, sekolah itu menggunakan prinsip ’bawa peranti sendiri’ iaitu murid menggunakan alat teknologi dengan membawa peranti sendiri seperti tablet, e-book dan komputer riba dari rumah dengan persetujuan ibu bapa untuk pembelajaran di dalam kelas. Beliau berkata, prinsip berkenaan dapat melancarkan perancangan kementerian untuk menggunakan teknologi tinggi di dalam kelas dengan lebih cepat. Beliau berkata, antara halangan melaksanakan konsep bilik darjah digital ialah isu kewangan untuk membeli peralatan dan menyediakan platform digital. Selain itu, murid ini membawa telefon pintar untuk mendapat sambungan internet walaupun sekolah ada menyediakan akses internet. Menurut beliau, di Malaysia walaupun murid tidak dibenarkan membawa telefon dan sebagainya ke sekolah, kebenaran boleh diberi mengikut kes.

Sumber: Berita Harian, 20 April 2016

Sarawak kini miliki 81 peratus guru tempatan YB Datuk Seri Mahdzir Khalid

Bilangan guru di Sarawak dalam kalangan anak tempatan kini mencapai kira-kira 81 peratus berbanding 90 peratus yang disasarkan kerajaan dalam tempoh tiga tahun bermula tahun lalu. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sasaran itu hampir dicapai dengan perbezaan hanya sembilan peratus yang boleh dicapai pada bila-bila masa. Beliau berkata, kementerian mengambil beberapa strategi bagi merealisasikan sasaran itu termasuk mengutamakan pertukaran atau penempatan guru baharu ke Sarawak dari Semenanjung dalam kalangan anak tempatan. Menurut beliau, proses ini mengambil masa selama tiga tahun dan Sarawak hampir mencapai sasaran yang ditetapkan berbanding Sabah.

Sumber: Utusan Malaysia, 27 April 2016

Pertingkat PT3 bagi lahir pelajar beradab Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof

Tahap Penilaian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) akan

ditingkatkan lagi bagi memastikan matlamat kerajaan untuk melahirkan pelajar beradab dan berakhlak mulia akan tercapai, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof. Menurut beliau, peningkatan terhadap penilaian tersebut akan dilakukan secara berkongsi pengalaman khususnya dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran dari luar negara supaya para pelajar tidak hanya pandai dalam akademik tetapi juga dapat membantu rakan lain yang lemah. Beliau berkata, melalui PT3, peperiksaan akademik hanya dinilai sehingga band 3 manakala untuk pencapaian tertinggi iaitu band 6 , para pelajar harus terbukti telah membantu rakan-rakan yang lemah.

Sumber: Utusan Malaysia, 29 April 2016

“Perpaduan Pemacu Aspirasi Ekonomi Negara”

2 Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016

Kata Kunci Kejayaan

“Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri

ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.” -Khalifah Abdul Malik Tolstoy

Page 3: Subjek Pendidikan Moral ditambah baik

Koleksi Bahan dan Keratan Akhbar Bagi April 2016

1. PEROLEHAN

BIL JENIS KOLEKSI JUMLAH

1. Koleksi Umum 0

2. Koleksi KPM 20

3. Koleksi Tesis 0

4. Koleksi CD-ROM 8

5. Koleksi Jurnal 1

6. Koleksi Risalah/ Hadiah/Sumbangan

7

JUMLAH 36

2. ARTIKEL AKHBAR

BIL BERITA HARIAN, UTUSAN MALAYSIA, STAR , NEW

STRAITS TIMES

BILANGAN TAJUK BAHAN

JUMLAH 398

3. KEMASUKAN DATA DAN PENGKATALOGAN

BIL JENIS KOLEKSI BILANGAN DIKATALOG

JUMLAH 36

Jumlah Kumulatif sehingga 30 April 2016:191,854

ISU-ISU UTAMA YANG DIPAPARKAN DI AKHBAR BAGI BULAN APRIL 2016

1. Kurikulum Pengajaran & Pembelajaran Bagi Semua Mata Pelajaran/MBMMBI/ Sukatan Mata Pelajaran - 4 isu 2. Kenyataan oleh Menteri Pendidikan & Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia - 13 isu 3. Pengurusan Pendidikan - 06 isu 4. Keselamatan Murid

- 12 isu

JUMLAH PENGGUNA PERPUSTAKAAN BAGI BULAN APRIL 2016 146 Orang JUMLAH PENGUNJUNG PORTAL LIBRARYKPM SEHINGGA 30 APRIL2016 29,982 Orang

3

Dapatkan maklumat bahan rujukan dan peminjaman melalui Sistem Virtua versi 2009 Perpustakaan KPM dengan melayari laman sesawang berikut:

http://librarykpm.moe.gov.my

Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Membaca Membina Transformasi

Pendidikan Berkualiti

2016

Senyum Selalu

SEDIA BANTU

Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016

Page 4: Subjek Pendidikan Moral ditambah baik

` Librarykpm

SELAMAT DATANG

Biarpun jumlah buku yang dibaca purata rakyat Malaysia

bertambah dari tahun-tahun sebelumnya, ia masih belum memadai. Itulah gambaran tentang amalan membaca di kalangan masyarakat di negara ini dengan purata antara lapan hingga 12 buah buku setahun.

Justeru, usaha berganda menerusi jalinan kerjasama dengan semua pihak termasuk sekolah, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) serta syarikat korporat sedang dilakukan bagi menarik minat membaca di kalangan masyarakat terutama pelajar.

Berdasarkan statistik, kadar purata membaca mengikut golongan umur, kita dapati golongan di peringkat persekolahan mempunyai purata membaca 12 buah buku setahun.

Bagaimanapun, selepas tamat pengajian atau selepas berusia 21 tahun, purata membaca jatuh kepada lapan buah buku setahun,

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0530&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz47eM4Ty9R

Hakcipta terpelihara

Sumber: Kosmo 2016

“Bersama–sama kita membudayakan amalan membaca dalam institusi

keluarga, sekolah,komuniniti, organisasi, masyarakat dan di tempat kerja kita”

WAKTU OPERASI Isnin- Khamis

8.00 pagi – 4.30 petang Jumaat

8.00 pagi – 12.00 tengah hari 2.45 petang – 4.30 petang

Ditutup pada Sabtu, Ahad dan cuti umum

KEAHLIAN Keahlian adalah percuma: Terbuka kepada semua

warga Kementerian Pendidikan Malaysia

Institusi Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS)

Agensi Kerajaan

Penyelidik

Bagi pelajar/pensyarah universiti yang pertama kali mendaftar perlu:

Membawa kad matrik dan surat pengesahan

Melengkapkan borang pendaftaran

Mendapatkan kad keahlian

Bagi agensi kerajaan lain dan penyelidik

Membawa surat pengesahan dari ketua jabatan yang berkaitan

Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan Rujukan

Perkhidmatan Sirkulasi

Bilik Mesyuarat

Peti Pemulangan Buku (24 Jam)

Khidmat Nasihat dan Kepakaran

Mesin Fotokopi (layan diri)

Bilik Tayangan

Informatif, Tepat & Mesra.

Perpustakaan Kementerian Pendidikan Malaysia

Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016 4

Page 5: Subjek Pendidikan Moral ditambah baik

`

Sambutan pelajar terhadap pendidikan sastera membimbangkan – Mahdzir YB Datuk Seri Mahdzir Khalid

Sambutan terhadap pendidikan sastera di

sekolah negara ini dilihat agak membimbangkan kerana para pelajar lebih berminat untuk mengikuti bidang sains bagi menjamin masa hadapan ketika memasuki alam pekerjaan. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir rkata, persepsi dan pandangan tersebut perlu diubah dengan mendekati pelajar aliran sains dan memberi pemahaman yang betul tentang kesusasteraan. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, beliau berkata, masalah yang menjadi halangan kepada para pelajar daripada meminati bidang sastera wajar diselesaikan dengan segera. Menurut beliau, isu seperti bayaran royalti yang terhad berbanding proses penulisan sesebuah karya atau tanggapan masyarakat terhadap kerjaya penulis perlu diatasi. Tambah beliau, tanggapan yang positif serta contoh-contoh terhadap penulis yang berjaya di luar negara perlu dijadikan teladan kepada pelajar atau individu yang baharu menunjukkan minat dalam penulisan.

Sumber: Utusan Malaysia, 27 April 2016

Peka ancaman reptilia YB Datuk Seri Mahdzir Khalid

Semua sekolah diarah mengambil langkah

berjaga-jaga bagi mengelak kejadian pelajar dipatuk ular berulang kembali. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kejadian yang menimpa seorang pelajar di Kelantan, kelmarin mungkin ada kaitan dengan fenomena EL Nino apabila kepanasan melampau menyebabkan reptilia berbisa keluar daripada habitatnya. Menurut beliau, antara langkah yang boleh dilakukan ialah memastikan murid berhati-hati ketika berada di padang atau di tepi bangunan sekolah. Oleh itu, beliau mengarahkan pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) memberikan arahan jelas kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) supaya sekolah mengambil langkah berjaga-jaga pada musim panas ini.

Sumber: Utusan Malaysia, 22 April 2016

Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016 5

Informasi

Jabatan agama, pendidikan perlu bekerjasama pantau keselamatan sekolah

YB Datuk Seri Mahdzir Khalid

Semua Jabatan agama Islam disaran mengadakan

kerjasama dengan Jabatan Pendidikan di negeri masing-masing bagi memantau aspek keselamatan bangunan di sekolah agama di bawah kelolaannya. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya membenarkan jalinan kerjasama itu bagi bersama-sama mencari resolusi untuk meningkatkan keselamatan bangunan terutama berkaitan pendawaian elektrik. Beliau berkata, cuaca panas ini akibat kesan fenomen El Nino, boleh menyebabkan kebakaran lebih senang berlaku walaupun dengan hanya sedikit cetusan. Beliau berharap dengan kerjasama itu, Jabatan Pendidikan negeri boleh memberi nasihat dan menyelaras dengan pihak bomba dan Tenaga Nasional Berhad bagi memastikan kesempurnaan bangunan yang digunakan. Oleh itu, beliau meminta jabatan agama Islam mengambil tindakan segera dengan Jabatan Pendidikan negeri bagi memastikan semua sekolah agama dapat memenuhi prosedur keselamatan bangunan yang ditetapkan.

Sumber: Utusan Malaysia, 20 April 2016

Page 6: Subjek Pendidikan Moral ditambah baik