pendidikan moral

7
Nama: Tarikh : SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA TUTUS, SIBU UJIAN AKHIR PENGGAL II 2013 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 2 1 jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1 Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, B dan C. 2 Sila jawab semua soalan. 1

Upload: syida-idris

Post on 12-Jul-2016

16 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

moral tahun 2

TRANSCRIPT

Page 1: pendidikan moral

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA TUTUS, SIBU

UJIAN AKHIR PENGGAL II 2013

PENDIDIKAN MORAL

TAHUN 2 1 jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1 Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, B dan C.

2 Sila jawab semua soalan.

3 Bagi Bahagian A, bulatkan hanya satu jawapan pada pilihan jawapan yang sedia ada.

Jika hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian bulatkan

jawapan yang baru.

4 Bagi Bahagian B dan C, jawapan hendaklah ditulis pada ruangan yang disediakan.

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.

1

Nama: Tarikh :

Page 2: pendidikan moral

BAHAGIAN A [ / 15 markah]

Bulatkan jawapan yang betul.

1. ______________________ kerana dapat membantu ayah.A Saya berasa kecewaB Saya berasa seronok

2. _____________________ kerana saya ikhlas membantu.A Ibu bapa berbanggaB Ibu bapa bermalu

3. _____________________ apabila kami saling membantu.A Hubungan menjadi eratB Hubungan menjadi renggang

4. Tahir berasa ______________ kerana dapat meringankan beban ibu.A seronokB geram

5. Imran berasa ______________ dapat melaksanakan tugas dengan sempurna.A kecewaB bangga

6. Apabila kawan mengajak kamu keluar bermain, kamu akan ____________________.A keluar dari rumah serta mertaB meminta kebenaran daripada ibu bapa dahulu

7. Adik perempuan saya menangis kelaparan. Saya ______________________.A membancuh susu untuk adik supaya adik tidak lapar.B membiarkan adik menangis sebelum kerja sekolah saya selesai.

8. Abang kehilangan wang untuk membeli tiket bas. Saya ___________________.A meminta abang pinjam wang daripada kawan-kawannya.B memberinya wang saku saya untuk membeli tiket.

9. Ibu telah memasak makanan kegemaran saya dan adik. Saya_________________.A mengambil semua masakan ibu sebelum makan malam.B berkongsi masakan ibu dengan adik.

10. Kamu dipesan untuk mencuci pinggan, kamu akan _______________.A menangis kerana tidak puas hatiB melaksanakan tugas dengan sempurna

2

Page 3: pendidikan moral

11. Ayah tidur di sofa kerana terlalu letih. Saya ____________________.A mengurangkan bunyi televisyen supaya tidak mengganggu.B menonton rancangan televisyen dengan bunyi yang kuat.

12. Abang perlu menggunakan komputer untuk membuat kerja sekolah. Saya ________________.A meminta abang tunggu sehingga saya selesai bermain.B bermain selepas kerja sekolah abang selesai.

13. Nasihat yang diberi ibu bapa adalah untuk ______________ saya.A kesusahanB kebaikan

14. Ahmad mengucapkan ________________ kerana telah dibantu oleh kawannya.A terima kasihB tahniah

15. Selepas kamu menyiapkan kerja sekolah, kamu akan __________________.A mengemas meja supaya tidak berselerakB memesan adik untuk mengemaskan meja

3

Page 4: pendidikan moral

BAHAGIAN B [ / 15 markah]

A. Tandakan pada gambar yang menunjukkan tingkah laku kasih sayang terhadap ahli keluarga.

4

Page 5: pendidikan moral

B. Tandakan pada pernyataan yang betul dan pada pernyataan yang salah.

1 Kita hendaklah berani mempertahankan maruah keluarga.

2 Kita hendaklah mendiamkan diri apabila maruah keluarga tercemar.

3 Kehidupan keluarga menjadi harmoni apabila setiap ahli keluarga menjaga maruah keluarga.

4 Amalkan hidup yang sihat untuk menaikkan maruah diri dan keluarga.

5 Keluarga yang bermaruah dihormati dan disegani oleh masyarakat.

6 Mempertahankan maruah keluarga adalah tanggungjawab semua ahli keluarga.

7 Jika bercakap benar, kita akan dipercayai dan dihormati oleh ahli keluarga.

5

Page 6: pendidikan moral

BAHAGIAN C [ / 20 markah]

Tulis jawapan yang sesuai dalam ruangan yang disediakan.

1 Saya menolong ayah ______________________ kereta.

2 Kakak sentiasa membantu ibu ______________________ pinggan pada rak.

3 Abang ______________________ sampah di halaman rumah.

4 Adik ______________________ habuk pada tingkap.

5 Saya rajin ______________________ bilik tidur.

6 Kami menghargai ______________________ ibu bapa kerana membesarkan kami.

7 Aniza ______________________ kerana ahli keluarganya sentiasa menghargai dan

menghormati antara satu sama lain.

8 Salim mendengar ______________________ nenek supaya nenek tidak risau.

9 Ali sekeluarga ______________________ Hari Ibu dan Hari Bapa dengan gembira.

10 Fatimah ______________________ terima kasih kepada abang dan kakak yang selalu

membantunya.

KERTAS SOALAN TAMAT.

6

membuangmengemas

mencuci

mengelap menyusun

jasa

nasihat

bersyukurmenyambut

mengucapkan

Page 7: pendidikan moral

7