sinopsis setiap bab

37
Kajian Novel Wira Persona Avatari Ahli Kumpulan : Aizat, Adzim, Hamizah, Izzati Tingkatan 2 Cempaka Guru: Pn Izzlina Tarikh : 22 Februari 2011 Markah: /10

Upload: muhammad-imran-arif-ibrahim

Post on 30-Jun-2015

1.144 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sinopsis setiap bab

Kajian Novel

Wira Persona Avatari

Guru:

Pn Izzlina

Tarikh :

22 Februari 2011

Markah: /10

Page 2: Sinopsis setiap bab

Pengahargaan 3Objektif 4Pendahuluan 5Synopsis Setiap Bab 6-12Tema dan Persoalan 13Watak dan Perwatakan 14-17Latar 18-19Binaan Plot 20-21Teknik Plot 22-23Gaya Bahasa 24-26Niai 27Pengajaran 28

Isi Kandungan

2

Page 3: Sinopsis setiap bab

Penghargaan

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada guru Bahasa Malaysia kami, Puan Izzlina, kerana telah memberi tunjuk ajar sehingga kami dapat menyiapkan projek ini.

Tidak ketinggalan, kami ingin merakamkan penghargaan kepada ahli keluarga kami yang telah memberi banyak sokongan dan bantuan dalam projek ini serta rakan – rakan dari kelas 2 Cempaka kerana telah memberi maklumat tentang projek ini secara terperinci.

3

Page 4: Sinopsis setiap bab

Objektif Kajian

Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan

1. Mengkaji dan mengetahui jalan cerita Novel “Wira Persona Avatari” dengan lebih mendalam.

2. Untuk lebih mengetahui watak-watak dan perwatakan setiap seorang watak.

3. Untuk mengetahui faktor-faktor mempengaruhi setiap watak dalam Novel.

4. Untuk mengetahui bagaimana watak mempengaruhi nilai dan unsur patrotisme yang terdapat dalam Novel.

5. Untuk mengkaji gaya bahasa dan teknik-teknik yang digunakan di dalam Novel.

6. Untuk mengkaji Nilai dan pengajaran yang terdapat di dalam Novel.

7. Untuk mengkaji pengunaan Bahasa Inggeris yang terdapat di dalam Novel.

4

Page 5: Sinopsis setiap bab

PendahuluanPasukan Zamrud II yang dianggotai oleh Adeen, Anas, Pauline , Aina dan Anjali sudah bersiap sedia untuk meneruskan Pertandingan Avatari di peringkat akhir, yang akan bermula pada jam 3.00 petang. Adeen yang masuk dahulu ke bilik persalinan, diikuti oleh Anas, Aina, Zuraini, Pauliune dan Anjali. Adeen terpandang dua lelaki yang mencurigakan di bilik persalinan itu, seorang lelaki Cina dan seorang lelaki India. Berlaku pergelutan antara mereka. Lelaki India itu berjaya diberkas oleh Adeen dan Anas manakala lelaki Cina dapat meloloskan diri setelah dia menembak Aina. Aina akhirnya pengsan di atas pangkuan ibunya, Maizan.

Aina merupakan seorang murid yang tabah dan tekun. Semasa waktu rehat. Aina masih berada di dalam bilik darjahya untuk menyiapkan kerja-kerja sekolanya melalui jaringan internet. Zuraini, kawan baiknya datang dan memberitahu Aina tentang poster mengenai Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh yang ditampal di papan kenyataan.

Semasa abangnya, Anas pulang. Aina segera memberitahu Anas tentang Pertanding Avatar itu. Pada sebelah malamnya, Anas dan Aina melayari komputer untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pertandingan Avatari itu. Mereka juga berbincang tentang bagaimana hendak mendapatkan sebuah komputer realiti maya dan perisian Avatari yang mahal harganya itu. Akhirnya mereka mendapat bantuan daripada Pak Cik Ho, rakan sepasukan ayah mereka semasa memenangi Pertandingan Avatari yang pertama dulu. Mereka sudah ada empat orang dalam pasukan yang akan bertanding nanti. Mereka hanya memerlukan seorang lagi ahli unutk memenuhi syarat lima orang ahli dalam satu pasukan. Aina mencadangkan Adeen, anak Profesor Zakri, Kumar, salah seorang ahli Pasukan Zamrud II panas baran orangnya. Dia akhirnya menarik diri.

Anas, Aina, Pauline, dan Adeen menjalani latihan fizikal di bawah bimbingan Cikgu Nisah. Pak Cik Ho juga datang memantau mereka berlatih permainan Avatari. Anas dan Pauline berbincang untuk mencari pengganti kepada Kumar. Akhirnya seorang gadis India, Anjali menyertai Pasukan Zmrud II.

Zuraini merajuk terhadap Aina yang begitu lama tidak mendampingi dirinya. Aina memujuk Zuraini untuk menyertai Pasukan Zamrud II sebagai ahli pasukan simpanan.

5

Page 6: Sinopsis setiap bab

Hari pertandingan tiba. Pasukan Zamrud II menempuh pelbagai cabaran dan halangan sebelum muncul menjadi juara Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh. Salah satu halangan yang paling penting ialah sabotaj yang dilakukan oleh pihak musuh kepada Pak Cik Ho. Musuh itu ialah ketua samseng yang hendak membeli pusat permainan video Game Star milik Pak Cik Ho. Sebagai akibatnya, Aina, salah seorang ahli Pasukan Zamrud II kena tembak. Kemudian, cip mikroelektornik mesin Avatari Pasukan Zamrud II telah dicuri oleh Anjali, ahli Pasukan Zamrud II sendiri. Kejadian sabotaj inin menyebabkan Pasukan Zamrud II hampir terkeluar daripada pertandingan. Walau bagaimanapun, dengan kecekapan, kemahiran, dan keberanian ahli-ahli Pasukan Zamrud II, semua halangan dan permasalahan ini dapat diatasi dengan jayanya. Pasukan Zamrud II akhirnya muncul sebagai juara Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh.

Sinopsis setiap bab ( 1 – 12)

Bab 1: Poster Misteri.Novel Wira Persona Avatari bab satu mengisahkan enam orang remaja, Adeen, Anas, Aina, Pauline, Anjali, dan Zuriani berjalan ke arah bilik persalinan sementara yang dibina khas bersempena dengan Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh yang diadakan di kompleks beli-belah Anggun. Mereka perlu bersiap semula untuk meneruskan cabaran terakhir yang akan bermula pada jam 3.00 petang. Adeen terpandang dua orang lelaki yang mencurigakan di dalam bilik persalinan itu. Seorang lelaki Cina bernama Ah Kong dan seorang lagi lelaki India bernama Samy. Baju-baju khas Pertandingan Avatari yang sedang dibelek oleh mereka itu dicampakkan ke lantai. Mereka hendak berlari tetapi dihalang oleh remaja berenam itu. Suasana menjadi tegang dan cemas. Samy mengeluarkan sebilah pisau, tetapi Adeen dan Anas dengan pantas menyerang dan berjaya menahan Samy dengan kemahiran silat mereka. Ah Kong hendak lari tetapi dihalang oleh Aina. Ah kong mengeluarkan sepucuk pistol lalu menembak Aina. Aina tersungkur ke lantai. Ah Kong meluru keluar dan melepaskan diri. Ho Shao Long memeriksa tempat tembakan di bahu Aina. Dalam keadaan yang kritikal itu, Aina menjadi semakin lemah. Fikiran Aina melayang-layang ke masa lepas. Selepas itu, Aina pengsan di pangkuan ibunya. Aina merupakan seorang murid yang cekal dan tekun. Walaupun pada waktu rehat, Aina masih berada di dalam kelasnya untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Kemudian, Zuriani kawan sekelasnya tiba. Zuriani mengajak Aina keluar untuk melihat poster yang baru ditampalkan di papan kenyataan di kantin. Aina sangat teruja dan terus bergegas ke kantin.

Bab 2: Kamar Bicara.

6

Page 7: Sinopsis setiap bab

Aina tidak sabar hendak memberitahu abangnya, Anas tentang suatu berita penting. Sekembalinya Anas, Aina terus mendapatkan abangnya. Anas kelihatan muram kerana pasukan hoki sekolahnya kalah. Anas seperti tidak berminat untuk mendengar berita yang hendak disampaikan oleh Aina. Namun, apabila Aina menyebut “Avatari”, Anas menjadi teruja. Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh sudah diumumkan. Anas terkenang akan ayah mereka yang menginginkan mereka menjadi juara Avatari seperti beliau dulu. Ayah mereka menjadi juara kebangsaan Pertandingan Avatari pertama sepuluh tahun dulu. Aina terdiam seketika apabila nama ayah mereka disebut. Hal ini demikian kerana ekspedisi penyelidikan misteri di Laut Andaman. Aina sangat merindui ayahnya.

Pada malamnya, Anas dan Aina asyik melayari laman web Avatari untuk mendapatkan maklumat yang lengkap tentang pertandingan yang akan diadakan itu. Kedua-dua beradik itu berbincang dan merancang untuk menyertai Pertandingan Avatari. Melalui “Kamar Bicara”, mereka bermain permainan video secara interaktif melalui watak avatar, iaitu watak tiga dimensi janaan komputer. Dalam salah satu interaksi itu, Anas telah terlibat dalam satu sesi perdebatan dengan seorang gadis Jepun, Aya Morita dari sebuah kafe siber di kawasan hiburan Tokyo. Perdebatan antara Anas melalui avatar Hang Tuah dan Aya Morita berlarutan sehingga jam 1.00 pagi.

Bab 3: Pasukan Zamrud II.Anas dan Aina membaca risalah dan borang pertandingan berulang kali. Mereka sedang memikirkan bagaimana hendak mendapatkan komputer realiti maya dan perisian Avatari. Harga sebuah komputer realiti maya yang paling murah dalam lingkungan RM50 ribu. Perisian Avatari pula dalam lingkungan RM10 ribu. Mereka memikirkan siapakan yang sanggup menaja mereka. Tiba-tiba Aina teringat akan Pak Cik Ho, rakan sepasukan ayah mereka semasa memenangi Pertandingan Avatari dulu. Anas menelefon Pak Cik Ho di rumah. Pauline, anak perempuan Pak Cik Ho menjawab. Dia memberitahu Anas bahawa Pak Cik Ho tidak ada. Anas meninggalkan pesan supaya Pak Cik Ho menelefonnya kembali. Anas dan Aina pergi ke rumah Pak Cik Ho. Pak Cik Ho memberitahu mereka bahawa Pak Cik Kuppusamy telah menawarkan anaknya, Kumar untuk menyertai pasukan Avatari Anas dan Aina. Pasukan Avatari Anas dan Aina juga dibenarkan untuk menggunakan komputer realiti maya kepunyaan mereka itu. Mereka memerlukan seorang lahli lagi. Orang yang kelima ini penting kerana dia mesti seorang pengatur cara komputer yang hebat. Aina teringat akan Adeen, anak Profesor Zakri. Aina akan mencuba memujuk Adeen untuk menyertai pasukan Avatari mereka.

Bab 4: Libasan Pari.Anas, Aina, Pauline, dan Kumar sedang menunggu Adeen di pusat permainan video Game Star. Kumar tidak sabar menunggu ketibaan Adeen. Pauline pula tidak senang dengan sikap Kumar yang panas baran itu. Berlaku konflik kecil antara Pauline dan Kumar. Anas mencuba menenteramkam pertelagahan antara Kumar dengan Pauline. Akhirnya Adeen sampai.

7

Page 8: Sinopsis setiap bab

Kumar melihat Adeen dengan sinis. Dia tidak yakin terhadap kebolehan Adeen. Aina memperkenalkan Kumar kepada Adeen. Seperti biasa, Kumar menunjukkan sikap egonya terhadap Adeen dengan tindakannya yang teragak-agak untuk bersalaman dengan Adeen. Seterusnya Aina memperkenalkan Pauline kepada Adeen.

Mereka berlima pergi berjumpa dengan Pak Cik Tan, pengurus pusat permainan video Game Star untuk mendengar taklimat daripada beliau. Pak Cik Tan seorang pekerja yang setia kepada majikannya, iaitu Encik Ho Shao Long. Semasa melihat komputer Avatari yang akan digunakan dalam pertandingan nanti, Kumar menyatakan tidak mahu terlibat dalam pertandingan itu kerana tidak yakin terhadap komputer yang kelihatan antik itu. Kumar menarik diri. Semua orang menjadi bingung dengan tindakan Kumar itu.

Bab 5: Senteri Muda.Anas, Aina, Pauline, dan Adeen menjalani latihan senaman silat di bawah bimbingan Cikgu Nisah, seorang guru silat dan bekas sarjan komando. Latihan silat ini sebagai persiapan mereka untuk menghadapi Pertandingan Avatari yang penuh dengan halangan, cabaran, dan muslihat.

Ho Shao Long datang untuk meninjau perkembangan Pasukan Zamrud II membuat latihan permainan Avatari. Adeen cuba menerangkan kepada Pak Cik Ho sebab-sebab CPU Voltra yang canggih milik Pak Cik Ho itu perlu diubah suai lagi. Hal ini demikian kerana CPU tersebut masih lemah mengawal pergerakan avatar ketika bertempur. Pak Cik Ho akui akan kelemahan yang terdapat pada komputernya itu. Adeen mencadangkan cip mikroelektrik yang lebih hebat daripada cip Voltra milik Pak Cik Ho, iaitu prototaip cip Alif yang baru dihasilkan oleh MIMOS Berhad yang berkelajuan 100 gigahertz. Pak Cik Ho akui akan penerangan Adeen itu.

Bab 6: Ribut Dalam Cawan.Semasa Adeen mengubah suai mesin Avatari, Anas dan Pauline pergi makan di restoran McDonalds di seberang jalan yang bertentangan dengan pusat permainan video Game Star. Mereka berbincang untuk mencari ahli baru sebagai pengganti Kumar. Pauline mencadangkan supaya mereka memujuk Kumar untuk kembali menyertai pasukan Avatari mereka. Namun, Anas tidak bersetuju kerana bagi Anas, Kumar terlalu angkuh. Anas dan Pauline teringat akan pesanan Cikgu Nisah berhubung kitar hayat pasukan dalam sesi strategi pertempuran.

Mereka kembali ke pusat permainan video Game Star. Anas lalu di behagian permainan video Robot War. Banyak remaja berkumpul di situ. Anas ternampak seorang gadis India sedang tekun mengendalikan mesin permainan Robot War. Dia sedang bersaing dengan beberapa orang remaja lelaki dalam permainan Robot War melalui mesin yang dirangkaikan. Akhirnya, gadis India itu yang bernama Anjali berjaya mengalahkan remaja-remaja lelaki itu. Anas memberitahu Pauline bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli kelima Pasukan Zamrud II. Anas mendekati Anjali. Pauline berasa tidak senang hati dengan tindakan Anas itu.

8

Page 9: Sinopsis setiap bab

Bab 7: Latihan TempurZuriani merajuk terhadap Ama kerana sejak akhir-akhir ini Ama telah jarang-jarang bertemu dengannya. Sejak Ama mendaftar untuk memasuki Pertandingan Avatari, dia sudah tidak ada masa untuk sahabat karibnya itu. Ama mengakui bahawa memang dia terlalu sibuk sejak memasuki Pertandingan Avatari. Untuk memujuk hati kawannya itu, Ama mengajak Zuriani menyertainya dalam Pertandingan Avatari. Walaupun ahli pasukan Avatari Ama sudah ada lima orang, tetapi Zuriani boleh ikut serta sebagai ahli pasukan simpanan. Untuk itu, Zuriani perlu ikut sama berlatih. Zuriani bersetuju.

Pada suatu pagi, Anas, Adeen, Pauline, Ama, Anjali, dan Zuriani menjalani latihan kembara di kawasan bukit-bukau dan belukar. Semasa berehat, Ama mengorek rahsia Anjali tentang sebab dia menggunakan nama “Anjali” padahal nama sebenarnya ialah Laksmini. Anjali kemudiannya mengimbas kembali peristiwa yang menyebabkan dia bersetuju untuk menyertai Pasukan Zamrud II. Anjali sebenarnya telah kalah kepada Anas dalam peristiwa cabar-mencabar dalam permainan video Robot War.

Setélah keluar dan kawasan bukit-bukau dan belukar, mereka beriatih tempur pula di tepi pantai dengan bimbingan Cikgu Nisah. Cikgu Nisah mengajarkan beberapa strategi pertempuran untuk mengalahkan musuh. Pauline dipasangkan dengan Anjali untuk latihan tempur. Semasa latihan silat, Cikgu Nisah mendapati Pauline dan Anjali betul-betul bergaduh. Selepas latihan, Cikgu Nisah memanggil Pauline. Cikgu Nisah tahu bahawa Pauline cemburu akan Anjali yang rapat dengan Anas. Cikgu Nisah menasihati Pauline tentang cara hendak menambat hati lelaki berdasarkan pengalamannya sendiri.

Bab 8: Cabaran BermulaPagi Sabtu. Para penonton sudah mula berkumpul di hadapan skrin besar di ruang legar Kompleks Beli-belah Anggun. Pengacara terkenal, Halim melalui avatarnya, muncul di skrin besar. Penonton memberikan tepukan yang gemuruh. Halim mengumumkan bahawa PertandinganAvatari ialah pertandingan kembara atau adventure game bagi makhluk janaan komputer yang dipanggil avatar. Pertandingan ini disertai oleh beberapa pasukan dan seluruh dunia. Halim memberikan keterangan dan arahan kepada para peserta. Dalam pusingan pertama, setiap pasukan yang ingin ke pusingan kedua mestilah mencari sebuah pasu emas yang tersorok dalam ruang siher misteri pertama. Pasu emas itu mengandungi teka-teki untuk pusingan kedua. Sebelum pertandingan bermula, Halim memperkenalkan peserta dan Malaysia, iaitu Pasukan Zamrud II, Pasukan Harimau Kumbang, Kumpulan Sinaran, dan Pasukan Aura Suci. Para penonton memberikan tepukan.

Pertandingan bermula. Adeen bertindak sebagai pengawal mesin permainan Avatari yang berada di bilik khas. Adeen mempunyai peranan penting kerana dia bertugas memantau setiap pergerakan pemain dan berfungsi menyalurkan arahan, makiumat, dan sebarang keperluan lain sernasa pertandingan.Dalam pusingan pertama, Pasukan Zamrud II menggunakan persona Badang untuk mewakili mereka, iaitu watalc wira dalam Sejarah Melayu. Ruang siber bagi

9

Page 10: Sinopsis setiap bab

saringan pertama Pertandingan Avatari ialah zaman prasej arah. Avatar-avatar pasukan yang mengambil bahagian berhadapan dengan dinosaur-dinosaur yang besar dan ganas. Pelbagai halangan dan cabaran yang dilalui oleh avatar Pasukan Zamrud II. Pasukan Zarnrud II sudah berjaya memperoich pasu emas yang terdapat di dalam buah cempedak aneh itu. Mereka sudah hampir pasti untuk layak ke pusingan kedua. Namun malangnya, buah cempedak aneh yang mengandungi pasu emas di dalamnya telah dirampas oleh Pasukan Aura Suci.

Bab 9: Juara SongsangAhli-ahli Pasukan Zamrud II tidak menyangka bahawa Pasukan Aura Suci bertindak jahat dengan merampas buah cempedak aneh tersehut. Mereka sungguh kecewa. Tiha-tiba Adeen mem.beritahu mereka bahawa cabaran Pasukan Zamrud II helum berakhir dan rnengarahkan mereka mencari pasu emas itu d atas Ian tai terowong. Pasukan Aura Suci telab dibatalkan penyertaan mereka kerana didapati menggunakan kaedah tidak bermoral terhadap Pasukan Zamrud II. Para ahli Pasukan Zamrud II segera berpatah balik dan mencari pasu emas itu. Pauline menemukan pasu emas itu. Dengan itu pasukan Zamrud II telah berjaya ke pusingan kedua. Juruacara Halim muncul di skrin sekali lagi. Halim mengumumkan hahawa dalam pusingan kedua ini, para peserta akan memasuki ruang siber misteri kedua untuk mencari pelbagai objek harta karun berdasarkan petunjuk yang akan diperoleh daripada teka silang kata yang diselesaikan oleh mereka.

Para ahli pasukan Pertandingan Avatari sudah bersedia untuk memulakan pusingan kedua. Semasa pertandingan baru berlangsung, Adeen mendapati salah satu cip mikroelektronik penting mesin Avatari sudah hilang. Anggota Pasukan Zamrud 11 mula resah. Adeen yang lebih tertekan. Tiba-tiba Adeen teringat akan Pak Cik Tan ada membawa papan litar gantian dan cip yang sama pasti ada di atas papan litar itu. Adeen bernasib baik kerana papan litar itu masih ada dan lengkap dengan cip mikroelektronik. Adeen segera memasang cip itu.

Para ahli Pasukan Zamrud II sudab bersedia untuk berjuang. Mereka telah mendapat jawapan kepada teka silang kata, iaitu “buaya”. Jawapan itu tepat dan avatar Pasukan Zamrud II memasuki kawasan padang pasir. Mereka berada dalam zaman Mesir purba, iaitu pada zaman Firaun. Setelah melepasi halangan daripada ulat besar, mereka akhirnya berjaya sampai ke kawasan bangunan yang luas. Di situ mereka berjaya menemukan buaya emas. Adeen mengarahkan ahli pasukannya pergi ke Kuii Abu Simbel untuk mengutip lebih banyak harta karun. Pasukan Zamrud II berjaya ke pusingan ketiga.

Bab 10: Malaysia Serba BolehDalam pusingan ketiga, cabarannya ialah bertanding permainan tradisi. Setiap pasukan akan bertanding dengan pasukan lain untuk menentukan pasukan mana yang layak ke pertandingan

10

Page 11: Sinopsis setiap bab

akhir. Setiap pasukan mesti menguasai sebanyak mungkin permainan. Pauline memilih memanah. Ama memilih congkak. Anas rnemilih catur. Anjali pula memilih mahjong. Apabila pusingan ketiga tamat, Jepun menduduki tempat pertama, Rusia di tempat kedua, Australia di tempat ketiga, dan Amerika Syarikat di tempat keempat. Malaysia herkongsi markah dengan Thailand dan Republik Rakyat China. Oleh sebab terdapat tiga pasukan yang layak, maka satu pemecah sen akan diadakan.

Halim muncul untuk menentukan pasukan mana yang mendapat tempat kelima untuk ke pertandingan akhir. Setiap pasukan akan diberi satu peluang untuk meneka apa yang ada di dalam genggaman Halim. Thailand meneka guli. China meneka wang syiling. Malaysia melalui Ama meneka belalang. Tekaannya tepat. Pasukan Zamrud II layak ke pertandingan akhir.

Bab 11 :Jutawan MudaKeadaan di bilik persalinan masih tegang walaupun Ama telah dibawa ke hospital. AhJi Pasukan Zamrud II tidak dapat bersama dengan Ama di hospital kerana perlu meneruskan cabaran pada peringkat akhir. Pada mulanya mereka hendak menarik dir tetapi Pak Cik Ho menghalang kerana keadaan Ama sudah stabil. Mereka harus memikirkan kepentingan negara. Mereka merupakan satu-satunya pasukan Malaysia yang berjaya ke peringkat akhir. Anas masih tidak berpuas hati terhadap dua orang penceroboh yang memasuki bilik persalinan mereka. Memandangkan Ama telah ditembak, Zuriani menjadi pengganti kepada Ama.

Semasa pusingan akhir hendak bermula, Pak Cik Tan masih lagi berada di dalam bulk persalinan. Dia sedang memeriksa beg-beg ahli Pasukan Zamrud II. Dia mengesyaki sesuatu. Dia mendapati cip mikroelektronik yang hilang itu ada di dalam salah satu beg ahli Pasukan Zamrud II namun dia tidak dapat mengenal pasti pemilik beg itu.

Halim muncul sekali lagi untuk mengumumkan peraturan pertandingan pusingan akhir. Lima pasukan akan berentap. Setiap pasukan akan diberi rnasalah yang sama, iaitu mengubah sejarah dunia. Mereka akan diberi sebuah mesin masa yang dapat membawa mereka kembali ke mana-mana zaman yang mereka mahu. Mana-mana pasukan yang dapat mengubah sejarah sehingga menyebabkan kesan paling besar di dunia akan memenangi Pertandingan Avatari kesepuluh dan mendapat hadiah RM1 juta.

Malaysia memilih kembali ke zaman Melaka untuk membantu perajurit Melaka melawan Portugis. Anas yang terkejut apabila mengetahui pasukan Rusia memilih untuk kembali ke Timur Tengah pada 20 April 570, iaitu tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW cepat-cepat memberitahu ahli Pasukan Zamrud II. Mereka mesti menghalang percubaan Rusia itu dengan menghentikan proses mesin masa. Pada waktu inilah,Adeen menggunakan sepenuh kepakaran dan pengalamannya dalam bidang komputer untuk menyelesaikan masalah yang sangat kritikal in Pelbagai masalah dihadapi oleh ahli-ahli Pasukan Zamrud II. Berkat kepakaran Adeen sebagai pengendali mesin Avatari dan keberanian para avatar Pasukan Zamrud

11

Page 12: Sinopsis setiap bab

II, mereka akhirnya berjaya mematikan mesin masa itu. Hasrat empat pasukan Avatari dan empat negara itu untuk mengubah sejarah dunia tidak kesampaian. Akhirnya, Pasukan Zamrud II telah diumumkan sebagai juara Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh.

Bab 12: Perangkap MusangPak Cik Tan masih bersembunyi di dalam bilik persalinan. Dia hendak memastikan pemilik beg yang dicurigai itu akan datang untuk mengambilnya sebelum rakan-rakan yang lain tiba. Suasana di luar masih meriah dengan ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan Pasukan Zamrud TI dan Malaysia. Pak Cik Tan menjangka dalam keadaan riuh-rendah itu tentu “Si musang” akan menyelinap keluar untuk mengambil haknya. Jangkaan Pak Cik Tan tepat. Namun, Pak Cik Tan terkejut apabila mendapati “si musang” itu ialah Anjali. Anjali pula sangat terperanjat apabila ditegur oleh Pak Cik Tan.

Setelah didesak oleh Pak Cik Tan, akhirnya Anjali menjelaskan segalagalanya. Anjali melakukan perbuatan itu kerana dipaksa oleh abangnya, iaitu Muthu, yang merupakan ketua samseng yang hendak membeli pusat permainan video Game Star, tetapi Pak Cik Ho menolaknya. Pak Cik Tan bersimpati terhadap Anjali.

Sementara itu, Aina sudah tiga hari berada di wad kelas pertama. Semua datang melihat keadaannya di hospital kecuali Anjali. Aina menjadi sangat teruja apabila mendengar berita melalui televisyen, iaitu pasukan penyelidik yang diketuai oleh ayahnya yang hilang di Laut Andaman telah ditemui dengan selamat. Doanya telah dimakbulkan Tuhan.

 

12

Page 13: Sinopsis setiap bab

Tema

Memupuk semangat patriotisme melalui penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan remaja. Aina, baru sahaja mencecah usia 12 tahun, tetapi dengan kebolehannya dalam bidang teknologi maklumat, bersama-sama dengan rakan-rakan remajanya yang lain telah menaikkan imej negara di persada dunia dengan memenangi Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh.

Persoalan

a. Kerja sepasukan (team work) adalah penting untuk mencapai sesuatu matlamat. Ahli-ahli Pasukan Zamrud II telah memberikan kerjasama serta komitmen yang padu dalam Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh. Walaupun menghadapi pelbagai masalah, rintangan, dan cabaran, tetapi akhirnya mereka berjaya.

b. Unsur perpaduan merupakan salah satu faktor penting untuk membangun dan memajukan negara yang berbilang bangsa. Adeen, Anas, Aina, Pauline, Anjali, dan Zuriani telah membuktikan bahawa bangsa yang berbeza boleh bersatu dan bekerjasama untuk mencapai kejayaan.

c. Teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi suatu keperluan dan gaya hidup baru dalam kehidupan moden. Aina membuat kerja sekolahnya melalui sumber daripada internet. Encik Ho Shao Long menjalankan perniagaan dengan membuka kafe siber.

13

Page 14: Sinopsis setiap bab

d. Ketajaman dan kecerdasan remaja dapat dilatih sejak usia awal kanak-kanak. Adeen digalakkan oleh bapanya, iaitu Profesor Zakri, menggunakan komputer sejak dia kecil lagi. Sekarang Adeen sedang mengambil kursus kejuruteraan komputer di kolej khas di Koridor Raya Multimedia.

e. Kekayaan boleh menjadikan seseorang itu angkuh dan sombong. Kumar yang merupakan anak jutawan rangkaian kedai barang kemas bersikap ego dan panas baran.

f. Persekitaran membentuk sahsiah seseorang. Anjali hidup dalam keluarga yang bermasalah. Anjali dibesarkan oleh abang nombor duanya, iaitu Muthu, yang merupakan seorang ketua samseng.

Watak dan Perwatakana. Watak-watak utama : Aina dan Anas.b. Watak-watak sampingan : Adeen, Pauline, Anjali, Kumar, Ho Shao Long, Tan Beng

Kiat, Zuriani, Cikgu Nisah, Maizan, Ah Kong, dan Samy.c. Watak-watak yang hanya disebut nama mereka : Profesor Muhamad Fitri Izzati (bapa

Anas dan Aina), Profesor Zakri (bapa Adeen), Encik Kuppusamy (bapa Kumar), Muthu (abang Anjali), Chan Kok Meng, Mak Cik Nora, dan Vick

Huraian Watak dan PerwatakanAina

a. Aina berusia 12 tahun dan sedang belajar dalam tahun enam.b. Aina anak kepada Profesor Muhamad Fitri Izzati dan adik kepada Anas.c. Aina berbadan kecil.d. Aina seorang yang pintar. Rakan-rakan sekelasnya menggelarnya si cili padi.e. Aina cekap menggunakan komputer. Dia membuat kerja sekolahnya dengan mencari

bahan daripada sumber internet.f. Aina merupakan salah seorang ahli dalam Pasukan Zamrud II.g. Aina mahir bersilat. Dia mempelajari silat di sekolah dan juga dengan Cikgu Nisah.h. Aina berani dengan bertindak menghalang laluan penceroboh yang memasuki bilik

persalinan Pasukan Zamrud II. Sebagai akibatnya, dia ditembak.i. Aina mengambil berat dan mengamalkan aspek keagamaan. Sejak kecil dia memakai

tudung.j. Aina berprinsip dan tetap pendirian serta kritis. Semasa Pak Cik Ho memberitahunya

bahawa dia tiada pilihan dan terpaksa membeli satu cip yang kontroversial dari Jepun melalui pasar gelap, Aina menegaskan bahawa yang salah tetap salah kepada Pak Cik Ho.

Anas

14

Page 15: Sinopsis setiap bab

a. Anas remaja berusia 17 tahun dan sedang belajar dalam tingkatan lima.b. Anas anak kepada Profesor Muhamad Fitri Izzati dan abang kepada Aina.c. Anas mahir mengendalikan komputer.d. Anas mahir dalam pertandingan catur. Kemahirannya bermain catur membantunya

semasa menambil bahagian dalam Pertandingan Avatari.e. Anas mahir bersilat. Anas bersama dengan Adeen telah berjaya memberkas Samy yang

menceroboh bilik persalinan Pasukan Zamrud II.f. Anas salah seorang pemain hoki untuk pasukan sekolahnya.g. Anas belajar satu sekolah dengan Pauline tetapi berlainan kelas.h. Anas mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Semasa Pertandingan Avatari, Anas merupakan

ketua di medan pertempuran Avatari. Atas kepintaran dan kecekapannya bertindak, Pasukan Zamrud II muncul sebagai juara.

i. Anas berani. Semasa saat-saat genting terutamanya dalam pusingan akhir Pertandingan Avatari, Anas dengan berani telah bertindak sedaya mungkin untuk mematikan mesin masa yang akhirnya membawa kemenangan kepada Pasukan Zamrud II.

j. Anas telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di sebuah universiti terkemuka apabila dia tamat sekolah nanti.

Adeen

a. Adeen remaja berusia 18 tahun. Orangnya tinggi dan berambut pendek.b. Adeen anak kepada Profesor Zakri, seorang pakar komputer di UTM.c. Adeen pernah tinggal berjiran dengan keluarga Anas dengan Aina.d. Adeen mengambil kursus kejuruteraan komputer di kolej khas di Koridor Raya

Multimedia.e. Adeen tenang, sabar, matang, dan tidak mudah marah. Adeen masih bersikap tenang

walaupun Kumar telah berlaku biadab terhadap dirinya.f. Adeen berimej rapper. Adeen gemar memakai baju T labuh, berseluar besar longgar,

berkaca mata tebal, dan telinganya disumbat dengan pembesar suara Walkman.g. Adeen mempunyai kepakaran tinggi dalam bidang komputer. Hal ini demikian kerana

sejak kecil bapanya, Profesor Zakri telah menggalakkan dia menggunakan computer. Pak Cik Ho pula tertarik oleh kepakaran Adeen mengubah suai mesin Avatari.

h. Adeen diberi tugas untuk mengendalikan mesin Avatari sepanjang pertandingan berjalan. Tugasnya sangat penting, iaitu menyusun strategi,memantau, dan memberikan arahan kepada rakan-rakannya yang berada di medan tempur ruang reality maya itu.

i. Atas kecekapan dan kepakarannya, Adeen berjaya mengatur strategi untuk mematikan mesin masa. Usaha untuk mematikan mesin masa itu telah berjaya dilaksanakan oleh Anas dengan bantuan rakan-rakan yang lain.

Anjali

a. Anjali gadis remaja India yang lincah. Nama sebenarnya ialah Laksmini.b. Anjali mahir bermain mahjong.c. Anjali dicemburui oleh Pauline kerana kelihatan rapat dengan Anas.

15

Page 16: Sinopsis setiap bab

d. Anjali membesar tanpa didikan ibu bapanya. Ibunya telah meninggal dunia. Bapanya pula telah menghilangkan diri tanpa berita. Dia dibesarkan oleh abangnya yang kedua, Muthu yang merupakan seorang ketua samseng. Sebagai akibatnya, Anjali membesar sebagai remaja yang bermasalah.

e. Anjali keras hati dan kadangkala bersikap ganas dan kejam. Peribadinya terbentuk oleh persekitaran bandar dan sosial serta keluarganya sendiri.

f. Anjali lebih selesa dengan lagak kelelakian oleh sebab dia selalu berkawan dengan budak lelaki yang kasar.

g. Anjali pakar bermain permainan video. Dalam permainan Robot War, remaja-remaja lelaki tidak mendapat mengalahkannya.

h. Anjali pada dasarnya seorang gadis yang baik, tetapi keadaan telah memaksa dia melakukan perkara-perkara yang negatif. Dia mencuri cip mikroelektronik dari mesin Avatari Pasukan Zamrud II adalah atas arahan abangnya, Muthu. Dia sendiri tidak bersetuju dengan perbuatan itu malah menyesali tindakannya itu.

Pauline

a. Pauline remaja berusia 17 tahun. Anak tunggal kepada Encik Ho Shao Long dan Puan Angie.

b. Pauline pelajar tingkatan lima. Dia belajar di sekolah yang sama dengan Anas tetapi berlainan kelas.

c. Pauline berkawan rapat dengan Anas semasa kecil kerana mereka tinggal berjiran.d. Pauline bercita-cita menjadi seorang peguam kerana dia seorang yang kritis dan suka

berhujah.e. Pauline cepat bertindak apabila tercabar. Dia mencabar Kumar supaya meninggalkan

Pasukan Zamrud II, setelah Kumar menunjukkan sikap sombong dan memperkecil kemampuan ahli-ahli Pasukan Zamrud II untuk memasuki Pertandingan Avatari.

f. Pauline mahir dalam seni mempertahankan diri. Dia belajar wushu dengan Pak Cik Tan.g. Pauline menyimpan perasaan kasih terhadap Anas. Perasaan cemburunya terhadap Anjali

adalah buktinya. Pauline tidak senang apabila Anjali rapat dengan Anas.h. Pauline seorang yang pendendam. Semasa menjalani latihan tempur dibawah bimbingan

Cikgu Nisah, Pauline betul-betul bergaduh dengan Anjali. Dia betul-betul mahu mencederakan Anjali.

Kumar

a. Kumar remaja lelaki India berusia 15 tahun. Anak bongsu kepada Encik Kuppusamy, seorang jutawan rangkaian kedai barang kemas ternama di Malaysia.

16

Page 17: Sinopsis setiap bab

b. Kumar remaja yang bermasalah. Mungkin kerana kedudukannya sebagai anak bongsu kepada seorang jutawan menjadikan dirinya sombong dan angkuh. Semasa Adeen menghulurkan tangan hendak bersalam dengannya, Kumar teragak-agak untuk menyambut salam itu.

c. Kumar tidak sabar dan panas baran. Semasa menunggu ketibaan Adeen di pusat permainan video Game Star, Kumar menunjukkan reaksi yang biadab kerana Adeen lambat tiba. Kumar bercakap dengan nada suara yang tinggi untuk menunjukkan emosi marahnya.

d. Kumar bersikap sinis dan memperkecil orang lain. Kumar menyindir dan memperlekehkan kebolehan dan kemahiran Adeen sebagai pakar komputer untuk Pasukan Zamrud II.

e. Perangai Kumar amat bertentangan dengan bapanya, Encik Kuppusamy yang terkenal sebagai seorang yang baik budi pekertinya.

f. Kumar menyesali perbuatannya yang lepas setelah melihat kejayaan Pasukan Zamrud II.

Cikgu Nisah

a. Nama penuhnya ialah Nisah Hj.Nawawi.b. Seorang guru silat dan bekas sarjan komando.c. Cikgu Nisah berbadan kecil tetapi garang dan tegas. Suaranya menggerunkan.d. Cikgu Nisah mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang persilatan.e. Cikgu Nisah bersemangat tinggi. Dia ingin melihat Anas, Aina, Adeen, dan Pauline

berjaya dalam Pertandingan Avatari. Kerana itu, Cikgu Nisah menjalankan latihan yang intensif dan keras kepada pelatih-pelatihnya agar mereka dapat menghadapi Pertandingan Avatari yang pasti lebih mencabar.

f. Cikgu Nisah memegang prinsip otak yang cergas hanya datang daripada tubuh badan yang sihat.

Pak Cik Ho (Ho Shao Long)

a. Bapa kepada Pauline.b. Beliau bekas ahli Pasukan Zamrud, bersama dengan Profesor Muhamad Fitri Izzati dan

tiga yang lain, yang telah memenangi Pertandingan Avatari yang pertama sepuluh tahun yang lalu.

c. Beliau pemilik pusat permainan video Game Star.d. Beliau baik hati. Beliau sanggup membenarkan Pasukan Zamrud II menggunakan mesin

Avatari milik Pasukan Zamrud di kedainya.e. Walaupun sudah berumur, Pak Cik Ho tetap bersemangat seperti orang muda yang mahu

belajar dan melakukan perkara-perkara yang baru. Pak Cik Ho berminat hendak tahu tentang cip baru yang diperkenalkan Adeen yang lebih hebat daripada cip di dalam CPU Voltra miliknya.

Pak Cik Tan (Tan Beng Kiat)

17

Page 18: Sinopsis setiap bab

a. Pak Cik Tan lelaki Cina yang berbadan kurus dan berusia lewat enam puluhan.b. Dia menjadi pengurus kedai permainan video Game Star milik Pak Cik Ho.c. Walaupun rambutnya sudah beruban, dia masih sihat dan tegap kerana dia mengamalkan

senaman tai chi dan minum teh ginseng.d. Dia sudah bekerja dengan keluarga Pak Cik Ho lebih daripada 30 tahun.e. Dia seorang pekerja yang setia dengan majikannya.

LatarLatar tempat

a) Kompleks memebeli belah tempat Pertandingan Avatari Kebangsaan kali ke sepuluh diadakan.

b) Dirumah Aina tempat tinggal Aina dan Anas. Di rumah ini juga tempat Aina dan Anas

berbincang tentang cara-cara untuk menyertai Pertandingan Avatari kali kesepuluh.

c) Di pusat permainan video Game Star tempat Pak Cik Ho menyimpan mesin Avatari kepunyaan Pasukan Zamrud yang

memenangi Pertandingan Avatari pertama sepuluh tahun yang lalu.d) Di retoran McDonalds

tempat Anas dan Pauline makan tengah hari sementara menantikan Adeen mengubah suai mesin Avatari di pusat permainan video Game Star.

e) Di kawasan bukit bakau dan belukar di Batu Layar- tempat ahli Pasukan Zamrud 2 menjalani

latihan kecergasan fizikal dengan Cikgu Nisah. Cikgu Nisah telah meniggalkan mereka selama sejam setengah jam dalam belukar tersebut supaya mereka dapat mencari jalan keluar sendiri.

f) Di sekolah tempat Aina dan Zuraini belajar

g) Lokasi prasejarah lokasi ini merupakan lokasi pusingan pertama Pertandingan Avatari. Di sinilah

tempat PAsukan Zamrud11 dikehendaki mencari buah cempedak aneh tetapi terpaksa menghadapi halangan daripada kumpulan dinosaur prasejarah.

h) Mesir (Zaman Firaun) dalam pusingan ketiga Pertandingan Avatari, PAsukan Zamrud 2 dikehandaki

mencari tongkat Nabi Musa di dalam makam Firaun yang terletak di kawasan padang pasir.

18

Page 19: Sinopsis setiap bab

Latar Masaa) Pada petang Sabtu

Anas, Aina, Adeen, dan Pauline mula-mula menjalani latihan kecergasan degan Cikgu Nisah.

b) Pada Hari Ahad bulan Disember Pusingan akhir pertandingan Avatari kali kesepuluh sedang berlansung di

Kompleks Beli-belah Anggun.c) Pada waktu malam

Aina dan Anas melayari internet untuk mengetahui lebih lajut tentang Pertandingan Avatari kali kesepuluh. Kemudian, Anas berdebat dan bertukar-tukar hujah secara jarak jauh dengan Aya Morita, seorang gadis Jepun dari sebuah kafe hiburan di Tokyo.

Latar Masyarakata) Masyarakat yang celik computer dan teknologi maklumat. Aina membuat kerja

sekolahnya melalui sumber daripada internet. Adeen pula sangat mahir mengendalikan program dan perkakasan computer.

b) Masyarakat yang terdiri daripada golongan terpelajar. Bapa Aina dan Anas, iaitu Profesor Dr. Muhammad Fitri Izzati merupakan Ketua pasukan penyelidikyang membuat penyelidikan di Lautan Adaman.

c) Masyarakat yang terdiri daripada golongan pelajar. Aina dan Zuraini belajar di sekolah rendah manakala Anas dan Pauline belajar di sekolah menengah. Adeen pula pelajar kursus kejuruteraan computer di kolej khas di Koridor Raja Multimedia.

d) Masyarakat yang menjalankan perniagaan. Ho Shhao Long manjalankan perniagaan kedai permainan video, iaitu Game Star. Encik Kuppusamy pula merupakn jutawan yang memiliki rangkaian kedai barangan kemas ternama di Malaysia.

e) Masyarakat yang terdiri daripada golongan samseng, Abang Anjali, Muthu merupakn ketua samseng yang sering membuat kacau di kedai permainan video milik Ho Shao

19

Page 20: Sinopsis setiap bab

Lonh. Muthu telah dibayar oleh Chan Kok Meng, ketua penjenayah yang berselindung sebagai tokoh korporat.

f) Masyarakat bantu-membantu dan saling bekerjasama. Ahli Pasukan Zamrud 2 saling membantu ketika berada di setiap lokasi meya Pertandingan Avatari.

20

Page 21: Sinopsis setiap bab

Binaan Plot1) Dalam bahagian permulaan, pembaca diprkenalkan dengan enam orang remaja, iaitu

Adeen, Aina, Anas, Pauline, Anjali dan Zuraini yang sedang berjalan menuju ke bilik persalinan. Adeen yang masuk dahulu ke bilik persalinan itu dan ternampak dua orang lelaki menceroboh bilik itu. Penceroboh tersebut berbangsa India dan Cina. Lelaki India dapat diberkas tetapi lelaki Cina dapat meloloskan diri stelah menembak Aina.

2) Dalam bahagian perkembangan, secara imbas kembali, Aina sedang membuat kerja sekolah semasa muri-murid lain sedang menikmati waktu rehat. Zuraini dating dan memberitahu Aina tentang poster Pertandingan Avatari yang dipamerkan di kantin sekolah. Di rumah, Aina berbincang dengan abangnya, Anas untuk mencari maklumat lanjut tentang Pertandingan Avatari menerusi internet. Mereka mendapat bantuandaripada Pak Cik Ho untuk menyediakan computer reality maya dan perisian Avatari

3) Konflik mula berlaku apabila Kumar, salah seorang ahli Pasukan Zamrud II menarik diri. Empat ahli Pasukan Zamrud II yang lain, iaitu Adeen,Anas,Aina, dan Pauline kebingungan dengan tindakan Kumat itu. Akhirnya Anjali menjadi pengganti Kumar. Namun, kehadiran Anjali dicemburui Pauline kerana Anjali kelihatan sangat rapat dengan Anas. Jalan cerita menjadi semakin menarik apabila pertandingan bermula. Dalam pusingan pertama, Pasukan Zamrud II telah berjaya mendapat pasu emas seperti yang dikehendaki oleh pihak penganjur, tetapi pasu emas itu telah dirampas oleh Pasukan Aura Suci. Namun kemudiannya, Pasukan Zamrud II layak ke pusingan kedua kerana penyertaan Pasukan Aura Suci telah dibatalkan lantaran tindakan mereka yang tidak bermoral itu. Semasa pusingan kedua hendak bermula, salah satu cip mikroelektronik mesin Avatari Pasukan Zamrud II telah hilang. Sebagai akibatnya, Pasukan Zamrud II tidak dapat memulakan pertandingan. Nasib menyebelahi mereka kerana Adeen Berjaya mendapat cip mikroelektronik gentian yang diperoleh daripada papan litar gentian yang dibawa oleh Pak Cik Tan. Dengan itu, Pasukan Zamrud II dapat meneruskan pertandingan dan Berjaya memasuki pusingan ketiga. Apabila pusingan ketiga tamat, Malaysia yang diwakili oleh Pasukan Zamrud II telah seri dengan Thailand dan Republik Rakyat China. Namun, Malaysia bernasib baik kerana memenangi persaingan pemecah seri dan layak ke pusing akhir.

21

Page 22: Sinopsis setiap bab

4) Pada bahagian klimaks atau kemuncak, plot kembali ke peristiwa semasa, keadaan di bilik persalinan masih tegang, walaupun Aina telah dibawa ke hospital. Kerana kejadian yang menimpa Aina itu, ahli-ahli Pasukan Zamrud II hendak menarik diri daripada bertanding. Namun, Pak Cik Ho menghalang niat mereka itu kerana Aina telah stabil. Zuraini mengambil alih tempat Aina. Pusingan akhir Pertandingan Avatari Kebangsaan dimulakan. Dalam pusingan akhir ini, setiap pasukan diberi peluang untuk mengubah sejarah dunia dengan menggunakan mesin masa. Mereka boleh pergi ke mana-mana masa atau zaman. Malaysia memilih kembali ke zaman Melaka untuk membantu perajurit Melaka melawan Portugis, Amerika Syarikat, Jepun, Australia, dan Rusia telah memilih destinasi masing-masing. Semua pasukan telah masuk ke dalam mesin masa. Pasukan Rusia yang terakhir memasuki mesin masa. Tiba-tiba Anas tersedar bahawa pasukan dari Rusia itu mesti dihalang, kerana jika Rusia Berjaya, bermakna pihak musuh Islam telah memperoleh kejayaan moral. Untuk menghalang niat pasukan Rusia itu, mesin masa itu perlu dimatikan. Sementara itu, avatar-avatar dari Rusia, Amerika Syarikat, Jepun, dan Australia menyerang pasukan Malaysia. Keadaan menjadi sangat kritikal. Pasukan Rusia sedar bahawa pasukan Malaysia hendak memusnahkan mesin masa. Namun atas keberanina dan kepakaran ahli-ahli kumpulan Malaysia, akhirnya mesin masa itu Berjaya dimatikan. Dalam beberapa saat kemudian, semua lampu terpadam. Kemudian lampu dinyalakan menandakan bahawa Pertandingan Avatari sudah tamat. Pasukan Zamrud II dari Malaysia telah dipilih sebagai pemenangnya.

5) Pada pengakhiran atau peleraian cerita, pendeta tua menerangkan sebab-sebab Pasukan Zamrud II dari Malaysia diberi kemenangan. Pak Cik Tan yang bersembunyi di dalam bilik persalinan akhirnya telah Berjaya menangkap orang yang mensabotaj Pasukan Zamrud II dengan tujuan untuk menggagalkan perjuangan mereka. Orang itu ialah Anjali.

22

Page 23: Sinopsis setiap bab

Teknik Plot

a) Teknik pemerianPengarang memerihalkan persona Badang yang digunakan oleh Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari. Contohnya:

Pasukan Zamrud II menggunakan persona Badang untuk mewakili mereka dalam saringan pertama. Badang, watak wira dalam Sejarah Melayu, difikirkan watak paling sesuai untuk melambangkan aspirasi pasukan mereka. Empat buah avatar Badang yang sama rupa itu sah Berjaya memasuki ruang siber. Hanya nombor satu hingga empat di baju mereka yang membezakan mereka. (hal. 111)

b) Teknik dialog

Banyak terdapat dialog antara watak-wataknya. Contohnya:

“Hah bagaimana, nak dating petang ni?” gesa Aina apabila melihat kawannya masih diam.

“Baiklah, Zu datang. Di mana kita nak jumpa?”“Zu datanglah ke rumah Aina. Kita pergi bersama-sama dengan Abang Anas.”“Setuju?”“Tentu sekali, setuju!” (hal.86)

c) Teknik imbas kembaliAda beberapa peristiwa yang telah berlaku disorot semula oleh pengarang. Antaranya termasuklah Aina yang membayangkan semula peristiwa sebelumnya bagaimana dia boleh terlibat dalam Pertandingan Avatari. Contohnya:

Aina yang masih di pangku ibunya tidak dapat berkata apa-apa. Matanya berpinar-pinar dan keadaan sekeliling semakin gelap dirasakan. Antara separuh sedar itu, fikirannya melayang-layang memikirkan kenapa dia sanggup menentang ibunya dan memasuki pertandingan itu? Mindanya yang semakin lemah itu cuba juga mencari jawapan. (hal. 8)

d) Imbas mukaAina mengajak Zuraini menyertai Pasukan Zamrud II sebagai ahli simpanan. Siapa yang akan bertanding pada hari sebenar akan diputuskan kemudian. Zuraini memang benar-benar bertanding dalam pusingan akhir Pertandingan Avatari Kebangsaan menggantikan Aina yang telah cedera terkena tembakan. Contohnya:

“Itu Zu jangan risau. Anggap beres. Kita kan boleh ada ahli pasukan simpanan. Siapa yang akan bertanding pada hari sebenar nanti biar kita putuskan kemudian. Yang penting, Zu sertai kami dan turut ikut latihan.” (hal. 85 – 86)

e) Teknik monolog

Semasa Anas membaca sajak yang ditulis Aina. Contohnya:

23

Page 24: Sinopsis setiap bab

“Tak sangka Aina pandai tulis sajak, walaupun perlu diperbaiki lagi,” kata Anas sendirian. (hal. 37)

f) Teknik minolog dalamanPauline memikirkan kata-kata Anas yang mahu mempelawa Anjali sebagai ahli kelima pasukan Zamrud II. Contohnya:

Ahli yang kelima? Tanya hati Pauline lagi. Apa maksud Anas? Budak perempuan itu? Ah, tak mungkin! (hal. 81)

g) Teknik saspensAhli Pasukan Zamrud II tertanya-tanya apakah yang telamengh terjadi kepada Aina sewaktu Aina terjatuh ke dalam sebuah lubang semasa berada di padang pasi di Mesir. Contohnya:

Sedang mereka terfikir-fikir apa yang harus dilakukan, Pauline ternampak sesuatu pergerakan di dalam pasir berhampiran. Dia segera menguit kepada rakan-rakannya yang lain untuk memandang kea rah pergerakan itu. Mereka bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Adakah yang kan muncul di hadapan mereka itu binatang atau makhluk apa? (hal. 135)

h) Teknik KejutanSemasa Aina memperkenalkan Pauline kepada Adeen merupakan sesuatu kejutan bagi Anas dan Pauline, kerana Aina telah mengucapkan kata-kata di luar jangakaan mereka. Contohnya:

“Tapi abang jangan cuba nak mengurat amoi ni, sebab ….sebab….. abang Anas dah cup dia.” (hal. 55)

24

Page 25: Sinopsis setiap bab

Gaya Bahasa

DiksiPemilihan kata yang digunakan oleh pengarang bersesuaian dengan jalan cerita yang berkaitan dengan kepintaran dalam bidang pengkomputeran serta teknologi maklumat dan komunikasi. Contoh kata – kata tersebut seperti modul litar, cip mikroelekronik, ruang siber, realii maya, kamar bicara, dan sebagainya.

Ayat(a) Ayat pendek. Contohnya:

● Zuriani berfikir sejenak.● Zuriani tersengih lagi.●“Masuk?”● Anas terdiam.● Mata Aina terbeliak.

(b) Ayat panjang. Contohnya:● Kelas silat yang dihadirinya di sekolah setiap petang Selasa dan Khamis banyak

memberi gadis itu keyakinan diri dan kemahiran hidup berdikari.● Di hujung talian kawalan avatar Shogun, di sebuah kafe siber di kawasan hiburan

Tokyo, seorang gadis bernama Aya Morita mendengar jawapan Hang Tuah dengan te – liti melalui skrin computer multimedianya.

SimileBanyak unsur simile digunakan oleh pengarang. Contohnya :(a) Hidup manusia semakin sintetik seperti kad plastik yang sudah menggantikan wang kertas.(b) Sakitnya terlalu pedih seperti dilibas seekor pari.(c) Kalau ikatan bersama dalam satu pasukan itu kuat, makaribut yang berlaku itu tidak ubah seperi rebut dalam cawan. (d) Walaupun dia tahu Anjali ikhlas, panggilan Anjali itu terasa seperti bunyi halilintar membelah bumi di telinganya.

25

Page 26: Sinopsis setiap bab

PersonifikasiUnsur personifikasi, iaitu memberikan sifat manusia kepada benda atau perkara tertentudimasukkan oleh pengarang. Contohnya:(a) Petang ini semakin tua.(b) Kipas siling berputar ligat.(c) Hati kecil Anas mencabar mindanya.(d) Adeen, Anas, Aina dan Pauline diam kerana minda mereka masih mencengkam hatinya.(f) Tepukan gemuruh menyambut ucapan Halim.

SinkopePengarang menggunakan sinkope atau singaktan kata, bersesuaian dengan gaya bahasa dialog. Contohnya:(a) “Papa ni ... kalau kami menang papa pun tentu akan dapat pulangan berlipat ganda daripada pelaburan papa tu,” usik Pauline pula.(b) “Hei amoi, cakap tu baik – baik sikit ya. Aku ada di sini pun bukan kerana aku suka, tau. Kalau tak kerana desakan papaku, jangan harap aku nak datang”.

MetaforaUnsur gaya bahasa metafora digunakan juga. Contohnya:(a) Memang ayah pelita hidup ibu.(b) Senyuman yang sejak tadi menghiasi bibir tuanya terus lenyap dimamah bias kata – kata Kumar.

PeribahasaUnsur peribahasa turut digunakan oleh pengarang. Contohnya:(a) Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.(b) Menunggu buah yang tidak mahu gugur.(c) Perigi mencari timba.

Falsafah / Kata – kata HikmatFalsafah hidup atau kata – kata hikmat turut digunakan oleh pengarang. Contohnya:(a) Dalam dunia ini, memang kita perlu membuat keputusan dan pilihan yang tidak dapat memenangi dan memuaskan hati semua pihak.(b) Tiada guna melawan api dengan api. Dia lebih suka menjadi air yang sentiasa sejuk dan tenang.(c) Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah. Berpantang mati sebelum ajal. Selagi ada nyawa, selagi itu ada daya.

26

Page 27: Sinopsis setiap bab

Penggunaan Bahasa Inggeris(a) Hanya laungan kecemasan “Mayday, Mayday” dari dek katamaran itu yang terakhir diterima sebelum kapal itu ghaib.(b) Penyemak lewa atau browser Internet yang sudah dilancarkan.(c) Kolej itu hanya mengambil pelajar yang mempunyai intellectual quotient atau I.Q yang tinggi.(d) “Macam rapper saja. Habislah kita. Tahukah dia guna komputer?”

27

Page 28: Sinopsis setiap bab

Nilai

(a) Baik hati. Contohnya, Pak Cik Ho bermurah hati dengan membenarkan Pasukan Zamrud II menggunakan mesin komputer Avatari milik pasukannya, iaitu Pasukan Zamrud. Pak Cik Ho turut membenarkan Pasukan Zamrud II menjalani latihan untuk menghadapi Pertandingan Avatari ddi pusat permainan video miliknya.

(b) Bersimpati. Contohnya, Pak Cik Tan bersimpati terhadap Anjali setelah Anjali mencerit –akan latar belakang hidupnyayang sebenar, iaitu bagaimana dia dibersarkan dalam kelua – ga yang bermasalah.

(c) Kerjasama. Contohnya, Anas, Adee, Aina, Pauine dan Zuriani memberikan kerjasam yang padu dengan berlatih bersungguh – sungguh bagi menjamin kemengan kepada Pasukan Zamrud II dalam Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh.

(d) Hemah tinggi. Contohnya, Adeen merupakan seorang yang berjiwa besar dengan tidak memarahi atau mengambil hati tingkah laku biadab Kumar terhadap dirinya. Adeen menganggap Kumar masih muda dan mentah.(e) Keberanian. Contohnya, Anas, Adeen, Aina dan ahli Pasukan Zamrud II yang lain denganberani mnghadapi dua orang lelaki yang menceroboh bilik persalinan mereka.

(f) Keyakinan. Contohya, ahli – ahli Pazukan Zamrud II mempunyai sebelum dan semasa bertanding dalam Pertandingan Avatari. Kerana keyakinan inilah, mereka akhirnya muncul sebagai juara.

(g) Ketekunan. Contohnya, para ahli Pasukan Zamrud II gigih berlatih dari segi fizikal mahupun mental. Walaupun latihan yang dilalui mereka iru amat meletihkan fizikal dan emosi, mereka meneruskan juga supaya mereka mempunyai daya saing yang tinggi bagimenghadapi Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh.

(h) Kesyukuran. Contohnya, Aina amat bersyukur atas kemenangan Pasukan Zamrud II yang telah memenanagi Pertandingan Avatari Kebangsaan kesepuluh. Aina juga bersyukur kerana ayahnya yang hilang di laut sejak enam bulan yang lalu telah ditemui dengan selamat.

28

Page 29: Sinopsis setiap bab

Pengajaran

(a) Kita janganlah cepat menilai seseorang itu sebagai negative hanya dengan melihat segiluarannya. Contohnya, Kumar yang bertindak memperkecil – kecil kebolehan Adeen hanya dengan menilai segi luaran Adeen dengan imej rapper itu.

(b) Kita janganlah bertindak terburu – buru. Contohnya, Kumar bertindak terburu – buru meninggalkan Pasukan Zamrud II ganya kerana tidak yakin peralatan mesin Avatri dipusat permainan video Game Star yang kelihatan antik itu. Akhirnya, Kumar menyesalsetelah melihat kemenangan Pasukan Zanrud II.

(c) Kita mestilah tabah menghadapi dugaan dan cabaran jika hendak berjaya. Contohnya, ahli – ahli Pasukan Zamrud II menghadapi pelbagai cabaran, halangan dan dugaan dugaan dengan tabah, sama ada semasa semasa menjalani latihan, dan juga semasa menjalani pertandingan. Berkat ketabahan dan kesabaran, akhirnya mereka berjaya menjadi juara.

(d) Kita haruslah berlajar dari kesilapan. Contohnya, Kumar menyesal atas perbuatannya yang lepas setelah melihat kemenangan Pasukan Zamrud II menjadi juara dalam Pertan –dingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh.

(e) Ibu bapa dan ahli keluarga yang dewasa perlu member didikan dan kasih saying yangsecukupnya kepada anak – anak di bawah jagaanya. Contohnya, Anjali yang tidak dapatdidikan yang daripada abangnya. Sebagai akibatnya, Anjali membesar sebagai seoranggadis yang bermasalah.

29