rph moral

Upload: salimah-musa

Post on 11-Oct-2015

134 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL

FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR

1. Mata Pelajaran dan Kelas :Pendidikan Moral Tahun 3 Shafie

2. Nilai / tajuk : Kerajinan

3. Masa :10.05 -10.35 pagi (30 minit)

4. Standard Pembelajaran : 11.1.1, 11.1.2, 11.1.3, 11.1.4,

5. Objektif Pembelajaran:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:Penaakulan Moral : i. menyatakan 3 cara bersikap rajin di sekolah. ii. menyatakan 3 kepentingan bersikap rajin di sekolahPerasaan Moral : berasa gembira apabila bersikap rajin di sekolahPerlakuan Moral : menunjukkan sikap rajin dengan berusaha mencari gambar-gambar kerajinan dari internet.

6. Pengetahuan sedia ada: Murid telah belajar tentang nilai kerajinan dalam tahun 2.

7. Teknik : Bercerita

8. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:Set induksi:i. Guru menunjukkan gambar-gambar sebuah cerita.ii. Guru mengajukan beberapa soalan.Langkah 1:i. Menjana idea murid dengan meminta murid bercerita berdasarkan gambar-gambar tersebut.ii. Menjana idea murid dengan meminta murid memberi pendapat tentang nilai-nilai dalam cerita tersebut dengan menggunakanthinking tool (Bubble Map).iii. Guru menjelaskan nilai kerajinan.Langkah 2:i. Guru mempaparkan teks cerita dan murid diminta membaca teks tersebut.ii. Guru menggunakanthinking tool (Human Flow Map)untuk memastikan kefahaman murid terhadap cerita tersebut.iii. Perbincangan kelas dijalankan dengan mengaitkan aktiviti-aktiviti di sekolah dan kepentingan bersikap rajin.Langkah 3:i. Dalam kumpulan, murid menggunakan internet untuk mencari 2 gambar berkaitan kerajinan di sekolah.ii. Sumbangsaran perasaan murid berdasarkan gambar-gambar tersebut dan menyatakan kepentingan bersikap rajin.Penutup:i. Guru membuat kesimpulan dari hasil dapatan murid.

9. EMK: i. Kreativiti menjana idea, sumbangsaran ii. TMK - Menggunakan internet

10. Bahan Bantu Mengajar: Gambar-gambar cerita, gambar-gambar kerajinan, lembaran kerja.

11. Penilaian P dan P:i.lembaran kerja (Nyatakan aktiviti-aktiviti kerajinan di sekolah)ii.gambar-gambar yang diakses oleh murid dari internetiii.murid dapat menceritakan perasaan apabila bersikap rajin12.Refleksi i. 30 orang murid telah mencapai objektif yang ditetapkan. ii. 3 orang murid akan diberi latihan pemulihan sebelum waktu pelajaran akan datang.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran:Pendidikan Moral

Kelas:Tahun 3 Shafie

Nilai / tajuk:Kerajinan

Masa:10.05 10:35 pagi

Standard Pembelajaran:11.1.1, 11.1.2, 11.1.3, 11.1.4

Objektif Pembelajaran:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

Penaakulan Moral:i. menyatakan2 cara bersikap rajin di sekolah.

ii. menyatakan2 kepentingan bersikap rajin di sekolah.

Perasaan Moral:menceritakan perasaan apabila bersikap rajin di sekolah.

Perlakuan Moral:menunjukkan sikap rajin di sekolah.

Bahan Bantu Mengajar:komputer, LCD projector, lembaran kerja, cerita (belalang dan semut)

Pendekatan a) Pembelajaran Berpusatkan Murid

b) Pembelajaran Berasaskan Otak

c) Pembelajaran KolaborasiAktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:

LANGKAH/MASAKANDUNGANAKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP)ELEMEN BESTARI

Set Induksi(5 minit)Cerita:Belalang dan Semut- Guru mencerita tentang Belalang dan Semut.2.- Murid dikehendaki menyatakan nilai yang terkandung dalam cerita tersebut.

Langkah 1( 7 minit )Pengajaran nilai kerajinan1.- Guru menunjukkan gambar-gambar dengan Powerpoint Slaid.2.- Murid diminta memberi pendapat tentang gambar-gambar tersebut.3.-Guru membimbing murid menghayati nilai kerajinan yang terkandung dalam gambar.

TMK:Penggunaan alatan teknologi

Langkah 2(8 minit)Aktiviti kumpulan:Lakonan1.- Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu 5 orang dalam satu kumpulan.2.- Murid dikehendaki mencipta satu situasi yang berkaitan dengan nilai kerajinan.3.- Murid lakonkan situasi tersebut mengikut kreativiti masing-masing.4.- Guru membuat penilaian atas lakonan murid.

Kreativiti:menjana idea, sumbangsaran

Langkah 3(7 minit)Lembaran kerja

Aktiviti Pemulihan

Aktiviti Pengayaan1.

- - Guru mengagihkan lembaran kerja kepada murid.Murid dibimbing oleh guru.

2.- Murid dikehendakimenyiapkan lembaran kerja secara individu.

Penutup(3 minit)Rumusan P&P1.Kuiz2.- Murid menceritakan perasaan apabila mengamalkan sikap kerajinan.3.- Guru mengingatkan murid supaya sentiasa mempraktikkan sikap rajin di sekolah.