penyakit buah pinggang (1)

26
LATAR BELAKANG http://buahpinggang122.50megs.com/ BUAH PINGGANG berbentuk seperti kacang kacang merah dibelah dua dan berada dibahagian bawah pusat kearah belakang badan. Jika ia baik maka baiklah seluroh badan dan jika ia rusak, maka rusaklah seluroh badan. Dalam perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan sebagai 'ibu pada segala cecair di dalam badan' dan daripada situ, wujudlah pula 'Yin dan Yang' Manakala perubatan barat pula mengistilahkan fungsi buah pinggang sama seperti Cina cuma ia lebih khusus lagi. Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid- alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang baik diserap kedalam darah dan bahan yangtidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing. Kedua-dua buah pinggang terletak atas sedikit daripada pinggang di belakang rongga abdomen. Arteri renal membawa darah daripada jantung ke buah pinggang. Satu tiub disebut ureter mengalirkan darah daripada setiap buah pinggang ke pundi-pundi. Setiap buah pinggang mengandungi lebih sejuta struktur berbentuk bola kecil dinamakan glomeruli. Glomeruli terletak di cortex atau bahagian luar buah pinggang. Fungsinya ialah menapis cecair mengandungi glukos, asid amino, garam dan bahan kotoran daripada darah. Buah pinggang berupaya melakukan proses ini kerana darah daripada

Upload: saadiah-alang-ya

Post on 14-Aug-2015

171 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penyakit Buah Pinggang (1)

LATAR BELAKANG

http://buahpinggang122.50megs.com/

BUAH PINGGANG berbentuk seperti kacang kacang merah dibelah dua dan berada dibahagian bawah

pusat kearah belakang badan. Jika ia baik maka baiklah seluroh badan dan jika ia rusak, maka rusaklah

seluroh badan. Dalam perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan sebagai 'ibu pada segala cecair di dalam

badan' dan daripada situ, wujudlah pula 'Yin dan Yang' Manakala perubatan barat pula mengistilahkan

fungsi buah pinggang sama seperti Cina cuma ia lebih khusus lagi.

Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita

(proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan

di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air

yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi sebagai bahan

penapis, buah pinggang memastikan bahan yang baik diserap kedalam darah dan bahan yangtidak

diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.

Kedua-dua buah pinggang terletak atas sedikit daripada pinggang di belakang rongga abdomen. Arteri

renal membawa darah daripada jantung ke buah pinggang. Satu tiub disebut ureter mengalirkan darah

daripada setiap buah pinggang ke pundi-pundi. Setiap buah pinggang mengandungi lebih sejuta struktur

berbentuk bola kecil dinamakan glomeruli. Glomeruli terletak di cortex atau bahagian luar buah

pinggang. Fungsinya ialah menapis cecair mengandungi glukos, asid amino, garam dan bahan kotoran

daripada darah.

Buah pinggang berupaya melakukan proses ini kerana darah daripada arteri renal memasuki buah

pinggang dengan tekanan yang kuat. Tekanan ini memaksa cecair tadi ke medulla melalui heberapa tiub

kecil. Tiub ini dikelilingi oleh saluran darah yang meresapkan zat dan air yang diperlukan tubuh. Darah

yang ditapis tadi kemudian ke luar daripada buah pinggang melalui saluran renal dan membuat pusingan

semula. Cecair yang ditapis ini mengandungi bahan kotoran yang terkumpul di dalam pundi-pundi

kencing. Air kencing keluar daripada tubuh melalui satu lagi saluran yang dinamakan urethra. Kesemua

sistem daripada buah pinggang ke urethra dikenali sebagai sistem buah pinggang.

Selain membersihkan darah, buah pinggang mengawal kandungan air dan garam yang terdapat di

dalamnya. Umpamanya jika anda minum banyak air dengan cepat, air terus memasuki saluran darah dan

mempunyai kesan mencairkan darah. Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang

berlebihan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing. Sama juga jika anda banyak berpeluh, tubuh

Page 2: Penyakit Buah Pinggang (1)

kekurangan air dan air kencing berwarna pekat sehinggalah buah pinggang mengumpul jumlah air yang

cukup.

Sistem buah pinggang yang sihat tidak mengandungi organisme mikro tan air kencing yang melaluinya

telah dengan sendirinya disteril. Bagaimanapun, sistem ini boleh mendapat jangkitan jika bakteria di luar

tubuh memasuki urethra dan sampai ke pundi-pundi kencing. Bakteria ini boleh merebak dan mungkin

berjangkit pada buah pinggang, menyebabkan keradangan yang dinamakan pyelonephritis. Ini biasanya

berlaku apabila aliran biasa air kencing tersekat. Bakteria terus membiak di dalam air kencing yang

terkumpul.

Adakalanya perkara ini terjadi tanpa diketahui sebabnya. Orang yang sihat pun boleh mendapatnya.

Wanita lebih mudah mendapat jangkitan kerana urethranya pendek menyebabkan Bakteria mudah

memasuki buah pinggang. Kebanyakan kita membuang air kecil empat atau enam kali sehari. Jika lebih

daripada itu, ini mungkin disebabkan oleh rasa cemas, jangkitan atau sesuatu yang berpunca daripada

penyakit. Buat pemeriksaan doktor jika anda menghadapi masalah ini. Anda juga patut membuat

pemeriksaan jika pengeluaran air kencing anda berkurangan. Ini mungkin disebabkan kekurangan air -

dehidrasi (umpamanya selepas muntah-muntah atau cirit-birit) tetapi ini juga mungkin menjadi tanda

akan kerosakan buah pinggang atau tersumbat.

http://forum.engkabang.net/index.php?topic=4337.0;wap2

Masalah buah pinggang boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu:

• Batu karang — berlaku akibat penghasilan hablur dalam buah pinggang. Ia boleh disebabkan kurang

cecair dalam badan, terutama air. Ini sebabnya kita perlu minum sekurang-kurangnya satu liter air sehari

untuk mengelak pembentukan hablur atau batu karang. Kadangkala pesakit berasa sakit ketika kencing

kerana hablur keluar bersama air kencing.

• Penyakit polisistik ginjal — ini adalah keadaan apabila berlaku pembentukan kaviti atau sista dalam

buah pinggang. Sesetengah sista tidak menyebabkan masalah kegagalan buah pinggang, tetapi ia boleh

membesar hingga menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi. Ada kalanya masalah ini tidak

mempunyai simptom, tetapi ada juga pesakit mengalami pendarahan dalam kencing.

• Pyelonephritis — ia merujuk kepada jangkitan buah pinggang disebabkan bakteria atau virus. Jenis

paling biasa akan menyebabkan saluran air kencing tersekat. Sekatan ini boleh berlaku pada tiub ureter

Page 3: Penyakit Buah Pinggang (1)

(tiub yang menyambungkan buah pinggang dengan pundi kencing) atau saluran keluar dari pundi

kencing.

Sesetengah kes sekatan berpunca daripada batu, bengkak atau parut pada ureter, jangkitan kronik atau

ketumbuhan.

• Refluks buah pinggang — ia bermakna air kencing mengalir balik ke pundi kencing melalui ureter dan

memasuki buah pinggang. Masalah ini tiada simptom atau gejala tertentu. Jika ada jangkitan, refluks juga

boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang yang menyebabkan sakit belakang.

Bagaimanapun, refluks atau aliran songsang air kencing tiada kaitan dengan masalah tidak berdaya

menahan kencing, kecuali jika pesakit turut mengalami jangkitan salur kencing, dilahirkan dengan saluran

buah pinggang tidak normal (kongenital) atau ada gangguan fungsi pundi kencing.

• Mesangial Proliferative Glomerulonephritis — simptom penyakit ini kadangkala disalah anggap dengan

masalah kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi, bengkak dan anemia. Ia juga sering dikesan pada

peringkat lewat kerana kebanyakan pesakit hanya datang menjalani pemeriksaan apabila keadaan menjadi

serius.

http://www.blog.kesihatanonline.com/2012/05/manifestasi-masalahpenyakit-buah.html

Gambar dari: medicinenet.com

Page 4: Penyakit Buah Pinggang (1)

Penyakit buah pinggang biasanya dimanifestasikan oleh sindrom sindrom klinikal seperti yang

berikut:

1. Protein dalam air kencing (proteinuria)

Pada kebiasaannnya, ginjal akan menyingkirkan tidak lebih daripada 150mg protein sehari.

Jumlah yang amat kecil ini adalah kerana terdapat 'basement membrane' iaitu sejenis lapisan

yang terletak antara salur darah dan organ kecil yang terdapat dalam buah pinggang (podocytes).

Membran ini mempunyai cas negatif dan memastikan protein tidak dapat lalu menembusi salur

darah dan merentasi podocytes. Oleh sebab itu, protein dalam darah (terutamanya albumin) dapat

dielak dari keluar dari badan melalui air kencing. Proteinuria yang melebihi 3gram sehari

menunjukkan berlakunya masalah glomerular.

2. Darah dalam air kencing (hematuria)

Darah dalam air kencing boleh terhasil akibat kecederaan yang berlaku pada mana mana

bahagian dalam buah pinggang dan salur kencing. Masalah darah dalam air kencing amat perlu

dipandang serius kerana ia boleh jadi satu satunya tanda kewujudan kanser dalam salur kencing

(terutamanya dalam orang tua melebihi 40 tahun dan perokok). Namun pada kebiasaannya, darah

dalam air kencing adalah disebabkan oleh jangkitan kuman atau batu karang.

Darah dalam air kencing (hematuria)Gambar dari Wikipedia

Page 5: Penyakit Buah Pinggang (1)

3. Sakit sewaktu kencing (dysuria) dan sakit pada buah pinggang

Sakit pada buah pinggang biasanya dirasakan pada setiap masa tanpa intensiti pada waktu

tertentu dan ia biasanya dirasakan pada bahagian belakang badan dan di bawah tulang rusuk

yang terakhir (loin region/lumbar). Ia boleh jadi berpunca daripada sumbatan pada salur kencing

(boleh dikenalpasti dengan merasa bengkak pada buah pinggang dan sakit), jangkitan pada pelvis

buah ginjal (pyelonephritis), nephritic syndrom akut, buah pinggang polycystic (polycystic

kidney disease), atau infark buah pinggang.

Polycystic Kidney DiseaseGambar dari Wikipedia

Sakit kolik bermaksud sakit yang berpunca akibat terdapat sumbatan pada salur kencing yang

bersifat tajam dan amat menyakitkan yang mana sakit itu merebak daripada kawasan belakang

badan (dekat buah pinggang) ke kawasan pinggul (pelvis) dan peha. Ia juga biasanya disertai

dengan muntah muntah dan demam. Ia diakibatkan oleh batu pada salur kencing atau bahagian

kecil buah pinggang yang terputus akibat ischemia (renal papilla).

Sakit sewaktu hendak kencing yang diiringi dengan kekerapan buang air pula adalah antara tanda

tanda seseorang itu menghidapi masalah jangkitan salur kencing (UTI)

4. Kurang kencing atau Terlebih kencing

Kurang kencing (oliguria) didefinisikan sebagai pengeluaran air kencing kurang daripada 500ml

sehari atau 0.5ml/kg/jam. Antara sebab mengapa ia berlaku ialah kekurangan bekalan darah ke

buah pinggang (pre-renal), kerosakan ginjal (renal) atau sumbatan salur kencing (post-renal).

Page 6: Penyakit Buah Pinggang (1)

Terlebih kencing (polyuria) pula adalah disebabkan oleh masalah seperti Diabetes Mellitus,

Diabetes insipidus, hypercalcemia (terlebih kalsium dalam darah), kehilangan fungsi buah

pinggang dalam menyerap kembali garam dalam tubul ginjal dan SVT (supraventricular

tachycardia) yang berpunca daripada penghasilan ANP (atrial natriuretic peptide)

5. Kegagalan buah pinggang akut.

Ini merupakan masalah yang dimanifestasi oleh peningkatan kreatinin yang ketara dalam darah

dan diikuti dengan kurang kencing (oliguria). Oliguria bermaksud kencing kurang daripada

500ml sehari. Biasanya, masalah kegagalan ginjal akut adalah berpunca daripada masalah lain

yang juga berlaku secara akut (serta merta) seperti hypovolumia (kurang darah), rendah tekanan

darah dan jangkitan (sepsis) dan juga sumbatan salur darah. Kegagalan akut yang berlaku secara

primari adalah jarang.

6. Kegagalan buah pinggang kronik (Chronic Kidney Disease / Chronic Renal Failure)

Ia didefinisikan sebagai penyakit yang berlaku dalam tempoh masa yang panjang. Penyakit ini

diklasifikasikan kepada beberapa peringkat berdasarkan Glomerular Filtration Rate (GFR). GFR

adalah kadar penapisan keluar cecair daripada darah ke dalam buah pinggang dalam masa

seminit. Biasanya tanda tanda mula kelihatan apabila GFR pesakit mula turun bawah paras

60ml/minit (peringkat 3a dan keatas)

7. Penyakit yang diam tanpa sebarang tanda..

Kegagalan buah pinggang yang serius boleh berlaku tanpa sebarang tanda. Ini adalah sebab

mengapa ujian U&E (Urine and electrolytes) dijalankan sebelum pembedahan. Oleh sebab

penyakit buah pinggang boleh berlaku dalam diam diam, doktor seharusnya berhati hati

walaupun pesakit datang hanya mengadu penat penat badan. Pesakit ini harus dijalankan ujian

darah. Masalah microalbuminuria boleh berlaku secara diam dan menyebabkan risiko penyakit

jantung dan buah pinggang meningkat dengan amat ketara. menurut kajian, 30% pesakit dengan

diabetes 2 menemui ajal selepas 5 tahun menghadapi microalbuminuria (akibat sakit jantung dan

kegagalan buah pinggang). Masalah ini dapat dielakkan dengan memberi pesakit ubat ACEi atau

ubat kumpulan –sartan

Page 7: Penyakit Buah Pinggang (1)

PUNCA PENYAKIT

http://intro4u2c.wordpress.com/2009/12/13/punca-sakit-buah-pinggang/

Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama

kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin

dialisis darah sepanjang hayat. Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan

darah, kandungan glukosa darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing

menunjukkan ada protein, pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia

antara petanda awal kegagalan buah pinggang.

Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita

dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada

penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.

Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling ramai

menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit muda berumur 30

tahun. Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya

5.3 peratus 10 tahun lalu. Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum

terlewat untuk mengubahnya. Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum

membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali

Menurut Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Tan Wee Ming, punca utama

kerosakan buah pinggang ialah penyakit kencing manis (54 peratus daripada kes yang perlu

dialisis).

Antara perkara yang turut menyumbang kepada kerosakan ini ialah faktor genetik (sejarah

keluarga sakit buah pinggang), gaya hidup tidak aktif, jarang bersenam, tabiat pemakanan tidak

sihat, masalah kolesterol tinggi, obesiti, penuaan dan merokok.

Juga disebabkan oleh pengambilan dadah (pain killer), racun, bahan pengawet makanan

seperti asid borik dalam kek, mi dan makanan bertepung, demam kuning ,kedudukan tulang-

tulang yang tidak teratur dan anemia.

Page 8: Penyakit Buah Pinggang (1)

Menahan kencing

Menahan kencing, akan menakung lebih banyak air dalam badan yang mengandungi toksin. Ini

akan mengakibatkan buah pinggang menjadi rosak kerana tindak balas tekananan antara buah

pinggang dan pundi kencing. Fungsi buah pinggang yang utama, menapis toksin dalam darah.

Bila kandungan toksin sedia ada gagal dilepaskan, toksin sedia ada dalam badan akan memaksa

buah pinggang untuk menapis lebih bayak lagi toksin. Pada masa yang sama, toksin yang

tersimpan dalam pundi kencing masih belum dilepaskan. Pundi kencing yang tidak dapat

menampung, akan memaksa kita untuk kencing. Tapi bila kita gagal lakukan juga, tekanan dari

pundi kencing akan memaksa kembali pula fungsi buah pinggang. disamping itu, kemungkinan

batu karang untuk terbentuk adalah tinggi dalam pundi kencing dan buah pinggang.

SIMPTOM PENYAKIT

Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan

pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari

kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.

Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat

menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah.

Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan

akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.

Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah

pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari

badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami

kegagalan.

Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan

sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang

teruk.

Page 9: Penyakit Buah Pinggang (1)

Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah

satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh

terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan

sisa-sisa buangan di dalam darah.

Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan

berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang

mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat

terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh

menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang

mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

Kencing Kotor tanda sakit buah pinggang

JIKA anda berada dalam kelompok ini – lelaki dan mengalami kencing berdarah –

lakukan temujanji segera dengan doktor. Berbanding wanita, fenomena kencing kotor di

kalangan kaum Adam adalah antara petanda serangan sakit buah pinggang.

Secara normal, jangkitan kuman pada pundi kencing hanya melanda golongan Hawa

kerana ia mudah ‘menyusup’ masuk ke pundi kencing dari tiup uretra disebabkan

jaraknya yang terlalu dekat antara satu sama lain.

Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Thiruventhiran Thilaganathan, berkata

masalah ginjal sukar dikesan lebih awal kerana ia organ dalaman tetapi perubahan warna

air kencing menjadi amaran supaya individu mengambil langkah berjaga-jaga.

Page 10: Penyakit Buah Pinggang (1)

Katanya, sebahagian besar pesakit hanya datang mendapatkan rawatan selepas mencecah

tahap kronik hingga penderita memerlukan kaedah terakhir untuk hidup seperti orang lain

sama ada menjalani hemodialisis atau pemindahan buah pinggang.

“Tiada istilah jangkitan kuman kalau lelaki mengalami kencing kotor. Kebarangkalian

bakteria menyerang salur pundi kencing lelaki amat luar biasa kerana ia perlu menempuh

perjalanan panjang untuk sampai di situ.

“Begitupun bagi wanita pula, mereka tidak harus menganggap masalah kencing kotor

sebagai lumrah atau kitaran biologi. Ia memang boleh disembuhkan namun jika dalam

setahun mereka mengalami keadaan ini lebih dari tiga kali, bermakna ada sesuatu tidak

kena.

“Dari pemerhatian, 60 peratus daripada kes yang disifatkan sebagai kencing berdarah itu

mempunyai kaitan dengan buah pinggang. Sama ada lelaki atau wanita, pengesanan awal

buah pinggang sama penting dengan pemeriksaan kesihatan lain,” katanya.

Dalam kes kencing berdarah di kalangan penderita masalah buah pinggang, tahap

kerosakan organ berkenaan sebenarnya berada pada peringkat bahaya apabila buah

pinggang tidak lagi dapat berfungsi secara normal.

Dr Thiruventhiran berkata, dianggarkan kira-kira 15,000 pesakit buah pinggang di

seluruh negara kini bergantung hidup kepada dialisis darah manakala 2,400 kes baru

dikesan setiap tahun dan menjelang 2008, pesakit buah pinggang dijangka berjumlah

20,000 orang.

“Kita tentu tidak mahu termasuk dalam senarai pesakit buah pinggang tetapi setiap

individu sebenarnya tidak boleh menolak kemungkinan masalah ini akan menimpa

mereka ditambah faktor risiko termasuk hipertansi, diabetes, genetik dan gaya hidup.

“Jika masalah buah pinggang yang gagal berfungsi dengan baik ini dapat dikesan ketika

masih pada tahap awal, peluang untuk dipulihkan sangat cerah sekali gus membolehkan

pesakit kembali normal.

Page 11: Penyakit Buah Pinggang (1)

“Di sinilah pentingnya tahap kesedaran dalam diri seseorang. Jangan biarkan keadaan

menjadi melarat, baru hendak pergi berjumpa doktor. Kesedaran dan pengetahuan

mengenai penyakit ini juga harus diterapkan dalam diri setiap anggota masyarakat,”

katanya.

Katanya, fungsi buah pinggang penting untuk menjana keseluruhan sistem tubuh apabila

ia bukan saja membersihkan darah dengan menyingkirkan bahan buangan dan lebihan

cecair malah menseimbangkan kimia tubuh.

Kepentingan lain meliputi penghasilan hormon untuk mengekalkan kesihatan tulang,

membantu tulang sum-sum menghasilkan sel darah merah serta menseimbangkan

tekanan darah.

Secara umum, penyakit buah pinggang membawa maksud apa saja gangguan atau

keganjilan yang memberi kesan kepada fungsi buah pinggang terhadap penjanaan sistem

badan.

Ia membabitkan pelbagai aspek termasuk penyakit buah pinggang yang diwarisi secara

genetik (polycystic kidney disease) dan penyakit buah pinggang yang disebabkan

penyakit lain seperti diebetes dan hipertensi (hypertension).

Namun hingga ke tahap kronik, kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka terdedah

kepada ancaman ini berikutan simptom agak kabur selain kegagalan fungsinya hanya

disedari selepas beberapa lama.

Katanya, kebiasaannya sebarang petanda hanya muncul selepas buah pinggang berada

pada kondisi teruk ditambah keengganan individu menerima kenyataan dengan hati

terbuka sebaliknya melambat-lambatkan kaedah rawatan kerana tidak mahu berdepan

dengan kesukaran.

KAEDAH RAWATAN SECARA TRADISIONAL/MODEN

Pemakanan Yang Betul

Page 12: Penyakit Buah Pinggang (1)

Apabila buah pinggang anda sudah tidak boleh berfungsi dengan betul, sisa buangan dan bahan-

bahan lain akan berkumpul sehingga tahap yang membahayakan badan anda. Kawalan diet

adalah penting untuk mengawal penyakit buah pinggang untuk mengelakkan pengumpulan

berlebihan bahan-bahan ini (contohnya natrium, kalium, kalsium, fosforus, cecair dan bahan

buangan protein) di mana buah pinggang yang sihat akan dapat membersihkan darah untuk

manjaga keseimbangan badan.

Anda harus bertanya doktor atau pakar diet anda untuk mendapatkan satu pelan diet, di mana

ianya akan berfokus kepada nutrien-nutrien berikut:

Protein diperlukan untuk penyelenggaraan, tumbesaran dan pembaikan tisu-tisu badan. Ia

juga dapat membekalkan tenaga dan membantu anda melawan penyakit. Protein boleh

diperolehi daripada ikan, telur, daging dan ayam. Apabila protein diuraikan dalan badan

(proses metabolisma), ia akan menghasilkan bahan-bahan buangan. Salah satu daripada bahan

buangannya dikenali sebagai urea. Kandungan urea yang tinggi dalam badan akan

menyebabkan rasa loya, muntah dan hilang selera makan. Anda mungkin perlu memulakan

diet yang rendah protein (tetapi tidak terlalu rendah) untuk memastikan kandungan bahan

buangan masih dalam linkungan tahap yang boleh diterima disamping memastikan badan anda

mendapat protein yang ia perlukan.

Natrium membantu pengaturan kandungan cecair dan tekanan darah. Sumber yang paling

biasa didapati ialah garam makan, walaupun ia memang terkandung dalam kebanyakan

makanan. Natrium yang berlebihan akan mengakibatkan peningkatan cecair dalam badan serta

tekanan darah yang tinggi. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan natrium

contohnya tidak memakan makanan yang masin dan tidak menambah garam kepada makanan

anda.

Kalium diperlukan untuk saraf-saraf dan otot-otot termasuk jantung supaya berfungsi dengan

normal. Makanan yang kaya dengan kalium termasuklah kentang, sayur-sayuran berdaun hijau

dan pisang. Jika kandungan kalium (potassium) menjadi terlalu tinggi, ia akan menyebabkan

kelemahan pada otot dan denyutan jantung yang tidak tetap. Justeru itu, anda perlu mengikuti

pelan diet yang mempunyai kandungan kalium yang bersesuaian.

Kalsium dan fosforus diperlukan untuk pembentukan tisu tulang. Walaubagaimanapun,

kandungan fosforus yang tinggi pada buah pinggang yang sudah gagal berfungsi boleh

Page 13: Penyakit Buah Pinggang (1)

menyebabkan kalsium larut lesap dari tulang-tulang anda dan menyebabkan tulang menjadi

lemah dan rapuh. Inilah sebabnya anda harus menghadkan pengambilan fosforus. Makanan

yang mempunyai kandungan fosforus yang tinggi termasuklah susu dan produk tenusu yang

lain serta kekacang.

Mengawal pengambilan cecair

Buah pinggang yang sihat dapat mengelakkan pengumpulan cecair dalam badan anda dengan

menyingkirkan cecair berlebihan melalui urin. Itulah sebabnya, apabila buah pinggang anda

sudah tidak berfungsi dengan baik, cecair akan terkumpul dalam tisu-tisu badan, saluran darah

dan juga paru-paru anda. Ini akan memberi tekanan pada jantung anda, menyebabkan tekanan

darah tinggi dan kesukaran untuk bernafas. Anda juga mungkin akan mengalami tukaran dalam

corak dan kekerapan urinasi (satu daripada petanda penyakit buah pinggang). Jadi, anda harus

mengikuti nasihat doktor jika anda diperlukan untuk menghadkan pengambilan cecair dan

merancang pengambilan cecair harian anda.

Makan ubat-ubatan anda

Doktor anda mungkin akan memberi ubat-ubat yang tertentu sebagai tambahan kepada aturan

diet anda. Ubat-ubatan ini akan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi anda,

meningkatkan kandungan kalsium dalam darah atau membantu keadaan-keadaan lain yang

berkaitan dengan penyakit kegagalan buah pinggang. Anda haruslah sentiasa tekun untuk

memakan ubat-ubatan anda.

Peringkat akhir kerosakan buah pinggang haruslah dielakkan selagi boleh. Anda boleh

mengelakkannya dengan mengawal penyakit diabetes dan penyakit buah pinggang anda secara

serentak dan teliti. Dengan mengikuti segala nasihat yang diberikan oleh doktor, anda

mempunyai peluang yang baik untuk mengelakkan buah pinggang anda dari menjadi bertambah

teruk.

Walaupun anda sudah mengalami peringkat akhir kerosakan buah pinggang dan sedang

menjalani rawatan dialisis (rawatan perubatan yang menggunakan mesin dialisis untuk

mengeluarkan bahan buangan dan cecair yang berlebihan dalam badan terus daripada darah bagi

Page 14: Penyakit Buah Pinggang (1)

mereka yang kegagalan buah pinggang), anda masih boleh mengawal penyakit menerusi

penjagaan diet, mengawal pengambilan cecair dan mengambil ubat-ubatan yang dipreskripsikan

oleh doktor. Ini adalah kerana proses dialisis masih tidak dapat mengeluarkan kesemua bahan

buangan dari badan anda. Walau bagaimanapun, keperluan diet, kawalan pengambilan cecair dan

ubat-ubatan mungkin perlu sentiasa diteliti dan diubahsuai. Doktor anda akan dapat menasihati

anda berasaskan keadaan semasa anda.

MODEN

Cara pertama (pemindahan buah pinggang) memerlukan belanja antara RM50,000 hingga

RM100,000 tetapi masalah utama dihadapi pesakit ialah mendapatkan penderma buah pinggang.

Pembedahan boleh dilakukan segera jika ada ahli keluarga atau saudara mara sudi menjadi

penderma atau daripada penderma lain (yang tiada kaitan darah) dan ia boleh dilakukan di HKL,

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) atau Hospital Selayang. Bagaimanapun, perkara ini

bukan mudah kerana bilangan orang yang rela menjadi penderma sungguh terhad.

Cara kedua dan lebih popular ialah dialisis darah, tiga kali seminggu. Walaupun kedengaran

leceh, kaedah ini membolehkan pesakit menjalani kehidupan normal seperti orang lain. Malah,

mereka masih boleh terus menyumbang kepada produktiviti negara. Perbelanjaan rawatan

penyakit buah pinggang bukan murah. Seseorang memerlukan kira-kira RM3,000 sebulan jika

menjalani dialisis di hospital swasta. Secara umumnya pesakit membelanjakan RM23,000

setahun untuk dialisis saja. Itu belum termasuk kos ubat.

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) ada 18 pusat hemodialisis di seluruh

negara dengan bayaran yang jauh lebih murah (RM65 setiap sesi) bagi membantu meringankan

beban pesakit. Justeru, kita perlu kerap menjalani pemeriksaan kesihatan supaya kegagalan buah

pinggang dapat dikesan dan diberikan rawatan awal supaya kerosakan kekal tidak berlaku

http://caracararawatan.blogspot.com/2012/03/cara-cara-rawatan-sakit-buah-pinggang.html

Cara-cara rawatan dialisis diberikan selama tiga hingga empat jam tiga kali seminggu. Selain waktu

tersebut, pesakit bebas aktif seperti orang lain. Dengan cara-cara rawatan dialisis, pesakit buah pinggang

Page 15: Penyakit Buah Pinggang (1)

dapat hidup secara normal. Mereka boleh bekerja asalkan tidak melakukan kerja-kerja berat seperti kerja

buruh. Pesakit ini juga patut meneruskan persekolahan dan boleh mengambil bahagian dalam sukan atau

aktiviti rekreasi. Kegagalan fungsi buah pinggang tidak bermakna berakhirnya kehidupan. Pesakit perlu

mengikuti pemakanan khusus dan mengambil ubat-ubatan yang membantu dalam cara-cara

rawatan. Setiap tahun kira-kira 1,890 orang dikesan menghidap penyakit buah pinggang dan akan mati

tanpa rawatan yang betul. Kebanyakan pesakit berusia antara 15 hingga 55 tahun. Setiap tahun jumlah

pesakit yang menerima rawatan penyakit buah pinggang semakin bertambah. 

TRADISIONAL

http://www.rawatanislam2u.com/2012/06/herba-penawar-buah-pinggang-katik-murai.html

Daun Katik Murai

Ubat dan penawar: Sakit buah pinggang (permulaan), sakit pinggang, urat saraf, sakit - sakit badan dan barah.

Hanya Allah yang menyembuhkan

Cara-cara menggunakannya:

Rebus 1 bungkus dan campurkan air satu setengah liter sehingga mendidih. Dijadikan stok pati

dan disimpan di dalam peti sejuk. Untuk kegunaan minum selama 7 hari, 3 kali minum sehari.

Sebelum minum panaskan atau bancuhkan dengan air panas.

Minum secawan 3 kali sehari selama 40 hari atau sehingga 3 bulan.

Page 16: Penyakit Buah Pinggang (1)

Persediaan: 1 bungkus untuk kegunaan 7 hari. Minum secawan sebanyak 3 kali sehari.

 ATAU: paling kurang:

Secekak hempedu bumi direbus dengan dua gelas air ruqyah / biasa sehingga menggelegak.

Minum ketika suam. Jangan diminum ketika sejuk atau dicampur gula.

Daun Lobak merah

http://petuasejagat.blogspot.com/2009/03/anda-sakit-buah-pinggang.html

Satu petua tradisional yang mungkin dapat membantu mengatasi masalah penyakit buah

pinggang. Apa yang perlu anda cari sekarang ialah daun lobak merah.

Cara untuk mengamalkan petua ini:

1. Ambil daun lobak merah dan cuci agar ianya bersih.

2. Rendamkannya dalam 1 mangkuk yang berisi air panas.

3. Biarkan daun tersebut terendam selama beberapa minit.

Page 17: Penyakit Buah Pinggang (1)

4. Kemudian, minumlah air rendaman daun lobak merah tu.

5. Amalkan meminumnya 3 kali sehari sebelum makan.

PENUTUP

Gejala bengkak khususnya pada muka dan keliling mata, pergelangan tangan, abdomen, paha

dan buku lali; air kencing berbuih, bercampur darah atau berubah menjadi pekat (berwarna

gelap); kerap buang air kecil walaupun minum sedikit dan berasa sakit setiap kali buang air kecil

antara tanda penting bagi kerosakan buah pinggang. Kerosakan buah pinggang juga

menyebabkan seseorang merasa tidak sihat, pucat, cepat penat; tekanan darah meningkat, lebih

kerap buang air kecil pada waktu malam, kitaran haid terganggu, hilang keinginan seks (atau

mati pucuk), selera makan merosot dan mulut terasa pahit dan sukar tidur. Namun, masalahnya

gejala disenaraikan di atas hanya muncul apabila buah pinggang mengalami kerosakan teruk.

Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka mengalami masalah ini kerana kerosakan buah pinggang

berlaku secara senyap tanpa gejala. Buah pinggang yang mengalami 70 peratus kerosakan masih

boleh menapis darah dengan baik dan masalah kesihatan hanya muncul jika jumlah fungsi

kedua-dua buah pinggang kurang daripada 30 peratus.Ia kini menjadi masalah yang semakin

membimbangkan kerana ia berkait rapat dengan kencing manis. Setiap tahun dianggarkan 2,500

orang mengalami kerosakan buah pinggang dan sehingga 2008, lebih 15,800 kes dialisis dengan

1,157 kes baru. Bagaimanapun, selagi seseorang itu tidak sampai ke tahap memerlukan dialisis,

bermakna masih ada harapan untuk memperlahan atau menghentikan kerosakan buah pinggang.

Apabila seseorang disahkan perlu menjalani dialisis, bermakna buah pinggangnya gagal

berfungsi iaitu tidak lagi mampu menapis darah.Ini sebabnya kita perlu sentiasa peka terhadap

perubahan pada diri sendiri. Jika anda berasa was-was atau mempunyai sebahagian daripada

faktor risiko seperti di atas, segera berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan.

Justeru, pesakit perlu menjalani pemeriksaan secara berkala dan mendapatkan nasihat pakar

pemakanan mengenai keperluan harian mereka. Pakar pemakanan akan membuat pengiraan

keperluan harian anda dan pesakit perlu mematuhinya.