maksud buli

Download MAKSUD BULI

If you can't read please download the document

Upload: jason-chan-jin-an

Post on 27-Jun-2015

1.936 views

Category:

Documents


25 download

TRANSCRIPT

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.

In

dividu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka. Merekapernah menjadi mangsa buli. Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan. Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hiperaktif atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain. Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin. Akibat perceraian ibu bapa. Terlalu dimanja oleh ibu bapa. Sekadar mahu berseronok. Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan. Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa Inggeris. Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.

Pengaruh Keluarga/Ibubapa. Kanak-kanak membuli mungkin kerana meniru tingkah laku agresif yang diperlakukan terhadap dirinya di rumah atau menyaksikan tindakan agresif yang diperlakukan ke atas ahli keluarganya. Contohnya ayah mendera ibu, atau adik-beradik lain didera di hadapannya. Hidup dalam keluarga yang dipenuhi dengan keganasan rumah tangga akan mengajar kanak-kanak bahawa kekerasan dan keganasan adalah satu cara yang efektif dan sesuai untuk mencapai atau mendapat sesuatu yang dihajati apatah lagi jika mereka tidak mendapat bimbingan atau pembelaan daripada sesiapa. Pengaruh rakan sebaya Faktor utama mengapa kanak-kanak terbabit dengan gejala membuli dan tingkah laku antisosial yang lain. Kehadiran kanak-kanak lain yang menjadi penyokong nya menjadikan dia berasa mempunyai kekuatan kerana meraih populariti dan status. Akan tetapi rakan sebaya juga boleh menjadi penghalang kepada popularitinya sekiranya mereka menyebelahi mangsa yang dibuli cuma selalunya mereka ini akan senyap dan tidak berani membuat tindakan apa-apa kerana takut dengan ugutan dan sebagainya.

Faktor sekolah Tidak dapat dinafikan sekolah juga turut menjadi faktor yang mendorong kanak-kanak membuli. Amalan dan polisi sesebuah sekolah secara tidak langsung akan mempengaruhi cara pelajar berinteraksi, aktiviti yang dilakukan dan tingkah laku mereka. Buli dan tindakan agresif kanak-kanak dikatakan mempunyai kaitan dengan sekolah yang gurunya acap kali bertukar-tukar, pentadbiran yang lemah, kaedah mendisiplinkan pelajar selalu tidak konsisten, garis panduan mengenai sesuatu perlakuan yang dianggap salah tidak begitu jelas dan pemantauan yang tidak dilakukan dengan sempurna. Media: Sememangnya filem atau aksi ganas yang dipaparkan di layar televisyen, cakera padat video (vcd), cakera video digital (dvd) dan sebagainya adalah antara faktor yang mendorong kanak-kanak melakukan aksi ganas seperti membuli.Kanak-kanak selalunya akan meniru dan cuba untuk merealisasikan apa yang dilihat di kaca televisyen di dalam kehidupan mereka seharian dan bila mereka sudah mula seronok melakukannya, mereka akan melihat keganasan sebagai satu sikap yang positif. Kesannya akan lebih ketara terhadap kanak-kanak yang menghadapi masalah emosi, bermasalah pembelajaran, mengalami gangguan tingkah laku dan sukar untuk mengawal diri.

Terhadap Mangsa BuliMangsa buli akan menerima impak yang besar dalam kehidupannya. Mangsa akan sering merasa tidak tenteram atau selamat jika berada di kawasan-kewasan tertentu terutamanya di tempat yang sunyi, gelap, suram, dan kawasan-kawasan yang seakan-akan di tempat mangsa dibuli. Tekanan perasaan yang dialami oleh mangsa buli ini boleh membawa kepada perkara-perkara yang lebih serius jika tidak mendapat rawatan yang lebih spesifik. Perasaan ingin bunuh diri juga boleh datang ke dalam diri mangsa apabila beliau sering mengalami tekanan perasaan akibat daripada perbuatan buli yang memberi kesan yang mendalam kepada diri mangsa. Mangsa akan merasakan bahawa kehidupannya tidak baik untuk diteruskan akibat daripada pengalaman-pengalaman pahit yang dilalui semasa kehidupannya. Selaian itu, mangsa juga akan sentiasa mengasingkan diri dari orang ramai. Impak daripada buli ini menunjukkan bahawa mangsa adalah seorang yang lemah, pondan, tidak kuat, penakut dan sebagainya dan hal ini menjadikan mangsa merasakan bahawa dirinya tidak sama dengan individu lain lalu bersikap seperti kera sumbang, sikap yang dingin dan pemalu. Kesihatan mental mangsa buli ini terjejas tidak seperti individu lain yang tidak pernah mengalami situasi seperti itu.

Mangsa buli juga selain daripada terjejas kesihatan mentalnya, kesihatan fizikalnya juga turut mendapat kesan. Mangsa buli lebih mudah untuk mengalami masalah fizikal jika dibandingkan dengan individu lainnya. Penyakit-penyakit seperti selsema, batuk, sakit tekak, selera makan menurun dan sering kali terjaga pada waktu malam mudah untuk mangsa untuk menghidapinya. Sudah pasti kita tidak dapat menolak bahawa antara penyakit ini adalah kesan daripada tekanan jiwa atau perasaan yang dialami mangsa

Terhadap PembuliKesan terhadap kaki buli pula ialah beliau akan menjadi lebih agresif pada hari depannya. Ini adalah kerana cara hidupnya yang bersifat agresif pada seawal usianya menjadikannya sentiasa bersifat dan bersikap secara agresif. Ia juga akan mendorong kepada perbuatan jenayah yang lebih besar seperti merompak, menyamun dan membunuh. Personaliti yang telah dipupuk semasa kecil akan mencorak kehidupan ketika menjangkau alam dewasa. Dengan itu kaki buli semasa di peringkat sekolah lebih berpeluang untuk menjadi seorang penjenayah sama ada penjenayah kecil atau besar apabila dewasa kelak jika tidak terdapat sebarang usaha untuk menerapkan nilainilai murni ke dalam diri individu ini ketika masih awal

Terhadap SekolahBuli juga memberi kesan yang negatif kepada sekolah itu sendiri. Sekolah tersebut akan dilihat dan dilabelkan sebagai sekolah yang mempunyai masalah disiplin yang besar dan pentadbiran sekolah jugalah yang akan mendapat malu. Dalam jangka masa yang panjang, prestasi akademik sekolah juga akan menurun apabila kejadian buli ini tidak dapat diselesaikan oleh pihak sekolah. Ini adalah kerana sistem pendidikan yang tidak dapat disampaikan dan diserapkan ke dalam diri pelajar-pelajar kerana sibuk menguruskan kes-kes buli yang tidak pernah selesai. Ini seterusnya menjatuhkan nama baik sekolah tersebut dan sekolah itu tidak akan menjadi pilihan bagi ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka untuk belajar di sekolah kerana masalah tersebut akan mengancam prestasi anaknya sendiri dalam mencapai kemajuan

Kesan luaran Mereka akan membalas dendam kepada orang lain. Tujuannya untuk mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli. Kesan dalaman Hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja, sanggup melakukan sesuatu demi membahagiakan orang lain, tidak mahu ke sekolah, dan sebagainya. Sehinggakan ada yang sanggup mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna.

y Kajian mencadangkan bahawa kejadian membuli pelajar-pelajar

lebih muda yang berlaku hanya sekali sahaja tidak semestinya mempunyai kesan-kesan yang berpanjangan, manakala kejadian yang berlaku dengan kerap dan lebih teruk boleh mewujudkan suatu bayangan. Kajian juga mengatakan bahawa satu episod membuli yang kecil tidak semestinya memberi kesan yang panjang, manakala episod-episod yang lebih kerap dan lebih teruk mungkin akan menjadi bayangan kepada masa depan seseorang remaja. Perasaan yang penuh dengan ketidakadilan dan ketidaksamaan serta ketakutan masih kekal terbuku di dalam ingatan kanak-kanak yang telah menjadi mangsa walaupun perkara tersebut telah lama berlalu.

LANGKAHy Peranan sekolah amat penting y Bersama-sama dengan Kolej Universiti HELP dan Kementerian

Pendidikan, UNICEF kini sedang melaksanakan Program Mencegah Buli di Sekolah yang merupakan sebuah projek perintis bertujuan untuk meningkatkan keselamatan di sekolah. Program ini telah pun berjalan selama enam bulan di kawasan Lembah Klang, di mana program ini memperkenalkan dasar-dasar sekolah dan programprogram untuk bertindakbalas dan mencegah pembulian termasuklah mengajar kanak-kanak kemahiran-kemahiran hidup agar mereka lebih yakin dengan diri mereka sendiri apabila berhadapan dengan sebarang serangan.

Langkah-langkah menangani kejadian buliy Kementerian Pelajaran menghalalkan semula y Denda rotan di sekolah-sekolah y Kementerian mewajibkan amalan khemah

ibadat, qiyamullail sebagai rutin wajib di sekolah-sekolah setiap malam Jumaat di sekolah berasrama penuh? y Kementerian mengguna pendekatan latihan kerohanian berunsurkan keagamaan seperti latihan tarekat bertujuan mengatasi masalah buli ini?

y pengurusan sekolah termasuk penyelia asrama, kaunselor

serta semua guru perlu menangani segera kes disiplin, sekali gus memperkasakan peraturan di sekolah. y penyelia asrama perlu mengadakan perjumpaan bersama penghuni asrama dengan lebih kerap untuk mengetahui dan berbincang mengenai masalah yang dihadapi pelajar bagi mengelakkan ia menjadi punca kepada kes disiplin yang berlaku ketika ini y Kaunselor juga perlu kerap berjumpa pelajar secara individu atau berkumpulan bagi mendengar masalah mereka selain semua guru perlu menganggap diri mereka guru disiplin dalam erti kata lain membantu guru disiplin menangani isu itu . y Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) perlu lebih peka terhadap kes buli di kawasan seliaan masing-masing serta tidak berdolak- dalik mengenai perkara itu.

pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya. Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan info yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.

Penutupy Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin sematamatanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa di persada dunia.

www.wikipedia.com/buli.html www.google.com/buli.html www.google.com/kesan+buli.html www.google.com/langkah-langkah+mengatasi+buli.html

Ugutan wang yang dibuat oleh pembuli kepada mangsa.

Keruntuhan moral dan keyakinan diri dalam mangsa buli

Pembuli yang hendak menunjukkan kelelakian dengan membuli.

Pembulian dalam kalangan perempuan.

Pembulian dalam kumpulan

Jenayah buli cyber