kuliah 1 - kps 3014

Upload: dannrandy

Post on 06-Mar-2016

132 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

  • KURSUS PENGURUSAN PEMBELAJARAN

    (KPS 3014) Semester 2 Sesi 2014-2015 Sarjana Muda Pendidikan

    (B.Ed.)

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

  • Kuliah 1

    Sosiologi dan Pembelajaran.

    1. Asas Sosiologi Pendidikan

    2. Asas dan Fungsi Pembelajaran

    3. Konflik dalam Pembelajaran.

  • Hasil Pembelajaran

    1. Menjelaskan asas sosiologi dan kaitannya dengan Sosiologi Pendidikan dan pembelajaran.

    2. Mengaplikasikan asas Sosiologi dalam pengurusan pembelajaran di dalam bilik darjah.

  • Asas Sosiologi dan Kepentingannya

    1. Sosiologi adalah merupakan salah satu bidang ilmu pengetahuan moden seperti bidang-bidang yang lain.

    2. Tafsiran mudah sosiologi dapat dikaitkan dengan maksud masyarakat atau kemasyarakatan.

    3. Menurut Van Zanden (1996), sosiologi ditafsirkan sebagai kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan organisasi.

    4. Menurut Jary dan Jary (1995), sosiologi merupakan bidang kajian bersifat saintifik mengkaji masyarakat dari pelbagai sudut seperti fungsi, mengurus organisasi, amalan budaya dan sebagainya.

  • Sambungan

    5. Menurut Giddens (1993), sosiologi adalah kajian kemasyarakatan mengenai kehidupan manusia, kumpulan dan masyarakat itu sendiri.

    6. Waters (1994), sosiologi memerhati aspek fenomena sosial yang fokuskan kepada hubungan atau interaksi sesama manusia dalam masyarakat berkenaan.

    7. Oleh itu, sosiologi adalah satu bidang tentang kefahaman manusia berkaitan bagaimana pengaruh sosial boleh mencorakkan kehidupan mereka dalam sesebuah masyarakat berkaitan.

  • Sambungan

    8. Menurut Wright Mills (1959), sosiologi berdasarkan konsep imaginasi sosiologikal yang membolehkan kita memahami sejarah dan biografi serta dapat melihat hubungan antara kedua-duanya dalam sesebuah masyarakat. Ia bukan bersifat khayalan atau hanya berpijak kepada imaginasi sahaja tetapi lebih kepada keupayaan individu meletak diri dalam konteks struktur dalam masyarakat berkenaan.

    9. Rumusannya, sosiologi adalah suatu kajian tentang diri manusia dan interaksi diri mereka di dalam masyarakat berkaitan dari pelbagai sudut yang bersifat sistematik dan saintifik.

  • Sambungan

    10. Contoh yang jelas dalam kehidupan moden hari ini adalah seperti aspek pendidikan dan ilmu, budaya perkahwinan, percintaan, perjuangan hidup abad ke-21, amalan budaya di dalam masyarakat, peperangan, sistem budaya, sistem ekonomi, sistem politik, amalan kepercayaan dan keagamaan, globalisasi, pemodenan, pembangunan bandar dan luar bandar dan pelbagai lagi.

    11. Dari peringkat individu kepada kumpulan, dari peringkat kumpulan kepada masyarakat, dari peringkat masyarakat kepada negara dan dari peringkat negara kepada antarabangsa.

  • Perbezaan Sosiologi, Antropologi dan Psikologi

    1. Sosiologi adalah merupakan salah satu bidang sains sosial. Terdapat banyak lagi bidang di bawah sains sosial seperti antropologi, psikologi, sejarah, geografi, ekonomi, bahasa dan komunikasi, agama, kaunseling, keusahawanan dan lain-lain lagi.

    2. Antropologi adalah kajian terhadap kelompok kecil atau komuniti kecil manusia yang lazimnya mengamalkan cara hidup yang tradisi atau primitif.

    3. Psikologi adalah kajian mengenai perkembangan setiap individu dari awal hingga peringkat dewasa yang lebih bersifat kajian tingkah laku dalaman individu berkenaan.

  • Sambungan

    4. Menurut Giddens (1993), beliau yakin bahawa bidang sosiologi mempunyai peranan utama untuk dimainkan dalam budaya intelektual moden pada hari ini dan merupakan asas kepada aspek sains sosial.

    5. Hari ini, sosiologi menjadi begitu penting, khususnya dalam kehidupan moden dalam proses membentuk masyarakat ke arah sasaran yang ditetapkan, terutamanya oleh pihak negara yang memerintah.

    6. Akhirnya disiplin sosiologi terbentuk dalam pelbagai kategori seperti sosiologi pembangunan, sosiologi pendidikan, sosiologi bahasa dan sebagainya.

  • Asas Pembelajaran

    Maksud Pembelajaran:

    1. Merupakan proses perubahan tingkah laku yang tetap dan berlaku kerana pengalaman dan latihan yang diteguhkan.

    2. Pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku individu disebabkan oleh pengalaman yang dilalui (Slavin, 1997; Mazur, 1990; Rocklin, 1987).

    3. Namun begitu, perubahan akibat daripada perkembangan fizikal seperti ketinggian dan tumbesaran bukanlah merupakan satu proses pembelajaran.

  • Sambungan

    Menurut Stalling (1973), beliau berpendapat bahawa pembelajaran berlaku berdasarkan tiga kriteria yang penting, iaitu:

    1. Pembelajaran harus menampakkan perubahan di dalam tingkah laku.

    2. Pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran.

    3. Pembelajaran harus menghasilkan sesuatu perubahan melalui pengalaman atau latihan yang dilalui.

  • Sambungan

    4. Menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja dan berlaku dalam usaha individu mengatasi halangan atau usaha penyesuaian diri kepada situasi baru.

    5. Menurut Gagne (1970), dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan individu yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan.

  • Sambungan

    6. Menurut Woolfolk (1980), dalam buku Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada individu dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.

    7. Menurut Morgan dan King (1975), dalam Introduction to Psychology, mendefinisikan pembelajaran sebagai sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman yang diperoleh oleh individu atau akibat latihan yang dijalaninya.

  • Sambungan

    8. Menurut Hilgard, Atkinson dan Atkinson (1975), dalam buku Introduction to Psychology, mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang kekal hasil dari pengalaman. Perubahan mungkin tidak jelas sehingga timbul suatu situasi yang menonjolkan tingkah laku baru ini.

    9. Rumusan, ahli-ahli psikologi menyimpulkan wujud perbezaan dan persamaan dalam mendefinisikan pembelajaran, namun penekanan kepada perubahan tingkah laku individu adalah penting sebagai ukuran berlakunya pembelajaran.

    10. Apakah aspek perubahan tingkah laku tersebut?

  • Klasifikasi Pembelajaran

    Proses pembelajaran melibatkan aspek mental, fizikal, emosi dan sosial. Umumnya pembelajaran boleh dikelaskan kepada tiga jenis iaitu:

    1. Pembelajaran Formal

    2. Pembelajaran Informal (Tidak Formal)

    3. Pembelajaran Non-Formal (Bukan Formal)

    Pembelajaran formal adalah pembelajaran yang diperoleh melalui sistem pendidikan yang di lembagakan dan berstruktur secara berperingkat berdasarkan umur individu.

  • Sambungan

    1. Pembelajaran formal berlaku untuk mengembangkan domain kognitif, afektif dan psikomotor murid. Biasanya, pembelajaran formal dikelola individu terlatih seperti guru rendah dan menengah serta pensyarah di universiti.

    2. Pembelajaran formal menekankan aspek penilaian, oleh itu ujian dan peperiksaan sering diadakan.

    3. Pembelajaran formal dilakukan secara disedari, nyata dan disengajakan.

    4. Pembelajaran formal lebih berasaskan sukatan pelajaran atau kurikulum yang digubal mengikut dasar dan aspirasi negara.

    5. Pembelajaran formal berasaskan struktur tertentu seperti tujuan, cara pelaksanaan dan cara penilaian yang nyata.

  • Sambungan

    6. Pembelajaran informal atau tidak formal adalah perlakuan yang terlaksana secara tidak langsung atau secara tidak sedar.

    7. Contohnya; pelajar mendapat ilmu pengetahuan dengan pendidikan dan asuhan ibu bapa di rumah, pergaulan dengan rakan-rakan, mendengar radio dan menonton televisyen.

    8. Pembelajaran informal juga diterima secara tidak langsung tanpa berasaskan sebarang sukatan pelajaran.

  • Sambungan

    9. Pembelajaran non-formal bersifat secara sampingan dengan tujuan menambah dan melengkapkan pembelajaran formal.

    10. Pembelajaran non-formal memerlukan perancangan dan pengendalian teliti.

    11. Pembelajaran non-formal mewujudkan keperluan untuk meningkatkan kepakaran murid.

    12. Pembelajaran non-formal memerlukan institusi menganjurkan kursus pendek, ceramah, forum, bengkel dan seminar. Biasanya kos diperlukan dan kandungan akan disediakan supaya objektif pembelajaran non-formal dapat dicapai.

  • Jenis-jenis Pembelajaran

    Terdapat 3 Jenis Pembelajaran:

    1. Jenis Pembelajaran Bloom. Dari definisi pembelajaran yang diberikan oleh ahli-ahli psikologi pendidikan, jelas bahawa pembelajaran bukan sahaja berlaku dari aspek mental, malah boleh berlaku dari aspek fizikal, emosi dan sosial. Ahli psikologi Bloom menyatakan bahawa pembelajaran individu berlaku dalam 3 domain, iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.

  • Sambungan

    Domain kognitif seperti proses menyelesaikan masalah matematik dan sains, memberi hujah menyokong atau menolak sesuatu perbincangan yang bersifat akademik.

    Domain afektif seperti mengutamakan penggunaan aspek sosial dan emosi, suka berinteraksi dengan orang lain dan mendalami emosi diri sendiri untuk belajar bertolak ansur, bertanggungjawab, belas kasihan dan sifat-sifat sosial yang lain.

    Domain psikomotor seperti mengutamakan proses mengkoordinasi otak, saraf dan anggota tubuh badan. Contoh; menulis, bermain, menunggang, membaiki peralatan, menjahit dan sebagainya.

  • Sambungan

    2. Jenis Pembelajaran Ryburn dan Forge. Terdapat saranan pembelajaran dilihat dari sudut cara pembelajaran berlaku. Ryburn dan Forge (Principles of Teaching) menyatakan bahawa pembelajaran dapat diklasifikasikan kepada 6 jenis:

    Belajar cara meniru dan bermain.

    Belajar cara pragmatis (perbuatan yang menuju praktikal).

    Belajar cara pengamatan, persepsi, tanggapan atau konsep.

    Belajar cara akademik (pembelajaran induktif dan deduktif).

    Belajar cara menghubungkan (mengingati tarikh tentang sesuatu peristiwa dan sebagainya).

    Belajar cara membuat sesuatu.

  • Sambungan

    3. Jenis Pembelajaran Gagne (1977); beliau mengemukakan lapan jenis pembelajaran dalam bukunya The Conditions of Learning berdasarkan kepada tahap kerumitan pembelajaran, bermula dari pembelajaran yang paling mudah kepada pembelajaran yang kompleks menurut hierarki kemahiran kecerdasan yang telah diperkenalkan oleh beliau.

  • Teori Pembelajaran

    Pendekatan pengajaran guru di bilik darjah sangat bergantung kepada cara pelajar tersebut mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran. Beberapa ahli psikologi pendidikan telah mengkaji dan mewujudkan beberapa teori. Antara teori tersebut ialah;

    1. Teori Pembelajaran Behaviourisme,

    2. Teori Pembelajaran Sosial

    3. Teori Pembelajaran Kognitif.

  • Teori Pembelajaran Behaviorisme

    1) Teori Pelaziman Klasik Pavlov (oleh Pavlov)

    Teori ini menekankan kepada tingkah laku dan persekitaran. Menurut ahli psikologi behavioural, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri individu disebabkan oleh pengalaman. Proses ini akan mula berlaku ketika awal lahir sehingga dewasa.

    Teori ini mengandungi beberapa teori dari beberapa tokoh. Antara teori yang terkenal ialah Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Mengikut teori ini, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan. Contohnya, guru akan silih berganti masuk keluar kelas. Tingkah laku ini akan terbawa-bawa di rumah jika guru tersebut terdengar loceng di pintu beliau akan keluar bilik memerhati ahli keluarganya. Hal ini menunjukkan bahawa bunyi loceng adalah merupakan faktor rangsangan manakala tingkah laku guru adalah gerak balas. Pavlov membuat satu eksperimen dengan menggunakan seekor anjing dalam tiga peringkat iaitu sebelum pelaziman, semasa pelaziman dan selepas pelaziman.

  • Sambungan

    2) Teori Pembelajaran Behavioral (oleh Watson).

    Watson menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa emosi manusia juga dapat dilazimkan secara klasik.

    Watson menyarankan guru boleh mempengaruhi pembelajaran murid dengan mengadakan rangsangan yang dapat menghasilkan tindak balas yang positif.

    Watson sarankan, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru harus memilih rangsangan yang menyeronokkan. Pembelajaran merupakan proses cuba jaya (trial & error) atau memilih dan saling menghubungkait (selecting and connecting).

    Eksperimen yang telah diperkenalkan oleh Watson merupakan asas pendedahan kepada pelaziman operan Skinner.

  • Sambungan

    3) Teori Pelaziman Operan Thorndike (oleh Thorndike)

    Teori Pelaziman Operan Thorndike juga merupakan salah satu teori yang dipekenalkan di bawah Teori Pembelajaran Behaviorisme.

    Melalui eksperimen yang dijalankan, Thorndike menyatakan bahawa pembelajaran juga berlaku hasil dari gabungan antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas).

    Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran individu dikawal oleh hukum tertentu, yang disebut sebagai hukum pembelajaran. Hukum-hukum pembelajaran ini dapat dibahagikan kepada tiga iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan.

  • Sambungan

    Hukum Kesediaan: merujuk kepada kesediaan dan persiapan sebelum individu belajar. Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek iaitu kesediaan psikomotor, afektif dan kognitif.

    Hukum Latihan: merupakan perkaitan rangsangan dan gerak balas (R-G) dan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang. Individu akan menguasai kemahiran jika latihan diadakan. Hukum latihan menyatakan sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan.

    Hukum Kesan: menyatakan sesuatu tindakan diikuti sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya. Selepas gerak balas terhasil, pertalian rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh, jika terdapat kesan yang menyeronokkan. Manakala, kesan yang menyakitkan akan melemahkan pertalian antara R-G.

  • Sambungan

    4) Teori Pelaziman Operan Skinner (oleh Skinner)

    Skinner mengkaji teori behaviorisme ahli psikologi yang lain. Mereka menekankan setiap gerak balas adalah dihasilkan daripada rangsangan. Ahli ini berpendapat bahawa tingkah laku individu adalah pasif iaitu merujuk kepada individu yang tidak dapat mengawal tingkah laku.

    Skinner menyatakan, tingkah laku terhasil tidak mengikut urutan kemunculan tingkah laku selepas rangsangan, sama ada terlazim atau tidak terlazim, tetapi berlaku kerana kesan daripada rangsangan yang berkenaan.

    Skinner berpendapat manusia dapat mengawal tingkah laku diri. Bagi membuktikan hasil kajiannya, Skinner mereka bentuk sebuah kotak yang dikenali dengan Kotak Skinner. Tingkah laku tikus di dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerak balasnya boleh diperhatikan dan direkodkan.

  • Teori Pembelajaran Sosial

    Teori Pembelajaran Sosial (oleh Bandura).

    Beliau adalah ahli psikologi yang berkhidmat di Universiti Stanford yang memperkenalkan Model Determinisms Timbal Balik dan Teori Peniruan.

    Bandura menyatakan, manusia secara semula jadinya belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian, iaitu dengan cara melihat orang bertingkah laku seperti berjalan, makan, minum, mendapat penghargaan, pujian atau menerima hukuman.

    Teori ini turut menekankan aspek kognitif. Contohnya, bagaimana kanak-kanak meniru perlakuan orang dewasa dan bagaimana persekitaran mempengaruhi kehidupan dan perlakuan kanak-kanak.

    Bandura menyatakan bahawa pembelajaran secara peniruan melibatkan tiga unsur iaitu, individu (kognitif), persekitaran dan tingkah laku itu sendiri (Ormrod, 2008).

  • Teori Pembelajaran Kognitif

    Teori Pembelajaran Kognitif.

    Terdapat pelbagai kajian ahli psikologi sehingga wujudnya beberapa teori yang menjadi rujukan untuk individu seperti Teori Pembelajaran Gestalt, Model Pemprosesan Maklumat, Teori Pembelajaran Gagne, Teori Pembelajaran Ausubel, Teori Pembelajaran Bruner dan Teori Pembelajaran Konstruktivisme.

    Berdasarkan kajian oleh Wolfgang Kohler (1887-1967), beliau menekankan pembelajaran celik akal. Melalui platform ini, beliau menjalankan kajian ke atas lima ekor Cimpanzi (Chica, Grande, Konsul, Ranan dan Sultan).

    Dapatan beliau ialah mengikut kebiasaan apabila berdepan dengan situasi bermasalah, haiwan akan berusaha untuk mencari perhubungan menuju dan mencari penyelesaian.

  • Sambungan

    Menurut Jerome Seymour Bruner (1915), yang merupakan tokoh utama revolusi kognitif sering mengaitkan proses pembelajaran penemuan.

    Bruner mengatakan bahawa pembelajaran adalah satu proses sosial aktif. Proses ini berlaku mengikut tiga langkah iaitu enaktif, ikonik dan simbolik.

    Bruner turut mengatakan bahawa pengetahuan dan kemahiran diperoleh mengikut satu pola yang disifatkan sebagai pecutan dan rehat.

    Bruner menegaskan bahawa persekitaran memainkan peranan penting dalam menentukan kadar proses pemahaman dan penguasaan satu-satu konsep. Murid juga lebih mudah untuk memperoleh pengetahuan apabila mereka menemui sendiri.

  • Sambungan

    Teori Pembelajaran Kognitif (oleh Ausubel 1963 - 1977)

    Ausubel telah mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaran penemuan (dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori Ausubel)

    Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan berrmakna termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenal sebagai Konsep Penyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna.

  • Sambungan

    Ausubel menekankan tentang penerangan bahan pembelajaran guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap.

    Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif (dari am kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh, Woolfolk, 1998).

    Ausubel perkenalkan Model Penyusunan Awal (Advance Organizer) untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya lebih optimum. Contohnya, memastikan wujud kesesuaian untuk memulakan pembelajaran berpandukan Penyusunan Awal. Ia berfungsi menjelaskan kepada guru dan pelajar tentang perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan Awal boleh menghubungkan konsep baru dengan lama.

    Terdapat 3 tujuan penggunaan Penyusunan Awal, iaitu 1) memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran, 2) menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan 3) menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan yang telah dipelajari.

  • Kesimpulan Asas dan Fungsi Pembelajaran

    1. Kesimpulannya, prinsip pembelajaran merupakan segala perubahan tingkah laku yang agak kekal, akibat dari perubahan dalaman dan pengalaman, tetapi bukan semata-mata disebabkan oleh pertumbuhan atau kematangan, ataupun disebabkan oleh kesan sementara seperti penyakit.

    2. Prinsip pembelajaran juga merupakan suatu garis panduan mengenai bagaimana pembelajaran berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran.

    3. Dengan itu guru boleh merancang dengan lebih sempurna untuk melaksanakan pengajarannya supaya berkesan dan cekap (efisien dan efektif).

  • Konflik dalam Pembelajaran

    1. Konflik dalam pembelajaran berlaku sama ada di dalam atau luar bilik darjah. Konflik ini berpunca akibat pelbagai latar belakang daripada segi emosi, intelek, jasmani, rohani dan sosioekonomi.

    2. Perbezaan latar belakang ini bakal mewujudkan konflik dalam proses pembelajaran. Contohnya; masalah disiplin, tidak menghormati guru, membaca bahan tidak berkaitan, mengeluarkan kata-kata kesat, makan dan minum, membuat bising atau bergerak bebas di dalam bilik darjah, mengganggu pengajaran dan pembelajaran, tidak mematuhi arahan, ponteng kelas dan sebagainya.

    3. Konflik ini bakal mempengaruhi keselamatan psikologi murid, tahap kesediaan pembelajaran dan tingkah laku proses pembelajaran seterusnya.

  • Faktor Penyumbang Konflik dalam Pembelajaran

    1. Menggunakan Pendekatan Yang Tidak Berkesan:

    Kegagalan ini bakal mengundang konflik yang besar dalam proses PdP. Terdapat sebahagian guru yang gagal memilih dan menggunakan pendekatan dan kaedah PdP yang efisien dan efektif bagi mewujudkan PdP yang bermakna. Hasilnya, murid bosan, tidak menumpukan perhatian dan menimbulkan masalah disiplin (Shahabudin, Rozihani & Mohd Zohir, 2007).

    Sebaliknya, jika guru kritis, kreatif dan inovatif dalam memilih dan menggunakan PdP yang efisien dan efektif, konflik dalam PdP pasti dapat dihindari.

    Kepelbagaian pendekatan, kaedah, teknik dan strategi dalam PdP akan menjadikan pelajar aktif, seronok dan mudah menerima apa yang disampaikan oleh guru. Dengan itu konflik dalam PdP dapat dikurangkan (Abdul Rahim, 1999).

  • Sambungan

    2. Watak dan Sahsiah Guru.

    Merupakan salah satu faktor dalam konflik PdP. Menurut (Mok Soon Sang, 2008) guru yang kurang berpengalaman dan kurang tegas berkaitan isu disiplin bakal menimbulkan pelbagai konflik dalam PdP.

    Menurut Ahmad (2004) dan Atan Long (1993), antara sifat-sifat guru yang disukai murid ialah emosi yang stabil dan mental yang sihat, mempunyai badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik, mempunyai kecerdasan otak yang tinggi, bersifat kreatif, berimaginasi dan daya ikhtiar tinggi, suara dan tingkah laku beradab, tatatertib, bertimbang rasa, mempunyai simpati dan bijaksana ketika hadapi masalah, sabar, jujur dan ikhlas, tegas, menepati masa dan berkebolehan mengurus, mempunyai sikap yang positif dan menggalakkan, memberi bimbingan yang demokratik dan menjaga status ikhtisas perguruan.

  • Sambungan

    3. Hubungan Guru Murid Tidak Baik:

    Hubungan yang tidak baik dan tidak mesra bakal mengundang konflik dalam PdP.

    Menurut Tengku Sarina Aini & Yusmini (2006), mereka menyatakan tugas guru bukan bersifat statik dan hanya tertumpu kepada objektif pembelajaran (LO) sahaja.

    Guru berperanan dan berpengaruh besar terhadap pembentukan kehidupan sosial pelajar. Membina hubungan yang baik dan berkesan antara guru dan murid adalah pendekatan terbaik bagi mencapai hasrat ini.

    Kelebihan mewujudkan hubungan yang baik antara guru dan murid bakal mewujudkan persefahaman yang baik dan mewujudkan rasa mempercayai dan ini dapat memberi kesan positif kepada proses PdP. Oleh itu, konflik dalam PdP tentunya dapat diatasi.

  • Sambungan

    4. Suasana Bilik Darjah Tidak Selesa.

    Keadaan bilik darjah yang tidak terurus, kerusi meja berselerak, cahaya tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan kepada murid dan mereka akan gelisah dalam PdP. Hal ini akan menimbulkan konflik dalam PdP.

    Bilangan murid yang terlalu ramai juga merupakan faktor yang mendorong kepada konflik dalam PdP. Guru tidak akan dapat mengawal kelas dengan baik apabila bilangan murid terlalu ramai dengan pelbagai latar belakang (A, B dan C).

    Guru tidak mampu melayan semua karenah pelajar di dalam kelas. Pelajar tertinggal dan hilang minat akan wujud untuk mengikuti PdP seterusnya. Akibatnya, murid ini membuat bising, mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini. (Shahabudin, Rozihani, Mohd Zohir, 2007).

  • Penutup

    1. Terdapat banyak faktor yang mendorong kepada berlakunya konflik dalam PdP di dalam dan luar bilik darjah ini.

    2. Lantaran itu, langkah-langkah berkesan harus dikaji dan dilaksanakan bagi mengatasi konflik dalam PdP supaya suasana PdP yang efisien dan efektif dapat diwujudkan.

    3. Adalah penting seseorang guru dapat mewujudkan proses PdP yang efisien dan efektif dengan cara memilih dan menggunakan PSKT yang sesuai agar proses PdP menjadi bermakna dan mempunyai impak yang tinggi kepada murid.

  • Soalan 1

    Jelaskan 3 teori asas sosiologi seperti di nyatakan di bawah. Bagaimanakah anda boleh menggunakannya dalam proses PdP di dalam dan luar bilik darjah?

    1. Fungsionalisme (Comte, Spencer, Durkheim, Parsons dan Merton)

    2. Interaksionisme Simbolik (George Hebert Mead dan Blumer)

    3. Konflik (Karl Marx dan Max Weber)

  • Terima Kasih