konsep akhlak dalam islam.docx

Upload: hanaznisa

Post on 03-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Konsep Akhlak dalam Islam.docx

    1/7

    http://noradila.tripod.com/skimatarbiyyahipij/id98.html

    Minggu Keenam (Konsep Akhlak Dalam Islam)KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM

    OBJEKTIF1. Ahli usrah memahami pengertian akhlak menurut pandangan Islam.2. Ahli usrah mengetahui cirri-ciri akhlak Islam serta dapat mengaitkannya

    dengan kehidupan seharian.KANDUNGAN1. Pengertian akhlak bahasa dan istilah2. Pengertian akhlak menurut Islam3. Skop dan ruang lingkup akhlak dalam Islam4. Perbezaan di antara akhlak dan moral5. Akhlak yang agung akhlak Al-Quran6. Kesyumulan akhlak Islam lahiriah dan rohaniah meliputi aqidah dan syariat7. Ciri-ciri akhlak Islamiyyah

    PENGERTIAN AKHLAKMenurut bahasa:Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jamadaripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai,tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri.Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat

    sahaja, antaranya ialah:

    Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yangamat mulia. (Al-Qalam:4)

    Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaksudkejadian yang indah dan baik. Apabila dirujuk kepada kejadian manusia, iabermaksud struktur tubuh yang badannya yang indah dan seimbang. Jikadirujuk kepada kejadian alam semesta, ia juga membawa erti kejadian atauciptaan yang indah, tersusun rapi, menurut undang-undang yang tepat. Didalam Al-Quran terdapat 52 perkataan (al-khalqu) yang merujuk kepadakejadian manusia, alam sarwajagat dan lain-lain kejadian. Antara lain firman

    Allah subhaanahu wa taaala:Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siangdan malam, bahtera yang belayar di laut membawa yang berguna bagimanusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan airitu Dia menghidupkan bumi sesudah matinya (kering), dan dia sebarkan dibumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yangdikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda(kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.

  • 7/29/2019 Konsep Akhlak dalam Islam.docx

    2/7

    Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih penggantian malamdan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang beraqal. (Iaitu) orang-orang

    yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan baringdan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lantas berkata):Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci

    Engkau maka peliharalah kami daripada siksaan neraka. (Ali-Imran:190)Menurut istilah:Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalamdiri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudahtanpa pemikiran, penelitian dan paksaan. Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu

    sebagaikeadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpapemikiran dan penelitian.Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan: akhlak ialah suatu keadaanyang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengansenang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yangterkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itudinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yangburuk, ia dinamakan akhlak yang buruk.

    PENGERTIAN AKHLAK MENURUT ISLAMIslam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi

    pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumberitulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedahilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dantepat neraca timbangannya.Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmuberdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinyaseperti berikut:Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsiptertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkandan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkanjiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah). Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap

    keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usahamembentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yangtelah ditetapkan oleh Allah.

    Dengan kata lain, akhlak ialah suatu system yang menilai perbuatan zahir danbatin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksihidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakatdalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia,manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alamsekitar.

  • 7/29/2019 Konsep Akhlak dalam Islam.docx

    3/7

    SKOP DAN RUANG LINGKUP AKHLAK DALAM ISLAMDalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai

    baik dan buruk (good and bad), betul dan salah (true and false). Penilaian iniberlaku dalam semua lapangan kehidupan manusia. Apakah yang dimaksudkandengan baik dan buruk, betul dan salah, benar dan palsu itu? Apakah alat

    pengukur yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk, betul atausalah, benar atau palsu? Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab oleh ilmuakhlak.Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada yang

    menjadikan kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang diburu dalamkehidupan. Ada pula yang menjadikan kebesaran ataupun kekuasaan, ada yangmencari nama dan kemasyhuran. Ada juga yang berusaha mencai ilmupengetahuan dan ada pula golongan yang memandang remeh terhadap kehidupantersebut, sebaliknya bersifat zuhud di dunia; memadai dengan kehidupan yangsederhana. Mereka lebih menumpukan peningkatan rohaniyyah denganmementingkan persoalan hidup akhirat.Perbezaan pandangan inilah yang meneyebabkan timbulnya beberapa aliran di

    dalam memahami akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan saksama,tidak dapat dijadikan sebagai matlamat terakhir atau tertinggi yang seharusnyadicapai oleh manusia. Oleh itu, tentulah di sebalik pandangan atau perbezaanituada satu matlamat hakiki yang wajib dituntut oleh manusia. Apabila sesuatuperilaku atau perbuatan manusia itu selaras dengan neraca timbangan tersebut,itulah yang dikatakan baik dan sebaliknya yang tidak selaras dengan ukurantersebut itulah yang dikatakan buruk atau jahat dan sebagainya.Persoalan-persoalan inilah yang menjadi skop perbahasan ilmu akhlak, iaitu ilmu

    yang menerangkan tentang baik dan buruk, dan juga menerangkan sesuatu yang

    sepatutnya dilakukan oleh seseorang dalam perjalanan hidupnya di dunia ini. Ilmuini juga cuba menerangkan matlamat yang seharusnya dituju oleh manusia danjuga menggariskan jalan-jalan yang seharusnya dilalui untuk melaksanakansesuatu dalam hidup ini.Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan

    perbuatan manusia. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu, apayang patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Semua yangberlaku pada manusia bersifat tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) sepertipernafasan, detik jantung dan sebagainya tidak termasuk dalam skop ilmu akhlak.Jadi tidaklah boleh diberi nilai atau hukuman ke atas perkara ini sebagai baik atauburuk.Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar, sama

    ada hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alamsekitar, hubungan dengan diri sendiri dan sebagainya, semuanya mengandunginilai akhlak. Segala tindakan manusia baik yang berupa peribadi mahupunbersifat sosial, ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya mengandungi nilaiakhlak yang diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada kepada mereka yangterlibat di dalam dalamnya. Nilai akhlak yang buruk akan diberikan balasan siksa.

  • 7/29/2019 Konsep Akhlak dalam Islam.docx

    4/7

    Jadi bidang akhlak itu hanya meliputi perilaku perbuatan dan tindakan manusiayang dilakukan dalam lingkungan dan suasana berikut:

    Dilakukan dengan sedar dan niat.Dilakukan denganikhtiar sendiri.Melakukannya dengan sengaja, tidak dalam keadaan lupa atau bersalah.

    PERBEZAAN DI ANTARA AKHLAK DAN MORALMenurut istilah, moral berasal daripada bahasa lati moralis atau moresiaitu

    jamak kepada perkataan mosyang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekertidan perangai. Dictionary of Education menyatakan bahawa moral ialah suatuistilah yang digunakan untuk menetukan batas-batas dari sifat, perangai,kehendak, pendapat atau perbuatan secara layak dapat diaktakan benar, salah,baik, atau buruk.Manakala perkataan etika pula berasal daripada bahasa Yunani ethikosdaripada

    ethos yang juga membawa erti adapt kebiasaan, perangai dan sebagainya. Kedua-dua istilah ini adalah bermaksud tatasusila, peraturan dan norma-norma yang

    mengukur tentang baik buruknya, salah atau betulnya sesuatu perbuatanmanusia. Ia merupakan tindakan lahiriyyah manusia dalam hubungan sesamamanusia berdasarkan kepada pemikiran dan oandangan umum dalam sesuatukumpulan, masyarakat, pada sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu masadan tempat tertentu. Nilai-nilaian bersifat relative, subjektif dan temporal. Olehitu, ia mungkin berubah menurut sesuatu lingkungan pemikiran, suasana dantempat.Secara harfiahnya, kedua-dua istilah tersebut dapatlah disamakan dengan istilah

    akhlak daripada bahasa Arab yang membawa erti perangai, tingkah laku, perilaku,tatasusila dan budi pekerti.Islam sebagai agama yang syumul, komprehensif dan sempurna, menjadikanakhlak sebagai satu cabang yang asasi dalam program hidup individu, malah ia

    merupakan tuntutan wajib bagi setiap orang.Ilmu akhlak berusaha membina dan memupuk rohaniah manusia,, membina

    insaniyyah, membentuk tingkah laku dan mengarahkan individu ke arah kebaikandan ketinggian di samping mengingakan bahaya-bahaya keburukan dan kejahatansupaya masing-masing berusaha menjauhkan diri daripada terjebak denganpengaruh-pengaruh sifat negatif.Oleh kerana ilmu akhlak ini menyentuh tentang tingkah laku manusia, tentang

    ketinggian budi dan rohaniah, ia juga dinamakan Ilmu Al-Suluk(Ilmu TingkahLaku),Ilmu Hikmah dan Ilmu Tahdhib Al-Akhlak(Ilmu Penceriaan Akhlak). Jika

    dihubungkan ilmu ini dengan agama, tidak menjadi salah jika kita menamakanilmu ini sebagai Ilmu Aqliyy.Untuk mencapai cita-cita pembinaan akhlak dan rohaniah manusia, Islam telah

    menggariskan beberapa prinsip utama; antaranya lain:Beriman kepada AllahMembenarkan risalah Muhammadiyyah dan mengamalkannya sertamenjadikannya uswah hasanah

  • 7/29/2019 Konsep Akhlak dalam Islam.docx

    5/7

    Membenarkan Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah beserta denganmengamalkan dan berakhlak dengan perintah dan arahan kedua-duanyaNiat baik dan benar dalam melaksanakan tingkah laku yang baikSentiasa prihatin terhadap hukum halal haramBerusaha mencari ilmu yang bermanfaatKeadilan syaraBeriman dengan kebangkitan dan hari akhirat

    Demikianlah beberapa prinsip utama yang wajib dijadikan sebagai tempatberpijak bagi seseorang Muslim dalam kehidupan ini. Prinsip-prinsip tersebut jelaskepada kita merangkumi semua aspek rohaniyyah dan jasmaniyyah yang bersifatmutlak dan tepat penilaiannya. Oleh itu, bagi mencapai akhlak yang mulia dandiredhai oleh Allah seseorang itu wajib beramal dan berpegang kepada prinsip-prinsip tersebut. Apa yang penting ialah seseorang itu ialah sentiasa berhati-hatidalam menjalani hidup dengan mengarahkan pemikiran, pandangan dan amlan kearah yang positif sesuai denganprinsip-prinsip tersebut. Serta sedaya upayamungkin menghindarkan diri dari sifat-sifat dan gejala negatif.Sekarang dapat dilihat persamaan antara ilmu akhlak, moral dan etika, iaitu

    menetukan hukum atau nilai perbuatan manusia dengan keputusan baik atauburuk. Perbezaannya pula terletak pada ukuran masing-masing, di mana ilmuakhlak dalam menilai perbuatan manusia menurut ukuran Al-Quran dan As-Sunnah, etika dengan pertimbangan akal fikiran dan moral dengan adaptkebiasaan yang umum berlaku dalam masyarakat.

    AKHLAK YANG AGUNGBagi seorang Muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri

    Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam keran sifat-sifat dan perangai yang

    terdapat pada dirinya adalah sifat-sifat yang terpuji dan merupakan uswahhasanah. Iaitu contoh tauladan terbaik bagi seluruh kaum Muslimin. Allahsubhaanahu wa taaala sendiri memuji akhlak Nabi Muhammad sallallahu alaihiwasallam di dalam Al-Quran sebagaimana firmanNya:

    Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak agung. (Al-Qalam:4)dasar akhlak Islamiyyah terkandung di dalam risalah yang dibawa oleh

    Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Risalah itu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah yang dimanifestasikan oleh perbautan dan cara hidup Rasulullahsallallahu alaihi wasallam sendiri. Perilaku dan car hidup Rasulullah itu menjadiikutan dan contoh tauladan untuk kesempurnaan hidup manusia baik jasmani

    mahupun rohani.Untuk mencapai tahap kesempurnaan peribadi yang mulia itu, Allah telah

    membekalkan manusia dengan persediaan semulajadi iaitu dengan berbagai-bagainaluri dan akal fikiran serta dihiasi pula dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuanyang boleh menjadi pedoman hidup demi kepentingan membina tamadun di mukabumi ini. Oleh kerana kelemahan akal dan keterbatasan dalam menjangkau aspekalam, baik alam realiti mahupun alam ghaib, Allah menurunkan wahyuNyasebagai hidayah mutlak untuk digunakan oleh manusia dalam membina kehidupan

  • 7/29/2019 Konsep Akhlak dalam Islam.docx

    6/7

    dan tamadun serasi dengan nilai-nilai akhlak yang mulia. Di sinilah letaknyaperanan risalah yang dibawa melalui Rasulullah sallallahu alaihi wasallambertujuan untuk membentuk satu dasar akhlak yang mulia dan bersifat mutlakuntuk keperluan seluruh manusia.KESYUMULAN AKHLAK ISLAMCiri khas akhlak Islam ialah kelengkapan dan luas bidangnya yang meliputi semuaaspek perbuatan manusia sama ada mengenai dirinya, orang lain atau yangberkaitan dengan perseorangan atau kemasyarakatan dan kenegaraan. Tidak adasuatu pun perbuatan manusia yang terkeluar dan tidak diatur oleh peraturanakhlak Islam.Kesyumulan akhlak Islam ialah ia tidak berpisah dengan semua bidang-bidang

    kehidupan manusia. Ia menetapkan satu neraca terhadap seluruh tindak tandukmanusia. Akhlak Islam tidak mengakui sebarang pemecahan di dalam menetapkanpenilaian ini.Asas keimanan kepada Allah adalah sendi-sendi aqidah Islam, manakala asa

    akhlak yang terbina di sekitar usaha dan amal untuk memenuhi segala tuntutanyang terkandung dalam sendi-sendi tersebut. Jelas di sini bahawa binaan akhlakyang mulia sebenarnya hanya dapat tegak di atas aqidah yang sahih dan syumul.Sedangkan sesuatu perbuatan yang pada zahirnya dianggap sebagai akhlak yangmulia tidak dapat teguh dan kekal sekiranya tidak ditegakkan di atas asas aqidah.Besarnya kedudukan akhlak Islam hinggakan hadeeth-hadeeth Rasulullah

    sallallahu alaihi wasallam merumuskan kedudukan akhlak sebagai:Sesunguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.Wahai Rasulullah sallallahu alaihi wasallam apakah Deen itu? Baginda

    menjawab: Akhlak yang baik.Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah yang paling baik Deennya.

    CIRI-CIRI AKHLAK ISLAMIYYAHAntara cirri-ciri akhlak Islamiyyah ialah:Bersifat mutlak dan menyeluruh:Akhlak Islamiyyah bersifat mutlak, tidak

    boleh dipinda atau diubahsuai, dikenakan kepada seluruh individu tanpamengira keturunan, warna kulit, pangkat, tempat, dan masa.Melengkapkan dan menyempurnakan tuntutan: Ditinjau dari sudut kejadianmanusia yang dibekalkan dengan pelbagai naluri, akhlak Islamiyyah adalahmerangkumi semuaaspek kemanusiaan rohaniyyah, jasmaniyyah danaqliyyah,sesuai dengan semua tuntutan naluri dalam usaha mengawal sifat-sifat yang

    tercela (sifat-sifat mazmumah) untuk kesempurnaan insan, bukan untukmengawal kebebasan peribadi seseorang.Bersifat sederhana dan seimbang: tuntutan akhlak dalam Islam adalahsederhana, tidak membebankan sehingga menjadi pasif dan tidak pulamembiarkan sehingga menimbulkan bahaya dan kerosakan.Mencakupi suruhan dan larangan: Bagi kebaikan manusia, perlaksanakanakhlak Islamiyyah meliputi suruhan dan larangan dengan tidak bolehmengutamakan atau mengabaikan mana-mana aspek tersebut.

  • 7/29/2019 Konsep Akhlak dalam Islam.docx

    7/7

    Bersih dalam perlaksanaan: Untuk mencapai kebaikan, akhlak Islmaiyyahmemerintah supaya cara dan metod perlaksanaan sesuatu perbuatan dantindakan itu hendaklah dengan cara yang baik dan saluran yang benar yangtelah ditetapkan oleh akhlak Islamiyyah. Ertinya untuk mencapai suatumatlamat, cara perlaksanaannya mestilah bersih menurut tata cara Islam.

    Islam tidak menerima falsafah: Matlamat tidak menghalalkan cara.Keseimbangan: Akhlak dalam Islam membawa kesinambungan bagi tuntutanrealiti hidup antara rohaniyyah dan jasmaniyyah serta aqliyyah, dan antarakehidupan dunia dan akhirat sesuai dengan tabii manusia itu sendiri.

    BAHAN RUJUKAN1. ILHAM Bahan kendiri PJJ

    SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN1. Jelaskan pengertian akhlak menurut pandangan Islam.2. Apakh ciri-ciri akhlak Islamiyyah dan berikan contohnya?