komputer dalam angkasa, geo, dsb-20150131-175100356

7
Seorang angkasawan menggunakan komputer ketika berada di dalam sebuah kapal angkasa. Komputer digunakan dalam bidang kajian angkasa untuk membuat kajian, Di dalam sebuah kapal angkasa, terdapat banyak komputer yang digunakan untuk mengawal pesawat tersebut. Ia juga digunakan untuk tujuan komunikasi dengan pusat komunikasi di bumi, bagi menentukan Stesen Angkasa Antarabangsa yang pernah Angkasawan Negara, Datuk Sheikh Muszaphar sampai, merupakan pusat stesen angkasa yang canggih serta dilengkapi peralatan komputer bagi membolehkan

Upload: kobestjebat

Post on 15-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tmk thn 4

TRANSCRIPT

Page 1: Komputer Dalam Angkasa, Geo, Dsb-20150131-175100356

Seorang angkasawan menggunakan komputer ketika berada di dalam sebuah kapal angkasa. Komputer digunakan dalam bidang kajian angkasa untuk membuat kajian, menganalisa bahan yang ditemui di angkasa dan sebagainya.

Di dalam sebuah kapal angkasa, terdapat banyak komputer yang digunakan untuk mengawal pesawat tersebut. Ia juga digunakan untuk tujuan komunikasi dengan pusat komunikasi di bumi, bagi menentukan kedudukan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) serta mengesan satelit di ruang angkasa.

Stesen Angkasa Antarabangsa yang pernah Angkasawan Negara, Datuk Sheikh Muszaphar sampai, merupakan pusat stesen angkasa yang canggih serta dilengkapi peralatan komputer bagi membolehkan angkasawan berkomunikasi dengan pusat kajian NASA di permukaan bumi.

Page 2: Komputer Dalam Angkasa, Geo, Dsb-20150131-175100356

Satelit untuk kajian angkasa, planet serta bulan ini digunakan oleh NASA untuk mengambil gambar bintang, planet serta cakerawala. Melalui gambar yang diambil oleh satelit, ia akan dihantar ke komputer di bumi dan dianalisa untuk kajian angkasa!

Teleskop gergasi ini ini menggunakan sistem komputer yang canggih untuk meneliti ruang angkasa seperti pergerakan bulan, bintang dan asteroid serta meteor yang berhampiran. Penggunaan komputer adalah penting untuk menganalisis data serta gambar yang diperolehi teleskop di balai cerap ini.

Alat simulator angkasa ini menggunakan sistem komputer untuk dikawal. Suasana suhu, graviti serta tekanan di dalamnya adalah seperti di angkasa. Bakal angkasawan perlu menjalani latihan di dalam alat ini sebelum bergelar angkasawan sebenar dan terbang ke ISS!

Page 3: Komputer Dalam Angkasa, Geo, Dsb-20150131-175100356
Page 4: Komputer Dalam Angkasa, Geo, Dsb-20150131-175100356
Page 5: Komputer Dalam Angkasa, Geo, Dsb-20150131-175100356

Perisian Google Map amat penting untuk mengesan lokasi sesuatu tempat. Ia boleh diakses melalui komputer dan telefon pintar menggunakan perkhidmatan internet. Dengan adanya perisian Google Map ini, anda pastinya tidak sesat!

Field-Map Birdie (Komputer Mudah Alih Pemetaan ) merupakan salah satu komputer benam yang digunakan untuk menghasilkan peta digital. Ia menggunakan laser untuk menentukan jarak serta luas sesuatu kawasan, dan menggunakan kemudahan GPS bagi menentukan lokasi tempat.

Alat GPS Mudah Alih merupakan komputer benam. Ia boleh digunakan di dalam kereta. Jenama GPS yang terkenal ialah Garmin dan PAPAGO. Jika ingin ke mana-mana destinasi, setkan sahaja lokasinya, dan anda bersedia untuk melancong ke mana sahaja dengan arahan suara daripada alat ini.

Page 6: Komputer Dalam Angkasa, Geo, Dsb-20150131-175100356

Aplikasi Google Earth ini boleh digunakan untuk memantau lokasi di seluruh dunia. Ia boleh digunakan untuk banyak bidang, termasuk perlancongan, geografi dan lanskap. Selain itu, aplikasi google streetview juga aplikasi yang terkini untuk mengenal pasti lokasi.

Satelit bumi ini digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya ialah untuk komunikasi, siaran televisyen dan radio serta komunikasi antarabangsa. Ia dapat berpusing ke arah mana-mana yang dikehendaki dan dan dikawal dengan komputer di dalam pusat kawalan.