hasil pembelajaran

4
HASIL PEMBELAJARAN Melalui Program Pesta Tanglung Ke-35 (PTUKM) ini, saya dapat peluang yang baik untuk mempelajari dan mempamerkan berfikir secara kritis, kreatif bagi menyelesaikan masalah yang sedang berlaku dengan mencari idea yang alternatif dan langkah-langkah tertentu untuk mengatasi halangan melalui jawatan yang disandangkan. Selain itu, melalui program ini saya juga mempelajari kemahiran membuat keputusan dan idea secara bijaksana atau spontan semasa sesuatu masalah berlaku secara tiba-tiba. Semasa penyediaan aktiviti, kami perlu memastikan tugas-tugas yang diagihkan oleh exco-exco dilaksanakan dan disiapkan pada masa yang telah ditetapkan supaya tidak menjejaskan perkembangan program. Sebagai AJK Hiasan Pentas, saya tidak lupa mengambil berat serta menghormati ahli kumpulan lain sama ada mereka memerlukan bantuan daripada pihak kami atau pihak luar semasa menyiapkan tugas-tugas yang diberi sekiranya menghadapi sebarang masalah. Selain itu, sebagai Ajk Hiasan Pentas, kami perlu membuat semua peralatan dan menghiaskan pentas sebelum dan menyimpan selepas habis Program Pesta Tanglung UKM Ke-35 (PTUKM). Pada malam persembahan, kami perlu mengetahui semua jadual pada malam Program Pesta Tanglung UKM Ke-35 (PTUKM)

Upload: pennylim1289

Post on 18-Aug-2015

38 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hasil pembelajaran

HASIL PEMBELAJARAN

Melalui Program Pesta Tanglung Ke-35 (PTUKM) ini, saya dapat peluang yang

baik untuk mempelajari dan mempamerkan berfikir secara kritis, kreatif bagi

menyelesaikan masalah yang sedang berlaku dengan mencari idea yang alternatif dan

langkah-langkah tertentu untuk mengatasi halangan melalui jawatan yang disandangkan.

Selain itu, melalui program ini saya juga mempelajari kemahiran membuat keputusan dan

idea secara bijaksana atau spontan semasa sesuatu masalah berlaku secara tiba-tiba.

Semasa penyediaan aktiviti, kami perlu memastikan tugas-tugas yang diagihkan oleh exco-

exco dilaksanakan dan disiapkan pada masa yang telah ditetapkan supaya tidak

menjejaskan perkembangan program. Sebagai AJK Hiasan Pentas, saya tidak lupa

mengambil berat serta menghormati ahli kumpulan lain sama ada mereka memerlukan

bantuan daripada pihak kami atau pihak luar semasa menyiapkan tugas-tugas yang diberi

sekiranya menghadapi sebarang masalah.

Selain itu, sebagai Ajk Hiasan Pentas, kami perlu membuat semua peralatan dan

menghiaskan pentas sebelum dan menyimpan selepas habis Program Pesta Tanglung UKM

Ke-35 (PTUKM). Pada malam persembahan, kami perlu mengetahui semua jadual pada

malam Program Pesta Tanglung UKM Ke-35 (PTUKM) dijalankan, sentiasa membuat

persediaan di belakang pentas terhadap sebarang situasi yang akan berlaku dan mengubah

latar belakang pentas serta menyediakan peralatan yang diperlukan oleh pelakon mengikut

scene teater dijalankan. Kebolehan membuat keputusan secara bijaksana dan kreatif amat

penting kerana ia dapat menyelesaikan segala masalah yang akan berlaku sebelum dan

semasa program dijalankan. Sebagai contoh, semasa raptai pada malam persembahan

pentas, kami didapati bahawa bilangan kaki tangan yang diperlukan adalah lebih banyak

daripada di rancangkan kerana kami perlu menyimpan, memindah dan mengaturkan

semasa mengubahkan latar belakang persembahan. Maka saya berfikir secara kreatif

melekatkan semua barang hiasan yang diperlukan keatas kertas kotak. Misalnya,

pertukaran latar belakang ke restoran barat maka kami telah melakar dan melekat serta

hiasan siap barang yang diperlukan ke atas kertas kotak seperti cawan, pingan, kain meja

Page 2: Hasil pembelajaran

dan bunga keatas permukaan kertas kotak maka apabila sampai latar belakang itu, kami

tidak perlu berkelam-kabut untuk menyusun barangan atas meja, maka kami dapat

membuat pertukaran latar belakang dengan lebih cepat dengan menyimpan peralatan scene

yang lepas dan menyusunkan semua peralatan yang digunakan pada scene ini.

Disampimg itu, sikap tanggungjawab memainkan peranan yang amat penting bagi

memyempurnakan sesuatu program. Ini disebabkan, setiap ajk akan diberikan sesuatu

tugas daripada exco-exco tersendiri maka kita perlu melaksanakan kewajipan kita dengan

cekap dan sempurna. Saya melaksanakan segala tugas yang diberikan daripada exco

dengan penuh tanggungjawab seperti menyiap dalam masa yang telah ditetapkan dengan

sempurna. Semasa program dijalani, kami dibahagikan kepada beberapa bahagian dan

tugas masing-masing dan sentiasa perlu memerhatikan keadaan pentas sama ada terdapat

kejadian yang tidak terjangka berlaku maka kita perlu mengambil tindakan yang

sepatutnya dengan serta merta supaya program ini dilancarkan dengan sempurna.

Semasa mesyuarat bahagian minggu diadakan pada setiap hari Jumaat di Fakulti

Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) pada pukul 12 tengah hari hingga pukul 2 petang,

kami sentiasa memgumumkan perkembangan tugas yang telah dilaksanakan serta perihatin

terhadap perkembangan tugas ahli lain. Hal ini kerana, saya akan lebih memahami dan

mengetahui perkembangan telah dilaksanakan pada setakat ini. Disamping itu, Saya

menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui analisis terhadap kesan jika sesuatu tindakan

diambil. Bertimbang sebelum bertindak, berfikir sebelum bercakap supaya tidak melakukan

sesuatu yang salah. Sebagai contoh, saya juga cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi

oleh ahli lain semasa program ini dijalankan mengikut kemampuan saya dan cuba

memahami apa masalah yang dihadapi dan cuba menerang dengan lebih teliti atau

menunjukkan cara-cara yang betul terhadap tugas supaya dapat menyelesaikan masalah

tersebut.

Akhirnya, saya telah menyedari bahawa kemahiran berfikir secara bijaksana, sikap

tanggungjawab dan akauntabiliti, sikap amanah dan lain-lain amatlah penting semasa kita

melaksanakan tugas atau kewajipan kita. Hal ini akan membantu dan mengelakkan

sebarang risiko atau masalah akan berlaku semasa sesuatu aktiviti dijalankan supaya dapat

Page 3: Hasil pembelajaran

dijalankan dengan lancer dan mengikut tentatif program yang telah disiapkan. Maka,

segala aktiviti kita dapat dijalankan dengan berjaya dan penuh keyakinan.