falsafah mib

27
Pendahuluan Dari segi bahasa, Islam adalah keadaan yang baik dan sentosa, mencitai kedamaian dan kehidupan yang harmoni. Erti lain, Islam bermakna menyerah diri, tunduk dan taat kepada yang maha esa (Allah). Dari segi syarak, Islam diertikan sebagai mentauhidkan Allah dengan cara menyerah diri kepadanya dengan melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya untuk mendapat keberkatan darinya (Allah) untuk mencapai kebahagiaan hidup. Dari segi pandangan umum, Islam ialah agama ciptaan Allah yang lengkap dan sempurna yang merangkumi penyusunan kehidupan masyarakat (urusan akidah seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji) termasuk juga urusan negara (bidang politik, ekonomi dan sistem pentadbiran berlandaskan Al-quran dan Sunnah) dalam sesebuah negara bagi mendapatkan kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Bagi yang beragama islam, kita haruslah tunduk dan patuh kepada Allah dan apa yang telah ditentukan olehnya didalam kitabnya (Al quran). Sikap hormat menghormati, tolong menolong, sikap merendah diri dan berakhlak mulia dipandang tinggi disisi allah agar kita mendapat ganjaran pahala atas mengerjakan suruhannya. Surah Al-Maidah, ayat 3. Page 1

Upload: fie-puasa

Post on 25-Jun-2015

1.574 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Falsafah MIB

Pendahuluan

Dari segi bahasa, Islam adalah keadaan yang baik dan sentosa, mencitai kedamaian dan

kehidupan yang harmoni. Erti lain, Islam bermakna menyerah diri, tunduk dan taat kepada yang

maha esa (Allah).

Dari segi syarak, Islam diertikan sebagai mentauhidkan Allah dengan cara menyerah diri

kepadanya dengan melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya

untuk mendapat keberkatan darinya (Allah) untuk mencapai kebahagiaan hidup.

Dari segi pandangan umum, Islam ialah agama ciptaan Allah yang lengkap dan sempurna yang

merangkumi penyusunan kehidupan masyarakat (urusan akidah seperti sembahyang, puasa,

zakat dan haji) termasuk juga urusan negara (bidang politik, ekonomi dan sistem pentadbiran

berlandaskan Al-quran dan Sunnah) dalam sesebuah negara bagi mendapatkan kebahagiaan di

dunia dan juga di akhirat.

Bagi yang beragama islam, kita haruslah tunduk dan patuh kepada Allah dan apa yang telah

ditentukan olehnya didalam kitabnya (Al quran). Sikap hormat menghormati, tolong menolong,

sikap merendah diri dan berakhlak mulia dipandang tinggi disisi allah agar kita mendapat

ganjaran pahala atas mengerjakan suruhannya.

Surah Al-Maidah, ayat 3.

“ …pada hari ini, aku ( allah) telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu dan aku telah redhakan ISLAM itu menjadi agama kamu…”

Ertinya, Allah telah menjelaskan bahawa hanya agama Islam sahaja agama yang sempurna dan

diredhai olehnya.

Page 1

Page 2: Falsafah MIB

Sejarah Islam Di Brunei

Menurut catatan China, Po-li (nama Brunei lama) adalah sebuah kerajaan yang menganut agama

Hindu-Buddha (518 dan 523 T.M) yang diperintah oleh kerajaan Srivijaya dan seterusnya

Kerajaan Majapahit. Hanya segenlintir sahaja yang berugama Islam tetapi mereka cuma

hanyalah pedagang datang daripada negara Arab, India dan China yang singgah di Brunei untuk

berdagang (Bradell, 1949). Catatan China ada menyebut Pu Ya-Ti (Abu Ali), Shih Nu (Sheikh

Nuh) dan Qadhi Kassim yang telah dihantar oleh Raja Poni sebagai utusan kepada Maharaja

China pada tahun 977 masihi (Hirth & Rockhill, 1966). Disini jelas terbukti bahawa agama Islam

sudah wujud di Brunei sebelum tahun 977 masihi. Ini adalah kerana Brunei pada masa itu

menjadi pusat perlabuhan dan perdagangan daripada mubaligh-mubaligh Arab, India dan Cina.

Menurut Franke & Chen Thieh-fan (1973) mengatakan bukti lain yang menunjukkan kedatangan

Islam ke Brunei ialah batu nisan kepunyaan Cina islam yang bernama Pu Kung Chih Mu yang

meninggal dunia pada tahun 1276 masihi. Ini menyatakan bahawa Islam sudah wujud sebelum

Islamnya Awang Alak Betatar (Jamil Al Sufri, 1990).

Mengikut Salasilah Raja-Raja Brunei, setelah Kerajaan Majapahit runtuh, Awang Alak Betatar

(1363-1402 T.M) pun telah memeluk agama Islam dan selepas itulah barulah agama Islam

dijadikan sebagai agama rasmi di Brunei. Baginda telah menukar nama Baginda kepada Sultan

Muhammad Shah (Jamil Al Sufri, 1990), lantas menjadi Sultan Brunei yang pertama dan sebagai

pengasas sistem kesultanan Islam di Brunei. Keislaman baginda itu juga diikuti oleh para

pembesar, ahli kerabat, rakyat dan yang lain-lain. Sejarahwan berpendapat bahawa raja Poni

yang disebut di dalam catatan China sebagai Ma-ha-mo-sa pada tahun 1371 masihi itu adalah

Sultan Muhammad Shah. Pedagang-pedagang luar yang berugama Islam seperti pedagang Arab

dan India juga tinggal di Brunei lalu berkahwin dengan rakyat Brunei lantas menyebarkan ugama

Islam pada masa itu. Pada masa yang sama, para pedagang Arab juga membawa tulisan Jawi ke

Brunei kerana Kitab suci Islam iaitu Al Quran ditulis dengan tulisan Jawi. Setelah ugama Islam

itu berkembang, tulisan Jawi juga turut berkembang di Brunei. Buktinya adalah segala surat-

surat rasmi Brunei dan batu nisan pada zaman dahulu adalah ditulis dalam tulisan Jawi. Oleh itu,

tulisan Jawi masih digunakan di Brunei sehingga sekarang dan tulisan Jawi adalah tulisan rasmi

Brunei yang kedua setelah tulisan Rumi

Page 2

Page 3: Falsafah MIB

Pada zaman pemerintahan Sultan Sharif Ali (1425-1432 T.M) iaitu Sultan Brunei ke 3, Brunei

telah mula mempunyai masjid dan baginda telah menunjukkan arah qiblat pertama. Baginda juga

cuba mengukuhkan fahaman orang-orang Islam di Brunei pada masa itu adalah kerana ada yang

masih mengamalkan kepercayaan Hindu-Buddha. Cucu baginda iaitu Sultan Bolkiah (1485-1524

T.M), Sultan Brunei ke 5 menyebarkan ugama Islam ke tanah jajahan Empayar Brunei pada

masa itu yang merangkumi kepulauan Filipina dan Borneo. Zaman ini juga merupakan zaman

kegemilangan Brunei dimana Brunei adalah sebuah kerajaan Islam yang besar pada masa itu.

Di zaman pemerintahan Sultan Saiful Rijal (1533-1581 T.M) iaitu Sultan Brunei ke 7, satu

peristiwa penting yang berlaku yang hampir menggugat agama Islam di Brunei. Ini kerana

perang telah tercetus diantara Brunei dan Sepanyol pada tahun 1578 T.M (Perang Kastilla)

kerana Sepanyol ingin menjajah Brunei lalu mengembangkan agama Kristian. Diatas bantuan

Pengiran Seri Lela dan Pengiran Seri Ratna, Sepanyol berjaya mengalahkan Brunei. Pengiran

Bendahara Sakam akhirnya mengetuai askar Brunei untuk melawan kembali lalu membunuh

Pengiran Seri Lela dan Pengiran Seri Ratna. Kesannya ramai askar Sepanyol mati dibunuh dan

ada juga mati kerana jatuh sakit akibat terdedah kepada persekitaran Brunei yang panas.

Akhirnya Brunei berjaya mengusir Sepanyol dan Brunei masih mengamalkan ugama Islam

(Jamil Al Sufri ,1997). Brunei bebas dari anasir-anasir buruk yang boleh mengancam ugama

Islam pada masa itu.

Sultan Brunei yang seterusnya ialah Sultan Muhammad Hassan(1582-1598 T.M) dimana

baginda telah memperkenalkan Hukum Kanun Brunei yang mengandungi sistem pentadbiran

dan adat istiadat yang bersendikan ajaran Islam. Hukum Kanun itu telah dikuatkuasakan pada

zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalilul Akhbar (1598-1659 TM). Hukum ini terus digunakan

oleh Sultan-Sultan yang seterusnya. Contohnya, menurut catatan W.H. Treacher (Pemangku

Konsul General Inggeris) yang melawat Brunei pada tahun 1871 T.M iaitu pada zaman

pemerintahan Sultan Abdul Momin (1882-1888 T.M). Pada masa itu, beberapa orang perompak

telah merompak barang-barang daripada kapal perang Inggeris. Sultan Abdul Momin sangat

murka dengan kejadian itu dan perompak-perompak itu berjaya ditangkap lalu dijatuhi potong

tangan agar mereka tidak dapat mencuri lagi. Kes yang lain seperti membunuh juga akan

dihukum bunuh hingga mati (Haji Mohd.Salleh Abdul Latif, 2008). Pada tahun 1906, Kerajaan

Page 3

Page 4: Falsafah MIB

British telah menubuhkan Kerajaan Residen British di Brunei. Munculnya sistem pentadbiran

Residen British di Brunei telah melemahkan kuasa Sultan sebagai ketua negara kerana Residen

British bertanggujawab menguruskan hal ehwal luar dan dalam Negara Brunei Darussalam

kecuali hal yang bersangkut paut dengan Islam. British juga bertanggungjawab mengubal

undang-undang Brunei pada masa itu dimana hukuman jenayah seperti mencuri tidak lagi

dihukum potong jari tetapi dihukum dengan denda dan hukuman penjara. Menurut Muhammad

Hadi (n.d.) didalam kertas kerja beliau yang bertajuk Hubungan Brunei – Great Britain bahawa

Pada tahun 1959, iaitu pada zaman permerintahan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien 3, baginda

telah menandatangi diantara Kerajaan Brunei dan British iaitu Perlembagaan Brunei yang

menyatakan bahawa Islam sebagai agama rasmi Negara Brunei Darussalam dan Sultan sebagai

Ketua agama Islam.

Pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin (1924-1950 TM) iaitu Sultan Brunei ke 27

telah bertanggungjawab membuka sekolah Arab pertama di Brunei pada tahun 1940 tetapi

ditutup pada tahun 1946 kerana pendudukan Jepun diatas Brunei. Penganti baginda iaitu adinda

baginda sendiri, Sultan Haji Omar Ali Saifuddien 3 (1950-1967 TM) pula telah menubuhkan

Jabatan Hal Ehwal Ugama Majlis Syariah , Adat Istiadat dan Kebajikan Masyarakat pada 1954

dan bertanggujawab menubuhkan Majlis Ugama Islam pada 1955. Pada tahun 1959, Al- Mahrum

telah menandatangi Perlembagaan Brunei yang menyatakan bahawa Islam sebagai agama rasmi

Negara Brunei Darussalam dan Sultan sebagai Ketua agama Islam. Al-Marhum juga meneruskan

usaha Sultan mengembangkan institusi-institusi Islam di Brunei khasnya dalam institusi

pendidikan Islam. Pada tahun 1956, pendidikan ugama di sekolah rendah telah ditubuhkan.

Dengan kerjasama diantara Jabatan Hal Ehwal Ugama dan Jabatan Pelajaran Brunei pada tahun

1965, mata pelajaran ugama Islam di peringkat rendah dan menengah diperkenalkan dan masih

digunakan hingga pada masa ini. Pada tahun 1966 Sekolah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah

pula ditubuhkan dan setahun berikutnya terdiri pula Sekolah Arab Perempuan Raja Isteri

Pengiran Anak Damit (Haji Mohammad,n.d.). Dengan itu amat sesuailah dengan gelaran Al

Marhum iaitu ‘Arkitek Brunei Moden’ dimana Baginda telah memajukan pembangunan negara

Brunei Darussalam dari segi politik, sosio-ekonomi dan persekitaran Brunei.

Page 4

Page 5: Falsafah MIB

Pada zaman pemerintahan Sultan Haji Hassanal Bolkiah(1967 TM hingga sekarang), Baginda

telah meneruskan usaha murni ayahanda baginda dengan menubuhkan banyak lagi institusi-

institusi bercirikan Islam dan pembinaan masjid diseluruh negara juga sedang giat diusahakan.

Misalnya pada tahun 1972, Baginda menubuhkan Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan. Pada

tahun 1989, Institut Pengajian Islam Brunei Darussalam ditubuhkan dan 10 tahun kemudian,

Institut Pengajian Islam Sultan Haji Omar Ali Saifuddien pula ditubuhkan, yang merupakan hasil

dari cantuman antara Institut Pengajian Islam Brunei Darussalam dengan Fakulti Pengajian

Islam, Universiti Brunei Darussalam. Pada tahun yang sama, Maahad Islam Tutong dan Institut

Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah juga turut ditubuhkan. Pada awal tahun 2007,

Baginda telah memperkenankan penubuhan Universiti Kedua bagi Brunei iaitu Universiti Islam

Sultan Sharif Ali, dan pada tahun yang sama tertubuhnya juga Kolej Universiti Perguruan

Ugama Seri Begawan. Pada hari Perisytiharan Kemerdekaan pada 1 Januari 1984 Masihi,

Baginda telah merasmikan Negara Brunei Darussalam sebagai negara yang mengamalkan

falsafah Melayu Islam Beraja yang berbunyi:-

“…Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta limpah kurnia Allah Subhanahu Wata’ala akan untuk selamalamanya kekal menjadi sebuah negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik, bersendikan kepada ajaranajaran ugama Islam menurut Ahli Sunnah Waljama’ah…”

Baginda juga bertitah pada 19hb.Disember 2007 untuk menyatakan keazaman baginda untuk

terus menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah ‘Negara Zikir’ yang sentiasa mengagungkan

Allah Subhanahu Wataala (Haji Mohammad,n.d.): -

“Brunei adalah negara yang selalu bersama-sama dengan Ar-Rahman (Yang Maha Mengasihi), yang sentiasa berhias dengan zikir dan menjadikannya sebagai rutin kebiasaan. Kerana itu Allah pun dengan rahmatNya memalingkan kita dari sebarang kesusahan dan bencana dari pelbagai anasir yang boleh merosakkan keamanan. Beta, Insya Allah akan terus berazam untuk menjadikan Brunei sebuah ‘Negara Zikir’ yang sentiasa mengagongkan Allah, supaya kita selalu berada dalam perhatian dan pemeliharaanNya, sesuai dengan janjiNya

Page 5

Page 6: Falsafah MIB

dalam surah Al-Baqarah ayat 152, tafsirnya: Kamu ingatlah Aku, nescaya Aku mengingati kamu pula”.

Hasilnya Brunei Darussalam telah berkembang pesat lalu menjadikan sebuah negara Islam yang

berdaulat lagi makmur dan bahagia seperti yang kita lihat sekarang.

Page 6

Page 7: Falsafah MIB

ISLAM TERAS FALSAFAH NEGARA MELAYU ISLAM BERAJA

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan teras? Teras secara amnya mempunyai berbagai-bagai

pengertian seperti unsur yang terpenting, pusat bagi sesuatu, bahagian yang tengah ataupun intisari bagi

sesuatu perkara. Dari segi istilah falsafah negara Melayu Islam Beraja pula, ianya bermaksud unsur yang

menjadi asas kepada sesuatu.

Dari pengertian-pengertian tersebut, boleh kita memberi kesimpulan bahawa Islam yang berada di tengah

itu menjadi pengimbang kepada falsafah negara Melayu & Beraja, dan jika berlakunya sesuatu

pertelingkahan dan ketidakseimbangan diantara keduanya, Islam akan di jadikan bahan panduan untuk

menyelesaikan pertelingkahan tersebut. Ini bukan satu pilihan semata-mata tetapi ianya merupakan satu

kemestian bagi sesebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi dan falsafah negara itu.

Perintah ini ada dinyatakan di dalam Al-Quran pada surah Al-Ahzab ayat 36 yg tafsirnya;

“Dan tidaklah harus bagi orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata”

Maka dari tafsiran ayat ini, jelas kepada kita bahawa unsur Islam itu mempunyai peranan utama yang

melebihi dua lagi unsur yang lain. Dalam kata lain, Islam merupakan unsur tonggak atau pertama dalam

falsafah negara MIB. Unsur-unsur Melayu dan Beraja pula adalah unsur-unsur kedua. Justeru itu,

sebarang pendapat atau ikhtiar untuk meletakkan ketiga-tiga unsur tersebut sebagai sama tarafnya dari

segi kedudukan atau peranan, merupakan satu perkara yang mungkar dan batil.

Contoh yang lain pula ada disebutkan di dalam surah An-Nisaa ayat 59 yang tafsirnya;

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”

Page 7

Page 8: Falsafah MIB

Di sini boleh kita fahami dengan jelas bahawa pada bahagian akhir ayat tersebut ada mengakui akan

kemungkinan berlakunya perselisihan pendapat diantara Ulil-Amri iaitu pemerintah dengan orang yang

diperintah. Maka jika timbul perselisihan tersebut, hendaklah mereka mencari penyelesaiannya dengan

merujuk kepada kitab Allah iaitu Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah.

Kesimpulannnya, unsur-unsur falsafah negara Melayu dan Beraja tersebut hendaklah tunduk kepada

unsur falsafah negara Islam. Ketetapan ini selari dengan taraf Islam sebagai ideologi Negara Brunei

Darussalam sepertimana yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Hari Raya Aidilfitri tahun 1967 iaitu;

“....menjadikan Islam itu sebagai satu cara hidup yang lengkap dan penuh dengan nikmat bagi keseluruhan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam”

dan juga ketika titah baginda pada 2 Ogos 1969;

“....menumpukan tenaga dan usaha bagi menuju melaksanakan Islam sebagai ideologi negara.”

ISLAM DALAM KONTEKS FALSAFAH NEGARA MELAYU ISLAM BERAJA

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan Islam sebagai falsafah negara, kebanyakkan corak kehidupan

masyarakat Brunei dipengaruhi dan berlandaskan unsur-unsur Islam. Namun begitu, telah diambil

maklum bahawa didalam konteks melayu, tidak semua puak jati melayu itu yang beragama islam dan

mengamalkannya sebagai cara kehidupan. Maka dalam hal ini, tidak ada paksaan bagi mereka untuk

mengamalkan cara kehidupan yang berlandaskan Islam. Hanya penghormatan kepada agama rasmi negara

ini yang diperlukan dari mereka kerana Islam itu secara amnya tiada paksaan dalam beragama dan Negara

Brunei Darussalam juga memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk beragama.

Telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, daripada Anas bin Malik R.A., Nabi Muhammad

S.A.W telah bersabda;

“ Sesiapa yang inginkan rezekinya diluaskan dan dipanjangkan usianya, maka jalinkanlah hubungan silaturrahim (dengan ihsan).”

Page 8

Page 9: Falsafah MIB

Dan ada disebutkan lagi didalam hadis yang diriwayatkan oleh periwayat-periwayat yang sama, daripada

Jubair bin Mut’im R.A., Nabi Muhammad S.A.W bersabda;

“ Tidak masuk ke syurga pemutus silaturrahim.”

Dari hadis-hadis tersebut, nampak betapa indahnya Islam yang dijadikan corak kehidupan rasmi

masyarakat melayu di negara ini, sangat menuntut dan cintakan hubungan persaudaraan sesama insan.

Namun disebalik tuntutan tersebut, Islam juga masih mempunyai batas-batas dalam pergaulan terutama

sekali diantara lelaki dan wanita. Batas-batas pergaulan tersebut adalah seperti menundukkan pandangan

bagi kaum lelaki, menutup aurat, adanya pembatas antara lelaki dengan wanita, tidak berdua-duaan

diantara lelaki dengan perempuan, dilarang wanita dari melunakkan percakapan dan tidak bersentuhan

diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Islam juga sedikit sebanyak mempengaruhi adat. Adat bermaksud peraturan yang lazim dilakukan sejak

dahulu kala yang diwarisi dari nenek moyang sesuatu masyarakat. Bagi masyarakat melayu, ianya

memainkan peranan yang penting didalam kehidupan mereka sehingga wujudnya pepatah “biar mati anak

jangan mati adat”. Salah satu adat yang masih diamalkan oleh masyarakat melayu sehingga kini adalah

adat pekahwinan. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat melayu secara amnya banyak menurut adat-

adat orang Hindu. Namun setelah kedatangan Islam, banyak perubahan dan pertambahan yang berlaku

terhadap adat perkahwinan melayu supaya selaras dengan ajaran islam.

Sesungguhnya agama Islam adalah sebuah agama yang bersifat syumul atau menyeluruh yang boleh

diterima umum dan ianya bukan agama yang menghapuskan adat sesuatu bangsa jika bangsa tersebut

memilih Islam sebagai agama rasmi mereka selagi adat tersebut tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip

Islam. Ini termasuk adat perkahwinan melayu sepertimana yang termaktub didalam hadis sahih bukhari

jilid 4, yang diriwayatkan oleh Bukhari;

“Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah S.A.W. melihat banyak wanita dan anak-anak kembali dari suatu pesta perkahwinan. Lalu beliau berdiri lama-lama degan gembira, seraya berkata: “Hai Tuhan! Kamu ini semua adalah termasuk orang-orang yang paling saya cintai”

Sepertimana yang telah kita ketahui, agama rasmi Negara Brunei Darussalam ialah Islam yang menurut

ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan ianya berlandaskan Mazhab Syafi’e. Ini telah dinyatakan ketika

titah

Page 9

Page 10: Falsafah MIB

Kebawah Duli Yang Maha Mulia sempena Hari Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari

1984;

“Negara Brunei Darussalam adalah dengan izin serta limpah kurnia Allah Subhanahu wa Ta’ala akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik bersendikan ajaran-ajaran agama Islam menurut Ahli Sunnah Waljamaah”

Maka untuk mengukuhan Islam didalam diri setiap insan sebagai cara hidup yang lengkap dan sempurna,

penerangan mengenai Islam samaada dari segi tauhid, syariah dan akhlak diberikan melalui sekolah-

sekolah, ceramah-ceramah dan majlis ilmu. Jika terbit sesuatu masalah yang tidak dapat diselesaikan,

samaada melalui undang-undang yang telah sedia ada, Al-Quran & Al-Hadith dijadikan sebagai sumber

rujukan atau panduan masyarakat Islam untuk menangani masalah tersebut. Ini bukan hanya terhad

terhadap masalah dianatara sesama masyarakat Islam sahaja tetapi ianya juga boleh diguna pakai jika

terbitnya perselisihan faham diantara masyarakat Islam dan masyarakat agama lain. Ini kerana Al-Quran

dan Al-Hadith itu bersifat menyeluruh dan lengkap, sesuai digunakan seluruh zaman, tidak kira tempat,

bangsa atau masyarakat. Sesungguhnya Al-Quran itu adalah hasil ciptaan Allah Subhanahu Wata’ala,

tuhan yang maha berkuasa, maha mengetahui, maha adil dan pencipta alam semesta.

Islam dalam konteks beraja pula boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu dari segi pentadbiran,

ekonomi dan politik. Dari segi pentadbiran beraja, pemerintahan beraja dinegara ini berasaskan dengan

apa yang telah disyariatkan oleh Islam. Raja atau pemerintah negara itu dilantik sebagai Ulil-Amri atau

wakil Allah untuk meneruskan syiar Islam, memelihara kesucian Islam dan bertanggungjawab

melindungi seluruh rakyat yang berada dibawah naungannya, tidak kira bangsa dan agama. Rakyatnya

pula wajib taat kepada pemerintah negara selagi ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam

sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An-Nisaa’ ayat 59 tafsirnya;

“Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu”

Dari segi ekonomi, penubuhan beberapa institusi kewangan yang mengikut system muamalah Islam menunjukkan betapa Negara Brunei Darussalam sangat mementingkan falsafah negara Islam. Penubuhan ini adalah berikutan dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang mana antara isi kandung titah tersebut berbunyi;

“... muncul satu demi satu negara-negara yang telah menubuhkan institusi-institusi

Page 10

Page 11: Falsafah MIB

kewangannya yang memakai dasar-dasar kewangan Islam, dan sehingga setakat ini, ada berpuluh institusi kewangan Islam telah menjadi kenyataan. Jadi apakah ini bukan bukti, bahawa Islam itu sebenarnya mampu bersaing dan juga mungkin akan mewujudkan suatu wadah baru menggantikan satu sejarah yang telah berakhir.”

Berikutan dengan titah baginda tersebut, kini tertubuh institusi-institusi kewangan islam seperti Bank

Islam Brunei Darussalam dan Tabung Amanah Islam Brunei, yang mengamalkan urusan muamalah yang

adil, suci dari penipuan dan urusan perdagangan tanpa riba. Pengharaman mengambil riba pengharusan

jual beli ada disebutkan didalam Al-Quran Surah Al-Baqarah pada ayat 275, dimana Allah berfirman;

“Orang yang makan (ambil) riba tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian itu disebabkan mereka mengatakan sesungguhnya berjual beli sama seperti riba. Padahal Allah sudah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang sudah sampai kepadanya peringatan (larangan) daripada Tuhannya lalu ia berhenti (mengambil riba), maka apa yang sudah diambilnya sebelum ini menjadi haknya dan perkara itu terserah kepada Allah. Sesiapa yang mengulanginya, maka mereka itulah ahli neraka, kekal di dalamnya”

Sebagai seorang pemerintah negara islam yang berjiwa rakyat, yang sangat mementingkan kesihatan

rakyatnya dari segi permakanan, maka baginda telah menegaskan betapa perlunya langkah-langkah

diambil bagi mempastikan segala makanan dan minuman import yang ada dipasaran negara ini terkawal

kehalalanya. Kini kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga telah mengambil langkah menubuhkan

jenama halal sendiri Negara Brunei Darussalam.

Dari segi politik pula, adalah patut bagi negara kita yang mengamalkan falsafah negara Islam,

mengadaptasi undang-undang islam. Hajat tersebut telah menjadi kenyataan apabila Kebawah Duli Yang

Maha Mulia telah berkenan menubuhkan Mahkamah Syariah yang mengendalikan undang-undang islam,

samaada dalam menangani masalah-masalah keluarga atau mengendalikan Qanun Jinai sesuai dengan

kehendak Islam.

Page 11

Page 12: Falsafah MIB

Bagi mengawal kestabilan sesebuah negara, maka undang-undang digubal untuk memelihara

kesejahteraan tersebut. Dan sebagai sebuah negara yang berfalsafahkan negara islam, Kebawah Duli

Yang Maha Mulia telah berkenan bertitah pada sambutan awal tahun Hijrah 1411H/1990M, dimana

baginda mengisytiharkan bahawa sejajar dengan kedudukan falsafah negara tersebut, maka kerajaan

baginda telah mengusahakan penyelerasan undang-undang negara dengan kehendak ajaran-ajaran islam.

Page 12

Page 13: Falsafah MIB

Ancaman kepada Islam

Negara Brunei Darussalam mengikuti konsep Melayu Islam Beraja dan telah di isytiharkan

sebagai adat rasmi negara melalui titah baginda pada 1 Januari 1984. Islam pula adalah teras

falsafah negara. Orang melayu Brunei mengamalkan kehidupan berpandukan ajaran Islam

supaya untuk mengukuhkan cara kehidupan Melayu Brunei dan ini telah wujud sejak berkurun

lamanya. Titah Baginda Sultan,

“Beta mahu perkara Brunei itu kekal selamanya.”

Iaitu merdeka selama-lamanya, menjadi negara melayu, corak melayu, adat, kebudayaan,

kefahaman, bahasa, pemakaian, mengikuti peraturan Islam. Namun begitu terdapat ancaman atau

anasir-anasir jahat yang ingin hendak menghancurkan pegagan amal peradaban kita yang

berasaskan Islam. Dan mereka itu adalah budaya barat dan pemodenan yang menyebabkan

proses globalisasi.

Nilai-nilai budaya Barat dan budaya moden telah memasuki atau infiltrasi kedalam nilai-nilai

budaya, identiti, serta cara hidup Kebruneian dan telah dipermudah melalui ‘komunikasi’ dan

‘teknologi’ serta hubungan antara bangsa. Ini menyebabkan ketahanan nasional dan daya tahan

identiti Melayu menjadi lemah atau hancur.

Mengapakah begitu dan kenapakah budaya barat dan budaya moden menjadi suatu ancaman? Ini

adalah kerana kebudayaan moden dan pemikiran ‘Barat’ telah mencuba merubah kebudayaan

Melayu Islam dan memutar balikkan apa pengertian Islam itu sendiri. Mereka mengatakan

bahawa ‘Ugama itu perkara peribadi yang tiada hubungannya dengan negara dan pemerintahan’,

‘Ugama adalah penghalang kemajuan dan penghambat pengembangan ilmu

pengetahuan’(Akademi Pengajian Brunei Universiti Brunei Darussalam, 1992). Kenapa menjadi

suatu ancaman kepada masyarakat Brunei adalah kerana kebudayaan Barat atau kebudayaan

moden sangat bertentangan dengan kebudayaan Melayu yang berintikan Islam. Contohnya

(Akademi Pengajian Brunei Universiti Brunei Darussalam, 1992)

Page 13

Page 14: Falsafah MIB

Dalam bidang ekonomi, mereka berpahaman dan berpegangan kepada konsep kapitalis.

Halal dan haram tidak jelas serta moraliti tidak menjadi dasar kegiatan ekonomi.

Dalam bidan politik, mereka memahami Raja sebagai lambing kedaulatan sahaja.

Dalam bidang pendidikan, mereka menganut pahaman sekuralisme iaitu ugama jangan

dibawa-bawa dalam pendidikan.

Dalam kehidupan sosial, mereka berpehaman idividualisme iaitu hidup demi kepentingan

diri sendiri. Solidariti mereka terhad (pemikiran mereka tidak terbuka) dan menyebabkan

hubungan kekeluargaan sangat rapuh.

Dalam bidang ugama, mereka menganut agama Kristian pada umumnya tetapi apabila

dipandang secara praktiknya, sebahagian besar dan majoriti mereka adalah berpahaman

ateist atau agnotisisme, iaitu bahawa percaya tuhan itu tidak ada.

Dan ini telah dikatakann oleh Stephen Hawking baru-baru ini di News Uk dimana dia

menyatakan bahawa “Bukan lah tuhan yang mencipta alam” (BBC News, September 2, 2010), tetapi

secara semula jadi. Apa yang mereka sedang cuba melakukan ialah mengelirukan peramalan,

peradaban, pengetahuan kita yang berintikan Islam serta mempengaruhi corak kehidupan kita

yang berasaskan Melayu Islam Beraja melalui budaya-budaya barat serta pemikiran mereka.

Bagaimanakah budaya-budaya Barat ini disebarkan dan melalui apa? Iaitu melalui corak

pendidikan serta media seperti, radio, television, film, majalah, dan akhbar. Bukan melalui dari

peperangan dan kekerasaan, seperti di zaman perang Kastila di mana Spain cuba menjajahi serta

menakluki Brunei tetapi gagal, tetapi melalui pendidikan seperti yang dilakukan semasa

penjajahan British. Ini telah dikatakan oleh Snouk Hurgoje (1857-1936), seorang penasihat

Belanda dalam sosial penjajahan di buku Masalah dan Cabaran Atas Identiti Kebruneian (1952,

p. 25):

“…Pendidikan dan pengajaran boleh membebaskan kaum Muslimin dari ugamanya”

Dan melalui pendidikan, walaupun seseorang itu berdarah dan berkulit Melayu, tetapi perasaan,

pendapat, moral dan pemikirannya telah diinggriskan. Maka ini akan mungkin menghancurkan

konsep orang-orang Melayu tentang Islam.

Page 14

Page 15: Falsafah MIB

Melalui perkara di atas tersebut, dalam pikiran generasi baru akan ditanamkan perasaan

pemberontakan terhadap peradabannya sendiri dan melalui pendidikan pembunuhan kebudayaan

sendiri menjadi lebih sempurna.

Kemudian mereka mengatakan lagi bahawa Bahasa Inggris adalah bahasa sains, teknologi,

pembangunan dan bahasa kemajuan. Mereka ingin merosakkan Bahasa Melayu melalui

kebudayaan Barat yang bahawasanya bahasa Melayu itu atau rumi, tidak sesuai untuk ilmu

pengetahuan serta teknologi, kerana adalah suatu gangguan komunikasi, apatah lagi dengan Jawi.

Maka akan hilanglah tulisan Jawi dalam tamaddun Islam Melayu ditelan masa. Tetapi hendaklah

tahu bahawa negara-negara luar dan jiran kita seperti Jerman, Rusia, Jepun, Cina, bahkan

Malaysia sendiri telah mencapai kemajuan teknologi dengan menggunakan bahasa mereka

sendiri.

Sekarang, apakah impaknya, kesannya terhadap individu serta masyarakat Islam Brunei? Melalui

sistem barat dan pemodenan, ini telah mengubah generasi anak muda Islam pada masa ini atau

zaman seterusnya, sampai kepada satu batas dimana otak atau pemikiran mereka tidak dapat

memerima ugama Islam yang sebenarnya, sehingga mereka tidak dapat lagi menggabungkan diri

mereka dan tidak dapat mejadikan diri mereka sebagai salah satu bahagian di masyarakat Islam.

Mereka ini akan mejadi individu atau pihak yang berfahaman salah menolak ajaran Islam itu

sendiri.

Ini telah menggalakkan sifat tamak yang tertanam terhadap hati manusia, iaitu mereka

berpegagan kepada keuntungan maksimum dan eksploitasi manusia, seperti mana yang telah

diperkatakan di atas di mana halal dan haram tidak jelas serta moraliti tidak dipertikaikan, jika

dilihat dari segi pandangan ekonomi. Kemudian para generasi muda Islam akan hidup

berasaskan kepada kemanfaatan dan nafsu syahwat. Manusia mencari keseronokan jesmani dan

kebendaan semata-mata, seperti bermain wanita atau meminum arak, tanpa mengambil kira

tentang mengenai nilah akidah dan akhlak.

Para cendakiawan-cendakiawan Muslim yang setengah masak, akan terus mengagung-agungkan

pandangan hidup Barat. Ini menjadikan manusia dan akal sebagai objek penyembahan. Ini

mungkin adalah yang ditakuti oleh pihak kerajaan serta Baginda Sultan dan antara salah satu

Page 15

Page 16: Falsafah MIB

sebab kenapa MIB itu adalah diwajibkan untuk dipelajari. Penguassan sains dari pandangan

modenism dapat menguasai kekuasaan tuhan. Kejahilan manusia sendiri yang meletakkan

bangsa lebih tinggi dari ugama sendiri. Sikap kehidupan, pemakain dan berkeolehan Barat telah

melanda masyarakat Melayu Brunei dan generasi Muda Islam. Jika perkara ini berterusan dan

jika tidak dilakukan sesuatu, maka ini akan mendatangkan aspek-aspek negatif dalam kehidupan

Bangsa Melayu Brunei. Seperti mana mereka menafikan tiadanya hari kiamat, tiadanya hari

pembalasan, dosa dan pahala, dan sebagainya.

Peringatan terakhir, ialah kebudayaan barat hanya sekadar member kita kenikmatan serta

kepuasan. Mereka cuba membebaskan diri dari tekanan jiwa tetapi perkara itu tidak memberi

ketenangan, keyakinan, harapan, jalan keluar dari kesukaran, dan ketenteraman kepada manusia.

Melalui ugama, ianya memberi keyakinan dan spiritualisi yang kuat kepada mereka yang

mengamalkan.

Page 16

Page 17: Falsafah MIB

Langkah-Langkah Mengatasi Ancaman kepada Islam

Untuk mengatasi ancaman-ancaman Islam yang tersebut di atas, pihak kerajaan telah membuat

beberapa langkah demi untuk mengukuhkan kedudukan ugama Islam di Negara Brunei

Darussalam. Antaranya dari segi pendidikan, sambutan hari-hari kebesaran, acara keugamaan

dan memberi kelebihan kepada Muallaf.

Kerajaan telah menyediakan pelajaran ugama kepada sekolah-sekolah rendah dan menengah

untuk memberikan pendedahan kepada penuntut-penuntut mengenai Islam. Bilangan sekolah

ugama di seluruh daerah meningkat hasil usaha kerajaan Brunei untuk memperkuatkan ajaran

islam secara mendalam. Pendedahan awal mengenai islam adalah satu perkara penting terhadap

kanak-kanak mahupun remaja, kerana mereka merupakan pewaris bagi menguruskan hal-ehwal

Negara di masa hadapan. Dengan adanya pendedahan ini, mereka akan menjadikan Islam

sebagai panduan sumber kehidupan dan pekerjaan mereka setiap hari.

Selain itu, pihak kerajaan telah mengadakan majlis dan acara-acara keuagamaan seperti ceramah,

forum-forum ugama, bengkel dan ekspo mengenai Islam serta pertandingan Qari dan Qaraih

Peringkat Negara yang diadakan setiap tahun. Dengan ini, masyarakat Brunei dapat

meningkatkan lagi pengetahuan mengenai islam.

Seperti lazimnya pihak kerajaan dan masyarakat Brunei juga meraikan hari-hari kebesaran islam

yang mengambil tempat di semua masjid, surau dan balai ibadat di seluruh daerah Negara Brunei

Darussalam.sebagai satu penghormatan kepada islam. Contohnya seperti Sambutan Nuzul Al-

Quran, Maulud Nabi, Awal Tahun Hijrah dan Israk Mikraj. Pihak kerajaan menjadikan hari-hari

kebesaran islam sebagai cuti awam. Ini memperlihatkan bahawa masyarakat Brunei

menghormati hari-hari kebesaran islam.

Pihak kerajaan juga menyediakan beberapa inisiatif kepada kaum Muallaf iaitu orang yang baru

memeluk agama Islam seperti sumbangan derma, rumah,tambang haji dan umrah dan juga

keperluan seharian sepertimana yang dapat kita lihat di television dan surat khabar. Ini akan

mengalakkan penganut ugama lainnya untuk memeluk agama Islam dan meningkatkan lagi

jumlah penduduk yang berugama Islam dan mengukuhkan lagi status Islam di negara Brunei

Darussalam.

Page 17

Page 18: Falsafah MIB

Walaubagaimanapun, seseorang muslim memainkan peranannya tersendiri dalam mengukuhkan

lagi kedudukan Islam di Negara Brunei Darussalam. Terdapat beberapa langkah-langkah

individu demi mengukuhkan lagi taraf Islam dalam dirinya. Contoh, tidak terpengaruh dengan

globalisasi dan budaya barat dengan cara tidak mengikutinya menyambut hari-hari sambutan

mereka seperti Hari Kekasih (Valentine’s Day) dan juga fesyen dan cara kehidupan mereka yang

menjolok mata. Ancaman ini boleh mengugat kehidupan seseorang muslim itu. Contohnya

fesyen, ianya adalah sesuatu yang tidak ada hentinya dan bertukar-tukar mengikuti peredaran

zaman. Sekiranya seseorang Muslim itu terpengaruh dengan pelbagai jenis telepon bimbit, dia

akan membeli setiap model telepon bimbit tersebut yang baru dikeluarkan. Ini boleh

menyebabkan berlakunya pembaziran dan peningkatan masalah hutang yang mana kedua-dua

masalah tersebut ditegah oleh agama Islam.

Individu haruslah mempunyai inisiatif sendiri untuk menghadiri acara-acara keugamaan seperti

ceramah dan forum menyenai Islam yang telah disediakan oleh pihak tertentu. Ini boleh

memberikan kesedaran kepada seseorang individu mengenai kehidupan yang ideal untuk

seseorang Mulim dan juga terlepas dari pengaruh-pengaruh globalisasi dan budaya barat.

Selain itu, membanyakkan membaca buku-buku ugama kerana ilmu yang ada pada sebuah buku

itu tidak diperolehi disesetengah sekolah atau waktu-waktu ceramah. Berkemungkinan dengan

membaca, ilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang individu mengenai Islam akan

berkembang dan meningkat serta dapat menjauhkan diri mereka daripada apa yang ditegah oleh

islam. Seseorang individu muslim, wajiblah mengetahui rukun-rukun Islam yang lima. Dengan

melakukannya, ini dapat mendekatkan diri seseorang individu tersebut kepada Tuhan dan

mengingatinya selalu untuk mendapatkan kebahagian dunia dan akhirat.

Page 18

Page 19: Falsafah MIB

KESIMPULANNYA

Islam itu agama ciptaan Allah yang suci lagi benar. Ini kerana hanya agama Islam yang diredhai

olehnya. Pada kurun ke-13, Islam mula bertapak di Brunei dan Islam mula berkembang dalam

masyarakat Brunei dari satu generasi ke satu generasi pemerintah sultan sultan Brunei. Islam

menjadi garis panduan kepada masyarakat melayu Brunei dan sistem pemerintahan beraja.

Apabila berlaku masalah yang tidak dapat diselesaikan antara dua pihak, Islam menjadi rujukan

(dari segi hukum) yang berpandukan kitabullah (Al-quran dan sunnah). Walaubagaimanapun,

terdapat anasir-anasir yang ingin mengkuca kacirkan bangsa, agama dan negara. Atas berkat dan

usaha masyarakat dalam menegakkan syariah Islam, anasir tersebut dapat ditangani. Oleh itu,

Islam menjadi teras Falsafah Negara Melayu Islam Beraja.

Page 19