falsafah pendidikan

9
Falsafah Pendidikan

Upload: macrina-nina-fredolinea

Post on 04-Nov-2015

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Powerpoint berkaitan falsafah pendidikan

TRANSCRIPT

Falsafah Pendidikan

Falsafah PendidikanSuatu pendekatan atau teori pembelajaran- menentukan cara pendidikan boleh dilaksanakan.

Memandu cara guru dan warga sekolah berinteraksi dengan murid, ibubapa dan pihak berkaitan.

Menentukan kurikulum dan cara pengajaran dan pembelajaran. Konsep falsafahFalsafah- suatu usaha pemikiran ilmiah yang cuba mengusahakan kebenaran yang umum dan asas kerana pada asalnya ia bermaksud cinta kepada hikmah.

Russell (1946)Falsafah sebagai sesuatu fahaman atau pengertian antara teologi dengan sains. Ed MillerFalsafah sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Buku Falsafah Pendidikan- Falsafah ialah pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara penting.

Falsafah mempersoal prinsip-prinsip realitim ilmu dan nilai.

Falsafah cenderung mengumpulkan rumusanya kepada bentuk mazhab-mazhab/sistem pemikiran.

Sharifah Alawiah Alsagoff (1984)Konsep PendidikanPendidikan boleh dilihat sebagai suatu hasil atau proses.

Branata (1988) Pendidikan ialah usaha yang sengaja diadakan, baik langsung maupun secara tidak langsung, untuk membantu anak dalam perkembangannya mencapai kedewasaan.Kleis (1974)Pendidikan adalah pengalaman yang dengan pengalaman itu, seseorang atau kelompok orang dapat memahami seseuatu yang sebelumnya tidak mereka fahami. Pengalaman itu terjadi kerana ada interaksi antara seseorang atau kelompok dengan lingkungannya. Interaksi itu menimbulkan proses perubahan (belajar) pada manusia dan selanjutnya proses perubahan itu menghasilkan perkembangan (development) bagi kehidupan seseorang atau kelompok dalam lingkungannya.Konsep Falsafah PendidikanSatu bidang falsafah gunaan yang menggunakan bidang-bidang falsafah tradisional serta pendekatan untuk menangani persoalan (Polisi pendidikan, pembangunan manusia dan teori kurikulum).

Kajian berfalsafah tentang matlamat, proses, tabii dan segala yang baik.

Cabang kepada falsafah dan pendidikan.