edu sem 7.docx

Download EDU SEM 7.docx

Post on 07-Feb-2016

37 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU

ISI KANDUNGANPenghargaan .. 2Biodata . 31.0 Pengenalan . 4-72.0 Bidang Tugas Guru Perpustakaan dan Media (GPM) 8-153.0 Kemahiran dan nilai profesionalisme Guru Perpustakaan dan Media (GPM) 164.0 Cadangan pengurusan perkembangan untuk meningkatkan Bidang Tugas Guru Perpustakaan dan Media (GPM)... 17-195.0 Refleksi 20-226.0 Penutup 237.0 Rujukan 24

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, di sini saya ingin melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas limpah kurnia dan hidayah-Nya kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini untuk memenuhi syarat seperti dalam performa subjek EDU Guru Dan Cabaran Semasa sekaligus memberi pengalaman dan menambah pengetahuan saya.Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada keluarga yang turut memberikan semangat dan cetusan idea. Tidak lupa kepada pensyarah subjek ini iaitu Puan Noor Aziza Binti Anuar kerana banyak memberi dorongan, tunjuk ajar, bimbingan dan segala cadangan yang beliau telah berikan sepanjang menyiapkan kerja khusus ini. Sikap kesabaran, dedikasi serta komitmen yang beliau tunjukkan amat saya hargai. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan. kepada kawan-kawan sekelas serta sahabat saya yang sama-sama membantu dan berkongsi ilmu mahupun idea saya dalam melengkapkan kerja khusus ini.

BIODATA PELAJARPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)SEMESTER 7 AMBILAN JUN 2011

NAMA : JULIANA BINTI KAMARINO. KAD PENGENALAN:811222-01-5582TARIKH LAHIR: 22 DISEMBER 1981TEMPAT LAHIR: BATU PAHAT , JOHORJANTINA :PEREMPUANBANGSA: MELAYUAGAMA : ISLAMKURSUS : MATEMATIKSEMESTER: 7NO TELEFON: 019-7702051ALAMAT: NO.4, JLN WIRAMAS 2/3,TAMAN WIRAMAS 2, BINDU 83010 TONGKANG PECHAH, BATU PAHAT, JOHOR.ALAMAT SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BINJAI, TONGKANG PECHAH, BATU PAHAT, Johor.NO TEL (PEJABAT): 07-41540171.0 Pengenalan

Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan mahupun pentadbiran , pengurusan adalah sangat penting.Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia.Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.Untuk mengurus sesuatu organisasi,seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran.

Griffiths(1959), dalam buku bertajuk Administration Theory,menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia.Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu.Drucker(1945) dalam bukunya The Practice of Management menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga.Stoner(1984) mengatakan pengurusan aialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Campbell pula,menjelaskan proses pentadabiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untukmencapai matlamat.

Dalam konteks pentadbiran,pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat. Jabatan Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat.Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut.Sebagaimana yang kita fahami,pendidkan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individu-individu menikmati kehidupan yang baik.

Mengikut Knezevich (1974) dalam bukunya yang bertajuk Administration of Public Education, pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut paut dengan mengenal pasti, menyelenggarakan, merangsanag, mengawal, dan menyatukan secara formal mahupun tidak formal kuasa-kuasa yang bercorak manusia dan material kedalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi objektif yang ditetapkan.

Sementara itu Campbell, Bridges dan Nystrand (1977) dalam buku yang bertajukIntroduction to Educational Administration berpendapat bahawa pentadbiran pendidikan ialah satu proses untuk menyelaras usaha dikalangan berbagai-bagai anggota bagi memenuhi matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

Jadi secara ringkasnya matlamat akhir yang dikehendaki dalam pentadbiran sekolah atau institusi ialah untuk meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi peranan yang dimainkan oleh sekolah, jabatan pendidikan, institud perguruan dan juga universiti. Pentadbiran sekolah tidak boleh dibezakan dengan bidang lain. Pada asasnya ia adalah segala usaha yang dijalankan oleh sesuatu organisai untuk memenuhi matlamat dan ujuan tertentu di samping menyelenggarakan dan mengekalkan struktur organisasi.

Perubahan dalam bidang pendidikan masa kini jelas mencerminkan betapa pentingnya penguasaan ilmu pengetahuan bagi melahirkan generasi yang stabil dari pelbagai aspek. Perubahan ini dapat dirasai oleh pelbagai pihak yang berkaitan dengan pendidikan. Pusat Sumber Sekolah (PSS) tidak terkecuali malah menjadi faktor dan pemangkin kepada perubahan ini. Ini jelas menunjukkan bahawa sekolah merupakan tempat bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan serta seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Suatu perubahan yang positif perlu dilakukan oleh pihak sekolah. Perubahan demi perubahan dalam pengurusan dan memperkembangkan lagi Pusat Sumber Sekolah telah diatur untuk membantu melahirkan pelajar yang cemerlang. Menurut Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran, Datuk Yusoff Harun semasa berucap pada majlis perasmian Anugerah Pusat Sumber Sekolah (PSS) Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2006, koleksi bahan dipilih akan mempengaruhi penggunaan dan impaknya. Bahan berkenaan perlu ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan diperkembangkan secara terancang bagi menggalakkan penggunaan, pemikiran kreatif serta inovatif pelajar.

Kewujudan Pusat Sumber Sekolah telah mendorong guru-guru untuk melengkapkan diri dengan kemahiran serta ilmu pengetahuan yang secukupnya mengenai Pusat Sumber Sekolah. Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak semasa merasmikan persidangan Antarabangsa Sekolah Bestari di Kuala Lumpur, sewajarnya semua kakitangan sekolah dan pentadbir diberi latihan dan pendedahan secukupnya, sekurang-kurangnya dapat menggunakan aplikasi asas, seperti e-mel, pemproses perkataan dan pelayar internet (Berita Harian, 16 April 2007). Sehubungan dengan itu, kecemerlangan sesebuah Pusat Sumber Sekolah merupakan tanggungjawab bersama dan agar dapat melahirkan generasi yang lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang pada masa hadapan.Antara situasi yang terpaksa dilalui oleh Guru perpustakaan dan Media (GPM) pada setiap hari ialah mereka terpaksa mengurangkan masa untuk berbincang dengan rakan-rakan di bilik guru apatah lagi di kantin. Guru perpustakaan dan Media (GPM) perlu berada di Pusat Sumber Sekolah dan mereka adalah 'penunggu' setia Pusat Sumber Sekolah (PSS).

Pusat Sumber adalah tempat guru dan para pelajar mendapatkan maklumat tambahan sama ada melalui buku, akhbar, majalah, CD, TV pendidikan, akses melalui internet dan seumpamanya. Kesemua bahan dan peralatan di Pusat Sumber Sekolah (PSS) perlu direkodkan dan disebarkan maklumatnya untuk digunapakai oleh warga sekolah. Tugasan ini bukanlah mudah. Apatah lagi jika Guru perpustakaan dan Media (GPM) tidak disediakan pembantu khas di Pusat Sumber Sekolah (PSS). Jika ini berlaku semakin banyaklah masa yang perlu diperuntukan oleh Guru perpustakaan dan Media (GPM) di Pusat Sumber Sekolah (PSS) kerana Pusat Sumber Sekolah (PSS) akan dikunjung oleh guru dan pelajar sepanjang sesi persekolahan.

Jika Guru perpustakaan dan Media (GPM) tidak mempunyai pembantu maka kebanyakan mereka terpaksa membawa bekal ke sekolah bagi mengurangkan pergerakan kerana Guru perpustakaan dan Media (GPM) bertanggungjawab menjadi 'penunggu' Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan melayan kehendak pelanggan yang datang ke Pusat Sumber Sekolah (PSS).

Walaubagaimanapun, isu yang seringkali menjadi halangan untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah adalah kurangnya penggunaan bahan bahan yang terdapat di dalam pusat sumber. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga hanya sesekali dijalankan di sini. Biasanya penggunaan pusat sumber hanya tertumpu pada matapelajaran tertentu sahaja. Misalnya dalam matapelajaran Bahasa Melaysia dan Bahasa Inggeris kerana murid perlu mengisi laporan di dalam buku rekod untuk Progam Nilam. Sedangkan, penggunaan pusat sumber tidak terhad dalam aktiviti membaca dan mencari maklumat .

2.0 Bidang Tugas Guru Perpustakaan dan Media (GPM)Guru Perpustakaan dan Media (GPM) mempunyai tugas besar dalam menjadikan Pusat Sumber Sekolah (PSS) sekolah masing-masing sebagai nadi sekolah. Namun begitu masih ramai yang kurang arif dengan bidang tugas Guru Perpustakaan Media (GPM). Waktu mengajar yang sedikit tidak bermakna GPM bergoyang kaki atau sekadar melakukan kerja-kerja keceriaan. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005, Penyelarasan Waktu Mengajar Bagi Guru Penyelaras Bestari Serta Guru Perpustakaan Dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah) bertarikh 18 Julai 2005 yang diedarkan ke sekolah-sekolah telah menyenaraikan 19 tugas Guru Perpustakaan dan Media (GPM) yang boleh dirujuk dalam Buku Panduan Tugas PSS untuk GPM. Antara tugas yang disenaraikan untuk Guru Perpustakaan dan Media adalah;2.1 Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 - 8 waktu semingguSeorang Guru Perpustakaan dan Media juga adalah guru matapelajaran. Sebagai seorang guru, bidang utama adalah mendidik pelajar, maka dengan itu Guru Medua dan perpustakaan juga perlu menyediakan rancangan pelajaran harian, mingguan dan tahunan serta melaksanakan aktiviti pengajar