refleksi edu ifti

13
EDU3106 – BUDAYA DAN PEMBELAJARAN REFLEKSI KENDIRI DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD IFTITAH BIN MUSTAFA Budaya dan Pembelajaran EDU 3106 merupakan satu kursus yang wajib pada semester ini. Ia banyak memberi pendedahan tentang pelbagai kelompok masyarakat di Malaysia dan memberi saya kesedaran tentang kepelbagaian kaum dan pengetahuan tentang adat resam selain struktur masyarakat. Selain itu, kursus ini sangat sesuai bagi guru ber latar belakang masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai ras dan etnik. Pada pendapat saya kursus ini merupakan satu agen perpaduan dan perubahan yang boleh menyatupadukan masyarakat kita dengan menerapkan ilmu adat resam pelbagai kaum di Malaysia. Selain itu, pendedahan tentang pelbagai perkara berhubung pembelajaran murid yang ada kaitan tentang budaya pembelajaran di bilik darjah sangat berguna. Saya juga mendapat pendedahan tentang interaksi dan cara menjalinkan hubungan dengan murid dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelbagai etnik supaya bilik darjah sentiasa dalam kawalan saya. Dalam pada itu,dalam perbincangan berkaitan pedagogi dalam. Kursus ini, saya telah mendapat pendedahan tentang pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian budaya yang sering terdapat di kawasan pedalaman atau terpencil. Kepelbagaian ini juga menjadi cabaran dan juga kekuatan setiap warga Negara untuk hidup bersama dan bersatu kearah kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Ini membawa implikasi 1

Upload: muhammad-iftitah

Post on 29-Dec-2015

47 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

asdsadas

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Edu Ifti

EDU3106 – BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

REFLEKSI KENDIRI

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD IFTITAH BIN MUSTAFA

Budaya dan Pembelajaran EDU 3106 merupakan satu kursus yang wajib pada

semester ini. Ia banyak memberi pendedahan tentang pelbagai kelompok masyarakat

di Malaysia dan memberi saya kesedaran tentang kepelbagaian kaum dan

pengetahuan tentang adat resam selain struktur masyarakat. Selain itu, kursus ini

sangat sesuai bagi guru ber latar belakang masyarakat Malaysia yang terdiri daripada

pelbagai ras dan etnik. Pada pendapat saya kursus ini merupakan satu agen

perpaduan dan perubahan yang boleh menyatupadukan masyarakat kita dengan

menerapkan ilmu adat resam pelbagai kaum di Malaysia. Selain itu, pendedahan

tentang pelbagai perkara berhubung pembelajaran murid yang ada kaitan tentang

budaya pembelajaran di bilik darjah sangat berguna. Saya juga mendapat pendedahan

tentang interaksi dan cara menjalinkan hubungan dengan murid dalam bilik darjah yang

terdiri daripada pelbagai etnik supaya bilik darjah sentiasa dalam kawalan saya. Dalam

pada itu,dalam perbincangan berkaitan pedagogi dalam. Kursus ini, saya telah

mendapat pendedahan tentang pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian budaya

yang sering terdapat di kawasan pedalaman atau terpencil.

Kepelbagaian ini juga menjadi cabaran dan juga kekuatan setiap warga Negara

untuk hidup bersama dan bersatu kearah kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Ini

membawa implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran iaitu cara guru untuk

mewujudkan kefahaman dan apresiasi kepelbagaian tersebut. Saya dapat bahan yang

berkaitan melalui pembacaan tambahan,nota kuliah dan carian dalam internet. Saya

berpendapat dengan melengkapkan diri saya dengan ilmu ini saya dapat mewujudkan

satu suasana bilik darjah mesra budaya selain melancarkan proses pengajaran

saya.Perkara paling penting yang menarik minat saya ialah pengurusan fizikal bilik

darjah yang dapat melainkan suasana bilik darjah setiap kali pengajaran dan

pembelajaran.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai

etnik dan latar belakang budaya, matapelajaran ini wajar sekali direka bentuk dan

1

Page 2: Refleksi Edu Ifti

EDU3106 – BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

ditawarkan kepada bakal guru sebagai persediaan guru menghadapi murid di pelbagai

kawasan dari kawasan bandar, pinggir bandar, kampung dan pedalaman. Bertepatan

dengan konsep 1 Malaysia, matapelajaran ini menekankan unsur perpaduan dan

keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia. Ilmu yang kami perolehi ini menjadi

persediaan kepada kami bakal guru berhadapan dengan murid yang mempunyai

pelbagai latar belakang, kepercayaan dan amalan.

Kami juga didedahkan dengan implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap

sekolah dan warga sekolah bagi menanam kesedaran yang tinggi dalam kalangan guru

berhubung perkara sebenar yang akan dialami dan dihadapi guru di sekolah kelak.

Sebagai guru, kita harus peka terhadap suasana di sekeliling kita supaya kita tidak

melanggar adat dan budaya masyarakat di tempat tersebut. Satu perkara penting

setelah guru memperoleh pengetahuan berhubung kepelbagaian masyarakat Malaysia

adalah bagaimana harus seseorang guru melaksanakan tugasnya sebagai guru kepada

murid-murid yang terdiri daripada pelbagai etnik yang berbeza-beza. Sehubungan

dengan itu, pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya sangat penting

bagi mewujudkan suasana belajar yang harmonis.

Selain itu, tugasan yang diberikan kepada kami memberikan satu pengalaman

yang sangat berguna sebagai seorang bakal guru. Tugasan pembentangan dan literasi

yang dilakukan meningkatkan kemahiran kami untuk mencari dan menganalisis

maklumat di samping meningkatkan kemahiran komunikasi. Atas bimbingan Puan

Selina Liew kami dapat melaksanakan tugasan dengan sebaik mungkin. Begitu juga

dengan penghasilan portfolio di mana kami mengumpul segala maklumat yang

diperlukan.

Sepanjang pembelajaran subjek ini, pelbagai nilai-nilai murni yang saya dapat

terapkan di dalam diri saya. Antaranya ialah kesedaran pentingnya pengetahuan

tentang budaya masyarakat di Malaysia mahupun di dunia. Di samping itu, kita sebagai

generasi muda perlu mengekalkan dan menjaga adat dan budaya kita supaya tidak

hilang ditelan arus pembangunan yang semakin pesat. Di samping itu, tugasan

berkumpulan menjadikan kami perlu bekerjasama dan bertolak ansur antara satu sama

2

Page 3: Refleksi Edu Ifti

EDU3106 – BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

lain. Tugasan individu pula menjadikan saya lebih bertanggungjawab terhadap amanah

yang diberikan kepada saya.

Secara keseluruhannya, saya berasa seronok sepanjang pembelajaran dalam

semester ini. Segala ilmu dan pengalaman yang saya peroleh saya akan aplikasikan

apabila menjadi seorang guru kelak.

Pembelajaran kursus EDU 3106 meliputi sesi kuliah dan tutorial. Kuliah

seringkali diadakan di Blok Siantan pada hari Rabu dan Khamis. Sesi kuliah ini adalah

merupakan satu sesi di mana pensyarah memberi penerangan berkenaan dengan isi

pembelajaran yang terkandung di dalam pro-forma kursus. Pensyarah bagi unit kami

iaitu Puan Selina Liew memberikan kuliah beliau dan kami para guru pelatih

dikehendaki mendengar, memahami dan membuat catatan ringkas mengenai topik

yang dibincangkan. Pada pendapat saya, sesi kuliah seperti ini adalah merupakan satu

langkah yang efektif dalam usaha untuk mengupas serta membincangkan isu-isu yang

berkaitan dengan topik pembelajaran disamping dapat menggalakkan pertukaran

pendapat antara satu sama lain. Selain itu, kuliah berkenaan turut memberi peluang

kepada guru memahami contoh-contoh serta isu-isu yang dikaitkan oleh pernsyarah

dengan lebih mendalam.

Walaubagaimanapun, ruang atau persekitaran bilik kuliah tersebut kurang selesa

kerana bilik itu terlalu padat untuk mengisi kami yang berjumlah 17 orang kesemuanya.

Namun begitu, faktor ketidakselesaan tidak boleh dijadikan sebagai alasan oleh kami

para guru pelatih untuk tidak mengikuti sesi kuliah berkenaan. Sebagai seorang individu

yang komited terhadap tugasnya sebagai seorang pelajar, mereka haruslah

mengetepikan segala kelemahan yang ada.

Bagi sesi tutorial, setiap kumpulan akan melakukan pembentangan di dalam

kelas dan akan dinilai oleh pensyarah. Penilaian akan dilakukan berdasarkan beberapa

aspek yang dipilih. Aspek yang paling dititikberatkan sewaktu proses penilaian adalah

dari segi kandungan slaid. Slaid yang direka perlulah ringkas dan mudah difahami dari

segi struktur kandungannya. Dekorasi juga adalah amat penting bagi menarik minat

rakan-rakan untuk sama-sama melihat isi yang dibentangkan. Hal ini membuatkan saya

3

Page 4: Refleksi Edu Ifti

EDU3106 – BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

dan juga rakan –rakan yang lain cukup berhati-hati sewaktu proses pembikinan slaid

untuk sesi pembentangan. Hal ini bagi memastikan penglibatan yang menyeluruh

daripada ahli di dalam kelas disamping memperbaiki gaya persembahan dan

sebagainya.

Kumpulan saya terdiri daripada empat orang ahli iatu saudara Arif, Tiong, dan

Liew. Adalah amat sukar pada mulanya bagi kami untuk mengupas tajuk-tajuk tutorial

yang telah diberikan. Sebagai contoh salah satu daripadanya adalah “RIMUP”.

Dengan kekurangan alatan atau kemudahan yang lengkap, kami dengan sedaya upaya

cuma mencari maklumat dengan melakukan rujukan di perpustakaan IPG. Bahan-

bahan yang diperoleh telah kami rangkumkan di dalam slaid yang kami bina. Berikut

adalah merupakan sedikit perkongsian daripada kami berkenaan dengan fakta tentang

pelaksanaan program RIMUP di Negara kita.

“Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan program

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini

pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke

semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan

pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya

wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan

berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama,

budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan

peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan

terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut

dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kea rah merealisasikan

hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni”

Sesi tutorial dan pembentangan ini sedikit sebanyak mengasah kemahiran

komunikasi yang berkesan dalam diri setiap individu. Hal ini kerana, semasa sesi

pembentangan dilakukan suatu penerangan yang jelas haruslah diberikan kepada

individu yang mendengar. Hal ini bagi memastikan apa yang cuba disampaikan itu

dapat difahami dan dipraktikkan oleh individu yang lain jika perlu.

4

Page 5: Refleksi Edu Ifti

EDU3106 – BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Sepertimana yang telah sedia maklum, tugasan kami pada semester ini

memerlukan kami untuk mengadakan pameran Kebudayaan. Kelas kami ditugaskan

untuk membuat pameran berkenaan dengan suku kaum kadazan.

Pada 28 Februari 2014, kami ditugaskan untuk melaksanakan satu pameran

kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia. Tugasan ini dijalankan secara berkumpulan

dan kami dari kelas Pengajian Prasekolah K1 ditugaskan untuk membuat pameran

berkenaan dengan suku kaum dari negeri Sabah iaitu kaum Kadazan. Kumpulan etnik

yang terbesar adalah kaum Kadazandusun yang merupakan satu pertiga dari jumlah

penduduk Sabah. Mereka adalah petani secara tradisi yang menanam padi sawah dan

huma dan sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Berbagai-

bagai kumpulan kecil dalam kumpulan Kadazandusun merangkumi kaum Kadazan di

Penampang dan Papar, Lotud, Rungus dan kumpulan kecil yang lain di Tempasuk,

Tambunan, Ranau dan daerah-daerah lain dengan sistem kepercayaan yang sama

dengan beberapa variasi dari segi adat dan amalan. Kesemua etnik kecil ini

menggunakan Bahasa Kadazandusun sebagai bahasa pengantar mereka.

Terdapat beberapa kekangan sewaktu proses pelaksanaan tugasan ini.

Antaranya adalah semasa proses pengumpulan maklumat dan bahan. Kebanyakan

bahan yang kami peroleh tidak memenuhi kritiria yang telah ditetapkan dari sudut

pemarkahan. Hal ini kerana, dalam usaha untuk menjayakan pameran keaslian sumber

bahan dan juga maklumat adalah penting. Sebagai contoh dari aspek pemakaian. Rata-

rata pakaian suku kaum ini yang ada di semenanjung, tidak menitikberatkan dari sudut

keaslian seni jahitan dan sebagainya. Justeru kami terpaksa menghubungi keluarga

dan juga sanak-saudara yang ada di sana bagi memperoleh maklumat dan juga bahan

yang diperlukan.

5

Page 6: Refleksi Edu Ifti

EDU3106 – BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Tugasan ini dijalan secara individu oleh kelas kami sahaja tanpa ada sebarang

kolaborasi dengan kelas yang lain.

Antara kekuatan atau kelebihan yang dapat saya peroleh daripada pameran ini

ialah pemahaman berkenaan dengan adat dan juga tradisi bagi masyarakat

kadazandusun. Sesungguhnya, kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang

boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum

Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak

kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan

budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap

tahun.

6

Page 7: Refleksi Edu Ifti

EDU3106 – BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Gambar 1: Kaum Kadazandusun

Dalam aspek asal-usul, lagenda dan

perkembangan suku kaum Kadazandusun

menjelaskan tentang kelahiran kaum

Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum

ini bermula dari "Nunuk Ragang"

sehinggalah kepada perkembangan dan

penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak

mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek

bahasa dan corak kehidupan mereka. Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik

yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun. Dari aspek bahasa, perbezaan loghat,

sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan

dan ejaan sukukaum Kadazandusun dari satu daerah dengan daerah lain di negeri

sabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti dan makna yang sama.

Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya sukukaum

Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam

perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya

sendiri. Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat

dan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan

ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik

tradisi yang popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak,

bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi.

7

Page 8: Refleksi Edu Ifti

EDU3106 – BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Gambar 2: Antara pakaian yang diperaga semasa pameran

Bukan sahaja adat dan juga tradisi masyarakat kadazandusun yang dapat kami

pelajari bahkan kami juga turut mempelajari sedikit sebanyak berkenaan dengan adat

resam kaum yang lain seperti kaum Melayu, Cina, Iban, India, Murut, Bajau dan Orang

Asli. Saya merasakan bahawa info atau input berkenaan dengan adat dan juga budaya

pelbagaian kaum ini adalah amat penting bagi diri saya bagi tujuan adaptasi sekiranya

saya ditempatkan di kawasan mereka pada masa yang akan datang.

Disamping melalui pameran ini, ianya secara tidak langsung menimbulkan

kesedaran dalam diri saya terhadap kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan

masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, kesedaran terhadap kepelbagaian

sosiobudaya akan dapat mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu melalui

penyatuan pemikiran dan persefahaman supaya dapat berkongsi matlamat yang sama

dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, dapat berintergarasi pada

peringkat wilayah dan kaum. Rakyat dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan

bekerjasama antara satu sama lain seterusnya melahirkan satu bangsa Malaysia yang

mempunyai kesedaran politik dan dedikasi kepada negara. Sesungguhnya kesedaran

terhadap pelbagai sosiobudaya ini juga akan dapat mewujudkan sebuah masyarakat

Malaysia yang baik dalam semua aspek kehidupan. Semua rakyat berpegang teguh

kepada nilai agama dan kepercayaan masing-masing.

8

Page 9: Refleksi Edu Ifti

EDU3106 – BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Gambar 3: Suasana pameran

Tugasan ini juga turut mengajar saya dan juga rakan-rakan yang lain betapa

pentingnya suatu perancangan kerja yang rapi. Hal ini sama konteksnya dengan

perancangan sebelum mengajar. Pengajaran dan pembelajaran yang baik lagi

berkesan tidak akan berlaku tanpa perancangan yang rapi. Perancangan yang rapi

perlu berlandaskan sesuatu yang kukuh dan diakui kebenaran atau kewajarannya.

Perancangan itu merupakan sesuatu yang terbukti boleh dan benar. Justeru, adalah

amat penting bagi seorang guru untuk merancang terlebih dahulu struktur atau

bagaimana suatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu hendak dijalankan sama ada

murid diatur secara berkumpulan mahupun tidak. Dengan cara ini, segala misi atau

objektif kepada sesi pembelajaran yang dirancang pada hari itu dapat dilaksanakan dan

dicapai dengan jayanya tanpa ada sebarang masalah ataupun halangan.

Nilai kesenian dan estetika dapat juga kami lihat melalui pemakaian pakaian

tradisi oleh guru pelatih yang lain. Hal ini jelas dapat dilihat melalui kreativiti yang

ditonjolkan berdasarkan teknik jahitan, aksesori yang digunakan dan lain-lain. Perasaan

bangga terhadap keunikan kepelbagaian juga timbul setelah melihat pakaian-pakaian

yang diperagakan sewaktu pameran dijalankan. Nilai seni ini bukan sahaja dapat dilihat

melalui aspek pemakaian, muzik juga turut menampakkan nilai keseniannya yang

tersendiri.

9

Page 10: Refleksi Edu Ifti

EDU3106 – BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Gambar 4: Alat muzik tradisional kaum kadazandusun

Variasi muzik tradisi di Malaysia adalah hasil campuran pelbagai etnisiti di

negara ini.Istimewanya, pelbagai etnik termasuk kaum majoriti Malaysia iaitu

Melayu,Cina dan India serta Bumiputra Sabah dan Sarawak bergabung menghasilkan

alunan muzik nusantara yang unik yang tidak terdapat di negara lain. Muzik tradisional

secara amnya digunakan sebagai lambang budaya sesuatu bangsa selain daripada

tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara-upacara adat tertentu. Terdapat pelbagai

muzik tradisional yang terdapat di Semenanjung Malaysia bahkan Sabah dan Sarawak.

Gabungan ritma dan intonasi muzik yang murni bergabung menjadi suatu melodi

yang istimewa. Muzik tradisional Malaysia mempunyai latar belakang yang menarik,

peralatan muzik yang berlainan dan dimainkan sesuai dengan panorama tertentu.

Muzik tradisional Malaysia tidak akan lapuk dek zaman kerana masih lagi ada

penggemar-penggemar muzik tradisional yang memperjuangkan irama ini.

Tuntasnya, tugasan pada kali ini banyak memberikan impak yang positif dalam

pembentukan konsep kendiri dalam diri saya ke arah yang lebih positif. Pendedahan

berkenaan dengan konteks budaya dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit

sebanyak memberikan satu perspektif yang baru dalam kehidupan saya sebagai

seorang bakal guru di masa hadapan. Nilai kreatif juga dapat dipupuk di samping

pendedahan terhadap pelbagai kaedah mengajar yang baharu. Dalam konteks ini,

kreatif merujuk kepada bagaimana cara seorang guru untuk mengendalikan murid yang

datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Adalah menjadi suatu cabaran bagi

guru tersebut dalam mempelbagaikan kaedah mengajar di samping menjaga batas-

batas tertentu agar tidak menyentuh sebarang isu sensitif seperti isu perkauman dan

sebagainya.

Sememangnya, kajian ini telah membawa pelbagai implikasi positif terhadap

perkembangan kendiri dalam diri saya serta memantapkan lagi persediaan saya

sebagai seorang bakal guru pada masa hadapan. Segala input-input yang terkandung

dalam topik budaya dan pembelajaran ini sememangnya amat berguna dalam usaha

10

Page 11: Refleksi Edu Ifti

EDU3106 – BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

untuk membentuk personaliti seseorang bakal guru ke arah yang lebih positif. Saya

berharap agar kajian seumpama ini diteruskan lagi pada masa hadapan agar lebih

ramai lagi bakal guru yang berkualiti dapat dilahirkan seterusnya mampu menyumbang

ke arah pemantapan ekonomi negara di mata dunia.

11