edu 3106_t1_konsep budaya & demografi kelompok

51
05/22/2022 OA 1 م ي ح ر ل ا ن م ح ر ل ه ا ل ل م ا س ب ن مي ل عا ل ا ه رب ل ل مد ح ل ا ه ل! ى ا عل ، و ن لي س ر م لء وا ا ي- ب/ ن2 الأ/ رف7 ش2 ى ا عل لأم س ل وا= لأة ص ل وا ن ي ع م ح2 ه ا ب ح صو. ه= ت ركا ب ه و ل ل ا= ه م ح م ور ك ي ل ع لأم س ل ا

Upload: noor-diyana

Post on 24-Jul-2015

157 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

04/12/2023 OA 1

  

الرحيم الرحمن الله بسم  

العالمين رب لله الحمداألنبياء أشرف على والسالم والصالة

أجمعين وصحبه آله وعلى .والمرسلين، 

وبركاته الله ورحمة عليكم السالم

Page 2: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

EDU 3106_1

Budaya Dan Pembelajaran

Page 3: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

Tajuk 1

• Pengertian dan konsep budaya serta kepelbagaian kelompok

• Jenis dan demografi kelompok

Page 4: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia.

2. Menghuraikan dan membentangkan ciri-ciri kumpulan etnik dan demografi kelompok di Malaysia

Page 5: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

1. Pengertian dan konsep budaya

• Konsep budaya• Ciri-ciri budaya• Jenis-jenis budaya• Kepentingan budaya• Peranan budaya

Page 6: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

Konsep budaya

“kesemua yang kita fikir, yang kita buat dan yang kita miliki sebagai ahli dalam masyarakat”

“Kebudayaan adalah keseluruhan kompleks yang mengandungi antaranya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, moral, adat resam dan apa-apa juga kebolehan serta kebiasaan (tabiat) yang didapati oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat”

Robert Bierstedt dlm buku ‘Sosial Order’

Page 7: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

Konsep budaya

• Kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. – Kamus Dewan (2005)

• Budaya adalah cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Page 8: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

KEBUDAYAAN

• Secara etimologi kebudayaan atau culture berasal dari kata sanskrit, “ buddhayah” iaitu bentuk jamak dari “buddhi” yang bererti budi atau akal

bu : asli, pertama, sejati, yang dipandang sempurna, menyenangkan & memulakan sesuatu.daya : akal, jalan fikiran & sebagainya yang berkaitan (Asmad,1990)

Page 9: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

KEBUDAYAAN

• Dalam pengertian yang paling umum, kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran.

Page 10: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

KEBUDAYAAN

• Kebudayaan adalah suatu hal yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia. Dalam kehidupan manusia kebudayaan diciptakan untuk mempermudah manusia dalam menjalani kehidupannya. Kebudayaan tidak akan ada tanpa manusia, sebaliknya manusia tanpa kebudayaan tidak akan mampu bertahan dalam mengarungi kehidupan.

Page 11: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

Takrif-takrif Budaya yang lain• Mohd Taib Osman (1988) memperkatakan budaya sebagai satu

himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.

• E.B. Tylor menjelaskan bahawa budaya merupakan keseluruhan

kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk kebiasaan.

• L.A. White mendefinisikan budaya merupakan satu organisasi fenomena tindakan (pola tingkah laku), objek (alat), idea, sentimen (nilai) yang bergantung kepada simbol-simbol (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon,2010:4-5).

Page 12: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

Kebudayaan Dalam Islam

• Dalam Islam, kebudayaan adalah sebahagian daripada Islam. Ia bukan terasing atau tersendiri. Islam membentuk atau mengawal kebudayaan. Dengan itu Islam mewujudkan masyarakat dan kebudayaan sendiri yang berbeza dengan masyarakat dan kebudayaan bukan Islam.

Page 13: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

CIRI-CIRI PENTING BUDAYA

• DIPELAJARI• DIKONGSI• BERSIFAT SEJAGAT• DIWARISI• BERUBAH-UBAH• MEMPUNYAI UNSUR SIMBOLIK• ADANYA PENDAPAT SEMESTA (WORLD VIEW)

Page 14: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

CIRI-CIRI PENTING BUDAYA1. DIPELAJARI

1. Kebudayaan boleh dipelajari oleh anggota masyarakat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kebanyakan anggota sesebuah masyarakat mempelajari, memahami dan mengamalkan kebudayaan secara tidak langsung menerusi keluarga dan anggota masyarakat. Oleh itu, kebudayaan adalah sesuatu yang bersifat boleh dipelajari, difahami dan diamalkan, bukan hanya oleh anak masyarakat tetapi juga oleh orang asing.

2. Tidak boleh diterima melalui baka atau warisan. Faktor baka semata-mata tidak mampu mewariskan kebudayaan sesebuah masyarakat, kerana kemungkinan persekitaran kehidupan seseorang itu tidak mengikut corak kebudayaan baka yang diwarisinya. Justeru, seorang anak Melayu, jika hidup di negeri bukan Melayu yang tidak mempunyai persekitaran Melayu, tanpa ibu bapa Melayu yang mempraktikkan kebudayaan Melayu, atau memindahkannya kepadanya, dia tidak mampu mewarisi kebudayaan Melayu, meskipun dia berbaka Melayu.

3. Dipraktikkan secara bersama oleh anggota masyarakat. Kebudayaan bersifat berkelompok, bukannya secara individu. Ia hasil praktik bersama anggota masyarakat sejak zaman berzaman, sehingga ia sebati sedemikian rupa dalam sesebuah masyarakat. Justeru, sesebuah keluarga yang merantau ke negeri yang mempunyai kebudayaan berlainan dengan kebudayaannya, walaupun dia mengamalkan kebudayaan bangsanya, namun tentulah dia masih tidak mampu membentuk kebudayaan tersebut dalam kelompok perantau yang kecil itu.

Page 15: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran

a. Peranan agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan sebagainya.

b. Nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu

c. Umur seseorang. d. Tahap pendidikan e. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

Page 16: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

CIRI-CIRI PENTING BUDAYA2. DIKONGSI

• Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat. Perkongsian ini bermaksud yang setiap perlakuan itu diamal dan didukung oleh sekumpulan manusia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat menggemarinya. Bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

Page 17: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

CIRI-CIRI PENTING BUDAYA3. BERSIFAT SEJAGAT

• Budaya bersifat sejagat kerana kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan. Walau bagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota

• Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu:

i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia. ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi. iii. sistem sosial. iv. bahasa v. kesenian vi. sistem pengetahuan. vii. agama dan kepercayaan.

Page 18: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

CIRI-CIRI PENTING BUDAYA4. DIWARISI

• Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa budaya Melayu, Cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.

Page 19: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

CIRI-CIRI PENTING BUDAYA5. BERUBAH

• Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku. Rumah beratap rumbia, misalnya telah digantikan dengan rumah beratap genting. Dalam sejarah tamadun manusia, perubahan budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.

• Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti:

i. pertambahan bilangan anggota masyarakat. ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia.

iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.iv. pertembungan budaya.v. konflik yang berlaku.vi. perubahan alam sekitar.

Page 20: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

CIRI-CIRI PENTING BUDAYA6. PERLAMBANGAN

• Budaya boleh ditunjukkan dalam bentuk perlambangan (mempunyai unsur simbolik)

• Lambang dalam budaya memberikan makna tertentu kepada pendukungnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya.

• Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.

Page 21: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

CIRI-CIRI PENTING BUDAYA7. Pandangan Semesta (world view)

Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandangan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya. Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing, ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.

Page 22: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

JENIS-JENIS BUDAYA

i) Kebudayaan Material(kebendaan)• Meliputi objek fizikal kebudayaan berserta dengan

cara-cara penggunaannya seperti alat tembikar dan kegunaannya, peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, perahu, senjata dsbnya.

ii) Kebudayaan Immaterial(bukan kebendaan).• Meliputi kepercayaan, adat resam, adat istiadat,

undang-undang, idea, ideologi dan struktur sosial.

Page 23: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

• Budaya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu budaya bersifat kebendaan dan budaya yang bersifat bukan kebendaan (Shamsul Amri Baharuddin, 2007:14). Budaya kebendaan adalah seperti peralatan yang dapat memberi simbol dan makna kepada orang lain dalam erti kata yang lain bersifat konkrit. Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14).

Page 24: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

UMS 1122 / Unit Sains Sosial 24

BAHAGIAN KEBUDAYAAN

Kebudayaan Kebendaan (Artifek)- Objek dapat dilihat/dipegang- Memenuhi keperluan asas kehidupan manusia.- Cepat berubah- Lebih mempengaruhi manusia- Mempunyai harga- Memerlukan wang untuk mendapatkannya

Kebudayaan Bukan Kebendaan (Mantifek)- Tidak boleh dilihat/dipegang seperti nilai, kepercayaan, ideologi, falsafah,

bahasa, adat resam & lain-lain. Berbentuk abstrak, kejiwaan & spiritual.- Memenuhi keperluan asas kasih sayang, penghargaan, sosial dan estetika.- Lambat berubah- Kurang kuat mempengaruhi manusia- Tidak mempunyai harga- Perlu melalui proses sosialisasi bagi mendapatkannya

Page 25: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

BIDANG KEBUDAYAANBidang kebudayaan itu bolehlah dilihat antaranya melalui :1) Fikiran / idea

Seperti ilmu pengetahuan, bahasa, falsafah, persuratan, metos, lagenda, kesusasteraan, kepercayaan dan cerita-cerita lisan.

2) Kebendaaan Seperti seni bina, bangunan, alat-alat-alat mesin, object de art (an object of artistic merit), pakaian, makanan, ubat-ubatan dan perabut.

3) KesenianDilihat dari dua bidang kemahiran iaitu seni lakon ( teater, tarian, muzik, nyanyian ) dan seni tampak ( ukiran, lukisan, seni pahat, tenunan, takat dan anyaman )

Page 26: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

BIDANG KEBUDAYAAN4) Nilai dan Norma

Seperti peraturan-peraturan undang-undang, adat resam, ‘folk-ways & ‘mores’, gaya dan perlakuan, pantang larang, upacara dan nilai-nilai keagamaan dan bersopan santun.

Keempat-empat bidang tersebut akan memperlihatkan bukan sahaja hasil-hasil yang berasaskan sesuatu yang abstrak atau tidak kelihatan (intangible), tetapi juga bercorak kebendaan (tangible). Hasil-hasil ini lahir sebagai bentuk-bentuk yang menunjukkan kebudayaan sesuatu masyarakat secara fizikal, (jasmaniah) atau non-fizikal (rohaniah).

Misalnya pertalian antara pemikiran dengan perlakuan dan pemilikan dapat digambarkan melalui ketinggian mutu seni ukir yang lahir daripada pemikiran dan falsafah yang tinggi, dijelmakan dari perbuatan mengukir dan akhirnya ukiran itu menjadi suatu hasil warisan budaya.

Petikan dari Kementrian kebudayaan,kesenian dan warisan

Page 27: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

Fungsi Budaya Dalam Kehidupan

Budaya dalam pengertian biasa ialah satu cara hidup manusia dan membawa makna yang sangat luas. Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta manusia, maka budaya itu diperlu dan dihasilkan oleh manusia itu sendiri bagi keperluan hidup.

1. Memenuhi dan Menyediakan Keperluan

Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang demikian, manusia menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk pembinaan rumah dan sebagainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan keperluan dan aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewarisi ilmu pelayaran, maka akan dibina kapal

2. Sebagai Panduan kepada Anggota Masyarakat dalam Bertingkah laku

Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia. Manusia memperoleh keperluannya hasil dari tuntutan daripada agama. Budaya mempunyai peranan memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam bertingkah laku dalam memberikan panduan, meliputi:

i. perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan. ii. perlakuan yang patut dan tidak patut. iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.

Page 28: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

Fungsi Budaya Dalam Kehidupan

3. Mengatur Hubungan Sesama Manusia

Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran, tetamu dan sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan sesuai dengan ajaran Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian, kebudayaan memainkan peranan mengatur hubungan sesama manusia.

4. Sebagai Penggalak Kepada Manusia Untuk Mencipta

Alam fizikal yang berbeza menghasilkan keperluan manusia yang berbeza. Orang Eskimo memerlukan baju tebal. Maka, dengan adanya budaya ini, ia sebagai pendorong kepada penciptaan bagi memenuhi keperluan harian dan memudahkan segala urusan.

Page 29: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

Fungsi Budaya Dalam Kehidupan

5. Sebagai Alat Penyatuan dan Pengenalan Identiti

Budaya berperanan sebagai alat penyatuan dan pengenalan identiti. Sesuatu bangsa dikenali bukan sahaja dari segi fizikalnya, lebih lagi dari budayanya. Kita mengenali orang Jepun bukan sahaja dari segi fizikalnya, tetapi mereka adalah bangsa yang berjaya dalam ekonomi dan perindustrian. Manusia juga akan bersatu apabila anggota masyarakat mengamalkan semangat kekitaan dan saling bekerjasama bagi mencapai sesuatu.

Page 30: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

FUNGSI KEBUDAYAAN_edit

1. Mensosialkan anggota masyarakat yang baharu supaya menjadi orang yang berfungsi dalam masyarakat.

2. Menjaga dan mengawal anggotanya dengan kawalan sosial, norma dan nilai masyarakat.

3. Meneruskan peraturan antara sesama anggotanya dan antara anggotanya dengan orang luar.

4. Perangsang kepada anggotanya untuk meneruskan masyarakatnya.

Page 31: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

KEPENTINGAN BUDAYA

1. Membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti.

2. Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.

Page 32: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

2. KEPELBAGAIAN KELOMPOK

Page 33: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

APAKAH DEMOGRAFI

Demografi mula digunakan oleh Achille Guillard (1885) dalam karyanya “Elements of Human Statistiks or Comparative Demography’. Berasal dari perkataan ‘demos’ bermaksud rakyat atau penduduk disuatu kawasan; ‘grafein’ bermkasud menggambarkan atau menulis tentang sesuatu perkara. Oleh itu, demografi bermaksud ‘tulisan atau karangan tentang rakyat atau penduduk di sesuatu lokasi’.

Page 34: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

APAKAH KELOMPOK

• Kelompok ialah dua individu atau lebih yang berinteraksi, saling bergantung dan saling bergabung untuk mencapai matlamat tertentu.

• Bersifat formal dan informal.• Kelompok formal ialah kelompok yang ditetapkan

oleh struktur organisasi, dengan penugasan kerja yang ditetapkan untuk menjalankan tugas-tugas yang diarahkan.

Page 35: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

KLASIFIKASI KELOMPOK

(a) Kelompok Tugas – individu-individu yang bekerjasama menyelesaikan suatu tugasan atau pekerjaan

(b) Kelompok Kepentingan - individu-individu yang bekerjasama untuk mencapai sasaran khusus yang ditetapkan

(c) Kelompok Persahabatan - kelompok yang ditetapkan secara bersama-sama kerana memiliki satu atau lebih sifat yang sama

Page 36: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

KENAPA KELOMPOK TERBENTUK

Alasan individu untuk saling bergantung dan bergabung dalam kelompok:(a) Keamanan(b) Status(c) Harga Diri(d) Afiliasi (kelompok dapat memenuhi keperluan sosial)(e) Kekuatan(f) Pencapaian tujuan

Page 37: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

APAKAH DEMOGRAFI KELOMPOK

Demografi kelompok merupakan analisis statistik terhadap jumlah dan komposisi penduduk di sesuatu lokasi. Kajian saintifik dan statistikal ini meliputi soal kelahiran (fertility), kematian (mortality), perkahwinan serta migrasi dan bagaimana komponen ini berubah mengikut masa serta mempengaruhi saiz dan taburan kependudukan manusia.

Page 38: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

Demografi kelompok di Malaysia

Demografi kelompok di Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Kaum Melayu merupakan etknik terbesar (orang yang berbudaya Melayu, bertutur bahasa Melayu dan beragama Islam); golongan bumiputera dianggap kaum asal Malaysia merangkumi Melayu, Dayak, Iban, Kadazan, Kadazan Dusun yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Nisbah Melayu (54%), Cina (25%), India (7%), Asli, Sikh dan etnik Sabah dan Sarawak (melebihi separuh populasi di negeri tersebut).

Page 39: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

KUMPULAN ETNIK DI MALAYSIA

Seluruh negara • Melayu • Cina • IIndia • Bugis• Banjar • Serani• Jawa

Semenanjung Malaysia

•Baba dan Nyonya • Portugis Melaka • Chitty • Siam Malaysia • Minangkabau • Rawa (Urang Rawo) • Mandailing • Kerinchi (Uhang Kincai) • Kampar (Urang Kampau) • Orang Asli

SarawakBidayuh • Bisaya • Bukitan • Iban • Lun Bawang • Kayan • Kedayan • Kelabit • Kenyah • Melanau • Penan • Punan • Selako • Ukit

SabahBajau • Brunei • Dusun • Ida'an • Kadazan • Lotud • Murut • Orang Sungai • Rungus • Suluk

Page 40: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

Warganegara Malaysia Mengikut kaum bagi tahun 1991, 2000 dan Suku kedua bagi tahun 1991, 2000 dan

Suku kedua 2006Kumpulan Etnik

1991 2000 2006 (suku pertama)

Melayu 8,521,900 11,680.400 13,475,100Bumiputera 1,778,000 2,567,800 2,931,400Cina 4,623,900 5,691,900 6,219,600India 1,316,100 1,680.100 1,858,500Lain-lain 572,400 209,700 318,900Jumlah 16,889,300 21,567,800 24,803,500

Page 41: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

KEPENTINGAN MENGKAJI DEMOGRAFI

• Mengkaji kuantiti dan taburan penduduk • Menjelaskan pertumbuhan masa lampau,

perubahan dan taburannya • Mencuba meramalkan pertumbuhan penduduk

yang akan datang • Mengembangkan hubungan sebab akibat antara

perkembangan penduduk dengan aspek organisasi sosial

Page 42: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

Kepentingan mengkaji kepelbagaian kelompok:

1. Memenuhi keperluan hidup2. Panduan kepada anggota masyarakat bertingkah laku.3. Mengatur hubungan sesama manusia4. Galakan untuk manusia mencipta.5. Alat penyatuan dan pengenalan identiti.

Pendekatan dalam menyelesaikan masalah hubungan kaum :• Konsep pluraliti budaya• Teori asimilasi• Teori amalgamasi

Page 43: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

PLURALITI BUDAYA

Di Malaysia, setelah wujudnya perjanjian antara kaum Melayu dengan wakil-wakil kaum bukan Melayu di dalam Kontrak Sosial, pendekatan konsep pluraliti budaya digunakan sebagai satu penyelesaian masalah hubungan ras.

“Pluraliti budaya menerapkan pencapaian keseragaman dalam hal-hal yang penting kepada negara seluruhnya tetapi dalam masa yang sama setiap kaum dibenarkan mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya tersendiri. Konsep ini diwakili oleh formula:

A + B + C = A + B + C. (A,B dan C merujuk kepada budaya) “

Page 44: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

Teori Asimilasi

“Semua kumpulan lama kelamaan akanmematuhi pola-pola kebudayaan golongandominan dan melupakan kebudayaan danidentiti masing-masing.

Formula : A+B+C= A

Page 45: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

Teori Amalgamasi

“Teori ini menjangka semua kebudayaan bolehdicair dan dijadikan satu keseluruhan bersama.Dalam konteks Malaysia, amalgamasi sepatutnya bererti orang-orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain kumpulan etnik bercantum (biasanya melalui perkahwinan campur dan menghasilkan satu kumpulan baru.)”

Formula : A+B+C= D

Page 46: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

MASYARAKAT PLURALITI BARU

Masyarakat pluraliti baru ialah gabungan dua atau lebih masyarakat yang hidup bersama dalam satu unit politik atau dalam satu kerajaan. Masyarakat pluraliti baru ini wujud hasil dari pluraliti budaya yang terdapat dalam sesebuah negara.

Ciri-Ciri Masyarakat Pluraliti Baru

1. Pemerintah dan yang diperintah ada yang berlainan bangsa dan hidup dalam komuniti yang berasingan.• Contoh: Di Kelantan, misalnya, kebanyakan pemimpin

terdiri daripada bangsa Melayu tetapi penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa seperti bangsa Cina, India dan Melayu juga

Page 47: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

MASYARAKAT PLURALITI BARUCiri-Ciri Masyarakat Pluraliti Baru

2. Satu set nilai budaya dan politik yang yang dikongsi oleh komuniti yang berbeza melalui persetujuan kebangsaan.• Contoh : Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

3. Kecenderungan untuk meramal konflik ekonomi dalam konteks bangsa• Contoh: Kita dapat melihat sendiri di negara kita banyak kajian,

perbincangan dan penulisan buku bekenaan keadaan serta pencapaian ekonomi dilakukan mengikut pecahan kaum seperti kajian berkenaan Kedudukan Ekonomi Masyarakat Cina di Malaysia dan Ekonomi Masyarakat Melayu Luar Bandar yang sering diperbincangkan, di kaji dan di tulis buku mengenai perkara ini oleh pakar-pakar ekonomi Negara kita seperti J.S. Komo, Prof. Dato’ Dr. Ismail b Salleh dan ramai lagi.

Page 48: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

MASYARAKAT PLURALITI BARUCiri-Ciri Masyarakat Pluraliti Baru

4. Bangsa-bangsa yang berbeza tetapi mempunyai keinginan yang sama seperti kesemuanya inginkan keamanan dan kesejahteraan. • Walaupun kita mempunyai pelbagai bangsa di Malaysia, namun

kesemua bangsa mempunyai keinginan yang sama iaitu keamanan dan kesejahteraan

5. Sedikit campur tangan pihak luar kadangkala mungkin diperlukan

bagi meleraikan konflik yang mungkin wujud di antara masyarakat pluraliti baru ini.• Contoh, sekiranya peristiwa seperti Peristiwa 13 Mei atau

pergaduhan yang melibatkan kaum berlaku di negara kita , kita mungkin memerlukan satu badan antarabangsa atau negara luar untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Page 49: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

MASYARAKAT PLURALITI BARU

Masyarakat pluraliti baru dapat dikenali melalui:1. Kepelbagaian budaya yang terdapat

dalam satu kelompok besar manusia.2. Wujudnya parti politik berteraskan

perkauman.3. Perjuangan parti politik demi

kepentingan bangsa masing-masing.

Page 50: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

يم** ح* الر+ ح,من* الر+ الله* م* ب*س,

ر* ال,ع-ص, و-

ر. س, ُخ/ ل-ِف*ي اَن- *نس- اِإْل, ِإ*َن+

اِت* ال*ح- الص+ ل/وا و-ع-م* ُن/وا آَم- ال+ِذ*ين- ِإ*اَّل+ا و, ت-و-اص- و- ِّق= ب*ال,ح- ا و, ت-و-اص- ب,ر*ِبو- الص+

Page 51: Edu 3106_t1_konsep Budaya & Demografi Kelompok

04/12/2023 OA 51

والهداية التوفيِّق/ وب*اللهوبركاته الله ورحمة عليكم والسالم