done rph group 4

16
RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN QSI 3081 - IKTHTISAS HOKI (GROUP B) TAJUK : KEMAHIRAN MENGGELECEK DAN MEREBUT NAMA (KUMPULAN 4) NO MATRIK 1. DIDIE PILIN D20141068248 2. NABISAH BINTI AMIR LUDDIN D20141066430 3. NUR ATIQAH BINTI SULAIMAN D20141068252 4. NIK NURNAJIHAH BINTI RAJA MOHAMMAD D20141068253 5. NUR AYUNI BINTI ABDUL RAHIM D20141066438 6. SITI MARDHIYYAH BINTI MOHD D20141066445

Upload: nurayunirahim

Post on 31-Jan-2016

399 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

hoki

TRANSCRIPT

Page 1: Done Rph Group 4

RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIANQSI 3081 - IKTHTISAS HOKI (GROUP B)

TAJUK : KEMAHIRAN MENGGELECEK DAN MEREBUT

NAMA (KUMPULAN 4) NO MATRIK1. DIDIE PILIN D201410682482. NABISAH BINTI AMIR LUDDIN D201410664303. NUR ATIQAH BINTI SULAIMAN D201410682524. NIK NURNAJIHAH BINTI RAJA MOHAMMAD D201410682535. NUR AYUNI BINTI ABDUL RAHIM D201410664386. SITI MARDHIYYAH BINTI MOHD RAMLI D20141066445

NAMA PENSYARAH : MISS AZRENA ZAIREEN BINTI AHMAD ZAHUDI

Page 2: Done Rph Group 4

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Mata Pelajaran : Ikhtisas hoki Tarikh : 5 November 2015

Tunjang : Kemahiran Masa : 4.00 petang – 4.40 petang

Kemahiran : Mengelecek (Freestyle) dan merebut (Tackle) Jantina : Lelaki dan Perempuan

Bilangan Pelajar : 30 orang

Pengalaman lepas : 1. Pelajar pernah menyaksikan permainan hoki secara langsung atau melalui media cetak

2. Pelajar telah mempelajari asas dalam permainan hoki.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, diharapkan pelajar dapat:

A) Psikomotor

- Pelajar dapat menguasai 80% kemahiran menggelecek dan merebut bola hoki dengan menggunakan

teknik/gaya yang betul.

B) Kognitif

- Menyatakan teknik/gaya yang betul bagi perlakuan menggelecek dan merebut bola hoki.

C) Afektif

- Memupuk semangat bekerjasama, bertanggungjawab dan mematuhi disiplin permainan.

- Mengemas dan menyimpan semula semua alatan yang telah digunakan di tempat yang disediakan.

Penerapan Nilai : Bekerjasama , bertanggungjawab, mematuhi peraturan dan semangat pasukan yang tinggi.

KBKK : Membuat analisis

Persediaan murid : Pakaian sukan, kayu hoki, bola hoki, sketel, dan gelung rotan.

Persediaan guru : Pakaian sukan, bip, wisel, alat bantu mengajar (ABM).

Page 3: Done Rph Group 4

Pelaksanaan :

FASA AKTIVITI FOKUS PEMBELAJARAN ORGANISASI CATATAN

Set Induksi(3 minit)

Kemahiran sosial-

komunikasi

Strategi Utama :

Kecergasan & Kinestatik

Kehadiran

Kesihatan

Pakaian

Memanaskan Badan Melakukan aktiviti regangan dinamik dimulai bahagian otot dengan kiraan 8:

a. Sternocleidomastoid b. Deltoidc. Bicepsd. Tricepse. Hamstringf. Quadricepsg. Gastrocnemiush. Soleus

Melakukan aktiviti memanaskan badan dengan lompat bintang sebanyak 15 kali.

Murid-murid melakukan

aktiviti memanaskan badan

dalam barisan mengikut arahan

guru.

- Secara dinamik.

- Mengelak

berlakunya

kecederaan atau

kekejangan otot.

Page 4: Done Rph Group 4

Perkembangan (7 minit)

Pengenalan (1 minit)

Kemahiran Mengelecek(3 minit)

Guru menerangkan tajuk pengajaran yang di

ajar

Tajuk : kemahiran menggelecek dan merebut

Pelajar duduk dalam kumpulan yang sama

seperti set induksi

Sebelum memulakan pengajaran, guru

menerangkan aspek keselamatan semasa

menggunakan kayu dan bola hoki.

TEKNIK

Kemahiran ini perlu dikuasai untuk membawa bola,

melepaskan diri daripada pemain lawan,

mengekalkan pemilikan bola, menukar arah, dan

sebagainya.

1. Menggelecek Longgar

menggelecek ini (open / loose dribble)

digunakan apabila pemain hendak

menggerakkan bola dengan cepat, dengan

tujuan

i. melepaskan diri dengan bola daripada

pemain lawan.

Kedudukan pelajar:

Menggelecek longgar

- Penggunaan kayu

hoki, bola hoki,

dan alat bantu

mengajar (abm).

Page 5: Done Rph Group 4

Kemahiran Merebut ( Tackle )(3 minit)

ii. berlari dengan bola ke arah gol.

2. Menggelecek Rapat

Menggelecek rapat perlu apabila seseorang

pemain hendak mengawal bola dengan rapi.

Teknik ini berguna jika pemain tidak

memperoleh situasi yang selamat untuk

menghantar bola kepada rakan.

3. Menggelecek ‘Indian’

Menggelecek Indian sangat berguna jika

pemain hendak menukar arah daripada kanan

ke kiri atau sebaliknya,dan melalui cara ini

pemain boleh :

i. melarikan diri daripada pihak lawan

TEKNIK

Merebut adalah penting untuk memperoleh bola.

Terdapat tiga jenis merebut di dalam hoki iaitu

merebut jab, merebut “forehand” dan merebut

'Reverse Stick

Menggelecek rapat

Menggelecek indian

Page 6: Done Rph Group 4

1. MEREBUT JAB

Kayu hoki dipegang dengan kuat dalam

tangan kiri dengan sisi kayu yang rata (flat

side) menghadap ke atas.

Kayu hoki dipegang secara ringan di depan

badan dengan tangan kanan memegang

bahagian tengah kayu hoki.

Tapak tangan kanan menghadap ke atas.

Pemain pertahanan menerpa ke depan

dengan tangan kiri memegang kayu hoki.

Kayu hoki mencucuk (jab) bola dan

memaksa bola bergerak ke belakang kayu

hoki penyerang.

Pada masa ini, pemain pertahanan

mengambil satu langkah lagi ke depan,

tangan kanan kembali ke kayu hoki dan

dapat mengawal bola.

2. MEREBUT FOREHAND

Biasanya dilakukan oleh pemain pertahanan

di sisi kanan (forehand side) badannya,

Pemain pertahanan melakukan teknik ini

(semasa berhenti atau semasa berlari

Merebut Jab

Page 7: Done Rph Group 4

bersama-sama dengan penyerang).

Kayu hoki dipegang dengan pegangan biasa

iaitu dengan tangan kiri di hujung kayu hoki

dan tangan kanan di bahagian tengah kayu

hoki.

Posisi bersedia diambil dengan kaki kiri ke

depan sedikit, kerana ini akan membolehkan

pemain pertahanan menukar posisinya

dengan cepat.

Biasanya satu gerakan mengelirukan

dilakukan dengan badan atau kayu hoki

dihalakan ke kiri supaya penyerang terpaksa

bergerak ke kanan pemain pertahanan.

Pemain pertahanan kemudian mengatur masa

rebutannya.

Kebiasaannya, pemain pertahanan akan

melakukan teknik ini semasa bergerak atau

semasa berlari bersama-sama dengan seorang

penyerang.

Pemain pertahanan harus belajar memandang

bola, mengekalkan jarak yang betul,

bergerak masuk dengan cepat dan mengatur

masa takelnya dengan baik.

Ini kerana agak sukar untuk melakukan takel

sambil berlari dengan pantas.

Merebut Forehand

Page 8: Done Rph Group 4

3. MEREBUT 'REVERSE STICK'

Teknik ini agak sukar untuk dilakukan

kerana ia dilakukan di sebelah kiri pemain

pertahanan dengan kayu di tangan kiri.

Pemain pertahanan mesti memastikan

bahawa penyerang tidak bergerak

mendahuluinya.

Teknik harus dibuat sebelum penyerang

melepasi garisan badan pemain pertahanan.

Kemahiran melakukan teknik ini dengan

baik adalah mengatur masa takel dan

menyerkap bola menggunakan reverse stick,

akan memaksa penyerang berlari melepasi

bola.

Gunakan kesempatan ini untuk merendahkan

kayu hoki dan mendatar ke tanah, seterusnya

melakukan takel.

Merebut ‘ Reverse Stick’

Page 9: Done Rph Group 4

Ansur Maju (16 minit)

Aktiviti 1(8 minit)

Aktiviti 2(8 minit)

Setiap pelajar akan mengambil satu kayu

hoki dan sebiji bola.

Setiap pelajar perlulah membiasakan diri

melakukan pergerakan menggelecek seperti

mana yang diajar oleh guru dengan teknik

yang betul.

Setelah mahir, pelajar akan melakukan

pergerakan menggelecek dengan

menggunakan bola.

Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu

kumpulan A dan B.

Secara berpasangan, murid dikehendaki

membuat menggelecek (A) dan merebut (B)

secara bergilir- gilir

Kedudukan pelajar :

A B

- Penggunaan kayu

hoki, bola hoki,

bib, wisel, dan

sketel.

Page 10: Done Rph Group 4

Kemuncak (12 minit)

Pertandingan Kecil Peraturan Permainan

1. Guru membahagikan pelajar kepada 4

kumpulan secara sama rata.

2. Pertama, pelajar harus menggelecek bebas

dari sketel A ke sketal B.

3. Setelah sampai di sketel B, pelajar

dikehendaki menggelecek bola hoki

mengelilingi gelung masih menggunakan

teknik bebas.

4. Apabila habis mengelilingi gelung, pelajar

harus menggelecek bola hoki secara zig zag

dengan menggunakan kemahiran

menggelecek ‘indian’.

5. Sesudah tamat, ahli pertama akan berada di

seberang dan mengangkat kayu hoki sebgai

tanda selesai.

6. Ahli kedua memulakan permainan.

7. Ahli pertama harus melakukan kemahiran

merebut ‘jab’ terhadap ahli kedua yang telah

tamat dan menuju ke arahnya.

8. ‘jab’ yang dilakukan adalah sebagai tanda

untuk ahli seterusnya memulakan permaian.

9. Pemenang akan dipilih berdasarkan

kumpulan yang paling cepat.

Petunjuk :

Sketel A Sketel B Gelung Rotan

Sketel C

Arah Zig Zag

- Penggunaan

sketel, wisel, bib,

gelung rotan, kayu

hoki, dan bola

hoki.

- Guru memastikan

pelajar

menggunakan

teknik yang betul.

- Guru turut

memantau dan

memastikan

keselamatan

pelajar agar tidak

berlaku

kecederaan.

Contoh zig zag

Page 11: Done Rph Group 4

Penutup(2 minit)

Gerak Kendur (Cooling down)

Regangan individu dalam bentuk separa

bulatan.

Merenggangkan otot dari bahagian kepala

hingga ke kaki dengan kiraan 8 bagi setiap

regangan.

Mengutamakan pada bahagian pinggang ke

kaki

Lunges

Squat

Kedudukan pelajar : - Guru

merumuskan sesi

pembelajaran yang

telah dijalankan.

- Berlakunya

refleksi ringkas

sambal melakukan

gerak kendur.

Ulasan pensyarah :