assignment seni dalam pendidikan mei 2010'[1]

Upload: rahman-amin

Post on 10-Apr-2018

282 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Assignment Seni Dalam Pendidikan Mei 2010'[1]

    1/17

    1

    SOALAN TUGASAN

    Pendekatan bertema seringkali digunakan untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam

    perkembangan kanak-kanak. Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan

    budaya dan minat pelajar dan guru. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran.

    Anda telah melakukan satu lawatan bersama-sama murid-murid anda.

    (a) Berdasarkan lawatan tersebut, jelaskan cara menjalankan pendekatan bertema yang dapatdigunakan dalam proses mengaktifkan pembelajaran dan pemindahan pembelajaran.

    (8 markah)

    (b) Bincang tentang tajuk-tajuk tema dan soalan-soalan yang boleh menjadi panduan bagianda memilih tema tersebut

    (10 markah)

    (c) Berikan pandangan anda mengenai jumlah mata pelajaran yang boleh dilibatkanberdasarkan tema yang anda pilih. Huraikan perlaksanaan tema yang dipilih bagi setiap

    mata pelajaran tersebut dalam bentuk PowerPoint bagi menunjukkan penggabungjalinan

    tersebut.

    (12 markah)

    [Jumlah: 30 markah]

  • 8/8/2019 Assignment Seni Dalam Pendidikan Mei 2010'[1]

    2/17

    2

    1.0 PENGENALAN

    Pendekatan bertema seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam

    perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif kerana ia menggabungjalinkan

    pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran artistic. Pendekatan ini sesuai dengan

    gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat guru dan murid. Tema bukan sahaja

    sebagai subjek atau tajuk tetapi tema meneroka pengalaman manusia dari segi perspektif atau

    pandangan dan seringkali menimbulkan isu. Ia merupakan kandungan maklumat dan member

    peluang kepada pelajar untuk memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu.

    Tema member tujuan dan makna untuk pembelajaran.

    Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun di sekitar

    konsep atau tema. Ia merupakan alat pengelolaan yang member peluang kepada guru untuk

    menghubungkan antara mata pelajaran. Ini akan menghindari program yang tidak tersusun

    berpunca dari pelajaran harian yang tidak berkaitan. Unit pengajaran bertema juga membolehkan

    pelajar menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran termasuk juga bidang-

    bidang kurikulum.

    Dalam mengorganisasikan sesuatu pelajaran menggunakan Pendekatan Bertema, pelajar diberi

    peluang untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang

    diterimapakai.

    Melalui pendekatan bertema ini terdapat tiga jenis tema yang biasanya digunakan di dalam

    sesuatu mata pelajaran untuk menghubungkaitkan dengan mata pelajaran yang lain. Tiga jenis

    tema tersebut ialah:

  • 8/8/2019 Assignment Seni Dalam Pendidikan Mei 2010'[1]

    3/17

    3

    JENIS TEMA

    Tema Persekitaran Tema Masyarakat Tema Komunikasi

    Alam Semulajadi Purba Verbal

    Manusia Batu Nonverbal

    Teknologi Terkini

    Soalan a): Jelaskan cara menjalankan pendekatan bertema yang dapat digunakan dalam

    proses mengaktifkan pembelajaran dan pemindahan pembelajaran.

    Pendekatan Bertema atau Pendekatan Tematik merupakan salah satu pendekatan yang berkesan

    dalam menentukan matlamat dan objektif proses pengajaran dan pembelajaran tercapai.

    Pendekatan ini sering dipraktikkan pada peringkat awal atau asas kanak-kanak. Pendekatan

    Bertema ini merupakan satu usaha untuk mengintegrasi pengetahuan, kemahiran dan nilai

    pembelajaran, serta pemikiran yang kreatif dengan menggunakan tema.

    Murid-murid perlu digalakkan mengambil bahagian secara aktif dalam proses pembelajaran yang

    semulajadi dan bermakna kepada kanak-kanak adalah pembelajaran secara membuat dan

    mengalami sendiri sesuatu aktiviti itu. Guru perlu menyediakan pengalaman yang bererti kepada

    murid-murid supaya mereka bukan sahaja ada elemen keseronokan tetapi juga untuk

    mencetuskan minat ingin tahu dan seterusnya mencari maklumat sendiri.

    Pendekatan Bertema memfokuskan suatu tema yang dipilih untuk guru mengajar kemahiran dan

    ianya mempunyai perkaitan dengan mata pelajaran lain. Dengan kata lain, pendekatan ini

    merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar suatu konsep atau tema.

  • 8/8/2019 Assignment Seni Dalam Pendidikan Mei 2010'[1]

    4/17

    4

    Terdapat berbagai cara untuk menjalankan pendekatan bertema ini. Antaranya ialah:

    i) Aktiviti K-W-L adalah satu teknik yang boleh digunakan oleh guru untukmemperkenalkan pendekatan bertema.

    K (know) --- Apa yang saya tahu tentang tajuk ini? W (want) --- Apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini? L (learn) ---- Apa yang saya belajar daripada tajuk ini?

    ii) Dapatan seorang pembentang untuk bercakap mengenai sesuatu tajuk seperti alamsemula jadi, komunikasi, perakaunan, iklim, puisi dan lain-lain seperti sains, agama,

    moral dan kemahiran hidup.

    iii) Cara yang mudah untuk memulakan sesuatu unit ialah dengan membacakan sebuahcerita kepada kelas.

    iv) Tunjukkan gambar-gambar atau rakaman video untuk memulakan sesuatu unit jikatajuk-tajuk itu tentang bunyi-bunyian, sebuah kolaj tentang gambar-gambar boleh

    dipamerkan di atas papan bulletin bagi menunjukkan pelbagai contoh mengenai

    manusia dan mesin.

    v) Mainkan sebuah rakaman atau kaset.

    vi) Dedahkan pelajar kepada puisi, contohnya bahasa dan muzik.

  • 8/8/2019 Assignment Seni Dalam Pendidikan Mei 2010'[1]

    5/17

    5

    vii) Dedahkan pelajar membuat aktiviti pemerhatian, contohnya sains dan matematik.

    viii) Bawa bahan bantu mengajar, contohnya batu karang.

    Tema daripada mata pelajaran sains, matematik, kajian tempatan dan bahasa boleh diajar dengan

    menggabungjalinkan muzik, seni visual dan pergerakan bagi membolehkan pengalaman

    pengajaran dan pembelajaran menjadi satu proses yang bermakna.

    Tema yang dipilih di sini ialah tema lawatan iaitu seperti membuat lawatan ke Zoo Negara.

    Melalui tema lawatan ini, anda boleh memilih konsep atau isu utama yang penting seperti tema

    yang bertajuk haiwan liar atau haiwan jinak.

    Dalam sukatan yang membawa tajuk Haiwan Liar atau Haiwan Jinak ini biasanya, ia

    menyatakan hasil pembelajaran yang boleh dinilai seperti menyenaraikan 10 nama haiwan liar

    yang kamu lihat dan temui di Zoo Negara.

    Melalui kaedah tema lawatan ini, banyak aktiviti yang boleh dijalankan iaitu antaranya bersoal

    jawab dengan murid-murid tentang haiwan-haiwan yang ditemui di Zoo Negara. Aktiviti lain

    yang boleh dijalankan ialah asingkan nama-nama haiwan mengikut kumpulan liar dan jinak,

    senaraikan seberapa banyak nama haiwan yang ditemui mengikut jenis seperti jenis burung,

    ayam, harimau, kucing, beruang, buaya, zirafah, dan lain-lain lagi.

    Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini dapat membantu pelajar berfikir melalui penerangan dan

    penjelasan sebelum melakukan lawatan sama ada di dalam kelas atau sebelum bertolak ke Zoo

    Negara. Anda boleh memberikan borang soal selidik kepada pelajar sebelum lawatan yang

    mengandungi bahagian-bahagian seperti haiwan jinak, haiwan liar, jenis-jenis burung, jenis-jenis

    ayam, jenis-jenis harimau, kucing dan sebagainya seperti yang telah diterangkan dan dijelaskan

    sebelum melakukan lawatan.

  • 8/8/2019 Assignment Seni Dalam Pendidikan Mei 2010'[1]

    6/17

    6

    Di samping itu juga, tema lawatan ini akan menguji kemampuan pelajar untuk membuat

    perkaitan yang signifikan di antara disiplin-disiplin yang lain dengan apa yang mereka perolehi

    melalui lawatan yang dijalankan itu. Jadi, pelajar-pelajar akan cuba sedaya upaya mereka untuk

    membuat perkaitan antara pelajaran-pelajaran yang mereka pelajari di sekolah dengan lawatan

    tersebut.

    Bukan setakat itu sahaja, tema lawatan yang dipilih ini sudah tentu dapat menarik minat pelajar

    dan sesuai terutamanya kepada pelajar sekolah rendah yang umumnya kekurangan pengetahuan

    tentang haiwan terutamanya kepada pelajar luar Bandar yang jarang mendapat peluang untuk

    melihat sendiri haiwan-haiwan dan alam persekitaran hijau di hadapan mata mereka. Ini jelas

    menunjukkan, tema lawatan ini bersesuaian kepada pelajar yang sememangnya kehausan dan

    kekuarangan ilmu pengetahuan mengenai lawatan.

    Bahan-bahan sumber untuk menerangkan unit ini boleh diperolehi melalui buku-buku yang

    disediakan dan juga jika seseorang guru itu mahir menggunakan ICT bolehlah melayari laman

    web yang berkaitan untuk mencari maklumat mengenai tema lawatan ini.

    Soalan b): Bincang tajuk-tajuk tema dan soalan-soalan yang boleh menjadi panduan bagi

    anda memilih tema tersebut.

    Pemilihan sesuatu tema merupakan satu langkah yang penting dalam perkembangan sesuatu unit.

    Prinsip asas bagi penciptaan tema untuk improvisasi ialah mudah dan berfungsi. Tema wujud

    dalam kehidupan seharian. Pilih tema yang berkaitan dengan kehidupan seharian anda dan cuba

    terokainya.

    Berikut adalah beberapa soalan yang boleh membantu anda untuk memilih tema:

    Apakah konsep atau isu utama yang penting pada tema yang dipilih? Apakah hasil pembelajaran yang sering ada pada setiap sukatan? Apakah aktiviti-aktiviti yang boleh digunakan? Bagaimanakah aktiviti-aktiviti ini dapat membantu pelajar berfikir?

  • 8/8/2019 Assignment Seni Dalam Pendidikan Mei 2010'[1]

    7/17

    7

    Mampukah pelajar membuat perkaitan yang signifikan di antara disiplin-disiplin yanglain?

    Adakah tema yanag dipilih itu menarik dan sesuai kepada pelajar? Adakah bahan-bahan sumber mencukupi untuk mengajar unit ini?

    Mata pelajaran yang dipilih untuk dijalankan dalam pengajaran yang menggunakan Pendekatan

    Bertema ialah Bahasa Melayu Tahun Satu. Pengajaran yang dijalankan adalah bertemakan

    PERSEKITARAN Alam Semulajadi dan bertajukBUAH-BUAHAN TEMPATAN.

    Terdapat enam perkara penting mengapa tema ini dipilih iaitu:

    i) Boleh merentas semua mata pelajaran.

    Tema yang dipilih boleh digunakan atau diaplikasikan ke dalam semua mata pelajaran

    seperti Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Muzik dan Seni Visual. Tema BUAH-

    BUAHAN boleh digunakan di dalam mata pelajaran lain melalui aktiviti mengira

    (Matematik), nyanyian lagu buah-buahan (Muzik), melukis dan mewarna (Seni Visual)

    ii) Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan pelajar.

    Tema yang dipilih iaitu BUAH-BUAHAN mempunyai kaitan langsung dengan

    pengalaman dan kehidupan harian murid-murid. Maksudnya, murid-murid telah

    mempunyai pengetahuan dan pengalaman sedia ada tentang tema BUAH-BUAHAN

    yang akan diperkenalkan. Ini akan memudahkan guru untuk berkomunikasi dan

    berbincang mengenai tajuk pelajaran.

  • 8/8/2019 Assignment Seni Dalam Pendidikan Mei 2010'[1]

    8/17

    8

    iii) Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa.

    Tema BUAH-BUAHAN adalah bersesuaian dengan situasi atau keadaan persekitaran

    murid-murid yang kebanyakannya mempunyai pengalaman makan buah-buahan

    tempatan seperti durian, rambutan, manggis, langsat dan sebagainya. Dari segi masa dan

    peristiwa, didapati tema BUAH-BUAHAN adalah praktikal digunakan berasaskan

    kepada kempen makan buah-buahan tempatan dan penerapan nilai-nilai murni. Secara

    tidak langsung, ini dapat memudahkan murid-murid membuat perkaitan antara perkara

    yang diajar dengan situasi sebenar.

    iv) Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan dalamproses pengajaran dan pembelajaran.

    Tema BUAH-BUAHAN yang dipilih adalah merupakan satu bidang atau skop yang luas

    dan difahami umum. Jadi, kemudahan untuk penyediaan dan perolehan bahan dan

    sumber untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah mudah dan

    banyak pilihan. Media pengajaran berbentuk audio visual dan sumber-sumber teknologi

    maklumat dan komunikasi boleh didapati dengan mudah dan cepat.

    v) Guru berminat terhadap tema yang dipilih.

    Tema BUAH-BUAHAN yang dipilih adalah merupakan salah satu tema yang disukai

    oleh guru disebabkan beberapa factor seperti mudah difahami, berkaitan dengan

    pengalaman sedia ada murid, banyak sumber bantu mengajar, dan berkaitan dengan mata

  • 8/8/2019 Assignment Seni Dalam Pendidikan Mei 2010'[1]

    9/17

    9

    pelajaran lain. Oleh itu, guru berminat, bermotivasi, dan berkeyakinan untuk

    menyampaikan tema BUAH-BUAHAN di dalam pengajaran dan pembelajaran.

    vi) Pemeringkatan tema daripada yang mudah kepada yang lebih mencabar.

    Tema ini mempunyai pemeringkatan dari segi aras kesukaran iaitu daripada yang mudah

    kepada yang lebih mencabar. Aktiviti dan langkah pengajaran dan pembelajaran adalah

    berperingkat iaitu dimulai dengan penerangan guru, perbincangan dan seterusnya

    penerokaan atau pembelajaran akses kendiri.

  • 8/8/2019 Assignment Seni Dalam Pendidikan Mei 2010'[1]

    10/17

    10

    CONTOH PENDEKATAN BERTEMA

    Perkembangan Perkembangan

    Agama Islam/ Bahasa Melayu

    Moral - lisan, warna, saiz

    -kesyukuran

    Perkembangan Penggunaan

    Kerohanian Bahasa Inggeris

    Dan Moral - perbualan

    - MenjagaKebersihan

    BUAH-BUAHAN TEMPATAN

    Perkembangan Perkembangan

    Estetika dan Kognitif

    Daya Kreatif - bentuk, warna,

    -melukis saiz

  • 8/8/2019 Assignment Seni Dalam Pendidikan Mei 2010'[1]

    11/17

    11

    -menyanyi

    Perkembangan Perkembangan

    Fizikal Sosioemosi

    -pergerakan -nyanyian

    Soalan c): Berikan pandangan anda mengenai jumlah mata pelajaran yang boleh

    dilibatkan berdasarkan tema yang anda pilih. Huraikan perlaksanaan tema

    yang dipilih bagi setiap mata pelajaran tersebut dalam bentuk PowerPoint

    bagi menunjukkan penggabungjalinan tersebut.

    Dalam pengajaran dan pembelajaran, tema berkaitan dengan persekitaran boleh digunakan

    untuk mempertingkatkan daya kreativiti dan kefahaman di kalangan murid. Tajuk

    PERSEKITARAN boleh diajar melalui mata pelajaran lain seperti muzik, seni visual dan

    pendidikan jasmani. Pada masa yang sama, tema berkaitan dengan persekitaran juga boleh

    digunakan untuk mengajar mata pelajaran lain seperti sains, bahasa, matematik dengan

    menggunakan mata pelajaran lain iaitu muzik, seni visual dan pendidikan jasmani.

    Berikut adalah contoh-contoh mata pelajaran yang boleh diintegrasikan dengan aktiviti-

    aktiviti muzik, seni visual dan pendidikan jasmani.

    Bahasa MelayuTema: Persekitaran

    Tajuk: Haiwan Ternakan

  • 8/8/2019 Assignment Seni Dalam Pendidikan Mei 2010'[1]

    12/17

    12

    Murid diperkenalkan tentang jenis-jenis haiwan yang terdapat di hutan mahupun di

    persekitaran kehidupan murid melalui gambar, rakaman video, penerangan dan

    sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukan pergerakan berkaitan denganhaiwan diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat perkusi.

    Pergerakan : a) Cara haiwan-haiwan berjalan atau bergerak dari satu tempat ke tempat

    yang lain.

    b) Haiwan yang dipilih seperti kucing hendak menerkam mangsa.

    Muzik : a) Bunyi kuat harimau mengaum

    b) Bunyi lembut kucing bermanja-manja dengan tuannya

    Seni Visual: a) Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti suka atau sediah

    dengan menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.

    Pendidikan Seni VisualTema : Persekitaran (Menggambar Bidang A)

    Tajuk : Taman Bunga

    Murid-murid diperkenalkan dengan jenis-jenis bunga-bungaan yang perlu ada dan

    sesuai di tanam di taman bunga melalui gambar, penerangan dan contoh-contoh

    maujud yang ada di persekitaran sekolah.

    Pergerakan : a) Cara bunga-bunga bergerak ketika ditiup angin.

    b) Memungut bunga-bunga yang gugur pada aras yang berbeza: tinggi,

    rendah, berterbangan.

  • 8/8/2019 Assignment Seni Dalam Pendidikan Mei 2010'[1]

    13/17

    13

    Muzik : a) Bunyi yang merdu pokok-pokok bunga menyanyi kerana gembira

    b) Bunyi yang mendayu-dayu bunga-bunga berguguran

    Seni Visual : a) Mewarnakan gambar taman bunga dengan iringan muzik sama ada

    muzik sedih atau gembira.

    Pendidikan MuzikTema : Persekitaran

    Tajuk : Dayung Sampan

    Guru memperkenalkan dan menunjukkan kepada murid-murid senikata lagu

    DAYUNG SAMPAN. Bersoaljawab berkaitan dengan lagu tersebut. Menunjukkan

    kepada murid cara-cara mendayung sampan, mengawal sampan dan memberhentikan

    sampan.

    Pergerakan : a) Cara mendayung sampan

    b) Cara menangkap ikan

    Muzik : a) Bunyi yang menderu air laut terkena dayung

    b) Bunyi air berkocak

    Seni Visual: a) Melukis dan mewarna gambar orang sedang mendayung sampan.

    Matematik

  • 8/8/2019 Assignment Seni Dalam Pendidikan Mei 2010'[1]

    14/17

    14

    Tema : Persekitaran

    Tajuk : Nombor

    Memperkenalkan kepada pelajar nombor-nombor perdana yang perlu dipelajari

    menggunakan kad nombor dan kad gambar. Bersoaljawab tentang nombor yang

    ditunjukkan.

    Pergerakan : a) Menunjukkan bentuk-bentuk nombor menggunakan tangan dan jari.

    Muzik : a) Urutan bunyi berkaitan nombor.

    Seni Visual: a) Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti suka atau sedih

    dengan menggunakan berus dengan warna yang berbeza-beza.

    SainsTema : Persekitaran

    Tajuk : Spring

  • 8/8/2019 Assignment Seni Dalam Pendidikan Mei 2010'[1]

    15/17

    15

    Guru menunjukkan kepada pelajar jenis-jenis spring melalui spring sebenar.

    Bersoaljawab tentang spring dan ciri-ciri spring.

    Pergerakan: a) Melompat seperti spring

    b) Membuat pergerakan menekan spring, memutar spring dan

    membengkokkan dan meregangkan spring.

    Muzik : a) Bunyi yang kuat spring bengkok

    b) Bunyi yang lembut spring ditekan

    Seni Visual: a) Menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan warna yang

    berbeza-beza.

    Kemahiran HidupTema : Persekitaran

    Tajuk : Keselamatan Di Dalam Bengkel

    Guru menerangkan kepada murid tentang langkah-langkah keselamatan di dalam

    bengkel melalui carta langkah-langkah keselamatan. Bersoaljawab tentang langkah-

    langkah keselamatan di dalam bengkel.

    Pergerakan: a) Membuat lakonan tentang langkah keselamatan sewaktu membawa

    barang yang tajam.

    b) Cara meletakkan alatan di tempat yang betul di dalam bengkel.

  • 8/8/2019 Assignment Seni Dalam Pendidikan Mei 2010'[1]

    16/17

    16

    Muzik : a) Bunyi yang kuat alatan tangan jatuh ke lantai dan patah.

    b) Bunyi yang lembut memungut alatan yang jatuh dengan berhati-hati

    Seni Visual: a) Melukis dan mewarna alatan tangan dan membina carta keselamatan.

    KESIMPULAN

    Sebagai rumusan, dapatlah dikatakan bahawa mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan member

    peluang kepada kanak-kanak untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan

    menyeronokkan. Ia menekankan kepentingan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan yang

    melibatkan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kepelbagaian kecerdasan. Mata pelajaran ini juga

    membantu guru-guru menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan ekspresi yang

    melibatkan kepekaan deria kanak-kanak.

    Pada nasa yang sama, ia menekankan penghubungkaitan Seni Visual, Muzik dan Pergerakan

    dengan mata pelajaran lain untuk merangsang pembelajaran serta membantu pemindahan

    pembelajaran. Selain daripada itu, mata pelajaran ini member pendedahan tentang

    pengintegrasian aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam mata pelajaran yang lain

    dengan pendekatan bertema.

    BIBLIOGRAFI

  • 8/8/2019 Assignment Seni Dalam Pendidikan Mei 2010'[1]

    17/17

    17

    Azah Aziz. (1991).Di Taman Seni. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    C.H.Lee. (2004).Pendidikan Muzik KBSR. Seberang Prai: Rhythm Distributor Sdn. Bhd.

    Dr. Rossini Abu. (2005). HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Open

    Universiti Malaysia.

    Faridah Jaafar. (1995).Bunyi dan Muzik. Kuala Lumpur: Pustaka Sistem Sdn. Bhd.

    Hamidah Abdul Hamid. (1995).Pengantar Estetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Mohd. Jamel Ismail & Zulkifli Yaakob. (2007). HBEF 1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala

    Lumpur: Open Universiti Malaysia.

    Zabri Zakaria. (2005). Variasi Seni Dan Muzik. Petaling Jaya: Sejati Books Sdn. Bhd.