assignment bm sintaksis

26
1.0 Pengenalan Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus- rumus yang menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum- hukum tentang susunan kata yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna.Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan untuk bidang ini.Antaranya definisi dari aspek makna dalam sesuatu bahasa yang lain seperti bahasa Yunani, iaitu sun yang bererti “dengan” dan tattein yang bererti “menempatkan bersama – sama”.Oleh yang demikian, secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan sebagai “menempatkan kata – kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat. 1.1 Definisi Sintaksis Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, sintaksis bermaksud sebagai satu cabang ilmu linguistik yang mengkaji tentang peraturan dan susunan kata dalam sesuatu ayat Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi 3, sintaksis adalah suatu kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mengkaji kaedah pengabungan dan penyusunan perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Seperti pengkaji bahasa yang lain, beliau turut mendefinisikan sintaksis sebagai satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji secara mendalam bentuk, struktur dan binaan sesuatu ayat. Sintaksis juga dimaksudkan sebagai susunan kata-kata dalam sesuatu rangkaikata atau ayat yang membentuk klausa dan frasa. Syarifah Nor Syed merujuk kepada Bahasa Melayu Teks Rujukan Lengkap STPM, sintaksis dijelaskan sebagai satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Kajian yang dimaksudkan ialah 1

Upload: haidahar

Post on 17-Jan-2016

197 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Assingment

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Bm Sintaksis

1.0 Pengenalan

Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus yang

menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata

yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang

sempurna.Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan untuk bidang ini.Antaranya definisi

dari aspek makna dalam sesuatu bahasa yang lain seperti bahasa Yunani, iaitu sun yang

bererti “dengan” dan tattein yang bererti “menempatkan bersama – sama”.Oleh yang demikian,

secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan sebagai “menempatkan kata – kata secara

bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat.

1.1 Definisi Sintaksis

          Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, sintaksis bermaksud sebagai satu

cabang ilmu linguistik  yang mengkaji tentang peraturan dan susunan kata dalam sesuatu ayat  

Menurut  Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi 3, sintaksis adalah suatu

kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mengkaji kaedah pengabungan dan

penyusunan perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Seperti pengkaji bahasa

yang lain, beliau turut mendefinisikan sintaksis sebagai satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji

secara mendalam bentuk, struktur dan binaan sesuatu  ayat. Sintaksis juga dimaksudkan

sebagai susunan kata-kata dalam sesuatu rangkaikata  atau  ayat yang membentuk klausa dan

frasa.

 Syarifah Nor Syed merujuk kepada Bahasa Melayu Teks Rujukan Lengkap STPM,

sintaksis  dijelaskan sebagai satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.

Kajian yang dimaksudkan ialah merangkumi kajian tentang hukum  tatabahasa berkaitan

kaedah pengabungan dan penyusunan perkataan untuk menghasilkan sesuatu ayat yang

gramatis dan bermakna.

 Dr Ali Mahmood dan Munsyi Zainal Abidin Kasim dalam buku Morfologi Dan

Sintaksis Bahasa Melayu menerangkan bahawa sintaksis ialah satu cabang ilmu yang

mengkaji bentuk, struktur dan konstruksi ayat. Sintaksis juga mengkaji proses pembinaan ayat

dan hukum-hukum atau peraturan bahasa yang menentukan bagaimana sesuatu perkataan itu

disusun dalam serangkai ayat yang bermakna.      

1

Page 2: Assignment Bm Sintaksis

  Menurut Samsu Yaacob dalam Senarai Semak Sistem Ejaan dan  Tatabahasa

Bahasa Melayu ( Edisi Kemas Kini ), sintaksis adalah suatu bidang linguistik  yang mengkaji

proses-proses pembinaan ayat. Unsur-unsur yang terdapat dalam binaan sintaksis ialah frasa

dan klausa. Gabungan frasa dan klausa akan menghasilkan ayat yang dapat berfungsi dan

bermakna.

        Kesimpulannya, sintaksis boleh dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu linguistik yang

mengkaji proses pembinaan ayat. Binaan sintaksis ini seharusnya terdiri daripada beberapa

unsur seperti frasa dan klausa atau subjek dan predikat. Proses pembinaan ayat ini didasari

hukum dan peraturan yang tertentu agar ayat-ayat yang dihasilkan mengandungi makna yang

lengkap dan difahami. Pembinaan ayat yang gramatis sewajarnya saling dilengkapi   frasa

nama, frasa kerja, frasa adjektif atau  frasa sendi nama yang digabungkan dengan klausa

bebas atau klausa tidak bebas.

1.2 POLA AYAT DASAR

Pola ayat dasar merupakan sumber kepada pembentukan ayat-ayat dalam Bahasa Melayu.

Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat inti. Terdapat empat pola ayat dasar

berdasarkan unsur-unsur binaan ayat:

FN+FN (Frasa Nama + Frasa Nama)

FN+FK (Frasa Nama + Frasa Kerja)

FN+FA (Frasa Nama + Frasa Adjektif)

FN+FS (Frasa Nama + Frasa Sendi)

1.2.1 Frasa

Frasa ialah unit tatabahasa yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi

sekurang-kurangnya satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua

perkataan atau lebih. Frasa menjadi subjek atau predikat dalam binaan ayat serta menjadi

konstituen atau binaan kepada klausa.

Frasa terbahagi kepada empat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa

sendi nama. Dalam setiap frasa ada perkataan yang yang dikenali sebagai inti frasa, iaitu

perkataan yang paling penting dalam frasa. Contoh (berdasarkan Pola FN+FN) :

2

Page 3: Assignment Bm Sintaksis

Encik Shaari ejen insurans.

- Encik Shaari dan ejen insurans adalah inti frasa kepada kedua-dua pola

tersebut.

Jenis perkataan yang menjadi inti frasa menentukan sama ada ia menjadi frasa nama,

frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama.

1.2.1.1 Frasa Nama (FN)

Frasa nama yang terbentuk daripada sederetan perkataan mempunyai dua jenis hubungan

antara perkatan-perkataan ini :

a) inti & penerang

Contoh : Dia menjerit kesakitan. (FN+FK)

Dia - inti ; menjerit kesakitan - penerang

b) inti & inti.

Contoh : Ibu bapa perlu mendidik anak (FN+FN)

Ibu - inti ; bapa - inti.

Dalam binaan frasa nama, penyusunan setiap konstituen amat pentng untuk

menentukan sama ada frasa nama itu digunakan dengan betul atau tidak. Oleh itu, peraturan

Hukum D-M, penggunaan kata bilangan serta panggilan dan penerang mestilah sesuai dalam

frasa nama.

Hukum D-M ialah Hukum Diterang (D) dan Hukum Menerang (M). Dalam frasa nama,

unsur inti yang berada pada kedudukan pertama adalah unsur diterangkan, dan pada

kedudukan kedua merupakan unsur menerangkan.

Contoh : Baju baharu ; Baju - inti / (D)

baharu - penerang /(M)

Hukum D-M mempunyai beberapa kekecualian, antaranya ialah jawatan tertentu yang

biasa digunakan seperti Perdana Menteri (sepatutnya Menteri Perdana) dan naib presiden

(sepatutnya presiden naib).

3

Page 4: Assignment Bm Sintaksis

1.2.1.2 Frasa Kerja (FK)

Frasa kerja terbina daripada satu perkataan sahaja (iaitu terdiri daripada kata kerja tak

transitif) atau sederetan perkataan yang menjadi unsur predikat dalam ayat. Binaan frasa kerja

terbahagi kepada dua :

i. Frasa kerja yang tidak mengadungi objek dan tidak memerlukan kata nama

sebagai penyambung untuk melengkapkannya. Kata kerja di sini ialah kata kerja

tak transitif.

Contoh : Dia tidur. (FN+FK)

ii. Frasa kerja yang mengandungi objek selepas kata kerja untuk melengkapkan

frasa ini. Kata kerja di sini ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek yang

terdiri daripada kata nama.Objek berkenaan boleh diikuti oleh penerang.

Contoh : Siti menyepak bola di padang. (FN+FK)

di sini, bola ialah objek manakala di padang ialah penerang.

1.2.1.3 Frasa Adjektif (FA)

Frasa adjektif boleh terbina daripada satu perkataan atau sederetan perkataan yang

mengandungi kata adjektif sebagai inti. Frasa adjektif adalah unsur predikat dalam binaan ayat

atau sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat, yang hadir selepas kata

kerja. Manakala sebagai kata penerang, kata adjektif hadir selepas kata nama.

Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada satu perkataan sahaja adalah seperti malas,

muram, dan kosong. Frasa adjektif juga boleh dibahagikan kepada dua golongan :

a) Kombinasi dua kata adjektif yang menekankan beberapa unsur:

- keserasian makna. Contoh: cantik molek, penat lelah

- makna berlawanan. Contoh : baik buruk, kecil besar

- keindahan bunyi ritma. Contoh : lemah longlai, kusut masai

b) Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada kata adjektif sebagai inti dan kata nama

sebagai penerang. Ia membawa dua maksud:

- keserupaan. Contoh : merah darah , hijau daun

- kiasan. Contoh : panjang tangan, besar kepala

4

Page 5: Assignment Bm Sintaksis

Dalam frasa adjektif, kata penguat boleh hadir dalam beberapa keadaan:

Di hadapan : paling degil, amat bijak

Di belakang : murah sekali, cepat benar

Secara bebas : amat cantik, cantik amat.

Secara berderetan : sungguh berani sekali, belum cerdik lagi

Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif hadir sebagai predikat, sebagai kata

keterangan selepas kata kerja dan penerang selepas frasa nama. Dalam susunan ayat biasa,

frasa adjektif boleh mengalami susunan songsang. Contoh :

Tali itu amat panjang sekali.

Amat panjang sekali tali itu.

1.2.1.4 Frasa Sendi Nama (FS)

Frasa sendi nama ialah binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu sendi nama dan

frasa nama yang menjadi pelengkap kepada sendi nama itu. Dalam binaan ayat biasa, frasa

sendi nama menjadi predikat dalam ayat. Frasa sendi nama boleh dibentuk melalui empat cara:

i. Sendi nama dan frasa nama.

Contoh : di Melaka

ii. Sendi nama, kata nama arah dan frasa nama. 

Contoh : di bawah meja

iii. Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan ayat komplemen.

Contoh : ke perpustakaan untuk meminjam buku rujukan.

(binaan ketiga ini memperlihatkan kita bahawa unsur kata nama arah dan ayat

komplemen merupakan unsur pilihan)

iv. Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan frasa keterangan.

Contoh : ke Johor pada setiap bulan.

(binaan keempat ini memperlihatkan unsur keterangan bersifat pilihan)

5

Page 6: Assignment Bm Sintaksis

1.3 AYAT TERBITAN

Ayat terbitan ialah ayat yang telah mengalami perubahan daripada ayat dasar.

Perubahan ini berlaku melalui tiga proses, iaitu penyusunan semula, peluasan dan

pengguguran. Ayat yang dihasilkan melalui tiga proses ini dinamakan ayat terbitan atau ayat

transformasi.

1.3.1 Proses Penyusunan Semula

Ayat yang mengalami proses penyusunan semula ialah ayat yang diubah daripada ayat

dasar kepada ayat bentuk baharu seperti ayat pasif, ayat yang mengandungi dua objek dan

ayat songsang. Dalam proses penyusunan semula bentuk perkataan dalam ayat asal diubah

susunannya dan diterbitkan semula dalam bentuk ayat baharu.

Dalam proses penyusunan semula ayat ini, biasanya akan berlaku perubahan sama ada

kata-kata tertentu telah diubah, diganti atau digugurkanbagi menerbitkan bentuk ayat baharu

yang gramatis. Namun demikian, pada umumnya makana ayat tidak berubah walaupun ayat itu

mengalami proses penyusunan semula. Dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga proses

penyusunan semula ayat, iaitu:

Penyusunan semula objek ayat aktif menjadi subjek ayat pasif

Penyusunan semula objek sipi menjadi objek tepat

Penyusunan semula menjadi ayat songsang

Penyusunan

Semula Objek

Ayat Aktif

Menjadi Subjek

Ayat Pasif

Penyusunan semula ayat terbitan

jenis ini berlaku melalui proses

menukar ayat aktif kepada ayat pasif.

Frasa nama yang menjadi objek

dalam ayat aktif disusun semula

menjadi subjek dalam ayat pasif.

Ayat aktif: Mikael menendang bola.

Ayat pasif: Bola ditendang oleh Mikael.

Bola yang menjadi objek dalam ayat aktif

diubah dan disusun semula menjadi

subjek dalam ayat pasif.

Penyusunan

Semula Objek

Sipi Menjadi

Objek Tepat

Penyusunan semula boleh dilakukan

pada ayat yang mengandungi dua

objek, iaitu objek tepat dan objek sipi

dalam ayat 1, buku disusun semula

menjadi objek tepat dalam ayat 2.

1. Pengetua menghadiahi Aisyah buku.

2. Pengetua menghadiahkan buku

kepada Aisyah.

Buku menjadi objek sipi dalam ayat 1

diubah dan disusun semula menjadi

objek tepat dalam ayat 2.

6

Page 7: Assignment Bm Sintaksis

Penyusunan

Semula Menjadi

Ayat Songsang

Penyusunan semula ayat boleh

dilakukan dengan cara

menyongsangkan ayat. Maksudnya

ayat biasa disusun semula menjadi

ayat songsang.

1. Anak lelaki Pak Hamid melanjutkan

pelajaran ke universiti.

2. Melanjutkan pelajaran ke universiti,

anak lelaki Pak Hamid.

Bahagian predikat dalam ayat 1 diubah

tempat dan disusun semula menjadi ayat

songsang.

1.3.2 Proses Peluasan

Ayat yang mengalami proses peluasan merupakan ayat terbitan daripada ayat dasar yang

ditambah dengan unsur-unsur yang baharu atau perkataan lain. Dalam Bahasa Malaysia

terdapat beberapa jenis proses peluasan, antaranya:

Peluasan frasa nama sebagai subjek

Peluasan frasa nama sebagai subjek dilakukan melalui proses relativasi, iaitu dengan cara

memancangkan ayat baharu yang menggunakan frasa relatif yang ke dalam satu ayat lain.

Contohnya: Ayat (1) dipancangkan masuk dengan ayat (2) untuk menjadi ayat (3):

1. Doktor itu memeriksa pesakit.

2. Doktor itu abang saya.

3. Doktor yang memeriksa pesakit itu abang saya.

Ayat 3 mengalami proses peluasan frasa nama subjek dengan cara memancangkan frasa relatif

yang bagi menggantikan frasa subjek doktor itu yang sama atau serupa yang sepatutnya

berulang dalam ayat, tetapi digugurkan.

Peluasan frasa nama sebagai predikat

Peluasan frasa nama sebagai predikat boleh dilakukan dengan cara memancangkan frasa

relatif yang bagi menggantikan frasa nama yang sama atau serupa dengan frasa nama predikat

yang digugurkan. Contoh ayat 1 dipancang masuk ke dalam ayat 2 menjadi ayat 3.

1. Kakak saya membaca novel.

2. Novel itu tebal.

3. Kakak saya membaca novel yang tebal.

7

Page 8: Assignment Bm Sintaksis

Ayat 3 mengalami proses perluasan predikat dengan cara memancangkan frasa relatif yang

bagi menggantikan frasa nama yang sama atau berulang dalam predikat, tetapi digugurkan iaitu

novel itu.

Peluasan dengan kata hubung

Peluasan ayat melalui penggunaan kaya hubung boleh dilakukan dengan cara menggabungkan dua ayat

atau lebih dengan menggunakan kata hubung seperti dan, serta, tetapi, lalu, jika, walaupun,

sungguhpun, kerana dan sebagainya. Berikut adalah contoh-contohnya:

Contoh ayat Menjadi…..

1a. Azli membaca akhbar.

1b. Azman membaca akhbar.

Azli dan Azman membaca akhbar.

2a. Aqeim membuat lawatan ke Terengganu.

2b.Rakan-rakannya membuat lawatan ke

Terengganu.

Aqeim serta rakan-rakannya

membuat lawatan ke Terengganu.

3a. Pemburu itu terserempak dengan serigala itu.

3b. Ia menembaknya.

Pemburu itu terserempak dengan

serigala itu, lalu ia menembaknya.

4a. Pelajar itu tidak ke sekolah kelmarin.

4b. Dia sakit.

Pelajar itu tidak ke sekolah kelmarin

kerana dia sakit.

Peluasan melalui proses komplementasi

Peluasan ayat boleh juga dilakukan melalui proses komplementasi, iaitu proses mengubah ayat

menjadi satu frasa nama dan memancangkannya pada satu ayat lain sebagai ayat komplemen

atau pelengkap. Ayat yang melalui proses komplementasi ini lazimnya didahului oleh kata

komplemen bahawa seperti dalam ayat 3 yang berikut:

a. Askar itu melaporkan (sesuatu)

b. Dia telah membunuh tiga orang musuh.

menjadi

c. Askar itu melaporkan bahawa dia telah membunuh tiga orang musuh

8

Page 9: Assignment Bm Sintaksis

4.3 Proses Pengguguran

Proses pengguguran ialah proses penerbitan ayat terbaharu yang terbentuk daripada dua atau

lebih ayat dasar yang mempunyai unsur yang sama atau serupa baik pada bahagian subjek,

mahupun bahagian predikat. Salah satu daripada unsur yang sama yang tidak perlu diulang itu

digugurkan, misalnya subjek yang sama, atau kata kerja yang sama, atau objek yang sama.

Dalam Bahasa Malaysia, terdapat tiga jenis pengguguran utama, iaitu:

Pengguguran

frasa nama

sebagai

subjek

melalui dua proses berikut:

Pengguguran

subjek dalam ayat

perintah

Pengguguran

subjek yang serupa

dalam ayat majmuk

a. Kamu keluar

menjadi

b. Keluar!

1a. Ramlan sangat gembira.

1b. Ramlan memenangi pingat emas.

menjadi

1c. Ramlan sangat gembira kerana memenangi

pingat emas.

Pengguguran

frasa predikat

melalui dua cara:

Pengguguran

seluruh frasa

predikat

Pengguguran Frasa Nama Predikat Yang

Serupa

a. Heykal mahasiswa Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

b. Khairul mahasiswa Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

menjadi

c. Heykal dan Khairul mahasiswa Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Pengguguran Frasa Adjektif

a. Bapa sangat rajin.

b. Anaknya sangat rajin.

menjadi

c. Bapa dan anaknya sangat rajin.

Pengguguran Frasa Sendi Nama

9

Page 10: Assignment Bm Sintaksis

Pengguguran

bahagian-bahagian

frasa predikat

a. Pak Dollah ke Australia.

b. Isterinya ke Australia.

menjadi

c. Pak Dollah dan isterinya ke Australia.

Contoh:

a. Penjahat itu ditangkap oleh polis.

b. Penjahat itu ditangkap polis.

Pengguguran

frasa nama

yang

mendahului

frasa relatif

berlaku apabila frasa nama

itu direlativasikan dan

digantikan dengan kata

relatif.

a. Penceramah itu bapa saya. Penceramah itu

memakai baju Melayu.

menjadi

b. Penceramah yang memakai baju Melayu itu

bapa saya.

menjadi

c. Yang memakai baju Melayu itu bapa saya.

1.4 AYAT TUNGGAL

Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal

juga sebenarnya mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu subjek dan satu predikat

tersebut. Ayat tunggal terbina daripada ayat dasar. Malah binaan ayat tunggal mempunyai

persamaan dengan ayat dasar. Namun, yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar

ialah ayat tunggal terdiri daripada ayat tanya, ayat perintah ayat seruan dan sebagainya.

Sementara, ayat dasar terdiri daripada ayat penyata.

Jelas bahawa ayat tunggal terbina secara mudah dengan hanya mempunyai konstituen satu

subjek dan satu predikat. Contoh:

Subjek Predikat

Ibu Ali ustazah.

Pelari itu sangat pantas.

Aiman membaca novel.

10

Page 11: Assignment Bm Sintaksis

Nurul ke sekolah.

Dalam proses binaan ayat tunggal ini, terdapat juga proses penyongsangan seperti predikat

mendahului subjek seperti dalam ayat songsang. Contoh:

Mariam ke pasar raya hari ini. Ke pasar raya Mariam hari ini.

Baju itu di dalam almari. Di dalam almari baju itu.

Kuih itu dimakannya. Dimakannya kuih itu.

Pokok kayu itu ditebangnya. Ditebangnya pokok kayu itu.

1.5 RAGAM AYAT

Terdapat dua jenis ragam dalam ayat. Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif

mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asas sebagai judul. Ayat pasif pula mengutamakan

subjek terbitan sebagai judul. Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat

frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkaitan. Contoh:

Ayat aktif Ayat pasif

Amar menendang bola itu Bola itu ditendang oleh Amar.

Saya menendang bola itu.

Saya tendang bola itu. (ayat pasif yang

mengalami pendepanan predikat)

Bola itu saya tendang.

1.5.1 Ayat aktif

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal

sebagai unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak

transitif. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh

frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut. Ayat aktif tak transitif

ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek

sebagai penyambut. Contoh :

11

Page 12: Assignment Bm Sintaksis

a) Ayat Aktif Transitif

Subjek Predikat

Kata Kerja Transitif Objek

Ribut

Ahmad

Pengarah

melanda

mengarang

merasmikan

kampung kami.

buku cerita.

seminar itu

b) Ayat Aktif Tak Transitif

Subjek Predikat

Kata Kerja Tak Transitif Objek

Dia

Bas itu

Diana

berada

menuju

menangis

di Kuala Lumpur.

ke Kota Bharu.

sepanjang malam.

1.5.2 Ayat Pasif

Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata

kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat pasif dalam

bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu:

a. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif

b. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua

c. Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif

Subjek Kata Kerja Pasif Oleh + Frasa Nama

Keterangan

Buku itu

Sampah sarap

sudah diambil

dipungut

oleh Amin

oleh pekerja

pagi tadi.

setiap hari.

12

Page 13: Assignment Bm Sintaksis

Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua

Subjek Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama atau kedua

Keterangan

Masakan itu

Hutang itu

belum engkau makan

akan kami jelaskan

lagi.

segera.

Ayat pasif dengan perkataan ”kena” yang hadir sebelum kata kerja

Subjek Kena Kata Kerja Dasar Oleh+Frasa Nama

Harimau itu

penagih itu

kena

kena

tembak

tangkap

oleh pemburu.

oleh polis.

13

Page 14: Assignment Bm Sintaksis

2.0 ANALISIS CERPEN : MELISSA

( Contoh Ayat :- Ayat Dasar, Ayat Tunggal, Ayat Terbitan dan Ragam Ayat)

Cerpen ini mengisahkan Pak Itam digambarkan oleh penulis sebagai

seorang pejuang yang cekal. Beliau keluar masuk penjara kerana

penentangannya terhadap Inggeris. Ketika Pak Itam membaca majalah Mastika

lama, terpapar kisah isterinya, Siti Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika beliau

ditahan di penjara Singapura. Itulah kali terakhir beliau menatap wajah dua orang

anaknya, lzwan dan Nuryani Iman.

Peristiwa itu menyebabkan Pak Itam tersentuh. Pak Itam teringat akan isteri

dan kedua-dua orang anaknya. Hingga ke akhir hayatnya, Pak Itam tidak bertemu

dengan mereka. Pada ketika itu, seorang perempuan tua datang lalu mendekati

jenazah Pak Itam. Dia memegang kaki Pak Itam sebelum meletakkan sejambak ros.

Dengan linangan air mata, perempuan tua itu beredar. Tatkala orang ramai tercengang

memikirkan identiti perempuan tua itu, Tuk Mat sambil menyapu air matanya

menganggap hajat Pak Itam sudah tercapai.

Berdasarkan antologi teks sastera, cerpen Memori Seorang Tua oleh Zahari

Affandi, terdapat beberapa penggunaan ayat dasar, tunggal, terbitan dan ragam ayat.

Berikut adalah contoh-contoh ayat yang digunakan:

2.0 Ayat Dasar

1. Dia sahabat lamanya yang mati dalam satu kemalangan

jalan raya di Bukit Lanjut jalan ke Kuala Pilah. (frasa nama +

frasa nama)2. Tuk Mat bekas sarjan polis pencen.

3. Pak Itam terlentok di kerusi.

(frasa nama +

4. Tuk Mat amat terharu melihat keredupan wajah Pak Itam.

5. Anak-anak Langat bertepuk gemuruh.

14

Page 15: Assignment Bm Sintaksis

frasa kerja)6. Pak Itam tercegat di depan tangga.

7. Cik Habsah dari Terengganu sudah pun dijemput untuk

menyanyikan lagu Ulek Mayang.

(frasa nama +

frasa sendi nama)

8. Pungguk di belakang rumah terus merintih, merindu

bulan yang tinggi.

9. Kulit dan batang lengannya masih pejal dan kemas.

(frasa nama +

frasa adjektif)

10. Pagi masih lagi meredup, suram dan dingin.

2.2 Ayat Terbitan

1. Pak Itam menarik beg lusuh yang tersangkut di paku atas

kepalanya, lalu dilambakkan isinya ke atas lantai simen di

depannya.

Penyusunan

semula

2. Telegram Sidah dan suaminya dari UK yang tiba semalam

dibacanya lagi.

3. Tiba-tiba hatinya dipintali kesayuan.

4. Dirabanya cermin matanya di atas meja kecil di sebelahnya,

lalu dilekat di mukanya.

Proses

peluasan

5. Tuk Mat dan keluarganya dirasakan sudah jadi bukan orang

lain lagi.

6. Isa, Latif dan Jali tersengih di bawah khemah dekat busut

jantan yang dikelilingi oleh rumpun pohon pisang lemak manis.

7. Hidupnya seharian ialah teh serbat, surat khabar, majalah-

majalah luar dan dalam negeri, kucingnya yang berpuluh ekor

di kandang serta ayam-ayamnya di reban.

8. Pak Itam semakin terasa dirinya kecil dan kerdil!

9. Yang memeningkan kepala Pak Itam, apabila dibagi duit, baik

Tuk Mat, isterinya Halimah dan Rokiah semuanya menolak. Pengguguran

10. Suruh dia panggil doktor, cepat!

15

Page 16: Assignment Bm Sintaksis

2.3 Ayat tunggal

1. Pak Itam merebahkan kepalanya ke sandaran kerusi malas di kaki lima

rumahnya.

2. Pak Itam mengangguk.

3. Muka Kiah kelihatan cemas.

4. Pak Itam tersenyum di dalam rumahnya.

5. Malam itu bulan cerah.

6. Pak Itam menguap.

7. Kebersihan sebahagian daripada iman.

8. Isterinya yang menjahitnya.

9. Pak Itam mengulum senyuman.

10. Dadanya terasa sebak.

2.4 Ragam Ayat

1. Pak Itam mengiring langkah Tuk Mat yang bertubuh sasa itu

dengan perasaan yang penuh kesyukuran.

Ayat aktif

2. Rokiah meletakkan mangkuk tingkat dekat pintu.

3. Sebelum pergi, dia mencium tangan Pak Itam.

4. Pak Itam menarik sapu tangan dalam poket baju Melayunya,

terketar-ketar menyapu peluh yang mulai merintik di seluruh

mukanya.

5. Jali memecut motosikalnya ke arah pekan Langat.

6. Perempuan itu melutut dengan memegang kaki Pak Itam yang

sudah tidak bergerak itu.

7. Sidah dianggap seperti anaknya.

8. Telegram Sidah dan suaminya dari UK yang tiba semalam

dibacanya lagi.

9. Pak Itam sudah siap berpakaian, sepasang baju Melayu dan

bersamping kain tenun warna biru laut yang dihadiahkan oleh

16

Page 17: Assignment Bm Sintaksis

Tuk Mat. Ayat pasif

10. Jali yang berambut panjang sampai ke paras bahu kelihatan

disanggul kemas dan diikat dengan getah.

3.0 RUMUSAN ANALISIS CERPEN MELISSA

Secara rumusannya, daripada pembacaan saya berdasarkan cerpen ini, saya dapati

bahasa yang digunakan amat puitis dan gramatis. Ayat-ayat yang digunakan oleh penulis

sangat menitikberatkan hukum tatabahasa dalam Bahasa Melayu. Cerpen ini banyak

menyelitkan aspek sintaksis termasuklah ayat terbitan, ayat dasar, ayat tunggal dan ragam

ayat.

Berdasarkan cerpen ini, didapati penulis juga banyak menggunakan ayat yang agak

rumit, iaitu memerlukan pemahaman pembaca yang agak tinggi untuk memahaminya. Pembaca

perlu meneliti ayat dengan teliti agar pembacaan menjadi bermakna. Ayat yang digunakan

mempunyai makna yang tersirat seperti ‘orang putih memang cekik darah, mulutnya manis,

tetapi perutnya busuk dan cemar’, ‘apa yang diperjuangkan oleh Pak Itam adalah untuk

menyuruh orang melayu memakai baju. Memakai kasut, mengorek keluar segala cucu cicit

cacing yang membuncitkan perut orang Melayu’ dan banyak lagi.

Hal ini menunjukkan penulis menggunakan bahasa kiasan untuk memberikan gambaran

agar pembaca dapat merungkai dengan lebih baik isi tersurat ayat atau mesej yang ingin

disampaikan. Jelasnya, penulis mempunyai semangat patriotik yang amat menebal, sehingga

mampu untuk menyatakan perasaaan dengan sangat mendalam melalui penulisan cerpen

Memori Seorang Tua ini.

Jika diteliti dengan lebih mendalam, penulis juga ada menyelitkan unsur-unsur gaya

bahasa dalam sastera dalam karyanya seperti unsur Simile - kian mengecil seperti sebiji debu,

peribahasa - seperti enau di belukar, metafora - tangisan ketakwaan, penggunaan Bahasa

Inggeris - vision, Happy Birthday To You serta personifikasi - Pungguk di belakang rumah terus

merintih, merindu bulan.

17

Page 18: Assignment Bm Sintaksis

Kesimpulannya, cerpen karya Zahari Affandi ini amat cemerlang dari aspek bahasa dan

jalan penceritaannya. Cerpen ini amat sesuai untuk dijadikan rujukan kepada semua lapisan

murid dan pelajar, sama ada di sekolah menengah mahupun peringkat yang lebih tinggi lagi.

REFLEKSI

Akhirnya, tugasan Sintaksis Bahasa Melayu yang diamanahkan pensyarah kepada saya

berjaya saya siapkan. Semuanya adalah hasil berkat usaha dan komitmen, bertungkus lumus

dan kerjasama rakan-rakan yang saling memberi input demi kelancaran tugasan. Sekalung

penghargaan saya dedikasikan kepada pensyarah pembimbing kerana memberi nasihat dan

penerangan terhadap tugasan saya kali ini.

Tugasan ini merupakan tugasan yang melibatkan pemahaman dan pengaplikasian teori

dari segi konseptual mengenai ilmu sintaksis Bahasa Melayu sebelum dianalisis secara

terperinci terhadap penerangan pembentukan subjek, predikat,dan objek.

Tugasan ini merupakan satu aspek pengujian terhadap pemahaman pelajar sepanjang

menghadiri kuliah BMM 3110 Sintaksis bahasa Melayu. Isi pelajaran yang telah diajarkan

pensyarah seperti pembentukan subjek, predikat, objek, frasa dan klausa. Selain itu, tugasan ini

memerlukan pengaplikasian membina ayat yang gramatis seperti ayat susunan biasa,

songsang, songsang terbahagi, pasif, aktif, dan lain-lain.

Masalah yang saya hadapi sepanjang proses menyiapkan tugasan ini ialah masalah

kekangan masa. Kekangan masa dan rutin sebagai seorang guru, ibu dan isteri sedikit

sebanyak membantutkan perjalanan kerja kursus projek ini. Walaubagaimanapun, saya tetap

berusaha dengan sebaiknya untuk menghasilkan kerja kursus ini sebaiknya.

Tugasan ini memberi keyakinan kepada saya dalam mengaplikasikannya di dalam bilik

darjah. Aspek sistem bahasa yang melibatkan sintaksis seperti ayat tunggal dan ragam ayat

menjadi fokus dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru bahasa Melayu, tugasan ini

telah mengajar saya erti perincian dan ketepatan dalam menganalisis hujah berdasarkan bukti

yang kukuh. Saya perlu menggali ilmu ini sedalam-dalamnya sebelum mendedahkannya

kepada murid.

18

Page 19: Assignment Bm Sintaksis

Akhir kalam, saya berharap ilmu yang saya peroleh sepanjang proses menyiapkan

tugasan ini dapat memberi banyak makna kepada saya untuk bekalan masa hadapan.

Sesungguhnya, ucapan penghargaan dari sudut hati yang ikhlas sahaja dapat saya ungkapkan

kepada pensyarah dan rakan-rakan yang terlibat secara langsung dalam tugasan ini. Jasa dan

kerjasama kalian amat saya sanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

RUJUKAN

Amdun Husain et.al (2007) Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Asraf (2007) Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi.

Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

19

Page 20: Assignment Bm Sintaksis

LAMPIRAN

20