sjh3033 2014 assignment

37
SJH 3033 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah 1.0 Pengenalan Apakah masksud “sejarah”? Banyak pendapat telah dikemukakan oleh para sarjana mengenai maksud sejarah. Dalam pada itu, perkataan atau istilah sejarah itu sendiri mempunyai sejarah dan pengertiannya. Ditinjau dari sudut etimologi, Kamus Dewan sejarah bererti sastera lama, asal usul (keturunan), salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat tambo; tawarikh. 1 Selain itu, terdapat pelbagai pengertian sejarah telah dikemukakan oleh sejarawan. R.O. Winstedt mengatakan perkataan sejarah itu juga berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud salasilah, tawarikh atau babad. 2 E.H. Carr antara sejarawan temama pertengahan kurun ke-20 mengatakan, “sejarah adalah satu proses interaksi berterusan di antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, satu dialog yang tidak berkesudahan di antara masa kini dengan masa lampau.” 3 Menurut Herodotus pula, sejarah sebagai satu penetapan criteria atau indicator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. 4 Dalam konteks pendidikan di Malaysia, Kurikulum Baru Sekolah Rendah, (KBSR) merupakan perintis kepada model- model kurikulum di Malaysia. Sebagai tapak permulaan, 1 Tengku Iskandar,(peny.) 1970. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 1033. 2 Winstedt, R.O. 1970. Kamus Bahasa Melayu. Cetakan keempat. Kuala Lumpur: Marican & Sons Sdn. Bhd., hlm. 272. 3 Carr., E.H, 1984. Apakah Sejarah. Terjemahan Abudul Rahman Hj. Ismail. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 27. 4 Dr. Ismail Bin Said, Kurikulum Sejarah, : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, 2014, hlm .45.

Upload: chin-joo-chew

Post on 19-Nov-2015

97 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Sjh3033 2014 Assignment

TRANSCRIPT

SJH 3033Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah1.0 PengenalanApakah masksud sejarah? Banyak pendapat telah dikemukakan oleh para sarjana mengenai maksud sejarah. Dalam pada itu, perkataan atau istilah sejarah itu sendiri mempunyai sejarah dan pengertiannya. Ditinjau dari sudut etimologi, Kamus Dewan sejarah bererti sastera lama, asal usul (keturunan), salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat tambo; tawarikh.[footnoteRef:1]Selain itu, terdapat pelbagai pengertian sejarah telah dikemukakan oleh sejarawan. R.O. Winstedt mengatakan perkataan sejarah itu juga berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud salasilah, tawarikh atau babad.[footnoteRef:2] E.H. Carr antara sejarawan temama pertengahan kurun ke-20 mengatakan, sejarah adalah satu proses interaksi berterusan di antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, satu dialog yang tidak berkesudahan di antara masa kini dengan masa lampau.[footnoteRef:3] Menurut Herodotus pula, sejarah sebagai satu penetapan criteria atau indicator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.[footnoteRef:4] [1: Tengku Iskandar,(peny.) 1970. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 1033.] [2: Winstedt, R.O. 1970. Kamus Bahasa Melayu. Cetakan keempat. Kuala Lumpur: Marican & Sons Sdn. Bhd., hlm. 272.] [3: Carr., E.H, 1984. Apakah Sejarah. Terjemahan Abudul Rahman Hj. Ismail. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 27.] [4: Dr. Ismail Bin Said, Kurikulum Sejarah, : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, 2014, hlm .45.]

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, Kurikulum Baru Sekolah Rendah, (KBSR) merupakan perintis kepada model-model kurikulum di Malaysia. Sebagai tapak permulaan, banyak kekurangan serta penambahbaikan yang telah dilakukan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun, ia menjadi asas kepada permulaan kurikulum sehingga terhasilnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang juga dikenali sebagai KBSR pada tahun 1983. Di bawah KBSR, pendidikan Sejarah telah digabungkan dengan pendidikan Geografi menjadi mata pelajaran bersepadu yang dikenali sebagai Kajian Tempatan (KT) dan murid-murid wajib mempelajari mata pelajaran ini apabila mereka berada di Tahap 2 iaitu bermula pada Tahun 4 sehingga Tahun 6. Namun begitu, mata pelajaran Kajian Tempatan ini tidak dimasukkan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Apabila KSSR diperkenalkan di sekolah rendah pada tahun 2011, mata pelajaran Kajian Tempatan telah ditransformasikan kepada mata pelajaran yang lebih khusus iaitu Sejarah. Mata pelajaran Sejarah akan dilaksanakan secara rasmi bermula pada tahun 2014 di semua sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan di Malaysia. Kurikulum Sejarah di sekolah rendah akan memberi penekanan yang khusus kepada sejarah negara selaras dengan dengan kehendak kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia celik sejarah di samping menghayatinya. Mata pelajaran Sejarah termasuk dalam mata pelajaran teras di bawah tunjang kemanusiaan. Subjek ini akan diajar kepada murid-murid Tahap 2 dan kurikulum diorganisasikan secara modular. Kandungan mata pelajaran pula disediakan dalam bentuk modul. Tujuan untuk menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran sejarah.[footnoteRef:5] [5: Dr. Ismail Bin Said, Kurikulum Sejarah, : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, 2014, hlm .1.]

2.0 Latar Belakang kurikulum sejarah di sekolah rendah sehingga menculnya Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).2.1 Kronologi Pengenalan Kurikulum Sejarah di Sekolah RendahPada tahun 1994, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah dipinda dan dinamakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) bertujuan untuk melahirkan murid-murid berperibadi seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani selaras dengan hasrat falsafah pendidikan negara. Dengan itu berlaku pembahan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran sejarah. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi telah digabung menjadi mata pelajaran bersepadu yang dikenali sebagai Kajian Tempatan (KT). Mata pelajaran ini merangkumi bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan yang membicarakan dan mengkaji interaksi manusia dengan manusia dan manusia dengan alam persekitarannya. Tujuan mata pelajaran Kajian Tempatan ini ialah untuk membentuk rakyat Malaysia yang bersatu, hidup dalam masyarakat yang mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, mengamalkan demokrasi, penyayang, progresif, sejahtera serta bersemangat patriotik.[footnoteRef:6] Mata pelajaran ini diajar secara fomal di Tahap Dua bagi mengukuhkan lagi pengetahuan, pemahaman, kemahiran, kesedaran dan nilai yang telah disepadukan secara terancang dalam mata pelajaran lain di Tahap Satu, terutama mata pelajaran bahasa. Walau bagaimanapun, sejak KBSR di perkenalkan sehingga tahun 1998 di dapati bahawa pencapaian kemahiran dalam mata pelajaran Sejarah adalah paling rendah berbanding dengan mata pelajaran Sains, Geogra dan Tatarakyat. Wan Mohd. Zahid Mohd Nordin (1988) telah menjalankan kajian untuk melihat kejayaan program KBSR. Daripada kajian ini, didapati pencapaian kemahiran dalam mata pelajaran Sejarah amat lemah kerana hanya 36.5% sahaja murid mencapai kelulusan 50% ke atas. [6: Kementerian Pendidikan Malaysia (1994). Buku Panduan KBSM. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur: DBP, KPM.hlm.13.]

Pada 14 Oktober 2008, idea memperkenalkan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah telah mula diketengahkan oleh YAB Perdana Menteri pada masa tersebut iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataannya pada 14 Oktober 2008 ketika merasmikan Bangunan Wisma Sejarah Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) di Kuala Lumpur. Beliau menyatakan supaya Sejarah dijadikan subjek wajib di peringkat sekolah rendah untuk menaikan generasi muda mempunyai pemahaman yang mendalam tentang sejarah tanah air sendiri. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyatakan bahawa Sejarah sangat penting kerana ia menjadikan anak-anak kita, walaupun mereka menjadi jurutera atau doctor, tetap menjadi seorang rakyat yang sangat memahami sejarah tanah air, bangsa dan pengorbanan pemimpin. Selain itu, menurut Datuk Seri Abdullah, kerajaan mencadangkan mata pelajaran Sejarah diwajibkan di semua sekolah rendah di seluruh negara bagi mendedahkan para pelajar kepada sejarah pembangunan negara bermula daripada peringkat umur rendah. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipetik sebagai berkata, Sejarah adalah elemen penting dalam peradaban bangsa. Generasi muda perlu mendalami pengetahuan mengenai sejarah bangsa dan pembangunan negara. (Utusan Malaysia: 15 Oktober 2008)

Sejarah sangat penting kerana ia menjadikan anak-anak kita, walaupun mereka menjadi jurutera atau doctor, tetap menjadi seorang rakyat yang sangat memahami sejarah tanah air, bangsa dan pengorbanan pemimpin, kata Tun Abdullah Ahmad Badawi.Gambar rajah 2.1.1: Tun Abdullah Ahmad Badawi

Pada 16 November 2008, di kalangan ahli akademik, ramai menyokong cadangan mengenai mata pelajaran Sejarah dalam kurikulum sekolah rendah dengan syarat kaedah penyampaiannya perlu diperhalusi dan diperbincangkan secara menyeluruh sebelum dilaksanakan dijangka pada 2010, seterusnya dinilai dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada 2013. Selain itu, pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dilaporkan berkata "Teknik pembelajaran mata pelajaran Sejarah perlu lebih menarik dan ringkas supaya ia diminati generasi muda, sekali gus mendalami sejarah negara dan bukan hanya untuk lulus peperiksaan." Beliau juga berkata, langkah memperkenalkan mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah baik bagi memastikan genertasi mudah memahami sejarah negara. (Berita Harian: 16 November 2008)

Gambar rajah 2.1.2: Berita Harian, 16 November 2008

Pada 17 Disember 2008, Tan Sri Abdul Rahman Arshad sebagai salah satu tokoh pendidikan negara kita telah menyokong dan menyarankan subjek Sejarah dijadikan teras pada peringkat sekolah rendah dan diajar secara penceritaan dalam transformasi pendidikan yang bakal dimulakan pada tahun 2010. Hal ini kerana beliau berpendapat bentuk pembelajaran cara lama dengan menghafal nama, tarikh dan kejadian tidak berkesan lagi dalam membentuk sahsiah pelajar terhadap kecintaan kepada tanah air. Bekas Ketua Pengarah Pelajaran itu mengulas cadangan Kementerian Pelajaran melakukan transformasi pendidikan sekolah rendah mulai 2010 dengan mengambil kira pendedahan pelbagai aspek sejarah negara, selaras usaha memupuk dan memperkukuh integrasi nasional di kalangan generasi muda. Abdul Rahman juga berkata, bentuk pembelajaran di sekolah rendah perlu berbeza daripada sekolah menengah kerana ia membabitkan pelajar berusia tujuh hingga 12 tahun. (Berita Harian : 17 Disember 2008)Pada 14 Jun 2009, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom mengumumkan hasrat kerajaan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai salah satu mata pelajaran wajib di sekolah rendah. Beliau berkata, pengenalan mata pelajaran Sejarah bukan sahaja selaras dengan transformasi sistem pendidikan negara dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, malah mampu mempercepatkan proses transformasi sistem pendidikan negara. Pengenalan mata pelajaran Sejarah akan dimulakan di 500 buah sekolah perintis di seluruh negara bermula tahun 2010 atau 2011 yang belum dimuktamadkan pada ketika itu. Tan Sri Alimuddin Mohd Dom juga berkata "Sebelum ini, Sejarah hanya menjadi sebahagian daripada mata pelajaran Kajian Tempatan. Bagaimanapun, tidak lama lagi pengajaran dan pembelajaran Sejarah akan diterapkan kepada murid di sekolah rendah bermula dengan Tahun Satu. (Berita Harian Online: 14 Jun 2009)Pada 23 Oktober 2010 , YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusan kerajaan yang akan melaksanakan pengenalan mata pelajaran Sejarah di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula tahun 2014. Tempoh yang agak panjang itu diambil bagi menyelaraskan pusingan awal KSSR yang dimulakan dengan murid Tahun Satu pada sesi persekolahan 2011 yang hanya akan menjengah ke Tahun Empat pada tahun 2014. Tempoh itu juga adalah mencukupi bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan latihan dan tenaga guru yang cukup bagi opsyen Sejarah seiring dengan hasrat kerajaan menjadikan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tahun 2013. Pengenalan mata pelajaran Sejarah di bawah KSSR akan menggantikan mata pelajaran Kajian Tempatan yang akan dimansuhkan secara berperingkat sehingga pusingan pertama KSSR tamat pada tahun 2016.Pada 24 Oktober 2010, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran telah memutuskan bahawa mata pelajaran Sejarah akan mula diajar di sekolah rendah bermula tahun 2014. Mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah akan diajar menggunakan pendekatan education is fun menerusi pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen.

Gambar rajah 2.1.3: Dr. Mohd Puad Zarkashi

Gambar rajah 2.1.4: Berita Harian, 25 Oktober 20102.2 Matlamat Kurikulum Pendidikan SejarahMatlamat Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah adalah membolehkan murid memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia.[footnoteRef:7] [7: Dr. Ismail Bin Said, Kurikulum Sejarah, : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, 2014, hlm .3.]

2.3 Objektif Kurikulum Pendidikan SejarahManakala berdasarkan objektif kurikulum pendidikan sejarah yang telah digariskan oleh Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Dokumen Standard Kurikulun dan Prestasi (DSKP), Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah di sekolah rendah pula mempunyai banyak objektif yang harus dicapai. Antaranya seperti membolehkan murid-murid memahami peristiwa masa lalu melalui sikap ingin tahu, mengenal pasti pelbagai sumber dan maklumat sejarah, memahami idea, konsep serta elemen sebab dan akibat dalam sejarah. Selain itu, murid-murid juga dapat memahami kepentingan sejarah dalam kehidupan dengan mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah sebagai usaha untuk mengukuhkan suasana keharmonian. Murid-murid juga dapat menyatakan pelbagai bentuk persembahan dan hasil dapatan daripada interpretasi kajian sejarah. Menilai warisan negara dalam konteks kawasan setempat, negara dan global juga merupakan objektif yang harus dicapai dalam pembelajaran kurikulum Sejarah di sekolah rendah. Murid- murid juga boleh memahami proses pembinaan tamadun manusia yang mempengaruhi kehidupan masyarakat dan mengetahui kehidupan dan kebudayaan masa lalu dan masa kini masyarakat di Malaysia. Selain itu, murid-murid juga boleh memahami kedudukan kaum dalam konteks lokasi dan pembentukan kaum sebagai pengukuhan kepada persefahaman kaum. Murid-murid juga dapat memahami cabaran negara dalam konteks mempertahankan kedaulatan negara bagi pembinaan jati diri. Murid-murid juga dapat mengenal pasti usaha dan sumbangan para pemimpin negara dalam melahirkan perasaan bangga dan hormat. Akhir sekali, murid-murid dapat menilai pencapaian dan kemajuan negara dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.[footnoteRef:8] [8: Dr. Ismail Bin Said, Kurikulum Sejarah, : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, 2014, hlm .3.]

3.0 Hubungkaitkan Kurikulum Sejarah Agar Berupaya Melahirkan Individu, Masyarakat Dan Negara Yang Berjiwa Patriotik.Dalam merangka Kurikulum Standard Sekolah Rendah, beberapa teras utama telah dijadikan asas dalam menggubal sebuah kurikulum yang holistik dan mapan. Antara teras-teras utama yang dijadikan asas dalam pembangunan kurikulum di bawah KSSR termasuklah Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Wawasan 2020, Rancangan Jangka Panjang, Cabaran Abad ke-21, Model Baru Ekonomi, Teori Pembelajaran (terkini), Sumber Ilmu yang Muktabar dan 4 Tonggak UNESCO iaitu, belajar untuk mengetahui (Learn to know), belajar untuk bertindak (Learn to Do), Belajar untuk hidup bersama (Learn to Leaving Together) dan belajar untuk membentuk peribadi (Learn to Be).Selain itu, dalam menggubal KSSR, beberapa prinsip utama turut digunakan dalam menggubal sebuah kurikulum yang mampu melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Secara prinsipnya juga, KSSR telah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Antara prinsip yang dijadikan asas dalam menggubal KSSR termasuklah pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan saksama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup.Bagi prinsip pertama pendekatan bersepadu adalah tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Kurikulum Sejarah KSSR digubal dengan menggabungkan unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai iaitu mengetahui asas sejarah perkembangan negara, mengaplikasi Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dan menerapkan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik. Selain itu, prinsip kedua Perkembangan Individu Secara Menyeluruh adalah KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu. Kurikulum Sejarah KSSR penting dalam memenuhi keperluan intelek, emosi dan sosial kepada setiap individu murid. Dari segi intelek ialah memahami dan menilai setiap peristiwa sejarah dan kesinambungannya dalam kehidupan masa kini. Dari segi emosi adalah mewujudkan keterikatan emosi kepada negara (dimensi ketujuh dalam dimensi kewarganegaraan). Dari segi sosial ialah mewujudkan persekitaran sosial yang baik di antara masyarakat pelbagai kaum melalui perpaduan nasional. Di samping itu, prinsip ketiga Pendidikan Saksama untuk Semua Murid adalah KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang menyeluruh dan seimbang. Mata pelajaran Sejarah KSSR telah dijadikan mata pelajaran teras bagi murid-murid Tahap Dua yang wajib dipelajari oleh semua individu murid. Prinsip yang seterusnya Pendidikan Seumur Hidup adalah KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat. Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan satu alat berfikir yang mampu diamal dan diaplikasikan sepanjang hayat dalam memahami dan menilai setiap peristiwa bersejarah dalam kehidupan.[footnoteRef:9] [9: Zintulniza Abdul Kadir, Sudut Pandang Muhyiddin Yassin, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. 2011, hlm. 47.]

Kurikulum Standard Sekolah Rendah menggunapakai konsep tunjang yang merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohami, emosi, jasmani dan sosial. ENAM tunjang telah diperkenalkan di bawah KSSR yang mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan pengstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh murid. Setiap tunjang adalah saling berhubung kait dan bersepadu. Enam tunjang tersebut adalah komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan keterampilan diri. Bagi mata pelajaran sejarah adalah dibawah tunjuang kemanusiaan. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan.[footnoteRef:10] Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu danamalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. [10: Dr. Ismail Bin Said, Kurikulum Sejarah, : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, 2014, hlm .2.]

Bagi melahirkan individu, masyarakat dan negara yang patriotik, terdapat beberapa elemen yang telah diperkenalkan dalam Sejarah KSSR yang mampu memupuk patriotisme dalam kalangan individu, masyarakat dan negara termasuklah Dimensi Kewarganegaraan, Nilai Sivik, Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah, Pendekatan PdP dan Standard Prestasi.[footnoteRef:11] [11: Kementerian Pendidikan Malaysia. Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran: Sejarah Tahun 4, hlm. 36.]

Elemen yang paling terutama ialah Elemen Kewarganegaraan Dan Nilai Sivik. Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010), kalimah sivik membawa maksud ilmu tatarakyat, hak, perasaan tanggungjawab terhadap seseorang atau masyarakatnya. Ini membawa maksud, sivik merujuk kepada ilmu yang membicarakanmengenai kehidupan rakyat atau tatarakyat, kebudayaan dan cara hidup, adat resam masyarakat dan sebagainya. Malah sifat kebertanggungjawaban juga merupakan salah satu dari prinsip pendidikan sivik. Mengikut kamus Advanced English Dictionary, sivik di dalam bahasa inggeris bermaksud civic. Menurut kamus tersebut, perkataan civic membawa maksud pertalian diantara penduduk dengan sesuatu ketamadunan atau pembandaran. Manakala definisi kewarganegaraan menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010) pula ialah perihal warganegara, kerakyatan sesebuah negara. Tidak seorang pun boleh dilucutinya secara sewenang-wenang. Secara kesimpulan dapat dikelaskan bahawa sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Begitu juga dengan sejarah iaitu mengetahui masa silam. Kesedaran sivik bermaksud rasa tanggungjawab yang lahir secara ikhlas dalam menjaga kepentingan awam demi kebaikan bersama. Pengetahuan sivik terdiri daripada maklumat dan idea asas yang pelajar harus mengetahui serta menggunakannya untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan produktif. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini membolehkan pelajar membuat keputusanmenyelesaikan masalah sivik dan memberi sumbangan terhadappembangunan masyarakat dan negara. Setiap individu mempunyai peranan dalam memartabatkan Pendidikan Sivik Dan KewarganegaraanTerdapat tujuh dimensi kewarganegaraan yang mampu memupuk patriotisme iaitu, perkongsian sejarah, perkongsian nilai, perkongsian masa hadapan, perasaan kekitaan, tanggungjawab warganegara, kesetiaan dan keterikatan emosi kepada negara. Tujuh dimensi kewarganegaraan tersebut adalah digunakan untuk menerapkan Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diterapkan dalam Sejarah KSSR bertujuan untuk dijadikan asas dalam melahirkan warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan. Elemen ini dapat membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai kesepaduan sosial dan integrasi nasional. Tujuh dimensi kewarganegaraan tersebut merupakan salah satu elemen yang penting untuk memupuk patriotisme dalam kalangan murid. Hal ini demikian kerana setiap dimensi kewarganegaraan tersebut mempunyai unsur patriotik yang amat diperlukan oleh sesebuah negara untuk memajukan masyarakat dan negara. Pertama sekali dimensi kewarganegaraan yang ditekankan ialah perkongsian sejarah. Sejarah sememangnya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia pada masa sekarang mahupun pada masa hadapan walaupun sesetengah masyarakat awam berpendapat sejarah itu hanyalah rangkaian kisah lalu dan tidak perlu diungkit lagi. Malah menurut mereka iaitu masyarakat awam yang tidak mempunyai kefahaman mengenai disiplin ilmu sejarah ini, belajar sejarah itu bukannya kewajipan dan tidak mempelajarinya bukanlah satu kesalahan. Pandangan ini sememangnya tidak benar bagi golongan intelek sejarah kerana menurut mereka sejarah itu merupakan peristiwa masa lalu yang kita harus terima ia mempunyai kegunaan, malah nilaian tertentu, dalam kehidupan manusia. Sedikit sebanyak kita dapat melihat bahawa sejarah itu suatu proses yang bersambungan. kita dapat merasakan bahawa sesuatu peristiwa yang kita hadapi pada hari ini merupakan sebahagian daripada peristiwa semalam dan kemungkinan besar pula akan menunjang menjadi sebahagian daripada peristiwa yang akan berlaku pada masa akan dating. Perkongsian sejarah ini juga membolehkan kita mengingati kegemilangan masa silam yang mana jika ada kesedaran, kegigihan dan kesungguhan di kalangan pemimpin dan rakyat, keagungan tersebut mampu diulangi malah mungkin lebih cemerlang. Kita juga haruslah mengambil iktibar kesan penjajahan kuasa luar ke atas negara. Disamping itu juga kita dapat menghayati peristiwa kemerdekaan negara. Malaysia kini mengecapi pelbagai kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan menjadi antara negara membangun yang paling maju di dunia. Dengan kegigihan pemimpin dan rakyatnya, tidak mustahil Malaysia mampu mengecapi kegemilangan dan mengulangi semula zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.[footnoteRef:12] [12: Ruslan Zainuddin, 2003. Sejarah Malaysia, Shah Alam: Oxford University Press, hlm. 139.]

Selain itu, dimensi kewarganegaraan yang ditekankan juga terdapat kesetiaan, kurikulum melalui pendidikan sejarah, konsep kesetiaan dapat dipupuk sebagai satu nilai hidup yang penting bagi membina dan meningkatkan komitmen generasi muda tentang tanggungjawab mereka kepada negara dan bangsa. Dimensi kesetiaan dalam pendidikan sejarah ini akan dapat memupuk perasaan taat dan setia pada negara dalam kalangan murid. Secara lama-kelamaan, pendidikan sejarah dapat memberikan implikasi yang positif dan melahirkan masyarakat yang mentaati Raja dan negara serta menghormati pemimpin-pemimpin negara kita yang telah memberi bangak sumbagan kepada negara kita. Dengan demikian, masyarakat juga akan mematuhi undang-undang dan peraturan negara supaya tidak melakukan akitiviti-aktivit yang melanggar undang-undang negara. Justeru itu, dimensi kesetiaan akan mengukuhkan ketahanan negara dan mendorong semangat ingin berkorban dan berbakti kepada bangsa dan negara. Nilai kesetiaan juga dapat meningkatkan semangat juang dan jati diri di kalangan rakyat untuk mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Konsep kesetiaan ini boleh dipupuk dengan menamkan semangat patriotisme seperti keberanian, semangat perjuangan, semangat rela berkorban, cekal dan ketahanan diri. Sejarah sesuatu bangsa harus menghidupkan semangat ingin berbakti dan semangat berkorban yang boleh mendorong kepada perjuangan yang lebih besar. Oleh demikian, semangat patrotik dapat dipupukan melalui kurikulum sejarah.Dimensi Kewarganegaraan dalam kurikulum Sejarah juga melahirkan perkongsian kekitaanan dalam diri kita. Ianya membantu kita menghargai dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan negara dengan membentuk sikap sepunya dan kebersamaan. Proses mendapatkan kemerdekaan telah pun selesai pada 1957 tetapi pengisiannya bukanlah perkara yang mudah. Lebih sukar di negara majmuk seperti Malaysia. Jika generasi muda hari ini tidak memahami sejarah pembentukan negara, apa yang telah bina akan runtuh dan musnah. Meruntuhkan sesuatu amat mudah tetapi untuk membina atau membentuk sesuatu itu yang sukar. Negara merdeka Tanah Melayu dibentuk hasil tolak ansur orang-orang Melayu untuk menerima golongan imigran Cina dan India. Pemahaman terhadap kontrak sosial ini amat penting untuk memacu Malaysia sebagai negara maju. Kegagalan memahami kontrak sosial ini mampu mendatangkan impak negatif kepada negara. Namun begitu dengan memiliki pengetahuan sejarah, rakyat Malaysia dapat memahami situasi ini dan akan menjadi bangsa yang bersyukur seterusnya bersama-sama mengembling tenaga untuk membangun dan mengukuhkan negara (Abdul Rahman, 2005). Kini, rakyat Malaysia sudah matang dalam memahami situasi semasa. Amalan hormat-menghormati kepelbagaian kaum, budaya dan agama amatlah dipuji dan boleh menjadi contoh kepada negara berbilang bangsa yang lain. Disamping itu, dengan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan telah dapat mengeratkan lagi rakyat Malaysia dibawah satu bahasa. Tambahan lagi pencapaian negara sudah berada ditahap yang membanggakan.[footnoteRef:13] [13: Abd.Rahim Abd. Rashid, Pendidkan Sejarah: Falsafah, Teori dan Amalan, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. 1999, hlm. 18.]

Selain itu, nilai sivik juga merupakan salah satu elemen yang telah diperkenalkan dalam Sejarah KSSR yang mampu memupuk patriotisme dalam kalangan individu, masyarakat dan negara. Pengetahuan sejarah amat penting kerana ia dapat menyemai nilai-nilai sivik yang diperlukan dalam proses perkembangan dan pembangunan individu. Melalui pendidikan sejarah, seseorang akan memperoleh nilai-nilai sivik seperti nilai kemanusiaan dan kemoralan yang boleh dijadikan contoh teladan dan panduan.[footnoteRef:14] Banyak peristiwa dan kejadian yang berlaku dalam rakaman sejarah sesuatu bangsa dan negara memperlihatkan nilai-nilai sivik yang penting dalam kehidupan manusia. Nilai-nilai ini dapat membina insight dalam pembangunan intelektual dan kemoralan individu serta masyarakat. Pendidikan sejarah sebagai ejen pembangunan manusia boleh membina pelbagai nilai sivik seperti nilai moral, nilai sosial, nilai budaya dan estetika, nilai sosialisasi politik, nilai tradisi, nilai universal, nilai perpaduan dan persefahaman, nilai patriotisme dan sebagainya. Justeru itu, melalui kurikulum sejarah, nilai-nilai sivik yang dipupuk kepada murid-murid akan memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyediakan murid untuk memainkan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, beretika tinggi, hidup dalam semangat perpaduan. Hal ini demikian kerana nilai sivik yang terdapat dalam kurikulum sejarah boleh menjadi alat penting bagi memupuk perpaduan bangsa dan membina masyarakat yang bersatu padu dalam konteks masyarakat pelbagai kaum seperti yang dihadapi oleh negara. Pendidikan sejarah akan dapat memupuk nilai sivik seperti unsur-unsur perpaduan kaum dan memupuk persefahaman untuk membina kehidupan bersama walaupun wujudnya sifat kepelbagaian budaya. Kurikulum sejarah juga menghapuskan polarisasi kaum dengan memupuk nilai-nilai persefahaman dan penyatuan masyarakat berbilang kaum.[footnoteRef:15] Hal ini kerana melalui pendidikan sejarah murid-murid bukan sahaja dapat memahami budaya dan agama diri sendiri, tetapi bangsa lain juga. Dengan demikian, murid-murid akan menghormati amalan kepelbagaian kaum, budaya dan agama di negara kita. Secara tidak langsung, nilai-nilai sivik telah dapat dipupukan dalam kalangan murid dengan melalui pendidikan sejarah agar dapat melahirkan masyarakat yang saling menghormati, bersatu padu dan harmonis. Langkah ini penting dijadikan asas pembinaan bangsa dan negara yang telah mengalami pengaruh penjajahan. Pendidikan sejarah perlu membaiki pemikiran dan wawasan berfikir generasi muda terhadap negara dan pembinaan bangsa Malaysia. [14: Abd.Rahim Abd. Rashid, Pendidkan Sejarah: Falsafah, Teori dan Amalan, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. 1999, hlm. 36.] [15: Prof.Madya Dr. Ishak Ramly, Inilah Kurikulum Sekolah, Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn.Bhd. 2003, hlm . 65. ]

Di samping itu, elemen yang telah diperkenalkan dalam Sejarah KSSR yang mampu memupuk patriotisme dalam kalangan individu, masyarakat dan negara juga adalah Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS). Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan proses kognitif yang membolehkan murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru. KPS juga membantu murid memahami bagaimana sejarawan menggabungjalinkan peristiwa lalu dengan menggunakan bukti-bukti sejarah bagi menentukan signifikan sesuatu peristiwa ke arah meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif. Penguasaan kesemua elemen dalam kemahiran ini membolehkan murid dapat melihat sesuatu peristiwa sejarah secara empati. KPS sesuai diaplikasikan dalam hampir semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Penerapan KPS dapat membantu guru menghidupkan suasana pembelajaran Sejarah yang sekaligus boleh meningkatkan minat murid. Ini membolehkan murid menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif. Antara kemahiran pemikiran sejarah adalah memahami kronologi,meneroka bukti, membuat interpretasi, membuat imaginasi, membuat rasionalisasi. Memahami kronologi bermaksud melihat masa lalu, kini dan masa akan datang mengikut urutan sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Sebagai contoh murid-murid yang telah belajar tentang zaman pra sejarah, dapat melakar carta masa yang menunjukkan kehidupan zaman pra sejarah seperti Paleolitik, Neolitik dan Logam. Melalui pemahaman kronologi ini para pelajar dapat membuat perkaitan antara masa lalu dengan masa kini. Kedua, kemahiran meneroka bukti ini adalah mengenalpasti sumber pertama dan kedua serta membuat perbandingan antara kedua-dua sumber tersebut, di samping mendapat maklumat daripadanya. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru bagi menerapkan kemahiran meneroka bukti ialah dengan mengarahkan pelajar berfikir dan meneroka bukti tentang mengapa kebanyakan kerajaan-kerajaan dahulu wujud di tepi pantai. Kemahiran yang seterusnya ialah membuat interpretasi. Ia bermaksud membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa dengan memberi ulasan dan kupasan. Dengan itu pelajar akan lebih memahami perkaitan antara fakta Sejarah dan tafsiran Sejarah dengan baik. Kemahiran membuat interpretasi ini juga bermakna masa lalu yang boleh difahami melalui pemerhatian dan interpretasi yang sistematik dapat membantu kita hidup dengan lebih baik pada masa hadapan (Paul & Elder, 2006). Sebagai contoh pelajar dikehendaki membuat tafsiran tentang konsep tamadun mengikut pandangan Barat dan Islam. Dengan membandingkan kedua-dua pandangan ini pelajar telah membuat tafsiran dan ulasan serta perbandingan tentang perbezaan kedua-dua pandangan Barat dan Islam. Keempat, kemahiran membuat imaginasi merupakan kemahiran pemikiran Sejarah. Ia merupakan satu usaha melibatkan pelajar dengan sesuatu situasi dalam peristiwa Sejarah yang dikaji. Kemahiran imaginasi ialah secara visual dan empati. Empati misalnya merujuk kepada seseorang yang menilai sejarah menurut kacamata sumber atau subjek sejarah yang terlibat, contohnya untuk menilai tindakan kenapa Tunku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura dari Malaysia, maka kita perlu meletakkan diri kita pada tempat Tunku pada ketika keputusan penting tersebut hendak diambil. Cara ini boleh menjelaskan kepada kita mengapa tindakan itu diambil. Kemahiran yang terakhir adalah membuat rasionalisasi. Ia melibatkan penggunaan akal dalam membuat pertimbangan yang wajar dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Para pelajar perlu mempunyai kemahiran mengumpul data, membuat hipotesis, menentukan signifikan bukti dan membuat inferens daripada data yang dikumpul. Kemahiran ini membolehkan kita mendapat pengetahuan yang penting daripada kajian masa lalu yang seterusnya membimbing kita untuk membuat keputusan yang lebih baik pada masa hadapan (Paul & Elder, 2006). Kelima-lima kemahiran tersebut adalah kemahiran-kemahiran yang sangat melibatkan proses-proses Sejarah atau kemahiran prosedural guru dan pelajar. Para guru akan membimbing pelajar untuk membuat perkaitan antara masa lalu dan masa kini, menganalisis, menyelidik dan memproses bukti-bukti,membuat hipotesis, memahami dan memberi penerangan serta membuat pertimbangan. Seterusnya, ia pula akan terlaksana apabila para guru Sejarah melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran Sejarah. Dengan menggunakan kemahiran pemikiran sejarah murid-murid akan lebih berminat dan memahami sejarah serta peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa dahulu. Secara langsungnya, semangat cinta akan negara akan dapat ditingkatkan dalam kalangan murid kerana mereka akan lebih memahami dan menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh negara kita. Seterusnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) kurikulum sejarah juga merupakan salah satu elemen yang penting dalam memupuk patriotisme dalam kalangan individu, masyarakat dan negara. Pendekatan PdP mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah akan menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif melalui aktiviti inkuiri penemuan dan penerokaan bagi mengukuhkan pemahaman tentang sejarah. Keberkesanan dan kejayaan pengajaran dan pembelajaran Sejarah bergantung kepada kreativiti guru merancang, mengolah dan melaksanakan pendekatan, kaedah, teknik secara bersepadu dan sistematik. Pendekatan PdP adalah amat penting untuk membantu murid-murid memahami sejarah dan memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid. Oleh itu, guru hendaklah merancang pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid bagi menggalakkan penglibatan yang aktif agar dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik. Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran Sejarah seperti Teknik Sebab dan Akibat dapat membantu murid bukan sahaja lebih memahami sejarah, tetapi juga dapat berfikir scara berfikir secara kreatif dan inovatif. Dengan pendekatan PdP tersebut, murid-murid akan berupaya untuk menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea, atau kejadian yang boleh mengakibatkan kesan-kesan berikutnya. Menerusi teknik ini, murid boleh menerangkan urutan perkara-perkara penting dengan cara logik atau menaakul. Murid mampu mengenal pasti hubungan sebab dan akibat dengan cara yang berfokus. Secara tidak langsungnya, pendekatan PdP akan membantu murid-murid lebih memahami dan mengambil iktibar daripada peristiwa lampau melalui mata pelajaran Sejarah serta mencetuskan semangat cinta akan tanah air. Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah tanah air dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat dihindarkan.[footnoteRef:16] Sebagi contohnya, penghayatan mata pelajaran Sejarah membolehkan kita membaca tentang masalah perkauman dan perebutan kuasa yang berlaku antara pembesar-pembesar pada zaman Kesultanan Melayu Melaka telah membuka pintu kepada penjejahan imperialis-imperialis Barat selama 446 tahun. Nasib rakyat peribumi tidak terbela dan mereka hidup merana. Oleh itu, sudah tentu masyarakat pada zaman ini tidak menginginkan peristiwa pahit tersebut berulang. Mereka akan mengambil iktibar, berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia dan bukannya mengikut etnik masing-masing untuk mempertahankan negara kita daripada ancaman luar. Di samping itu, Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) juga merupakan salah satu pendekatan PdP yang berkesan untuk menarik dan meningkatkan minat murid-murid serta dapat memupukan semangat patriotisme dalam kalangan murid. PLBD ialah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif. PLBD mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari di dalam bilik darjah.[footnoteRef:17] Hal ini demikian kerana PLBD boleh memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyeronokkan seperti lawatan sambil belajar ke muzium negara. Dengan demikian, murid-murid akan lebih memahami dan menghargai jasa tokoh-tokoh negara kita yang sanggup berkorban demi tanah air yang tercinta. Sebagai contohnya, murid-murid akan sedar bahawa perjuangan ke arah kemerdekaan bukanlah sesuatu yang mudah dicapai, ia adalah dengan kolaborasi dan kerjasama antara kaum Melayu, Cina dan India berkat usahasama Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambathan, barulah kita dapat merasai nikmat kemerdekaan. Sehubungan dengan itu,mata pelajaran Sejarah berperanan sebagai satu platform yang cukup untuk mengetengahkan kembali warisan sejarah kita suatu ketika dahulu. [footnoteRef:18] [16: Nik Azis Nik Pa, Noraini Idris, Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia: Pengalaman 50 Tahun Merdeka, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. 2008, hlm. 457.] [17: Kementerian Pendidikan Malaysia. Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran: Sejarah Tahun 4, hlm. 21.] [18: Mohd Sohaimi Esa, Dayu Sansalu dan Budi Anto Mohd Tamring, Hubungan Etnik: Kelangsungan Pembinaan Negara Bangsa. Bandar Puchong: Penerbit Multimedia Sdn.Bhd. 2011, hlm. 20.]

Akhirnya, Standard Prestasi juga merupakan salah satu elemen yang telah diperkenalkan dalam Sejarah KSSR yang mampu memupuk patriotisme dalam kalangan individu, masyarakat dan negara. Standard Prestasi ini merupakan salah satu penilaian yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar. Penilaian yang dijalankan di peringkat sekolah dilaksana dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran sumatif pula dilaksana di akhir unit pembelajaran, semester atau tahun. Pentaksiran dilakukan secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran melalui pelbagai cara. Antaranya ialah pemerhatian, kerja kursus, kajian kes, membina buku skrap dan folio, membuat demonstrasi, simulasi, kuiz dan ujian bertulis. Ia juga sebagai suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid (indicator of success). Dengan menggunakan standard prestasi di sekolah dalam kurikulum sejarah dapat memastikan kefahaman terhadap sejarah bagi setiap murid. Oleh itu, standard prestasi membantu guru untuk mencapai objektif kurikulum sejarah agar melahirkan murid-murid yang bersemangat patriotik melalui mata pelajaran sejarah yang jelas mendidik dan memberikan ilmu ke arah semangat cinta negara. Usaha ini dapat melahirkan warganegara Malaysia yang peka akan sejarah negara dan bangsanya dan yang paling penting melahirkan semangat patriotik di peringkat awal lagi kerana diperingkat ini mereka mudah menerima ilmu, membentuk nilai diri dan perspektif. Pada masa yang sama sejarah memberi kita peluang menghayati dan memahami kerelevenan sejarah dalam kehidupan harian dan kehidupan masa depan. Cara memupuk semangat patriotisme kepada pelajar mestilah melalui kesedaran dan ilmu sejarah.

4.0 Refleksi KendiriNama : LOW KHAI CHUANOpsyen: PISMP SEJ AMBILAN JAN 2014Pada 1 Julai 2014, saya telah mendapat tajuk tugasan kerja kursus daripada pensyarah subjek SJH 3303 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah, En. Samsudin Bin Haji Saad. Kami telah ditugaskan untuk menyediakan tugasan yang berkaitan dengan subjek sejarah akan menjadi subjek wajib kepada murid di sekolah rendah bagi menggantikan subjek Kajian Tempatan. Usaha ini bagi melahirkan individu, masyarakat yang bertanggungjawab terhadap negara, agama dan bangsa. Saya berasa sangat gembira kerana tajuk kerja kursus ini releven dengan apa yang kami telah belajar pada waktu kuliah. Oleh demikian, saya dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari. Walau bagaimanapun, saya juga berasa risau sebab saya tidak berkeyakinan untuk menyempurnakan kerja kursus ini dengan cemerlang. Akan tetapi, saya berharapan untuk menjalankan tugas dengan baik di bawah bimbingan dan dorongan pensyarah saya.Dalam sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, saya telah dapati bahawa pendidikan merupakan salah satu alat yang penting dan berkesan dalam memupuk semangat perpaduan dan menyatukan rakyat bagi sesuatu negara terutamanya negara yang berbilang kaum seperti Malaysia. Pada pendapat saya, kelebihan bagi kurikulum sejarah yang telah menjadi subjek wajib kepada murid di sekolah rendah bagi menggantikan subjek Kajian Tempatan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah kurikulum sejarah berupaya menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam kalangan murid. Semangat cinta akan negara amat vital dan perlu dipupuk dalam sanubari rakyat jelata sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lantaran itu, pengajaran mata pelajaran Sejarah dianggap sebagai satu landasan bagi memupuk semangat kebangsaan. Selain itu, pendidikan sejarah juga dapat menjadi sebagai alat perpaduan bangsa dan membina masyarakat yang bersatu padu dalam konteks masyarakat pelbagai kaum seperti yang dihadapi oleh negara. Maka jelaslah, patriotisme pasti terpasak padu dalam nurani pelajar menerusi instrument ini.Selain itu, kelemahan bagi kurikulum sejarah adalah kecenderungan tumpah tindih dalam kurikulum sejarah. Kurikulum sejarah berada ditakuk lama iaitu lebih menyajikan rekonstruksi peristiwa dan aktiviti manusia masa lampau yang kebanyakannya bersifat abstrak. Hal ini menyebabkan pembelajaran sejarah di dalam kelas tidak lebih daripada aktiviti hafal-menghafal atau terbatas kepada pengembangan ingatan sahaja. Fenomena ini juga telah disuarakan sendiri oleh Prof. Khoo Khay Kim. Beliau menyifatkan pembelajaran sekadar menghafal dan meluahkannya kembali di dalam peperiksaan sebagai burung kakak tua. Di samping itu, sumber buku-buku sejarah dan media pembelajaran tentang subjek sejarah masih terbatas. Salah satu punca yang menyumbang kepada fenomena tersebut ialah kerana kebanyakan pengajaran guru terlampau terikat kepada buku teks. Malahan nota-nota yang diberi juga disalin seratus peratus daripada buku teks. Media pembelajaran yang diguna pula tetap sama iaitu dengan cara guru membaca buku teks di hadapan kelas. Walaupun penggunaan buku teks mempunyai beberapa kelebihan seperti mempunyai ringkasan dan rumusan sejumlah maklumat penting yang berkaitan dengan sesuatu topik, memudahkan pelajar memperoleh bahan khusus dalam bentuk yang telah disatukan dan menyediakan sumber maklumat yang seragam. Walau bagaimanapun, pergantungan yang sepenuhnya kepada buku teks menyebabkan maklumat dan pengalaman pembelajaran yang ingin diterapkan kepada pelajar-pelajar menjadi terbatas dan kaku. Selain itu, ia juga menyumbang kepada beberapa masalah yang lain. Antara masalah tersebut ialah kesukaran murid memahami istilah yang sukar, abstrak dan di luar pengalaman mereka. Bagi mengatasi kekurangan dan masalah tersebut, maka guru sejarah perlu bijak menggunakan media-media dan sumber-sumber sejarah dalam proses PdP tanpa mengetepikan penggunaan buku teks itu sendiri.Seterusnya, penambahbaikan dalam kurikulum sejarah adalah para guru haruslah menggunakan pelbagai sumber sejarah seperti dokumen (akhbar, majalah, berbagai jenis surat, laporan buku catatan dan lain-lain), rekod-rekod (sumber-sumber kesusasteraan sejarah dan biografi) serta tinggalan-tinggalan berunsurkan sejarah untuk mengatasi kekurangan maklumat dalam subjek sejarah ini. Selain itu, guru juga perlu menggabungkan media dengan bahan-bahan pengajarannya. Hal yang demikikan kerana penggunaan media mampu menjadikn proses P&P sejarah lebih teratur dan berkesan. Antara kebaikan penggunaan media ialah ia menyumbang kepada peningkatan minat pelajar, dapat menggalakkan pembacaan sendiri dan penyelidikan dalam kalangan pelajar serta mampu meningkatkan pengekalan pembelajaran. Jenis-jenis media atau alat yang sesuaikan digunakan dalam PdP sejarah ialah alat pandang, alat pandang dengar, alat dengar,jadual, peta dan glob serta alat bergambar dan grafik.Selain itu, dalam sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, saya telah dapati bahawa dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru boleh memilih dan menggunakan teknik-teknik pengajaran yang sesuai. Teknik-teknik itu haruslah berasaskan kajian daripada bidang-bidang yang ada kaitannya dengan ilmu pendidikan, seperti bidang psikologi, sosiologi, falsafah pendidikan dan pedagogi. Memang tidak dapat disangkal bahawa pelbagai teknik boleh diaplikasikan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, namun demikian harus diingat bahawa tiada satu teknik pun yang dianggap sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan atau terbaik untuk semua situasi pengajaran. Oleh itu, teknik yang digunakan itu harus bergantung pada peringkat umur, suasana bilik darjah dan kemampuan serta minat murid terhadap bahan pengajaran yang akan disampaikan. Tegasnya, seorang guru itu mestilah bijak memilih teknik-teknik yang akan digunakannya semasa menyampaikan sesuatu pengajaran.Akhir kata, saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang selalu berkolaborasi dan bekerjasama sepanjang proses menjayakan kerja kursus ini. Yang paling penting, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Samsudin Bin Haji Saad yang banyak memberi tunjuk ajar dan penolongan kepada kami dalam proses menjayakan kerja kursus ini.

5.0 KesimpulanPatriotisme adalah satu elemen utama dalam pendidikan sejarah yang bertujuan membina kesedaran dan mengukuhkan semangat perjuangan dan cintakan bangsa dan negara. Memupuk nilai-nilai patriotisme pada umumnya menjadi matlamat penting pendidikan sejarah dan ia dapat dicapai jika sekiranya kurikulum sejarah negara ini menitikberatkan kepada nilai-nilai ini. Melalui nilai patriotisme yang menjadi asas untuk mengembangkan semangat kebangsaan dan semangat kenegaraan adalah diharapkan generasi muda mempunyai semangatketahanan yang baik, berbangga dengan negara mereka dan mampu menghadapi persaingan dalam dunia yang berubah. Semangat patriotisme ini akan memperkukuhkan .perkembangan individu dengan membina semangat cintakan bangsa dan negara, mencurahkan kesetiaan dan perjuangan mereka kepada kepentingan bangsa dan negara. Beberapa contoh pendidikan yang bertujuan menanamkan semangat patriotisme boleh diteliti seperti yang berlaku di negara Jepun dan Amerika Syarikat. Nilai-nilai patriotisme di negara ini boleh disemai, dengan meluas dalam sistem pendidikan dan persekolahan. Kurikulum pendidikan di sekolah perlu dikaji semula bagi tujuan memupuk dan menyemaikan semangat patriotisme ini di kalangan generasi muda. Semangat patriotism ini amat penting bagi menghadapi cabaran globalisme yang melanda dan cuba menghancurkan pembinaan konsep negara bangsa.[footnoteRef:19] [19: Nik Azis Nik Pa, Noraini Idris, Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia: Pengalaman 50 Tahun Merdeka, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. 2008, hlm. 428.]

Pendidikan sejarah ialah asas penting dalam pembinaan bangsa Malaysia. Mempelajari sejarah bukanlah semata-mata untuk mendapatkan pengetahuan, tetapi ia boleh menjadi pedoman dan memberi iktibar kepada sesuatu bangsa tentang apa yang telah berlaku. Apa yang telah berlaku perlu dinilai semula bagi tujuan merancang perubahan masa depan. Oleh sebab sejarah memberikan banyak pengajaran yang berkait dengan jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan negara maka sejarah patut dijadikan garis panduan untuk pembinaan semula kedudukan dan kekuatan bangsa dan negara. Burckhardt (1986) dalam bukunya Reflections On History menyorot kepentingan sejarah bagi menonjolkan pelbagai perkara penting tentang perkembangan aspek kemanusiaan seperti krisis negara bangsa, pembinaan bangsa dan negara dan perjuangan tokoh terbilang. Sejarah memberi kita kemahiran intelektual yang amat bernilai bagi memahami dan mencungkil perkara yang telah berlalu dan membantu seseorang membuat andaian-andaian di sebalik apa yang berlaku. Mengikut Butterfield (1973), kepentingan sejarah dalam kehidupan manusia atau sesuatu bangsa ialah ia melibatkan pertimbangan nilai (judgement of values) dan pertimbangan moral.[footnoteRef:20] [20: Abd.Rahim Abd. Rashid. Pendidkan Sejarah: Falsafah, Teori dan Amalan, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. 1999, hlm. 7.]

Elemen penting pendidikan sebagai asas pembinaan negara-negara ialah nasionalisme. Nasionalisme ialah semangat kebangsaan dan semangat kenegaraan bagi membentuk satu haluan perubahan baru kepada kebangkitan dan pembinaan semula kekuatan sesuatu bangsa. Pendidikan dalam konteks yang luas perlu menyemaikan nasionalisme baru dan bukan nasionalisme sempit yang bersifat perkauman dan keagamaan. Bagaimanapun semangat kebangsaan perlu diutamakan bagi membentuk negara bangsa. Proses pengintegrasian budaya kaum lain ke dalam budaya negara bangsa yang melibatkan asimilasi budaya dan akultrasi budaya perlu berlaku dengan pelbagai cara dan pendekatan. Polisi pembangunan sosial, ekonomi dan politik yang bertujuan mengukuhkan kedudukan dan pembinaan negara bangsa wajar dibuat bagi membolehkan penghormatan bangsa dibina. Nasionalisme baru boleh menjadi alat bagi menggemblengkan hasrat dan cita-cita baru membina negara bangsa yang berdaulat dan setanding dengan negara-negara maju. Melalui nasionalisme baru, bangsa Malaysia yang akan dibina akan mempunyai nilai-nilai dan ciri-ciri kemalaysiaan yang unggul untuk perubahan dan pembangunan. Nasionalisme ini akan mengukuhkan pembinaan negara bangsa iaitu bangsa Malaysia. [footnoteRef:21] [21: Abd.Rahim Abd. Rashid. Pendidkan Sejarah: Falsafah, Teori dan Amalan, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. 1999, hlm. 14.]

3