4997940-denggi.doc

8
  DEFINISI DEMAM DENGGI ATAU DEMAM BERDARAH… Sej enis pen yakit virus akut yang ber cir i demam secara tib a-t iba berterusan selama 3-5 hari dan tidak melebihi 7 hari. Ia berserta dengan disphagia, sakit kepala yang kuat, myalgia, sakit retro orbital, anoreksia, ruam serta gangguan trek gastrousus. TERJADINYA DEMAM DENGGI…  Vektor demam den ggi adalah ny amuk edes betina. !yamuk ya ng tel ah dij ang kit i memba" a vir us den ggi di dal am bad annya. Vi rus ini kemudi ann ya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini. PENYEBAB DEMAM DENGGI… #enyakit demam denggi berpunca dari $ jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk edes yang telah dijangkiti. #ada asasnya terdapat $ jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua ny amuk e des ber upa ya ber tindak seb aga i vektor vir us den ggi sebel um memi nda hkann ya kepad a manusia. %a lau bag aimanapun, vek tor utama vir us ini ialah nyamuk  Aedes Aegypti . Vektor lain adalah seperti ny amuk  Aedes Albopictus ya ng mer upa kan vek tor vir us den ggi di ka" asan bandar. 1

Upload: muhammad-arif

Post on 05-Oct-2015

47 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN

PAGE 5

DEFINISI DEMAM DENGGI ATAU DEMAM BERDARAHSejenis penyakit virus akut yang berciri demam secara tiba-tiba berterusan selama 3-5 hari dan tidak melebihi 7 hari. Ia berserta dengan disphagia, sakit kepala yang kuat, myalgia, sakit retro orbital, anoreksia, ruam serta gangguan trek gastrousus.TERJADINYA DEMAM DENGGI Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

PENYEBAB DEMAM DENGGIPenyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar. GEJALA DENGGIDemam denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi demam denggi, demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.

DEMAM DENGGI.Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:

i. Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam. ii. Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi. iii. Pendarahan kulit adalah fenomena lazim. iv. Kadar kematian amat rendah. DEMAM DENGGI BERDARAHi. Demam denggi berdarah sebenar dicirikan oleh demam yang kuat, fenomena pendarahan (dikaitkan atau menyebabkan kehilangan darah), pembesaran hati dan kegagalan peredaran darah. ii. Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik. iii. Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah. iv. Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan. v. Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh. vi. Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)

komplikasi yang timbul Komplikasi demam denggi ialah:

Demam Denggi Berdarah.

Sindrom Renjatan Denggi.

RAWATAN YANG DIBERI UNTUK DEMAM DENGGITiada rawatan khusus untuk demam denggi.

i. Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah. ii. Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, Salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis - mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan. iii. Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.RAWATAN BUKAN FARMAKOLOGI Rawatan termasuk:

i. Meningkatkan pengambilan cecair. ii. Meningkatkan bekalan oksigen.

Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan. RAWATAN FARMAKOLOGI Tiada ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan gejala yang timbul.

CARA UNTUK MENCEGAH DENGGIBerikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:

i. Perlindungan dari gigitan nyamuk. ii. Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.iii. Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk. iv. Hapuskan nyamuk Aedes dewasa. v. Memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah: vi. Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya. vii. Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu. viii. Periksa saluran air hujan setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air. ix. Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR

MASM 1212

TAJUK: DENGGINAMA PELATIH: MUHAMMAD ARIF BIN MANSOR

NO. MATRIK : DBMA13-1950NO. KAD PENGENALAN: 930719-01-6531

KUMPULAN

: KUMPULAN 31/JAN 2013

SEMESTER:TAHUN 1 SEMESTER 2NAMA PENSYARAH: EN. Azman bin Abdullah