36666865 pendidikan moral nilai dan definisi

7
Bidang 1 : Perkembangan Diri Nilai 1 : Kepercayaan Kepada Tuhan Definisi Keyakinan wujudnya tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi Segala Suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. Kata kunci 1 : Keyakinan wujudnya Tuhan Kata kunci 2 : mematuhi segala suruhan-Nya Nilai 2 : Amanah Definisi : sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. Kata kunci 1 : sikap bertanggungjawab Kata kunci 2 : boleh menimbulkan kepercayaan atau boleh menimbulkan keyakinan orang lain Nilai 3 : Harga diri Definisi : keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan. Kata kunci 1 : memulia maruah diri Kata kunci 2 : menjaga maruah diri nilai 4 : Bertanggungjawab Definisi : Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Kata kunci 1 : memikul tugas serta kewajipan Kata kunci 2 : melaksanakan tugas serta kewajipan Nilai 5 : Hemah Tinggi Definisi : Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian . kata kunci 1 : beradab sopan Kata kunci 2 : berbudi pekerti mulia Nilai 6 : Toleransi Definisi : Kesanggupan bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup. Kata kunci 1 : bertolak ansur Kata kunci 2 : sabar Kata kunci 3 : mengawal diri Nilai 7 : Berdikari

Upload: husna-adila

Post on 03-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

x

TRANSCRIPT

Page 1: 36666865 Pendidikan Moral Nilai Dan Definisi

Bidang 1 : Perkembangan Diri

Nilai 1 : Kepercayaan Kepada TuhanDefinisi Keyakinan wujudnya tuhan sebagai pencipta alam danmematuhi Segala Suruhan-Nya berlandaskan pegangan agamamasing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

Kata kunci 1 : Keyakinan wujudnya TuhanKata kunci 2 : mematuhi segala suruhan-Nya

Nilai 2 : AmanahDefinisi : sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkankepercayaan dan keyakinan orang lain.

Kata kunci 1 : sikap bertanggungjawabKata kunci 2 : boleh menimbulkan kepercayaan atauboleh menimbulkan keyakinan orang lain

Nilai 3 : Harga diriDefinisi : keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia danmenjaga maruah diri dalam kehidupan.

Kata kunci 1 : memulia maruah diriKata kunci 2 : menjaga maruah diri

nilai 4 : BertanggungjawabDefinisi : Kesanggupan diri seseorang untuk memikul danmelaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

Kata kunci 1 : memikul tugas serta kewajipanKata kunci 2 : melaksanakan tugas serta kewajipan

Nilai 5 : Hemah TinggiDefinisi : Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian .

kata kunci 1 : beradab sopanKata kunci 2 : berbudi pekerti mulia

Nilai 6 : ToleransiDefinisi : Kesanggupan bertolak ansur, sabar, dan mengawal diribagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan danperselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Kata kunci 1 : bertolak ansurKata kunci 2 : sabarKata kunci 3 : mengawal diri

Nilai 7 : Berdikari

Page 2: 36666865 Pendidikan Moral Nilai Dan Definisi

Definisi : Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

Kata kunci 1 : kebolehan melakukan sesuatu atau kesanggupan melakukan sesuatuKata kunci 2 : tanpa bergantung kepada orang lain

Nilai 8 : KerajinanDefinisi : Usaha yang berterusan penuh dengan semangatketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi, dan berdaya majudalam melakukan sesuatu perkara.

Kata kunci 1 : usaha yang berterusanKata kunci 2 : semangat ketekunan kecekalan, kegigihan, dedikasi,dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

Nilai 9 : Kasih sayangDefinisi : Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam sertaberkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

Kata kunci 1 : cinta yang mendalamKata kunci 2 : cinta yang berkekalan

Nilai 10 : KeadilanDefinisi : Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

Kata kunci 1 : tindakan yang saksama atau keputusan yang saksamaKata kunci 2 : tidak berat sebelah

Nilai 11 : RasionalDefinisi : Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyatadan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

Kata kunci 1 : boleh berfikirKata kunci 2 : mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar

Nilai 12 : KesederhanaanDefinisi : Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangandan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpamengabaikan kepentingan diri sendiri dan orang lain.

Kata kunci 1 : bersikap tidak keterlaluanKata kunci 2 : tanpa mengabaikan kepentingan diri sendiri dan orang lain

Bidang 2 : Kekeluargaan

Nilai 1 : Kasih sayang terhadap keluargaDefinisi : Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam

Page 3: 36666865 Pendidikan Moral Nilai Dan Definisi

dan berkekalan terhadap keluarga.

Kata kunci 1 : perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalamKata kunci 2 : perasaan cinta, kasih dan sayang yang berkekalan

Nilai 2 : Hormat dan taat kepada anggota keluargaDefinisi : Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksidan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmonis.

Kata kunci 1 : memuliakan setiap anggota keluargaKata kunci 2 : dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopanuntuk mewujudkan keluarga yanga harmonis

Nilai 3 : Mengekalkan tradisi kekeluargaanDefinisi : Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adatdan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga.

Kata kunci 1 : menerima, menghormati dan mengamalkanKata kunci 2 : kebiasaan, adat dan kepercayaanKata kunci 3 : diwarisi

Nilai 4 : Tanggungjawab terhadap keluargaDefinisi : Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh individu terhadap keluargauntuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej keluargadan menjaga maruah keluarga.

Kata kunci 1 : kewajipan terhadap keluargaKata kunci 2 : untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkanimej keluarga dan menjaga maruah keluarga.

Bidang 3 : Alam Sekitar

Nilai 1 : Menyayangi dan menghargai alam sekitarDefinisi : Kesedaran tentang perlunya memelihara alam sekitardan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

Kata kunci 1 : memelihara alam sekitarKata kunci 2 : memulihara alam sekitar / sekeliling

Nilai 2 : Keharmonian antara manusia dengan alam sekitarDefinisi : Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia denganalam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam terpelihara.

Kata kunci 1 : hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekelilingKata kunci 2 : kualiti kehidupan manusia dan alam terpelihara

Nilai 3 : Kemapanan alam sekitarDefinisi : Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai

Page 4: 36666865 Pendidikan Moral Nilai Dan Definisi

tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.

Kata kunci 1 : pengekalan keseimbangan alam sekelilingKata kunci 2 : tanggungjawab bersama

Nilai 4 : Peka terhadap isu-isu alam sekitarDefinisi : Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan denganalam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.

Kata kunci 1 : prihatin terhadap persoalan alam sekelilingKata kunci 2 : berusaha menyelesaikannya

Bidang 4 : Patriotisme

Nilai 1 : Cinta akan negaraDefinisi : Perasaan sayang dan bangga kepada negara sertameletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.

Kata kunci 1 : perasaan sayang dan banggaKata kunci 2 : meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri

Nilai 2 : Taat setia kepada raja dan negaraDefinisi : Kepatuhan yang berkekalan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara.

Kata kunci 1 : kepatuhan yang berkekalanKata kunci 2 : kesetiaan yang berkekalan

Nilai 3 : Sanggup berkorban untuk NegaraDefinisi : Kerelaan melakukan atau kerelaan menyerahkan sesuatutermasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara.

Kata kunci 1 : kerelaan melakukan / kerelaan menyerahkanKata kunci 2 : tanda kebaktian untuk negara

Bidang 5 : Hak asasi manusia

Nilai 1 : Melindungi hak kanak-kanakDefinisi : Membela, memberi naungan, dan memeliharahak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.

Kata kunci 1 : membela kanak-kanakKata kunci 2 : memberi naungan kanak-kanakKata kunci 3 : memelihara hak kanak-kanak

Page 5: 36666865 Pendidikan Moral Nilai Dan Definisi

Nilai 2 : Menghormati hak wanitaDefinisi : Melindungi dan mengiktirafkan wanita sebagai individuyang boleh memberi dan sumbangan dalam pembangunan keluarga,masyarakat dan negara.

Kata kunci 1 : melindungi wanitakata kunci 2 : mengiktirafkan wanita

Nilai 3 : Menghormati hak golongan kurang berupayaDefinisi : memberi layanan secara bersopan kepada golongankurang upaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktirafkanmereka sebagai insan ciptaan Tuhan

kata kunci 1 : memberi layanan secara bersopankata kunci 2 : mengiktirafkan mereka sebagai insan ciptaan Tuhan

nilai 4 : melindungi hak penggunaDefinisi : Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu,mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudahdieksploitasi.

Kata kunci 1 : membela hak individuKata kunci 2 : memelihara hak individu

nilai 5 : melindungi hak pekerjaDefinisi : Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasadan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.

Kata kunci 1 : menghormati perkhidmatan, jasa dan sumbanganKata kunci 2 : menghargai perkhidmatan, jasa dan sumbanganKata kunci 3 : mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan

Bidang 6 : demokrasi

Nilai 1 : Mematuhi peraturan dan undang-undangDefinisi : Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yangtelah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.

Kata kunci 1 : menerima peraturan dan undang-undangKata kunci 2 : mematuhi peraturan dan undang-undang

Nilai 2 : Kebebasan bersuaraDefinisi : Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasantertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman .

kata kunci 1 : kebebasan berucap

Page 6: 36666865 Pendidikan Moral Nilai Dan Definisi

kata kunci 2 : mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu

Nilai 3 : Kebebasan beragamaDefinisi : Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkanagamanya seperti yang diperuntukkan dalam perlembangaan Malaysia.

Kata kunci 1 : kebebasan menganutiKata kunci 2 : mengamalkan agamanyaKata kunci 3 : yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia

Nilai 4 : Penglibatan diri dalam pembangunan negaraDefinisi : Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti Pembangunan negaradengan mematuhi peraturan, undang-undang dan perlembangaan Malaysia.

Kata kunci 1 : Kebebasan melibatkan diri dalam pelbagaiaktiviti pembangunan negaraKata kunci 2 : mematuhi peraturan, undang-undang dan perlembangaan Malaysia.

Nilai 5 : Sikap keterbukaanDefinisi : Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuandan kritikan selaras dengan kebenaran fakta norma masyarakat Malaysia.

Kata kunci 1 : memberi pandangan, pembaharuan dan kritikanKata kunci 2 : menerima pandangan , pembaharuan dan kritikan

Bidang 7 : Keamanan dan keharmonian

Nilai 1 : hidup bersama secara amanDefinisi : Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakankedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

Kata kunci 1 : hidup berbaik-baikKata kunci 2 : mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup

Nilai 2 : Saling membantu dan bekerjasamaDefinisi : Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama padaperingkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.

Kata kunci 1 : usaha yang baik atau usaha membinaKata kunci 2 : dilakukan bersama

Nilai 3 : Saling menghormati antara negaraDefinisi : Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untukmenjamin kesejahteraan sejagat.

Kata kunci 1 : menghargai hubungan antara negaraKata kunci 2 : memuliakan hubungan antara negara

Page 7: 36666865 Pendidikan Moral Nilai Dan Definisi