160908898 rph dan refleksi
DESCRIPTION
refleksiTRANSCRIPT
-
TUGASAN KERJA KURSUS
KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG
NAMA AHLI :
1. THAN CHEN CHEN
NO.KP : 850115-03-5774
NO. MATRIK: PPGM00116/2011/1/KI
MATA PELAJARAN : KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG
KUMPULAN : B
PENSYARAH : HJ. ALIAS @ ALIASON BIN AWANG
TARIKH SERAH : 1 DISEMBER 2012
-
KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG THAN CHEN CHEN PPGM00116/2011/1/KI
Page 2
KANDUNGAN HALAMAN
1. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 3
2. LAMPIRAN 1 5
3. LAMPIRAN 2 6
4. LAMPIRAN 3 7
5. LAMPIRAN 4 8
6. PERBINCANGAN 9
7. REFLEKSI TUGASAN 12
-
KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG THAN CHEN CHEN PPGM00116/2011/1/KI
Page 3
Rancangan Pengajaran Harian
Mata pelajaran : Matematik
Tajuk : Ruang dan Bentuk
Kelas : Tahun 1
Tarikh : 12 November 2012
Masa : 8.05 pagi 9.05 a.m. (60 minit)
Bilangan murid : 27 orang
Hasil pembelajaran : Pada akhir p&p, murid-murid dapat
1. Mengenal dan menyebut dengan betul nama-nama bentuk 3D
yang ditunjukkan.
2. Memadamkan bentuk 3D dengan benda yang digunakan dalam
kehidupan harian.
BBM : projektor, komputer riba,powerpoint slide, sampul surat yang
mengandungi keping bentuk 3D, gam, kertas mah-jong, pen marker,
lembaran kerja
Aktiviti p & p :
1. Guru menunjukkan 2 keping gambar dan murid dikendaki memerhatikan gambar
tersebut. (Lampiran 1)
2. Murid-murid mencari perbezaan pada gambar tersebut dan bulatkan.
3. Guru memperkenalkan tajuk p& p pada hari ini, iaitu bentuk 3D. (power point)
4. Guru menayangkan menayangkan video bentuk 3D untuk memperkenalkan
nama bentuk 3D.
http://www.56.com/u61/v_NzU5NzIyOTg.html
5. Guru memberi penerangan tentang ciri-ciri bentuk 3D. (power point)
-
KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG THAN CHEN CHEN PPGM00116/2011/1/KI
Page 4
6. Guru menunjukkan gambar bentuk 3D. Murid-murid bersama-sama menamakan
bentuk 3D yang ditunjukkan oleh guru. (power point)
7. Murid-murid mengaitkan bentuk 3D dengan benda disekeling ataupun yang
digunakan dalam harian. (Lampiran 2)
8. Menjalankan aktiviti kumpulan dengan menghasilkan bentuk 3D menggunakan
tanah liat. ( Lampiran 3)
9. Murid menunjukan hasil kerja mereka.
10. Guru merumuskan tajuk yang diajar pada hari ini dengan permainan teka teki.
(power point)
11. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid. (Lampiran 4.)
-
KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG THAN CHEN CHEN PPGM00116/2011/1/KI
Page 5
Lampiran 1 (Gambar)
-
KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG THAN CHEN CHEN PPGM00116/2011/1/KI
Page 6
Lampiran 2 : mengaitkan bentuk 3D dengan benda disekeling ataupun yang digunakan
dalam harian.
-
KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG THAN CHEN CHEN PPGM00116/2011/1/KI
Page 7
Lampiran 3 : Aktiviti kumpulan
Arahan :
Murid-murid dibahagi kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan
beberapa kotak tanah liat. Guru member arahan kepada murid agar berbincang dan
bekerjasama untuk menghasilkan bentuk 3D yang telah diajar.Murid menggunkan
kekriifan mereka untuk menghasilkan bentuk yang berlainan. Melalui penghasilan
bentuk ini murid dapat berbincang tentang ciri-ciri bentuk dan dapat merasai bahan
konkrik tersebut. Setelah selesai murid dikehendaki memperkenalkan bentuk yang
dihasilkan kepada kumpulan yang lain.
-
KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG THAN CHEN CHEN PPGM00116/2011/1/KI
Page 8
Lampiran 4: Lembaran kerja
Arahan :Menamakan bentuk 3D berikut dan kemudian menggunakan kekreatifan anda untuk menghasilkan sesuatu benda.
Contoh :
nama: kubus
1)
Nama:
2)
Nama:
3)
Nama:
4)
Nama:
5)
Nama:
-
KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG THAN CHEN CHEN PPGM00116/2011/1/KI
Page 9
Perbincangan : Bincangkan bagaimana bentuk geometri meningkatkan
kefahaman dan pengukuhan konsep bentuk dan ruang pada diri
kanak-kanak.
Geometri ialah satu cabang matematik berkenaan kedudukan benda di dalam
ruang. Ada beberapa jenis geometri, iaitu topologi, geometri Euclid, geometri projektif
dan geometri pengukuran. Murid-murid di sekolah rendah dikenalkan dengan bentuk
geometri Euclid seperti garisan, segitiga, segiempat dan bulatan. Geometri awal mesti
dikenalkan kepada murid-murid mengenai sifat-sifat berbagai-bagai bentuk benda. Di
samping itu, pelajaran geometri dapat juga membentuk kemahiran murid-murid dalam
aspek mengukur, membuat pengiraan dan menggunakan pengetahuan dalam
matematik untuk menyelesaikan masalah geometri. Pada peringkat rendah, pengajaran
geometri haruslah menggunakan pendekatan penemuan terbimbing (guided discovery),
iaitu murid-murid diberikan soalan secara lisan atau bertulis, yang menuju pada
kefahaman sesuatu konsep. Model konkrit tiga dimensi atau dua dimensi patut
diberikan kepada murid untuk membantu mereka memahami dan mengkonsepkan
idea-idea abstrak dalam geometri. Alat-alat seperti pembaris, jangka lukis, jangka
sudut, templat dan MATH-SHAPE merupakan sebahagian daripada alat yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran geometri secara berkesan.
Mempelajari ilmu geometri boleh mendedahkan murid tentang kewujudan alam
ini dengan mendalam. ilmu geometri pula melatih akal fikiran murid untuk menjana
pemikiran yang kritis dan terperinci. Minat terhadap kepelbagaian bentuk dan objek
seperti garisan,bulatan, segi tiga, dan segi empat yang begitu dekat dengan kehidupan
manusia secara semulajadi selari dengan fenomena memandu di jalan raya, melihat
kestabilan bangunan dan lain-lain lagi sering menjadi asas kepada pengembangan
terhadap pengetahuan geometri.
Selain itu pengetahuan geometri juga menjadikan seseorang dapat berfikir
secara praktikal dan munasabah tentang perhubungan bentuk dan ruang. Contohnya
dengan melihat sesuatu ruang, seseorang murid akan dapat mengenal pasti berapakah
bilangan bagi sesuatu objek yang boleh diisi sehingga penuh. Pengetahuan geometri
-
KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG THAN CHEN CHEN PPGM00116/2011/1/KI
Page 10
juga merupakan asas yang ama penting untuk meneruskan pengajian keperingkat yng
lebih tinggi dalam jurusan pengajian seperti sains, teknologi dan kesenian.
Menurut Van Hiele penyelidikannya yang memulakan pada tahun 1950an,
pembangunan teori pemikiran dalam geometri mendorong pemahaman serta
kemahiran pelajar dengan arahan-arahan yang menjurus kepada aras-aras pemikiran
semulajadi geometri pelajar. Teori beliau mempunyai hieraki aras pemikiran bermula
pada usia awal kanak-kanak sehinggalah dewasa yang terdiri dari 3 aras pertama yang
merangkumi tempoh normal pembelajaran.
Aras Pertama adalah Visual di mana tahap ini bermula dengan pemikiran non
verbal. Bentuk dilihat sebagai satu, berbanding daripada pelbagai gabungan bentuk.
Pelajar akan menamakan bentuk pada apa yang mereka lihat dan tidak ada penjelasan
tentang bentuk tersebut. Manakala pada aras kedua adalah Diskriptif. Pada tahap ini,
pelajar boleh mengenali dan menghuraikan bahagian-bahagian bentuk. Mereka juga
perlu membina bahasa yang sesuai untuk mempelajari sesuatu konsep yang baru.
Walau bagaimanapun, pada tahap ini pelajar masih tidak dapat mengaitkan turutan
logik dan perkaitannya. Sebagai contoh,pelajar tidak memahami bahawa segitiga
sama sisi yang mempunyai3 sisi yang sama panjang juga mempunyai 3 sudut yang
sama besar.
Pada aras Ketiga adalah Deduktif Formal. Pada tahap ini,pelajar dapat
mengaitkan turutan logik bentuk. Mereka mampu melihat bahawa ada perhubungan
antara satu sama lain dalam suatu bentuk. Mereka juga mampu mengaplikasi serta
menerangkan perhubungan antara bentuk dan seterusnya membuat definisi. Sebagai
contoh, mereka boleh memahami kenapa segiempat sama adalah juga tergolong dalam
bentuk segiempat . Walaupun begitu, pada tahap ini pelajar masih belum mampu
memahami peranan aksiom, definisi, teorem dan alihannya. Bagi sesetengah pelajar
proses pembelajaran berlaku secara aktif serta berkesan melalui permainan. Arahan
simulasi dalam geometri serta aktivitipengayaan boleh diterapkan di dalam aktiviti
bermain seperti meyusun mozek sertablok-blok corak mengikut corak tertentu. Dengan
menggunakan alatan-alatan ini,secara tidak langsung, kanak-kanak akan mengenal
bentuk-bentuk geometri secara tidak formal. Ini kerana geometri ini merupakan suatu
-
KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG THAN CHEN CHEN PPGM00116/2011/1/KI
Page 11
seni yang boleh merangsang pemikiran kanak-kanak. Penyusunan blok dan mozek
membolehkankanak-kanak menyelesaikan masalah-masalah bentuk-bentuk yang
dikehendaki. Kanak-kanak digalakkan meneroka dengan bebas bahan-bahan geometri
dan membuat penemuan secara sendiri ciri-ciri dan struktur bahan.Sementara mereka
bermain, murid-murid boleh dinilai oleh guru melalui pemerhatian secara tidak formal
cara murid berfikir.
Secara ksimpulannya, pembelajaran geometri penting kerana geometri
merupakan cabang matematik yang menghubungkan matematik kepada kehidupan
seharianyang menyelidiki corak-corak visual. Geometri mewakili fenomena alam yang
asli dan juga dapat menjelaskan tentang konsep ruang.
Oleh kerana geometri merupakan salah satu tajuk yang penting dalam
pembelajaran matematik, guru seharusnya mempunyai kemahiran mengajar yang baik
agar dapat menerapkan dan mewujudkan pemikiran kognitif murid-murid agar lebih
mahir dalam penyelesaian masalah geometri ini. Ini kerana, kepentingan geometri
bukan sahaja untuk menjawab soalan peperiksaan tetapi juga amat berguna dalam
kehidupan seharian mereka termasuk juga kerjaya. Silibus pengajaran bagi tajuk
geometri seharusnya menjadikan penyelesaian masalah sebagai suatu hasil
pembelajaran yang utama. Berbanding dengan Negara kita, jika kita lihat pada silibus
sekolah rendah di United Kingdom, setiap tajuk atau sub tajuk bagi apa-apa berkaitan
matematik, penyelesaian masalah merupakan perkara utama yang harus diterapkan.
-
KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG THAN CHEN CHEN PPGM00116/2011/1/KI
Page 12
REFLEKSI INDIVIDU
Bersyukur saya rasai kerana dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang
ditetapkan walaupun dibatasi dengan masa yang terhad lataran kesibukan tugasan
sekolah dan tugasan kerja kursus yang lain.
Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya
untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik. Bagi menyelesaikan tugasan ini, saya
telah membuat perbincangan bersama dengan ahli kumpulan lain dan pengagihan
tugasan juga dilakukan bagi meringankan beban masing-masing. Selain itu, saya juga
mendapat bantuan tunjuk ajar daripada pensyarah yang dikasihi iaitu En. Alias @
Aliason Bin Awang. Encik Alias telah banyak memberi penerangan tentang tugasan
tersebut dan memberi bimbingan cara melaksanakan tugasan. Dengan adanya bantuan
daripada ahli kumpulan lain dan bimbingan daripada pensyarah, saya dapat mulakan
tugasan ini dengan lebih berkeyakinan.
Sepanjangan mengikuti kursus asas bentuk dan ruang ini saya dapat memahami
dengan lebih jelas lagi tentang konsep bidang bentuk dan ruang dalam 2D dan 3D.
Selain itu dalam mengikuti kursus ini juga saya mempunyai peluang untuk berbincang
dan mengenalpasti kesukaran dan miskonsepsi yang biasa dihadapi oleh pelajar dalam
tajuk betuk dan ruang ini. Pengetahuan ini amat berguna kepada saya yang bertugas
sebagai seorang guru matematik di sekolah. Dengan ada pengetahuan tentang cara
mengatasi miskonsepsi serta pendedahan penggunaan bahan konkrit, media dan
teknologi dalam tajuk bentuk dan ruang telah meningkatkan kaedah pengajaran saya
dan menjadikan saya lebih berkeyakinan untuk mengajar tajuk ini di sekolah. Secara
ringkasnya, Matematik Asas Betuk dan Ruang ini telah memberi banyak faedah kepada
saya dan dapat saya praktikan dalam pengajaran di sekolah kelak.
Selain itu, Melalui kerja kursus ini, barulah saya sedar bahawa bertapa
pentingnya tajuk Bentuk dan Ruang ini kepada murid. Ini adalah kerana kemahiran
dalam tajuk ini amat berguna dalam kehidupan harian kita. Dalam kehidupan haian, kita
sering menggunakan kemudahan geometri seperti membina rumah, mereka cipta
barang dan bidang kesenian, menentukan kesesuaian susun atur bilik dan saiz rumah.
-
KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG THAN CHEN CHEN PPGM00116/2011/1/KI
Page 13
Seterusnya, melalui kerja kursus ini saya dapat menambahkan lagi pengetahuan
saya dalam penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran tajuk bentuk dan
ruang. P&P bentuk dan ruang amat mencabar khususnya untuk menjadikan bidang ini
menarik dan dapat memotivasikan pelajar. Satu malalah yang sering dialami dalam
pengajaran geometri ialah membabitkan pendekatan pengajaran yang sangat menitik
berat kepada penghalfalan konsep dan rumus. Pendekatan ini amat membosankan
sebilangan besar murid-murid. Oleh itu dengan penggunaan bahan bantu mengajar dan
alatan media guru dapat menjadikan P&P lebih menarik dan mecapai objekif yang
ditentukan.
Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini, saya juga dapat
eratkan hubungan silaturrahim antara rakan yang lain. Sikap toleransi dan bekerjasama
antara semua rakan juga dapat ditingkatkan sekaligus mengukuhkan hubungan dua
hala kami. Disamping itu, melalui proses menyelesaikan kerja kursus, saya dapat
memperlajari cara untuk menghadapi masalah. Etika menghadapi masalah, saya telah
merujuk kepada pelbagai pihak. Saya telah melayari internet untuk mencari maklumat
dan membuat perbincangan bersama dengan rakanrakan lain. Disamping itu saya juga
mendapat tunjuk ajar daripada guru yang lebih bepengalaman di sekolah untuk
menambahkan lagi pengetahuan saya.
Secara kesimpulanya, melalui pengkususan dan kerja kursus ini saya
memperolehi banyak kebaikkan dan telah menambahkan pengetahuan konsep
geometri tentang asas bentuk dan ruang, yang melibatkan 2-dimensi dan 3-dimensi
dalam kehidupan seharian serta mengaitkan dengan latar belakang sejarah geometri;
dan penggunaan konsep geometri. Selain itu saya juga dapat mengintegrasikan bahan
konkrit, media dan teknologi bagi konsep bidang bentuk dan ruang. Dengan ini saya
dapat menjalan P&P saya dengan lebih lancar, menarik dan berkesan di sekolah.
Sebelum mengakhiri refleksi saya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Alias @
Aliason Bin Awang yang telah banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar dalam
menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang lain kerana rela
berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat saya selesaikan.