refleksi rph model assure

32
Refleksi RPH PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN TUGASAN 2: REFLEKSI RPH DISEDIAKAN OLEH: NOR AZLINA BINTI AMIN (D20102043060) 013-4746242 SABRINA BINTI IDRIS (D20102041456) 019-4661054 Penulisan Refleksi. PENGENALAN

Upload: eusoff-mysuff

Post on 09-Aug-2015

769 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi RPH Model Assure

Refleksi RPH

PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN

TUGASAN 2: REFLEKSI RPH

DISEDIAKAN OLEH:

NOR AZLINA BINTI AMIN

(D20102043060)

013-4746242

SABRINA BINTI IDRIS

(D20102041456)

019-4661054

Penulisan Refleksi.

PENGENALAN

            Refleksi sering digunakan secara intensif di dalam proses pengajaran. Refleksi dianggap

sebagai komponen yang penting di dalam meningkatkan profesionalisme guru pelatih mahupun

guru di dalam perkhidmatan. Dewey (1983) merupakan pemikir pertama yang memperluaskan

Page 2: Refleksi RPH Model Assure

konsep refleksi di dalam pendidikan. Kini refleksi telah digunakan sebagai satu komponen

utama di dalam pendidikan guru.

Refleksi adalah penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Kolb, 1984).

Kepentingan menyediakan refleksi terbentuk hasil daripada sesetengah tingkahlaku guru yang

hanya menyendiri di dalam konteks pembelajaran murid. Keadaan apabila berhadapan dengan

bilangan pelajar-pelajar yang ramai (kadang-kala sehingga lebih daripada 30 orang)

menyebabkan kadang-kala guru hampir tidak dapat berfikir tentang apa yang telah dilakukan di

dalam proses pengajaran mereka. Namun, kini guru-guru sedar tentang kepentingan membuat refleksi iaitu menganalisa semula apa yang telah dilakukan di dalam proses pengajaran mereka. Guru-guru tidak boleh hanya bergantung kepada tugas rutin yang dilaksanakan di dalam sekolah seperti merekodkan markah, mengendalikan kes disiplin pelajar-pelajar ataumenulis rancangan menajar untuk kelas hari berikutnya. Guru perlu memikirkan tentang cara-cara yang lebih kritikal untuk memperbaiki amalan pengajaran mereka. Cara produktif menulis refleksi dengan mengimbau kembali apa yang telah dilakukan di dalam proses pengajaran jarang dilakukan (Dewey, 1933).

Gibbs (1988) berpendapat bahawa tindakan membuat refleksi adalah peri laku membuat peta minda terhadap apa yang telah dilakukan di dalam kelas. Proses refleksi akan membolehkan

seseorang guru belajar tentang asas pembelajaran. Menurut Schon (1983), proses refleksi yang

dilakukan oleh ahli professional akan membolehkan beliau terlibat di dalam perkembangan

profesionalisme yang berterusan. Refleksi akan membolehkan guru untuk mengenalpasti

pelbagai kaedah baru yang berguna untuk memperbaiki amalan pengajaran. Beberapa model

refleksi yang digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah Model Gibbs dan

Model Kitaran Pembelajaran Kolb.

Model Kitaran Pembelajaran Kolb (1984) menggariskan beberapa pendekatan membuat

refleksi. Di antara tahap-tahap refleksi yang dicadangkan di dalam Model Kitaran Pembelajaran

Kolb ialah:

i. Pengalaman secara konkrit

Page 3: Refleksi RPH Model Assure

ii. Pembentukan konsep-konsep yang abstrak dan membuat generalisasi; dan

iii. Menguji implikasi konsep di dalam keadaan yang baru.

Justeru itu model Kitaran Pembelajaran Kolb menyarankan bahawa refleksi di dalam konteks pendidikan penting untuk membolehkan kita mengetahui tentang pola tindakan yang berlaku di dalam sesebuah sekolah. Pendekatan  refleksi membolehkan guru untuk membentuk konsep-konsep yang abstrak dan digunakan ketika membuat generalisasi.

Pengajaran dan pembelajaran adalah dua elemen penting dalam sesuatu proses penyampaian ilmu di antara guru dan murid. Bagi mencapai objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran ,guru dan murid memainkan peranan yang sama penting . Ini bukan sekadar guru sebagai penyampai maklumat dan murid sebagai penerima maklumat yang pasif tetapi kerjasama antara keduanya yang menentukan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. 

            Guru perlulah melaksanakan pengajaran mengikut model reka bentuk pengajaran tertentu agar objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Antara model yang boleh digunapakai di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah MODEL ASSURE.Model ini mengandungi 6 langkah iaitu` Analyse learner, State Objective, Select Method,Media,Materials, Utilise media and materials, Require learner participation dan Evaluate and revise’ .

            Huraian bagi rancangan pengajaran dan pembelajaran berpandukan setiap langkah yang dinyatakan dalam Model ASSURE adalah seperti berikut.

1. ANALYSE LEARNER  (Analisis pelajar)

            Setiap murid di dalam sesebuah bilik darjah berbeza kebolehan diri antara satu sama lain. Guru perlulah membuat analisa terhadap keperluan seseorang murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi murid saya iaitu murid tahun 4 Amanah di Sekolah Kebangsaan Batu 4,Gerik merupakan  murid dari kumpulan yang sederhana.

            Dari segi ciri-ciri umum pelajar iaitu latar belakang akademik (kepintaran), murid tahun 4 Amanah ini tidak  mencapai  %  kelulusan yang memuaskan. Mereka kebanyakannya mendapat gred C dalam 5 matapelajaran penting iaitu Bahasa Melayu pemahaman ,Bahasa Melayu penulisan, Matematik,  Sains dan Bahasa Inggeris pada Penilaian Kurikulum Sekolah Rendah (PKSR) I yang baru  dijalankan dan agak sukar untuk mendapatkan gred B dan A.

Page 4: Refleksi RPH Model Assure

Dari segi latar belakang ekonomi pula kebanyakan mereka terdiri daripada anak-anak pekerja kampung,  yang kebanyakan bekerja sebagai penoreh getah, penjaja kecil, anak-anak askar dan lain-lain .  Dari segi aspek kompetensi peringkat masuk yang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid saya ini, bolehlah saya gambarkan bahawa mereka adalah murid yang  sederhana dalam pembelajaran. Kebanyakan murid tahun 4 Amanah ini  tidak mempunyai minat yang tinggi untuk belajar, namun begitu masih terdapat murid yang agak aktif  dan ada yang mempunyai daya saing di antara rakan mereka  apabila sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

            Murid tahun 4 Amanah  juga boleh memberi kerjasama jika tugasan berkumpulan diberi oleh guru kepada mereka. Mereka juga boleh berinteraksi dengan guru atau pun kawan-kawan yang lain dengan baik sekiranya diarahkan  oleh guru. Oleh itu, saya berpendapat bahawa murid saya ini lebih cenderung kepada teknik pembelajaran  yang aktif seperti sesi soal jawab, kerja berkumpulan atau berpasangan.

            Secara kesimpulannya dapatlah saya rumuskan bahawa murid tahun 4 Amanah adalah dalam kumpulan murid yang sederhana kecerdasanya, namun mempunyai pengetahuan sedia ada yang baik  dan mempunyai kecenderungan belajar yang aktif sekirannya diberikan galakan dan dorongan yang sesuai.

2. STATE OBJECTIVE ( Nyatakan objektif )

            Bagi rancangan pengajaran yang saya pilih ini, iaitu mata pelajaran Sains tahun 4 pada kali ini tema yang saya pilih adalah bertemakan Menyiasat Alam Bahan. Beberapa objektif telah saya pilih untuk dicapai dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Antara objektifnya ialah

Page 5: Refleksi RPH Model Assure

di akhir pengajaran murid dapat menyenaraikan berbezaan diantara sifat bahan lut sinar dan lut cahaya. Pemilihan objektif saya pada kali ini berasaskan beberapa elemen penting menggunakan format ABCD iaitu,

A-    audience (pelajar sasaran)

B-    behavior ( tingkah laku- keupayaan murid )

C-    conditions ( keadaan-pencapaian murid)

D-    degree (darjah-tahap yang ingin dicapai)

Berpandukan format ABCD ini , saya telah mengsasarkan 4 objektif perlu dicapai oleh murid 4 Amanah. Murid 4 Amanah mempunyai tingkah laku yang aktif sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, namun ada juga murid yang slow learner dan  ada juga murid yang mempunyai pengetahuan sedia ada yang  perlu dipupuk, saya telah membina beberapa objektif yang mewakili 3 domain iaitu domain kognitif, domain psikomotor dan domain afektif.

Domain kognitif adalah domain pembelajaran yang terdiri daripada pengetahuan berkaitan dengan beberapa tahap. Ia disusun mengikut hierarki (Bloom,1956) iaitu dari pengetahuan yang rendah ke pengetahuan yang lebih tinggi. Ia boleh dijelaskan seperti tahap pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Tahap yang saya pilih adalah tahap kefahaman iaitu yang pertama ialah pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid sekurang- kurangnya dapat mengetahui perbezaan diantara bahan lut sinar dan bahan lut cahaya.

Domain psikomotor  pula yang berkaitan dengan mengintegrasikan kemahiran intelektual dan fizikal untuk pembelajaran.(Simpson,1972).Objektif bagi domain psikomotor pula adalah pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid boleh memilih dan menampalkan kad perkataan jawapan di papan putih kelas (langkah 4 ) . Objektif ini amat sesuai untuk pelajar yang aktif di dalam bilik darjah.

Objektif bagi domain afektif pula berkaitan dengan membentuk sikap bekerjasama antara ahli kumpulan dalam melaksanakan setiap tugasan . Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid boleh berbincang dan menulis perkataan dalam kumpulan, membaca dan menulis nama-nama bahan yang sesuai untuk diisikan di dalam jadul perbezaan sifat bahan dengan betul dan bersepakat melakukan tugasan dalam kumpulan.

Page 6: Refleksi RPH Model Assure

3. SELECT  INSTRUCTIONAL METHODS, MEDIA, MATERIALS (Pilih  kaedah, media dan bahan)

3.1- Memilih kaedah pengajaran.

            Guru harus bijak dalam memilih kaedah pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan menarik minat murid untuk belajar dan kesannya objektif boleh dicapai. Terdapat banyak kaedah pengajaran yang boleh diguna pakai oleh guru dalam pengajaran bilik darjah, antaranya kaedah kuliah, kaedah perbincangan, kaedah demonstrasi, sumbangsaran,main peranan, simulasi, mengeksperimen dan banyak lagi.

Bagi saya terdapat beberapa kaedah yang telah saya pilih, bagaimana dan mengapa saya memilih kaedah pengajaran ini boleh dihuraikan dalam jadual di bawah.

LANGKAH/KAEDAH BAGAIMANA/ PERASAAN MURID MENGAPA

Set induksi

Kaedah perbincangan-bersoal jawab

Guru meminta seorang murid melihat ikan di dalam sebuah akaurium.

Guru meminta murid mengira jumlah ikan yang terdapat di dalam akuarium dan menyatakan warna ikan tersebut.

Murid dapat menjawab soalan daripada guru kerana ikan di dalam akuarium itu dapat dilihat dengan jelas.

Guru meminta seorang murid keluar dari kelas dan berdiri dibelakang cermin tingkap.

Murid di dalam kelas cuba melihat muka murid tersebuat sama ada dapat dilihat dengan jelas ataupun tidak.

Murid tidak dapat melihat muka

Kaedah ini bertujuan untuk guru menilai pengetahuan sedia ada murid mengenai diri dan tubuh badan mereka.

Murid dapat merasai sendiri keadaan dimana sesuatu benda itu dapat dilihat dengan nyata dan dilihat dengan kabur.

Page 7: Refleksi RPH Model Assure

rakan mereka dengan jelas.

Murid kelihaan dapat memahami kkonsep jelas dan kabur

Murid yang mewakili rakan mereka merasa seronok dapat melihat ikan-ikan di dalam akuarium.

Langkah 1

Kaedah kuliah

Kaedah perbincangan-bersoal jawab.

Penggunaan carta dan kad imbasan

Guru menunjukkan carta,  tentang sifat-sifat bahan. Bahan lut sinar, bahan lut cahaya dan bahan legap.

Guru memilih beberapa orang murid untuk menjawab soalan yang diberikan. Iaitu melengkapkan jadul pada papan putih.

Murid memilih gambar-gambar yang ditunjukkan oleh guru (kad imbasan) dan dilekatkan di papan putih pada ruangan  sifat bahan yang sesuai. Sama ada objek lut sinar atau lut cahaya.

Kaedah ini bertujuan untuk menilai kefahaman murid mengenai sifat bahan lut sinar dan lut cahaya.

Murid seronok dapat keluar kehadapan kelas untuk menampal kad bergambar yang diberikan oleh guru.

Langkah 2

Kaedah eksperiment / ujikaji

Kaedah perbincangan

Murid menjalankan ujikaji untuk mengetahui sama ada bahan tersebut lut sinar atau lut cahaya.

Guru menyediakan jadual pemerhatian sama ada objek di dalam botol dapat dilihat dengan

Kaedah ini bertujuan untuk member penerangan yang jelas mengenai perbezaan di natara bahan lut sinar dan bahan lut cahaya

Page 8: Refleksi RPH Model Assure

jelas atau kabur.

Guru meminta murid meletakkan satu objek di balakang plastik, dan membuat pemerhatian sama ada objek dibelakang plastik dapat dilihat dengan jelas atau kabur.

Semua pemerhatian dicatatkan.

Murid dan guru berbincang tentang pemerhatian yang diperolehi oleh setiap kumpulan.

Murid seronok dapat menjalankan ujikaji di dalam kumpulan mereka.

Langkah 3

Kaedah perbincangan dan pembentangan hasil kumpulan

·         Guru memberikan kertas kosong kepada murid dan dikehendaki membuat banding beza di antara sifat objek lut sinar dan sifat objek lut cahaya.

·         Murid membuat banding beza dengan menggunakan bentuk jadual.

·         Murid dikehendaki menyenaraikan beberapa jenis objek yang mempunyai sifat lut sinar dan lut cahaya.

Kaedah ini bertujuan untuk murid memainkan peranan masing-masing di dalam kumpulan dan berbincang untuk menyelesaikan tugasan dan sepakat memilih salah seorang ahli kumpulan untuk membuat perbentangan di hadapan kelas.

Page 9: Refleksi RPH Model Assure

·         Guru memilih beberapa orang murid untuk menunjukkan hasil kerja mereka dan membentangkannya di hadapan kelas.

·         Murid mempunyai keberanian untuk mencuba.

Langkah 4

Penilaian

Kaedah perbincangan- soal jawab

·         Guru  memberikan lembaran kerja bagi semua murid.

·         Murid boleh membuat perbincangan bersama rakan dalam kumpulan mereka.

·         Guru menyoal semuala isi pelajaran pada semua murid berdasarkan pengajaran pada hari ini.

Kaedah ini adalah untuk guru membuat penilaian pengajaran pada hari itu.

Lebih ramai murid menjawab soalan dengan betul maka pengajaran dan pembelajaran mengenai perkataan  yang diajar berjaya atau tidak. Jika sebaliknya guru perlu mengkaji semula pengajaran tersebut.

Page 10: Refleksi RPH Model Assure

3.2- Select instructional media (memilih media pengajaran)

            Pemilihan media yang betul, menarik dan sesuai amat memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik. Jika pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik, objektif yang hendak dicapai akan menjadi lebih mudah. Di dalam pengajaran dan pembelajaran saya pada kali ini saya telah memilih beberapa media pengajaran yang dianggap sesuai untuk murid  dan juga isi pelajaran yang saya rancangkan.Penjelasan mengenai jenis media yang dipilih, cara penggunaannya dan tujuan penggunaannya bolehlah dijelaskan seperti dalam jadual di bawah.

LANGKAH /

JENIS MEDIA

CARA PENGGUNAANNYA TUJUAN PENGGUNAAN

Set induksi

Menggunakan bahan maujud yang ada di sekitar bilik darjah/ makmal sains

Guru menyuruh murid melihat ikan di dalam akaurium ikan.

Murid keluar kelas untuk melihat siapa yang berada diluar kelas. (ramalan)

Ia bertujuan untuk menarik minat murid dan meransang pemikiran murid buat kali pertama untuk berfikir.

Langkah 1

Tayangan carta yang menujukkan isi pelajaraan

Guru mempamerkan gambar/ carta di papan putih dan murid membuat latihan membaca secara individu dan beramai-ramai.

Bertujuan untuk mepamerkan kelainan dari segi persembahan bahan bacaan dengan penggunaan warna dan kesan gambar yang dipamerkan.

Page 11: Refleksi RPH Model Assure

Langkah 2

Kad imbasan  (gambar)

Kertas mahjung/ kertas A4 (jadual perbezaan sifat cahaya)

Guru mempamerkan beberapa keping gambar dan bersoal jawab dengan murid

Murid menampalkan gambar di dalam jadual yang disediakan

Ia bertujuan untuk menarik lebih perhatian dan  mencungkil

daya ingatan murid melalui langkah pertama yang telah dijalankan sebentar tadi.

Langkah 3

Bahan-bahan eksperimen

Pen maker dan buku laporan aktiviti.

Guru mengedarkan bahan-bahan eksperiment.

Murid mencatatkan permerhatian mereka dalam buku laporan.

Ia bertujuan untuk menilai gerak kerja berkumpulan murid dan kefahaman mengenai isi pelajaran .

Langkah 4

Kertas putih (mahjong)

Pembantangan hasil kumpulan

Guru mengedarkan lembaran petikan pada setiap kumpulan dan kad-kad bergambar.

Ia bertujuan untuk aktiviti perbincangan dalam kumpulan m dan permainan . Mereka juga berpeluang memilih dan menampal di papan putih kad –kad jawapan.

Penutup

Lembaran kerja Guru memberikan lembaran kerja Murid mengukuhkan pengetahuan mereka dan memahami isi pelajaran dengan lebih jelas.

Page 12: Refleksi RPH Model Assure

3.3 - Select instructional materials – pilih bahan pengajaran.      

            Bagi pemilihan bahan pengajaran pula , saya telah memilih bahan- bahan maujud dan mudah diperolehi dan selalu digunakan oleh murid bagi aktiviti set induksi dan ujikaji.Saya juga memilih beberapa bahan yang boleh disentuh seperti kad-kad jawapan dan papan putih .Murid juga perlu menggunakan bahan bantu belajar yang lain seperti pen maker , kertas A4 dan ‘blue tape’ untuk aktiviti permainan.

4. REQUIRE LEARNER PARTICIPATION (Dorong penglibatan murid)

            Dalam rancangan pengajaran dan pembalajaran,aktiviti yang dijalankan haruslah menarik minat murid. Antara aktiviti yang dianggap sesuai untuk menarik minat murid ialah aktiviti yang memberi  peluang kepada murid untuk menyertainya. Dorongan penglibatan murid sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

            Bagi saya terdapat beberapa langkah dalam rancangan pengajaran yang saya buat adalah melibatkan murid untuk menyertainya . Antara aktiviti yang berkaitan dengan ujikaji dan membuat eksperimen pada langkah  3, langkah 4 dan penutup. Bagi ketiga-tiga langkah ini     (Langkah 3, 4 dan penutup) saya mendorong penglibatan murid secara total. Gerak kerja berkumpulan dan aktiviti nyanyian sangat baik untuk melihat murid bertindak aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

            Kaedah yang saya gunakan pula adalah berbentuk main peranan (peranan murid dalam kumpulan) ,kaedah permainan (game), dan kaedah mengeksperimen. Ketiga-tiga kaedah ini amat menarik minat murid saya untuk turut serta secara aktif. Guru perlu memberi arahan yang jelas supaya disiplin murid dapat dikawal.Biarpun murid aktif namun kawalan kelas yang baik harus bergerak seiring.

           

5. EVALUATE AND REVISE- (nilai dan semak)

            Penilaian sesi pembelajaran amatlah penting, ia bertujuan untuk guru menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dan yang telah dijalankan. Melalui penilaian ini juga guru boleh menilai pencapaian objektif isi pelajaran pada hari itu. Guru juga boleh mendapat maklumat mengenai tahap pencapaian kemahiran murid berkaitan dengan isi kandungan pelajaran pada hari itu. Penilaian dibuat bukan sekadar selepas selesai pengajaran dan pembelajaran tetapi penilaian telah saya bina bermula sebelum rancangan pengajaran di bina, semasa proses pembelajaran dan sesudah selesai pengajaran.

Penilaian bagi saya bukanlah sekadar pada akhir sesi pengajaran sahaja . Ia melibatkat penilaian secara keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

Page 13: Refleksi RPH Model Assure

bermula dari set induksi sehinggalah habis sesi penutup. Penilaian yang saya lakukan adalah penilaian dari segi pemerhatian dan penilaian secara bertulis(ujian pemahaman). Dalam langkah set induksi, langkah 1,2,3 dan 4 penilaian yang saya jalankan adalah lebih kepada penilaian secara pemerhatian. Bagi langkah ke 5 penilaian dibuat secara ujian pemahaman bertulis.Segala perkara yang berlaku sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran perlu disemak untuk tujuan pembaikan.

RUMUSAN

            Secara rumusannya, dapatlah saya katakan bahawa rancangan pengajaran dan pembelajaran saya pada kali ini perlu disemak dan dinilai semula. Aspek yang dinilai dan disemak adalah dari segi persembahan, kaedah, media, bahan dan tahap penglibatan murid.

Dari aspek persembahan pengajaran ,penggunaan ayat mudah dan arahan yang jelas melancarkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dari segi  kaedah dan media yang digunakan adalah menarik minat murid dan segala bahan yang digunakan pula bersesuaian dengan murid. Langkah-langkah yang dibina dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat memerlukan penglibatan murid secara aktif. Saya membuat kesimpulan bahawa isi pelajaran pada kali ini iaitu penerangan mengenai sifat bahan iaitu sifat bahan yang berkaitan dengan kebolehan cahaya menembusinya. Iaitu bahan yang bersifat lut sinar dan bahan yang bersifat lut cahaya. Perbezaan antara bahan lut sinar dan bahan lut cahaya juga dapat ditekankan disamping dapat membezakan setiap jenis bahan dalam kumpulannya. 

Page 14: Refleksi RPH Model Assure

RANCANGAN  MENGAJAR  HARIAN : PENGAJARAN MIKRO

SAINS TAHUN 5

TARIKH                                 : 25 Oktober 2011

TAHUN                                 :  5 CEKAL

BILANGAN MURID          : 34 orang

MASA                                   : 9.10 – 10.10 Pagi

BIDANG KAJIAN                               : MENYIASAT  ALAM BAHAN

OBJEKTIF UMUM             : Memahami bahawa bentuk bahan dapat berubah dari satu bentuk kepada bentuk yang lain.

Page 15: Refleksi RPH Model Assure

                                            : memahami bahawa kadar penyejatan air bergantung kepada factor yang mempengaruhi penyejatan.

OBJEKTIF KHUSUS             : Memperihalkan  air boleh berubah melalui proses penyejatan iaitu proses perubahan air daripada cecair menjadi wap air.

PENGETAHUAN SEDIA ADA         : Murid pernah membantu ibu menyidai pakaian

OBJEKTIF EKSPLISIT/ HASIL PEMBELAJARAN :

1.                   Di akhir pembelajaran murid-murid dapat menyatakan maksud penyejatan dan perubahan keadaan yang berlaku dalam proses penyejatan.

2.                   Menyatakan sekurang-kurangnya 2 faktor yang mempengaruhi proses penyejatan.

KEMAHIRAN SAINTIFIK DAN KBKK           : Memerhati, berkomunikasi  dan mentafsir data

SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI         : Minat, bekerjasama daa mensyukuri nikmat tuhan

ALAT BANTU MENGAJAR                            : Carta bergambar, kad imbasan, bahan maujud dan lembaran kerja

FASA ISI KANDUNGAN AKTIVITI CATATAN

Orentasi / set induksi

(6 minit )

Pengetahuan sedia ada murid

-          Murid pernah membantu ibu menyidai pakaian

-          Murid menyedari air di dalam lopak air hilang selepas beberapa hari

·         Guru memanggil 2 orang murid untuk membantu memegang sebatang kayu untuk dijadikan penyidai.

·         2 orang murid lain diminta untuk menyidai tuala dengan keadaan yang berbeza.

·         Guru bersoal jawab dengan murid tentang situasi yang ditunjukkan.

·         Guru memberikan  situasi

a.       Cara kain disidai

b.      Tempat kain disidai

Kaedah: Simulasi

Teknik: Soal jawab

KPS: Memerhati dan  meramal

Abm: tuala, batang kayu

Page 16: Refleksi RPH Model Assure

·         Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pengajaran hari ini.

Nilai : kerjasama

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO

SAINS TAHUN 5

Pengenalan

Tajuk pengajaran mikro yang saya pilih adalah Menyiasat Alam Bahan, iaitu proses dan kadar penyejatan bagi cecair. Pengajaran mikro ini dijalankan di dalam kelas yang kedua, iaitu bagi kelas berkebolehan sederhana. Semasa proses pengajaran dijalankan,  semua murid telah memberikan respon dan kerjasama yang baik. Murid dilihat bersemangat dan teruja untuk menjalankan aktiviti yang dirancangkan. Dalam pengajaran mikro ini, saya memilih fasa set induksi atau orentasi yang mengambil masa selama 8 minit untuk dinilai.

Setelah melihat semula video pengajaran dan  rancangan pengajaran yang saya sediakan, saya dapati terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan dalam pengajaran yang telah saya jalankan. Antara kelebihan yang dapat saya kesan ialah, penerangan guru yang jelas dan mantap. Fasa orentasi memerlukan penerangan yang jelas agar murid dapat memahami tajuk pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan. Jika fasa ini dapat menarik minat murid sudah pasti murid dapat mengikuti pelajaran yang  seterusnya dengan baik dan penuh minat. Guru juga mempunyai kelebihan dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan  biasa  dengan kehidupan harian murid. Oleh itu, murid dengan mudah dapat memahami situasi yang ditunjukkan. Murid dengan mudah memahami tajuk pengajaran kerana telah biasa dengan situasi yang ditunjukkan oleh guru. Guru menyelitkan isi pelajaran iaitu mengenalpasti pembolehubah dalam fasa ini. Semasa menjalankan aktiviti murid lebih

Page 17: Refleksi RPH Model Assure

mudah untuk mengenlpasti pembolehubah. Jika pembolehubah dapat dikesan diawal pembelajaran, maka proses pengajaran seterusnya menjadi lebih mudah.

Terdapat juga beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki di dalam fasa pengajaran ini. Antaranya yang dapat dikenalpasti adalah berkaitan dengan bahan bantu mengajar yang digunakan, iaitu tuala yang digunakan  tidak mempunyai warna yang sama, lebih baik jika guru menggunakan warna tuala yang sama. Ini kerana, ada murid yang akan bertanya adakah warna tidak mempengaruhi kadar sejatan. Warna yang lebih gelap lebih banyak menyerap cahaya matahari. Sedangkan bagi proses penyejatan ini, kadar penyejatan tidak dipengaruhi oleh warna kain. Hal ini boleh menimbulkan tanda tanya kepada murid-murid.  Kelemahan lain ialah guru  menggunakan tuala yang kering. Lebih baik jika guru menggunakan tuala basah yang sebenarnya. Di  akhir pembelajaran, guru boleh menggunakan semula tuala tersebut untuk dijadikan bahan pengajaran iaitu membuat kesimpulan. Murid dapat merasai situasi sebenar dengan menggunakan tuala basah.  Guru hanya memberikan satu contoh proses penyejatan dalam kehidupan seharian murid. Sedangkan guru boleh menggunakan lebih banyak situasi proses penyejatan yang berlaku dalam kehidupan seharian. Contohnya, mengapa lopak air kering, mengapa air banjir boleh surut dan lain-lain lagi. Kelemahan lain ialah guru menggunakan istilah yang berbeza-beza, yang boleh mengganggu pemahaman murid. Istilah pengeringan dan penyejatan perlu dibezakan dan dinyatakan difinisinya dengan lebih jelas. Dalam fasa ini juga guru telah memasuki fasa pencetusan idea iaitu dengan menerangkan faktor yang mempengaruhi penyejatan. Sepatutnya, guru hanya menerangkan tentang tajuk awal pengajaran iaitu penyejatan dan maksud penyejatan. Pengajaran yang terlalu cepat dan banyak isi pelajaran akan membuatkan murid kurang faham dan tidak dapat mengingat tentang faktor yang terlibat dalam proses penyejatan. Murid akan rasa terbeban untuk mengingati 3 faktor dalam masa yang singkat.

Langkah mengatasi telah difikirkan untuk menambahbaik fasa ini. Bagi kelemahan pertama, saya akan menggunakan 2 kain tuala yang sama warna dan dilabelkan dengan label A dan B.Ini membantu murid mengesan pembolehubah yang lebih tepat. Tuala itu juga akan dibasahkan agar aktiviti menjadi lebih jelas. Di akhir P&P, pemerhatian dapat dibuat iaitu tuala mana yang lebih cepat kering berdasarkan faktor luas permukaan. Murid juga melakukan aktiviti  diluar bilik darjah dengan menyidai tuala di  tepi pagar sekolah. Pemerhatian masih boleh dibuat selepas waktu P&P, iaitu di akhir sesi persekolahan pada hari tersebut untuk melihat hasil aktiviti. Murid akan merasa lebih seronok dan bersemangat untuk melihat hasil aktiviti mereka. Bagi mengatasi kelemahan guru yang hanya memberi satu sitausi proses penyejatan ini, guru seharusnya lebih bersedia dan mencari pelbagai idea yang sepatutnya untuk memberikan contoh-contoh lain yang bersesuaian dengan tajuk ini. Guru juga boleh bertanya dan meminta pendapat murid tentang proses penyejatan yang murid tahu untuk dikongsi bersama rakan-rakan lain. Begitu juga dengan kesalahan penggunaan istilah, guru harus lebih peka dan teliti dengan istilah yang digunakan. Jika guru sedar kesilapan yang dilakukan pada masa P&P berjalan, guru seharusnya terus menerangkan dengan jelas perbezaan istilah yang digunakan, contohnya penyejatan dengan pengeringan.  Akhirnya,

Page 18: Refleksi RPH Model Assure

perancangan perlulah lebih teliti dalam sesuatu fasa yang dirancangkan agar P&P berjalan dengan baik, lancar dan dapat mencapi objektif.

Kesimpulan yang boleh saya katakan dalam fasa set induksi ini ialah, ianya berjaya menarik minat murid untuk belajar. Adanya aktiviti di hadapan kelas membuatkan murid bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk mengetahui tajuk P&P hari ini. Kerjasama dan respon murid menunjukkan murid faham dan mendengar setiap maklumat  yang disampaikan oleh guru. Bagi pengajaran selama 30 minit, aktiviti tersebut terlalu mengambil masa, tetapi jika pengajaran selama 60 minit, ianya lebih sesuai.  Saya akan memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam pengajaran ini agar ianya menjadi lebih bermakna dan dapat membantu murid mengetahui konsep dan  isi pelajaran yang ingin saya sampaikan. Secara keseluruhan saya simpulkan bahawa set induksi ini berjaya menarik perhatian murid terutama bagi murid kelas sederhana ini tetapi perlu dimurnikan supaya lebih baik dan berkesan.   

 

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

EDU 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

TAJUK

Page 19: Refleksi RPH Model Assure

REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO

 

KUMPULAN

EL-A 18

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

NOR AZLINA BINTI AMIN D20102043060 013-4746242

05-7962736

NAMA TUTOR E-LEARNING:

PROFESOR   DR. KANTHASAMY A/L NALLUSAMY

TARIKH SERAH: 15 DISEMBER 2011

REFLEKSI  PENGAJARAN MAKRO

Pengenalan

Saya telah menjalankan aktiviti pengajaran makro yang melibatkan murid tahun 5 Yakin seramai 33 orang. Walaupun pada asalnya bilangan murid seramai 43 orang disebabkan beberapa orang murid terlibat dengan  latihan koir sekolah maka 10 orang murid tiada di dalam kelas.  Murid-murid di dalam kelas ini adalah terdiri daripada murid yang beraras cerdas dan sederhana. Saya menjalankan pengajaran matapelajaran Sains untuk pengajaran makro ini.

Tajuk pengajaran yang saya pilih ialah Menyiasat Dunia dan Teknologi. Hasil pengajaran adalah mengetahui faktor yang mempengaruhi kestabilan struktur. Saya menetapkan tiga objektif pembelajaran iaitu objektif mata pelajaran, objektif saintifik dan objektif berkaitan kemahiran manipulatif sains. Saya telah menyediakan beberapa bahan bantu mengajar yang bersesuaian dan menjalankan pengajaran mengikut rancangan pengajaran yang dirancang

Page 20: Refleksi RPH Model Assure

lebih awal. Pengajaran makro ini telah dijalankan selama 30 minit di dalam makmal bagi memudahkan murid menjalankan aktiviti berkumpulan.

Kebaikan

Dalam pengajaran makro yang telah saya jalankan ini, beberapa kekuatan atau kebaikan dapat dikesan. Antaranya ialah guru merancang set induksi yang menarik minat murid untuk meneruskan pengajaran. Ia juga melibatkan keseluruhan kelas iaitu semua murid berdiri dengan sebelah kaki dan dua belah kaki untuk merasai situasi yang dikehendaki. Ia juga dapat merangsang minda murid untuk mengaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Guru menekankan tentang difinisi kestabilan bagi memudahkan murid mengikuti isi pelajaran yang seterusnya.

Penerangan guru jelas dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Penerangan dan intonasi guru yang jelas dapat membantu murid memahami apa yang disampaikan oleh guru dengan lebih berkesan. Guru sentiasa memastikan semua murid dapat mendengar dan melihat dengan jelas bahan yang ditunjukkan semasa P&P. Guru juga peka terhadap murid dengan memberikan bantuan dan tunjuk ajar dalam memahami sesuatu konsep. Contohnya, guru memberikan tunju cara kepada murid untuk menjalankan aktiviti berkumpulan.

Bahan bantu mengajar yang disediakan juga bersesuaian. Terdapat beberapa alat bantu mengajar yang menarik minat murid seperti basikal yang jarang dilihat oleh murid. Alat bantu mengajar yang fleksibal dan menjimatkan masa seperti carta dan kad bergambar membantu proses P&P berjalan lebih lancar tanpa perlu mengambil masa untuk menulis nota di papan putih dan melukis gambar. Murid juga melakukan pergerakkan ke hadapan kelas untuk menampal kad bergambar. Aktiviti ini dirancang bagi menghilangkan rasa tegang dengan hanya duduk di kerusi mereka.

Guru merancang aktiviti berkumpulan yang sesuai bagi membolehkan murid merasai dan melihat sendiri faktor yang mempengaruhi kestabilan struktur. Aktiviti seumpama itu dapat membuatkan murid lebih faham dan mudah untuk mengingati isi pelajaran iaitu faktor yang mempengaruhi kestabilan. Guru memberikan tunjuk ajar disetiap kumpulan bagi memastikan murid dapat menjalankan aktiviti dengan betul. Aktiviti ini juga dapat menjana minda murid dengan melakukan aktiviti berdasarkan kad tugasan yang diberi. Kad tugasan memuatkan arahan yang  jelas bagi membolehkan murid membuat aktiviti dengan baik. Murid juga dapat membaca dan memahami arahan dengan baik.  

Aktiviti berkumpulan yang dijalankan  dapat melibatkan semua murid. Ini mendorong murid untuk  melibatkan diri dengan aktif sepanjang pengajaran dijalankan. Saya dapat melihat  semua murid berusaha untuk mencuba aktiviti yang disediakan secara sukarela. Aktiviti ini juga dapat menggalakkan komunikasi antara rakan kerana mereka perlu berbincang untuk menjalankan aktiviti  dengan betul. Melalui aktiviti ini juga , saya dapat melihat beberapa nilai murni yang ditonjolkan oleh murid seperti semangat kerjasama, bertimbangrasa, bertanggungjawab dan bertoleransi.  Setelah aktiviti selesai dijalankan, semua murid menunjukkan sikap yang positif dan meluahkan perasaan gembira. Suasana  pembelajaran kelihatan ceria dan memberangsangkan.  

Page 21: Refleksi RPH Model Assure

Pembentangan hasil aktivti yang dijalanakan dapat membantu murid mempunyai daya keberanian untuk bercakap dikhalayak ramai. Murid akan mempunyai rasa tanggungjawab dan berkebolehan untuk menerangkan kepada rakan-rakan hasil dapatan mereka.

Dalam fasa aplikasi idea guru menekankan aspek penting dalam kemahiran proses sains iaitu mengenal pasti pemboleh ubah. Aspek ini sangat penting dan guru berjaya menyampaikan dengan menjawab soalan yang bersesuaian dengan aktiviti yang telah dijalankan oleh murid. Guru sentiasa memberikan bimbingan kepada murid untuk menjawab soalan dengan baik dan berkesan.

Guru juga merupakan seorang yang ada mempunyai unsur kecindan, tidak terlalu garang atau menunjukkan rasa marah jika murid tidak dapat menjawab soalan, guru turut memberikan penghargaan dan galakan seperti memberikan tepukan, kata-kata pujian dan ganjaran (gula-gula) kepada murid yang dapat menjawab soalan dengan betul. Elemen ini dapat mengeratkan hubungan antara murid dengan guru dan murid akan meresa selesa untuk bertanya atau berkongsi idea bersama guru mereka. Saya dapat mengaplikasikan kemahiran memperkukuh sepanjang pengajaran dijalankan. Kemahiran pengukuhan atau peneguhan merupakan satu teknik mengajar yang digunakan apabila murid memberi jawapan yang betul. Dalam keadaan ini guru memberi pujian kepada murid itu sebagai pengukuhan tingkah laku .Saya yakin dengan menggunakan kemahiran ini dapat memberi galakan kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.

Memberi pengukuhan kepada murid juga dapat memupuk semangat keyakinan untuk murid yang mewujudkan tingkah laku positif. Ia juga dapat membantu memperbaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku negatif yang timbul. Keadaan ini dapat ditunjukkan apabila saya menjalankan aktiviti semua murid berusaha untuk memilih jawapan yang betul untuk mendapat pujian tersebut. Bagi murid yang belum menerima pengukuhan juga sentiasa berusaha menunjukkan tingkah laku yang baik .Situasi ini menjadikan disiplin kelas bertambah baik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Murid yang telah menerima pengukuhan merasa usahanya telah dihargai dan semangat keyakinan terhadap daya pembelajarannya semakin bertambah. Perhubungan diantara saya dengan murid juga bertambah mesra dan aktiviti pengajaran saya menjadi proses pengajaran dan pembelajaran yang digemari oleh murid.

Akhir sekali, satu lagi kebaikan yang dapat dikesan ialah guru tidak lupa untuk bertanyakan semua rumusan pelajaran pada hari itu dengan bertanyakan semula isi pelajaran yang disampaikan. Kebolehan murid merumuskan semula isi pelajaran dapat menguji kejayaan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Rumusan oleh guru juga penting untuk memantapkan pengetahuan murid tentang apa yang telah dipelajari.

Kelemahan

            Setiap guru tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan mempunyai kelemahan dalam pengajarannya. Saya turut menyedari kelemahan yang terdapat dalam pengajaran makro ini

Page 22: Refleksi RPH Model Assure

menerusi penyediaan ringkasan mengajar dan tayangan semula video rakaman. Beberapa kelemahan saya ialah alat bantu mengajar yang saya gunakan untuk aktiviti berkumpulan kurang menggunakan radas sains yang sebenar. Seharusnya saya boleh menggunakan radas sains seperti kelalang kon, bentuk-bentuk bongkah kayu dan bikar yang pelbagai saiz. Ini dapat membantu murid mendekatkan diri dengan peralatan sains.

            Pada fasa set induksi juga saya rasakan adalah lebih baik jika saya memanggil seorang murid sahaja untuk melakukan aktiviti berdiri sebelah kaki dan dua belah kaki supaya murid-murid lain lebih jelas dengan situasi yang ingin disampaikan. Arahan kurang jelas menyukarkan murid melakukan aktiviti yang diingini oleh guru. Murid juga boleh menggunakan pengetahuan lepasnya untuk membina konsep yang baru dengan lebih mudah. Saya dapati set induksi dalam pengajaran makro yang saya rancangkan tidak menarik. Ia juga tidak mencabar minda murid dan kurang sesuai dengan tahap kebolehan murid. Saya juga tidak dapat meyediakan alat bantu mengajar dalam fasa ini  yang boleh menarik perhatian murid dan memperkembangkan pengetahuan sedia ada murid.  

            Pada fasa penstrukturan semula idea, di mana aktiviti kumpulan dijalankan adalah lebih baik ia dibuat dalam sistem stesen. Ini kerana setiap kumpulan akan melakukan aktiviti yang berbeza iaitu 4 aktiviti dapat di lakukan untuk mengukuhkan pemahaman mereka tentang konsep yang disampaikan. Kad tugasan jelas tetapi kurang menarik. Guru lupa  menyediakan borang pemerhatian untuk murid mencatatkan hasil aktiviti mereka. Murid tidak membentangkan hasil kumpulan di hadapan kelas, tetapi hanya menunjukkan semula di dalam kumpulan masing-masing.

            Kelemahan yang seterusnya di dalam fasa aplikasi idea dimana aktiviti permainan tidak dapat dijalankan kerana kesuntukan masa untuk membawa murid ke luar kelas. Makmal dirasakan tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti permainan tersebut kerana berbasikal memerlukan tempat yang lebih luas. Guru juga tidak membincangkan tentang aplikasi kestabilan struktur dalam kehidupan seharian murid. Seharusnya pada fasa ini, guru meminta pendapat murid tentang perkaitan kestabilan struktur dengan situasi yang sebenar.

            Guru yang baik seharusnya dapat memastikan pengurusan masa yang sesuai dengan aktiviti yang dirancangkan. Jika masa tidak dirancang dengan baik dan tidak bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan sudah pasti pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Pengurusan masa saya juga tidak terlalu memuaskan dan perlu difikirkan semula supaya dapat melaksanakan pengajaran dengan berkesan dan mencapai objektif yang dirancang.

Langkah mengatasi kelemahan

Page 23: Refleksi RPH Model Assure

            Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam pengajaran makro yang telah saya jalankan, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah menyediakan set induksi yang lebih menarik  semasa permulaan pengajaran. Saya perlu menyediakan suatu aktiviti yang luar biasa untuk membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk meneroka ilmu seterusnya. Dalam set induksi juga terdapat empat jenis komponen iaitu untuk menarik perhatian, mewujudkan motivasi, membuat perkaitan dan menstruktur. Aktiviti pengajaran dalam set induksi hendaklah dirancang berdasarkan komponen-komponen  tersebut disamping penyediaan alat bantu mengajar yang lebih relevan untuk menjamin keberkesanan  aktiviti dalam permulaan pengajaran.

Banyak bahan bantu mengajar yang lebih menarik dan lebih baik boleh saya gunakan dalam pengajaran saya untuk tajuk ini. Dalam aktiviti yang dijalankan seharusnya saya dapat menggunakan pelbagai radas sains untuk memperkembangkan pengetahuan murid dalam mengenali radas-radas Sains. Antaranya yang boleh saya gunakan ialah kelalang kon, bikar dan lain-lain peralatan yang sesuai.

Untuk memperbaiki kad tugasan saya yang kurang menarik, saya seharusnya menggunakan teknologi komputer untuk menghasilkan kad tugasan yang lebih baik. Kad tugasan itu juga boleh dilengkapi terus dengan borang pemerhatian setiap kumpulan untuk menjawab hasil aktiviti mereka. Pembentangan yang dijalankan di hadapan kelas seharusnya dilaksanakan. Guru boleh menyediakan sebuah meja dihadapan kelas untuk diletakkan bahan yang digunakan dan menunjukkan cara aktiviti yang dilaksanakan oleh setiap kumpulan. Murid lain dapat melihat dan memberi komen yang lebih membina dalam setiap aktiviti yang dijalankan

Penambahbaikan lain yang boleh saya lakukan ialah memastikan masa untuk melaksanakan sesuatu fasa dilakukan dengan baik. Contohnya, aktiviti permainan yang tidak dapat dijalankan memerlukan masa yang lebih untuk mambawa murid keluar dari kelas dan tempat yang lebih sesuai. Murid sememangnya teruja untuk menaiki basikal tersebut tetapi saya lebih menitik beratkan faktor keselamatan murid. Jika masa mencukupi saya akan membawa murid ke padang sekolah untuk mencuba menaiki basikal tersebut dengan kawalan guru. Ini dapat memberikan kesan positif apabila murid gembira dan terkenang aktiviti yang mereka lakukan. Untuk itu saya akan memastikan aktiviti yang dirancang bersesuaian dengan masa yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

 Saya juga perlu menguasai teknik menyoal  supaya aras soalan sesuai dengan murid, kebolehan dan pengalaman masing-masing. Melalui aktiviti  soal jawab juga, perhubungan guru dan  murid  dapat dijalin dengan baik. Saya akan cuba menyoal setiap orang murid secara keseluruhan kelas supaya semua murid sentiasa bersedia dan menyediakan jawapan bagi soalan yang saya kemukakan. Setiap murid perlu diberikan peluang dan masa untuk memikirkan jawapan yang dikehendaki oleh guru.

Kesimpulan  

Page 24: Refleksi RPH Model Assure

Refleksi pengajaran makro yang dibuat  dapat menilai kekuatan dan kelamahan saya dalam pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan.  Saya juga  dapat meneliti setiap fasa pengajaran dengan cara yang lebih sistematik dan mendapatkan  maklumbalas dengan segera untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Guru yang bijak dan dedikasi seharusnya memikirkan cara yang terbaik untuk proses pengajaran dan pembelajarannya. Murid adalah pelanggan yang perlu diutamakan. Refleksi yang dibuat akan memperlihatkan kelabihan dan kekurangan guru dalam pengajarannnya. Langkah memperbaiki kelemahan perlu dilaksanakan bukan sekadar membiarkannya sahaja tanpa mengambil tindakan yang sewajarnya.

Bagi saya yang mengajar untuk tiga kelas tahun 5 akan memastikan kesilapan tidak berulang untuk mengajar topik yang sama di kelas yang lain. Penambahbaikkan perlu dilakukan. Itulah tugas guru dalam menempuh arus perjuangan mendidik anak bangsa. Guru perlu sentiasa peka, sedia dan menanamkan sikap untuk membuat yang terbaik. Jika kita dapat membuat yang terbaik, kejayaan anak didik akan menjamin kepuasan guru dalam kerjayanya.

Setelah meneliti video pengajaran dan rancangan pengajaran  yang saya sediakan, saya dapati proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah berjaya dan mencapai objektif. Walaubagaimanapun penambahbaikkan perlu dijalankan supaya pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Bagi saya, perkara utama adalah persediaan guru, teknik pengajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai dapat membantu guru dan murid memahami isi pelajaran dengan lebih baik dan berkesan.