tahap perkembangan pemikiran islam

78
TAHAP PERKEMBANGAN DAN ALIRAN-ALIRAN DALAM PEMIKIRAN ISLAM

Upload: ibnu-jafar-al-jawharey

Post on 18-Jul-2015

127 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tahap perkembangan pemikiran islam

TAHAP PERKEMBANGAN DAN

ALIRAN-ALIRAN DALAM PEMIKIRAN

ISLAM

Page 2: Tahap perkembangan pemikiran islam

Pengenalan

Kemunculan aliran pemikiran di kalangan Muslim tidak terpisah dengan zamannya. Tinjauan dari sudut sejarah, zaman tersebut dapat dibahagikan kepada tiga periode.

Page 3: Tahap perkembangan pemikiran islam

Terbahagi Kepada 3 Tahap Utama:-

Period Klasik Period Pertengahan Period Moden

Page 4: Tahap perkembangan pemikiran islam

Period KlasikPada period klasik Dunia Islam berkembang ke barat hingga ke Sepanyol, ke timur hingga ke India, ke utara hingga ke Kaukasus dan Laut Aral, ke selatan hingga ke Sudan.

Page 5: Tahap perkembangan pemikiran islam

Pada masa inilah juga terjadinya kontak antara Islam dan kebudayaan Barat atau tegasnya antara Islam dengan falsafah dan kebudayaan Yunani klasik yang terdapat di Mesir, Syria, Mesopotamia dan Parsi.

Page 6: Tahap perkembangan pemikiran islam

Dalam periode inilah munculnya pemikiran dalam bidang teologi, yang menimbulkan aliran-aliran rasional dan tradisional dalam Islam; hukum hingga muncul mazhab-mazhab seperti yang dikenal sekarang, mistik; yang dari situ lahir tokoh-tokoh sufi terkenal seperti al-Bistami, al-Hallaj, Ibn cArabi dan lain-lain.

Page 7: Tahap perkembangan pemikiran islam

Pada zaman ini juga lahir ahli Hadis dan dilakukan pembukuan Hadis, ahli sastera Arab, sejarah dan sebagainya. Periode klasik yang melahirkan peradaban Islam hingga mempengaruhi peradaban Barat ini diakui oleh penulis-penulis Barat kenamaan seperti Gustave Le Bon, Jacques Risler, Rom Landau dan Alfred Guillaume.

Page 8: Tahap perkembangan pemikiran islam

Period Pertengahan 1250-1800M

Dihitung dari mula jatuhnya Baghdad ke tangan Hulagu Khan.

Tokoh ini hidup sekitar tahun 1217-1265M. Penakluk bangsa Mongol dan pengasas Dinasti Moghul di Iran tahun 1217-1265M.

Page 9: Tahap perkembangan pemikiran islam

Setelah jatuhnya Baghdad umat Islam berada pada zaman gelap terutama dalam lapangan pemikiran. Kemajuan ilmiah seperti yang terdapat dalam periode Klasik tidak ada lagi.Ditutup pintu ijtihad, pemikiran menjadi mati. Umat Islam diikat oleh faham tradisionalisme.

Page 10: Tahap perkembangan pemikiran islam

Bagaimanapun dalam lapangan politik mereka mulai naik kembali dengan munculnya kerajaan Uthmani yang dapat memperluas daerah kekuasaannya di Eropah Timur hingga ke perbatasan Austria.

Page 11: Tahap perkembangan pemikiran islam

Di samping kerajaan ini lahir pula kerajaan Safawi di Parsi dan kerajaan Mughal di India. Ketiga-tiga kerajaan inilah yang berkuasa selama dua abad dari tahun 1500-1700M. Masa ini dikenali sebagai zaman tiga kerajaan besar [the age of the three empires].

Page 12: Tahap perkembangan pemikiran islam

Periode Moden [1800M - Kini]

Periode Moden, iaitu dari tahun 1800M hingga sekarang.Sesudah tahun 1700M, kekuasaan umat Islam mulai menurun dan akhirnya kalah dalam peperangan dengan Barat. Pengaruh Barat masuk ke India dan Parsi, dan akhirnya Napoleon dapat menduduki Mesir pada tahun 1798M.

Page 13: Tahap perkembangan pemikiran islam

Napoleon yang dapat menduduki salah satu pusat Dunia Islam terpenting, menyedarkan pemuka-pemuka Islam bahawa umat Islam memang terkebelakang dan lemah. Sebelumnya mereka masih berkeyakinan bahawa kebudayaan umat Islam masih lebih tinggi dari kebudayaan Barat.

Page 14: Tahap perkembangan pemikiran islam

Kesedaran ini menimbulkan keinginan di kalangan umat Islam untuk memperbaiki kedudukan mereka dengan menoleh ke Barat dan belajar dari Barat. Pemimpin-pemimpin Islam ingin mempermoden Dunia Islam. Dengan demikian timbullah period moden

Page 15: Tahap perkembangan pemikiran islam

PELBAGAI ALIRAN PEMIKIRAN

Dalam tiga zaman yang dinyatakan itu berbagai aliran pemikiran telah muncul di dunia Islam.

Page 16: Tahap perkembangan pemikiran islam

1. RASIONALISME

Aliran atau sekolah pemikiran yang menegaskan bahawa taakulan adalah asas yang paling baik dalam melakukan sesuatu tindakan ataupun menyelesaikan masalah.

Page 17: Tahap perkembangan pemikiran islam

Dalam hubungannya dengan pemikiran Islam, rasionalisme1 merupakan aliran yang pertama muncul sebagai respons terhadap khitab ayat-ayat Quran sehubungan dengan pengunaan akal. 1Aliran rasionalis ini sering dihubungkan dengan Muktazilah yang dipelopori oleh Wasil bin cAta al-Ghazzal [689-749M murid kepada Hasan al-Basri [642-728M]. Hasan al-Basri adalah seorang tabiin dan sering kali diberi julukan sebagai imam pada zamannya. Apabila dihubungkan dengan istilah Salaf dan berpegang dengan Sunah, Hasan al-Basri adalah salah seorang dari kalangan mereka. Lihat selanjutnya dalam tulisan Joesoef Souyb, Peranan Aliran Iktizal Dalam Perkembangan Alam Pikiran Islam, Pustaka Alhusna, Jakarta, 1982, hlm. 183-190. Perihal Wasil ini sila lihat pada halaman 191-200.

Page 18: Tahap perkembangan pemikiran islam

Gagasan Rasionalisme

Memberi keutamaan kepada akal dalam memahami ajaran Quran serta Hadis. Kebebasan akal terikat pada ajaran-ajaran mutlak Quran dan Sunah, iaitu ajaran yang termasuk dalam istilah qat ciy al-wurud dan qat ciy al-dalalah.

Page 19: Tahap perkembangan pemikiran islam

Maksud Quran dan Hadi s di fahami se sua i dengan pendapat akal .“Pemikiran ras ional dipengaruhi oleh per seps i t entang bagaimana t ingginya kedudukan akal seper t i yang terdapat dalam Quran dan Hadi s ” . – Prof . Dr. Harun Nasut ion .

Page 20: Tahap perkembangan pemikiran islam

Aliran rasionalis telah mendapat kekuatan pada zaman pemerintahan al-Makmun [w. 833M] yang memerintah Dinasti Abbasiyah pada tahun 813M. Pada zaman ini berlakunya mihnah terhadap para ulama.

Page 21: Tahap perkembangan pemikiran islam

Antaranya pemuka-pemuka aliran tradisionalisme, khususnya Ahmad bin Hanbal [w. 855M] berkenaan dengan kemakhlukan Quran.Apabila Khalifah al-Mutawakkil [w. 861M] memegang teraju pemerintahan pada tahun 847M, beliau telah memansukhkan mazhab Muktazilah sebagai mazhab rasmi negara dan aliran rasionalis corak Muktazilah ini berakhir setelah berkedudukan secara rasminya selama tiga puluh empat tahun.

Page 22: Tahap perkembangan pemikiran islam

2. TRADISIONALISME

Tradi s ional i sme bera sa l dar ipada perkataan tradi s i ” . Ia bermakna se suatu kebia saan “

yang kekal turun temurun, s e suatu yang sudah menjadi amalan yang sudah sebat i dengan se suatu masyarakat

Page 23: Tahap perkembangan pemikiran islam

Daripada perkataan tradi s i ” in i “lahir perkataan tradi s ional” yang “bermakna berkai tan dengan” , “ber s i fa t ” atau mengikut tradi s i . “

Page 24: Tahap perkembangan pemikiran islam

Perkataan tradi s ional i s ” pula “merujuk kepada pendukung fahaman yang berdasarkan tradi s i , manakala perkataan tradi s ional i sme” pula bermakna “

fahaman yang berdasarkan tradi s i .

Page 25: Tahap perkembangan pemikiran islam

Perkataan “tradition” bila dirujuk kepada kamus Inggeris-Arab, kebiasaannya ia dipakai dalam dua makna: “al-taqlid” dan al-Hadith. Kata “traditional” pula diertikan sebagai “taql³id³iyy” [تـقـلـيـدى] dan ¦ad³th³yy Dr. J. John Abcarius, An English-Arabic - .[حـديـثـى]Reader’s Dictionary, Library Du Liban, Beirut, 1974, hlm. 646.

Page 26: Tahap perkembangan pemikiran islam

Berdasarkan kepada dua pengertian yang biasa dipakai itu, terdapat dua kecenderungan para pengkaji dalam memberikan maksud “tradisionalisme” ini.

Abdul Rahman Haji Abdullah menyebutkan istilah ini “digunakan dalam pengertian konservatif atau mempertahankan yang lama”.

Page 27: Tahap perkembangan pemikiran islam

Ungkapan ini dapat diertikan sebagai “mempertahankan faham taklid” bukannya Hadis.Sementara ungkapan “aliran ini menyeru agar kembali secara total kepada Islam dengan mempraktikan semula amalan-amalan masyarakat pada zaman Rasulullah s.a.w. yang dicirikan dengan perlaksanaan syariah serta Sunah” seperti yang disebut oleh Ahmad Sunawari Long pula lebih mendekati “faham Salaf” yang berpegang teguh kepada Hadis.

Page 28: Tahap perkembangan pemikiran islam

Muhammad Abdul Rauf juga pernah menghubungkan istilah tradisionalisme ini dengan pendukung Sunah, khususnya Ahmad bin Hanbal.

Page 29: Tahap perkembangan pemikiran islam

“It was sad tha t this grea t fe rtile age , the firs t century of the Abbasid rule , notwiths tanding its immense las ting achievements , should end on a sour inte llectua l note ! It was a ll because of officia l inte rvention in the dispute be tween the Mu ctazilah who represented the Rationa lis t wing of Is lam, and the res t of the Muslim thinkers a t the time, who be lieved themselves to represent the Sunni pa th of Is lam, the Traditiona lis ts . By the time the seventh Abbas id Caliph, a l-Makmun, [198-218 A.H], ascended the throne , the tens ion be tween the Muktazilah and the Sunnis reached a very high pitch in view of the former’s unres tra ined inte llectua lism venturing into the rea lm of the ilahiya t , daringly producing new dogmas and doctrine dis tas te ful to the Sunni theologians”

Page 30: Tahap perkembangan pemikiran islam

Is tilah tradis iona lisme yang dipaka i da lam ka jian ini ada lah merujuk kepada pengertian yang disebut oleh Munir Ba ca lbaki yang memberikan makna kepada perka taan “tradis iona lisme” sebaga i:

للـتـقـلـيـد, الــتـقـلــيـديــة: شــدة الحــتـرام وبـخــاصــة فــى مـســائـل الـديـنـيـة

Page 31: Tahap perkembangan pemikiran islam

Juga seperti yang ditakrifkan oleh Federspie l seperti be rikut: “Tradis iona l [In.] Anthro. Tra it of identifying with the long-he ld be lie fs and practices of Is lam, especia lly as la id down in the schools of jurisprudence and particula rly with the works of Syafii lega lis ts .”Sumber Howard M. Federspiel, A Dictionary of Indonesian Islam, Ohio University Center for International Studies, Ohio, 1995, hlm. 273

Page 32: Tahap perkembangan pemikiran islam

Ditinjau kepada sejarah perkembangan aliran pemikiran dalam Islam yang begitu panjang, aliran tradisionalisme yang diperkatakan ini barangkali boleh dimasukkan dalam rumpun “orthodox conservatives” seperti ungkapan Patrick Bannerman dalam tulisannya yang menyebutkan:

Page 33: Tahap perkembangan pemikiran islam

There have been attempts to categorize schools of thought and trends, particularly those of the nineteenth and twentieth centuries. Although terminology varies considerably, there appears to be general agreement that there were four main trends, which might be broadly defined as: [a] orthodox conservatives; [b] quasi-orthodox conservatives; [c] modernizing reformers; [d] conservative reformers. Patrick Bannerman, Islam in Pe rspe ctive A Guide to Islamic So cie ty, Po litics and Law, The Royal Institute of International Affairs, London, 1988, hlm. 11-121

Page 34: Tahap perkembangan pemikiran islam

Aliran konservatif ortodoks yang mendukung taklid menegaskan bahawa Islam adalah lengkap sebagai satu sistem yang sempurna, justeru itu ia tidak perlu kepada sebarang bentuk perubahan. Aliran “quasi-ortodox conservatives” pula biasanya bergabung dengan pihak berkuasa yang berpandangan hampir sama dengan mereka dan dalam praktiknya bersikap pragmatik dengan pengaruh Barat.

Page 35: Tahap perkembangan pemikiran islam

Aliran “modernizing reformers” pula melihat keperluan aspek menafsir semula prinsip-prinsip Islam dengan mengambil kira situasi yang berubah. Sikap taklid dalam Usul dan Furuk ditentang serta menganjurkan Ijtihad sebagai satu kemestian

Page 36: Tahap perkembangan pemikiran islam

Manakala aliran “conservative reformers” menegaskan bahawa bidaah mestilah dibenteras, taklid adalah salah dan perlu berijtihad. Bagaimanapun mereka cenderung membataskan penggunaan ijtihad dan berhujah bahawa penyelesaian tidak bersifat sintesis malahan kembali kepada konsep yang ideal, praktikal dan prinsip-prinsip yang ada pada Zaman Keemasan Islam.

Page 37: Tahap perkembangan pemikiran islam

GAGASAN TRADISIONALISME

Gagasan penting aliran tradisionalisme ini antaranya ialah:Tidak memberi keutamaan kepada akal dalam memahami ajaran Quran dan Hadis.Terikat dengan ij t ihad ulama zaman klasik. Terikat dengan pengertian lafzi dari teks-teks Quran serta Hadis.

Page 38: Tahap perkembangan pemikiran islam

Di samping berpegang kepada gagasan di atas, dapat dikatakan bahawa pada zaman kelesuannya golongan tradisionalis lebih dikenali dengan sikap bertaklid buta kepada para mujtahid terdahulu dan berpandangan pintu ijtihad telah ditutup serta memadai berpegang kepada salah satu dari empat mazhab.

Page 39: Tahap perkembangan pemikiran islam

Sikap ini meletakkan Sikap ini meletakkan dunia Islam dan dunia Islam dan umatnya dalam umatnya dalam suasana kaku dan suasana kaku dan masing-masing-masing masing berbangga dengan berbangga dengan pegangan anutan pegangan anutan mazhab sendiri-mazhab sendiri-sendirisendiriPerbalahan mazhab Perbalahan mazhab begitu berleluasa.begitu berleluasa.

Page 40: Tahap perkembangan pemikiran islam

Mereka mengakui kelemahan mereka dan berpada dengan apa yang terdapat dalam kitab-kitab karya ulama silam.

Mereka berpandangan bahawa mazhab-mazhab tertentu telah menjadi pegangan dan anutan yang tidak boleh diingkari, sementara pintu i jt ihad pula dianggap telah tertutup.

Page 41: Tahap perkembangan pemikiran islam

Subhi Mahmasani menjelaskan: “This flourishing of jurisprudence , however took a

downward trend towards the end of the cAbbas id period. Afte r the fa ll of Baghdad in the hands of Hulagu Khan in the middle of the 7 th century A.H. [13 th century A.D] the Sunni juris ts reached a consensus of opinion on “clos ing of door of inte rpre ta tion” for fear of persecution. They further agreed tha t the four Sunni schools were sufficient. Arab civiliza tion declined gradually and rigidity enve loped a ll phases of life . This inevitably resulted in the preva lence of imita tion and cessa tion of inte rpre ta tion in jurisprudence , in an abundance of anomalies based upon ignorance and in the preva lence of supers titions which remained for a period of time as a symbol of decline and obscurity”.

Page 42: Tahap perkembangan pemikiran islam

3. Salafisme

Salaf bermakna para pendahulu; orang-orang Islam

terdahulu yang hidup pada masa Rasulullah s.a.w,

Sahabat, murid para Sahabat [tabiin] dan murid para tabiin.

Page 43: Tahap perkembangan pemikiran islam

Salafiah pula adalah satu aliran pemikiran di kalangan Muslim

sebagai reaksi terhadap metode Muktazilah. Kata nama “salafiyyin”, digunakan kepada pengikut aliran

Salaf dalam akidah.

Page 44: Tahap perkembangan pemikiran islam

Aliran ini telah mengalami beberapa siri pasang surutnya

yang ketara. Meskipun demikian konsep

“menghidupkan semula tradisi Salaf” selaku asas utamanya masih menjadi dukungan kuat

dan menjadi prinsip utama gerakan mereka.

Page 45: Tahap perkembangan pemikiran islam

Atas dasar berlakunya “pasang surut” inilah barangkali, The Oxford

Encyckopedia of the Modern Islamic World umpamanya cenderung

memberikan beberapa nama kepada Salafisme. Antaranya:

1. Salaf Klasik. Aliran ini dicetuskan oleh Ahmad bin Hanbal dan menyusul

selepasnya Ibn Taimiyyah.

Page 46: Tahap perkembangan pemikiran islam

2. Salaf Pramoden. Aliran Salaf periode ini diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahab [1703-1792M] yang mendukung

idea Ahmad bin Hanbal dan Ibn Taimiyyah. Gerakan ini mempengaruhi Gerakan Sanusiyah dan Mahdi [kecuali

kecenderungan sufi].

Page 47: Tahap perkembangan pemikiran islam

Gerakan-gerakan lain yang seumpama gerakan Muhammad Abdul Wahab ini

ialah Uthman Dan Fodio [1754-1817M] di Nigeria, Ahmad Sirhindi [1564-1624M],

Shah Wali Allah [1702-1762M] dan Sayyid Ahmad Barelwi [1786-1831] di benua kecil India. Mereka membela

kesucian agama, mengubah akhlak dan sosial, serta menyatukan Muslim.

Page 48: Tahap perkembangan pemikiran islam

3. Salaf Moden. Aliran Salaf ini diasaskan oleh Jamaluddin Afghani [1839-1897M] dan Muhammad Abduh [1849-1905M]. Objektif utamanya untuk membebaskan umat Islam yang telah lama tenggelam dalam taklid buta [blind imitation] dan jumud [stagnation], mengembalikan semula Islam dalam bentuknya yang asal, merubah akhlak, budaya dan situasi politik umat Islam.

Page 49: Tahap perkembangan pemikiran islam

Perbezaannya dengan Salaf Klasik adalah dari sudut keperluan intelektual dan tabiat moden serta kepelbagaian dan luasnya objektif mereka. Lihat John L. Esposito [editor in chief], The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World, 4 jld, Oxford University Press, New York, 3: 463-465..

Page 50: Tahap perkembangan pemikiran islam

Perubahan yang berlaku ini kemudiannya dibangkitkan kembali dalam watak, tempat dan zaman yang berlainan. Ia kemudiannya diberi berbagai tanggapan dengan nama-nama yang berbeza pula oleh kalangan pengkaji.

Page 51: Tahap perkembangan pemikiran islam

1. Berpegang teguh kepada Quran dan Hadis. 2. Mengutamakan naql daripada akal.3. Memahamkan dan menggunakan metode tekstual dengan berpegang kepada wahyu yang diterima tanpa tasybih, ta ct i l dan takwil.

Gagasan pokok aliran pemikiran Salaf

Page 52: Tahap perkembangan pemikiran islam

4. Dalam bidang Hadis mereka menggunakan kedua-dua Hadis Dirayah

dan Hadis al-Riwayah [1]

[1] Secara ringkas, Ilmu Hadis riwayah ialah ilmu yang membuat liputan terhadap pemindahan sabda-sabda Nabi, perbuatannya, riwayatnya dan menjaga serta

memelihara lafaz-lafaznya. Lihat Dr. cAli cAbd al-Halim Mahmud, al-Ta crif bi Sunnah al-Rasul s.a.w aw cIlm al-Hadith Dirayah, Dar al-Tawzic wa al-Nashr al-Islamiyah,

Misr, 1994, hlm. 22.

Page 53: Tahap perkembangan pemikiran islam

Hadis al-dirayah. [2]

[2] Ilmu Hadis dirayah, secara ringkas bermakna ilmu yang dengannya diketahui hakikat sesuatu riwayat, syarat-syaratnya, jenis-jenisnya, hukum-hukumnya,

keadaan perawi dan syarat-syarat mereka, jenis-jenis periwayat dan yang berkaitan dengannya. Lihat Dr. cAli

cAbd al-Halim Mahmud, al-Ta crif bi Sunnah al-Rasul s.a.w aw cIlm al-Hadith Dirayah, hlm. 37.

Page 54: Tahap perkembangan pemikiran islam

5. Bersikap waspada terhadap rasionalisasi yang mendalam

terhadap masalah akidah.

Aliran Salaf ini mengganggap golongan mereka sebagai Ahli Sunah Waljamaah kerana

fahaman akidah bawaan mereka dianggap asli, berasal dari ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana yang

diterima oleh umat Islam pertama. Golongan ini berasal dari kalangan Hanabilah.

Page 55: Tahap perkembangan pemikiran islam

Umat Islam pernah mengalami kelemahan dalam polit ik, sosial,

ekonomi, akhlak dan ditambah pula dengan serangan Mongol.

Akibatnya mereka jatuh dan bangun, para penguasa sudah

tidak berdaya, kezaliman berleluasa, dan para ulama tidak

berijt ihad secara murni lagi.

Page 56: Tahap perkembangan pemikiran islam

Umat Islam pernah mengalami kelemahan dalam polit ik, sosial, ekonomi, akhlak dan ditambah pula dengan serangan Mongol. Akibatnya mereka jatuh dan bangun, para penguasa sudah tidak berdaya, kezaliman berleluasa, dan para ulama tidak beri jt ihad secara murni lagi.

Page 57: Tahap perkembangan pemikiran islam

Dalam situasi seperti i tulah munculnya ulama yang ingin membangun kembali pemikiran kaum Muslimin dengan menyedarkan mereka agar kembali kepada Quran dan Sunah seperti mana yang dilakukan oleh kaum Salaf - Sumber Ensiklopedi Islam, 4: 204.

Page 58: Tahap perkembangan pemikiran islam

Meskipun perkataan Arab ‘salaf’ ada dalam beberapa ayat Quran, namun penggunaaan ist i lah Salaf sebagai satu aliran pemikiran sebagaimana yang dipakai dalam perbincangan ini, sukar untuk ditentukan kewujudannya secara tepat. [see note after this].

Page 59: Tahap perkembangan pemikiran islam

Note: Kesemuanya berjumlah lapan kali. Diulang-sebut perkataan ‘salaf’ sebanyak l ima kali dalam surah-surah: al-Baqarah 2: 275; al-Nisa’ 4: 22, 23; al-Ma’idah 5: 95; al-Anfal 8: 38. Disebut dengan ungkapan ‘aslafat’ pada Surah Yunus 10: 30; ‘aslaftum’ pada Surah al-Haqah 69: 24 dan ‘salafan’ pada Surah al-Zukhruf 43: 65. Lihat dalam Muhammad Fu’ad cAbd al-Baqi, al-Mu cjam al-Mufahras l i Alfaz al-Qur’an, Dar al-Fikr, Beirut, 1986, hlm. 355.

Page 60: Tahap perkembangan pemikiran islam

Hanya perkataan “salafan” pada ayat Surah al-Zukhruf 43: 65, merujuk kepada maksud “pengajaran” [ cibrah]. Lihat al-Husain bin Muhammad al-Damaghani, Qamus al-Qur’an Aw Idah al-wujuh wa al-Naza’ir f i al-Qur’an al-Karim, tahkik cAbd al- cAziz Sayyid al-Ahal, Dar al- cI lm l i l Malayin, Bayrut, ed, 2, 1977, hlm. 242.

Page 61: Tahap perkembangan pemikiran islam

Sementara ayat-ayat selainnya adalah merujuk kepada pengertian “yang telah lalu”. Lihat Abi al-Qasim al-Husain bin Muhammad bin al-Mufaddal al-Raghib al-Asfahani, Mu cjam Mufradat Alfa§ al-Qur’an, tahkik Ibrahim Shams al-Din, Dar al-Kutub al- cI lmiyah, Beirut, 1997, hlm. 268.

Page 62: Tahap perkembangan pemikiran islam

Hanyalah pada abad ke-7 Hirah isti lah Salafiah diformulasikan

secara lengkap oleh Ibn Taimiyah [w.729H/1329M]. [Sumber: Leksikon Islam, 2: 654].

Page 63: Tahap perkembangan pemikiran islam

Lanjutan daripada Ahmad bin Hanbal, al iran ini kemudiannya dikembangkan oleh Ibn Taimiyah yang menyeru kembali kepada faham Salaf yang pada masa belakangannya digerakkan pula oleh Muhammad bin Abdul Wahab [1696-1791M] di Hijaz. Sumber: Fazlur Rahman, Islam, Wiedenfeld and Nicolson, London, 1966, hlm. 197.

Page 64: Tahap perkembangan pemikiran islam

Gerakan yang berusaha memurnikan ajaran Islam yang timbul di sekitar abad ke-20, dengan tokoh-tokohnya seperti Jamaluddin al-Afghani [1838-1897], Muhammad Abduh [1849-1905] dan Rashid Rida [1865-1935] juga dianggap sebagai gerakan Salafiah, iaitu mata rantai kedua setelah gerakan Muhammad bin Abdul Wahab - Leksikon Islam, 2: 656.

Page 65: Tahap perkembangan pemikiran islam

Tokoh-tokoh yang mengembalikan semua gagasan pemikiran ini ialah Ibn Taimiyah dan Muhammad bin Abdul Wahab, manakala Jamaludin Afghani, Muhammad Abduh dan Rashid Rida pada era moden dengan nama gerakan Islah, Tajdid, Reformis dan juga Modernis. Penisbahan kepada nama-nama yang terakhir ini tidak merubah gagasan asalnya iaitu mengembalikan semula Islam sepertimana yang ditunjukkan oleh zaman awal dahulu.

Page 66: Tahap perkembangan pemikiran islam

Bagaimanapun lantaran berbenturan dengan perkembangan dunia moden dan isu kemasyarakatan yang wujud pada zamannya, ia dihuraikan semula sesuai dengan keperluan, dan penekanan kepada aspek-aspek tertentu menyebabkan ia muncul semula dengan nama-nama yang disebutkan.

Page 67: Tahap perkembangan pemikiran islam

Umpamanya penjurusan mereka kepada usaha mengislahkan umat dari perkara-perkara khurafat dan bidaah pada zamannya menghasilkan nama Gerakan Islah, usaha mereka memperbaharui pemikiran umat yang berada dalam kepompong kejumudan menjadikan mereka dikenali sebagai Gerakan Reformis, manakala usaha mereka untuk menghasilkan kesesuaian Islam dengan zaman moden dikenali sebagai Gerakan Modenis.

Page 68: Tahap perkembangan pemikiran islam

Antara lain perkara ini dapat difahami dalam penegasan berikut: “Gerakan Salafiyah sering disebut pula gerakan Tajdid [pembaharuan], gerakan Islah [perbaikan], dan gerakan Reformasi. Ibn Taimiyah disebut sebagai Bapa Tajdid, Bapa Islah, Bapa Reformasi atau Bapa Pembaharuan dalam Islam. Bahkan ia dianggap sebagai Muhyi Athar al-Salaf [Orang yang Menghidupkan Kembali Ajaran Salaf]”. Lihat Ensaiklopedi Islam, 4 j i l . PT Ichtiar Baru Van Hoeve, Jakarta, 1993, 4: 204.

Page 69: Tahap perkembangan pemikiran islam

Sehubungan dengan ini Netton menulis: “Al-Salafiyya was also the name borne by an Egyptian reformist movement whose founders were cAbduh [q.v.] and al-Afghani [q.v.]. The Salafiyya tried, among other things, to identify a via media between the strict tenets of Islam and the ideas of secular society and modern science”. Sumber: Ian Richard Netton, A Popular Dict ionary of Islam, Curzon Press, London, 1992, hlm. 222.

Page 70: Tahap perkembangan pemikiran islam

Salafiah juga nama dimunculkan oleh gerakan reformis di asaskan oleh Abduh dan al-Afghani. Salafiah cuba mencari hubungan antara kepercayaan Islam yang tiada tolak ansur dengan idea-idea masyarakat sains moden sekular.

Page 71: Tahap perkembangan pemikiran islam

Pada sudut yang lain Netton cenderung menterjemahkan

salafisme ini dengan “fundamentalisme”. Ujarnya:

“Today the word salafiyya has been use as one of the attempts

in Arabic to render the word “fundamentalism” and it is in this sense a synonym of usuliyya.”

Page 72: Tahap perkembangan pemikiran islam

Hari ini istilah Salafiah digunakan sebagai satu cubaan untuk mengambil alih istilah Arab sebagai fundamentalis, dan dalam citarasanya sinonim Usuliyah.

Page 73: Tahap perkembangan pemikiran islam

Meskipun dilabelkan dengan “fundamentalism”, Netton tetap mengiktiraf

yang aliran ini ingin mengembalikan Islam kepada “pengkalan” asalnya seperti yang ditegaskan beliau:

Page 74: Tahap perkembangan pemikiran islam

Fundamentalism Islamic - These words have been variously interpreted and endlessly debated. However, in essence, they seem to indicate a desire to return to an ‘ideal’ Islam, perhaps that the age of the Rashidun [q.v.]. Many Islamic fundamentalists believe that the Islam of the modern era, and the so-called ‘Islamic’ states, as they perceive them, have been corrupted. They desire a return to ‘true’ Islam, shorn of any modern compromises with secularism.

Page 75: Tahap perkembangan pemikiran islam

Fundamentalis Islam – istilah tersebut begitu luas dibincangkan tanpa ada kata putus. Bagaimanapun, pada asasnya, ia kelihatan menandai kembali semula kepada Islam yang ideal, barangkali pada zaman Khalifah Rasyidun. Banyak fundamentalis Islam percaya bahawa Islam pada era moden dan dinamakan ‘negeri Islam’, sepertimana yang ditanggapi mereka, telah menyeleweng. Mereka berhasrat untuk kembali kepada Islam yang tulin tidak bercampur dengan moden yang berkompromi dengan sekular.

Page 76: Tahap perkembangan pemikiran islam

This has sometimes engendered a profound hostility towards the West which is often perceived as secular and even atheistic.- Sumber: Netton, A Popular Dictionary of Islam, hlm. 84.

Ini kadang-kadang mengundang permusuhan yang besar kepada Barat yang biasanya dipandang sekular dan athes.

Page 77: Tahap perkembangan pemikiran islam

Dalam The Concise Encyclopaedia of Islam, Cyril Glasse, London, 1989, hlm. 344. Antara lain dinyatakan bahawa gerakan ini menganjurkan agar melepaskan diri dari bertaklid kepada mazhab yang menurut mereka sebagai tindakan yang kaku, demi mengembalikan semula keseragaman hukum, dengan cara memeriksa kembali serta mengadakan modifikasi yang selaras dengan keperluan-keperluan pada zaman moden.

Page 78: Tahap perkembangan pemikiran islam

bersambung