struktur dan kandungan atmosfera

25
TUTORIAL 1 STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA ASMAWI BIN ABDULLAH SMK PURUN 28330 TRIANG, PAHANG

Upload: asmawi-abdullah

Post on 08-Apr-2017

501 views

Category:

Education


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

TUTORIAL 1STRUKTUR DAN

KANDUNGAN ATMOSFERA

ASMAWI BIN ABDULLAHSMK PURUN28330 TRIANG, PAHANG

Page 2: STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

1 (a) Takrifkan maksud atmosfera.[3]

Satu lapisan nipis gas tanpa bau, warna dan rasa yang berada di atas permukaan bumi disebabkan oleh tarikan daya graviti bumi.

Page 3: STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

1 (b) Bezakan ciri lapisan stratosfera dengan troposfera

[4]i. Lokasi troposfera paling hampir dengan permukaan

bumi. Ketebalannya berbeza-beza mengikut kawasan di bumi seperti 18 km di khatulistiwa dan 8 km di kutub. menampung kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan seperti membekalkan oksigen, karbon dioksida dan juga air hujan

ii. Lokasi stratosfera adalah di atas lapisan Troposfera dan menganjur ke kira-kira 50 km dari permukaan bumi. Lapisan stratosfera mengandungi gas ozon yang berfungsi menyerap sinar lembanyung matahari dan seterusnya melindungi manusia, tumbuhan dan haiwan daripada radiasi berlebihan sinaran matahari.

Page 4: STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

1 (c) Bagaimanakah troposfera berperanan mencorakkan cuaca di permukaan bumi. [4]

i. Troposfera menjadi tempat simpanan wap-wap air. Wap-wap air yang tersejat dari permukaan laut, tasik, sungai dan sebagainya akan tersimpan di dalam awan yang terapung-apung di dalam troposfera yang akan menurunkan kerpasan (hujan, salji dll).

ii. Troposfera juga menjadi tempat simpanan haba pendam yang mempengaruhi peredaran tenaga yang mengubah suhu di permukaan bumi. Haba pendam akan disimpan di dalam wap air, gas-gas kekal dan gas berubah yang akan menentukan suhu di permukaan bumi samada sejuk atau panas.

Page 5: STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

1 (c) Bagaimanakah troposfera berperanan mencorakkan cuaca di permukaan bumi. [4]

iii. Menjadi tempat berlakunya perubahan tekanan udara yang seterusnya mempengaruhi tiupan angin, badai, taufan dan siklon. Suhu tinggi tekanan udara menjadi rendah dan suhu rendah tekanan udara menjadi tinggi. lni mewujudkan daya cerun tekanan yang seterusnya mempengaruhi pola tiupan angin.

Page 6: STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

1 (d) Mengapakah lapisan troposfera sangat penting kepada manusia?

[4]i. Sebabnya lapisan troposfera menampung kehidupan

dan kelangsungan hidup manusia kerana ia membekalkan oksigen, karbon dioksida dan juga air hujan.

ii. Lapisan ini juga menjadi penebat kepada bahangan matahari dan juga bahangan bumi. la berfungsi menyerap kedua-dua bahangan tersebut untuk membolehkan suhu bumi yang stabil. Ia menghalang kehilangan haba dari permukaan bumi

Page 7: STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

1 (e) Jelaskan bagaimana lapisan stratosfera mengurangkan kemasukan bahangan matahari ke permukaan bumi.? [4]

Gas-gas ozon yang terdapat di dalam lapisan stratosfera berperanan untuk menapis, menyerap, menyerak dan memantul sinar lembayung matahari/bahangan matahari daripada terus dipancarkan ke permukaan bumi. Kesannya jumlah bahangan matahari yang diterima oleh permukaan bumi adalah sedikit

Page 8: STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

1 (f) Bagaimana aktiviti manusia mengganggu keseimbangan sistem atmosfera? [4]

i. Melalui aktiviti perindustian dan pengangkutan. Membebaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida dll. Gas-gas ini bersifat lutsinar kepada bahangan matahari tetapi legap kepada bahangan bumi yang menyebabkan bahangan bumi terperangkap. Kesannya suhu bumi akan meningkat. Berlakunya fenomena pulau haba bandar dan pemanasan global.

ii. Melalui aktiviti pembakaran terbuka di kawasan tapak pertanian dan kawasan pelupusan sampah. Aktiviti ini membebaskan paftikel-partikel terampai seperti asap, debu, habuk, jelaga dll. Partikel-partikel tersebut akan terampai dalam udara kering dan boleh menghasilkan fenomena jerebu.

Page 9: STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

1 (g) Bagaimanakah pertambahan gas berubah memberikan impak negatif ke atas alam sekitar manusia?

[4]i. Gas-gas berubah seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida dll bertindak membenarkan kemasukan bahangan matahari tetapi memerangkap bahangan bumi. Kesannya suhu permukaan bumi menjadi panas. Manusia menjadi tidak selesa, deman panas dan stroke haba.

ii. Gas-gas berubah ini juga menyebabkan udara tercemar/ jerebu yang menjejaskan kesihatan penduduk terutamanya yang berpenyakit lelah/ asma. Jika gas-gas ini bertindak balas dengan air hujan ia akan membentuk hujan asid yang juga menjejaskan kesikatan manusia.

Page 10: STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

2 (a) Huraikan ciri utama bagi setiap lapisan atmosfera.

[12]Lapisan Troposfera• Lokasinya paling hampir dengan permukaan bumi. Ketebalannya

berbeza-beza mengikut kawasan bumi seperti 18 km di khatulistiwa dan 8 km sahaja di kutub.

• Lapisan ini mengandungi gas oksigen, karbon dioksida, hidrokarbon, wap air dan lain-lain.

• Suhu dan tekanan udaranya akan berkurangan mengikut ketinggian (mengalami kadar tukaran adiabatik).

• Fenomena cuaca berlangsung dilapisan ini seperti ribut, kilat, peiir, hujan, salji dan lain-lain.

Page 11: STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

2 (a) Huraikan ciri utama bagi setiap lapisan atmosfera.

[12]Lapisan Stratosfera• Lokasinya adalah di atas lapisan Troposfera

dan menganiur ke kirakira 50 km dari permukaan bumi.

• Lapisan ini tidak berawan, kering dan lebih stabil.

• la dikenali sebagaj Ozonsfera. Suhu stratosfera meningkat mengikut ketinggian disebabkan kehadiran lapisan ozon pada ketinggian 25 kilometer.

Page 12: STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

2 (a) Huraikan ciri utama bagi setiap lapisan atmosfera.

[12]Lapisan Mesosfera• Lokasinya adalah kira-kira 50 km hingga 80 km dari

muka bumi. • Udara di dalamnya amat nipis dan suhu di

dalamnya semakin jatuh apabila semakin tinggi keangkasa sehingga mencecah negatif 80oC.

• Di kawasan ini wujudnya awan noktilusen, iaitu sejenis awan yang sangat nipis dan lembut sehingga ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar

Page 13: STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

2 (a) Huraikan ciri utama bagi setiap lapisan atmosfera.

[12]Lapisan Termosfera• Lokasinya adalah antara 80 km hingga 100 km dari

muka bumi. • Suhunya meningkat menjadi panas dengan cepat

apabila semakin tinggi. lni kerana gas oksigen dan nitrogen dalam lapisan ini menyerap banyak sinar lembayung matahari dan menukarkannya menjadi tenaga haba.

• Selain itu suhu di sini amat tinggi juga disebabkan ole aktiviti pengionan. dan boleh mencapai hampir 1200oC

Page 14: STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

2 (b) Bincangkan kepentingan lapisan-lapisan atmosfera kepada alam sekitar fizikal dan manusia.

[13]Lapisan troposfera• Lapisan ini menampung kehidupan manusia kerana ia

membekalkan oksigen, karbon dioksida dan juga air hujan. Justeru itu ia merupakan lapisan yang paling penting sekali.

• Semua fenomena cuaca seperi hujan. ribut petir, kilat, tekanan udara ang,n adalah berlaku di lapisan dan ia menjadi salah satu ruang berlakunya kitaran hidrologi.

• Lapisan ini menjadi penebat bahangan matahari dan juga bahangan

Page 15: STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

2 (b) Bincangkan kepentingan lapisan-lapisan atmosfera kepada alam sekitar fizikal dan manusia.

[13]Lapisan stratosfera• Lapisan ini mengandungi gas ozon yang berfungsi

menyerap sinar UV matahari clan seterusnya melindungi manusia daripada radiasi berlebihan sinaran tersebut.

• Lapisan ozon yang terdiri daripada triatom oksigen berfungsi menyerap, menyerak, memantul dan menapis sinaran UV daripada terus tiba ke permukaan bumi.

• Oleh sebab itu lapisan ozon bertindak melindungi segala kehidupan di muka bumi ini

Page 16: STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

2 (b) Bincangkan kepentingan lapisan-lapisan atmosfera kepada alam sekitar fizikal dan manusia.

[13]Lapisan Mesosfera• Lapisan ini amat penting kepada manusia untuk

mengelakkan jatuhan meteor (tahi bintang) ke bumi.• Ini kerana bahan meteor mula terbakar dan dihancurkan di

lapisan ini. Zarah udara yang terdapat di sini akan mengakibatkan pergeseran berlaku dengan objek yang dating dari angkasa dan menghasilkan suhu yang tinggi.

• Akibat suhu yang tinggi maka kebanyakkan meteor tidak sampai ke bumi kerana ia terbakar di lapisan ini terlebih dahulu. Jika tidak terlebih dahulu. Jika tidak bumi akan hancurkan oleh penasihat dia.

Page 17: STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

2 (b) Bincangkan kepentingan lapisan-lapisan atmosfera kepada alam sekitar fizikal dan manusia.

[13]Lapisan Termosfera• Lapisan ini amat penting kepada manusia untuk

mengelakkan jatuhan meteor (tahi bintang) ke bumi.• Ini kerana bahan meteor mula terbakar dan dihancurkan di

lapisan ini. Zarah udara yang terdapat di sini akan mengakibatkan pergeseran berlaku dengan objek yang datang dari angkasa dan menghasilkan suhu yang tinggi.

• Akibat suhu yang tinggi maka kebanyakkan meteor tidak sampai ke bumi kerana ia terbakar di lapisan ini terlebih dahulu. Jika tidak terlebih dahulu. Jika tidak bumi akan hancurkan oleh penasihat dia.

Page 18: STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

3 (a) Pertambahan gas-gas berubah dalam troposfera telah mempengaruhi cuaca setempat. Jelaskan pernyataan ini.

[13]Peningkatan Suhu Setempat/Pulau Haba• Pertambahan gas berubah khususnya karbon

dioksida dan karbon monoksida dalam atmosfera akibat aktiviti pengangkutan dan perindustrian akan menyebabkan kesan rumah hijau, suhu sekitar meningkat dan pulau haba bandar boleh berlaku.

• Ini kerana gas-gas berubah ini bersifat lutsinar kepada bahangan matahari tetapi legap kepada bahangan bumi. Haba bumi terperangkap, suhu sekitar akan meningkat.

Page 19: STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

3 (a) Pertambahan gas-gas berubah dalam troposfera telah mempengaruhi cuaca setempat. Jelaskan pernyataan ini.

[13]Hujan Asid• la terbentuk hasil gabungan air hulan dengan gas-gas

berubah sepedi karbon diokslda (CO2). sulfur dioksida (SO2), nitrous oksida (NOx) dll.

• Gas-gas ini bedindak sebagai nukleus kondensasi (nukleus pemelowapan) yang menarik wap-wap air, membesar dan tepu bersamanya dan akhirnya turun sebagai hujan asid.

• Dalam proses pemendapan basah, asid sulfurik dan asid nitrik akan bergabung dengan wap air semasa pembentukan awan. Titisan-titisan ini akan terjatuh ke bumi dalam bentuk hujan dan salji. Hujan menunjukkan keasidan yang tinggi apabila kepekatan asid tinggi.

Page 20: STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

3 (a) Pertambahan gas-gas berubah dalam troposfera telah mempengaruhi cuaca setempat. Jelaskan pernyataan ini.

[13]Pencemaran Udara dan Jerebu• Pencemaran udara teqadi apabila gas-gas berubah/ bahan

cemar (Pollutions gas) berkumpul di dalam atmosfera sehingga mengubah kuantiti dan kualiti asal udara di sesebuah tempat.

• Manakala jerebu pula beriaku apabila partikel terampai seperti debu, habuk dan jelaga terbeniuk di dalam keadaan cuaca kering (dry air) dan udaranya yang stabil yang menghasilkan satu lapisan kabus nipis menyelimuti ruang atmosfera sesuatu kawasan.

• Partikel-partikel ini boleh menyerak dan menyerap cahaya matahari, lantas menyebabkan keadaan sekelilingnya menjadi kabur dan kurang jelas.

Page 21: STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

3 (a) Pertambahan gas-gas berubah dalam troposfera telah mempengaruhi cuaca setempat. Jelaskan pernyataan ini.

[13]Perubahan tiupan angin (Kejadian badai)• Pedambahan gas-gas berubah di dalam bandar

telah mewujudkan fenoomena pulau haba. Kesannya terhasil gradien/ cerun tekanan antara kawasan luar bandar denqan bandar.

• Kawasan bandar bertekanan udara rendah (hasil daripada pulau haba) membolehkan angin dari luar bandar bertiup masuk dengan lebih kencang ke dalam bandar. Angin lni dinamakan sebagai badai.

Page 22: STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

3 (b) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan pertambahan gas-gas berubah dalam atmosfera. [12]Langkah Perundangan

• Penguatkuasaan Akta. Misalnya di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Akta dan kawalan pembakaran terbuka bagi mengurangkan pembebasan gas-gas pencemar udara.

• Agensi Penguatkuasaan. Agensi pelaksana seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) bertindak lebih kerap dan tegas menjalankan rondaan dan pemantauan untuk mengawal aktiviti perlepasan asap dari kenderaan, kilang dsb.

• Hukuman. Seperti denda/ kompaun menyitar premis. membalalkan lesen operasi, penjara dll mengikut lunas undang-undang yang ada.

Page 23: STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

3 (b) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan pertambahan gas-gas berubah dalam atmosfera. [12]Langkah Bukan Perundangan (Amalan Pengurusan

Strategik)• Mengupayakan teknologi hijau/(RE- renewable energy).

Antaranya seperti tenaga hidroelektrik, tenaga solar (sistem hibrid suria) tenaga ombak. tenaga dari kincir angin dan biomass.

• Menggalakkan kecekapan penggunaan tenaga (energy efficiency) di sektor perindustrian, bangunan-bangunan dan juga sektor pengangkutan. Misalnya menggalakkan penggunaan sistern pengangkutan awam seperti KOMUTER, LRT dan ERL, penggunaan petrol tanpa plumbum dll.

• Mengurangkan aktiviti pembakaran terbuka sebaliknya menjalankan aktlviti kitar semula, amalan tebang reput dalam pertanian disamping penggunaan produk yang mesra alam.

Page 24: STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

3 (b) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan pertambahan gas-gas berubah dalam atmosfera. [12]Langkah Bukan Perundangan: (Kempen Kesedaran dan

Pendidikan Alam Sekitar)• Kempen penjimatan tenaga seperti

kempen Earth Hours. Mengurangkan penggunaan tenaga yang berlebihan bagi mengurangkan pembebasan gas-gas pencemar udara.

• Pendidikan alam sekitar menerusi matapelajaran Geografi di peringkat sekolah dan IPT.

Page 25: STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA

3 (b) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan pertambahan gas-gas berubah dalam atmosfera. [12]Kerjasama Antarabangsa

• Kerjasama Antara Bangsa menangani pembebasan gas-gas berubah khususnya gas rumah hilau melalui:• Protokol Kyoto. Satu persetujuan selagat untuk

mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan lima gas rumah hrau yang lain.

• Copenhagen Accord (2009). Komitmen negara kaya dan negara membangun berhubung had pelepasan gas karbon dioksida. Selain itu bantuan dana di kalangan negara maju terhadap negara membangun dalam mengurangkan pembebasan COz.