sistem atmosfera dan manusia - mikro iklim bandar

23
TUTORIAL 9 SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA: MIKRO IKLIM BANDAR

Upload: asmawi-abdullah

Post on 08-Apr-2017

282 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR

TUTORIAL 9SISTEM ATMOSFERA DAN

MANUSIA: MIKRO IKLIM BANDAR

Page 2: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR

1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan iklim bandar?

(3)Iklim bandar ialah iklim mikro yang terbentuk dan dialami di sesuatu kawasan yang terbatas keluasannya iaitu di kawasan bandar sahaja. la mempunyai ciri-ciri cuaca yang khusus dan berbeaa dengan kawasan pinggir bandar/ luar bandar.

Page 3: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR

1 (b) Bezakan maksud pulau haba dengan pulau sejuk bandar.

(4)Pulau haba merujuk kepada fenomena peningkatan suhu di pusat bandar yang lebih tinggi berbanding dengan kawasan pinggir bandar disebabkan oleh ciri ciri fizikal di pusat bandar yang lebih banyak menyerap dan menyimpan haba. Oleh itu kecerunan suhu semakin rendah menghala ke zon pinggir bandar.

Manakala Pulau Sejuk Bandar (PSB) pula ditakrifkan sebagai kawasan litupan hijau dan kawasan badan air di dalam bandar yang mengalami suhu yang rendah. Misalnya kawasan taman tasik, taman tema air, kawasan hutan simpan di dalam bandar clan lain-lain yang Bering diistilahkan sebagai "Green Urban Area".

Page 4: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR

1 (c) Mengapakah kecerunan suhu semakin rendah menghala ke pinggir bandar? (4)

Ini kerana di kawasan pusat bandar dipenuhi dengan bangunan konkrit yang banyak menyimpan haba pendam.

Manakala di kawasan pinggir bandar pula masih terdapat tumbuhan hijau yang membebaskan wap wap air/ kelembapan udara tinggi untuk merendahkan suhu sekitar.

Kawasan pinggir bandar juga mempunyai banyak sumber-sumber air permukaan seperti tasik, kolam, pays dll yang boleh berfungsi menyejukkan suhu sekitar.

Page 5: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR

1 (d) Bagaimanakah fenomena pulau haba terjadi? (6)

Pembinaan bangunan konkrit clan jalan bertar yang menyerap clan menyimpan haba matahari sebagai haba pendam clan membebaskannya pads waktu malam sebagai bahangan bumi.

Pembebasan banyak gas-gas pencemar/ gas rumah hijau ke atmosfera bandar. Gas-gas ini bersifat lutsinar kepada bahangan matahari tetapi legap kepada bahangan bumi — ini menyebabkan bahangan bumi terperangkap.

Pengurangan kawasan hijau dalam bandar/ aktiviti penebangan pokok untuk digantikan dengan bangunan konkrit. Ini mengurangkan peratus kelembapan udara atau kawasan pulau sejuk dalam bandar. Kesannya suhu di pusat bandar sentiasa tinggi.

Page 6: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR

1 (e) Bagaimanakah pulau haba bandar mempengaruhi unsur-unsur cuaca di bandar?(4)

Kelembapan udara yang rendah. Suhu tinggi mewujudkan udara kerdig (dry air) di bandar berbanding dengan pinggirnya yang lebih lembap clan lebih nyaman

Kekerapan kejadian hujan perolakan yang lebih tinggi di Bandar berpunca daripada kadar sejatan permukaan yang tinggi dari haba yang lebih banyak tersimpan di bandar.

Wujudnya tekanan udara yang rendah akibat suhu yang tinggi di pusat bandar. Kesannya tiupan angin yang lebih kencang bertiup masuk dari luar ke pusat bandar. Kejadian ini dinamakan sebagai badai.

Page 7: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR

1 (f) Jelaskan kesan pulau haba ke atas kehidupan manusia di bandar. (4)

Pulau haba mewujudkan cuaca panas dalam bandar. Ini menjejaskan kesihatan penclucluk bandar seperti deman, dihidrasi (kehilangan air dalam badan) clan juga "stroke haba".

Meningkatkan kos hidup. Cuaca panas dalam bandar memerlukan pemasangan alai penghawa dingin (air cond), ini meningkatkan kos hidup di bandar seperti kos membayar bit elektrik, kos pemasangan, penyelengaraan dll.

Page 8: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR

1 (g) Cadangkan langkah pengurusan yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan pulau haba di bandar. (6)

Mewujudkan kawasan hijau dalam bandar atau program penghijauan bandar dengan menanam pokok-pokok peneduh di kawasan rezab bandar seperti rezab jalan, rezab bangunan dan lain-lain. Pokok-pokok peneduh ini mampu mengekalkan udara lembab disamping menyederhanakan suhu sekitar.

Membina lebih banyak kawasan badan air dalam bandar yang mampu bertindak sebagai pulau sejuk bandar seperti kawasan taman tema air, tasik reakreasi dll

Penggunaan sumber tenaga gantian yang bersih dan mesra slam seperti tenaga elektrik hidro, tenaga solar, biomass dll dalan aktiviti pengangkutan, perindustrian dan penggunaan isi rumah dalam bandar bagi menggantikan sumber tenaga fosil yang terbukti banyak membebaskan gas-gas ruman hijau.

Page 9: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR

1 (h) Dalam konteks bandar raya Kuala Lumpur, patutkah kawasan pulau sejuk bandar diperbanyakkan? (4)

Memang patut. Ini kerana bandaraya Kuala Lumpur mengalami pulau haba/ suhu panas yang agak tinggi yang memerlukan kaedah kawasan pulau sejuk dibina seperti memperbanyakkan kawasan badan-badan air (taman tema air, kolam takungan, tasik buatan manusia dil) disamping memperbanyakkan pok0k pokok peneduh dalam bandar.

Page 10: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR

2 (a) Peningkatan suhu di bandar pengaruhi oleh aktiviti manusia. Bincangkan pernyataan ini.(13)

1) Aktiviti pembinaan bangunan konkrit dan jalan bertar.• Pembinaan bangunan konkrit dan jalan bertar yang menyerap dan

menyimpan haba matahari pada waktu siang dan membebaskannya pads waktu malam sebagai haba pendam.

• Pada masa yang sama bangunan-bangunan tinggi juga menyekat pengaliran keluar haba ke atmosfera pads waktu malam.

• Ini menambahkan lagi kadar simpanan dan pengaliran haba dalam atmosfera bandar seterusnya menggalakkan kejadian pulau haba.

Page 11: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR

2 (a) Peningkatan suhu di bandar pengaruhi oleh aktiviti manusia. Bincangkan pernyataan ini.(13)

2) Aktiviti penebangan pokok.• Pengurangan kawasan hijau dalam bandar disebabkan aktiviti

penebangan pokok untuk digantikan dengan bangunan konkrit.• Ini mengurangkan peratus kelembapan udara dalam bandar.

Proses transpirasi (pepeluhan) tumbuhan tidak berlaku untuk membebaskan wap-wap air ke udara.

• Kesannya peratus kelembapan udara menjadi rendah, dan udara menjadi kering (dry air) yang seterusnya menggalakkan lagi peningkatan suhu di bandar.

Page 12: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR

2 (a) Peningkatan suhu di bandar pengaruhi oleh aktiviti manusia. Bincangkan pernyataan ini.(13)

3) Aktiviti pengangkutan dan perindustrian.• Pengangkutan dan perindustrian yang banyak membebaskan

gas gas rumah hijau ke atmosfera bandar seperti karbon dioksida, ‑karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dll.

• Gas-gas ini bersifat lutsinar kepada bahangan matahari tetapi legap kepada bahangan bumi – ini menyebabkan kesan rumah hijau apabila bahangan bumi terperangkap oleh gas gas ‑pencemar berkenaan dan seterusnya suhu di bandar akan meningkat.

Page 13: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR

2 (a) Peningkatan suhu di bandar pengaruhi oleh aktiviti manusia. Bincangkan pernyataan ini.(13)

4) Pertambahan penduduk bandar.• Kepadatan/ kesesakan penduduk dalam bandar akan

menambahkan sumber haba dalam bandar menerusi metabolisms badan manusia. Dianggarkan seorang manusia mengeluarkan haba pads kadar 100 - 300 kwaat bergantung kepada jenis kerja yang dilakukannya. Pertambahan haba oleh manusia ini akan menambahkan lagi jumlah tenaga haba yang tersimpan dalam bandar.

Page 14: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR

2 (a) Peningkatan suhu di bandar pengaruhi oleh aktiviti manusia. Bincangkan pernyataan ini.(13)

Namun begitu, tidak semua aktiviti manusia di dalam bandar boleh meningkatkan suhu. Terdapat pelbagai aktiviti manusia yang boleh merendahkan suhu di dalam bandar daripada terns mengalami pulau haba. Antaranya ialah:

Page 15: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR

2 (a) Peningkatan suhu di bandar pengaruhi oleh aktiviti manusia. Bincangkan pernyataan ini.(13)

5. Aktiviti penghijauan bandar (menanam pokok).• Pihak berkuasa tempatan (PBT) banyak menanam pokok-pokok

peneduh di kawasan rezab dalam bandar, di bahu jalan dan juga di laluan jalan kaki. Di samping itu pemilik bangunan juga menamam pokok-pokok sebagai hiasan landskapnya.

• Aktiviti ini akan menambahkan kelembapan udara melalui proses transpirasi tumbuhan dan is mampu menurunkan suhu di dalam bandar.

Page 16: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR

2 (a) Peningkatan suhu di bandar pengaruhi oleh aktiviti manusia. Bincangkan pernyataan ini.(13)

6) Aktiviti menambahkan kawasan badan air dalam bandar• Penambahan kawasan badan air dalam bandar seperti

tasik/kolam buatan manusia dan juga taman tema air misalnya Taman Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur dan juga Taman air Sunway Lagoon.

• Kewujudan badan-badan air mampu menyejukkan udara melalui proses sejatan di permukaan, menambahkan kelembapan udara dan adakalanya mampu menurunkan hujan.

Page 17: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR

2 (a) Peningkatan suhu di bandar pengaruhi oleh aktiviti manusia. Bincangkan pernyataan ini.(13)

7) Penggunaan pengangkutan awam.• Aktiviti manusia seperti penggunaan pengangkutan awam

contohnya LRT dan komuter, melaksanakan kempen berkongsi kereta, kempen penjimatan tenaga seperti kempen EARTH HOURS juga boleh mengurangkan peningkatan suhu di bandar.

• Ini kerana aktiviti ini mampu mengurangkan fenomena kesan rumah hijau apabila kadar perlepasan gas-gas rumah hijau ke atmosfera bandar boleh dikurangkan.

Page 18: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR

2 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan peningkatan suhu di bandar-bandar besar di malaysia. (12)1. Langkah perundangan.

• Melaksanakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 seperti : Peraturan Udara Bersih 1978, Peraturan Pelepasan Asap Daripada Enjin Diesel 1996, Akta dan awalan pembakaran terbuka dan lain-lain.

• Justeru agensi pelaksana seperti Jabatan Alam Sekitar, JPJ, Pihak berkuasa Tempatan (PBT) mestilah menjalankan pemantauan , dan pemeriksaan yang lebih kerap untuk memastikan akta di atas dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Page 19: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR

2 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan peningkatan suhu di bandar-bandar besar di malaysia. (12)1. Langkah perundangan.

• Seterusnya Hukuman seperti denda/ kompaun, menyitar premis, membatalkan lesen operasi, penjara dll mesti dilaksanakan dengan tegas dan adil kepada mans-mans individu atau syarikat yang didapati membebaskan bahan pencemar ke udara tanpa kawalan.

Page 20: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR

2 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan peningkatan suhu di bandar-bandar besar di malaysia. (12)

2. Langkah Pengurusan • Mewujudkan kawasan hijau dalam bandar atau program penghijauan

bandar dengan menanam pokok-pokok peneduh di kawasan rezab bandar seperti rezabjalan, rezab bangunan dan lain-lain. Pokok-pokok peneduh ini mampu mengekalkan udara lembab disamping menyederhanakan suhu sekitar.

• Membina lebih banyak kawasan badan air dalam bandar yang mampu bertindak sebagai pulau sejuk bandar seperti kawasan taman tema air, tasik reakreasi dll. Contohnya Taman Tasik Titiwangsa dan Sunway Lagoon.

Page 21: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR

2 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan peningkatan suhu di bandar-bandar besar di malaysia. (12)2. Langkah Pengurusan

• Penggunaan sumber tenaga gantian yang bersih dan mesra alam seperti tenaga elektrik hidro, tenaga solar, biomass dll dalam aktiviti pengangkutan, perindustrian dan penggunaan isi rumah dalam bandar bagi menggantikan sumber tenaga fosil yang terbukti banyak membebaskan gas-gas rumah hijau.

• Penggunaan petroleum tanpa plumbum. Perlepasan asap dari industri dan kenderaan biasanya dikawal dengan menggunakan petroleum dengan kandungan sulfur rendah. Selain itu melarang aktiviti pembakaran terbuka sebaliknya menggalakkan aktiviti 3R.

Page 22: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR

2 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan peningkatan suhu di bandar-bandar besar di malaysia. (12)2. Langkah Pengurusan

• Mengurangkan penggunaan peralatan yang banyak membebaskan kloroflourokarbon (CFC) seperti alat pendingin hawa, peti sejuk, alat-alat semburan dan sebagainya yang boleh menipiskan lapisan ozon seterusnya mempengaruhi kemasukan bahangan matahari ke bumf tanpa halangan. Sebaliknya menggunakan peralatan yang telah disahkan bersifat "Mesra alam" (Environmental friendly).

Page 23: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR

2 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan peningkatan suhu di bandar-bandar besar di malaysia. (12)3. Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar

• Kempen penjimatan tenaga seperti kempen Earth Hours oleh penduduk bandar. Mengurangkan penggunaan tenaga yang berlebihan. Sekiranya tidak perlu, elakkan pembaziran tenaga. Penggunaan tenaga yang tidak cekap akan melepaskan lebih banyak gas-gas rumah hijau.

• Kempen menggunakan sistem pengangkutan awam seperti LRT, ERL, Komuter dan juga kempen berkongsi kereta.Termasuk juga kempen penggunaan basikal di dalam bandar dan mewujudkan zon khusus dalam bandar yang tidak boleh dimasuki oleh kenderaon diesel seperti Ion, bas, truck dll.

• Pendidikan alam sekitar pula menerusi matapelajaran Geografi di peringkat sekolah dan IPT disamping memperkukuhkan peranan badan bukan kerajaan NGO.