sce 3112 - 08 isi pelajaran - tajukk 3_ sumber pengajaran .docx

17
CE3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber TAJUK 3 SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS 3.0 SINOPSIS Penggunaan sumber atau alat bantu mengajar (ABM) dalam pengajaran dan pembelajaran sains adalah penting dan dapat memudah serta meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun kebanyakan sumber pengajaran dan pembelajaran boleh diperoleh secara komersial, namun guru sains seharusnya memilih dan mengulas ( review) sumber sains yang sesuai untuk pengajarannya. Pada masa yang sama, adalah mustahak bagi guru sains mengubahsuai (improvisasi) sumber pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada ataupun menyedia dan mereka cipta sumber pengajaran dan pembelajaran sendiri. Sumber pengajaran sains yang akan dibincang dalam tajuk ini terdiri daripada model, carta, asetat (transparensi), nota edaran (topik 8), slaid, video, perisian kursus, bahan multimedia (topik 9) dan peralatan sains seperti kanta, corong turas, kanta pembesar dan bikar (topik 11). 3.1 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat 28

Upload: yeit-fong-tan

Post on 01-Feb-2016

222 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SCE 3112 - 08  Isi Pelajaran - TAJUKk 3_  Sumber Pengajaran .docx

CE3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

TAJUK 3 SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS

3.0 SINOPSIS

Penggunaan sumber atau alat bantu mengajar (ABM) dalam pengajaran dan

pembelajaran sains adalah penting dan dapat memudah serta meningkatkan

proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun kebanyakan sumber

pengajaran dan pembelajaran boleh diperoleh secara komersial, namun guru

sains seharusnya memilih dan mengulas (review) sumber sains yang sesuai

untuk pengajarannya. Pada masa yang sama, adalah mustahak bagi guru

sains mengubahsuai (improvisasi) sumber pengajaran dan pembelajaran

yang sedia ada ataupun menyedia dan mereka cipta sumber pengajaran dan

pembelajaran sendiri. Sumber pengajaran sains yang akan dibincang dalam

tajuk ini terdiri daripada model, carta, asetat (transparensi), nota edaran

(topik 8), slaid, video, perisian kursus, bahan multimedia (topik 9) dan

peralatan sains seperti kanta, corong turas, kanta pembesar dan bikar (topik

11).

3.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat

1. memberi faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa

mengubahsuai (mengimprovisasi) sumber pengajaran dan pembelajaran

sains.

2. menyenaraikan kriteria-kriteria yang digunakan untuk memilih sumber

pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah.

3. membincangkan cara menyediakan model, carta, asetat, nota edaran,

slaid, video, perisian kursus, bahan multimedia, kanta, corong turas, kanta

28

Page 2: SCE 3112 - 08  Isi Pelajaran - TAJUKk 3_  Sumber Pengajaran .docx

CE3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

pembesar dan bikar untuk pengajaran dan pembelajaran sains sekolah

rendah.

4. melaksanakan satu sesi pengajaran dengan menggunakan tiga jenis

sumber pengajaran dan pembelajaran yang dipilih.

3.2 KERANGKA TAJUK

3.3 PENGENALAN

Sumber yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains

adalah sangat luas dan tidak terhad kepada bahan-bahan yang hanya ada di

bilik darjah dan bilik sains sahaja. Sebenarnya apa-apa sahaja boleh

digunakan untuk mengajar sains seperti yang dinyatakan dalam pernyataan

‟Science is everyway”. Sumber pengajaran dan pembelajaran sains terdiri

daripada bahan penerbitan, peralatan sains, bahan multimedia, audio visual,

dan banyak lagi termasuk persekitaran luar bilik darjah seperti taman

haiwan, taman bunga, muzium, kolam, dan pusat sains. Selain diperoleh

secara komersial, guru boleh mengubahsuai (improvisasi) bahan yang sedia

ada atau mereka cipta sumber pengajaran dan pembelajaran sains atas

kreativiti sendiri. Usaha guru tersebut kerapnya boleh menjimatkan kos.

Pada masa yang sama guru sains seharusnya mengulas (review) sumber

29

Sumber pengajaran dan pembelajaran sains

Model, carta, asetat (transparensi), nota edaran

(Topik 8)

Slaid, video, perisian dan bahan-bahan multimedia

(Topik 9)

Alat sains (kanta, corong turas,kanta pembesar dan bikar)

(Topik 11)

Page 3: SCE 3112 - 08  Isi Pelajaran - TAJUKk 3_  Sumber Pengajaran .docx

CE3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dari segi keberkesanan dan

kesukaran penggunaannya, seterusnya membuat pengubahsuaian untuk

meningkatkan keberkesanan serta mempermudahkan penggunaan sumber

pengajaran dan pembelajaran tersebut.

3.4 SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS

‟Science is most effectively taught and learned when both

teacher and pupils practice the skills of problem-solving

by engaging in group and individual study. The devising

of experiments and IMPROVISATION OF SIMPLE

EQUIPMENT for carrying them out should form no small

part of such study”

(UNESCO: Source Book for Science Teaching)

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains dapat ditingkatkan

melalui penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran yang menarik

dan konkrit. Selain itu, ia membenarkan murid-murid melaksanakan aktiviti

secara ‟hands-on” dan melalui inkuiri penemuan. Akan tetapi, guru sering

menghadapi masalah kekurangan sumber pengajaran dan pembelajaran

sains seperti peralatan sains. Maka adalah wajar bagi guru membuat

pengubahsuaian (improvisasi) terhadap sumber pengajaran dan

pembelajaran yang sedia ada atau menyedia sumber sendiri menggunakan

bahan kitar semula.

3.5 PENGUBAHSUAIAN (IMPROVISASI)

Pernahkah anda membuat peralatan sains yang mudah dengan menggunakan

barang-barang yang dibuang seperti botol minuman plastik? Jika anda tidak

pernah, untuk permulaan, anda boleh cuba dan membuat corong mudah dengan

30

Page 4: SCE 3112 - 08  Isi Pelajaran - TAJUKk 3_  Sumber Pengajaran .docx

CE3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

memotong bahagian atas botol minuman plastik. Bilakah seseorang itu perlu

membuat peralatan sains sendiri atau mengubahsuai peralatan sains?

Pengubahsuaian perlu dilakukan dengan tujuan untuk menambahbaik dan

meningkatkan lagi keberkesannan dari segi penggunaan iaitu meningkatkan kos

keberkesananan sumber pengajaran dan pembelajaran. Proses

pengubahsuaian sumber pengajaran dan pembelajaran sains harus dilakukan

setelah kajian teliti dan analisis serta sistematik.

Penambahbaikan peralatan sains boleh dicetuskan dengan sesuatu idea baru,

keperluan peralatan untuk mengajar, atau tujuan menjimatkan kos untuk

membeli sesutu perlatau. Apa pun alasannya, kajian kebolehlaksanaan perlu

dijalankan terlebih dahulu selepas seperti digariskan di bawah.

Analisis kos-faedah (Cost-benefit analysis):

Ia adalah suatu percubaan untuk mengetahui sama ada kos pengeluaran

peralatan setara dengan faedah apabila dibandingkan dengan kos pembelian

model komersial dari kilang.

Peralatan yang diperlukan:

Setelah analisis kos-faedah menunjukkan bahawa sesuatu peralatan tersebut

lebih berfaedah sekiranya ia diubahsuaikan, maka langkah seterusnya adalah

untuk mempertimbangkan sama ada peralatan-peralatan yang perlu untuk

membuat pengubahsuaian tersebut disediakan.

31

Page 5: SCE 3112 - 08  Isi Pelajaran - TAJUKk 3_  Sumber Pengajaran .docx

CE3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

Kemahiran yang diperlukan:

Selain dari peralatan tertentu, pengubahsuaian sumber pengajaran dan

pembelajaran kemungkinan memerlukan beberapa kemahiran yang spesifik

seperti kerja kayu dan logam.

Bahan Binaan:

Tujuan utama pengubahsuaian adalah untuk menjimatkan kos. Kos pengeluaran

sesuatu barang yang diubahsuai terdiri daripada jumlah kos bahan binaan dan

kos tenaga buruh. Untuk mengurangkan kos pengeluaran maka kos bahan

binaan mesti diminimakan. Satu sumber bahan binaan adalah bahan buangan

yang boleh dikitar semula. Pemilihan sesuatu bahan binaan bergantung kepada

kosnya sama ada ia boleh diperoleh secara mudah atau tidak.

Proses Pembinaan:

Matlamat utama sesuatu peralatan yang telah siap dibina adalah ia mesti

berfungsi. Setelah memastikan peralatan tersebut berfungsi barulah diteruskan

dengan proses perbaikan. Bengkel dan percubaan di bilik darjah perlu dilakukan

untuk mendapat maklum balas tentang penggunaanya. Maklumat yang diperoleh

melalui bengkel dan percubaan di bilik darjah akan digunakan untuk

memperbaiki peralatan tersebut. Produk ini menjadi prototaip.

Lihat sekeliling makmal sekolah anda, anda boleh mengenal

pasti yang mana satu penambahbaikan keperluan radas sains

32

Page 6: SCE 3112 - 08  Isi Pelajaran - TAJUKk 3_  Sumber Pengajaran .docx

CE3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

dan yang boleh improvisasi?

Mengumpul maklumat tentang guru-guru sains dari negara-negara lain mengubahsuai alat-alat sains dan menyediakan sumber pengajaran menggunakan bahan-bahan tempatan dengan kos berkesan (cost-effective).

3.6 PENYEDIAAN

Pernahkah anda mengajar sains tanpa menggunakan apa-apa bantuan mengajar?

Sains adalah satu subjek yang berkait rapat dengan kehidupan dan alam sekitar

kita. Sains adalah sebuah badan pengetahuan yang agak rumit dan

membingungkan seperti gerakan relatif matahari, bumi dan bulan. Untuk

menjadikan pengajaran sains yang lebih bermakna dan menarik, banyak sumber

telah disediakan untuk guru-guru sains.

Apakah sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh didapati di sekolah anda untuk kelas sains?

Apakah persediaan yang anda perlu buat sebelum anda menggunakan mana-mana sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran?

(a) Alat Bantu Mengajar (Sumber Pengajaran dan Pembelajaran)

Projektor Lutsinar (Overhead Projector)

33

Page 7: SCE 3112 - 08  Isi Pelajaran - TAJUKk 3_  Sumber Pengajaran .docx

CE3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

Kualiti dan keberkesanan sesuatu bahan visual berpunca daripada persiapan

yang baik dan pemahaman medium yang digunakan. Perkara-perkara berikut

harus diambilkira apabila menyediakan bahan visual, sama ada untuk OHP atau

asetat (transparensi):

• Pastikan gambar rajah yang simpel dan ringkas

• Menyediakan gambar rajah asal di atas kertas dan salin kepada

asetat dengan menggunakan pen penanda

• Sepuluh garis dengan 5-6 patah perkataan setiap baris adalah

maksimum mutlak untuk kebolehbacaan

• Tulis tajuk dengan jelas

• Visual yang baik berkomunikasi idea

• Gunakan huruf yang jelas dan besar

• Warna boleh digunakan untuk menunjukkan penenkanan dan

kepelbagaian

• Susun asetat itu bahawa idea-idea boleh disampaikan secara

beransur-ansur

• Garisan pelabelan tidak sepatutnya bersilang antara satu sama lain

Secara tradisinya asetat ditulis atau diukis dengan tangan. Kini, asetat boleh

disedia dengan bantuan teknologi komputer. Pemprosesan perkataan dan

program grafik boleh digunakan untuk menyediakan imej yang lebih berkualiti

dan baik yang menggabungkan teks dan /atau grafik. Program-program perisian

mempunyai pelbagai pilihan gaya dan saiz fon untuk membuat overhed yang

menarik dan mudah dibaca. Imej yang terhasil boleh dicetak pada kertas biasa

dan dipindahkan kepada asetat dalam beberapa cara. Terdapat bahan-bahan

asetat yang dibuat khusus untuk jenis peralatan photocopiers terma dan

pencetak laser. Adalah penting untuk menggunakan bahan-bahan asetat yang

sesuai untuk mengelakkan kerosakan yang serius.

Edaran

34

Page 8: SCE 3112 - 08  Isi Pelajaran - TAJUKk 3_  Sumber Pengajaran .docx

CE3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

Edaran boleh disediakan sebagai tambahan untuk penyampaian pengajaran

anda. Edaran sesuai digunakan untuk memberi murid-murid anda maklumat

tambahan dan lebih terperinci atau sebagai lembaran kerja.

Slaid

Slaid menawarkan cara yang kurang teknikal untuk memperkenalkan imej visual

bagi persembahan. Slaid boleh dibuat daripada foto ataupun asetat overhed

yang telah dihasilkan dengan tangan atau menggunakan program perisian

komputer. Apabila merancang untuk menggunakan slaid, anda perlu menguji

projektor sebelum digunakan untuk memastikan bahawa ia berada dalam

keadaan yang baik. Cahaya lampu adalah faktor yang menentukan

keberkesanan sesuatu projektor slaid kerana imej-imej mungkin memerlukan

tahap cahaya “ambient” yang sangat rendah untuk dilihat dengan jelas.

Pita Video/Filem

Guru perlu pratonton video atau filem sebelum ditunjukkan kepada murid-

muridnya. Selain itu, guru harus menyediakan garis panduan tontonan atau

tugasan kepada murid-murid untuk memastikan mereka memberi tumpuan

semasa menonton video atau filem. Sesi perbincangan perlu diadakan selepas

sesi tontonan supaya penggunaan video atau filem untuk pengajaran dan

pembelajaran sains menjadi lebih bermakna, berkesan dan mengikuti konteks isi

kandungan yang diajar.

Video cakera padat

35

Page 9: SCE 3112 - 08  Isi Pelajaran - TAJUKk 3_  Sumber Pengajaran .docx

CE3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

Penggunaan video cakera padat adalah serupa dengan penggunaan slaid atau

video. Anda memerlukan pemain VCD dan monitor TV untuk mengkaji isi

kandungan cakera untuk menentukan bahagian yang anda ingin gunakan.

Bahan Multimedia

Teks atau imej yang telah digunakan dalam overhed dan edaran boleh

digunakan untuk membuat bahan-bahan multimedia. Multimedia ditakrifkan

sebagai gabungan bunyi, gerakan, gambar dan teks pada satu paparan

komputer.Peralatan multimedia yang diperlukan adalah sebuah komputer dan

projektor LCD seperti skrin. Pakej perisian multimedia seperti power point sering

digunakan untuk membuat persembahan multimedia.

Melayari internet untuk muat-turun slaid, video, perisian dan bahan-bahan multimedia yang sesuai untuk menghasilkan sumber pengajaran sains.

(b) Radas dan Peralatan Sains

36

Page 10: SCE 3112 - 08  Isi Pelajaran - TAJUKk 3_  Sumber Pengajaran .docx

CE3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

Rajah 1

Kenal tak anda radas dan peralatan yang ditunjukkan dalam Rajah 1?

Cari maklumat tentang nama dan penggunaan radas dan peralatan tersebut.

Radas sains dan peralatan untuk sekolah-sekolah rendah adalah mudah dan

senang digunakan. Peralatan yang diperbuat daripada kaca termasuk tabung uji,

kelalang, bikar, kanta, prisma, corong turas, penitis, kanta pembesar, cermin,

sisip kaca dan lain-lain. Peralatan sains perlu dikendalikan dengan berhati-hati.

Penerangan di bawah adalah beberapa radas kaca bersama dengan

spesifikasinya.

Tabung uji

Pilih tabung uji dengan “lip”. Pilih tabung uji yang diperbuat daripada kaca tahan

haba (pyres, kimax) jika pemanasan adalah diperlukan. Dimensi purata panjang

yang biasa bagi tabung uji adalah 150 mm dan diameter 15mm.

Kelalang

Semua kelalang untuk kegunaan umum harus diperbuat daripada kaca tahan

panas. Kelalang biasanya didapati dalam dua bentuk: bentuk bulat dan bentuk

kon. Saiz kelalang yang biasa digunakan adalah 250, 600 dan 1000ml.

Bikar

Bikar boleh diperbuat daripada plastik atau kaca yang tahan panas. Walaupun

bikar plastik tidak mudah pecah akan tetapi ia tidak sesuai dipanaskan.

Beberapa saiz bikar biasanya dijumpai di makmal sains adalah 250, 600 dan

37

Page 11: SCE 3112 - 08  Isi Pelajaran - TAJUKk 3_  Sumber Pengajaran .docx

CE3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

1000ml.

Radas dan peralatan yang digunakan di sekolah rendah untuk kerja amali yang

berkaitan dengan bateri termasuk wayar, klip wayar, mentol dan suis.

Bateri atau sel kering

Penggunaan sel-sel alkali dan nikel-kadmium patut dielakkan kerana “output”

yang lebih besar mereka boleh menyebabkan pemanasan wayar halus

berlebihan. Penggunaan pemegang bateri yang mempunyai klip digalakkan

kerana ia mudah digunakn.

Mentol

Mentol harus mempunyai voltan yang sama dengan sel-sel kering yang akan

membekal tenaga kuasa kepada mereka.

Dawai/wayar kuprum

Wayar kuprum untuk kegunaan umum di sekolah rendah perlu mempunyai

nombor tolok kira-kira 20. Wayar garis mempunyai diamter tersebut adalah

fleksibel dan mudah untuk dimanipulasi murid-murid. Walaupun wayar 18 tolok

boleh diterima, ia adalah lebih keras; 22 dan 24-tolok dawai juga diterima tetapi

38

Page 12: SCE 3112 - 08  Isi Pelajaran - TAJUKk 3_  Sumber Pengajaran .docx

CE3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

agak ringan. Untuk boleh digunakan semula, wayar yang diperoleh untuk sekola

rendah perlu bersalut plastik.

Radas dan peralatan sains lain yang juga digunakan di sekolah rendah adalah seperti berikut:

Bar magnet Neraca spring Kompas Mesin timbang Termometer Jam randik Tala bunyi Takal Pembaris meter dan lain-lain

Menyimpan sumber pengajaran memerlukan ruang yang banyak. Melayari internet untuk cara penyusunan dan penyimpanan sumber-sumber dalam bilik sains dengan kos berkesan.

3.7 PENGULASAN (REVIEWING) DAN PEMILIHAN SUMBER

Pernahkah anda fikirkan ada berapa banyak sumber pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada di sekolah anda untuk mengajar sains?

Apakah sumber-sumber yang paling kerap digunakan dalam pengajaran sains anda?

Bagaimana anda membuat pilihan tentang jenis sumber yang paling berkesan untuk mengajar konsep sukar tertentu?

39

Page 13: SCE 3112 - 08  Isi Pelajaran - TAJUKk 3_  Sumber Pengajaran .docx

CE3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

Memandangkan pelbagai sumber telah sediakan kepada guru maka adalah

penting bagi guru membangunkan atau mengenal pasti kriteria tertentu untuk

memilih sumber. Berikut adalah beberapa kriteria yang dicadangkan untuk

memilih sumber-sumber dengan pertimbangan yang diberikan kepada

perkembangan kognitif dan afektif pelajar.

Aspek kognitif dan afektif Kriteria untuk memilih sumber-sumber

Pengekalan pengetahuan Menyampaikan topik dengan cara yang relevan kepada kehidupan seharian pelajar.

Motivasi untuk belajar Media grafik mesti menarik dan jelas dilihat oleh murid-murid.

Menggunakan teknologi sebagai alat untuk meningkatkan pembelajaran.

Kualiti suara dan muzik latar belakang untuk bahan audiovisual mesti menarik.

Pemindahan pengetahuan Sains merentasi kurikulum mata pelajaran lain.

Menyampaikan maklumat yang tepat. Menekankan penerokaan dan

pembangunan pengetahuan.Asimilasi dan persepsi Membolehkan murid membuat

pemerhatian dan kesimpulan mereka sendiri melalui pengalaman secara langsung dan bertujuan.

Membantu murid untuk membina pemahaman konsep.

Berfikir dan membuat refleksi

Menggalakkan penyiasatan, penyelesaan masalah dan pemikiran kritikal.

Membolehkan pelajar untuk meneroka topik sains secara mendalam.

Kesediaan untuk Pembelajaran

Perkataan yang pilih dan kejelasan konsep sepadan dengan tahap kesediaan dan kebolehan murid.

Memupuk nilai dan sikap positif

Merangkumi aktiviti-aktiviti seperti simulasi, main peranan, drama dan lain-

40

Page 14: SCE 3112 - 08  Isi Pelajaran - TAJUKk 3_  Sumber Pengajaran .docx

CE3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

Aspek kognitif dan afektif Kriteria untuk memilih sumber-sumber

lain di mana nilai-nilai moral yang baik dan sikap yang betul boleh diterapkan.

Tutorial

1.

2.

3.

4.

Jelaskan maksud pengubahsuaian (improvisasi) dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sains.

Huraikan secara ringkas langkah-langkah yang perlu diambil oleh seorng guru sains sebelum membuat sebarang pengubahsuaian (improvisasi).

Apakah nama item yang telah diubahsuaikan?

Namakan radas dan peralatan dalam Figure 1 dan 2.

5.

6.

Sediakan nota ringkas dalam bentuk jadual mengenai kriteria yang digunakan untuk mengulas dan memilih sumber-sumber pengajaran berikut: model, carta, asetat, nota edaran, slaid, video, perisian, bahan-bahan multimedia, kanta, corong turas, kanta pembesar, dan bikar.

Berdasarkan sumber pengajaran dan pembelajaran yang disenarai berikut, huraikan bagaimana anda boleh mengubahsuai untuk mengajar sains sekolah rendah. (i) video (ii) carta (iii) model(iv) asetat

41

Page 15: SCE 3112 - 08  Isi Pelajaran - TAJUKk 3_  Sumber Pengajaran .docx

CE3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

42