rph 5 1.1.docx

8
Stefanus Lucas (PISMP T3 MU1) RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KBSR) Tahun : 5 Angsana Bilangan murid : 20 Orang Tarikh/Hari : 12 Mac 2014 (Rabu) Masa : 09.00 a.m – 09.30 a.m (30 Minit) Mata pelajaran : Pendidikan Muzik Tajuk Lagu : Perajurit Tanah Air Aspek : Persepsi Estetik Konsep : 1.1 Irama Item : 1.1.3 Tempo (Sederhana, cepat, lambat dan perubahan tempo ; ansur cepat dan ansur lambat) Hasil Pembelajaran : Aras 2 – Menyatakan perbezaan dan perubahan tempoh lagu diperdengar dengan betul. Objektif : Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat; Rancangan Pengajaran Harian (KBSR) Persepsi Estetik Tahun Lima

Upload: tamil-silvam-raja

Post on 05-Sep-2015

34 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Stefanus Lucas (PISMP T3 MU1)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KBSR)

Tahun: 5 Angsana

Bilangan murid: 20 Orang

Tarikh/Hari: 12 Mac 2014 (Rabu)

Masa: 09.00 a.m 09.30 a.m (30 Minit)

Mata pelajaran: Pendidikan Muzik

Tajuk Lagu: Perajurit Tanah Air

Aspek: Persepsi Estetik

Konsep: 1.1 Irama

Item: 1.1.3 Tempo (Sederhana, cepat, lambat dan perubahan tempo ; ansur cepat dan ansur lambat)

Hasil Pembelajaran : Aras 2 Menyatakan perbezaan dan perubahan tempoh lagu diperdengar dengan betul.

Objektif : Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat;

Menyatakan perbezaan tempo sederhana, cepat, lambat dan perubahan tempo iaitu ansur cepat serta ansur lambat daripada lagu yang diperdengarkan.

Membuat pergerakan badan bagi membezakan perbezaan tempo sederhana, cepat, lambat dan perubahan tempo ansur cepat serta ansur lambat daripada lagu yang diperdengarkan.

Pengetahuan sedia ada: Murid-murid sudah mempelajari lagu Perajurit Tanah Air.

BBM: Speaker, komputer riba, carta lagu, kad imbasan tempo

Kemahiran Berfikir: Membanding beza

Penerapan nilai murni: Mendengar arahan guru dan kerjasama

Langkah/Masa

Kemahiran

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

Catatan

Set Induksi

(5 Minit)

Pergerakan Itik Comel sambil diiring muzik Chicken Dance

1.Guru meminta murid untuk bersedia dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

2.Guru meminta murid membuat pergerakan Itik Comel sambil diiringi muzik Chicken Dance. Pergerakan yang dibuat hasil bimbingan guru.

1.Murid mempersiapkan diri bagi memulakan kelas.

2.Murid membuat pergerakan yang dibimbing oleh guru.

BBM :Speaker dan komputer riba

Nilai :Mendengar arahan guru

Langkah 1

(5 Minit)

Penerangan tentang tempo sederhana, cepat, lambat dan perubahan tempo (ansur cepat dan ansur lambat) dengan menggunakan lagu Perajurit Tanah Air.

1.Guru menerangkan perbezaan tempo (lambat, sederhana, cepat dan perubahan tempo ansur cepat dan ansur lambat)

2.Guru menggunakan lagu Perajurit Tanah Air yang telah diubah tempo bagi menjelaskan lagi perbezaan tempo yang ingin diajar sambil menepuk tangan.

1.Murid mendengar maklumat yang disampaikan oleh guru.2.Murid menepuk tangan bagi membezakan tempo yang diajar guru sambil mendengar lagu Perajurit Tanah Air dengan bimbingan guru.

BBM :Speaker dan komputer riba

Nilai : Mendengar arahan guru

KB :Membanding beza

Langkah 2

(7 Minit)

Latihan perbezaan tempo dengan menyanyikan lagu Perajurit Tanah Air dengan iringan piano dan vokal guru.

*Tepukan tangan

*Pergerakan badan

1.Guru menayangkan carta lagu dan meminta murid bersama-sama menyanyikan lagu Perajurit Tanah Air dalam tempo asal lagu dengan diiringi piano yang dimainkan oleh guru. 2.Guru memaparkan kad imbasan tempo pada bahagian-bahagian pada carta lagu Perajurit Tanah Air dan meminta murid untuk menepuk sambil menyanyikannya.3.Guru meminta murid menyanyikan sekali lagi lagu Perajurit Tanah Air berdasarkan tempo yang tertera pada carta lagu sambil mengimitasi pergerakan badan yang telah ditunjuk oleh guru.

1.Murid menyanyi lagu Perajurit Tanah Air yang dipaparkan pada carta lagu bersama-sama dengan guru.

2.Murid menyanyikan lagu tersebut mengikut kad imbasan tempo yang diletakkan pada bahagian-bahagian lagu sambil menepuk tangan mengikut tempo yang tertera. 3.Murid menyanyikan lagu tersebut sambil membuat pergerakan badan bagi menunjukkan perbezaan tempo (sederhana, cepat, lambat dan perubahan tempo ansur cepat dan ansur lambat)

BBM :Carta lagu, kad imbasan tempo

Nilai :Mendengar arahan guru

KB :

Membanding beza

Langkah 3

(7 Minit)

Murid membuat pergerakan kreatif berdasarkan lagu yang berlainan tempo daripada beberapa buah lagu.

Kerja secara berkumpulan bagi mencipta pergerakan yang kreatif bagi menunjukkan perbezaan tempo (sederhana, cepat, lambat dan perubahan tempo ansur cepat dan ansur lambat) sambil diiringi lagu yang diberikan oleh guru.

1. Guru memberi arahan agar setiap murid menyediakan satu pergerakan kreatif mengikut tempo daripada lagu yang diperdengarkan dan murid lain akan mengikut pergerakan murid tersebut dan diikuti oleh murid yang seterusnya.

2. Guru memainkan beberapa buah lagu yang mempunyai tempo berlainan dan murid yang pertama akan memulakannya dan diikuti oleh murid lain.

3.Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan dan meminta setiap kumpulan mencipta pergerakan kreatif mengikut lagu yang diberikan.

1.Murid mendengar arahan guru dan melaksanakan apa yang telah diarahkan oleh guru.

2.Murid pertama yang diarahkan membuat pergerakan kreatif mengikut tempo lagu dan diikuti oleh murid lain. Seterusnya, murid kedua mengambil alih sehingga kesemuanya melaksanakannya.

3.Murid dibahagikan kepada dua kumpulan dan membuat perbincangan dan latihan bagi pergerakan kreatif berkumpulan mengikut tempo lagu yang diberikan oleh guru.

BBM :Speaker dan komputer riba

Nilai :Mendengar arahan guru dan bekerjasama

KB :Membanding beza

Penutup

(6 Minit)

Persembahan kumpulan

Rumusan

1.Guru meminta setiap kumpulan untuk membuat persembahan.

2.Guru membuat rumusan tentang apa yang dipelajari.

1.Murid mempersembahkan hasil kerja berkumpulan.

KB : Membanding beza

Refleksi :

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Rancangan Pengajaran Harian (KBSR) Persepsi Estetik Tahun Lima