psv 3111 april 2012

21
JENIS-JENIS INSTRUMEN PENILAIAN YANG DIGUNAKAN UNTUK KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL JENIS-JENIS INSTRUMEN PENILAIAN YANG DIGUNAKAN UNTUK KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL DI SMK TAPAH -ANALISIS TERHADAP INSTRUMEN - TUJUAN PENGGUNAAN INSTRUMEN - KESESUAIAN DENGAN TUJUAN -KELEMAHAN -CARA MENGATASI Definisi Penilaian Dalam Kurikulum: Penilaian ialah perkara yang tidak asing kepada guru-guru. Guru akan memberikan ujian kepada pelajar-pelajar dan dari ujian ini para guru dapat membuat beberapa keputusan. Guru dapat mengelaskan kumpulan pelajar yang telah menguasai kemahiran yang diajar, termasuk pelajar yang mencapai keputusan cemerlang, pelajar yang perlu latihan lebih banyak dan adakah cara pengajaran guru itu telah disampaikan dengan baik dan berkesan. (Penilaian Kendalian Sekolah:PKS) Selain ujian-ujian dan peperiksaan, guru-guru juga boleh mendapatkan maklumat dengan cara menyoal pelajar dari masa ke

Upload: salmah-ahmad

Post on 24-Jul-2015

161 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PSV 3111 April 2012

JENIS-JENIS INSTRUMEN PENILAIAN YANG DIGUNAKAN UNTUK KURIKULUM

PENDIDIKAN SENI VISUAL

JENIS-JENIS INSTRUMEN PENILAIAN YANG DIGUNAKAN UNTUK KURIKULUM

PENDIDIKAN SENI VISUAL DI SMK TAPAH

-ANALISIS TERHADAP INSTRUMEN

- TUJUAN PENGGUNAAN INSTRUMEN

- KESESUAIAN DENGAN TUJUAN

-KELEMAHAN

-CARA MENGATASI

Definisi Penilaian Dalam Kurikulum:

Penilaian ialah perkara yang tidak asing kepada guru-guru. Guru akan

memberikan ujian kepada pelajar-pelajar dan dari ujian ini para guru dapat membuat

beberapa keputusan. Guru dapat mengelaskan kumpulan pelajar yang telah menguasai

kemahiran yang diajar, termasuk pelajar yang mencapai keputusan cemerlang, pelajar

yang perlu latihan lebih banyak dan adakah cara pengajaran guru itu telah disampaikan

dengan baik dan berkesan. (Penilaian Kendalian Sekolah:PKS)

Selain ujian-ujian dan peperiksaan, guru-guru juga boleh mendapatkan maklumat

dengan cara menyoal pelajar dari masa ke semasa. Apabila guru mengajar, pelajar

akan selalu disoal. Daripada jawapan yang diberi pelajar, guru dapat mengenalpasti

sama ada pelajar itu tahu atau tidak tahu jawapan sebenarnya.

Daripada latihan-latihan dan kerja rumah, guru juga dapat mengetahui kemajuan

seseorang pelajar itu. Banyak cara yang dilakukan oleh guru-guru bagi mendapatkan

maklumat tentang pelajar dan kemajuan di dalam pembelajarannya.

Page 2: PSV 3111 April 2012

Jika dihalusi, kita akan mengetahui bahawa penilaian ialah sebahagian besar daripada

aktiviti pengajaran yang dilakukan oleh guru-guru. Setiap masa guru perlu membuat

keputusan. Sebelum keputusan dibuat, guru secara sedar atau tidak, ada menjalankan

penilaian. Kadang-kadang penilaian itu dilakukan dengan cara terkawal. Hal ini adalah

menerusi ujian dan peperiksaan. Selalunya penilaian dibuat dengan cara tidak terkawal

dan berterusan. Hal ini dapat dilihat di dalam aktiviti guru semasa melakukan proses

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). (Panduan Penilaian Dalam Bilik Darjah,Dewan

Bahasa dan Pustaka: 1983)

Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, penilaian boleh dilakukan sama ada

penilaian secara terkawal atau penilaian tidak terkawal.

a) Penilaian Terkawal:

Dijalankan dalam suasana yang terkawal dan serius, di mana pelajar

menjawab soalan-soalan dalam keadaan tenteram dan tidak diganggu. Ia

merupakan ujian pencapaian yang berbentuk kertas dan pensel. Pelajar diberi

masa yang sama panjang, menjawab dalam masa yang sama, menggunakan

kertas soalan dan bentuk soalan yang sama dan diawasi oleh pengawas atau

petugas sepanjang masa. (masa ujian atau peperiksan)

Antara contoh penilaian terkawal ialah ujian-ujian yang dikendalikan oleh

Kementerian Pelajaran seperti SPM,STPM (yang ada menawarkan kertas PSV)

serta ujian atau peperiksaan pada setiap penggal persekolahan yang telah

dimasukkan dalam takwim persekolahan sepanjang tahun.

Penilaian terkawal sangat sesuai untuk mendapatkan maklumat yang dengan

pengetahuan dan juga kemahiran. Dalam masa yang singkat, banyak perkara

yang dapat dinilaikan kerana penilaian cara ini dapat mengelakkan pelajar dari

meniru, berbincang sesama mereka ketika menjawab soalan, kualiti soalan yang

sama rata dan sebagai.

Page 3: PSV 3111 April 2012

b) Penilaian Tidak Terkawal:

Sebagaimana yang diketahui, guru menilai pelajar pada setiap masa.

Penilaian adalah sebahagian daripada aktiviti pengajaran. Penilaian tidak

terkawal ini didahulukan dalam keadaan sebenarnya semasa perlakuan itu

berlaku. Guru memerhatikan tingkah laku pelajar setiap hari dan mengumpul

maklumat daripada pemerhatian tersebut.

Dalam proses P&P, banyak perkara yang diajar dan dipelajari, justeru untuk

menyedia dan menjalankan penilaian terkawal amat mustahil. Ini disebabkan

banyak juga perkara yang bersabit dengan sikap, nilai dan aktiviti-aktiviti seni

yang kreatif tidak dapat dinilai dengan berkesan jika dibuat secara terkawal.

Sebagai guru perlu sentiasa bersedia dan sensitif kepada keadaan apabila

perkara-perkara yang ingin diketahui itu berlaku. Setiap masa penilaian

dijalankan. Sebagai contoh, jika sifat sabar pelajar yang ingin dinilai maka

keadaan tidak terkawal ini adalah keadaan yang baik kerana perkara ini dapat

memberi maklumat yang sebenarnya tentang pelajar tersebut. Hal ini sangat

ketara tentang perkara-perkara yang bersabit dengan sikap dan nilai.

(Furst,E.J.:1958)

Gambarajah 1:

Page 4: PSV 3111 April 2012

Perkaitan di antara 3 perkara penting dalam proses Pengajaran & Pembelajaran

Contoh Jenis-Jenis Instrumen:

- Ujian (sejarah & apresiasi seni)

- Kaedah pemerhatian

- Kaedah temubual

- Kaedah perbincangan

- Kaedah anekdot

- Menggunakan senarai semak

- Menggunakan soal selidik

- Pengukuran sikap

- Portfolio

(Crow & Crow dalam Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan,DBP.

Kementerian Pelajaran Malaysia:1983)

Page 5: PSV 3111 April 2012

Jenis-jenis instrumen yng boleh digunakan dalam penilaian Pendidikan Seni

Visual di sekolah:

a) ujian diagnostik (tentang minat/ sikap dan lain-lain contoh):

Mengenalpasti sesuatu masalah yang berlaku dan menentukan punca yang

menimbulkan masalah itu. Diagnostik mempunyai tujuan-tujuan yang konstruktif. Dalam

prosese P&P, Ujian Diagnostik (UD) dapat memenuhi dua tujuan.

Pertama menentukan kedudukan seseorang pelajar dalam pelajarannya.

Kedudukan pelajar perlu diketahui sebelum memulai sesuatu pelajaran. Dengan cara

sedemikian barulah sesuatu pelajaran itu dapat diajar dengan lebih berkesan kepada

pelajar-pelajar yang ditempatkan pada peringkat yang sesuai.

Kedua, untuk mengenalpasti sebab wujud kelemahan dalam pembelajaran

setelah punca kelemahan itu diketahui maka sesuatu P&P pemulihan dapat dirancang

dan dijalankan. Sebagai contoh, seorang guru ingin menilai kebolehan pelajar

menguasai kemahiran mewarna pada waktu pagi. Guru perlu menilai dari aspek pilihan

warna serta penggunaan teknik yang sesuai. Dari penghasilan kerja pelajar tersebut

guru mengumpul data, seterusnya sudah dapat menilai kebolehan pelajar sama ada

boleh menguasai, kurang menguasai atau lemah. Dari sini guru akan merangka strategi

pengayaan atau pemulihan dengan meletakkan pelajar di dalam sesuatu kumpulan

yang sesuai dengan aras kebolehan mereka. (Guilford,J.P.:1967)

Justeru penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan/

membuat keputusan dalam mengkritik nilai, mutu, kualiti, harga bagi sesuatu perkara.

Gay (1985) berpendapat bahawa Penilaian ialah proses yang dianggap sistematik

semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu

objektif yang telah ditetapkan itu tercapai. Penilaian boleh dijalankan dengan

menggunakan maklumat atau data berbentuk kuantitatif atau kualitatif atau kedua-

duanya sekali.

Page 6: PSV 3111 April 2012

Contoh Ujian Diagnostik:

Guru mengumpul maklumat selepas ujian pencapaian terhasil dalam bentuk profil

individu atau pelajar berasaskan kemahiran yang diajar. Berdasar data yang dikumpul

guru akan mengetahui aspek yang manakah masih beum dikuasai oleh pelajar

sepenuhnya ataupun di peringkat yang dapat diterima.

Contoh: Data individu dalam Unit 1: Unsur Seni.

Contoh maklumat terkumpul melalui ujian pencapaian yang diadakan berdasar sukatan

pelajaran, selalunya dilapurkan dalam bentuk peratus (%), jumlah markah dan peringkat

peratusan.

Gambarajah 2:

Berdasar data yang dikumpul dapat membantu guru menyediakan rancangan

P&P yang lebih sistematik sama ada latihan dalam bentuk pengayaan atau pemulihan.

Ujian diagnostik ini sesuai digunakan kerana tujuan pengujian dan penilaian yang paling

jelas adalah untuk memberi pergerakan kepada pelajar supaya mereka belajar dan

guru pula mengajar dengan sempurna.(Gronlund,N.E:1965)

Kesimpulannya di sini penilaian merupakan sebagai proses pengajaran-pembelajaran

secara berterusan. Maklumat yang diperolehi selepas penilaian dilakukan dapat

digunakan serta merta bagi mengatasi mana-mana masalah pembelajaran yang wujud.

Keadaan ini dapat dilihat dalam gambarajah 3. (Abu Bakar Nordin:1986)

Page 7: PSV 3111 April 2012

b) pemerhatian/pengamatan:

Dalam bidang seperti Pendidikan Seni Visual, pelajar perlu menyelami perkara-perkara

yang berkait dengan bidang itu untuk mengetahui ciri-ciri dan bidang itu. Sebagai

contoh dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar perlu memahami dan mempelajari bidang

penghasilan seni yang meliputi Asas Seni Reka, Seni Halus, Komunikasi Visual, Reka

bentuk dan Kraf Tradisional, manakala bidang sejarah dan apresiasi seni pula meliputi

perkembangan Seni Visual di Malaysia, alat permaianan, seni bina dan sebagai.

(Sukatan Pelajaran P.Seni: Kementerian Pelajaran Malaysia)

Pelajar perlu memerhati setiap elemen dalam kandungan dan perkembangan seni

supaya dapat menjadi pelajar yang kreatif dan kritis. Melalui pemerhatian dan

pengamatan pelajar akan mempelajari dan kemudian menyatakannya dalam bentuk

ekspresi atau penyataan diri tentang apa yang dilihat dan diamati. Pengamatan adalah

asas kepada pembentukan sesuatu hasil atau ciptaan karya. Apabila pelajar mengamati

sesuatu, dia akan menerapkannya di dalam pemikirannya. Penggabungannya dengan

pengetahuan dan didorong oleh motivasi tertentu menyebabkan pelajar bersedia untuk

mengemukakan sesuatu gubahan idea atau hasil karya.

Pengamatan adalah satu proses yang kompleks. Ini dapat dilihat daripada hasil karya

yang dikemukakan kelak. Hasil karya banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor yang berkait

dengan kemahiran mekanis. Jika pelajar disoal, mungkin ia akan memberi gambaran

yang berlainan tentang benda yang diamati itu daripada gambaran sebenar.

Page 8: PSV 3111 April 2012

Sebagai contoh yang lain, seorang pelukis mengamati sebuah rumah, hasil

pengamatannya tidak lagi serupa dengan rumah asalnya. Di dalam instrumen

pemerhatian/pengamatan ini, kemahiran yang berkait rapat melalui deria patut diberi

penekanan, ini termasuklah sensitif terhadap pergerakan, pendengaran, penglihatan,

penyentuhan dan sebagai.

Hasil karya pelajar akan dinilai guru dengan mengambil kira aspek-aspek tertentu

seperti ketelitian, kehalusan karya, bahkan hasil dari pemerhatian dan pengamatan

tersebut, guru akan membuat penilaian untuk mengesan perkara yang telah dipelajari

oleh murid hasil dari pengajarannya. Guru juga memerlukan maklum balas mengenai

keberkesanan kaedah mengajar yang telah digunakan.

b) Ujian bertulis:

i) Ujian Objektif

Manusia mempunyai sifat yang sukar diketahui. Di antara sifat-sifat ini ialah

pengetahuan tentang sesuatu, kemahiran di dalam bidang, sikap terhadap sesuatu

kumpulan manusia, minat dalm seni serta reaksi terhadap sesuatu pergerakan.

Maklumat tentang sifat-sifat ini hanya dapat “di infer” daripada perlakuan yang

ditunjukkan melalui sesuatu situasi. Satu daripada situasi ini ialah situasi ujian.

Ujian selalu digunakan untuk mendapat maklumat tentang pembelajaran pelajar.

Banyak keputusan dibuat berasaskan maklumat daripada ujian. Ujian mesti mempunyai

keesahan yang dapat diterima dan ujian itu juga boleh dipercayai bahkan senang dan

praktikal kepada pihak yang menggunakannya seterusnya dapat memberi maklumat

tentang apa yan g ingin diketahui guru.

Seseorang pelajar yang selalu mendapat kepujian dalam ujian akan mempunyai

sikap positif terhadap guru, sekolah dan pembelajarnnya. Sebaliknya pelajar yang

selalu gagal akan mempunyai sikap yang negative dan aspirasi rendah. Justeru guru

dan pengguna ujian sama ada dalam dibentuk sendiri atau didapati daripada punca

lain.

Page 9: PSV 3111 April 2012

Jenis ujian objektif sebagai contoh, merupakan pembentukan soalan-soalan yang

mudah, cepat serta senang dijawab. Satu daripadanya adalah ujian benar-salah. Item

ini boleh dijawab dengan mudah dan cepat. Pemberian markah boleh dijalankan

dengan menggunakan petunjuk. Langkah cermat perlu diambil kira supaya susunan

perkataan dalam kenyataan jelas dan tepat serta maknanya tidak boleh dipersoalkan

lagi. Guru dapat membuat penilaian tentang keberkesanan pembelajarannya melalui

keputusan ujian tersebut sama ada pelajar dapat menjawab dengan cemerlang atau

tidak. Pembinaan item jenis objektif ini sesuai digunakan sama ada bagi pelajr di

Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Ini disebabkan setiap satu item hanya menumpukan

satu perkara dan satu peringkat dalam pengetahuan atau kemahiran.

Dalam erti kata lain pembinaan item jenis objektif ini tidak menguji banyak perkara

sekaligus. Pembinaan item jenis ini cukup berstruktur bagi mengelakkan

penyelewengan semasa menjawab. Namun begitu ada juga pelajar yang menjawab

secara meneka sahaja.Justeru satu panduan tentang pembinaan item ini perlu

dibincangkan supaya kebolehpercayaan dan kesahannya diperakukan.

ii) Ujian Subjektif:

Makna perkataan yang membawa maksud dipengaruhi oleh pilihan diri sendiri, oleh itu

perkara yang subjektif tidak dapat dibuktikan dengan saintiik. Penyataan juga tidak

dapat dipastikan dengan tepat. Ujian subjektif biasanya berbentuk esei dan pemberian

markahnya boleh dibuat dengan dua cara iaitu dengan cara;

a) pemarkahan secara pandangan sepintas lalu

- membaca lalu memberi pandangan berdasar perasaan sama ada esei pelajar itu

baik atau sebaliknya dan markah diberi berasaskan kepada pandangan tadi.

Page 10: PSV 3111 April 2012

b) pemarkahan secara analitik

- pemberian markah yang lebih relevan dan baik berdasar ciri-ciri jawapan esei itu

sendiri. Sebagai contoh melalui markah 100%, beberapa elemen telah diberi

pecahan markah mengikut kronologi kepentingan isi. Sebagai contoh dalam

kertas Pendidikan Seni Visual Sijil Pelajaran Malaysia iaitu Kertas 2: Seni Halus

(menggambar) , markah 50 yang ditetapkan meliputi markah seperti yang telah

dipecahkan kepada beberapa bahagian utama iaitu;

Bil. Item Yang Dinilai Markah

1. Warna 15 markah

2. Gubahan 15 markah

3. Interpretasi 10 markah

4. Kreativiti 10 markah

Biasanya cara pemberian markah secara analitikal ini akan tersedia rapi dalam

satu skim pemarkahan. Namun begitu skim pemarkahan ini bukanlah sesuatu yang

rigid dan tidak boleh disangkal. Ia tetap mempunyai kelemahan berdasar hasil karya

pelajar dengan markah yang diberi, di mana kadang-kadang tidak boleh diterima akal.

Maksud di sini karya pelajar tidak sepatutnya dapat markah yang tinggi apabila dinilai

penghasilannya kurang memuaskan. Justeru ciri-ciri utama mengadakan ujian seperti

keesahan, kebolehpercayaan, interpretasi data dan sebagai diragui apabila timbul isu-

isu di sebaliknya.

(c) Pentaksiran

Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat

penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran

digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Dalam konteks pendidikan,

pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang merangkumi

aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat

Page 11: PSV 3111 April 2012

pembelajaran seseorang pelajar. Dasar penting bagi pencapaian P&P yang berkesan

melalui langkah2 pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan

dijalankan dalam kelas. Justeru kecekapan guru dalam membangun instrumen

pengujian dan penilaian amat penting.

Namun begitu cara penilaian seperti ini mengundang beberapa isu, yang secara

tidak langsung mempertikaikan corak penilaian dalam sistem pendidikan dalam negara

kita. Antara persoalan yang timbul seperti berikut;

a) Soalan bocor

b) Skrip tidak diperiksa tetapi markah ada

c) Soalan di luar sukatan pelajaran

d) Berlaku pakatan untuk capai kejayaan

e) Pelajar masih gagal walaupun telah menduduki peperiksaan beberapa kali.

f) Terdapat pelajar yang tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.

g) Peperiksaan dan pentaksiran kurang menjurus ke arah pembelajaran yang

berkualiti tinggi.

h) Mendorong pelajar berbuat apa sahaja untuk dapat markah tinggi.

i) Berlaku kesilapan dalam pemberian markah.

j) Gagal menjawab soalan walaupun telah diajar berulang kali.

Page 12: PSV 3111 April 2012

(d) Portfolio

Penilaian portfolio berdasar kesesuaian tema, kecekapan menggunakan alat dan

bahan untuk transform idea melalui pengolahan unsur-unsur seni visual, menilai juga

tentang kreativiti pelajar menyelesaikan masalah artistik, ketepatan, kesempurnaan,

ketelitian dan kehalusan kerja. Michael (1998) mencadang 8 objektif perlu dibuat

penilaian berasas pengalaman studio dan hasil kerja seni pelajar itu sendiri; meliputi:

a) Komunikasi/ekspresi

b) Keyakinan diri

c) Perkembangan persepsi

d) Pengetahuan seni

e) Ketekalan organisasi estetika

f) Kreativiti

g) Kemahiran

h) keupayaan

Isu yang timbul:

a) Peruntukan perbelanjaan PCG tidak mencukupi kerana anggaran kewangan

berdasar kepala pelajar. Jadi jika pelajar tidak ramai maka wang peruntukan yang

diterima juga kurang sedangkan perbelanjaan untuk menghasilkan folio memerlukan

perbelanjaan yang melebihi daripada apa yang diperuntukkan oleh PCG; terpaksa

Page 13: PSV 3111 April 2012

ambil dari menengah rendah T1 hingga T3 kerana biasanya peruntukan PCG untuk

mereka tinggi kerana bilangan pelajar yang ramai

b) Pelajar membuat kerja amali selepas waktu persekolahan. Aktiviti-aktiviti anjuran

sekolah serta kekangan waktu menyebab pelajar gagal menyiapkan bidang tugas yang

telah ditetapkan mengikut takwim penghasilan folio dan hasil karya; menyebabkan

mereka terpaksa datang pada waktu sebelh petang atau hari Sabtu tetapi disebabkan

masalah kewangan di kalangan pelajar orang asli, mereka kerap tidak hadir ke sekolah.

Justeru folio dan hasil karya disiap dalam keadaan tidak sempurna

d) Penguasaan sesuatu kemahiran tidak mencapai tahap yang ditetapkan. Terdapat

pelajar yang tidak mempunyai asas langsung dalam mata pelajaran PSV semasa di T4

dn T5, tetapi mendaftar mata pelajaran tersebut semasa di T6; guru perlu bermula dari

awal proses P&P.

a) Modul P&P m/p PSV perlu dibuat post mortem serta penambahbaikan supaya kualiti

P&P dapat ditingkatkan.

(e) Menggunakan senarai semak

Borang senarai semak boleh dijadikan sebagai instrumen untuk menilai pelajar dalam

ketiga-tiga aspek domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Guru membuat senarai

semak untuk melihat keberkesanan pembelajaran. Sebagai contoh dalam pembelajaran

di Tingkatan 6, guru menyediakan borang senarai semak sama ada pelajar telah

menyiapkan tugasan yang diberikan secara berperingkat mengikut sekuen yang telah

ditetapkan. Berdasar senarai semak juga guru boleh menilai tahap penguasaan pelajar

dalam satu-satu tajuk di samping mendapatkan maklumat daripada pelajar tentang

respon mereka terhadap P&P Pendidikan Seni.

Daripada maklumat atau data yang diperolehi guru dapat mengambil tindakan susulan

sama ada meneruskan kaedah yang sama dalam P&P atau membuat pengubahsuaian

ke arah pembelajaran yang lebih sistematik. Begitu juga dengan maklumat yang

dikumpul, guru boleh merancang aktiviti seterusnya sama ada membuat aktiviti

Page 14: PSV 3111 April 2012

pengayaan, pemulihan atau penambah baikan. Malahan daripada maklumat tersebut

kelemahan pelajar dapat dikesan tentang penguasaan dan pemahaman setiap tajuk

yang diajar guru. Rumusan daripada soal selidik itu, guru akan tahu keberkesanan

proses P&P mereka. (Abu Bakar Nordin:1986)

Selain daripada itu dapat membina pelajar menjadi pengguna yang bekerjasama dan

yang mementingkan kualiti dan nilai estetika dalam penghasilan karya seperti

terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual itu sendiri. (Stephen &

Rederick:1978)

PENUTUP

Seseorang guru harus menggunakan instrumen yang tepat bagi menghasilkan

keputusan yang tepat. Jika instrumen yang digunakan mempunyai kecacatan, hasil

yang diperolehi daripada ukuran yang dijalankan juga tidak tepat. Prosedur penilaian

mengandungi aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan serta merumus data yang

diperolehi.(Popham:2000)

Page 15: PSV 3111 April 2012

Rujukan

1. Kementerian Pelajaran Malaysia (2001);Penilaian Kendalian Sekolah. Pusat

Perkembangan Kurikulum.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia (Nov.2003): Laporan Penilaian Pelaksanaan Mata

pelajaran MPV. Pusat Perkembangan Kurikulum.

3. Raminah Hj Sabran (1991). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia.

Pencerapannya pada peringkat Sekolah Rendah, Kuala Lumpur. DBP.

4. Panduan Pengurusan & Pengajaran Sejarah (2007). Jemaah Nazir Sekolah:

Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. Jaafar Muhamad (1992):Asas Pengurusan Edisi Kedua . Siri Pengurusan Fajar

Bakti.

Page 16: PSV 3111 April 2012

6. Dr Abu Bakar Nordin (1986): Siri Maktab Perguruan. Asas Penilaian Pendidikan.

7. Sharifah Alwiyah Al Sagoff (1983): Ilmu Pendidikan Pedagogi. Siri Maktab

Perguruan.

9. Crow & Crow (1983): Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Dewan Bahasa dan

Pustaka.