penge nala 1

21
PENGENALAN Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran apa-apa sahaja mata pelajaran akan memerlukan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berfungsi sebagai alat pembantu kepada guru dalam mencapai objektif pembelajaran seterusnya membantu murid-murid agar lebih memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Selain itu, BBM juga turut berfungsi sebagai satu medium yang akan menarik perhatian dan minat murid untuk terus menumpukan perhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Seperti mana kita sedia maklum bahawa, murid akan mudah untuk berasa bosan, mengantuk malah kurang tumpuan sekiranya sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung itu tidak menarik. Sebagai guru, sudah menjadi tugas kita untuk merancang satu sesi pengajaran yang menarik serta berkesan. Namun, dalam konteks penggunaan bahan manipulatif sesi pengajaran dan pembelajaran matematik pula, bahan-bahan manipulatif tersebut lebih kepada bermotifkan untuk mencapai objektif pembelajaran seterusnya menghasilkan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam mata pelajaran matematik. Sepertimana yang telah dikatakan oleh Sowell 1989, Suydam dan Higgins 1977 iaitu pembelajaran yang efektif terhadap konsep dan teknik matematik ialah dengan penggunaan bahan-bahan manipulasi. Maka, penggunaan bahan-bahan manipulatif seperti attributes block, colorful unifix cubes, kiub saling pautan dan bongkah atau blok kayu adalah sangat penting. Ini kerana, ia bukan sahaja sebagai BBM tetapi juga sebagai satu teknik yang digunakan oleh guru agar murid dapat menguasai atau sekurang-kurangnya menguasai konsep sesuatu topik matematik yang diajarkan. Bahan manipulatif didefinisikan sebagai model konkrit yang melibatkan konsep matematik untuk menarik kepada beberapa deria serta

Upload: vanessa-schultz

Post on 01-Oct-2015

234 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

e

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran apa-apa sahaja mata pelajaran akan memerlukan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berfungsi sebagai alat pembantu kepada guru dalam mencapai objektif pembelajaran seterusnya membantu murid-murid agar lebih memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Selain itu, BBM juga turut berfungsi sebagai satu medium yang akan menarik perhatian dan minat murid untuk terus menumpukan perhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Seperti mana kita sedia maklum bahawa, murid akan mudah untuk berasa bosan, mengantuk malah kurang tumpuan sekiranya sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung itu tidak menarik. Sebagai guru, sudah menjadi tugas kita untuk merancang satu sesi pengajaran yang menarik serta berkesan. Namun, dalam konteks penggunaan bahan manipulatif sesi pengajaran dan pembelajaran matematik pula, bahan-bahan manipulatif tersebut lebih kepada bermotifkan untuk mencapai objektif pembelajaran seterusnya menghasilkan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam mata pelajaran matematik. Sepertimana yang telah dikatakan olehSowell 1989, Suydam dan Higgins 1977iaitu pembelajaran yang efektif terhadap konsep dan teknik matematik ialah dengan penggunaan bahan-bahan manipulasi. Maka, penggunaan bahan-bahan manipulatif seperti attributes block, colorful unifix cubes, kiub saling pautan dan bongkah atau blok kayu adalah sangat penting. Ini kerana, ia bukan sahaja sebagai BBM tetapi juga sebagai satu teknik yang digunakan oleh guru agar murid dapat menguasai atau sekurang-kurangnya menguasai konsep sesuatu topik matematik yang diajarkan.Bahan manipulatif didefinisikan sebagai model konkrit yang melibatkan konsep matematik untuk menarik kepada beberapa deria serta boleh disentuh dan digerakkan oleh murid-murid. Ironinya, penggunaan bahan manipulatif ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran matematik pada ketika ini telah diguna pakai sebagai satu kaedah dalam membantu murid-murid belajar matematik dengan lebih bermakna. Penggunaannya juga malah turut membantu dalam pembinaan imej mental yang lebih jelas dalam memahami idea-idea dan konsep-konsep matematik. Bahan manipulatif matematik juga merupakan objek yang dikendalikan individu melalui deria iaitu pemikiran matematik akan dipupuk dalam keadaan individu itu sedar atau tidak. Penggunaan deria tersebut ialah deria sentuh dan lihat dan bahan manipulatif ini mampu mendorong ke arah kesedaran, pembangunan konsep dan idea yang dikaitkan dengan matematik sementara setiap bahan manipulatif yang direka itu mempunyai kegunaan dan tujuan khas atau tersendiri berdasarkan topik yang diajar. PERANAN DAN KESAN PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN MANIPULATIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK BERDASARKAN TOPIK YANG DIPILIH

Saya memilih 2 topik daripada Sukatan Pelajaran Matematik Sekolah Rendah Tahun 2 sebagai topik pilihan untuk melihat sejauh mana bahan-bahan manipulasi ini sesuai digunakan selain peranan serta kesan penggunaannya terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam bilik darjah. Bahan Manipulatif merupakan kunci keberkesanan kepada pengajaran terhadap kanak-kanak, terutamanya mata pelajaran matematik. Apatah lagi ia berdasarkan kepada teori oleh Jean Piaget (1952), yang menyatakan bahawa kanak-kanak memerlukan pengalaman konkrit untuk memahami istilah dan simbol matematik. Kanak-kanak yang berada di sekolah rendah berumur antara 7 11 tahun umumnya berada dalam kategori Peringkat Operasi Konkrit. Pemikiran mereka adalah secara abstrak dan hypotetikal serta belum terbina sepenuhnya dan oleh sebab itulah kesemua bahan manipulatif itu dicipta dengan mempunyai fungsinya tersendiri untuk konsep matematik yang berlainan.Berbeza dengan BBM, bahan manipulatif merupakan alat atau bahan yang bersifat konkrit atau maujud dengan penglibatan penggunaan tangan atau sentuhan tangan murid-murid dengan cekap terhadap objek yang dapat dipegang dan dimanipulasi untuk membantu murid-murid yang berada dalam kategori pra operasi yang baru sahaja mula membina pengetahuan dan konsep matematik secara langsung atau tidak langsung.

PecahanRancangan Pengajaran Harian (RPH) Tahun 2Nombor dan Operasi (Pecahan)ASSUREPenerangan

A-Analyse Learners(Analisis Pelajar ) Murid-murid tahun 2 yang mempunyai 20 orang. Murid dapat mengenal pasti konsep pecahan, iaitu pembahagian sama rata. Murid dapat membezakan pengangka dan penyebut. Murid pernah belajar pecahan setengah dikenali sebagai satu perdua dan pecahan suku dikenali sebagai satu perempat. Gaya pembelajaran murid lebih kepada Teori Kecerdasan Howard Gardner. Guru menyediakan aktiviti bermain Lompat Si Katak Lompat yang memerlukan murid melompat untuk murid yang berkecerdasan kinestatik. Kami telah menggunakan teori pembelajaran belajar secara bermain yang diutarakan olehMaria Montessori. Kami memahami kesemulajadian kanak kanak adalah bermain lalu kami telah menggunakan teori ini untuk menyampaikan isi pelajaran kami.

S-State Objectives(Nyatakan Objektif)Pada akhir pengajaran & pembelajaran pelajar dapat: Menamakan pecahan wajar yang pengangkanya hingga 9 dan penyebutnya 10.

S-Select Methods,Media & Materials(Pilih Kaedah,Media & Bahan Sumber) Komputer riba Pembesar suara Permaidani Pecahan Topeng muka katak Gula gula Kad kad pecahan yang berlainan nilainya dari satu persepuluh hingga sepuluh persepuluh Klip video Perisian Hot Potato Perisian e-magazine

U-Utilize Media & Materials(Guna Media & Bahan Sumber) Memastikan kesesuaian kegunaan bahan sumber dan media di dalam kelas dan menyemak sebelum kelas dimulakan Menggunakan komputer riba serta LCD untuk menayangkan video supaya dapat menarik minat murid untuk memasuki pelajaran pada hari tersebut. Ia juga akan menarik perhatian murid. Murid akan lebih faham dan tumpu perhatian. Penggunaan pembesar suara untuk membolehkan murid mendengar audio dari video. Menggunakan bahan 3D iaitu Permaidani Pecahan dalam aktiviti permainan untuk meyedarkan murid penggunaan pecahan dalam kehidupan. Penggunaan bahan 2D iaitu kad kad pecahan untuk menarik minat murid untuk belajar. Sekiranya pembelajaran hanya berlaku di atas permukaan buku teks ataupun buku latihan ia akan membosankan murid. Penggunaan bahan 2D iaitu topeng muka katak adalah untuk merekakan situasi permainan tersebut sepuaya murid murid aktif dalam permainan tersebut. Penggunaan bahan maujud iaitu gula gula adalah sebagai hadiah. Pemberian hadiah terutamanya benda yang murid murid sukai akan memotivasikan murid untuk mengambil bahagian dalam proses permainan tersebut. Penggunaan perisian Hot Potato dan e-magazine adalah untuk memberikan sedikit perubahan dari segi penilaian. Penilaian selalunya berbentuk kertas, murid dikehendaki menjawab di atas kertas. Sekiranya menggunakan perisian perisian ini, murid akan mendapat pengalaman yang baru.

R-Require Learner Participation(Libatkan pelajar dalam pembelajaran) Soal Jawab sentiasa berlaku semasa kelas dijalankan supaya murid dapat memberi perhatian dan guru boleh menyemak kefahaman murid. Permainan Lompat Si Katak Lompat yang memerlukan semua murid terlibat dalam permainan tersebut secara individu.

E-Evaluate and Revise(Nilai dan Semak Semula) Latihan pengukuhan diberi kepada murid. Penilaian dibuat semasa murid membuat latihan. Peneguhan diberi kepada murid.

Rancangan Pengajaran HarianMatematik Tahun 2

Tarikh27 JANUARI 2015

HariSelasa

Mata PelajaranMatematik

Tahun2 Maju

Masa8.45-9.45 pagi

Bilangan Murid9 murid (4 Lelaki 5 Perempuan)

TajukNombor dan Operasi

Bidang PembelajaranPecahan

Objektif PembelajaranMenamakan pecahan wajar

Hasil PembelajaranDi akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:i.Menamakan pecahan wajar yang pengangkanya hingga 9 dan penyebutnya 10.

Pengetahuan Sedia Adai.Murid dapat mengenal pasti konsep pecahan, iaitu pembahagian sama rata.ii. Murid dapat membezakan pengangka dan penyebut.

Kosakata/TerminologiSatu persepuluh, dua persepuluh, tiga persepuluh, empat persepuluh, lima persepuluh,enam persepuluh, tujuh persepuluh, lapan persepuluh, sembilan persepuluh, sepuluh persepuluh.

Kemahiran BerfikirMembanding dan membeza, Menganalisis, Menghubung kait.

Bahan Sumber P&PPermaidani Pecahan,Topeng muka katak, gula gula, kad kad pecahan yang berlainan nilainya dari satu persepuluh hingga sepuluh persepuluh, klip video, perisian Hot Potato, perisian e-magazine.

Nilai MurniBekerjasama, Bertolak ansur, tolong menolong.

PERINGKAT/MASAISI KANDUNGAN PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

Set Induksi( 5 min )

Video set induksi1.Guru menunjukkan tayangan video sebagai pengenalan terhadap konsep pecahan.2.Guru membantu murid mengingat kembali setengah dan suku, bagaimana untuk menamakannya dalam bahasa Matematik.BSPP:Klip video

Kemahiran Berfikir:Membanding dan membezaMenganalisis

Perkembangan:

Langkah 1( 10 min )

Video PecahanSoalan 1: Dalam video ini, ibu telah membahagikan coklat kepada berapa bahagian?Jawapan 1: Sepuluh.Soalan 2 : Ain telah mengambil berapa bahagian?Jawapan 2: Tiga.Soalan 3: Bagaimanakah kita menamakan pecahan ini?Jawapan 3: Tiga persepuluh.1.Guru akan menayangkan video.2.Guru akan menggunakan teknik penyoalan untuk membimbing murid mengatakan pecahan berdasarkan video tersebut.3.Selepas murid berjaya menamakan pecahan yang terdapat dalam video tadi, guru akan membimbing murid menamakan pecahan dari satu persepuluh sehingga sepuluh persepuluh.

Perhatian: Guru perlu menegaskan bahawa sepuluh persepuluh ialah satu.BSPP:Klip video

Kemahiran Berfikir:Menghubung kait

Nilai murni:Bertolak ansur

Terminologi:Satu persepuluh, dua persepuluh, tiga persepuluh, empat persepuluh, lima persepuluh,enam persepuluh,tujuh persepuluh,lapan persepuluh,sembilan persepuluh,sepuluh persepuluh.

Langkah 2( 15 min )Cerita:Pada suatu hari, ibu katak telah membeli sebotol gula gula. Dia mengagihkan gula gula itu kepada anak anaknya. Anak anaknya adalah banyak. Oleh itu, ibu katak membuat keputusan untuk memberikan gula gula tersebut seorang demi seorang dengan menjalankan satu pertandingan. Apakah pertandingan tersebut? Apa yang katak pandai buat? Katak adalah pandai melompat. Ibu katak ingin membahagikan gula gula tersebut kepada anak anaknya yang melompat dengan cepat sekali apabila namanya dipanggil.Guru: Hari ini, cikgulah ibu katak, siapa nak jadi anak katak dan makan gula gula?Murid murid : Cikgu, saya nak.Guru: Setiap anak saya ada nama, inilah nama nama anda (kad kad pecahan).

Kad pecahan

Topeng muka katak

1.Setiap murid akan dibagikan kad pecahan yang berlainan (satu persepuluh hingga sepuluh persepuluh).2.Guru akan menjalankan aktiviti Lompat Si Katak Lompat3.Guru akan memainkan peranan sebagai ibu katak, guru akan memakai topeng katak dan murid murid sebagai anak katak.4.Murid murid perlu datang ke hadapan kelas untuk menjalankan aktiviti, guru akan memberikan mereka kad pecahan masing masing sebagai nama anak anak katak.5.Guru akan meminta semua murid mengcangkung seperti katak di lantai.6.Anak anak katak perlu lompat dengan pantas sekali untuk mendapatkan hadiah daripada ibu katak.7.Apabila ibu katak menamakan sesuatu pecahan dalam lingkungan satu persepuluh hingga sepuluh persepuluh, anak anak katak yang mempunyai pecahan tersebut perlu lompat dengan cepat sekali.8.Anak katak yang paling cepat akan mendapatkan sebiji gula gula dan boleh kembali ke tempat duduk dan melihat murid murid lain untuk bermain.9.Selepas semua murid selesai melompat, akhirlah aktiviti tersebut.BSPP:Topeng muka katak, gula gula sebenar, kad kad pecahan yang berlainaan nilainya dari satu persepuluh hingga ke sepuluh persepuluh.Kemahiran Berfikir:Mengumpul dan membezaMenghubungkaitNilai murni:Bertolak ansur

Langkah 3( 10 min )Soalan tajuk pecahan yang dijadikan soalan kuiz dalam perisian Hot Potatoes.

JQuiz1.Guru akan membawa murid ke makmal komputer untuk menjalankan aktiviti penilaian.2.Guru akan menjalankan penilaian dengan menggunakan perisian Hot Potatoes.3.Guru akan menjalankan kuiz dengan perisian Hot Potatoes.BSPP:Perisian Hot Potatoes

Kemahiran Berfikir:Menghubung kait

Terminologi:Kuiz

Nilai Murni:BekerjasamaTolong menolong

Langkah 4(10 minit)Permainan ini merupakan satu permainan yang menguji daya ingatan. Murid akan ditunjukkan 9 keping gambar gambar pecahan selama 9 saat. Selepas itu, gambar gambar kad itu akan terbalik dan murid diminta mengingat kembali gambar gambar tersebut yang manakah berpadanan dengan nilai pecahan yang dipaparkan.

1.Selepas penilaian dijalankan dengan perisian Hot Potatoes.2.Guru akan membenarkan murid bermain permainan menguji daya ingatan yang berkaitan dengan pembelajaran hari tersebut dengan menggunakan perisian e-magazine.BSSP:e-magazine

Kemahiran Berfikir:Membanding dan membeza

Nilai Murni:Bertolak ansurBekerjasama

Penutup(10 min)Permainan sebagai pengukuhan.

rmaidani pecahan1.Murid akan dibahagi kepada 2 kumpulan besar, setiap kumpulan perlu ada 10 orang ahlinya.2.Ahli kumpulan A akan berdiri di Permaidani Pecahan untuk menunjukkan gambaran pecahan bagi kumpulan B.3.Kumpulan B akan menamakan pecahan tersebut.4.Selepas itu, ahli kumpulan B akan berdiri di Permaidani Pecahan untuk menunjukkan gambaran pecahan bagi kumpulan A.5.Kumpulan A akan menamakan pecahan tersebut.6.Kelas akan berakhir dengan permainan ini.BSPP:Permaidani Pecahan

Kemahiran Berfikir:Menghubung kait

Nilai Murni:Bekerjasama

Kekuatan PnP

Pembelajaran dapat dijalankan dalam suasanayang seronok serta dapat menarik minat murid untuk memberi lebih fokos terhadap pembelajaran dalam kelas dengan memberi tumpuan yang sepenuhnya. Keseluruhan murid memberi perhatian sepenuhnya terhadap guru.Interaksi berlaku antara guru dengan bahan pengajaran atau murid dengan bahan pengajaran.Objektif pelajaran tercapai kerana dengan penggunaan bahan pelajaran murid akan dapat menguasai kemahiran dan kecekapan dengan menggunakan bahan. Bahan dapat digunakan sepenuhnya dalam langkah pembelajaran. Penggunaan bahan dapat membina kemahiran yang ada setiap murid. Sifat sosial yang positif juga dapat dipupuk melalui kaedah berkumpulan yang melibatkan bahan pembelajaran. Sifat kepimpinan murid dapat dibentuk.Nilai murni dalam murid dapat dipupuk dengan sifat tanggungjawab,hormat-menghormati, sopan santun, kerjasama antara kumpulan dan sebagainya. Murid-murid juga lebih mengenali antara satu sama lain dan memberi kerjasama dalam kumpulan. Daya kreatif murid dan memperluaskan pengalaman murid semasa menjalankan tugasan juga dapat dikembangkan. Murid bekerjasama dan menanamkan sikap positif semasa melaksanakan tugasan yang diberi. Murid memperoleh kejayaan dan perasaan kepuasan setelah dapat menyelesaikan tugasan berkenaan.

Kelemahan PnP

Tumpuan tidak boleh diberi kepada keseluruhan murid kerana jumlah pelajar yang ramai menyebabkan guru sukar untuk memberi perhatian kepada tiap-tiap murid. Penglibatan setiap pelajar tidak menyeluruh. Faktor masa yang terhad sedikit sebanyak menyebabkan apa yang ingin disampaikan idak tercapai sepenuhnya. Potensi murid yang berbeza-beza dalam kelas juga menyukarkan semasa dalam proses pembelajaran. Guru perlu berusaha mencari strategi atau cara yang sesuai dan menarik kerana dalam sesebuah kelas murid-murid adalah berbeza daripada pelbagai segi mental, fizikal, dan emosi.

CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

Penggunaan bahan manipulatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran matematik adalah sangat penting dan perlu diamalkan oleh setiap guru matematik. Ini kerana, penggunaan bahan manipulatif ini bukan sahaja membantu murid memahami konsep sesuatu topik matematik yang diajarkan oleh guru, malah dapat membantu memudahkan guru dalam bilik darjah. Guru hanya bertindak sebagai pemudahcara dengan melakukan demo aktiviti terlebih dahulu sebelum murid melakukannya dalam aktiviti pembelajaran menggunakan kaedah learning by doing. Untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran berasaskan bahan manipulatif ini, guru perlu peka akan keperluan murid serta peredaran zaman. Murid memerlukan satu sesi pembelajaran yang berkesan untuk memahami konsep yang diajarkan manakala guru pula perlu mengikut peredaran masa dengan menggunakan pelbagai Bahan Bantu Mengajar dan bahan manipulatif untuk membantu murid memahami dan menguasai konsep matematik yang diajarkan.Bahan Bantu Mengajar mungkin boleh diperbaiki lagi dengan menggunakan konsep seperti permainan yang lebih mnarik agar murid lebih minat dan bersemangat serta memberi impak yang lebih berkesan untuk memastikan kemahiran yang hendak diajar dapat diterima murid. Kawalan kelas juga amat penting dan perlu diberi lebih perhatian pada masa akan datang setiap kali aktiviti yang melibatkan kumpulan.

RefleksiAlhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dankurnianya saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus Matematik bagi MTE 3093. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah saya MDM Teoh Sooi Kim kerana telah banyak membantu dan memberi banyakpengetahuan baru dalam melaksanakan kerja kursus ini.Kerja Kursus pada kali ini telah banyak memberikan saya pengetahuan yang lebih dalam menggunakan BBM dalam PnP. Melalui pelaksanaan untuk menyiapkan tugasan ini saya telah banyak belajar bagaimana cara untukmenghasilkan BBM yang menarik untuk digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran agar lebih efektif dan objektif pengajran dapat dicapai sepenuhnya.Dalam apa juga sesi pengajaran dan pembelajaran apa-apa sahaja mata pelajaran, sasaran guru adalah untuk mencapai objektif pembelajarannya. Contohnya, menjawab dengan tepat empat daripada lima soalan yang diberikan. Selain itu, guru juga mengharapkan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran yang dirancang serta yang telah dilaksanakannya itu adalah berkesan serta mampu membantu meningkatkan kefahaman murid terutamanya berkaitan dengan topik yang diajarkan itu. Malahan, guru juga mahu agar murid dapat memahami konsep topik yang diajar serta mampu mengaplikasikannya dengan betul. Justeru, penggunaan BBM merupakan jalan paling mudah untuk mencapai hasrat tersebut, terutamanya dalam proses pembelajaran matematik di kalangan murid-murid tahun 1, 2 dan 3. Dengan menggunakan bahan-bahan manipulatif ini, murid akan lebih memahami konsep sesuatu topik yang diajar oleh guru. Bahan manipulatif ini berperanan sebagai medium yang akan membantu guru meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep-konsep matematik yang agak kompleks bagi murid-murid berumur 7 hingga 11 tahun. Selain itu, penggunaan BBM ini juga dapat membantu murid-murid menguasai Kemahiran Kognitif seperti dalam pengkelasan, konsep ruang, konsep nombor, melakukan proses sains dan membuat penyelesaian masalah. Bagi murid pemulihan matematik khasnya, penggunaan bahan manipulasi ini sememangnya memberi impak yang sangat besar terhadap pemahaman dan pencapaian mereka. Penggunaan BBM ini mampu membawa kepada impak yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN

Brueckner, L.J. (1928). Analysis Of Errors In Fractions. Elementary School Journal. 28, 760-770.

Bruner, J. (1966). Studies in Cognitive Growth. New York: Wiley.

Butterworth, B (1999). The Mathematical Brain. London, Macmillan.

Chang, H. N. et.al. (2002). Penyelidikan Tindakan Ke Arah Peningkatan Kemahiran

Menguasai Konsep Operasi Tambah Dan Tolak Pecahan Yang Penyebut Tak Senilai. Kangar, Perlis: Journal kajian tindakan, 1.

Dilayari: http://[email protected]

Farrel, M.A. (1992). Learn from your students. The mathematics teacher, 85,8.656-659.Hasemann K. (1981). Mathematics Learning Diffuculties In Secondary School. Philadephia: Open University Press.

Kebimbangan matematik.(25 Februari 2008) Berita Minggu, m.s. 4.

Mohd. Majid Konting (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: DBP.