paper takaful

28
INSURAN DAN TAKAFUL 1. Pendahuluan Manusia sentiasa terdedah kepada berbagai bencana, seperti bala bencana, kerosakan dan kerugian harta benda akibat bencana alam seperti banjir dan taufan ataupun kerugian diri seperti kematian dan hilang upaya. Walaupun kita sebagai manusia yang dikurniakan akal yang tajam, namun jarang sekali bahkan adalah tidak mungkin manusia dapat meramal dengan tepat waktu dan saat akan ditimpa bancana atau mampu menghalang bencana ini daripada berlaku. Namun, manusia mampu dan boleh membuat jangkaan dan persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya bencana, mala petaka, kesakitan yang mungkin menimpa manusia. Bagi masyarakat yang beragama Islam , setiap musibah yang menimpa mereka haruslah di hdapi dan diterima dengan kesabaran, hati yang lapang serta reda dengan kententuan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmat di sebaliknya. Oleh itu, umat Islam hendaklah sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan penuh keimanan dalam kesukaran. Walaupun sedemkian lemah manusia tidak mampu menolak , apa lagi meramal musibah yang bakal dihadapi, tetapi manusia masih mampu berfikir dengan akal dan kudrat kuruniaan Allah SWT untuk membuat persediaan dan perancangan bagi meringankan beban yang terpaksa dipikul oleh mereka atau ahli keluarga mereka jika musibah melanda. Sehubungan itulah maka perkhidmatan insurans adalah jelas berfungsi sebagai pelindung kepada manusia yang PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 1

Upload: fordspectron

Post on 29-Oct-2015

173 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

DOKUMEN

TRANSCRIPT

Page 1: Paper Takaful

INSURAN DAN TAKAFUL

1. Pendahuluan

Manusia sentiasa terdedah kepada berbagai bencana, seperti bala bencana, kerosakan

dan kerugian harta benda akibat bencana alam seperti banjir dan taufan ataupun

kerugian diri seperti kematian dan hilang upaya. Walaupun kita sebagai manusia yang

dikurniakan akal yang tajam, namun jarang sekali bahkan adalah tidak mungkin

manusia dapat meramal dengan tepat waktu dan saat akan ditimpa bancana atau

mampu menghalang bencana ini daripada berlaku. Namun, manusia mampu dan boleh

membuat jangkaan dan persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan

berlakunya bencana, mala petaka, kesakitan yang mungkin menimpa manusia. Bagi

masyarakat yang beragama Islam , setiap musibah yang menimpa mereka haruslah di

hdapi dan diterima dengan kesabaran, hati yang lapang serta reda dengan kententuan

yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmat di

sebaliknya. Oleh itu, umat Islam hendaklah sentiasa bersedia menghadapi sebarang

kemungkinan dengan penuh keimanan dalam kesukaran.

Walaupun sedemkian lemah manusia tidak mampu menolak , apa lagi meramal

musibah yang bakal dihadapi, tetapi manusia masih mampu berfikir dengan akal dan

kudrat kuruniaan Allah SWT untuk membuat persediaan dan perancangan bagi

meringankan beban yang terpaksa dipikul oleh mereka atau ahli keluarga mereka jika

musibah melanda. Sehubungan itulah maka perkhidmatan insurans adalah jelas

berfungsi sebagai pelindung kepada manusia yang ditimpa kemalangan jiwa, kerosakan

harta benda atau sebarang musibah lain yang dengan berkongsi kerugian dalam

kalangan sekumpulan manusia lain yang senasib mengalami kerugian ditimpa

musibah. Maka kerugian itu, mereka akan dibayar ganti rugi dan pampasan melalui

sumbangan yang dibuat oleh kesemua ahli kumpulan berkenaan. Di Malaysia terdapat

dua sistem insurans yang beroperasi pada hari ini iaitu sistem insurans konvensional

dan sistem insurans Islam atau Takaful. Kedua-duanya mempunyai persamaan dan

perbezaan yang tersendiri.

PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 1

Page 2: Paper Takaful

2. Latar belakang Insurans

Sebagaimana yang telah diketahui peranan dan aktiviti insurans ini bukanlah suatu

perkara yang baru dalam kehidupan manusia. Secara prinsipnya, ia telah wujud sejak

zaman Babylon lagi, bagi menlindungi harta benda persendirian, hartanah,

perdagangan dan hal ehwal keluarga (Jaafar Muahammad ,1995:vi). Bahkan para

pedagang Cina telah mempraktikkan konsep perlindungan insuran yang berasaskan

kepada prinsip tolong-menolong dan tanggung- menanggung sesama mereka

sekiranya berlaku apa-apa kemusnahan ke atas barangan dagangan mereka semenjak

tahun 3000 S.M lagi. Mereka telah mengagihkan barang-barang dagangan kepada

beberapa buah anak kapal untuk mengurangkan risiko kerugiaan jika berlaku sesuatu

musibah.

Pada zaman Arab jahiliyah sebelum kedatangan Rasullullah SAW pedagang

Arab juga telah mengamalkan dan mempraktikan konsep perlindungan insuran

tersebut. Jika ditakdirkan mana mana di antara mereka ditimpa musibah kerana

mereka sering terdedah kepada pelbagai musibah seperti rompakan kecurian dan

sebagainya mereka akan dibayar ganti rugi atau pampasan.

Di Malaysia perkhidmatan insuran mula dikesan pada tempoh penjajahan antara

abad 18 dan 19 apabila syarikat perdagangann British atau rumah-rumah agensi yang

ditubuhkan di dalam negara ini bertindak sebagai agensi bagi syarikat insuran British.

3. Definisi Insuran

Maksud insuran boleh difahami dari tiga sudut yang besar, iaitu dari aspek pengertian

berdasarkan bahasa, jenis penggunaan kalimah dan dari sudut undang-undang. Dari

sudut bahasa, Insurans bererti jaminan ganti rugi (Kamus Dwi Bahasa 1997:642), ia

juga beerti tanggungan yang dibuat oleh sesebuah syarikat untuk mengganti kerugian

dan bayaran premium tertentu daripada peserta insurans (Kamus Dewan bahasa Edisi

3, 2000:456). Terdapat juga satu istilah yang lain yang digunakan dalam institusi

insuran ialah assurans. Ia biasa digunakan pada nama-nama syarikat insurans seperti

Malaysian Assurans Aliance Berhad, Mayban Assurans Berhad dan lain-lain syarikat

insurans yang berfdaftar di bawah akta insurans 1963.

PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 2

Page 3: Paper Takaful

Insuran atau insurance dalam bahasa inggeris dari segi bahasa bererti jaminan.

Menurut Wet Book Ban , Cock Hendle en Failissments Weror Dening, insuran adalah

satu perjanjian di mana seorang penanggung mengingatkan diri kepada seorang

tertanggung dengan menerima suatu premis untuk memberikan penggantian

kepadanya kerana suatu kerugian, kerosakan atau kehilangan keuntungan yang

diharapkan yang dihadapinya kerana menghadapi suatu yang tidak dijangka.

Dari segi istilah, insurans merupakan satu sistem yang bercorak koperatif yang

berlandaskan satu perjanjiaan antara satu kumpulan manusia yang sama-sama

bersetuju mengikut sistem ini, supaya memikul apa juga beban bencana yang menimpa

salah seorang daripada mereka dan berkongsi menyumbangkan wang bagi menagatasi

bencana ataupun pampasan kerana ditimpa oleh sesuatu bencana (Al Jammal

1986:345, Abd Latif Mahmud 1994:29)

Manakala dari segi undang-undang , Insurans bermaksud satu rancangan

kewangan yang mengagihkan kos kerugian luar jangkaan di antara ahli-ahli sesuatu

kumpulan . Ia melibatkan perjanjian berkontrak di antara syarikat insurans (insurer) dan

mengambil insurans (insured). Pihak syarikat berjanji untuk membayar ganti rugi

kepada pengambil insurans, jika dia mengalami kerugian akibat kerosakan atau

kemusnahan harta benda yang di insurankan, atau membayar ganti rugi kepada waris

pengambil insurans jika dia meninggal dunia. Manakala pengambil insurans pula

bersetuju untuk membayar premium dan mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan

dalam kontrak (Jaafar Muhammad,1995:2)

4. Definisi Takaful

Takaful adalah bahasa Arab yang berasal dari perkataan “KA FA LA” yang bermaksud

saling jamin-menjamin, bermaksud bahawa setiap peserta takaful saling menanggung

dan menjamin perserta yang lain dari pengumpulan dana yang diambil dari setiap

peserta takaful yang dinamakan “ tabarru’” , yang akan dikumpulkan oleh takaful dan

diberikan kepada peserta yang ditimpa musibah atau bencana. Dalam Takafful ada satu

akaun yang dinamakan akaun khas peserta yang bertindak sebagai dana takaful bagi

membantu mangsa-mangsa yang ditimpa musibah atau dikenali sebagai ‘Khairat

PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 3

Page 4: Paper Takaful

kematian’ oleh orang kampung. Setiap peserta takaful mendermakan atau

mensedekahkan seahagian dari wang yang dimasukkan ke dalam tabung khas peserta

dengan peratusan tertentu.

5. Dalil dan penyariatan.

i. Dalil Quran dan Sunnah

Di dalam Al-Quran, terdapat banyak ayat yang menyatakan bahawa kita harus

menolong orang lain yang sedang dalam kesusahan.

Firman Allah SWT

yang bermaksud : Dan tolong-menolonglah kamu di dalam membuat kebaikan dan

takwa, dan jangan sesekali bertolong bantu dalam perkara dosa dan maksiat

( Surah al Maidah ayat 2 )

Demikian juga di antara hadis yang diriwayatkan dalam Sunan at Tarmizi oleh Anas Bin

Malik yang bermaksud:

“Seorang Badwi bertanya kepada Rasulullah SAW adakah hendak diikat unta

tersebut atau tidak mengikatnya dan hanya bertawakkal kepada Allah”

Jelaslah bahawa kita harus melakukan yang terbaik untuk mengelakkan bencana dan

barulah setelah itu kita bertawakkal kepada Allah.

ii. Ijma’ Ulamak

Ulama’ sepakat menyatakan amalan takaful adalah dibolehkan selagi ia tidak

bercanggah dengan syariat Islam.

iii. Kaedah Usul Feqh

PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 4

Page 5: Paper Takaful

a. Al-Masalih al-Mursalah :

Takaful adalah dilaksanakan untuk menjaga atau melaksanakan maslahah

ummah. Ia adalah sistem perlindungan terhadap kerugian dan pelaburan jangka

masa panjang.

b. Al-uruf

Pelaksanaan sistem insurans secara Islam telah dilakukan oleh orang Arab

yang dinamakan al-aqilah dan ia diakui oleh Rasulullah SAW

Akta Takaful 1984, peruntukan undang-undang yang digubal untuk mengawal operasi

syarikat takaful agar selari dengan hukum syara’

6. Hikmah pensyariatan :

Sistem Takaful atau insuran Islam adalah sebagai perlindungan sekiranya musibah

berlaku ke atas diri dan keluarga. Di samping itu ia juga merupakan satu bentuk

simpanan dan pelaburan jangka panjang serta menolong mereka yang dalam

kesusahan sekali gus mengeratkan ukhuwah sesama umat Islam. Konsep ini juga

bersesuaian dengan konsep tawakal, di mana setiap manusia perlu berusaha dalam

setiap pekerjaannya. Di Malaysia, pelaburan dan insuran hayat oleh syarikat insuran

dikawal selia oleh bank negara Malaysia dan di bawah akta insuran 1996. Akta tersebut

telah menyediakan peraturan peraturan yang perlu dipatuhi oleh syarikat insuran.

7. Jenis jenis insuran

Perlindungan isnuran yang disediakan oleh syarikat insuran di Negara ini terdiri

daripada 2 jenis perniagaan.

i. Perniagaan insuran nyawa

Insuran ini bertujuan bagi menghadapi musibah yang boleh membawa

kepada kematian atau kecederaan tubuh sepeti disebabkan diserang

penyakit atau di timpa penyakit.

ii. Perniagaan insuran am

PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 5

Page 6: Paper Takaful

Insuran ini bagi menghadapi musibah yang boleh membawa kepada

kehilangan atau kemusnahan harta benda, seperti berlakunya kebakaran

banjir dan sebagainya.

8. Unsur Akad insuran

i. Peristiwa

Maksud peristiwa ialah dalam akad insuran ialah kejadian atau peristiwa yang

sifatnya masih lagi sebagai kemungkinan samada terjadi atau tidak

ii. Primium

Primium adalah jumlah wang dbayar oleh pemegang polisi kepada syarikat

insuran. Syarikat insuran akan menentukan jumlah wang premium

berdasarkan wang pampasan yang disepakati dan jenis insuran yang diambil.

Wang primium dibayar setiap bulan atau tahun.

iii. Wang pampasan am

Wang pampasan ialah wang yang dibayar oleh syarikat oleh pemegang polisi

sekiranya berlakunya kemalangan atau bencana iaitu berdasarkan polisi yang

diambil.

9. Pendapat Ulama’

Secara ringkas terdapat 4 pendapat ulama’ dalam memberi hukum ke atas perniagaan

insuran konvnensional , iaitu samada haram, harus, haram dengan sebab dan syubhat,

sebagaimana perbahasan ulama berikut ;

i. Haram

dengan sebab membolehkan insuran yang bersifat sosial dan mengharamkan

insuran berbentuk komersial

ii. Syubhat

Menganggap insuran adalah syubha

10. Perbahasan ulama’

PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 6

Page 7: Paper Takaful

i. Sayyid Sabiq, Yusuf Al Qardawi mengharamkan segala bentuk insuran

dengan alasan insuran hakikatnya mengandungi unsur judi,di samping

mengandungi unsur yang tidak jelas, terdapat unsur riba, ekaploitasi kerana

pemegang polisi jika tidak mahu meneruskan carumannya tau

memabatalkan kontraknya, wang carumanya tidak akan dipulangkan,

insuran akadnya termasuk dalam akad sharfi iaitu jual beli atau tukar

menukar mata wang dengan tidak secara tunai. Mereka juga berpendapat

bahawa hidup dan mati tidak boleh dijadikan objek pernigaan mendahului

takdir ilahi.

Dalam Islam jual beli mempunyai rukun tertentu dan sekiranya salah satu

rukun tidak wujud maka akad jual beli itu tidak sah dan mengandungi sifat

ghara ( tidak jelas) dan dilarang oleh Rasullullah SAW ;

Rasullullah SAW melarang secara membaling batu ( al Hasah )

dan jual beli barang yang tidak pasti ( al Gharar)

iii. Yusuf Qardawi berpendapat insuran masih dapat diterima sekitanya dapat

disesuaikan dengan perinsip syariat Islam. Insuran masa kini bertentangan

dengan syariat Islam dan tidak menggolongkan insuran dalam yayasan

bantuan dana kerana faktor berikut :

a) Pencarum tidak mencarum wang mereka dengan niat tabarru’.

b) Badan insurans menjalankan aktiviti syarikat dan terliat dengan riba

c) Syarikat insuran terlibat dengan jual beli yang berunsur riba dan

apabila tamat tempoh yang telah ditetapkan, pencarum mengambil wang

mereka semula dan wang tambahan adalah riba, bahkan Jika pencarum

membatalkan sebelum tamat tempoh kontrak dia akan mengalami

kerugian

iv. Bagi kumpulan yang mengharuskan insuran, mereka berhujah dengan dalil-

dalil qias (perbandngan hukum ) Secara umumnya mereka menggunakan

PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 7

Page 8: Paper Takaful

dalil qias dalam hujah mereka dengan mengqiaskan kepada beberapa

sistem yang zahirnya kelihatan seperti sistem isnsuran yang diterima oleh

sistem Islam, mereka mengqiaskan seperti berikut ;

a. Aqdalal hirasah ( kontrak pegawai keselamatan)

Jaminan keamanan laluan ( Dhoman Khatar At Tariq) suatu akad yang

diterima dalam mazhab Hanafi

b. Maslahah ( kepentingan umum)

Keperluan umat Islam kepada sistem takaful merupakan keperluan

memelihara maslahah umat Islam dalam kehidupan mereka. Kehidupan

umat Islam semakin kompleks dalam menguruskan hal ehwal seharian

mereka sehingga terdedah kepada risiko dan kehilangan harta benda

sewajarnya mendapat perlindungan oleh pemerintah bagi memastian

kelangsungan hidup yang sejahtera dapat dieruskan.

c. Sistem pencen atau persaraan ( Nizom at taaqud)

Satu jaminan perlindungan diperlukan bagi memastikan umat Islam yang

telah member khidmat diberi imbuhan dan oenghargaan setimpal selepas

mereka bersara dari perkhidmatan yang diberikan.

d. Dharurat atau kerana hajat mendesat ( Hajiat)

Keperluan umat Islam kepada pengamalan sistem takaful adalah suatu

keperluan di peringkat hajiat. Dalam ertikata suatau keperluan sekiranya

tidak dipenuhi maka umat Islam akan jatuh ke dalam jurang

kemudharatan yang lebih besar. Kesejahteraan hidup dan pelindungan

diri adalah suatu kefardhuan dalam diri setiap individu muslim. Oleh itu,

setiap perkara yang membawa kepada terlaksananya kefardhuan itu juga

adalah bersifat fardhu atau wajib berasaskan kaedah “ tidak akan

PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 8

Page 9: Paper Takaful

sempurna sesuatu kewajiban itu melainkan perkara yang membawa

kepada wajib itu itu juga bersifat wajib”

11. Hujah

Kumpulan yang mengatakan keharusan insuran berhujah dengan hujah darurat

atau keperluan mendesak dan sekiranya tidak dipenuhi maka akan berlaku

kerosakan dan kesukaran. Oleh itu adalah harus melakukan mudarat untuk

menghilangkan mudarat yang lebih besar dengan kaedah ( darurat

mengharuskan keburukan) dengan alasan sebagai rukhsah atau keringanan

agar terlepas dari mudarat yang lebih besar. Oleh itu insuran menjadi satu

keperluan hajiat . Ini pendapat yang dipegang oleh Dr.Ibrahim Tohawi

Walaubagaimanapun, kumpulan pertama menolak penggunaan hujah darurat ini

kerana sesuatu yang darurat hanya boleh diiktiraf dengan perkara berikut ;

i. Tanpanya , ertinya tanpa insuran masyarakat akan benar-benar jatuh ke

dalam lembah kehinaan dan kehancuran seolah-olah manusia tidak boleh

hidup tanpa insurans.

ii. Insuran bersifat pernigaan hanya boleh diterima sekiranya tidak ada

langsung jalan keluar selain dari insuran tersebut yang diiktiraf oleh islam.

Sedang islam boleh mengamalkan konsep tabarru’ dan takaful.

Kesimpulan jawatankuasa fatwa Majlis hal ehwal Agama Islam Kebangsaan

pada 15 Jun 1972 telah memutuskan bahawa insuran nyawa yang ada pada

adalah suatu sistem muamalat yang fasid atau rosak dan tidak sesuai dengan

perinsip dengan syariat Islam dari segi akadnya kerana mengandungi unsur-

unsur yang tidak islamik. Selain dari itu Kesatuan Fiqh Islami (Majma; Fiqh) yang

diasaskan di bawah Kesatuan Negara Negara Islam OIC dalam mesyuaratnya

22-28 Disember 1995 memutuskan selepas mengkaji semua bentuk insuran

PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 9

Page 10: Paper Takaful

bahawa insuran mengandungi unsur gharar atau tidak jelas, maisir (judi ) dan

penipuan (manipulasi) serta riba.

Sedangkan konsep takaful adalah berbeza kerana mengandungi perkara seperti

berikut ;

i. Saling bantu-membantu

Takaful adalah satu pakatan sekumpulan manusia yang berjanji untuk saling

bantu-membantu antara satu sama lain, di sini takaful bukan mendorong

membeli polisi tetapi menyertai satu pakatan di mana mereka bersetuju untuk

mendermakan sebahagaian dari sumbangan mereka ke dalam satu tabung

yang akan digunakan bersama kelak apabila ada di antara mereka yang

menghadapi kesusahan.

Seperti firman Allah SWT yang bermaksud ,

“hendaklah kamu bertolong bantu dalam perkara kebaikan dan jangan

bertolong bantu dalam perkara yang dosa dan jahat.

ii. Saling kerjasama

Tujuan takaful adalah untuk menjalinkan kerjasama di atas dasar persaudaraan

yang erat dalam kalangan sesama muslim. Konsep kerjasama dan bersama

dalam menghadapi risiko dan kesusahan dengan tidak ada unsure-unsur

mementingkan diri sendiri.

iii. Saling melindungi

Peserta takaful bersetuju untuk saling melindungi di antara satu sama lain dalam

memhadapi sebarang kesusahan bencana dan sebagainnya. Seperti sabda

Rasullullah SAW

“Sesungguhnya seorang yang berimanialah sesiapa yang Boleh meberi

keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia.”

PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 10

Page 11: Paper Takaful

( Ibnu Majah)

12. Jenis jenis skim yang ditawarkan oleh takaful

i. Takaful Am

Skim ini boleh disertai samada dalam bentuk individu atau syarikat yang

mengngandungi faedah seperti berikut :

a. Menyediakan satu tabungan sebagai ikhtiar bgi membantu peerta

meringankan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh peserta

apabila berlaku musibah atau bencana yang menimpa keatas diri dan

harta bendanya.

b. Memberi perlindungan kepada peserta bagi kerosakan dan kehilangan

harta benda dan habiliti kepada pihak ketiga.

iii. Takaful keluaraga

Mereka mendapat faedah seperti ;

a. memberi pampasan atau ganti rugi kepada peserta bagi sebarang

pembayaran yang dipertanggungjawabkan (legal liability) kerana

kemalangan yang menyebabkan kecederaan tubuh badan atau

kematian.

b. Menabung bagi mendapat simpanan keuntungan dari pelaburan.

13. Prisip prinsip takaful

i. Prinsip Tabaruat

Tabaruat merupakan bahasa arab yang beerti menderma secara ikhlas,setiap

peserta yang ingin mendapat perlindungan takaful, mestilah hadir dengan

PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 11

Page 12: Paper Takaful

niat, yang ikhlas menyumbang bagi membantu sesama peserta jika

menghadapi musibah. Ini bermaksan semua telah bersetuju untuk saling

bantu membantu di kalangan mereka ketika di timpa kemalangan .

Dalam industri takaful, al Tabarru’ yang diperkenalkan ialah Tabarru’at

(derma) bersyarat diperkenalkan yang mana setiap peserta yang ingin

menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya.

Syarikat terpaksa menetapkan kadar tabarru’at kerana ingin memastikan

tabung tabarru’at yang disertai oleh semua pihak tidak terjejas bagi member

keadilan kepada semua pihak.

ii. Prinsip Mudharabah

Adalah satu jenis perkongsian yang mana modal satu pihak dan usaha dari

pihak yang lain. Contohnya oihak ytuanpunya modal iaiatu peserta

menyerahkan modalnya kepad apengusaha iaitu syarikattakaful untuk

diusahakan dalam lapanagan perdaganagan perindusterian dan sebagainya.

Untung akan dibahagikan kedua belah pihak mengikut eratus yang

dipersetujui seperti 2 atau 3 atau 4 bahagian. Tujuanya suapa kerjasama

diantara tuan punya harta tetapi tidak ada panegalaman dalam bidang

perniagaan atautiada peluang untuk berusaha dnegan sendiri dengan orang

yang bepengalaman dalam bidang perniagaan dan pendindustrian yang tidak

mempunyai modal

iii. Prinsip Kafalah

Al Kaffalah berasal dari bahasa arab al kifl yang bererti perhubungan dan

pertambahan, ang membawa maksud dalam kontek ini adalah jaminan

perlindungan menghadapi kerugiaan . Iaj uga bermaksud hubungan

seseorang yang lain dalam urusan tuntutan. Ciri utamanya adalah seorang

pemiutang memanggil penghutang dan penjamin untuk mengadakan

peraturan dan tuntutan daripada saah satu pihak dan tidak menjejaskan hak

tuntutan daripada pihak yang satu lagi sekiranya bertanggungjawab yang

ditentukan dalam peraturan tidak dipenuhi. Hukum kafalah ini bersumberkan

PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 12

Page 13: Paper Takaful

al quran daripada kisah nabi yusuf mennetukan peruntukan makanan seberat

unta kepada saudara saudara yang mebawa menyerahkan bunyamin.

iv. Prinsip Musyarakah

Di bawah prinsip peserta atau pemberi modal menjadi rakan kongsi kepada

pengusaha dan syarikat

v. Prinsip Al Ajr

Apabila syarikat telah menjalankan perniagaan dan memperolehi

keuntungan daripada elaburan maka wajarlah mereka mendapat upah atas

segala usaha dan kemahiran yang telah mereka lakukan , namun uah

hendaklah mebikut amaun yang munasabah dan dipersetujui oleh peserta.

vi. Prinsip al Wakalah

Konsep wakalah merujuk kepada aqad wakalah iaitu penggunaan wakil . Al

wakalah dari segi bahasa bermaksd sebagai wakil, menurut syarak wakalah

ialah pelantikan seseorang untuk mengambil tempat orang yang melantik

bagi mengurskan suatu perkara yan tertentu atau pemberian kuasa kepada

seorang wakil untuk menguruskan menjaga sesuatu perkara. Mengikut

maksud tersebut maka wakalah adalah aqad dan kontrak di antara dua pihak

pembeli dan wakil. Di bawah struktur wakalah pengendali akan menjadi wakil

dan dibenarkan mengambil upah daripada wang sumabangan atau caruman

yang dibayar peserta sebagai alasan menyertai pelbagai produk takaful

mengikut amaun yang dibenar dan dipersetujui.

14. Kesimpulan

Ulamak sependapat mengharuskan takaful atas dasar tabaruat yang menjadi

asas dan teras utama yang membina paksi takaful. Penggunaan dasar kukuh ini

menyelamatkan pengurusan takaful untuk terus seiring dengan kehendak patuh

syarak dalam bab mumalah islam dan terselamat dari unsur maisir (judi) dan

riba. Kaedah maslahah amah ( kepentingan umum ) juga merupakan asas kuat

PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 13

Page 14: Paper Takaful

yang mengharuskan mengamalkan takaful oleh umat Islam yang telah

disepakati oleh para ulamak dalam konteks kehidupan umat Islam hari ini dalam

aspek keperluan (dhoruriyat) demi memelihara maqasid as syariah

keseluruhanya. Bahkan salah satu maqasid syaryah tidak terlaksana maka ia

akan menyebabkan maqasid syariah lain selainnya juga tidak dapat

dilansanakan. Adalah haram sekiranya umat Islam membiarkan diri mereka

terjerumus ke lembah kehinaan dan kemusnahan , sebagaimana mafhum firman

Allah SWT dalam surah al Baqarah;

“ dan jangan sesekali kamu mencampakan diri kamu ke lembah kebinasaan “

15. Perbandingan dengan insurans

15.1 Kontrak insurans

Adalah merupakan suatu kontrak di mana satu pihak ialah penanggung rugi atau

membayar sejumlah wang tertentu kepada pihak yang lain iaitu pengambil

insuran terhadap suatu kerugian yang timbul akibat berlakunya satu kejadian

atau peristiwa. Apa yang dimaksudkan ialah pengambil insuran akan membayar

kepada penanggung insuran untuk menanggung kerugian kerugian yang diambil

pengambil insuran tersebut. Kerugian yang diinsurankan ini dipanggil sebagai

risiko. Apabila kontrak insuran telah pun dipersetujui, penanggung insuran akan

mengeluarkan satu dokumen rasmi yang menetapkan syarat-syarat kontrak

insuran yang dinamakan sebagai polisi.

15.2 Prinsip-prinsip asasnya

15.2.1 Prinsip Inderminiti yakni memulihkan kewangan pengambil insuran

yang mengalami kerugian kepada kedudukannya seperti

sebelum kerugian tersebut.

15.2.2 Prinsip Kepentingan Boleh Insuran yakni sebelum membeli

sebarang polisi, seseorang individu perlu membuktikan

bahawa ada mengalami kerugian jika berlaku kemusnahan.

PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 14

Page 15: Paper Takaful

15.2.3 Prinsip penuh percaya mutlak yaknimengkehendaki kedua-dua

pihak (insuran dan pengambil insuran) supaya saling

berlaku jujur

15.2.4 Prinsip subrogasi iaitu penanggung insuran berhak terhadap tiap-

tiap pengambil insuran, dan ini termasuk hak untuk

mendakwa pihak ketiga yang berkemungkinan punca

sebenar menyebabkan kerugian.

15.2.5 Prinsip sumbangan yakni pembeli polisi membeli polisi daripada

pelbagai syarikat insuran

15.3 Operasi insurans konvensional yang selari dan bercanggah dengan

Islam

15.3.1 Cara operasi

15.3.2 Struktur organisasi

15.3.3 Sumbangan modal

15.3.4 Cara urusniaga insuran konvensional

15.3.5 Pelaburan

15.4 Operasi insuran yang bercanggah dengan Islam

15.4.1 Terdapat unsur riba di mana berlakunya pertambahan pada jumlah

serahan semula wang yang dijanjikan apabila cukup tempoh

yang dijanjikan kepada peserta. Jumlah serahan balik yang

diinsurankan melebihi bayaran asal kerana ganti rugi akan dibayar

bersama dengan faedah (Mohd Muslehuddin, 1998)

15.4.2 Kontrak pertaruhan ia itu wang yang dibayar kepada syarikat

dipertaruhkan untuk kerugian yang tidak pasti berlaku.

Pertaruhan dalam Islam dikira judi.

PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 15

Page 16: Paper Takaful

15.4.3 Terdapat unsur gharar (ketidak pastian) ia itu pada hasil

pertukaran,tentang ada ata pun tidak (mendapat

kemalangan atau tidak) dan tentang kadar pertukaran

15.4.4 Tempohmasa terutama sekali dalam insurans nyawa

16.0 Rumusan.

Secara zahir insuran konvensional adalah kelihatan sama dengan sistem

insuran Islam tetapi terdapat perbezaan yang jelas dari segi konsep asas

perjalanan dan perlaksanaan sistem operasinya . Insurans konvensional juga

berasaskan konsep jual beli dan bertujuan mendapatkan keuntungan semata-

mata. Namun terdapat juga eleman-eleman yang selari dengan Islam ia itu dari

segi pembentukan akad, subjek akad dan orang-orang yang berakad.

REFLEKSI

Kehidupan hari ini memang tidak dapat dinafikan berlangsung dengan penuh

risiko yang menanti. Semuanya melibatkan keselamatan dan keperluan asas dalam

PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 16

Page 17: Paper Takaful

kehidupan. Kebijaksanaan manusia hasil dari anugerah pemikiran yang diilhamkan

dari Allah SWT telah membawa manusia kepada pemikiran-pemikiran yang kreatif

dan inovatif hingga lahirlah apa yang disebut sebagai ‘insuran’ Memahami tajuk

berkaitan insuran sebagai satu tugasan, saya baru dapat membuat beberapa

perbandingan antara yang menepati syariat Islam dengan yang tidak. Pada peringkat

awal agak sukar juga kerana bercerita mengenai insuran adalah merupakan satu dari

beribu-ribu cabang masalah yang wujud dalam kita memenuhi tanggungjawab kita

terhadap syariat Islam. Cantiknya Islam memberi kemudahan dalam semua hal

kehidupan manusia dipermudahkan dengan hukum.Manusia yang beriman kepada

Allah akan tertakluk kepada perkara yang diizinkan, diharamkan atau diharuskan

untuk dipatuhi selama manusia hidup. Semuanya ditentukan Allah dengan seribu

satu macam hikmah yang tidak kita ketahui. Namun bila dunia semakin maju, zaman

pun berubah maka lahirlah masalah syariat hidup yang akan dikelirukan dengan

berbagai hukum. Walau bagaimanapun kertas tugasan ini secara tidak langsung

telah membantu kefahaman saya mengenai insuran yang merupakan antara

masalah dalam kehidupan manusia yang akan diselesaikan bila rujukan dilakukan

dalam kumpulan para ulamak untuk ditetapkan satu keputusan mengenai boleh atau

tidak melalui kaedah usul fiqh.

Melalui kajian dan pandangan yang saya perolehi, secara umumnya memang

tidak dapat dinafikan terdapatnya pandangan yang positif begitu juga sebaliknya bila

bercakap mengenai insurans. Kesimpulannya, hasil kerja kursus ini lebih membawa

kefahaman terhadap diri saya tentang prinsip-prinsip dan kaedah yang digunapakai

dalam ilmu Usul Fiqh bagi menentukan cara mana atau hukum apa yang jelas untuk

diterima berkaitan apa jua masalah agama yang berkaitan dengan syariat dalam

kehidupan manusia.

GRAFIK BANDING BEZA PENDAPAT ULAMAK MENGENAI

HUKUM KE ATAS PERNIAGAAN INSURANS KONVENSIONAL

PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 174 PENDAPAT ULAMAK

Page 18: Paper Takaful

GRAFIK PENDAPAT ULAMAK MENGENAI SISTEM INSURANS TAKAFUL

PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 18

HARUSHARAM

SYUBAHAT HARAM DENGAN SEBAB

PERBAHASAN ULAMAK ULAMAK

SAYYID SABIQ DAN YUSUF AL QARDAWI

- mengharamkan segala bentuk insurans ada unsur judi, riba,

tidak jelas, eksplotaisi, akadnya termasuk akad sharfi dan hidup mati tidak oleh dijadikan objek perniagaan mendahului takdir

ilahi

KUMPULAN YANG MENGHARUSKAN DENGAN DALIL

QIAS

-mengqiaskan beberapa system yang zahirnya kelihatan system

yang boleh diterima Islam seperti berikut

i.aqdalal hirasah(kontrak pegawai keselamatan)

ii.maslahah(kepentingan umum)

iii.nizam at taaqud (sistem pencen /persaraan)

iv.hajiat (dharurat atau kerana

KUMPULAN YANG MENGHARUSKAN DENGAN HUJJAH DHARURAT

-keharusannya kerana jika tidak dipenuhi akan berlaku kerosakan dan

kesukaran

PENDAPAT ULAMAK MENGHARUSKAN SISTEM

TAKAFUL

Page 19: Paper Takaful

GRAFIK PENDAPAT ULAMAK MENGENAI SISTEM INSURANS

PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 19

INSURANS TAKAFUL

Pematuhan kepada syarak

Peserta menjamin antara satu sama lain melalui semangat kerjasama dan tabarru’

Pengendali takafulmerupakan pengurus tabung dan tidak member jaminan kepada peserta

Kontrak urus niaga adalah berdasarkan akad tabarru’, mudhorobah dan wakalah

Bebas dari gharar dan maisir

Adanya Majlis Pengawasan Syariah

Keuntungan dikongsi bersama antara pengendali takaful dan peserta berdasarkan mudhorobah atau yuran prestasi

pelaburan

PENDAPAT ULAMAK MENGHARAMKAN SISTEM

KONVENSIONAL

Page 20: Paper Takaful

RUJUKAN:

1. Al Quran al Karim

PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 20

INSURAN KONVENSIONAL

Kontrak urus niaga adalah berdasarkan akad jual beli

Tidak mematuhi syarak

Syarikat insurans merupakan pemilik tabung dan menjadi penjamin kepada peserta

Syarikat menjamin peserta berdasarkan kepada faktor-faktor komersial

Banyak unsur riba , gharar dan maisir

Keuntungan diagih mengikut keputusan syarikat

Tiada majlis pengawasan syariah

Page 21: Paper Takaful

2. Abd. Munim Ab. Ghani (1999). Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di

Malaysia, Kuala Lumpur

3. Faizah Ismail (1995). Asas-asas Muamalat Dalam Islam. Selangor: Percetakan

Dewan Bahasa dan Pustaka

4. Harlina Muhamad On, Ruzian Markom, Rozanah Abd Rahman.(2002). Prinsip

Undang-undang Perniagaan di Malaysia. Selangor : Kumpulan

Usahawan Muslim Sdn. Bhd

5. Jaafar Mohamad, Hendon Radzuan, Rasidah Mohd Said.(1995). Insurans Untuk

Anda. Selangor:Penerbit Fajar BaktiSdn. Bhd

6. Mohd Fazli Yusuf,(1996). Takaful Sistem Insuran Islam: Kuala Lumpur:

Perpustakaan Negara

7. Muhamed Muslehudin,(1988). Insurans dan Hukum Islam. Kuala Lumpur: DBP

INTERNET

http://www.islamicfinanceinfo.com.my/bm/perbankan-islam/perbezaan

www.e-fatwa.gov.my/.../hukum-mempromosikan-.

PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 21