oumm2013 topik3 versi bm

16
p PENGENALAN Persaingan hebat di alam perniagaan pada zaman sekarang memerlukan usahawan untuk memikirkan cara-cara menghasilkan produk, perkhidmatan atau proses baharu dengan tujuan baharu untuk pelanggan. Ini membolehkan syarikat mereka bertahan dan menarik perhatian pelanggan kepada ciptaan baharu mereka di samping menjana pendapatan. Oleh itu, kreativiti dan inovasi adalah unsur-unsur penting untuk semua tahap perniagaan berkembang. Kedua- dua unsur ini juga wajib untuk syarikat terus beroperasi dan membina kelebihan persaingan (Kirby, 2003). T T o o p p i i k k 3 3 Membentuk Kreativiti dan Inovasi Keusahawanan HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mentakrifkan konsep kreatif dan inovasi; 2. Menjelaskan empat fasa utama dalam proses kreatif; 3. Menerangkan lima teknik kreativiti; 4. Menghuraikan empat jenis lazim inovasi; dan 5. Membincangkan halangan kepada kreativiti dan inovasi.

Upload: musamohdrofei

Post on 30-Sep-2015

42 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Nota Keushawanan dalam BM

TRANSCRIPT

  • p

    PENGENALAN

    Persaingan hebat di alam perniagaan pada zaman sekarang memerlukan usahawan untuk memikirkan cara-cara menghasilkan produk, perkhidmatan atau proses baharu dengan tujuan baharu untuk pelanggan. Ini membolehkan syarikat mereka bertahan dan menarik perhatian pelanggan kepada ciptaan baharu mereka di samping menjana pendapatan. Oleh itu, kreativiti dan inovasi adalah unsur-unsur penting untuk semua tahap perniagaan berkembang. Kedua-dua unsur ini juga wajib untuk syarikat terus beroperasi dan membina kelebihan persaingan (Kirby, 2003).

    TTooppiikk

    33 Membentuk

    Kreativiti dan Inovasi Keusahawanan

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Mentakrifkan konsep kreatif dan inovasi;

    2. Menjelaskan empat fasa utama dalam proses kreatif;

    3. Menerangkan lima teknik kreativiti;

    4. Menghuraikan empat jenis lazim inovasi; dan

    5. Membincangkan halangan kepada kreativiti dan inovasi.

  • TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN 21

    Berterusan mencari paradigma baharu dalam menyelesaikan masalah perniagaan adalah prasyarat untuk usahawan berjaya. Sebagai seorang yang kreatif, usahawan mesti boleh berfikir secara kreatif untuk mencari penyelesaian masalah yang dihadapi. Perlu diingati bahawa kecekapan dan keberkesanan tidak lagi menjamin bahawa suatu perniagaan itu akan berterusan. Sebaliknya, kreativiti dan inovasi diperlukan untuk membantu suatu perniagaan itu maju ke hadapan. Justeru itu, kebolehan mencipta atau mereka sesuatu yang baharu adalah cara untuk sesuatu perniagaan itu untuk terus berada di pasaran. Seksyen pertama dalam topik ini akan membincangkan apa itu kreativiti, proses kreativiti, halangan kepada kreativiti, bagaimana menjana kreativiti dan ciri-ciri usahawan yang kreatif.

    APA ITU KREATIVITI?

    Terdapat beberapa definisi kreativiti. Menurut Schermerhorn, Hunt dan Osborn (2003), kreativiti melibatkan pembentukan tindak balas yang unik dan baharu kepada masalah dan peluang. Kreativiti adalah mustahak dalam menangani cabaran rumit dalam suasana perniagaan yang dinamik dan selalunya penuh dengan masalah bukan rutin. Oleh itu, kreativiti adalah:

    3.1

    Kebolehan untuk menghasilkan kerja yang baharu (iaitu asli dan tidak disangka), berkualiti tinggi dan sesuai (iaitu berguna dan memenuhi kekangan tugas)

    Sternberg, Kaufman dan Pretz, 2002

    Berikan pentakrifan kreativiti berdasarkan pemahaman anda.

    SEMAK KENDIRI 3.1

  • TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN 22

    PROSES KREATIVITI

    Usahawan perlu memikirkan idea untuk melaksanakan strategi baharu. Pada umumnya, idea lahir daripada proses kreatif di mana seorang individu yang berimaginasi akan membayangkan dan mengembangkan suatu idea kepada suatu bentuk yang boleh dilaksanakan dan membawa manfaat kepada usahawan tersebut dan organisasinya. Mengikut Kuratko dan Hodgetts (2004), terdapat empat fasa utama dalam proses kreatif, seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.1.

    Rajah 3.1: Proses kreatif Sumber: Kuratko dan Hodgetts (2004)

    Fasa-fasa ini dihuraikan di dalam Rajah 3.2.

    3.2

  • TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN 23

    Rajah 3.2: Huraian bagi empat fasa utama dalam proses kreatif

    1. Jelaskan secara ringkas apa itu kreativiti dan fasa utama dalam proses pemikiran kreatif.

    2. Mengapakah kreativiti mustahak untuk usahawan?

    LATIHAN 3.1

  • TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN 24

    HALANGAN KEPADA KREATIVITI

    Perlu diingat bahawa bukan semua idea baharu yang dijana semasa proses kreativiti boleh diterima. Kreativiti tidak menjamin tidak akan ada halangan, kekecewaan atau kegagalan. Terdapat empat halangan kepada kreativiti, seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.3.

    Rajah 3.3: Beberapa halangan kepada kreativiti

    3.3

  • TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN 25

    BAGAIMANA MENJANA IDEA KREATIF

    Individu berlainan mempunyai cara pemikiran yang berbeza. Terdapat beberapa teknik untuk memperbaiki kreativiti dan lima antaranya adalah seperti berikut: (a) PPercambahan Idea

    Ini adalah satu teknik yang paling lazim digunakan dan ia berkuasa untuk menghasilkan idea. Di sini, semua ahli kumpulan mencadangkan idea-idea yang kemudiannya dibincangkan. Bilangan ahli kumpulan yang paling sesuai adalah empat hingga tujuh orang. Mengikut Williams (2000), terdapat empat peraturan yang perlu diikuti iaitu:

    (i) Lagi banyak idea yang dikeluarkan, lagi bagus;

    (ii) Semua idea boleh diterima, walau setakat manapun nampak pelik atau tidak masuk akal;

    (ii) Idea-idea yang diberikan oleh ahli kumpulan digunakan untuk menghasilkan lebih banyak lagi idea; dan

    (iv) Kritikan dan penilaian idea tidak dibenarkan. (b) AAnalogi Paksaan Ini adalah teknik menjana idea yang sangat berguna dan menyeronokkan.

    Teknik ini dipanggil analogi paksaan kerana sesuatu idea itu dibandingkan dengan masalah atau benda lain yang tiada persamaan langsung dengannya untuk mendapatkan pandangan baharu. Anda boleh mengaitkan benda-benda yang biasanya tidak berkaitan dan mencari penyelesaian baharu. Contohnya diri anda dan sebatang pen, muzik dan komputer, produk dan pasaran. Memaksa hubung kait sebegini akan membantu anda membina pandangan baharu serta alternatif baharu. Membina hubungan antara benda yang asalnya tidak berkaitan akan menghasilkan pilihan objek atau kad dengan gambar atau imej yang membantu menjana idea. Pilih suatu objek atau kad secara rambang dan lihat apa hubungan yang boleh dibuat.

    (Diadaptasi daripada members.optus.net.com/au/~charles57/Creative/Techniques/ forced_analogy.htm or www.si.hhs.nl/~runda/Creativity.pdf)

    (c) TTeknik Do It

    Ini adalah suatu teknik di mana DO IT adalah ringkasan bahasa Inggeris seperti di bawah: D = Define problem (Takrifkan masalah)

    3.4

  • TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN 26

    O = Open mind and apply creative technique (Buka minda dan gunakan teknik kreatif)

    I = Identify best solution (Kenal pasti penyelesaian terbaik); dan T = Transform (Tukar)

    Di peringkat pertama teknik ini, kita mesti menganalisa suatu masalah itu untuk memastikan soalan yang betul ditanyakan. Mengkaji dan memahami masalah adalah penting untuk mengenal pasti sebab utama masalah tersebut. Jika ia merupakan masalah yang amat besar, pecahkannya kepada bahagian-bahagian kecil dan ringkaskan masalah itu dengan sepadat yang boleh. Kedua, selepas berjaya mengenal pasti masalah, hasilkan seberapa banyak idea yang boleh untuk mendapat penyelesaian yang mungkin boleh digunakan. Setiap percubaan untuk menjana idea adalah penting, tidak kira sama ada idea itu baik mahupun buruk. Ketiga, kita perlu menyemak dan menganalisa setiap idea secara terperinci sebelum memilih idea-idea yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Semua penyelesaian ini patut datang dari peringkat kedua. Akhir sekali, setelah penyelesaian yang terbaik sudah dikenal pasti, sudah tiba masanya untuk melaksanakannya. Peringkat ini melibatkan pengembangan produk yang boleh dipercayai daripada idea yang paling sesuai; penggunaan strategi pemasaran dan perniagaan; dan penggunaan masa, wang dan tenaga.

    (d) PPeta Minda Teknik ini membolehkan seseorang itu menggunakan gambar, frasa atau perkataan untuk menyusun dan mengembangkan fikiran dalam bentuk bukan linear. Ini membolehkan seseorang itu melihat masalah serta penyelesaiannya. Ramai orang menggunakan peta minda semasa: Percambahan idea; Mengambil nota; dan Mengingat kembali sesuatu. Peta minda boleh digunakan untuk mewujudkan produk baharu, menyelesaikan masalah, merancang strategi atau membina suatu proses. Kunci keberkesanan peta minda dalam menjana idea dan menyelesaikan masalah adalah untuk tidak semestinya berfikir secara logik. Jika suatu idea membawa kepada idea yang lain, jangan menganalisanya. Sebaliknya, letakkan sahaja idea tersebut dalam peta minda. Seperti percambahan idea, lagi tidak masuk akal sesuatu hubungan itu, lagi bagus. Inilah cara mendapatkan penyelesaian yang inovatif.

  • TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN 27

    (e) KKumpulan Nominal Penggunaan kumpulan nominal adalah untuk menjana idea dan menilai penyelesaian secara bersemuka dalam situasi kumpulan yang tidak mengancam. Ahli kumpulan berbuat demikian dengan menulis secara senyap sebanyak mana idea yang boleh. Selepas itu, ahli merekod idea-idea tersebut dan membincangkan kesemuanya untuk mendapatkan penjelasan dan penilaian. Akhirnya, setiap ahli akan mengundi secara sulit untuk menyusun idea-idea tersebut dari segi keutamaan.

    CIRI-CIRI INDIVIDU KREATIF

    Usahawan adalah individu yang kreatif tetapi tidak semua individu yang kreatif boleh menjadi usahawan. Rajah 3.4 menunjukkan lapan ciri individu kreatif.

    i. Amat rendah diri dan bangga pada masa yang sama

    ii. Sangat sayangkan kerja mereka tetapi sangat objektif terhadapnya pada masa yang sama

    iii. Berani mencuba benda baharu

    iv. Minda terbuka dan sanggup menerima kritikan orang lain

    v. Memiliki kombinasi sikap suka main-main dan berdisiplin serta kombinasi bertanggungjawab dan tidak bertanggungjawab

    vi. Mempunyai tahap kawalan diri yang tinggi

    vii. Berpandukan matlamat, cermat dan bertimbang rasa dalam membuat sebarang keputusan

    viii. Sanggup mengambil risiko terhitung

    Rajah 3.4: Ciri-ciri individu kreatif

    3.5

    LATIHAN 3.2

    Senaraikan dan ringkaskan teknik menjana idea yang kreatif.

  • TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN 28

    APA ITU INOVASI?

    Apabila usahawan telah melalui proses kreatif dan memperoleh penyelesaian yang terbaik, langkah seterusnya adalah penggunaan dan akhirnya, inovasi. Kreativiti adalah prasyarat kepada inovasi. Pada hari ini, inovasi dipercayai ramai sebagai kunci kejayaan yang berlanjutan untuk banyak organisasi. Syarikat yang boleh bersaing dan menang adalah syarikat yang mengembangkan produk atau sistem baharu mengeluarkan produk dan berterusan berbuat begitu. Kenapakah inovasi penting? Apakah itu inovasi? Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan makna, jenis, sumber dan penghalang inovasi. Mengikut Kinicki dan Williams (2003), inovasi adalah mencari cara-cara untuk memberikan produk atau perkhidmatan yang baharu atau lebih baik. Ini bermakna setiap organisasi, tidak kira sama ada berpusatkan keuntungan ataupun tidak, tidak akan cepat berpuas hati dengan pencapaiannya, lebih-lebih lagi apabila saingannya menghasilkan idea kreatif. Inovasi dirasakan sebagai penghasilan suatu yang baharu di pasaran yang mengubah persamaan permintaan dan penawaran (Chell, 2001). Seorang usahawan mencipta permintaan baharu dalam pasaran dengan menggabung semula faktor-faktor pengeluaran untuk mencipta suatu yang baharu. Oleh itu, inovasi adalah kunci untuk usahawan terus kekal dalam dunia perniagaan yang mempunyai persaingan sengit di zaman ini. Lakukan inovasi atau mati patut menjadi prinsip hidup setiap usahawan.

    3.6.1 Jenis-jenis Inovasi

    Setiap orang dalam suatu perniagaan mesti menjadi inovatif untuk membolehkan perniagaan tersebut berubah sepantas mungkin demi memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan. Mengikut Kuratko dan Hodgetts (2004), terdapat empat jenis inovasi yang asas seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.5.

    3.6

    Apakah yang anda faham dengan perkataan inovasi? Pada pendapat anda, bagaimanakah perkataan ini dikaitkan dengan usahawan dan kenapakah ia penting? Bincangkan idea anda.

    AKTIVITI 3.1

  • TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN 29

    Rajah 3.5: Jenis-jenis dan contoh inovasi

    3.6.2 Sumber-sumber Inovasi

    Seorang usahawan memerlukan idea-idea yang berimpak tinggi sebagai inspirasi menemu produk, perkhidmatan atau proses yang baharu. Berikut adalah empat sumber inovasi untuk para usahawan (Drucker, 1985; Kuratko & Hodgetts, 2004). (a) PPeristiwa Di Luar Jangkaan

    Usahawan kerap mendapat idea daripada sesuatu yang berlaku di luar jangkaan mereka. Peristiwa yang tidak dijangka memberikan mereka peluang besar untuk menggunakan kemahiran mereka untuk membuat formula atau benda baharu. Kejayaan atau kegagalan yang tidak dijangka

  • TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN 30

    juga adalah sumber inspirasi apabila mereka tidak merancang atau menjangka sesuatu.

    (b) KKonsep Ilmu Baharu

    Di pasaran hari ini, kita boleh menjumpai produk atau perkhidmatan baharu dengan mudah. Kebanyakan produk dan perkhidmatan ini adalah inovasi berasaskan pengetahuan yang memerlukan waktu yang lama untuk diselidik dan dikembangkan oleh golongan pakar. Ilmu baharu boleh diperoleh dengan membaca, menghadiri seminar atau persidangan serta menyertai perbincangan di kalangan profesional.

    (c) PPerubahan Demografik Perubahan dalam ciri-ciri demografik seperti umur, tahap pendidikan, pendapatan dan jenis pekerjaan merupakan sumber inspirasi yang utama kepada golongan usahawan. Bagi mereka, perubahan sebegini mewujudkan peluang besar untuk diterokai. Contohnya, apabila kualiti hidup dan pendapatan meningkat, permintaan untuk barang mewah dan produk kesihatan juga bertambah.

    (d) KKeperluan Proses Keperluan proses wujud di dalam proses sebuah perniagaan, industri atau perkhidmatan. Ia menyempurnakan proses yang sedia ada, menggantikan pautan yang lemah, mereka bentuk semula proses yang ada dan sebagainya. Kesemua ini membolehkan usahawan menghasilkan produk, perkhidmatan atau proses yang menunaikan permintaan dan memenuhi keperluan pelanggan. Contohnya, dalam usaha mewujudkan masyarakat yang cergas, sesetengah individu akan terdorong untuk melakukan lebih banyak senaman. Justeru itu, usahawan boleh menyediakan lebih banyak pusat atau kemudahan kesihatan untuk mereka.

    1. Apakah sumber inovasi? Perhatikan keadaan di sekeliling anda dan berikan contoh.

    2. Berdasarkan jenis-jenis inovasi, berikan contoh yang bersesuaian dan terangkannya. Bandingkan dengan rakan anda.

    SEMAK KENDIRI 3.2

  • TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN 31

    3.6.3 Penghalang Inovasi

    Walaupun usahawan mempunyai banyak idea untuk inovasi, terdapat beberapa halangan yang boleh menghindarkan mereka daripada menjadi inovatif. Rintangan kepada inovasi biasanya datang daripada dalam sebuah organisasi, khasnya daripada golongan pekerja. Contoh-contoh halangan adalah seperti berikut: (a) OOrganisasi Tidak Menggalakkan Inovasi

    Sesetengah organisasi selesa dengan keadaan yang sedia ada dan enggan berubah. Untuk mereka, perubahan mengancam budaya dan tatacara organisasi dan lebih teruk lagi, kedudukan mereka. Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, pihak pengurusan akan mengelak atau enggan mengakui keperluan inovasi di dalam organisasi berkenaan. Tambahan pula, sempadan di antara jabatan atau interdepartmental borders menghalang idea inovasi daripada disebarkan secara meluas di kalangan pekerja.

    (b) SSumber Tidak Mencukupi Sesetengah organisasi ingin berubah dan melakukan inovasi tetapi tidak mempunyai sumber yang mencukupi seperti sumber manusia, kewangan dan kemudahan yang penting dalam melakukan sesuatu inovasi.

    (c) SSikap Pengurusan yang Tradisional

    Keinginan pihak pengurusan untuk memegang kuasa menghalang pekerjanya daripada melakukan inovasi. Ini berlaku khasnya apabila pihak pengurusan terdiri daripada pekerja kanan yang berfikir secara tradisional dan menentang perubahan. Kadang-kadang kekreatifan pekerja disekat oleh peraturan, kekangan dan birokrasi pihak pengurusan.

    Penghalang inovasi juga datang daripada sikap peribadi atau individu itu sendiri seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.6 berikut.

  • TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN 32

    Rajah 3.6: Sikap peribadi atau individu

    KEPENTINGAN KREATIVITI DAN INOVASI BAGI USAHAWAN

    Dalam dunia persaingan global yang dinamik, usahawan mesti menerima kreativiti dan inovasi sebagai ramuan penting untuk berjaya. Mereka seharusnya boleh mencipta produk atau perkhidmatan baharu dan bersedia untuk mengamalkan teknologi terkini jika ingin bersaing dengan jayanya. Oleh itu, usahawan mesti mengiktiraf dan memberi ganjaran atas kreativiti dan inovasi diri sendiri dan pekerja. Kreativiti dan inovasi adalah mustahak kerana tiga sebab, iaitu: (a) MMemastikan Ketahanan Organisasi

    Kreativiti dan inovasi adalah satu kemestian agar sebuah organisasi dapat bertahan lama. Masa hadapan sesebuah organisasi itu bergantung pada kebolehannya untuk mencipta produk atau perkhidmatan baharu. Dengan berbuat begitu, ia akan meningkatkan kebolehan organisasi tersebut untuk bersaing dengan para pesaingnya. Ia juga menjadikan ahli organisasi itu mampu bertindak pantas terhadap perubahan sekeliling. Sesebuah organisasi itu tidak lagi perlu menantikan permintaan daripada pelanggan; sebaliknya, ia harus sentiasa cuba mengeluarkan sesuatu yang baharu untuk memuaskan kehendak pelanggan.

    (b) MMeneroka Pasaran Baharu Usahawan boleh menggunakan produk atau perkhidmatan baharu untuk menerokai pasaran yang belum diceburi. Seorang usahawan yang kreatif

    3.7

  • TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN 33

    dan inovatif akan selalu cuba menakluki pasaran baharu dengan memperkenalkan produk atau perkhidmatan baharu. Contohnya, bila Phillips memperkenalkan cakera video digital (DVD) yang pertama dalam pasaran pada tahun 1995, ia berjaya menembusi pasaran dunia.

    (c) MMenggunakan Sumber Asli

    Terdapat banyak sumber asli di muka bumi ini yang mana usahawan boleh memanfaatkannya tanpa menjejaskan alam sekitar. Kreativiti dan inovasi mewujudkan sumber. Malah, sumber tidak wujud sehingga manusia (usahawan) mencari kegunaan baginya dan memberikannya nilai ekonomi (Drucker, 1985). Oleh itu, usahawan adalah orang yang bertanggungjawab mewujudkan nilai bagi setiap sumber asli untuk faedah manusia.

    STRATEGI MENGGALAKKAN KREATIVITI DAN INOVASI

    Terdapat empat strategi yang boleh digunakan untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi di dalam organisasi, seperti yang diringkaskan di dalam Rajah 3.7.

    Rajah 3.7: Empat strategi untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi di dalam organisasi

    (i) MMengiktiraf Kebolehan Anda Sendiri Adalah penting untuk mengetahui kebolehan diri anda supaya anda boleh menghadapi masalah dan merebut peluang secara kreatif dan inovatif. Kenali batasan diri anda yang mungkin menghalang anda daripada mencari penyelesaian yang sesuai.

    (ii) MMengubah Persepsi Anda

    Cuba lihat masalah dan peluang dari pelbagai perspektif. Selidik masalah dan peluang dengan memecahkan mereka kepada beberapa bahagian kecil dan cari penyelesaian yang sebenar atau yang terbaik.

    3.8

  • TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN 34

    (iii) MMengubah Budaya Organisasi Organisasi mesti menggalakkan kreativiti dan inovasi di kalangan pekerja. Berikan ganjaran kepada pekerja yang cemerlang dalam membuat pembaharuan.

    (iv) Berani Gagal

    Anggap setiap kegagalan atau kesilapan sebagai motivasi untuk mencari penyelesaian yang terbaik.

    Kreativiti adalah kebolehan untuk menghasilkan kerja yang baharu (iaitu asli

    dan tidak disangka), berkualiti tinggi dan sesuai (iaitu berguna dan memenuhi kekangan tugas).

    Inovasi adalah mencari cara-cara untuk menyediakan produk atau perkhidmatan yang baharu atau lebih baik.

    Empat fasa utama dalam proses kreatif adalah:

    (i) Pengumpulan ilmu;

    (ii) Pengeraman;

    (iii) Idea-idea; dan

    (iv) Penilaian dan pelaksanaan.

    Lima teknik kreatif adalah:

    (i) Percambahan idea;

    (ii) Analogi paksaan;

    (iii) Formula Do It;

    1. Apakah strategi yang boleh anda gunakan untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi di dalam sesebuah organisasi?

    2. Uji kreativiti anda dengan menduduki ujian menerusi laman sesawang berikut:

    http://www.creax.com/csa/frame.asp?session=zero

    http://enchantedmind.com/html/creativity/iq_tests/ creativity_test.html

    SEMAK KENDIRI 3.3

  • TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN 35

    (iv) Peta minda; dan

    (v) Kumpulan Nominal.

    Empat jenis asas inovasi adalah:

    (i) Penciptaan;

    (ii) Pelanjutan;

    (iii) Penduaan; dan

    (iv) Sintesis.

    Penghalang kreativiti adalah:

    (i) Kepercayaan peribadi;

    (ii) Takut kepada kritikan;

    (iii) Pengurusan yang berlebihan; dan

    (iv) Tekanan.

    Penghalang inovasi adalah:

    (i) Organisasi tidak menggalakkan inovasi;

    (ii) Sumber tidak mencukupi; dan

    (iii) Sikap pengurusan yang tradisional.

    Analogi paksaan Formula Do It Inovasi Kreativiti

    Kumpulan nominal Percambahan idea Peta minda Proses kreatif