m1 sejarah perkembangan pembentukan istilah.ppt

Upload: vijayaletchumysubram

Post on 04-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    1/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    SEJARAH PERKEMBANGAN

    PEMBENTUKAN ISTILAH(PM. DR.S.VIJAYALETCHUMY)

    MINGGU 1

    BBM3405:PERISTILAHAN

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    2/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    SEJARAH PERKEMBANGAN PEMBENTUKAN ISTILAH

    Perkembangan Sebelum Wujudnya Pedoman

    Usaha pembentukan istilah sebenarnya bermula sejak

    1957, iaitu apabila tertubuhnya jawatankuasa istilah yang

    pertama (selepas ini disebut JKI) JKI Kerajaan pada 15

    Januari 1957.

    Dalam jangkamasa 15 tahun iaitu dari 1957 hingga 1975,

    usaha peristilahan ini telah melalui beberapa peringkatperkembangan, menyebabkan timbul beberapa cabaran

    baru yang memerlukan penyelesaian yang lebih sesuai.

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    3/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Masa 1975 terbahagi kepada dua zaman iaitu:

    1) Zaman awal dengan penubuhan JKI yang pertama pada 1957

    hingga 1960; dan

    2) Zaman dari 1960 hingga 1975 yang ditandai dengan

    penggunaan satu pedoman pembentukan istilah yang disusun

    oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    4/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Zaman 1957 1960

    Zaman ini dikatakan zaman awal iaitu pada masa ini

    tidak terdapat sebarang panduan pembentukan istilah

    yang digunakan oleh JKI DBP itu. Antara ciri-ciri yangmenyebabkan pembentukan istilah adalah disebabkan:

    Keperluan,

    Jawatankuasa Pencipta Istilah; danTatacara Pembentukan Istilah

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    5/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Keperluan

    Tujuan DBP ditubuhkan adalah untuk menjalankan usaha merancang

    dan membina bahasa Melayu menjadi bahasa Kebangsaan dan

    bahasa rasmi bagi kegunaan sistem pendidikan dan pentadbiran

    Malaysia.

    Keperluan yang mendesak pada masa itu ialah menerbitkan buku

    teks untuk kegunaan sekolah.

    Hal ini menimbulkan keperluan untuk mewujudkan istilah bahasa

    Melayu bagi kegunaan dalam penulisan buku teks tersebut.

    Maka, JKI telah ditubuhkan, iaitu yang terdiri daripada JKI Kerajaan

    dan Perjawatan, dan JKI Sains Am.

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    6/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Jawatankuasa ini tidak mempunyai panduan atau falsafahatau tatacara kerja membentuk istilah.

    Perkara yang menjadi pegangan mereka ialah istilah yang

    dicipta mestilah bersifat murni. Dari sinilah munculnya

    panduan bahawa istilah yang dicipta perlu sesuai dengan

    lidah Melayu.

    Antara yang dicipta seperti perkataan maging, maun,

    stesen, kimia, dan sains yang sesuai dengan lidah Melayu.

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    7/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Jawatankuasa Pencipta istilah

    Semasa DBP di Johor Bahru JKI ditubuhkan. Antara yang

    ditubuhkan lagi ialah JKI bagi bidang pertanian (pada 27

    Mei 1958) serta Fizik dan Perhutanan pada 31 September

    1958.

    Pada peringkat awal, kemudahan dan kepakaran amat

    kekurangan seperti tenaga terlatih dan berpengalaman baik

    dalam bidang yang khusus dan juga bahasa.

    Bagaimanapun objektif pembinaan bahasa tersebut perlu

    dijalankan

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    8/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Usaha JKI dalam mencipta dapat dibahagikan kepada dua

    jenis, iaitu pada peringkat awal, JKI Kerajaan telah berjaya

    mencipta istilah pentadbiran dan urusan kerajaan seperti

    nama kementerian, jabatan, pejabat, pangkat, jawatan, namasurat dan borang.

    Pada peringkat berikutnya JKI Sains Am pula berjaya

    mencipta istilah untuk kegunaan penulisan buku-buku sekolah

    termasuk Pertanian, Fizik dan Perhutanan.

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    9/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Tatacara Pembentukan Istilah

    Pada masa ini tiada pedoman pembentukan istilah. Oleh itu, pihak

    JKI telah mengamalkan sikap tulen dalam pembentukan istilah

    (Ainuddin Wahid, 1958 dalam Abdullah Hassan 1993:76).

    Sifat bahasa Melayu mesti dipertahan apabila mencipta istilah.Peminjaman unsur asing ditolak untuk menjamin bahasa Melayu

    tidak rosak.

    Untuk mengelakkan peminjaman, sebagai jalan keluar mengatasimasalah JKI yang berpegang pada prinsip ini telah menjalankan

    usaha menggabungkan unsur daripada kata bahasa Melayu untuk

    membentuk istilah.

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    10/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Bagaimanapun pengguna bahasa mengalami kesukaran untuk

    mengenali istilah ini dari segi bentuk dan etimologi serta maknanya.

    Contohnya:

    maging = makan daging

    jentolak = jentera tolak

    maun = makan daun

    jabanah = jalan bawah tanah

    Bagaimanapun terdapat satu pihak yang berpendirian bahawa,

    sekiranya istilah dalam bahasa Melayu tidak ada, maka, istilah asing

    boleh dipinjam.

    Sebenarnya tidak banyak yang berpendirian sedemikian kerana jelas

    kekerapan peminjaman dan penyaduran tidak tinggi pada zaman itu.

    Pada masa itu, kata Arab yang telah mantap lebih mudah diterima

    daripada kata bahasa Inggeris, misalnya kimia untuk chemistry.

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    11/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Zaman 1960 hingga 1975

    DBP sejak 1960 telah menyusun satu pedoman

    pembentukan istilah yang digunakan dan dapat menjadikan

    kegiatan pembentukan istilah bahasa Melayu lebih selaras

    kerana pedoman ini telah dapat menyeragamkan usahapembentukan istilah tersebut melalui penggunaan satu

    pedoman yang sama.

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    12/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Pedoman Pembentukan Istilah

    Terdapat tiga pedoman pembentukan istilah yang telah disusunbagi kegunaan pembentukan istilah bahasa Melayu, iaitu:

    1 Pedoman Membentuk Istilah-istilah Baharu DBP yang mula

    digunakanpada tahun 1959.

    2 Dasar, cara dan pedoman Membentuk Istilah Baharu Bahasa

    Melayu DBP yang mula digunakan selepas 1970.

    3 Pedoman Pembentukan Istilah Universiti Malaya telah disusun

    dan

    digunakan dalam tahun 1971.

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    13/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Pedoman yang pertama diterima dan digunakan meluas oleh JKI.

    Oleh sebab hanya satu pedoman pada masa itu, maka pedoman ini

    banyak mempengaruhi usaha pembentukan istilah pada masa

    tersebut.

    Pedoman pembentukan istilah kedua dan ketiga diperkenal selepas1970 sebelum kewujudan Pedoman Umum

    Pembentukan Istilah (selepas ini disebut PUPI).

    Pedoman ini adalah usaha pembaikan yang dilakukan dalam usahamenyusun pedoman pembentukan istilah.

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    14/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Antara pembaikan yang dilakukan ialah mengemukakanperincian tentang ciri-ciri linguistik dan tatabahasa bahasa

    Melayu.

    Asmah Hj. Omar telah menyusun pedoman yang ketiga bagikegunaan pembentukan istilah di Universiti Malaya (UM) yang

    menggunakan penjelasan mengikut keperluan ilmu bahasa.

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    15/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Perbandingan dengan Zaman Awal

    Pada zaman ini masih ada beberapa golongan ahli

    pembentukan istilah yang berpegang pada prinsip dalam

    eraprintis yang menyebabkan golongan ini tidak menghayati

    pedoman yang telah disediakan.

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    16/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Peranan Bahasawan dalam Pembentukan Istilah

    Terdapat bahasawan yang bergiat secara aktif pada sekitar

    tahun 1964 iaitu dalam JKI Linguistik dan Kesusasteraan.

    Ketiadaan bahasawan yang berkelayakan ketara pada masa

    itu. Bagaimanapun ahli-ahli JKI masa itu dapat menunjukkankekreatrifan dalam membentuk istilah. Bahkan terdapat

    beberapa keputusan yang ditentukan oleh JKI pada masa itu

    sangat berkesan dan mantap.

    Di samping usaha DBP ini terdapat institusi lain yang terlibat

    secara langsung iaitu UM.

    DR. S. V.LETCHUMY (FBMK)

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    17/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Peranan Bahasawan dalam Pembentukan Peristilahan

    Ramai bahasawan aktif sekitar 1964 dalam JKL Linguistik

    Kesusteraan.

    Bilangannya kurang pada masa itu tetapi mereka aktif.

    Turut aktif menyumbang ketika itu ialah :

    -DBP

    -Universiti Malaya

    Ramai lagi penyumbang penyumbang mengikut bidang-bidang

    kepakaran masing masing.

    Mereka dipanggil untuk menyumbang ketika diperlukan.DR. S. V.LETCHUMY (FBMK)

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    18/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra MalaysiaANGGOTA JK TETAP BAHASA MELAYU KEMAHIRAN

    PENDIDIKAN MALAYSIA.

    Dato Haji Jumaat bin Dato Haji Mohammad NoorDewan Bahasa Pustaka. (DBP)

    Dato Profesor Dr. Hajah Asmah Haji Omar

    Universiti Malaya (UM )

    Dato Dr. Haji Mohammad Ghazali Haji Abdul Rahman

    Jabatan Perdana Menteri (JPM)

    Profesor Abdullah HassanUniversiti Sains Malaysia (USM)

    Profesor Dr. Farid M.Onn.

    Dewan Bahasa Pustaka (DBP) DR. S. V.LETCHUMY (FBMK)

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    19/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia Profesor Madya Dr. Haji Amat Juhari Moain

    Universiti Putra Malaysia (UPM)

    Dato Syed Abu bakar Barakhbar

    Majlis Peperiksaan Malaysia

    Profesor Dr. Nik Safiah binti Haji Abdul Karim

    Universiti Malaya (UM)

    Dato Dr. Haji Mohammad Mansor bin Haji Salleh

    Istitut Teknologi MARA (UITM)

    Dr. Arfah binti Abdul Aziz

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    Encik Sulaiman Masri (DBP)

    DR. S. V.LETCHUMY (FBMK)

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    20/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Anggota Tetap yang pernah berkhidmat

    1 Datuk Haji Sujak bin Rahiman (Pengerusi )

    2 Datuk Haji Hassan bin Ahmad ( Pengerusi )

    3 Allahyarham Haji Kamaluddin bin Muhammad ( Anggota )

    4 Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Arshad ( Anggota )

    5 Profesor Madya Alias Shamsudin ( Anggota )

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    21/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    PERKARA 152 (BM )

    Dalam perkara 152 Perlembagaan Malaysia peruntukkan BM wajib

    digunakan dalam setiap pentadbiran kecuali dalam pentadbiran di

    Makhmah, mengutamakan penggunaan Bahasa Inggeris.

    Walaupun begitu, pada masa sekarang iaitu mulai tahun 1990,

    Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas di makhamah

    makhamah.

    DR. S. V.LETCHUMY (FBMK)

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    22/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Menurut Awang Had Salleh(1980), beliau menyatakan:

    Perkembangan menjamin taraf taraf kedudukan BM

    dan segi undang undang oleh demikian menggalakkan

    rakyat menghormati bahasa itu. Dasar Pendidikan pula

    menjamin Perlaksanaan Perkembangaan bahasa melalui

    sistem persekolahan.

    DBP diarahkan untuk mencapai matlamat yang

    terkandung dalam fasal 152 Perlembagaan dan Perakuan.

    DR. S. V.LETCHUMY (FBMK)

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    23/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Istilah baru diperlukan untuk tujuan :

    1970 : Ungkapan idea baru

    1980 : Konsep baru

    1990 : Pemikiran baru

    : Ilmu baru: Dapatan baru

    : Perkembangan ilmu sains dan teknologi baru

    JKL pun diwujudkan untuk bidang :

    i) Pos ii) Perubatan

    iii) Agama iv) Kejuruteraan

    v) Undang - undang

    DR. S. V.LETCHUMY (FBMK)

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    24/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Perundingan: Jawatankuasa Istilah

    Pihak DBP telah berusaha menubuhkan beberapa JKI lain untuk

    mempercepat usaha memperkaya kosa kata dan istilah bahasa

    Melayu.

    Usaha penubuhan ini bersesuaian dengan pelaksanaan bahasa

    Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah.

    Pelaksanaan bahasa Melayu di sekolah dilaksanakan secara

    berperingkat-peringkat, dan istilah dalam pelbagai ilmu diperlukanuntuk menampung keperluan pengungkapan idea, konsep dan

    proses dalam sesuatu bidang ilmu.

    DR. S. V.LETCHUMY (FBMK)

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    25/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Selain itu keperluan membentuk istilah seperti bidang Pos,

    Perubatan, Kejuruteraan dan Undang-Undang diperlukan.

    Bagaimanapun agak menghairankan, biarpun bidang ini

    diberikan perhatian secukupnya sejak awal, tetapi bidang inilah

    yang belum memuaskan dalam pelaksanaan bahasa Melayu.

    Namun sejak akhir-akhir ini dengan perancangan yang

    bersistematik dan pakar yang berkebolehan dalam bidang

    masing-masing bertambah maka masalah tersebut mulai diatasi

    lebih-lebih lagi penglibatan serius pihak institusi tinggimemanfaatkan istilah tersebut.

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    26/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Dengan tertubuhnya pelbagai JKI untuk bidang ilmu yang

    tertentu, maka wujud pula masalah lain iaitu masalahpenyeragaman istilah yang sukar diatasi.

    Perkara ini berlaku kerana tiadanya pedoman yang lengkap dan

    sistematik dapat digunakan.

    Bagaimanapun usaha perancangan dan pembinaan istilah

    bahasa Melayu telah menghasilkan sejumlah besar istilah untuk

    bahasa Melayu dan diterbitkan dalam beberapa buah buku.

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    27/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Zaman Pedoman Umum Pembentukan istilah (PUPI) Selepas 1975

    Terdapat beberapa ciri yang membezakan zaman peristilahan denganzaman sebelumnya. Hal ini dapat dinyatakan seperti berikut:

    i) Bahasa Melayu mengalami perkembangan pesat pada masa ini.

    Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di institusi

    tinggi menuntut peristilahan yang banyak dengan semerta. Oleh itukaedah lama tidak dapat menggalakkan pembentukan istilah dengan

    segera. Kaedah atau pedoman yang lebih mantap, praktis serta yang

    sesuai diperlukan.

    ii) Kewujudan kerjasama antara Malaysia Indonesia dalam bidang

    kebahasaan iaitu ejaan dan istilah diutamakan.

    iii) Pembentukan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) sebagai

    badan penasihat tertinggi tentang kebahasaan.

  • 7/29/2019 M1 Sejarah Perkembangan Pembentukan Istilah.ppt

    28/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Selepas penubuhan JKTBM pada Disember 1972 dan

    pembentukan PUPI 1975, dasar DBP dapatdirumuskanseperti berikut (Hassan Ahmad, 1984):

    Sumber istilah daripada bahasa Melayu dan bahasa serumpun

    hendaklah diutamakan.

    Selaras dengan PUPI.

    Istilah hendaklah betul dari segi makna, bentuk dan

    tatabahasa.

    Istilah lama yang mantap tidak perlu disesuai dengan PUPI atau

    diubah tanpa alasan munasabah.