l i huruf ke-12 abjad rumi - lamanbahasa's blog | … · web viewlailatulqadar ar malam...

374
l I huruf ke-12 abjad Rumi. l II kep liter (ukuran isi barang cair dll). la I Kd, Kl, bp sekarang; ~ ni sekarang ini. la II bp lah: dia belum sampai lagi ~. la III bp kata utk menyatakan kehairanan: ~ mengapa tak datang tadi? La simbol kimia bagi lantanum. laal Ar sj permata yg merah warnanya. LAAPLN Id kep Lembaga Alat-Alat Pembayaran Luar Negeri. laba 1. keuntungan (drpd perniagaan, perdagangan, pelaburan, dll): perniagaan yg diusahakannya itu menghasilkan ~ yg berlipat ganda; 2. faedah, guna, kebaikan: apa ~nya kita bertengkar ini? ~ modal (Eko) keuntungan yg diperoleh drpd wang yg dilaburkan dlm sesuatu perniagaan (saham dsb) hasil drpd kenaikan harga; ~ rugi a) untung rugi; b) baik buruk; (pajak) ~ perang Id (cukai yg dikenakan atas) keuntungan yg diperoleh dlm masa perang; ~ sama dibagi, rugi sama diterjuni prb bersahabat (bermuafakat) sehidup semati; belum tahu akan ~ rugi prb belum tahu akan baik buruk sesuatu hal; kalau ~ bercikun-cikun, buruk diberitahu orang prb berdiam diri sahaja sewaktu dlm kesenangan tetapi meminta pertolongan orang lain apabila dlm kesusahan; mengaut ~ dgn siku prb orang yg selalu mencari keuntungan yg banyak;

Upload: hanhan

Post on 10-Mar-2019

382 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

l I huruf ke-12 abjad Rumi.

l II kep liter (ukuran isi barang cair dll).

la I Kd, Kl, bp sekarang; ~ ni sekarang ini.

la II bp lah: dia belum sampai lagi ~.

la III bp kata utk menyatakan kehairanan: ~ mengapa tak datang tadi?

La simbol kimia bagi lantanum.

laal Ar sj permata yg merah warnanya.

LAAPLN Id kep Lembaga Alat-Alat Pembayaran Luar Negeri.

laba 1. keuntungan (drpd perniagaan, perdagangan, pelaburan, dll):

perniagaan yg diusahakannya itu menghasilkan ~ yg berlipat

ganda; 2. faedah, guna, kebaikan: apa ~nya kita bertengkar ini?

~ modal (Eko) keuntungan yg diperoleh drpd wang yg dilaburkan

dlm sesuatu perniagaan (saham dsb) hasil drpd kenaikan harga; ~

rugi a) untung rugi; b) baik buruk; (pajak) ~ perang Id (cukai yg

dikenakan atas) keuntungan yg diperoleh dlm masa perang;

~ sama dibagi, rugi sama diterjuni prb bersahabat (bermuafakat)

sehidup semati; belum tahu akan ~ rugi prb belum tahu akan baik

buruk sesuatu hal; kalau ~ bercikun-cikun, buruk diberitahu orang

prb berdiam diri sahaja sewaktu dlm kesenangan tetapi meminta

pertolongan orang lain apabila dlm kesusahan; mengaut ~ dgn siku

prb orang yg selalu mencari keuntungan yg banyak;

berlaba 1. mendapat atau beroleh laba (keuntungan): dia ~

berlipat ganda drpd perniagaannya; 2. menghasilkan

(mendatangkan) keuntungan: perniagaan yg diurusnya itu tidak ~

sedikit pun;

melabakan, melabai menghasilkan (mendatangkan) keuntungan

kpd, menguntungkan: rancangan itu hanya akan ~ beberapa orang

yg telah sedia kaya.

Page 2: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

labah-labah sj serangga berkaki lapan yg membuat sarang dgn

menyirat benang yg keluar drpd badannya (dan sarang ini dapat

memerangkap mangsanya); jenis-jenisnya: ~ beruk, ~ lotong, dll;

akal ~ ki pandai menipu orang; sebesar ~ ki pandai

menyembunyikan kejahatan (tipu daya);

akal ~, di gua buruk suka merakut prb orang jahat yg suka menipu

orang; berkelahi spt ~ dlm gelas prb perkelahian hebat di tempat

yg sempit; spt ~ cinta kpd telurnya prb kasih sayang atau cinta yg

mendalam sekali.

labak I; kelabakan Jk 1. menggelepar-gelepar (spt ayam yg disembelih);

2. kebingungan (spt orang dlm kesusahan).

labak II sj ikan laut.

labang I = pekak ~ kurang pendengaran, agak pekak.

labang II; melabang sl berjalan tidak tentu hala: ~lah puteri itu masuk

hutan, keluar hutan, masuk padang, keluar padang.

labang III Mn; melabang menempa (menitik) logam hingga menjadi

lebar.

labang IV; rumput ~ sj tumbuhan (herba), hempedu tanah, lempedu

tanah, mempedu tanah, Curanga felterrae (Curanga amara).

labas ark habis semuanya, tidak berbaki atau tidak bersisa.

labbaika Ar; Allahumma ~ ya Allah, inilah aku (hamba-Mu).

label kepingan kecil kertas (kad dll) yg dilekatkan atau ditampalkan pd

sesuatu (spt botol, beg, dll) utk memberikan sedikit keterangan

(mis nama, jenis, kandungan, harga, dll);

berlabel mempunyai label: botol itu tidak ~;

melabel 1. memberi (mengenakan) label pd sesuatu: semua barang

yg dijual perlu dilabel; 2. ki mengecap seseorang sbg (mempunyai

sesuatu sifat yg tidak baik spt jahat, suka menipu, dsb): ~

seseorang sbg pengkhianat;

Page 3: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

pelabelan perbuatan membubuh label pd sesuatu (barangan,

tulisan, dll): undang-undang ~ di sektor swasta.

laberang tali-temali kapal (perahu) utk menguatkan tiang.

labial (Lin) 1. = bunyi ~ bunyi ujaran yg dihasilkan dgn pergerakan bibir,

mis /p/, /v/, /b/, /m/; 2. dihasilkan dgn penutupan bibir sama ada

penuh atau separa (bkn bunyi).

labi-labi sj kura-kura, dedari, Trionyx cartilagineus.

labil IB tidak tetap, mudah berubah (goyang dll).

labiodental (labiodéntal) (Lin) dihasilkan dgn pergerakan bibir bawah

dan gigi atas, mis bunyi /f/ dan /v/ (bkn bunyi ujaran): bunyi ~.

labiovelar (labiovélar) (Lin) dihasilkan dgn bibir dan lelangit lembut, mis

bunyi /w/ (bkn bunyi ujaran): bunyi ~.

labirin (Ubat) bahagian dlm telinga yg mengandungi koklea dan saluran-

saluran separuh bulat.

laboran IB orang (ahli kimia) yg bekerja di makmal.

laboratorium IB makmal.

labradorit (Geo) sj mineral feldspar berwarna hijau, biru atau perang

kemerah-merahan yg biasanya digunakan sbg batu hiasan.

labrak Id; melabrak 1. memukuli, menghentam; 2. menyerang hebat

(musuh); 3. ki mengata-ngatai, mencela, mengecam;

labrakan 1. pukulan, hentaman; 2. serangan (dgn senjata); 3.

celaan, kecaman.

labu 1. sj tumbuhan (herba memanjat) dan buahnya berbentuk bulat

berwarna jingga; ~ air = ~ putih sj tumbuhan (herba memanjat),

Lagenaria leucantha; ~ air hutan = akar ~ air sj tumbuhan (herba

memanjat), akar timun gagak, belistur, daun jari buaya, ketimun,

pendendang gagak, Trichosanthes wallichiana; ~ ambun = ~

merah = ~ parang sj tumbuhan (herba memanjat), Cucurbita

moschata; ~ besar sj tumbuhan (herba memanjat), Cucurbita

Page 4: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

maxima; ~ manis sj tumbuhan (herba memanjat), Cucurbita pepo;

2. = labu-labu a) sj buyung, bekas air, kendi; b) benda bulat

perhiasan puncak masjid dll; c) Id bakul bulat yg digantung pd

tiang di pelabuhan (utk menandakan kapal sudah boleh masuk); 3.

Id sj botol yg besar bulat (berbagai-bagai jenis dan gunanya);

~ tanah sj kendi yg dibuat drpd tanah; mak ~ perempuan yg

mengandung; ~ dikerbuk tikus prb gadis yg sudah dinodai (tidak

dara lagi);

melabu 1. spt labu bentuknya (bkn perut), gendut, buncit; 2.

menjaram atau memupuk kepala (orang sakit) dgn labu; 3. =

memperlabu mempermain-mainkan dgn kata-kata yg manis,

memperolok-olokkan, memperdayakan.

labuci kepingan kecil yg bercahaya (berkilauan) dan biasanya digunakan

sbg perhiasan pd pakaian (baju, selendang, dll), jemeki;

berlabuci berhias labuci, berjemeki: baju penyanyi itu ~.

la bud, la budda Ar tidak salah lagi, pasti, tentu; ~ pd akal boleh

dipercayai.

labuh I 1. turun atau tergantung ke bawah (bkn kelambu, sauh, tirai, dll):

kainnya ~ hingga menyapu lantai; tauke yg berperut ~ itu duduk

menyandar di kerusi malas; 2. panjang ke bawah atau lebih

panjang ke bawah drpd yg biasanya atau seharusnya: pakaian ~ spt

jubah dan gaun panjang; kebaya ~; dia memakai seluar yg ~ dan

longgar; 3. penjodoh bilangan utk tirai: tirai se~;

berlabuh 1. tergantung atau panjang ke bawah (bkn tirai, kelambu,

dll); 2. berhenti atau singgah (bkn kapal, perahu, dll): setelah kapal

itu ~, maka segala nelayan sekaliannya datang berjual ikan pd

orang kapal itu;

Page 5: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melabuh 1. menurunkan sauh (kapal dll): masa belayar kematian

angin, sudah dilabuh bayu berpuput; 2. Mn beranak (bkn kerbau,

lembu);

melabuhkan 1. menjatuhkan atau menurunkan (kelambu, tirai,

dll), memanjangkan (pakaian): setelah baginda naik ke pelaminan

maka tirai kelambu pun dilabuhkan oranglah; Tun Hassan

Temenggung yg pertama ~ baju Melayu; dia ~ skirtnya; 2.

menghentikan (kapal, perahu, dll): dilayarkannya juga Bulang

Linggi itu hingga sampai ke Betangan bertentangan dgn istana

baginda itu barulah dilabuhkan; ~ kapalnya berhampiran dgn

pantai; 3. mencampakkan atau membuangkan ke air (laut dll);~

orang mencampakkan orang ke laut; ~ pancing membuangkan

pancing ke air; ~ sauh menurunkan sauh, melabuh; 4. meletakkan:

dia terus berlari ~ punggungnya di atas rumput yg menghijau itu;

~ hukum Id menjatuhkan hukuman (dlm perbicaraan);

pelabuhan tempat kapal berlabuh, persinggahan kapal, pangkalan

kapal: sasaran yg pertama ialah kapal-kapal yg berlabuh di ~

Brunei;

~ alam pelabuhan yg kedudukan dan keadaan semula jadinya elok;

~ bebas pelabuhan yg tidak mencukai barang yg keluar masuk; ~

udara Id padang kapal terbang, lapangan terbang.

labuh II Kd memukul dgn tangan, tabuh.

labun; berlabun, berlabun-labun berbual-bual, berborak-borak,

bercakap-cakap;

pelabun orang yg suka berlabun.

labur I; melabur menyapu dgn kapur, mengapur (tembok dll): maka

dilaburnya dgn kapur gemerlapan cahayanya spt kapas terbusur.

labur II; melabur 1. membekalkan makanan (wang, modal, dll) kpd

pekerja dll; 2. = meletakkan (memberikan, menyerahkan) sejumlah

Page 6: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

wang utk sesuatu usaha (spt pengeluaran barang, perniagaan, dsb)

dgn tujuan utk memperoleh keuntungan, menanam modal: rakyat

bumiputera diseru melabur dlm Amanah Saham Nasional;

melaburkan meletakkan (wang) sbg modal (utk perniagaan dll):

dia ~ sebahagian besar wangnya dlm syarikat itu;

pelaburan 1. jumlah wang (modal dsb) yg dilaburkan dlm sesuatu

usaha niaga dsb, penanaman modal; 2. sesuatu yg dibeli dsb dgn

harapan akan mendapat keuntungan yg berlipat ganda, penanaman

modal: pembelian tanah merupakan suatu bentuk ~ yg

menguntungkan;

pelabur 1. orang yg melabur (menanam modal); 2. bekalan

makanan (wang dll);

~ asing individu atau syarikat dr luar negara yg melaburkan

modalnya dlm sesuatu perniagaan dsb; ~ institusi (Eko) institusi

atau organisasi yg mengumpul dan mengurus dana drpd orang

ramai utk tujuan pelaburan secara besar-besaran dlm pasaran

saham dsb; ~ runcit (Eko) pelabur individu yg jumlah

pelaburannya sangat kecil (hanya beberapa lot saham dsb); ~ habis

Palembang tak alah prb perbuatan yg sia-sia.

labur III; kelaburan ark lubang (utk menangkap binatang).

labut I patut, layak, sesuai: tidak ~lah buat begitu.

labut II Kl biasanya, lazimnya.

lacak I; melacak, belacak terlalu banyak hingga berlebih drpd yg

sepatutnya (barang dagangan dll), terdapat di merata-rata tempat.

lacak II; melacak meluncur, tidak mengait (sauh dll).

lacat Kl suka bercakap-cakap, banyak mulut.

laci bekas spt kotak yg boleh disorong tarik pd meja dll, anak meja;

berlaci mempunyai laci: almari ~.

lacuan ark lokcuan.

Page 7: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lacur 1. tidak jadi, gagal, malang, sial; 2. buruk laku, sundal

(perempuan); apa ~ apa boleh buat; perempuan ~ perempuan

jalang, perempuan sundal;

melacur mencari nafkah dgn melibatkan diri dlm perhubungan

kelamin secara haram, menyundal, menjual (kehormatan) diri: dia

~ atas desakan hidup;

melacurkan; ~ diri melacur, menyundalkan diri: perempuan itu ~

dirinya sejak lima tahun yg lalu;

pelacuran perihal (perbuatan) melacurkan atau menjual diri,

persundalan: dia terjun ke dlm dunia ~ yg dia sendiri memang

amat takut;

pelacur perempuan sundal (yg melacurkan diri), perempuan

jalang; ~ terhormat pelacur drpd kalangan orang yg tinggi taraf

kedudukannya dlm masyarakat (biasanya tidak diketahui umum).

lacut Mn; melacut memukul (dgn cemeti, rotan, dll), menyebat; lecut.

lada 1. sj tumbuhan herba (buahnya pedas dan biasanya dicampur dgn

rempah); ~ benggala lada yg berbentuk bulat berwarna merah atau

hijau yg mempunyai rasa pedas manis dan digunakan sbg salad

atau sayur; ~ berekor sj tumbuhan (herba), kemukus, Piper

cubeba; ~ hitam lada yg kulitnya tidak dibuang, Piper nigrum; ~

payung sj tumbuhan (herba), cabai jawa, Piper retrofactum; ~

rimba sj tumbuhan (herba), akar kalung gajah (ular), sirih murai,

Piper ribesioides; ~ sulah = ~ putih lada yg telah dikeringkan dan

dibuang kulitnya, merica, Piper nigrum; 2. sj tumbuhan (herba dan

buahnya), cabai, lombok; ~ api = ~ kecil = ~ kerawit = ~ melaka

Kd = ~ padi Id sj tumbuhan (herba), cabai burung, cabai rawit,

Capsicum frutescens; ~ besar = ~ congcang = ~ merah sj

tumbuhan (herba), cabai seberang, cabai selasih, Capsicum

annuum; ~ kering cabai merah yg telah dikeringkan, cili kering,

Page 8: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

cabai kering; 3. sj tumbuhan (pokok renek); ~ pahit sj tumbuhan,

melada pahit, embalau, Brucea amarissima; kayu ~ sj tumbuhan,

akar berangan, Dalbergia parviflora; ~ api (padi, kutuk) ki orang

yg berbadan kecil tetapi berani; 4. bp menggosokkan cili pd mulut

dsb seseorang (kerana terlalu marah terhadap apa yg telah

dicakapkannya dsb), cabai, cili: jangan lancang sangat engkau

bercakap nanti aku ~ mulut, baru kau tahu;

belum tahu dipedas ~ prb belum banyak pengalaman (masih

mentah); burung terbang dipipiskan ~ prb sudah bersedia utk

mengharapkan hasil yg belum diperoleh; kecil-kecil ~ api, besar-

besar limau abung prb biar kecil tetapi berani drpd besar tetapi

penakut; siapa makan ~ dialah berasa pedas prb orang yg bersalah

akan berasa tersindir kerana kesalahannya;

berlada dibubuh lada (cabai, cili), bercabai, bercili: kuah ~;

meladai membubuh lada pd (gulai dll).

ladah Mn jijik, kotor.

ladaian sj alat penangkap ikan, bubu.

lada-lada sj tumbuhan (pokok), Tabernaemonfata penduncularis.

ladam 1. besi lapik kaki kuda, besi tapak kuda; 2. = ~ kasut sj besi yg

dipasangkan pd tapak kasut utk menghasilkan bunyi sewaktu

berjalan;

berladam 1. mempunyai ladam (kuda): tapak kaki kuda itu tidak

~; 2. berpasang ladam (bkn kasut): kasut baharunya ~;

meladamkan memasang ladam (pd tapak kaki kuda, pd tapak

kasut): ~ kasut.

ladan; minyak ~ sj minyak (perekat) yg dibuat drpd sj damar; setanggi ~

colok Cina.

ladang 1. kawasan yg ditanami (padi, ubi, jagung, dll) dgn tidak diairi,

huma, tegal; ~ padi huma; ~ tinggal ladang yg tidak diusahakan

Page 9: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lagi; 2. kebun yg luas, estet, perkebunan (lada, teh, getah, dll):

sebuah ~ getah luasnya 800 ekar;

~ yg berpunya prb perempuan yg sudah berkahwin; lain ~ lain

belalang, lain lubuk lain ikannya prb tiap-tiap negeri itu berlainan

aturan dan adatnya; merentak di ~ orang prb bersuka-suka

memakan atau memakai harta orang tetapi tidak ingat akan

kerugian orang itu;

berladang membuat (membuka, mengusahakan, memiliki) ladang:

~ , bertanam ubi atau pisang itu sudah lama dikerjakannya; ~

tidak setelempap jua kan tempat kuririk menggelonggong prb

kemiskinan yg amat sangat;

memperladang, memperladangkan membuka tanah utk membuat

ladang, menjadikan ladang: kawasan hutan yg diperladang orang

makin bertambah;

perladangan 1. kawasan (tempat) orang berladang: ~ orang dusun

itu habis binasa dirosakkan oleh babi; 2. perihal berladang, kaedah

bercucuk tanam di ladang;

peladang orang yg menyelenggarakan ladang, petani: maka adalah

di peminggiran negeri raja itu seorang ~ tiga beranak.

laden (ladén) Jw; meladeni 1. melayani, mempedulikan: sangatlah sibuk

pedagang-pedagang itu ~ pembeli; 2. membalas (menyahut,

menerima, mengendahkan) ajakan (serangan dll): ia berasa dirinya

terlalu agung utk ~ ejekan dan cemuhan itu;

ladenan layanan;

peladenan perihal meladeni (melayani), pelayanan;

peladen orang yg meladeni, pelayan.

ladengklerek (ladéngklérék) IB orang yg menjaga muatan kapal.

ladi; orang ~ bangsa sakai (yg juga bererti pengiring).

ladih dadih.

Page 10: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lading I; parang ~ sj parang yg lebar dan melengkung di tengah-tengah;

~ tajam sebelah prb orang yg mahu menerima sahaja tetapi tidak

mahu memberi; ~ tak tahu akan majalnya prb orang yg tidak insaf

akan keadaan dirinya; belakang (punggung) ~ kalau diasah lama-

lama tajam juga prb orang bodoh kalau diajar dgn baik akan

menjadi pandai juga; mencencangkan ~ patah prb berbangga dgn

sesuatu yg tidak ada harganya (yg telah hilang harganya);

memakuk dgn belakang (punggung) ~ prb membuat permintaan

atau pertanyaan yg menyakiti hati orang.

lading II; perahu ~ sj perahu kecil yg panjang bentuknya (dibuat drpd

sebatang kayu).

lading III IB muatan kapal.

ladu I Jw tanah (pasir, lumpur) drpd gunung berapi.

ladu II; kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung beras.

ladung I tidak meleleh atau mengalir (spt embun di atas daun dll),

bertakung;

berladung dipenuhi oleh (air mata dll), dibasahi; bunga ~ si air

mata bunga dibasahi (disirami) oleh air mata;

berladungan (dlm) keadaan berladung: kedua-dua kelopak

matanya ~ dgn air mata;

meladungkan ark menyiram, menjirus.

ladung II; batu ~ timah utk pemberat kail dll, batu ajuk; ~ bandul

pemberat bandul (supaya tetap ayunannya); batu.

laduni Ar; ilmu ~ ilmu mengenal nama dan sifat Allah yg dianugerahkan-

Nya kpd hamba-Nya.

lafaz Ar 1. bunyi perkataan yg disebut atau yg diucapkan dgn baik,

sebutan atau ucapan yg baik: hendaklah kita memberi salam kpd

orang yg kita temui sekurang-kurang ~nya ‘assalamualaikum’; 2.

Page 11: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

kata-kata yg disebut (diucap atau ditulis): maka berkenanlah ~

surat itu kpd Sultan Muzaffar Shah;

berlafaz dilafazkan, diucapkan: niat di hati yg tidak ~ sebenarnya

tidak berbahasa;

melafazkan mengucapkan (kata, perkataan, doa, dll): beta sangat

sukacita dapat ~ sepatah dua kata pd petang ini;

terlafaz dapat dilafazkan: "maaf, Mira!" hanya itu yg ~ olehnya;

pelafazan perihal (proses) melafazkan.

laga I 1. adu atau sabung (binatang spt lembu, ayam, dll), perkelahian:

biar lambat ~ asal menang; ayam ~; kerbau ~; 2. langgar, hantuk;

berlaga 1. bersabung (lembu, ayam, dll), berkelahi, bergaduh:

maka kedua-dua ayam itu pun ~lah; 2. berlanggaran (kereta,

pinggan mangkuk, dll), berhantukan: bunyi kuali dan sudip ~ jelas

kedengaran;

berlagaan, berlaga-lagaan saling berlaga: mata pedang

bergemerencing ~ sesama sendiri;

melaga 1. menyabung (lembu, ayam, dll), mengadu; 2.

menghantuk, melanggar;

melagakan 1. membuat supaya berlanggar (kereta, pinggan

mangkuk, dll), melanggarkan, menghantukkan: dia sengaja ~

keretanya pd tembok itu; 2. membuat supaya dua orang sahabat

dsb berkelahi (dgn cara menghasut, membuat fitnah, dsb),

mengadudombakan: dia suka ~ kawan-kawannya sendiri;

melaga-lagakan 1. melagakan (melanggarkan dsb) berulang kali,

melanggar-langgarkan, menghantuk-hantukkan: seketika ia ~

kepalanya ke dinding spt orang gila; 2. mengadu domba: mereka

akan dilaga-lagakan selagi tidak mengubah pandangan hidup;

memperlagakan membuat supaya berlaga atau berkelahi (lembu,

ayam, dll), menyabungkan, mengadukan;

Page 12: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

perlagaan perihal berlaga (binatang, kereta, dll), pergaduhan,

perkelahian: negeri Kelantan termasyhur dgn temasya ~ lembu dan

kerbau;

pelaga 1. binatang dll yg berlaga atau dilagakan; ayam (ikan) ~

ayam (ikan) utk berlaga; 2. suka berlaga (berbantah, berkelahi, dll).

laga II Jw; berlaga memegahkan (meninggikan) diri sendiri, takbur;

laga-lagaan bermegah-megah, berperasaan besar diri; lagak.

laga III; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), kembal benang, rengas api

selemah, Melanochyla tomentosa.

lagah ark laguh.

lagak 1. gaya atau pembawaan (yg menunjukkan keangkuhan,

kesombongan, dll), tingkah laku dan tutur kata (yg menunjukkan

kesombongan: ~nya spt orang kaya; 2. gaya, tingkah laku: ia

menangis ~ anak yg dipukuli ibunya; ~ bahasa gaya bahasa (kata

dan pengucapannya); ~ lagam ark, ~ lagu pembawaan dan tutur

bahasa;

berlagak 1. berperasaan besar diri, bersikap angkuh: orang Wan

Umar telah ~ sombong dgn kemewahan wang yg didapati drpd

Kapitan Cina; ~ spt orang besar; 2. melakukan diri spt, berlaku

spt: dia ~ tidak tahu; ~ bodoh;

melagak 1. membuat diri spt, berlagak: Rashid sewaktu-waktu

masih ~ spt Jepun; 2. membuat orang lain berasa takut, menakut-

nakuti, menggertak: pegawai itu tiada lain hanya hendak ~ orang

miskin itu;

melagakkan memperlihatkan kesombongan, menyombongkan:

tiada sesuatu yg hendak dilagakkan;

pelagak 1. orang yg suka berlagak; 2. ark barang pakaian utk

berhias.

lagam I ark kekang atau kang kuda.

Page 13: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lagam II ark gaya, cara, lagu, ragam.

lagan I Id sj tumbuhan (pokok), Dipterocarpus spp.

lagan II Id alat perkakas makan.

lagang; melagang, melagangkan memulai menganyam (menenun,

membuat kerja, dll), menaja.

lagas Br; melagas luas dan lapang (kawasan yg ditebas).

lagau Br; melagau 1. memanggil; 2. mengundang atau menjemput

seseorang ke majlis.

lagi 1. tambahan kpd yg sedia ada: lima orang ~ telah dirawat di rumah

sakit; musim hujan akan datang kira-kira tengah dua bulan ~; 2.

masih (berpanjangan), sedang (berbuat sesuatu dll): adapun Chau

Pandan itu, ~ di benua Siam; sekarang pun ada ~ negeri itu di

benua Keling; 3. dan, serta, tambahan pula: dia hartawan ~

dermawan; 4. (balik) semula, pula: janganlah ~ dicari Hamzah di

dunia ini; 5. lebih (baik, elok, dll): mati ~ bagus; 6. kata yg

digunakan utk menguatkan atau mengeraskan kata-kata

sebelumnya: sekaranglah kita amuk, bila ~!; bilal khatib ~

berdosa, ini pula kita yg jahil; ~ pula dan lagi, lebih-lebih,

tambahan pula;

selagi 1. selama atau sementara (belum dll): ~ dia ada di sini, aku

tidak mahu pergi; 2. pd masa atau ketika: ~ ayah tidur janganlah

kamu bising;

lagi-lagi 1. sentiasa, asyik, balik-balik: ~ hendak meminjam; tak

ada kerja lain, ~ main; 2. bertambah-tambah lagi, makin

bertambah: kalau ia tinggal bersama ayah, ~ ayah berselisih

faham dengannya;

lagikan ark sl sedangkan, salangkan, namun: saya yg lebih rapat

dengannya ~ tidak mengetahui rahsianya;

lagipun lagi pula.

Page 14: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lagonder IB askar berkuda.

lagu 1. irama suara (dlm bacaan, nyanyian, percakapan, dll): ~ bacaan

qari dan qariah pd malam itu merawankan hati pendengar; 2.

gubahan muzik biasanya dgn seni kata, nyanyian:

memperdengarkan sebuah ~ yg dinyanyikan oleh seorang penyanyi

terkenal; ~ suka ramai; 3. langgam atau corak irama (muzik dll): ~

Melayu asli; ~ keroncong; 4. cara, gaya, macam, kaedah: pakaian

~ ini saya tidak suka memakainya; ~ ini (itu) cara ini (itu);

~ instrumental lagu yg dipersembahkan dgn alat-alat muzik sahaja;

~ kebangsaan lagu rasmi sesebuah negara (diperdengarkan kpd

umum dlm upacara atau peristiwa tertentu); ~ lama perkara lama

(yg sudah basi);~ patriotik lagu yg seni katanya dsb menunjukkan

atau bertemakan kesetiaan atau cinta kpd negara; ~ rakyat lagu yg

irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun-temurun; ~ tema

lagu atau melodi yg dimainkan berulang-ulang, yg membangkitkan

suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb;

berlagu berirama: suaranya berlagu-lagu;

melagu bernyanyi, menyanyi: kedua-dua anak itu kemudiannya

menari dan ~;

melagui memberi berlagu (pantun, sajak, syair, dll);

melagukan menyampaikan lagu, menyanyikan, membaca dgn lagu

(Quran, sajak, dll): mereka bersalung dan bernyanyi ~ pantun

dagang dgn sedih;

laguan ark nyanyian;

pelagu ark orang yg menyampaikan lagu (nyanyian dll), penyanyi.

laguh; ~-lagah ark hiruk-pikuk, riuh-rendah, bising sekali.

lagun kawasan air laut yg tenang yg terpisah drpd laut oleh beting pasir

atau terumbu.

lagundi sj tumbuhan (pokok renek), lenggundi, lemuning, Vitex negundo.

Page 15: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lagut asyik, kalut, sibuk.

lah I partikel pd akhir kata yg menguatkan (mengeraskan) maksud atau

pengertian kata itu: mari~ duduk; makan~ sirih.

lah II Kl, Ph, Pr, Tr, bp ayuh, mari.

lah III; burung ~ sj burung, burung kubung, Pitta brachyura cyanoptera.

lahabau bk kata makian yg bermaksud tidak berguna, tidak boleh

diharap, haprak.

lahad Ar = liang ~ ruang dlm lubang kubur (tempat meletakkan mayat);

bak rasa di liang ~ = serasa di liang ~ prb berasa dlm keadaan yg

sempit atau keseorangan sekali (ketika sesak, susah, sedih, dll).

lahak I Mn busuk bangar, busuk sekali; ~ busuk terlalu busuk.

lahak II Kd lapar.

lahak III Kd tali air yg sangat dalam.

lahan Ar ark lagu.

lahang Jw ark nira, tuak.

lahap 1. suka makan banyak-banyak (dan tidak pula cerewet tentang

makan), gelojoh, rakus: dia terlalu ~; 2. gelojoh (bkn makan),

banyak-banyak (apabila makan): dimakannya nasi yg di atas meja

itu dgn ~;

melahap bk makan dgn gelojoh, makan banyak-banyak;

pelahap 1. orang yg makan banyak-banyak (dgn gelojoh): ~ benar

budak itu; 2. ki tamak, serakah.

lahar I bahan cecair yg panas yg mengalir keluar dr gunung berapi (yg

meletus), lava: ada dua jenis ~ gunung berapi yg disebut asasi dan

asidik; ~ asidik lahar yg mengandungi banyak silika (pekat dan

mengalir tidak berapa jauh); ~ asasi lahar yg tidak banyak

mengandungi silika (cair dan boleh mengalir lebih jauh drpd lahar

asidik);

berlahar (yg boleh) mengeluarkan lahar.

Page 16: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lahar II Kl lapang (tanah, rawa, dll), luas.

lahip daif.

lahir 1. yg (kelihatan) di luar: kasih sayang yg ~; pd ~nya, ia sihat tetapi

sebenarnya ia berpenyakit; ~ batin yg kelihatan dan yg tidak

kelihatan, luar dalam, sepenuh hati; 2. berupa benda yg nyata,

jasmani, maujud, keduniaan: perbezaan antara bentuk prosa dan

puisi tidak terletak pd bentuk ~ sahaja, malahan pd batin;

pengetahuan ~; 3. keluar dr kandungan (ibu dll), jadi, terbit: sejak

dr ~nya lagi, dia bersifat begitu; hari ~ hari ketika seseorang itu

diperanakkan; ~ mati (kanak-kanak yg) mati ketika lahir;

di ~ serupa tidak, di batin menggunting angin prb orang yg

menyembunyikan tabiat yg sebenarnya (tidak jujur); yg ~

menunjukkan yg batin prb drpd gerak-geri dan tingkah laku

seseorang itu ketahuan isi hatinya;

melahirkan 1. mengeluarkan perasaan (perkataan, fikiran, dll),

meluahkan: yg penting pd pengarang ialah ~ berbagai-bagai

perasaan sehingga pembaca tertarik kpd tulisannya; marahnya

sekadar dlm hatinya sahaja, tidak dilahirkan; 2. mengeluarkan

anak (dr kandungan), beranak, bersalin: ia hendak pulang ke

kampung utk ~ anaknya di sana; 3. mengadakan, mendatangkan,

menghasilkan, menyebabkan, mewujudkan: berlainan edisi akan ~

berlainan jalan cerita;

terlahir 1. keluar (dr), terkeluar: sesuatu yg tidak direlakannya ~

dr mulut ibunya; 2. lahir (anak);

kelahiran 1. perihal keluar dr kandungan ibu, lahirnya (anak): pd

saat ~ anak itu, Sharifah Aini menangis lagi; 2. (sesuatu) yg

berkaitan dgn perihal lahir: hari ~; 3. perihal keluar (terbit dsb),

terhasilnya: sejambak bunga haruslah dihadiahkan kpd usaha

gigih penyusunnya dan sekali gus kpd Dewan Bahasa dan Pustaka

Page 17: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

kerana telah memungkinkan ~ antologi ini; dlm bulan April tahun

ini, Jepun mengingati ~ Institusi Sekolah Pemerintahan dan

Pengurusan Matsushita;

pelahiran perihal atau perbuatan melahirkan: ~ golongan-

golongan tertentu.

lahiriah Ar pd lahirnya, kelihatannya.

lahu; melahu 1. tidak membuat atau tidak mempunyai apa-apa pekerjaan

yg bermanfaat, menganggur: banyak lagi siswazah yg masih ~

walaupun sudah agak lama lulus universiti; dia risau kerana ~

tidak bekerja; 2. tidak berbuat apa-apa dgn masa yg terluang:

duduk ~ selepas makan adalah membosankan; 3. (Kej) bergerak

perlahan-lahan dgn gear yg neutral (bkn enjin): tiada gegaran atau

getaran semasa enjin ~; 4. (Komp) tidak menjalankan sebarang

pengendalian atau tugas berfaedah ketika menunggu tindakan

pengguna (bkn komputer).

lai I kep helai.

lai II = buah ~ C sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Pyrus communis.

laici C sj tumbuhan (pokok dan buahnya), buah lengkeng, Litchi

chinensis.

laif Ar daif.

laih daif.

laik Ar layak, padan, patut.

lailah, lailat Ar malam; alfu ~ wa ~ seribu satu malam.

lailahaillallah Ar tiada Tuhan (yg disembah) melainkan Allah.

lailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd

sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melakukan amal ibadah pd sepanjang malam itu, ganjaran

pahalanya jauh lebih besar drpd seribu malam biasa, malam

kemuliaan.

Page 18: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lain 1. tidak sama (hal, keadaan, dll), berbeza, asing: ia tidak mahu

membaca buku ~; ~ orang bukan orang yg sama; tak ~ dan tak

bukan hanya; 2. tidak kira atau termasuk (dlm hitungan, kumpulan,

dll), kecuali: tiap-tiap orang mesti berpuasa ~lah kalau uzur; ~

drpd itu di samping itu; ~ drpd yg ~ tidak sama dgn yg lain, tidak

ada yg sama dengannya; ~ tidak hanya itu sahaja; ~ orang ~

pendapatnya tidak sama pendapat antara seseorang dgn seorang yg

lain: ~ yg..., ~ yg... tidak menepati (permintaan, suruhan, arahan,

dll): ~ yg disuruh, ~ yg dibuat;

selain 1. hanya, kecuali: ia tidak dapat berbuat apa-apa ~

membiarkan sahaja; 2. di samping, bersama-sama dgn: ~ ceramah,

diadakan juga pembacaan sajak;

selainnya 1. seterusnya, selanjutnya; 2. yg lainnya;

berlain tidak sama (pendapat, kelakuan, dll), berbeza, berselisih:

apa yg terjadi ~ dgn yg dicita-citakan;

berlainan, berlain-lain, berlain-lainan tidak sama, berbeza,

berbagai-bagai (gaya, corak, dll): aku nampak ayahmu itu bersikap

~ drpd sehari-hari; cakap mereka berlain-lainan;

keberlainan keadaan yg berlain, perubahan sikap: ~nya sangat

ketara;

melaini ark tidak mengikuti (peraturan, undang-undang, dll),

menyalahi: ~ kebiasaan;

melainkan 1. hanya, dikecualikan: masa bekerja ialah waktu siang

sahaja ~ ketika kecemasan; 2. sebaliknya (bertentangan dgn

maksud asal), tetapi: orang itu tidak menjawab, ~ berjalan lambat-

lambat arah ke dangau itu; 3. melakukan perkara yg lain,

membezakan, mengasingkan: ~ kpd Allah Taala tuanku serahkan

paduka cucunda kedua itu; ~ anak tiri drpd anak kandung;

memperlainkan membuat atau menjadikan berbeza drpd yg lain;

Page 19: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

kelainan 1. perihal berbeza drpd, perbezaan; 2. sesuatu yg tidak

menurut kebiasaan atau yg berbeza drpd sesuatu yg lain:

penyimpangan ini bertujuan utk mempelbagaikan teknik

pengolahan supaya wujud ~ drpd cerpen-cerpen yg sedia ada;

dikelainkan ark tidak disamakan dgn yg lain, dikecualikan.

laip ark daif.

lais I; melais ark menolak air (ketika mendayung).

lais II; ikan ~ sj ikan darat, Ompok limaculatus.

lais III sj tumbuhan (herba), Pandanus furcatus.

laisol sj cairan pembasmi kuman, minyak busuk.

laissez-faire (lés se fér) (Perancis) doktrin kebebasan penuh dlm

perdagangan, tanpa campur tangan kerajaan.

laiter bp pemetik api.

laja ark lengkuas.

lajak I 1. tidak berhenti, terus (bergerak): sesudah dibrek, beca berjalan

turun kerana ~ lajunya yg tadi; dr pipi ~ ke mulut; 2. sl cepat,

lekas; 3. ki lancang mengeluarkan kata-kata, lepas mulut: awak ~-~

bercakap nanti dimarahi orang;

melajak tertumpu (ingatan) buat seketika: sesekali, ingatannya ~

pd gambaran kehijauan sawahnya;

terlajak terlanjur, terlepas, terlangsung: sampannya sudah ~ ke

hilir.

lajak II; kain ~ = ~ benang (sutera) sj kain yg ditenun drpd benang atau

sutera.

lajang I; orang ~ orang yg tidak atau belum kahwin, bujang, gadis.

lajang II; melajang Mn melompat, menerajang.

lajat Mn terlalu, teruk (sakit dll).

lajawardi ark lazuardi.

Page 20: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

laju I 1. pantas (pergerakan dll), cepat: kapal belayar juga, makin lama

makin ~; 2. cepatnya sesuatu gerakan (dlm ilmu fizik); ~ mula Id

kecepatan gerakan yg mula-mula; ~ rambat Id kecepatan yg

berjangkit;

bersilaju, berlaju-lajuan berdahulu-dahuluan (perahu, kapal, dll),

berlumba-lumba;

melaju bergerak atau meluncur dgn laju: kapal angkasa itu terus ~

ke Musytari;

melajukan 1. menjadikan laju (basikal, motokar, dll),

mencepatkan: pemandu kereta itu ~ kereta sedikit demi sedikit; 2.

ki mencepatkan atau melancarkan sesuatu perundingan dll;

memperlaju menjadikan lebih laju;

kelajuan lajunya sesuatu gerakan dll, kecepatan;

pelajuan 1. perihal mencepatkan gerakan (benda, waktu, dll); 2.

kadar bertambahnya kelajuan sesuatu dlm tempoh atau masa

tertentu.

laju II Ph berselera (utk makan), lalu: aku tak ~ makan hari ini.

lajur 1. deret (kedai, rumah, dll), baris, leret: Ruslan sedang asyik

menarikan jari-jarinya di atas ~-~ huruf mesin taipnya; 2. baris-

baris panjang (pd kain dll), jalur; 3. ruangan di antara dua baris,

ruangan surat khabar; 4. barisan (pertahanan dll), garisan.

lak sj pelekat keras (dibuat drpd damar utk memeterai surat dll): ia

merosakkan ~ surat itu dan membuka dokumennya yg sangat

rahsia;

berlak mempunyai (dilekatkan) lak: surat berdaftar yg ~;

dilak 1. dilekatkan dgn lak, dimeterai: surat rahsia itu dimasukkan

ke dlm sampul dan ~; 2. Id ditutup dan dibubuh meterai oleh polis

dll utk mencegah drpd dibuka (rumah, kedai, dll): toko itu telah ~

setelah digeledah.

Page 21: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

laka = kayu ~ sj tumbuhan (pokok), melaka, Emblica officinalis; akar ~

sj tumbuhan (pokok), bangsa merah, berunai air, cenderang bukit,

medang, kemantan, Osmelia maingayi; kayu ~ sj tumbuhan (pokok

memanjat), akar berangan, Dalbergia parviflora;

laka-laka sj tumbuhan; ~ jantan sj tumbuhan (pokok), maras,

pasak lingga jantan (merah), Walsura multijuga.

lakab Ar gelaran (sbg kehormatan atau ejekan);

melakabkan menggelar (terutamanya raja-raja yg telah mangkat).

lakah Tr terbuka, terdedah: rumah kamu ni ~ betul. Nampak semua yg

ada di dalamnya.

lakai-lakai Br sj suluh drpd damar dll, sigi.

lakak Mn; melakak memukul dgn benda yg keras; ~ kucing di dapur prb

menganiaya orang yg rapat dgn kita (dgn mudah).

lakan IB sj kain halus drpd bulu biri-biri, (kain) sakhlat.

lakang Mn lekang.

lakar 1. masih dikerjakan, belum siap lagi (perahu); 2. = lakaran gambar

(yg dilukis) secara kasar, rajah, rangka;

melakar melukis rangka (rajah, gambar, dll) secara kasar;

melakarkan membuat atau melukiskan lakaran sesuatu benda.

pelakaran perihal (proses atau perbuatan) melakar atau

melakarkan: ~ merupakan satu cara yg baik utk mendapatkan

gambaran yg dimaksudkan;

pelakar 1. orang yg membuat lakaran; 2. alat yg digunakan utk

melakar atau melakarkan sesuatu: ~ yg mudah biasanya

mempunyai format vektor-8; bagi kes ~ dram, kedua-dua kertas

dan pen bergerak.

lakat Br masih atau terus (hidup, berlaku, dll): semasa ayahnya ~ hidup,

Ratinah tidak pernah berkawan dgn mana-mana lelaki jua pun.

laken lakan.

Page 22: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

laki I (kurang halus) suami, pasangan hidup bini; ~ bini (isteri) suami

isteri;

~ pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan prb lebih

mementingkan urusan orang lain drpd urusan sendiri; bagai

menanti ~ pulang maling prb selalu dlm kegelisahan;

berlaki mempunyai laki, sudah berkahwin (perempuan): orang ~

bercerai ungkai, orang bercerai pulang balik; bagai ~ anak

semang prb perempuan yg tidak senonoh kelakuannya;

berlakikan berkahwin dgn (bkn perempuan), bersuamikan:

senanglah hidup awak ~ orang kaya; malang nasibnya ~ seorang

penjudi; ternanti-nanti bagai ~ raja prb berhajat kpd orang yg

tidak berkehendak kepadanya;

memperlaki mengambil jadi laki: perkelahian berlaku apabila Cik

Tom menuduh Asmah hendak ~ si Mat; barang siapa yg berkenan

kpd beta, itulah beta perlaki;

memperlakikan mengahwinkan (anak perempuan), memberi laki

(kpd anak perempuan): dia belum hendak ~ anaknya itu.

laki II; ~ padi sj burung, pipit padang, Anthus novaeseelandiae

malayensis; burung ~ padi sj burung, cekup layang, burung main

angin, ciuk tinting, Cisticola juncidis.

laki-laki 1. jantan (lebih halus), lwn perempuan: ia gadis yg tidak

mempunyai sebarang teman ~; 2. ki berani, keberanian,

pemberani: hatinya memang ~, patah sayap bertongkatkan paruh,

namun kehendak diteruskan juga;

kelaki-lakian 1. sifat laki-laki, tingkah laku (gerak-geri) laki-laki:

Alias memiliki sifat-sifat ~ yg tulen, jujur, ikhlas, berhemah tinggi

serta berupa kacak; 2. ki keberanian, ketangkasan, kegagahan:

apabila seorang anak muda kaum itu hendak kahwin, ia harus

menunjukkan ~nya dgn membawa kepala orang ke kampungnya.

Page 23: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

laklakan Jk lubang kerongkong.

lakmus IB litmus.

laknat 1. kemurkaan Allah dan jauh drpd petunjuk dan rahmat-Nya,

kutukan: setiap perbuatan jahat akan menerima ~ drpd Allah; 2.

terkutuk, keji, hina, celaka: kami teruk diseksa oleh bangsa ~ itu;

siapakah yg berbuat pekerjaan ~ ini?

melaknat menurunkan laknat, mengutuki: Allah akan ~ orang yg

menaruh niat jahat terhadap orang lain;

melaknati mengutuk: Allah ~nya andainya suaminya itu benar;

terlaknat (yg) dilaknati, terkutuk: mereka akan dikatakan sbg

kafir ~.

laknatullah Ar dikutuk Allah.

lakon 1. = lakonan cerita yg dipentaskan (sandiwara, filem, dll), drama:

suatu lakonan yg bertajuk Si Bongkok Tanjung Puteri akan

dipentaskan di Dewan Bandaran; 2. karangan yg berupa sandiwara

(terdiri drpd dialog); ~ layar skrip yg disediakan utk sesebuah

filem, termasuk arahan kerja kamera dsb; 3. ki sesuatu peristiwa

(kejadian dll): ~ yg menyayat hati;

berlakon 1. bermain atau berlagak dlm sandiwara (drama, wayang,

dll), mengambil bahagian dlm sandiwara dll: saya mula ~ sejak

saya di bangku sekolah lagi; dlm filem “Dia Ibuku”, Sarimah ~

sbg ibu; 2. ki berpura-pura menunjukkan sesuatu kelakuan,

menunjukkan kelakuan yg bukan sifat sebenarnya: tak usahlah kau

hendak ~ di depan aku, aku sudah tahu kelakuankau yg

sebenarnya;

melakonkan 1. mementaskan atau memainkan sesuatu cerita

(drama, sandiwara, dll); 2. menulis (semula) suatu cerita menjadi

sandiwara (drama dll); 3. mementaskan sebuah cerita sbg

sandiwara: murid-murid disuruhnya ~ cerita Anak Raja dengan

Page 24: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

Anak Papa; 4. mengisahkan (menggambarkan) sesuatu perkara:

drama itu ~ seorang pegawai tinggi; 5. memainkan sesuatu

peranan (watak): seniman Nordin Ahmad ~ watak Hang Jebat dgn

baik dlm filem “Hang Jebat”;

lakonan 1. lakon; 2. perihal memainkan sesuatu drama (sandiwara

dll), perihal berlakon: ~nya dlm filem-filem pd masa lalu sungguh

baik dan memuaskan;

pelakon orang yg berlakon dlm drama (sandiwara dll), tokoh dlm

cerita dll: siapakah ~ yg akan membintangi filem itu?

lakri sj pelekat, lak.

lakrimasi (Ubat) perembesan air mata.

laksa I sepuluh ribu; empat ~ empat puluh ribu;

berlaksa-laksa berpuluh-puluh ribu.

laksa II 1. adunan tepung beras yg bentuknya spt mi tetapi berwarna

putih; 2. sj masakan yg menggunakan laksa (biasanya disertai

hirisan bunga kantan, daun kesum, dsb) dan dimakan bersama

kuah yg khusus untuknya; jenis-jenisnya: ~ asam; ~ Kedah; ~

Johor; ~ lemak.

laksam Kl 1. adunan tepung beras yg bentuknya spt kuetiau; 2. sj

masakan yg menggunakan laksam (biasanya disertai hirisan bunga

kantan, daun kesum, dsb) dan dimakan bersama kuah lemak.

laksamana 1. sl gelaran yg tertinggi dlm angkatan tentera laut, raja laut:

Datuk Bendahara memerintah negeri, ~ memerintah tentera laut;

L~ Tun Tuah; 2. pangkat dlm angkatan tentera laut; naib ~

timbalan panglima angkatan tentera laut;

~ mengamuk buah embacang yg dimasak dan dipotong halus-halus;

~ muda a) pangkat (dlm angkatan tentera laut) di bawah naib

laksamana; b) Id pangkat di bawah laksamana.

Page 25: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

laksana 1. sl keadaan (sesuatu benda dll), sifat, tanda; ~ isteri

(perempuan) tugas yg patut dilakukan oleh perempuan; bukan ~

tidak ada samanya (tandingnya, lawannya); sifat tujuh ~ tujuh sifat

(tanda) yg sempurna; 2. sl sebagai, seperti, umpama: cahaya

giginya tiada tertentang nyata, ~ kilat sembur-menyembur

cahayanya;

melaksanakan 1. sl membandingkan dgn, mengumpamakan sbg,

menyamakan: tidak dapat dilaksanakan bulan dan matahari; 2.

menjalankan (tugas, rancangan, dll), mengerjakan, menyelesaikan

(sesuatu tugas dll): akhirnya kami berjaya ~ tugas yg berat ini;

terlaksana boleh atau dapat dilaksanakan (rancangan, tugas, dll),

tercapai (maksud, tujuan, cita-cita, dll): semua wanita lekas sekali

menuduh laki-laki kejam, kalau niat hatinya tidak ~;

perlaksanaan hasil drpd melaksanakan (mengerjakan,

menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb): meninjau ~

Rancangan Malaysia Ketiga;

pelaksanaan perihal, perbuatan atau proses melaksanakan

(menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb): ~ KBSR

(3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian

Pendidikan;

pelaksana orang (badan dsb) yg melaksanakan atau menjalankan

sesuatu rancangan (tugas dsb): para pentadbir ini adalah ~ segala

rancangan yg diputuskan oleh kerajaan.

laksatif (Ubat) bahan (ubat, makanan atau minuman) utk melawaskan

buang air besar.

laksemi 1. dewi; 2. sl cantik, elok, molek.

laktase sj enzim yg menukarkan laktosa menjadi glukosa dan galaktosa.

laktasi (Bio) perembesan susu drpd kelenjar susu.

laktat (Kim) garam atau ester asid laktik.

Page 26: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

laktoprotein (laktoprotéin) (Bio) sj protein yg terdapat dlm susu.

laktosa sj gula yg terdapat dlm susu, yg biasanya digunakan sbg

makanan dan dlm ubat-ubatan.

laktosuria (Ubat) kehadiran laktosa dlm air kencing, terutamanya semasa

kehamilan dan penyusuan.

laku 1. gaya (cara) membuat sesuatu, perbuatan, tabiat: begini ~mu di

belakangku; 2. boleh digunakan (spt wang dll), sah: wang yg tidak

bernombor tidak akan ~; 3. (suka) dibeli orang, terjual: kuih

jualannya ~; batik buatan Malaysia sangat ~ di kalangan

pelancong; 4. dikehendaki orang utk sesuatu tujuan tertentu: hanya

ketika muda ini awak ~; penyanyi itu masih ~ walaupun dia

merupakan penyanyi tahun enam puluhan;

selaku 1. semacam, seperti: kain tersidai di sana sini ~ tidak ada

ampaian khas; 2. (bertindak dll) seperti, dlm kedudukan, sebagai:

~ pemimpin persatuan itu beliau tentulah sedar akan tugasnya;

berlaku 1. sedang berjalan (berlangsung), terjadi: satu kebakaran

besar telah ~ pagi ini; segala apa yg ~ di sekelilingnya ketika itu

tidaklah menarik hatinya; 2. membuat sesuatu tindakan,

mengerjakan sesuatu (tugas dll), berbuat: sedikit pun tidak

terbayang pd mukanya sesuatu yg dapat menunjukkan bahawa dia

mudah ~ serong; 3. = ~ sebagai menjadi (sbg): lingkaran dawai yg

membawa arus elektrik itu ~ sbg sebatang magnet; 4. boleh

diterima, diakui, sah: jikalau besar dosanya, dibunuh, itu pun

jikalau ~ pd hukum syarak; 5. dijalankan, dikenakan,

dikuatkuasakan: larangan itu ~ mulai hari Khamis ini;

melakukan 1. menjalankan (tugas), membuat (kerja dll),

mengerjakan: kitalah yg berdosa kerana menuduh ia ~ perkara yg

bukan-bukan; 2. menjadikan laku (jualan dll): janganlah ditulis

semata-mata dgn sebab hendak menyedapkan dan ~ surat

Page 27: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

khabarnya sahaja; 3. = ~ diri membuat laku (spt), bertabiat atau

berperangai (spt): maka Raja pun melihat Hang Jebat ~ dirinya spt

anak raja;

memperlakukan 1. membuat sesuatu (terhadap, kpd, dll),

menganggap (memandang) sbg: tak kusangka aku diperlakukan

sbg makhluk yg rendah dan tidak berdarjat; 2. menjadikan

berlaku, memperkenankan, meluluskan: segala titah raja

diperlakukan oleh segala rakyatnya;

lakuan laras (bahasa): dia mengkaji bentuk bahasa yg diwujudkan

dlm berbagai-bagai ~;

kelakuan 1. tabiat yg biasa dilakukan, perangai, perbuatan: semua

orang ketawa melihat ~nya itu; 2. gaya (cara dll), keadaan: maka

baginda berjalan menyamar berkeliling negeri hendak melihat

segala hal ~ negeri; Tuanku, patik mohon ke hilir hendak melihat

~ orang perang itu;

berkelakuan membuat laku, berperangai, bertabiat: aku berasa

malu seorang dr kampungku ~ begitu;

perlakuan apa yg dilakukan, perbuatan: kedua-dua orang tua itu

sedikit pun tidak tercium akan ~ kedua-dua orang anak muda itu;

tarian yg sering dianggap hiburan bagi sesetengah kaum adalah ~

ritual;

pelaku 1. orang yg membuat sesuatu perbuatan (kerja dll), orang

yg melakukan sesuatu: orang yg bersubahat dgn ~ jenayah itu pun

bolehlah disalahkan dan dijatuhkan hukuman yg sama; 2. (Lin)

orang yg mengerjakan sesuatu perbuatan (dlm ayat), pembuat; 3.

orang yg berlakon, pelakon.

lakuer sj varnis utk meyaluti dan mengilatkan permukaan kayu atau

logam, sampang: kebanyakan perabot kayu disaluti ~;

Page 28: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melakuer menyapukan lakuer pd sesuatu: proses atau kerja ~

perabot kayu itu akan dibuat kemudian.

lakum I 1. sj tumbuhan (pokok memanjat) a) carik merah, pokok riang

hutan, Vitis repens; b) = akar ~ embun akar mempayung, iang-iang

gajah, Vitis furcata; 2. = ~ air sj tumbuhan (pokok renek), Jussiaea

suffruticosa.

lakum II; kecar ~; kecar.

lakung Kl; melakung melayani makan minum (pakaian dsb) seseorang.

lakur bercampur atau bersebati (logam dll), bersatu; ~ baur bercampur

baur;

melakurkan mencampurkan atau menyebatikan (logam dll dgn

meleburkannya): platinum boleh dilakurkan dgn kaca;

terlakur telah bersebati benar-benar;

lakuran campuran (logam dll), sebatian;

pelakuran proses atau perbuatan melakurkan: ~ beberapa jenis

logam yg berlainan.

lala I sj siput yg agak nipis kulitnya dan kecil isinya, Orbicularia

orbiculata.

lala II; melala berenang menelentang, mengapai.

lala III sl lagu (yg dinyanyikan): masing-masing pun duduklah memujuk

rayu dodoikan ~ supaya Pangkulun beradu segera.

lala IV Jk bianglala.

lalah I memakan apa-apa sahaja, rakus, gelojoh;

pelalah orang yg gelojoh, pelahap; belalah I.

lalah II Mn; melalah memburu, mengejar; bak menanti orang dahulu,

bak ~ orang kemudian prb membuat kerja yg sia-sia;

terlalah terburu-buru, terkejar-kejar; ~ terkejar tertangkap sewaktu

melakukan kejahatan (tanda bukti hukum).

Page 29: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lalai I 1. tidak hirau akan kerja (tugas dll), lengah, tidak hati-hati:

tidaklah dia ~ drpd mengerjakan kewajibannya hari-hari; 2. asyik

akan sesuatu hingga lupa akan hal-hal lain, leka, lupa, tidak sedar:

lalu masuklah gajah itu ke dlm kandang ~ dgn memakan pisang;

berlalai-lalai 1. tidak mempedulikan, tidak mengambil berat; 2.

sengaja melambat-lambatkan, berlambat-lambat, berlengah-lengah;

melalaikan tidak mengambil berat, tidak menghiraukan: dlm pd itu

Rosita tidak ~ dan melengahkan kerja sekolahnya; ~ hati (sedih)

menghiburkan hati; ~ waktu membuang masa;

memperlalaikan 1. menyebabkan jadi lalai, membuat supaya lalai:

utk ~nya, diberinya mainan kpd budak itu; 2. menangguhkan atau

mengundurkan (sesuatu cadangan dll): ~ maksud; 3. menghiburkan

hati, bersuka-suka: baiklah kuperlalaikan dan kusukakan hatinya

dgn barang daya upayaku;

terlalai 1. tidak ingat (kpd kerja, tugas, dll), tidak dihiraukan,

terbiar, terlupa; 2. tidak sedar lagi, nyedar: si anak itu pun ~lah dlm

tidurnya; 3. terlambat, terlewat; 4. terhibur: sebentar aku ~

mendengarkan irama muzik yg memenuhi tempat itu;

kelalaian 1. perihal lalai, kelengahan, kealpaan: tiada lain

disebabkan ~ kita sendiri; 2. dlm keadaan lalai: adapun akan

baginda itu sangatlah ~ memerintah negeri; sesungguhnya engkau

dlm ~ mengenai hal ini; ~ menjemput pencuri prb kerana lalai

maka selalu rugi;

pelalaian ark perihal melalaikan;

pelalai 1. orang yg lalai, pelengah; 2. sesuatu (jampi dll) utk

melalaikan atau melekakan: jikalau begitu ada satu nyanyi supaya

boleh membuat ~ berkayuh; hikmat ~ jampi utk melalaikan orang.

lalai II; tali ~ sj tali utk memutar kayu palang tempat menggantung layar

(di perahu).

Page 30: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lalak I ark; melalak terbakar, menyala; tidak ~ tidak mahu hidup (mancis

api dll).

lalak II; melalak 1. menjerit (bercakap) kuat-kuat; 2. menangis dgn kuat

(kanak-kanak);

terlalak-lalak melalak berulang-ulang, terjerit-jerit: ~ macam

dirasuk polong.

lalalat → dalalat.

lalam Br hujan panas.

lalang I sj tumbuhan (rumput yg tinggi), Imperata cylindrica (Imperata

contracta);

~ yg terbakar, si carik menumpang mati prb mendapat kecelakaan

kerana kesalahan orang lain; di mana ~ habis, di situ api padam

prb di mana mati di situ dikuburkan; padi ditanam tumbuh ~ prb

perihal nasib yg malang; spt api memakan ~ yg kering, tiada dapat

dipadamkan lagi prb kedatangan bahaya yg tidak dapat dihalang-

halang lagi; tanam ~ takkan tumbuh padi prb perkara yg jahat akan

dibalas dgn jahat juga;

berlalang ditumbuhi lalang: halaman rumahnya sudah mulai ~.

lalang II ark berjalan ke merata-rata tempat, mengembara; langlang.

lalang III ark; lalu-~ lalu.

lalang IV sj ikan darat, Chela anomalura.

lalap I daun atau buah yg dimakan mentah dgn nasi, ulam;

melalap memakan ulam, makan berulam.

lalap II Br kepingan daging kerbau, lembu, dll yg dikeringkan, dendeng.

lalar Mn; melalar 1. merayau ke merata-rata tempat, tidak suka duduk di

rumah: anak itu ~ sahaja sepanjang hari; 2. merebak atau menjalar

(api dll).

lalat I sj serangga (yg biasanya hinggap pd benda kotor dan pd

makanan); ~ hijau a) sj lalat yg hijau warnanya, Musca vicina; b)

Page 31: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

ark barua, pinang muda; c) Kl orang yg asyik merungut atau

menyanyi; ~ kerbau sj lalat yg suka hinggap di badan kerbau,

Oestrus spp.; ~ kuda sj lalat, Tabanus spp.; ~ rumah sj lalat yg

biasa terdapat di rumah, Musca domestica; ~ tsetse sj lalat,

Glossina spp.;

~ langau mengerumuni bangkai prb orang lelaki yg berhimpun di

rumah perempuan jahat; ~ memanglah mencari puru prb lelaki

jahat tentulah mencari perempuan jahat; bagai ~ mencari puru prb

membuat sesuatu pekerjaan dgn cepat dan tergesa-gesa atau terlalu

rakus mengejar keuntungan; belum terbang ~ prb pagi benar; spt ~

buta prb berpusing-pusing tidak tentu arah; tak ada ~ langau prb

tidak ada seorang pun;

berlalat dihurung lalat: bangkai ~.

lalat II; bedil ~; bedil.

lalat III; mata ~; mata.

lalau; melalau sl membatasi, menghalang-halangi, menyekat;

pelalauan 1. perihal melalau; 2. tanda melarang atau mencegah

orang masuk (ladang dll);

pelalau 1. sl alat dll utk menyekat atau menghalang, penghalang,

penyekat; 2. = hikmat ~ sl jampi (serapah) utk menyekat

perkahwinan atau utk memenangi hati gadis kepunyaan orang lain.

laler Jw lalat.

lali I 1. tidak berasa apa-apa (pd kulit dll), hilang perasaan: selepas diberi

ubat dia pun ~; buku ~ mata kaki; 2. sudah biasa benar dgn sesuatu

hal (hingga tidak terasa lagi akan kesusahan, kepayahan, dll):

suara jerit pekik itu telah ~ pd telinganya;

melalikan menyebabkan tidak sedar, menjadikan tidak berasa apa-

apa (pd kulit dll): telah berbelas-belas tahun ia tinggal di kota yg

Page 32: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

banyak pemandangan indah-indah yg ~ perasaan dan melenakan

fikiran;

kelalian keadaan atau rasa lali;

pelalian perihal melalikan;

pelali (ubat dll) yg boleh melalikan.

lali II sj ikan darat, Botia hymenophysa; ~ pelanduk sj ikan darat, Botia

modesta.

lalim Ar tidak berperasaan belas kasihan, lwn adil, zalim: raja adil raja

disembah, raja ~ raja disanggah;

melalimi ark membuat aniaya kpd, berlaku tidak adil kpd;

kelaliman kebengisan, kekejaman, ketidakadilan: sbg anak muda,

hamba tidak dapat membiarkan ~ terus-menerus; zalim.

lalo Sr gadis yg telah melewati umur utk berkahwin (biasanya lebih drpd

20 tahun).

lalu I 1 . berjalan, melintas: semua kereta tidak boleh ~ di jalan itu;

seorang laki-laki ~ di hadapan mereka; sekali ~ a) sekali gus; b)

sambil-sambil; 2. boleh masuk, telus, lulus; 3. yg sudah lepas

(berlaku, lewat, dll), selesai, telah dibuat: tiadalah kanda perbuat

lagi spt yg telah ~ itu; baru tiga malam yg ~, seorang tauke telah

disamun orang; 4. berdaya, sanggup, larat: santap pun tiada ~ ia

pd malam itu melainkan keluh-kesah sahaja; aku hendak pergi pun

tiada ~ oleh sakit badanku lagi; 5. langsung, lanjut; 6. terus,

hingga ke, langsung ke: setelah datang ke Melaka maka disuruh

baginda arak ~ ke balai; mereka berperahu ~ ke Melaka; 7.

kemudian drpd itu, sesudah itu, segera: setelah makan minum

mereka ~ meneruskan perjalanan ke selatan; 8. lewat, sudah

lampau: kulihat orangnya telah ~ separuh umur; 9. tidak boleh

ditebus kembali (barang gadaian dll); ~ akal boleh diterima akal,

Page 33: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

munasabah; ~ penjahit ~ kelindan prb kalau usaha yg pertama telah

berhasil maka usaha yg berikutnya pun akan tercapai juga;

berlalu 1. lepas (waktu dll), lampau, lewat: semuanya sudah

tenang dan di luar ribut kencang telah ~; sudah sepuluh tahun ~

semenjak pernyataan di atas ditulis; 2. berjalan, berlepas: sekejap

kemudian perempuan itu ~ meninggalkan warung makan itu; 3. ki

pergi, meninggal (mati);

melalui 1. mengikuti (jalan dll), melintasi, lalu di, menempuhi:

beberapa orang gadis yg sedang ~ lorong itu terpaksa berhenti

sejenak; 2. tidak mengikuti (ajaran, hukuman, perintah, dll),

mengingkari: tiada kuasa patik sekalian ~ titah Yang Dipertuan;

apalah titah tuanku patik sedia menjunjung, tiadalah ~ titah

perintah sekali-kali; 3. dgn perantaraan, menerusi: rancangan

Dewan Bahasa di udara seringkali disiarkan ~ radio; Ahmad telah

memajukan tuntutannya ~ peguamnya; 4. melampaui, melangkaui,

melangkahi: apa-apa yg kamu tidak faham tanyalah kpd guru,

jangan dilalui sahaja; ketika saya berjalan itu ada ~ beberapa

buah kedai orang menjual makanan; 5. dgn perjalanan (masa):

sesetengah kes ini menjadi usang ~ masa;

melalukan 1. membiarkan lalu (lantas, masuk, dll), memasukkan,

meluluskan: dilalukannya cahaya hijau itu menembusi prisma; 2.

menjalankan (cita-cita, apa yg hendak dibuat, dll), mengerjakan: ia

selalu hendak ~ kehendaknya; 3. membawa atau membuat terus,

meneruskan;

terlalu 1. teramat sangat, terlampau: orang menyabung ~ ramai;

seekor rusa jantan sedang tidur dgn ~ nyedarnya; 2. melampaui

batas, berlebih-lebihan: pemujaannya yg ~ terhadap pemerintahan

Inggeris; 3. (perbuatan dll) yg tidak disengajakan, terlangsung:

Page 34: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

perbuatan engkau yg sudah ~ itu diampunkan, yg kemudian jangan

dibuat lagi;

keterlaluan 1. hal yg berlebih-lebihan, keadaan yg melampau, hal

atau perbuatan yg melampaui batas (tatatertib dll): rakan sekerja

Darwisah juga sudah meluat melihat ~ itu; 2. teramat sangat,

terlalu, berlebih-lebihan, melampaui batas: tindakan ~;

laluan 1. jalan yg dilalui, jalan yg menjadi landasan atau tempat

pergerakan pergi balik orang atau pengangkutan: penduduk

kawasan setinggan sepanjang ~ pengangkutan rel laju tidak perlu

bimbang bahawa mereka akan dipindahkan; 2. pergerakan

(peralihan dsb) maju ke tahap lain: kemenangan ini menjadikan ~

mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya;

kelaluan 1. (yg) telah lepas, telah lalu; 2. Mn cita-cita, hajat,

tujuan;

berkelaluan Mn berpanjangan, sentiasa.

lalu II; ~-lalang = ~-landang a) banyak kali lalu, keluar masuk, ke sana

ke mari: banyak orang ~-lalang di jalan raya; b) mencurah-curah

keluar (kata-kata kasar dll); c) tidak teratur, kacau-bilau: susun

buku itu baik-baik, jangan ~-lalang begitu.

lalu lintas 1. kerap atau selalu melintas, sibuk (ke sana ke mari):

kebersihan kedai tuan akan menarik perhatian orang yg ~ di

hadapan kedai tuan; 2. perihal pergi balik (perjalanan) orang atau

kenderaan dll melalui jalan: kami menyangka itu hanya

kemalangan ~; kesesakan ~.

lalut; melalut lari drpd tajuk atau pokok percakapan (perbualan,

perbincangan, dsb) yg asal: tengok tu, dia sudah mula ~.

lam 1. huruf ke-23 abjad Arab (mempunyai nilai 30); 2. huruf ke-27

abjad Jawi.

Page 35: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lama I 1. panjang masanya (membuat sesuatu dll), lwn sekejap: anak

raja itu telah ~ benar tiada balik-balik; tentu Sutan takkan ~

tinggal di rumah; memakan masa yg ~; 2. telah wujud (ada,

terlibat, dsb) dlm jangka masa yg agak panjang: sebuah rumah ~ di

kampung itu; pakaian ~; kawan ~; alasan-alasan ~; ahli-ahli ~; 3.

tidak moden lagi, ketinggalan zaman: fesyen ~; 4. wujud pd zaman

sebelum ini atau zaman dahulu, kuno, tua: kesusasteraan Melayu

~; masyarakat Melayu ~; 5. wujud sejak dahulu lagi: kuih-kuih

Melayu ~; barang-barang ~; sikap ~; 6. yg digunakan dsb sebelum

mendapat yg baru: dia menjual rumah ~nya utk membeli sebuah

rumah baru; motosikalnya yg ~ diberikannya kpd adikya; 7.

berlaku pd masa yg sudah-sudah: membangkit-bangkitkan perkara

~; ingatan ~ mengusik jiwanya;

selama 1. sepanjang masa yg tertentu: saya telah tidak bekerja ~

empat puluh hari; 2. selagi, sepanjang waktu, dlm masa (yg

tertentu): ~ ia berkahwin dgn aku; ~ ini dlm masa-masa ini;

selamanya utk jangka masa yg lama dan berterusan: manusia tidak

~ muda;

selama-lamanya 1. yg sangat lama, paling lama: ~ dua tahun dia

merantau kemudian pulanglah dia; 2. tidak berkesudahan, kekal:

ia berikrar tinggal di Singapura ~;

lama-lama 1. dgn lama: direnunginya muka gadis itu ~; 2.

akhirnya, kesudahannya: sedikit-sedikit ~ menjadi bukit; 3. makin

lama makin bertambah;

berlama terus berada lama: engkau yg datang berlindung di sini

tidak pernah ~;

berlama-lama, berlamaan, berlama-lamaan 1. lama (berbuat

sesuatu dll), lambat, tidak cepat: di sana memang banyak hiburan,

tetapi hatiku kurang tertarik utk ~; 2. lama-kelamaan, lambat-laun;

Page 36: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melamakan (sengaja) membuat lama-lama, memanjangkan masa;

kelamaan 1. sl masa (yg tertentu), lama: hatta berapa ~nya, Seri

Nara Diraja pun kembali ke rahmatullah; 2. ark terlalu lama; 3.

akhir-akhirnya;

lama-kelamaan lambat-laun, akhir-akhirnya: ~ berlakulah

perubahan secara beransur-ansur.

lama II sami Buddha di Tibet dan Mongolia.

lamai; ipar ~ saudara isteri atau suami; ipar.

lam-alif huruf lam yg disatukan dgn huruf alif dlm tulisan Jawi (Arab);

air ~ air yg telah dijampi atau ditawar.

laman bp kep halaman: jamuan ~; ~ web dokumen elektronik pd paparan

skrin komputer (biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi

dsb) tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb

yg dapat dicapai melalui Internet.

lamang Jk sj pedang pendek, cenangkas; halamang.

lamar; melamar 1. meminta utk berkahwin dgn, meminang: kelmarin

orang tua kekasihnya datang ~; 2. memohon kerja (di pejabat dll):

dia mencuba ~ pekerjaan sbg jurutaip di pejabat-pejabat kerajaan;

melamarkan 1. melamar utk, meminangkan: saya hendak

menghantar ibu bapa ~ saya Noriah; 2. = ~ diri ark menawarkan

dirinya supaya diterima (utk pekerjaan dll);

lamaran 1. perihal melamar, peminangan: semenjak ~nya dahulu

ditolak, ia tidak datang-datang lagi ke mari; 2. permohonan (utk

bekerja dll), permintaan: masakan baginda tidak menerima ~ kita;

pelamar orang yg melamar: gadis zaman dahulu berpingit di

rumah dan jarang-jarang dapat dilihat oleh ~nya.

lamat-lamat Jw 1. tidak terang, sayup-sayup; 2. ki tidak jelas (maksud

sesuatu perbualan dll), samar-samar.

Page 37: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lambai I; melambai, melambai-lambai 1. bergerak-gerak turun naik

(tentang tangan) utk memanggil dll: kereta api pun bergerak,

kulihat tangan suamiku ~; 2. = berlambai-lambai bergerak-gerak

turun naik (spt daun ditiup angin dll): daun-daun padi ~ ditiup

angin; 3. ki menyeru, memanggil (hampir kpd): badan awak itu

bukan semakin muda, liang lahad sentiasa melambai-lambai awak;

melambaikan, melambai-lambaikan menggerak-gerakkan turun

naik (tangan, bendera, dll): dia ~ tangannya kpd Wahab;

lambaian 1. perbuatan melambai-lambai atau menggerakkan turun

naik (tangan dll): ratusan tangan membalas ~ tanganku; 2. ayunan

(daun-daun ditiup angin dll), goyangan: ~ daun kelapa; 3. sl

perihal memanggil (mengajak dll), panggilan; ~ syaitan panggilan

syaitan;

pelambai; sepelambai ukuran jauh sejauh orang melambai.

lambai II; ~ gajah bahagian mata keris (yg terletak di bawah dagu keris).

lambai III sj ikan laut, Siganus spp.

lambai IV sj tumbuhan (pokok renek), beberas paya, jaluk hantu, kayu

gading, Petunga venulosa; ~ ayam sj tumbuhan, (pokok renek),

kayu pacat, pokok kancil, rambai ayam, Anisophyllea disticha.

lambai-lambai kayu bingkai pintu atau jendela.

lambak 1. longgok (barang-barang yg tidak tersusun), timbunan; 2.

banyak (berlimpah-limpah); pasar ~ bp pasar borong; 3. Mn

lapisan (pd tikar, tilam, dll), alas, lapik;

berlambak, berlambak-lambak, melambak, 1. = terlambak

tidak tersusun rapi, dilonggokkan sahaja, berlimpah-limpah,

bertimbun-timbun: mengapa dibiarkan kain baju ~ di ceruk bilik?

2. bp terlalu banyak: di bandar tu ~ orang yg berkelulusan tinggi

yg belum mendapat kerja; kain ~ benang emas kain yg bersulam

dgn benang emas banyak-banyak;

Page 38: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melambak 1. bertimbun-timbun (tidak tersusun), banyak; 2. Mn

melapik, mengalas; ~ selimut (tikar) melapisi selimut (tikar);

melambakkan membuat timbunan (longgok) yg tidak tersusun

rapi, melonggokkan: jangan kamu lambakkan kain kotor di situ;

lambakan 1. longgok (barang-barang yg tidak tersusun),

timbunan; 2. (Eko) amalan menjual barang dr luar negara (biasanya

dgn banyaknya) dgn harga yg jauh lebih rendah drpd harga pasaran

tempatan;

perlambakan perihal atau kejadian berlambak: ini menyebabkan

berlakunya ~ pekerja dlm pasaran buruh;

pelambakan perbuatan melambakkan sesuatu, penimbunan.

lamban Mn tidak cepat (bekerja dll), tidak cergas, kelesa, lambat, lemah:

dgn ~, dikatupnya kembali tingkap cermin itu;

kelambanan keadaan lamban: ~ plot novel itu.

lambang 1. tanda yg menyatakan atau mengenalkan sesuatu (spt bendera,

lencana, dll), simbol, isyarat, pelambang, perlambang: masyarakat

menjadikan songkok baldu hitam sbg ~ kebangsaan kita; Uda dan

Dara selalu disebut sbg pelambang cinta kasih yg teguh dan

murni; ~ status harta benda dsb yg dianggap sbg tanda yg

menunjukkan kekayaan, prestij, kedudukan sosial yg tinggi dsb

seseorang; 2. (Lin) tanda yg mewakili entiti linguistik (spt bunyi,

fonem, suku kata, morfem dan kata) yg diterima dlm transkripsi

fonetik atau sistem tulisan;

berlambang mempunyai atau memakai lambang: bangunan baru

itu masih belum ~;

berlambangkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg

lambang, bersimbolkan: Sistem Penerbangan Malaysia ~ wau

bulan;

Page 39: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melambangkan menjadikan sbg tanda (utk memperkenalkan

sesuatu), merupakan lambang, menggambarkan: penghulu sbg

pemimpin masyarakat Dayak juga ~ persatuan dan perpaduan;

istilah baru dicipta utk ~ benda-benda baru;

perlambangan perihal (perbuatan dsb) menggunakan sesuatu sbg

lambang: yg dimaksudkan dgn ejaan ialah ~ fonem dgn huruf;

perlambang lambang;

pelambang lambang.

lambaran Jw alas (spt tikar dll yg diletakkan di bawah sesuatu benda),

landas, lapik.

lambas sj tumbuhan (pokok), cemperai ayam (batu, hitam), kayu

serendah, lempedu tanah jantan, Gomphandra lanceolata.

lambat 1. tidak cepat atau lekas (pergerakan dll), perlahan-lahan: ia

berjalan terlalu ~; 2. mengambil masa yg lama: benih ini ~

tumbuhnya; 3. lewat drpd waktu yg ditentukan, kasip, tertinggal:

dia datang ~; jam ini ~ sepuluh minit; ~-bangat = ~-laun lama-

kelamaan, akhir-akhirnya; ~ lepa Kd pantang ada kesempatan: ~

lepa dia kebas;

~ laga asalkan menang prb mengerjakan sesuatu biarlah lambat

asalkan maksud tercapai; biar ~ asal selamat, tak akan lari gunung

dikejar prb membuat sesuatu kerja biarlah dgn cermat dan hati-

hati;

lambat-lambat dgn lambat, perlahan-lahan: mereka berjalan ~

menghampiri pinggir bukit itu;

selambat-lambatnya (yg) paling lewat, sehabis lama: mereka

akan menerima gaji belakangan ~ dua minggu lagi;

berlambat, berlambat-lambat membuat sesuatu dgn perlahan-

lahan, tidak terburu-buru: ia berasa perlu berlambat-lambat

sehingga ia dapat membuat keputusan yg saksama;

Page 40: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

berlambatan sl mengambil masa yg lama, lambat: adapun kita ini

~ akan beroleh kembali kerana Raja Rom ini besar sangat

kekayaannya;

melambatkan (sengaja) menjadikan lambat, membuat supaya

lambat: ia ~ jalan basikalnya;

melambat-lambatkan menyebabkan sesuatu (pekerjaan, tindakan

dsb) berjalan lambat-lambat, melengah-lengahkan: kita tidak boleh

~ pelaksanaan tugas itu; diharapkan pihak bank tidak ~ keputusan

pinjaman atau mengambil masa terlalu panjang;

memperlambat menjadikan lebih lambat: kerja yg buruk elok

diperlambat;

terlambat melewati (melebihi) masa yg ditentukan, memakan

masa, tidak menepati masa, terlewat: kerana takut ~, Mak Konah

tidak menghiraukan lagi usikan anak-anak Cina itu;

kelambatan 1. perihal lambat, kelewatan: ~ menetapkan harga

padi itu telah menyebabkan mereka rugi; Seri Bija Diraja

menyembahkan sebab-sebab ~ yg dialaminya itu; 2. terlewat (drpd

yg ditentukan), terlambat;

pelambat bahan atau sesuatu yg melambatkan (proses, perjalanan

sesuatu dsb): bahan ~.

lambau bp perihal bercucuk tanam, pertanian.

lambda huruf ke-11 dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , .

lambertit (Kim) mineral nadir yg mengandungi uranium.

lambing tegak (telinga dll), cokoh, cekang (susu dan tetek): telinganya ~

hampir jejak ke bahunya.

lambir gelambir (pd binatang spt lembu dll).

lambu ark sj perahu; lambuk IV.

lambuk I gembur, hancur (tanah);

Page 41: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melambuk 1. menghancurkan (tanah), menggemburkan; 2.

membuang tanah ke luar dr tempat yg digali (spt perigi, parit, dll).

lambuk II sj keladi (birah) yg berbatang hitam.

lambuk III; seluar (celana) ~ sj seluar yg longgar dibuat drpd sutera,

seluar Acheh.

lambuk IV ark sj perahu; lambu.

lambuk V 1. sj bubur nasi, dirempahi dan dicampur daging dll (biasanya

disediakan di masjid dll utk hidangan berpuka puasa); 2. Tr sj

bubur nasi dicampur dgn sayur-sayuran dan isi ikan.

lambung I naik ke atas atau melompat tinggi (bola, perahu yg dipukul

ombak, dll);

berlambung-lambung, berlambung-lambungan 1. saling

melambung sesuatu (dlm kumpulan dan menggunakan beberapa

biji bola): mereka ~ bola dlm permainan itu; 2. melambung bola

berulang-ulang: anak kecil itu ~ bola seorang diri;

melambung 1. naik atau membuang ke atas tinggi-tinggi (burung

terbang, bola, dll): akibat letupan itu sebuah tong telah ~ ke udara

setinggi seratus kaki; 2. ki memuncak naik (harga, nasib,

kegirangan, dll): harga getah telah ~ tinggi dlm tempoh itu; 3. ki

memberi pujian atau sanjungan yg tinggi;

setinggi-tinggi ~ surutnya ke tanah juga prb selalu kembali ke

asalnya;

melambungkan 1. menaikkan atau membuang tinggi-tinggi: ada

yg bersorak sambil ~ senjatanya; 2. memberikan puji-pujian atau

sanjungan yg tinggi; ~ dada ark sombong, membesarkan diri;

terlambung, terlambung-lambung terloncat (terhumban) tinggi-

tinggi: kereta yg mereka tumpangi terlambung-lambung

menghempaskan penumpang di dalamnya.

Page 42: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lambung II = lambungan rusuk atau tepi badan (rumah, kapal, dll),

samping: air memercik hingga menepis ~ kapal; ditikam oleh

Hang Tuah seorang kena ~nya;

melambung mendatangi (menyerang, melanggar, dll) dr samping;

melambungi 1. mengenakan atau memasang binaan pd lambung

kapal (rumah dll); 2. belayar atau bergerak di samping.

lambung III Mn perut; besar ~ kuat makan.

lambung IV; getah ~; getah.

lambung-lambung; ~ ikan gelembung ikan.

lambur I sj ampai-ampai yg besar, ubur-ubur.

lambur II Pr pelantar dapur (bahagian rumah), jambur: ibunya duduk

berjuntai kaki di ~.

lambut I; melambut naik berkepul-kepul (asap).

lambut II Pr; melambut membonggol (poket, gulungan kain, dll),

berbonggol.

lamdukpai sj tumbuhan (pokok memanjat yg akarnya boleh dibuat ubat).

lame (lamé) (Tks) sj kain yg ditenun berselang-seli dgn benang emas

atau perak.

lamender (laméndér) ark orang Armenia.

lamiding Br sj tumbuhan (paku pakis), lembiding, Stenochlaena

palustris.

lamin Mn; melamin menghias bilik (tempat tidur) pengantin;

pelamin, pelaminan 1. tempat pengantin duduk bersanding; 2. sj

bilik pengantin: setelah sudah kahwin, mereka pun masuklah ke

dlm ~; kelamin.

lamina, laminah; baju ~ ark baju besi (rantai) pakaian pahlawan.

lampai I tinggi kecil (tubuh badan dll), panjang dan ramping, renceng:

badannya yg kurus ~ itu membongkok sedikit;

Page 43: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melampai 1. = terlampai bergerak-gerak (spt daun-daun kayu

ditiup angin dll), melenggok-lenggok (bkn badan ketika berjalan,

menari, dll), bergerak lemah-gemalai; 2. panjang menjulai (dahan

dll), kecil dan tinggi: badannya yg tinggi tegap itu tidak ~ lagi

tetapi telah memboyot.

lampai II sj tumbuhan (pokok), beberas, beras-beras, gemapung,

Aporosa maingayi.

lampam sj ikan darat, kepiat; ~ jawa sj ikan darat, Puntius gonionotus; ~

sungai sj ikan darat, Puntius schwanefeldii.

lampan tempat mendulang bijih (timah dll);

melampan mencari bijih (timah dll) dgn mendulang;

melampani melampan di: tidak membenarkan sesiapa pun

melombong atau mendulang atau ~ wilayahnya;

pelampan orang yg melampan.

lampang Mn pukulan dgn tapak tangan, tampar, tepuk;

berlampang, berlampang-lampang bertampar-tamparan, tampar-

menampar.

lampar; berlampar, berlamparan, melampar 1. tidak tersusun,

berserak-serak, bertebar merata-rata: maka sampailah masing-

masing ke halaman balai, berhimpun berlamparan duduk di tanah;

2. ki merebak (berita, khabar, dll), tersiar ke merata-rata tempat.

lampari sj canang; lempari.

lampas I halus: ~ perasaan;

melampas 1. menyapu (mengilat, membersihkan supaya licin); 2.

mengasah (pisau dll), mengilir, mempertajam; 3. ki membuat

supaya jadi biasa, mengamalkan, melatih: mereka semakin tekun ~

pelajaran di rumah; ~ lidah melatih lidah supaya fasih berkata-

kata; 4. ki memukul: kepala kita dilampasnya.

Page 44: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lampas II berkata sesuatu dgn tidak berfikir panjang, lepas mulut: belum

pernah lagi ia berjumpa dgn budak yg begitu ~ dan kasar.

lampau 1. lalu, lepas, lewat: corak hidup orang Melayu pd zaman ~

berlainan sekali dgn keadaan orang Melayu sekarang; 2. lebih

(drpd yg dijangka atau yg sepatutnya): jangan ~ berjaga malam

nanti lemah badan;

melampau terlalu sangat, berlebih-lebih (membuat sesuatu),

melewati batas, keterlaluan: mereka menjual barang-barang kpd

pelanggan mereka dgn harga yg ~; perubahan sikap ini ialah cara

yg baik utk menjadi unsur ~ antara dua keadaan;

melampau-lampau sangat (terlalu) melampau: permintaannya ~;

melampaui 1. lalu di, melalui, melintasi: orang tua itu masih

belum ~ persimpangan jalan; 2. melebihi (sesuatu peringkat dsb),

melewati: usianya tidak ~ dua puluh lima tahun; pakar-pakar

sains Islam telah memajukan botani dan zoologi jauh ~ keadaan yg

telah ditinggalkan Dioskorides; ~ batas; 3. melebihi (had,

ketentuan, dsb yg wajar), berlebih-lebihan, melanggar (tatatertib

dll): tidak tahan hati melihat kekejaman dan keganasan yg ~ batas

itu; 4. mengatasi (sesuatu kesukaran, kesulitan, dll);

terlampau sangat berlebih-lebih, terlalu atau teramat sangat:

kanak-kanak tidak harus dipenjarakan kecuali dia ~ jahat; maka

terjumpalah sebatang kayu yg ~ besarnya;

terlampaui sudah dilalui (tempat dll), telah melebihi: tengah

malam sudah ~; musim kecil sudah ~ dan musim besar akan

datang kira-kira tengah dua bulan lagi;

keterlampauan perihal, sifat atau keadaan terlampau, keterlaluan;

lampauan takat yg paling tinggi atau paling jauh: antara kedua-

dua ~ ini mungkin ada kekecualian;

Page 45: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

kelampauan sudah terlambat atau terlewat, telah didahului (oleh

orang lain), kelewatan; anak gadis itu sudah ~ a) adiknya

berkahwin dahulu daripadanya; b) sudah agak lanjut umurnya;

pelampauan perihal atau perbuatan melampau atau melampaui

sesuatu: punca kesilapan seterusnya, menurut Ibnu Khaldun, ialah

~;

pelampau orang yg melakukan sesuatu dgn berlebih-lebihan,

orang yg mempunyai faham (kepercayaan) yg berlebih-lebihan:

ancaman puak ~ telah meresahkan penduduk kota itu.

lampeni sj tumbuhan (pokok renek), Ardisia humilis.

lampes Jw sj tumbuhan (herba semacam selasih), Ocimum sanctum.

lampias Jk 1. memancar (aliran air dll), deras, licin, tidak tersekat-sekat;

2. ki kencang dan lancar (sesuatu pergerakan dll);

melampiaskan 1. memudahkan atau melicinkan pengaliran

(pergerakan dll), tidak melambat-lambatkan; 2. tidak menahan atau

menyekat-nyekat, membiarkan, melepaskan: mereka datang kpd

aku dan isteriku utk ~ hasratnya.

lampin I 1. kain pembarut (anak kecil dll), kain bedung; 2. kain empat

persegi berwarna putih yg dipakaikan pd bayi utk menyerap air

kencing dsb; 3. Jk kain pelapik atau pengalas tangan (ketika

memegang barang panas);

melampini 1. membarut anak kecil, membedungi; 2. memakaikan

lampin pd bayi; 3. melapik atau mengalas tangan.

lampin II; ~ budak sj tumbuhan (pokok belukar), mata kesang,

senggugut, sunga tasik, taman tasik, tambun tasik, tenjal tasik,

timba tasik, tinjal tasik, Clerodendron serratum.

lamping Jk lereng.

lampion IB lampu kertas, tanglung.

Page 46: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lampir helai (kertas, surat, muka surat, dll), keping: baru dua tiga ~ aku

baca, aku naik jemu;

melampiri menyertai dgn yg lain (spt surat dll), mengirimi

bersama;

melampirkan menyertakan atau mengembarkan dgn yg lain (spt

surat dll), mengirim bersama: bersama ini dilampirkan sekeping

surat permohonan bercuti;

lampiran sesuatu yg dilampirkan (spt surat keterangan dll),

tambahan (pd buku, surat, dll): ~ yg dihantar itu telah hilang.

lampis Mn lapis: bajunya tiga ~.

lampit sj tikar rotan.

lampoyang sj tumbuhan (herba), tepus, Zingiber aromaticum; ~ gajah sj

tumbuhan (herba), Zingiber zerumbet; ~ hitam sj tumbuhan

(herba), kunyit teras hitam, bersih hitam, Zingiber ottergii.

lampri sj binatang laut drpd famili Peteromyzonidae yg rupanya seakan-

akan belut.

lampu 1. sj alat utk menerangi (sesuatu ruang, kawasan, dsb), pelita,

suluh; 2. ki penerang pemikiran atau rohaniah: al-Quran

merupakan ~ yg menerangi dunia;

~ arka lampu yg sangat terang cahayanya (yg terhasil oleh arka

elektrik apabila arus elektrik mengalir di antara dua elektrod); ~

ayam sj lampu minyak yg mempunyai sisi kaca, yg dipasang pd

waktu malam supaya ayam, itik dsb tidak kesejukan; ~ duduk

lampu yg diletakkan di atas meja; ~ dunia matahari; ~ gantung

lampu yg dipasangkan tergantung dr siling dsb (tidak terlekap pd

dinding); ~ gas (gasolin) lampu yg menggunakan pam (utk

menaikkan minyak); ~ hijau a) isyarat bergerak dlm sistem lalu

lintas; b) ki kebenaran atau persetujuan utk melaksanakan sesuatu

projek dll; ~ jalan lampu elektrik yg dipasang pd tiang di

Page 47: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

sepanjang sesuatu bahagian jalan; ~ kalimantang lampu

pendarfluor; ~ karbaid lampu yg menggunakan gas karbida; ~

kuning isyarat bersedia utk berhenti dlm sistem lalu lintas; ~

limpah lampu besar yg sangat terang dgn alur cahaya yg lebar,

biasanya digunakan di luar utk menerangi sesuatu kawasan,

bangunan dsb; ~ meja lampu elektrik kecil yg diletakkan di atas

meja dsb; ~ merah a) isyarat berhenti dlm sistem lalu lintas; b)

isyarat amaran; ~ neon lampu elektrik yg menggunakan gas neon

(biasanya berwarna-warni); ~ pendarfluor lampu yg cahayanya

dihasilkan melalui nyahcas elektrik dlm tiub bertekanan rendah; ~

picit suluh yg menggunakan bateri; ~ suluh lampu picit; ~ tempel

lampu yg disangkutkan di dinding; ~ terendak sj lampu hiasan

(biasanya di ruang tamu) yg mempunyai terendak; ~ tidur lampu

yg cahayanya sangat malap, yg digunakan semasa tidur; ~ tumpu

lampu yg sangat terang yg boleh ditumpukan pd sesuatu tempat

dsb supaya jelas kelihatan; spt ~ kekurangan minyak prb hidup yg

sangat melarat;

berlampu mempunyai (telah dipasang) lampu: bilik itu tidak ~;

melampukan memasang lampu di sesuatu tempat (ruang dsb): ~

semua bilik di dlm rumah itu.

lampuh Br gemuk (pendek).

lampuk Mn timbunan padi yg baru disabit; bagai ayam dibawa ke ~ prb

a) kehairanan melihat sesuatu perkara; b) orang yg tidak pernah

masuk majlis.

lampung; melampung timbul (di permukaan air dll), tidak tenggelam,

terapung; ~ pukat nampak-nampak hilang;

pelampung sesuatu benda terapung (utk penahan kail, orang

berenang, dll supaya jangan tenggelam): mari kita naik ~ terap ini

menyeberang ke seberang sana.

Page 48: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lampus ark Jw mampus, mati.

lamtanah jenis percambahan yg kotiledonnya tinggal dlm tanah (tidak

menyorong keluar).

lamun I 1. (meskipun ...) tetapi: sungguhpun kajian Baron de

Montesquier tentang parlimen England tidak berapa betul, ~

pendapatnya berkenaan perceraian kuasa-kuasa pemerintah tetap

bernilai; 2. sungguhpun: ~ begitu, ia dipenjarakan juga; 3. sl

asalkan, asal saja: apatah tuan tangiskan, ~ tuan sudi beribukan

bonda, apatah salahnya.

lamun II; melamun memikirkan sesuatu, berangan-angan, berkhayal:

kerjanya ~ sahaja;

lamunan fikiran yg bukan-bukan, angan-angan: dlm ~ itu, Pak

Sudin terus terlena;

pelamun orang yg selalu atau suka melamun.

lamun III Mn; melamun 1. menimbunkan (pakaian dll), tidak disusun

atau diatur baik-baik; 2. meliputi (spt air menutupi karang),

menggenangi: bersama-sama tenggelam dilamun ombak dan

gelombang; 3. ki menyelubungi (kesedihan, bencana, kesenangan

dsb), merundung: Zaini sedang dilamun perasaan yg sedih pilu;

entah hilang anakanda di laut lepas, entah dilamun ombak tujuh.

lamur tidak terang pelihatan, rabun.

LAN 1. akronim bagi Lembaga Akreditasi Negara; 2. (Komp) akronim

bagi Local Area Network (rangkaian kawasan setempat).

lana sj tumbuhan (pokok memanjat), akar ketuan, daun patuk tuan,

rumput melian, Thunbergia laurifolia.

lanang I; melanang memintal tali dgn menggunakan pemberat di hujung

tali itu.

lanang II Jw laki-laki: Candera Kirana pun bersalin pakaian cara ~.

Page 49: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lanar I mendapan tanah subur yg terdiri drpd lumpur, kelodak dan pasir

yg ditinggalkan oleh air sungai yg mengalir dan sesudah banjir:

tanah yg baik sekali ialah tanah ~ yg di lembah dan di delta

sungai.

lanar II sj penyakit tumbuh-tumbuhan.

lanar III Kl; berlanar tidak tersusun, bersepah-sepah, berselerak.

lanar IV; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar keremek, keledek

hutan, Ipomoea digitata.

lanas Kl nanas.

lanau lumpur, berlumpur, becak.

lanca I sj sampan besar.

lanca II beca (yg ditarik orang).

lancang I 1. kapal layar yg laju: kenaikan baginda ~ emas panjangkan;

2. ancak (perahu kecil) utk memuatkan jamuan hantu; 3. Mn tepak

sirih (yg berbentuk spt kapal layar);

main ~-~ melemparkan batu pd paras permukaan air.

lancang II 1. tidak senonoh (kelakuan, pengucapan, dll), tidak sopan,

biadab: jangan marah kalau aku terlanjur dan dipandang ~

menulis surat kepadamu; 2. terlalu cepat (mengatakan atau

melakukan sesuatu yg tidak baik atau sopan), lepas cakap (mulut):

mengapa mulut engkau begitu ~?; ~ mulut suka mengeluarkan

kata-kata yg tidak senonoh (yg menyakiti hati dsb);

melancangkan melakukan sesuatu (yg tidak senonoh) dgn berani

atau dgn cepat: mereka cuba ~ tangan mereka utk mengusik tubuh

Esah;

terlancang terlangsung (melakukan sesuatu), terlanjur;

kelancangan perihal lancang; ~ mulut perihal (sifat, perbuatan)

lancang mulut.

Page 50: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lancang III sj tumbuhan (herba), ara tanah, gelang susu, keremak susu,

Euphorbia hirta.

lancap I licin lagi galir, tirus meruncing.

lancap II; melancap melakukan zina tangan.

lancap III Mn; terlancap terlanjur (cakap dll), terlangsung, lepas cakap.

lancar I terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan,

dll), fasih (hafaz) benar, laju, tidak tersangkut-sangkut: bacaannya

~; bas itu berjalan dgn ~nya; ~ kaji kerana diulang prb kepandaian

dan kemahiran didapati kerana selalu berlatih;

selancar, berselancar 1. bermain lancang-lancang; 2. meluncur di

atas air (dgn papan dll);

melancar 1. bergerak dgn laju (motokar, kapal, dll): kereta itu ~

dgn lajunya meninggalkan tempat itu; 2. menghafaz, selalu

mengulangi pelajaran: engkau bukan tidak pandai, tetapi engkau

malas ~ di rumah;

melancarkan 1. memulakan (menggerakkan) sesuatu dgn cepat,

meluncurkan: Rusia telah ~ sebuah kapal angkasa lepas yg

memuatkan tiga orang angkasawannya; 2. menyebabkan berjalan

dgn cepat (licin), melicinkan (sesuatu usaha dll): pengakuan ejaan

ini akan ~ perhubungan dan pertukaran fikiran; 3. melakukan atau

mengadakan sesuatu (serangan, tindakan, dll): pd mulanya mereka

teragak-agak juga hendak ~ peperangan ke atas orang Islam;

gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan akan dilancarkan tidak lama

lagi; bagai pucuk dilancarkan prb pergerakan yg terlalu cepat;

memperlancar membuat supaya lebih lancar;

memperlancarkan menjadikan lebih lancar: urutlah bahagian yg

kejang utk ~ oksigen;

Page 51: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

terlancar-lancar sl (dgn) terlalu cepat, tergesa-gesa: adapun kita

sekalian berjalan jangan ~ dahulu kerana negerinya sudah

hampir;

kelancaran 1. kecepatan (melakukan sesuatu), berkata-kata dll),

kepantasan, kelancangan: barangkali abangnya akan memarahi

dia kerana ~ mulutnya itu; 2. kelicinan (dlm mengusahakan atau

membuat sesuatu): konfrontasi tidak sedikit pun menyentuh

kepesatan dan ~ kita utk membangun;

pelancaran perihal atau perbuatan melancarkan (memulakan

sesuatu gerakan, rancangan, dll): ~ kempen kebersihan oleh

Perdana Menteri;

pelancar alat utk melancarkan sesuatu objek, spt roket dan

projektil, supaya bergerak dgn pantas ke udara: ~ roket.

lancar II; lancaran sl sj perahu yg laju: pd ketika itu kelengkapan Suir

dua puluh ~ bertiang tiga.

lancar III; pelancar 1. = pelancaran ark pelantar, pelantaran; 2. kayu

palang (baluk) yg menghubungkan dua tiang.

lancar-lancar sj burung, pipit padang, Anthus novaeseelandiae

malayensis.

lanci motobot yg biasanya digunakan sbg bot pengangkutan.

lancing Jw = lancingan ark seluar.

lancip tirus ke hujung, runcing: mereka memakai topi ~ yg meruncing di

atas kepala;

melancipkan meniruskan (menghaluskan) ke hujung,

menajamkan.

lancong; melancong melawat sambil melihat-lihat (bersenang-senang):

dia bercadang utk ~ ke luar negara pd tahun hadapan;

pelancongan 1. perihal melancong: dlm ~ itu kami sempat

menikmati keindahan Kebun Raya Bogor; 2. perihal orang

Page 52: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melancong dan perkhidmatan yg berkaitan dengannya:

menggalakkan perusahaan ~ di negara ini;

pelancong orang yg melancong: kedua-dua bandar itu selalu

dilawati ~ kerana pemandangannya yg cantik.

lancung I 1. tidak tulen (barang-barang dll), palsu: emas ~; 2. tidak jujur,

tidak sebenar-benarnya, curang: cintamu kepadaku selama ini ~,

palsu, sekali-sekali bukan cinta sejati; sekali ~ keujian seumur

hidup orang tak percaya prb sekali diketahui perangai yg buruk

sepanjang masa orang tidak percaya lagi;

melancung, melancungkan membuat palsu atau tidak benar,

menipu: ~ wang;

lancungan (barang-barang) tiruan atau palsu: paun emas itu

digantinya dgn paun ~;

kelancungan keadaan yg tidak tulen (betul, jujur, dll), kepalsuan.

lancung II sj tumbuhan (rumput), Leptaspis urceolata.

lancur I; melancur memancur atau memancut, mencucur: bomba itu pun

sangatlah bocor, sepanjang jalan habislah ~.

lancur II lelancur.

lancut I; melancut memancut (air dll), menyembur dgn kencang;

terpelancut ki terkeluar dgn tiba-tiba: suara Yunus ~ drpd

mulutnya.

lancut II tidak berguna, sia-sia.

landa I; melanda 1. memasuki atau menimpa (sesuatu) dgn keras (hebat,

paksa), melanggar, merempuh, menempuh: sekali bergegar juga

gubuk itu dilanda angin; kalau musuh hendak ~ tanah air kita,

langkah mayat pemuda pemudinya dahulu; 2. ki menimpa

(menguasai): sekarang putus asa ~ jiwanya;

melandai menempuhi (dgn paksa), melalui: ia ingin mencari hidup

yg lebih bagus drpd yg pernah dilandainya;

Page 53: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

terlanda terlanggar, dirempuh: ingat, jangan ~ anak isteri orang

apabila berjalan-jalan di pasar;

landaan hasil melanda, rempuhan: kesan drpd ~ hujan asid itu;

pelandaan perbuatan melanda: peluasan kuasa penjajah

merupakan satu proses ~ yg agak mustahil dapat dibendung.

landa II; melanda mencari bijih dgn dulang, melimbang, mendulang: air

dan lodak itu dilanda utk mengasingkan bijih logam drpd lodak yg

lain;

pelanda orang yg (tugasnya) melanda, pendulang.

landa III Jw ark air abu.

landahur ark sj orang yg besar badannya.

landai I = melandai menurun tetapi tidak curam (tanah, pantai, dll),

cenderung: di lembah sungai yg cerunnya ~ dibina jalan raya dan

jalan kereta api; pelantar laut yg ~ di sepanjang pantai;

terlandai tercampak ke pantai, tersadai, terdampar: tong-tong

lapuk terapung dan ~ di pantai;

landaian lapangan (tanah, pantai, dll) yg landai.

landai II; landaian hulu keris.

landak sj binatang yg kulitnya berduri; ~ batu = ~ nibung sj landak,

Atherurus macrourus; ~ raya = ~ tunggal, Hystrix brachyura; ~

laut sj karangan laut yg berduri kulitnya; bunga ~ = empedu ~ sj

tumbuhan (pokok kecil), Barleria prionitis; menduri ~ = sbg duri ~

jari yg halus tirus lagi cantik (pd perempuan).

landang; lalu-~; lalu II.

landap sj tumbuhan (herba), bakuh, bakung, bunga tembaga suasa,

Crinum asiaticum.

landas I 1. alas, lapik: ~ memotong kayu; 2. asas yg mendasari sesuatu

(objektif, idea, dsb): ~ itu sebenarnya sekadar suatu teori utk

menjangkau sesuatu;

Page 54: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

berlandas mempunyai (berlapik atau beralas dgn) landas: bangku

pemotong kayu itu ~;

berlandaskan 1. mempunyai sesuatu sbg landas atau landasan:

papan itu dipotong ~ bongkah kayu; 2. berdasarkan, beralaskan:

prinsip-prinsip Rukun Negara yg ~ agama;

melandasi menjadi dasar (asas) kpd: sesungguhnya kajian

lapangan yg ~ tulisan ini sangat terbatas; tindakan ini dilandasi

oleh peraturan-peraturan yg telah ditetapkan;

melandaskan 1. memasang landas atau landasan pd; 2.

mendasarkan, mengasaskan: bukanlah menjadi suatu kesalahan utk

~ penerangan guru pd huraian-huraian yg terdapat dlm teks

tersebut;

landasan 1. = pelandas ark alas, pengalas, penahan (ketika

menempa besi dll), pelapik; ~ kereta api besi tempat kereta api

bergerak; ~ terbang kawasan (yg keras) tempat kapal terbang turun

atau naik; 2. ki dasar, asas jalan: orang ramai tidak akan

menentang kamu selagi kamu berjalan di atas ~ yg betul; konsep

bahasa tinggi menjadi ~ kertas kerja ini; kamu berjalan di atas ~

yg betul;

berlandasan 1. menggunakan landasan, berlapik atau beralasan:

mencencang ~, melompat bersetumpu, menjunjung bersenggulung;

2. mempunyai sesuatu sbg alasan (dasar), beralasan, berdasar.

landas II; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), mahang bulan (serindit, tekukur),

Macaranga triloba; ~ paya sj tumbuhan (pokok renek), gading-

gading, lada burung besar, Greenia corymbosa.

landas III Sr, Sb musim tengkujuh.

landau I ark; melandau mencebak (bijih yg masih tertinggal).

landau II sj kereta kuda yg beroda empat.

landrad IB ark mahkamah perbicaraan.

Page 55: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

landrente IB ark cukai tanah (drpd hasil tanaman rakyat).

landros IB ark tuan tanah (sesuatu kawasan), pegawai pentadbir di

daerah.

landskap 1. pemandangan alam sesuatu kawasan yg mengandungi unsur-

unsur spt bukit bukau, sungai, dan tumbuh-tumbuhan, terutamanya

pemandangan pedesaan; 2. catan, lukisan, dsb yg menggambarkan

pemandangan alam; 3. seni taman yg memaparkan ciri-ciri

pemandangan alam.

landuk sj ikan laut, Lethrinus spp.

landung I panjang ke bawah (tali, seluar, dll), labuh;

melandung 1. memanjang ke bawah, melabuh; 2. kendur, tidak

tegang (tali yg terentang);

melandungkan 1. memanjangkan ke bawah, melabuhkan; 2.

mengendurkan.

landung II sj ikan laut, Dorosoma chacunda.

landung III; ~ padi sj tumbuhan (pokok memanjat), akar sasaran,

Conocephalus subtrinervius.

landur; melandur 1. tidak tegang atau cekang, labuh ke bawah,

melandut, kendur; 2. lemah lutut (kerana penat berjalan);

melandurkan 1. menyebabkan landur (tidak tegang dsb),

melandutkan, mengendurkan; 2. menyebabkan landur (lemah

lutut).

landut; melandut melengkung ke bawah (tali yg direntang dll), tidak

tegang, kendur;

melandutkan menjadikan melandut (kendur), mengendurkan.

lang I sj burung pemangsa dlm famili Accipitridae; ~ barat = ~ kepala

putih, Circus aeruginosus; ~ belalang burung rajawali,

Microhierax caerulescens; ~ berjambul, Spilornis cheela; ~

gunung, Spizaetus nipalensis; ~ hitam, Ictinaetus malayensis; ~

Page 56: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

ikan, Heliaeetus leucoryphus; ~ jambul = ~ malam,

Machaerhamphus alcinus; ~ kanguk, Icthyophaga spp.; ~ laut = ~

putih = ~ siput, Heliaeetus leucogaster; ~ lebah, Pernis apivorus;

~ merah = ~ tembikar, Haliastur indus; ~ rintik, Bustatur indicus;

~ sewah = ~ tikus, Elanus caerulens; ~ sikap, Accipiter trivirgatus;

~ tiram, Pandion haliaetus; burung ~ ling sj burung,

Anthracoceros malabaricus;

~ menerap buaya prb pemuda yg merenggut bunga drpd sanggul

seorang gadis; ~ pungguk ~ berikan, tidur siang berjaga malam

prb orang jahat (pencuri) yg tidur siang dan berjaga malam; di

tempat tiada ~, kata belalang, akulah ~ = tak ~ si pungguk menjadi

~ prb di tempat tiada orang yg pandai si bodoh mengaku dirinya

cerdik; pantang ~ dgn ayam lambat-laun disambar juga prb

dikatakan bkn sesuatu yg tidak baik apabila diperdekatkan.

lang II ark bp selang (waktu), antara, lat; ~ sehari selang sehari.

lang III Jk sj meja tempat menaruh atau menjaja barang-barang.

langah; melangahkan membuka lebar-lebar atau luas-luas,

mengangakan (mulut dll);

terlangah terbuka lebar-lebar (mulut dll), terbelangah, ternganga:

ternganga bagai gua ~.

langak; ~-languk = ~-longok memandang-mandang (spt ada benda atau

orang yg dicari-cari);

melangak memandang (ke atas), memandang dgn mendongak-

dongakkan kepala: aku ~ ke atas dan nampak buah pisang yg tidak

ada jantungnya lagi.

langap; melangap membuka mulut dll luas-luas.

langau sj lalat (pikat) besar yg menggigit; ~ hijau lalat yg berwarna hijau

dan berdengung-dengung bunyinya;

Page 57: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

bagai ~ di ekor gajah prb orang yg menurut kemahuan orang besar

atau orang yg pandai; hinggap bak ~ titik bak hujan = hinggap saja

bagai ~ prb sesuatu yg berlaku dgn tiba-tiba; masuk ~ ke mulutnya

prb terlalu hairan sehingga ternganga mulutnya.

langgah I; melanggah Kd minum banyak-banyak (dgn sekali gus): Nong

~ air dgn agak gelojoh.

langgah II Kd (ketawa dll) dgn kuat dan berlebih-lebihan.

langgai I sj belat utk menangkap ikan.

langgai II kulit buah kacang dll drpd kumpulan Leguminosae.

langgai III sj ikan laut, Trichiuridae.

langgaian Mn para-para (tempat membiarkan kacang, timun, dll naik),

junjung.

langgak Mn; melanggak; lenggak.

langgam Mn 1. cara, kaedah, laku, adat kebiasaan: menurut ~ dan

pandangan orang-orang kampung, abang masih dipandang hina;

2. irama lagu yg digemari ramai (lwn irama asli): lagu-lagu ~ dan

asli.

langgan; berlanggan, melanggan membeli dgn tetap (surat khabar,

majalah, dll): kami ~ tiga buah surat khabar; boleh dikatakan

semua majalah keluaran tanah air dilanggannya;

berlangganan membeli dgn tetap: mereka sudah lama ~ dgn Wim

tentang barang-barang seludupan;

langganan 1. = pelanggan; 2. penjual yg tetap; 3. hubungan jual

beli atau urus niaga yg tetap (antara seseorang penjual dgn pembeli

yg selalu membeli daripadanya); 4. = wang ~ pembayaran yg tetap

(kerana berlanggan);

pelanggan 1. pembeli (surat khabar, majalah, dll) yg tetap: makin

bertambah ramailah ~nya dan kedainya pun bertambah besar

pula; 2. orang (syarikat) dsb yg membayar kpd seseorang spt

Page 58: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

peguam (pembina dsb) utk mendapatkan atau melakukan sesuatu

bagi pihaknya.

langgang; tunggang-~; tunggang.

langgar I laga, rempuh, serang, tempuh; ~ adat = ~ bahasa biadap, tidak

sopan; ~ jangan beragak menyerang dgn sungguh-sungguh; ~ lari

perbuatan melanggar (di jalan raya) kenderaan lain, orang, dsb,

tanpa menunggu atau membuat laporan polis;

berlanggar, berlanggaran 1. berlaga (kereta dll), beradu,

berhantuk: sebuah motokar telah ~ dgn sebuah lori di batu 10

jalan ke Pahang; 2. = berlanggar-langgaran saling menyerang:

setelah bertemu dgn kelengkapan Mengkasar lalu berperang

berlanggar-langgaran; 3. tidak mengikut (adat, resam, dll),

berlawanan dgn, bertentangan dgn: kalau melakukan sesuatu,

janganlah sampai berlanggaran dgn undang-undang;

melanggar 1. merempuh, melanda, melanyak: seorang kanak-

kanak telah mati dilanggar kereta api; 2. mendatangi (utk

menguasai, memusnahkan, dsb), melanda, menyerang: bukannya

musuh akan ~ melainkan adapun sebab beta memanggil orang

besar-besar kerana putera beta ini hendak pergi berburu; Melaka

pd masa itu sudah dikalahkan oleh Peringgi yg juga sering ~

Johor, negeri pelarian raja-raja Melaka; 3. tidak patuh pd

(undang-undang dll), menyalahi, melawan, menentang: orang yg ~

undang-undang boleh didakwa di mahkamah; lalu lintas tidak

mengikut undang-undang, malah lampu merah pun dilanggar; ~

sumpah tidak menepati sumpah atau melakukan sumpah bohong;

melanggarkan melandakan, mengadukan, merempuhkan: maka

gajah itu dilanggarkan baginda ke balairung;

terlanggar 1. tersadung, terempuh, dirempuh: ia hampir

tersungkur kerana ~ bungkusan kain baju; 2. melanggar

Page 59: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

(peraturan, undang-undang, dll): barang siapa yg memegang dia,

tentu akan ~ pantangan;

perlanggaran perihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan,

kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori

di batu empat jalan Kuantan-Gambang;

pelanggaran 1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~

orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2.

perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-

undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-

murid tidak menghormati peraturan sekolah;

pelanggar orang atau sesuatu (spt kereta dll) yg melanggar:

apabila undang-undang itu dilanggar maka si ~ akan dihukum.

langgar II surau, madrasah: suara azan dr ~ di hujung kampung itu baru

sahaja hilang dr udara.

langgar III Br bahagian yg beratap dan menganjur dr ibu rumah.

langgas tidak terikat pd sesuatu atau pd orang, bebas.

langgeng Jw selama-lamanya, abadi, kekal;

kelanggengan keadaan yg kekal.

langguai sj tepak sirih yg bulat (dibuat drpd tembaga).

langguk Kl 1. tinggi sekali (layang-layang dll); 2. Jw congkak, sombong.

langgung I; melanggungkan meletakkan atau menyandarkan pd: Karim

berpaling dan ~ pahanya pd punggung Jalil.

langgung II = ~ batu = ~ paam sj tumbuhan (pokok), meranti paam

(paang), seraya batu, Shorea brateolata.

langi sj ikan laut, tenggiri, Scomberomorous spp.

langir 1. sj tumbuhan (pokok kecil), Albizzia saponaria; ~ buaya sj

tumbuhan (pokok renek), setampin, tampin hutan, Malltous

griffithians; ~ tengkawas sj tumbuhan (pokok), medang (kuning,

merah), mempat jantan, Cryptocarya ferrea; 2. pencuci rambut

Page 60: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

(badan, keris, dll) biasanya dgn menggunakan bahan-bahan

tradisional (spt sintuk, limau purut, dsb);

berlangir, melangir membersihkan rambut (badan, keris, dll) dgn

langir: kalau dia mandi, bukan main lamanya, berbedak ~ dahulu;

maka segera dilangirnya dan dimandikan anaknya itu;

melangiri membersihkan rambut atau badan orang lain dgn langir:

Raja Melaka dan Raden Mas Ayu pun dilangiri oleh segala raja yg

tua-tua.

langis I ark; tumpas ~ habis jahanam (rosak).

langis II Br tiada yg tinggal lagi (makanan, duit, dll), bersih.

langit lengkung yg tampaknya biru dan melingkungi bumi: tujuh petala

~; berasa dlm ~ yg ketujuh senang sekali;

~ berkelikir bumi bertemberang, salah-salah fikir, jadi hamba

orang prb fikiran yg mengikut hawa nafsu itu akhirnya membawa

kpd kehinaan; ~ dapat dilukis sudut kambut diserayakan prb

kesalahan orang lain walaupun kecil tampak tetapi kesalahan

sendiri tidak; ~ menyungkup kepala prb tidak dapat melepaskan

diri drpd perintah orang yg berkuasa (raja); ~ runtuh bumilah

terban = ~ runtuh bumi cair prb kehilangan tempat menumpang

hidup; di mana bumi dipijak di situ ~ dijunjung prb hendaklah

menurut adat dan resam tempat yg kita diami; disangkakan ~ itu

rendah, dipandang dekat, dicapai tak boleh prb sebelum mencuba

sesuatu pekerjaan itu janganlah dikatakan mudah atau senang;

kalau ~ hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dgn telunjuk prb

orang kecil tidak dapat menolak kehendak orang besar-besar;

melangit 1. menghala (terbang, naik) ke langit; 2. tinggi sekali,

melambung tinggi: tidaklah elok kalau terus-menerus orang itu

dipuji ~; congkaknya ~ sombong sekali; ~ biru; a) terbang (pergi)

ke langit biru; b) berwarna spt warna langit biru.

Page 61: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

langit-langit 1. kain yg dipasang di atas bilik (di bawah atap), papan dll

yg dipasang di bawah atap, kain bahagian atas kelambu: baginda

menitahkan pula mereka membentangkan tabir dan ~ yg indah-

indah warnanya; 2. bahagian sebelah atas rongga mulut (ada

bahagian lembut dan keras);

berlangit-langit mempunyai langit-langit (bkn kelambu dsb).

langka Jk jarang-jarang berlaku (terjadi, ada, dll);

kelangkaan perihal (keadaan) langka: ~ kata pinjaman Inggeris

dlm dialek Melayu.

langkah 1. gerak kaki ketika berjalan (ke hadapan atau ke belakang):

pasangan suami isteri itu pun berjalan pulang dgn ~ yg berat; 2.

jarak di antara dua belah kaki ketika berjalan: ada kira-kira lima ~

ia meninggalkan tangga rumah, ia berhenti; 3. cara mengerjakan

sesuatu, sesuatu yg dikerjakan, perbuatan: sejak tadi lagi kuketahui

dan kuawasi ~nya; 4. awal perbuatan (perjalanan, pekerjaan, dll); ~

baik (buruk) permulaan yg baik (buruk);

~ bendul a) berkahwin dahulu drpd kakak; b) memperisteri adik

sedangkan kakaknya belum berkahwin; ~ gelombang dua belas

nama gerak dlm pencak silat; ~ kanan mujur; ~ kiri sial (tidak

beruntung); ~ surut undur (langkah ke belakang); mengangkat

(membuka, mengambil) ~ seribu cabut lari (kerana takut dll);

melangkah, berlangkah 1. menggerakkan langkah,

menghayunkan langkah, berjalan: ia ~ dua langkah ke hadapan; 2.

memulai perjalanan (pelayaran dll): serta mustaid ia pun ~lah dgn

tauhid hatinya meninggalkan kampung halaman; 3. =

melangkahi; 4. tidak mengikut susunan, melangkau: dilangkahnya

beberapa perenggan lalu membaca perenggan yg lain; 5. ark

melalui, menempuh: ~ lautan;

Page 62: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melangkahi 1. melampaui, melangkaui: ia terus ~ tangga; 2.

melanggar, tidak mengikut tatatertib (peraturan dll), menyalahi:

perbuatan spt itu dianggap telah ~ adat Melayu; adat bermain

pantai itu sudah menjadi adat pusaka yg tak boleh dilangkahi lagi;

~ bendul langkah bendul; ~ laki bermukah (bkn perempuan yg

sudah bersuami);

melangkahkan 1. menggerakkan langkah, menggerakkan kaki

kerana berjalan: dia ~ kakinya mundar-mandir mengelilingi Kota

Melaka; 2. memulakan perjalanan atau pelayaran (perahu dll);

langkahan hasil perbuatan melangkah: harimau itu berhenti drpd

meneruskan ~ kakinya;

kelangkahan 1. suami yg isterinya berlaku curang; 2. didahului

adiknya berkahwin, kelampauan; 3. Jk dilangkahi atau dilalui;

pelangkahan 1. perihal melangkah (melangkahi, melangkahkan);

2. = pelangkah permulaan sesuatu pekerjaan (pelayaran, tindakan,

dll): menurut ilmu ~ ini alamat buruk; pd kali ini barulah

pelangkahnya betul kerana waktu ia sampai bapanya sudah balik.

langkai Mn lampai, ramping.

langkan 1. serambi atau beranda yg berkisi-kisi dindingnya: lain drpd

bilik tidur dua buah, ada pula ~ dan tempat makan; 2. Jk pagar

jambatan dll yg berkisi-kisi.

langkap I sj tumbuhan (palma), Arenga westerhouti; akar ~ sj tumbuhan

(pokok memanjat), Tinomiscium petiolare.

langkap II bahagian tepak tempat menyimpan sirih.

Langkapura Pulau Sailan, Sri Lanka.

langkara sl lengkara.

langkas I ark cergas, pantas, tangkas.

Page 63: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

langkas II gugur kerana sudah masak (bkn buah-buahan spt durian dll),

habis musim buah-buahan; ~ buah kepaya prb perihal sesuatu yg

mustahil;

selangkas semusim (drpd berputik hingga masak dan gugur).

langkat I sl tiga hari lagi dr sekarang, tulat.

langkat II berlapis (tikar dll): diletakkan di atas peterana ciu dua belas

~.

langkau = terlangkau dilangkahi atau dilampaui (bacaan, perbuatan,

dll);

melangkau melangkahi atau melampaui, tidak mengikuti susunan,

menyelang-nyelangi: bacaannya melangkau-langkau sahaja;

melangkaui melalui, melewati: mereka dapat ~ kubu-kubu Jepun

yg kuat.

langking ark hitam.

langkisau angin keras dan tidak menentu haluannya (pd peredaran

musim).

langkitang Mn sj siput.

langkup; terlangkup terlingkup (perahu dll), terbalik: perahunya telah ~

tetapi masih timbul.

langlai longlai; lemah-~; lemah.

langlang 1. = melanglang menjalani (utk memeriksa dll), mengelilingi;

2. orang yg mengembara (meronda dll), peronda, pengembara; ~

buana peronda dunia.

langsai I 1. sudah habis dibayar (hutang dll), jelas, lunas, selesai: hutang

lama belum ~, hutang baru bertambah pula; 2. sl jelas (rupa,

pandangan, dll), terang: akan Raden Inu setelah matahari ~, maka

barulah ia bangun;

hutang samir belum ~, hutang kajang tumbuh pula prb hutang

dahulu belum dibayar, sekarang berhutang pula; sekali mengorak

Page 64: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

pura dua tiga hutang ~ prb menyelesaikan beberapa perkara dgn

sekali lalu (buat);

melangsaikan melunaskan (hutang), menjelaskan, menyelesaikan:

dia ~ hutang ayahnya.

langsai II tirai.

langsai III; melangsai melayang (terbang) dgn cepat: ~ ke dlm awan.

langsam IB, bp lamban, lambat, perlahan-lahan;

melangsamkan menjalankan lambat-lambat, melambatkan.

langsar I panjang lampai, tinggi langkai: tubuh ~ batang menjelai.

langsar II; melangsar (tumbuh) panjang menjalar, bergerak memanjang

perlahan-lahan.

langsar III Mn bernasib baik, bertuah, beruntung.

langsat sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Lansium domesticum; kuning

~ warna (kulit dll) yg putih kekuning-kuningan.

langsi bunyi yg halus nyaring, mendering;

berlangsi, melangsi 1. berbunyi halus nyaring, mendering: suatu

jeritan yg kuat melangsi membelah udara; 2. terbang dgn laju dan

berdenging (spt peluru dll): tali bubut temberang pun berdengung-

dengung spt kumbang ~; langsing II.

langsing I lampai (tubuh badan), langkai, ramping: penari itu berbadan ~

dan berkulit kuning langsat;

melangsingkan menjadikan (badan, tubuh) langsing: ~ badan;

kelangsingan perihal (keadaan) langsing: ~ bentuk badannya;

pelangsingan proses melangsingkan: makanan yg lebih baik dapat

menyebabkan pembakaran lemak dlm proses ~;

pelangsing ramuan, ubat, dll yg boleh melangsingkan badan.

langsing II bunyi nyaring yg mendesing: dia disergah oleh salakan ~

anjing-anjing dr luar pondok itu;

melangsingkan menyaringkan (suara);

Page 65: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

kelangsingan keadaan langsing: ~ qasidah yg dilagukan oleh

Syeikh Qusairy; langsi.

langsir I kain penutup jendela atau pintu, tirai: kemudian ~ hijau tua yg

diselaknya itu dijatuhkan semula;

berlangsir mempunyai atau dipasang langsir: pintu yg tidak ~;

melangsiri memasang langsir di (jendela dll).

langsir II IB; melangsir 1. mengatur atau menyambung-nyambungkan

gerabak kereta api; 2. bp berjalan-jalan kian ke mari (hilir mudik).

langsir III IB ark tentera yg menggunakan tombak.

langsir IV Mn kurus, kecil tirus.

langsir V sj tumbuhan (pokok), kasai, kelisar, Pometia pinnata.

langsit sj tumbuhan (pokok belukar), gading-gading, nasi-nasi, susun

kelapa hutan, tulang-tulang, Prismatomeris malayana.

langsuir sj hantu perempuan yg berlubang belakangnya (suka

mengganggu orang mengandung dan biasanya mengilai),

puntianak.

langsung 1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas,

terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya;

dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk

beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau

dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun,

sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh menolong orang;

kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada

~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm

menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita

memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan

sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi:

kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya

pertunangan mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau

Page 66: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran,

dll): ~ dr sasaran;

berlangsung 1. berlaku (peperangan, keramaian, dll), diadakan,

terjadi: perjumpaan tersebut ~ di Dewan Bahasa dan Pustaka; 2.

berlaku terus (tidak berhenti): mesyuarat itu ~ beberapa hari; 3. bp

bersatu (sesudah bernikah);

keberlangsungan perihal terjadinya sesuatu peristiwa: ~

perjalanan peristiwa;

melangsung, melangsung-langsung tidak tersangkut-sangkut atau

terhenti-henti (perjalanan dll), terus-menerus;

melangsungkan 1. melakukan, mengerjakan, mengusahakan:

kedua-dua keluarga sudah semuafakat akan ~ kerja kahwin itu; 2.

meneruskan, memanjangkan (bantahan, rayuan, dll): kalimat-

kalimat itu tidak mempunyai daya utk ~ rasa penyair kpd

pembacanya;

terlangsung 1. telah dikerjakan atau dilaksanakan; 2. terlanjur

(kelakuan, perbuatan, dll);

~ perahu boleh balik, ~ cakap tak dapat balik prb sebelum

mengeluarkan sesuatu perkataan hendaklah difikirkan dahulu,

kalau sudah terlepas tidak dapat ditarik balik;

kelangsungan perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan,

kesinambungan: semuanya ini utk menjaga ~ hidup yg harmoni

antara kaum di negara ini; genre sastera yg lainnya spt novel dan

cerpen yg akar kemahirannya adalah ~ drpd kreativiti pelipur

lara;

perlangsungan perihal berlangsungnya sesuatu perkara.

langu bau atau rasa yg tidak sedap: tiba-tiba dia berasa mulutnya ~ dan

berkehendakkan sesuatu utk dihisap atau dimakan.

languk; melanguk mencanguk; canguk.

Page 67: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

langut I; melangut 1. memandang ke atas, mencongak, mendongak,

menengadah: jari Ajis menunjuk ke muka akhbar kemudian

kepalanya ~; 2. duduk termenung-menung (membuang masa); 3.

memandang orang sedang makan (seolah-olah meminta);

melangutkan mengangkat (muka, kepala seseorang) supaya

mendongak, mendongakkan, mencongakkan: ~ kepala anaknya.

langut II; melangut berasa rindu (sedih dll).

lanhir IB ark bp tuan tanah.

lanja Jw; melanja berkunjung (ke rumah sahabat dll), bertamu ke,

bertandang;

lanja-lanjaan berjalan-jalan sesuka hati (ke mana suka).

lanjai = melanjai Mn tinggi lampai, langkai, ramping; kurus ~ kurus

kering (susuk tubuh).

lanjam mata bajak.

lanjang I panjang langkai, kecil panjang.

lanjang II ark telanjang.

lanjar I labuh atau panjang (kerana dihulurkan dll), kurus tinggi;

selanjar bersambung-sambung, berterusan: balak ~;

keselanjaran perihal selanjar (bersambung-sambung, berterusan):

~ kerja;

melanjar Jk 1. menjadi atau bertambah panjang (kerana

dihulurkan, tumbuh, dll); 2. menghulurkan (tali dll) panjang-

panjang.

lanjar II; lanjaran Jw para-para (tempat tumbuhan spt kacang,

mentimun, dll menjalar dan melilit).

lanjar III terus (tidak singgah di mana-mana lagi), lalu, langsung: kamu

nak ~ ke kebunkah?

berselanjaran berterusan: keadaan ~.

lanji Jw; perempuan ~ perempuan jalang, pelacur.

Page 68: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lanjuk lanjur.

lanjung 1. tinggi atau panjang halus (tebu dll), tinggi kurus, tinggi

menirus; 2. Mn tinggi.

lanjur 1. ark tersorong atau terlangsung ke depan; 2. terus, tidak

berhenti;

melanjurkan melanjutkan atau melewat-lewatkan (masa,

perbincangan, dll), memanjangkan;

terlanjur 1. tersorong ke depan: ~ perahu boleh ditarik; 2.

terlampau, melebihi batas, sudah melakukan (memperkatakan dll)

sesuatu: saya minta maaf atas segala perbuatan saya yg ~ itu;

perangaimu memang sudah ~; 3. = terlanjurkan senyampang,

justeru, sementara: jadi ~ ada peluang bersekolah itu, belajarlah

baik-baik;

terlanjur-lanjur terlangsung atau tersorong jauh (dr batas, ukuran,

dll): kerap mulutnya ~ sahaja menyebut mati;

telanjuran sl kebetulan, senyampang: ~ tuan datang ke rumah ini,

hendaklah anakanda makan nasi sesuap dgn sepertinya;

keterlanjuran perihal terlanjur: kian terasalah olehnya salah

dirinya atas ~nya itu.

lanjut I 1. panjang (cerita, hikayat, dll): adapun perkataan Singapura

berperang dgn Jawa itu terlalu amat ~ perkataannya; 2. lama,

panjang, tinggi (umur): ia masih menjadi mahasiswa walaupun

umurnya sudah ~; 3. mendalam (pengetahuan, penerangan, dll),

saksama, teliti: elok juga saya jelaskan dgn ~ sedikit bkn perkara

ini; 4. berpanjangan, tidak berhenti-henti, berterusan: mereka

bergurau senda ~ hingga tengah malam; 5. panjang (keluhan):

bapa mengeluh ~; 6. labuh (pakaian): dia memakai kain ~

sungguh; 7. lebih tinggi (ilmu, pelajaran, dll): sekolah yg ~; 8. Kd

Page 69: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lambat (gerakan) perjalanan dll: perempuan itu berjalan ~

sungguh;

~ akal panjang akal (cerdik); ~ fikiran cerdik; ~ usia panjang umur;

selanjutnya 1. berikutannya, seterusnya: mereka memikirkan

kemungkinan yg akan dihadapi hari esok dan hari ~; 2. selepas itu,

sesudah itu: ~ Datuk Mufti telah menerangkan segala rukun haji;

berlanjut-lanjut tidak berhenti-henti, berpanjang-panjang,

bersambung-sambung, terus-menerus: suara itu kemudiannya

memanjang dan ~ dan makin melemah pula;

berlanjutan berpanjangan, berterusan, berkekalan: peperangan itu

~ hingga berpuluh-puluh tahun lamanya;

melanjut tidak putus-putus, tidak terhenti-henti (tetap), terus: aku

telah merantau sejak masa Jepun ~ ke masa orang putih;

melanjutkan 1. menjadikan panjang atau berterusan,

menyambung: kadang-kadang ia ~ tidurnya hingga fajar

menyingsing; ~ perundingan; 2. menambah lagi (pelajaran,

pekerjaan, dll), meneruskan: Hindun bersungguh-sungguh benar

hendak ~ pelajarannya lagi; semua yg hadir diminta datang ke

gedung kesenian utk ~ perkenalan;

terlanjut terlebih (ukuran, perbuatan, dll), terlanjur;

lanjutan sambungan (pelajaran, perbualan, dll), tambahan (pd

sesuatu sebelumnya): sekolah menengah ~;

kelanjutan ekoran atau perkembangan (drpd perkara yg berlaku

sebelumnya), sambungan, kelangsungan, kesinambungan: ~ drpd

pertengkaran itu, Bidin dan Bujal tidak bertegur sapa selama dua

hari; bagi membiakkan keturunan dan mengekalkan ~ generasi

manusia;

perlanjutan perihal berterusan (berpanjangan); ~ jenis Id

pembiakan jenis (tumbuh-tumbuhan);

Page 70: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

pelanjutan perihal atau perbuatan melanjutkan.

lanjut II sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Mangifera lagenifera.

Lanoh penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Negrito,

yg tinggal di kawasan pedalaman daerah Hulu Perak.

lanolin lemak yg diperoleh drpd bulu biri-biri yg boleh dijadikan bahan

ubat kulit dan kosmetik.

lanset (lansét) (Ubat) sj pisau pembedahan yg mempunyai dua tepian

tajam dan hujung yg menirus.

lansi langsi.

lansing kayu brek kereta lembu (digantung di belakang rodanya).

lans koperal 1. (pangkat) pegawai tidak bertauliah yg paling rendah (dlm

tentera); 2. pangkat yg setingkat lebih tinggi tarafnya drpd

konstabel polis.

lantai 1. dasar rumah (yg dibuat drpd papan dll); 2. geladak perahu; ~

bilah = ~ pelupuh dasar (rumah dll) yg dibuat drpd belahan buluh;

~ selisih lantai sesebuah rumah yg sebahagiannya kira-kira

setengah tingkat di atas atau di bawah aras lantai yg bersebelahan;

besi ~ kepingan besi yg pipih lebar;

datar bak ~ papan, licin bak dinding cermin prb sesuatu hukuman

yg adil atau fikiran (pertimbangan) yg baik; mencari ~ terjungkit

prb suka mencari kesalahan orang bawahan supaya dapat

disengsarakan; menjungkit-jungkit bagai bilah ~ prb hal kelakuan

yg mengada-ngada akan sesuatu yg baru diperoleh (spt kekayaan,

kebesaran, dll);

berlantaikan menggunakan sbg lantai: bangunan lama itu

beratapkan rumbia, ~ dan berdindingkan papan;

melantai 1. membuat (memasang) lantai; 2. rata (tanah dll) spt

lantai, pamah, tidak tinggi rendah; sudah patah baru hendak ~ prb

sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat.

Page 71: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lantak 1. pukul (supaya masuk, padat, dll), pantak; emas ~ emas yg

berbatang-batang; senapang ~ senapang yg ubat bedilnya diisi dr

mulut; 2. membuat sesuatu dgn sesuka hati: biar ~ dia berbuat

begitu;

melantak 1. memukul kuat-kuat, menghentam, memantak:

dilantak kepalanya ke dinding; 2. bk melakukan sesuatu dgn

sesuka hati (cepat-cepat, gelojoh, sungguh-sungguh dsb),

menggasak: di belakang kami, mereka itu ~ sate dan semua

makanan yg terhidang;

melantakkan memasukkan sesuatu dgn dipukul (dipantak dll),

memantakkan;

lantakan; emas ~ emas lantak; senapang ~ senapang lantak;

pelantak besi penghentak peluru senapang (meriam dll), tukul,

antan pelocok (bomba dll).

lantam I bunyi (suara dll) yg kuat;

melantamkan 1. bersuara dgn kuat atau keras; 2. ki menjalankan

diayah (propaganda dll).

lantam II bongkak, congkak, sombong;

melantamkan berasa sombong (megah, bangga, dll);

kelantaman perihal lantam.

lantan Mn ark; melantan menjaga, memelihara; ~ anak terlalu sangat

memanjakan anak; ~ badan menjaga badan baik-baik; ~ kain

memakai kain yg kasar utk menjaga kain yg bagus-bagus.

lantang 1. = melantang kuat dan jelas didengar (suara dll), jelas

kedengaran: suaranya ~ bertengkar dgn orang di sebelah rumah;

suaranya melantang di dlm seluruh ruang masjid; 2. terang dan

nyata (pemandangan), luas dan jelas;

melantangkan menguatkan (suara dsb) supaya lantang: ~

suaranya supaya jelas didengar;

Page 72: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

kelantangan perihal lantang: kerana ~ cakap setengah-setengah

tokoh politik, perhubungan antara kaum telah tidak

menyenangkan.

lantanida (Kim) unsur nadir bumi yg bernombor atom di antara 58

hingga 71.

lantanum (Kim) sj unsur logam.

lantar I; melantarkan 1. menimbulkan (sesuatu perkara), menyebabkan;

2. menyampaikan (permohonan, permintaan, dll), mengusulkan,

mengemukakan;

lantaran 1. hal yg menjadi sebab sesuatu perkara; 2. kerana,

sebab: ~ cantiknya, orang segan mengambilnya menjadi babu; ~

itu kerana itu;

pelantaran; dgn ~ dgn perantaraan atau pertolongan;

pelantar orang yg menyampaikan atau mengemukakan

(permohonan, permintaan, dll), pengantara.

lantar II; terlantar 1. terletak di: berbulan-bulan lamanya dia ~ di

rumah sakit; 2. dlm keadaan yg tidak dijaga atau dipelihara,

terabai, terbiar: anak yg dikasihinya itu begitu ~ dan terbiar di

tengah-tengah masyarakat;

menterlantarkan membiarkan terabai atau tidak terpelihara, tidak

mempedulikan: dia takut utk bernikah dgn Leman, takut dia akan

diterlantarkan sebagaimana perempuan-perempuan lain.

lantar III pelantar I.

lantas 1. tidak berantara, langsung, terus: dgn malas aku bangkit dan ~

ke dapur; 2. langsung masuk (terus), sampai ke: ~ dlm

kenangannya itu bagaimana kegembiraannya pd hari dia

berkahwin; ~ akal termakan (diterima) akal; 3. terus, tembus (ke

belakang dll); 4. kuasa, sanggup (mengerjakan sesuatu): ~kah

abang meneruskan perniagaan itu jika kita tambah modalnya?

Page 73: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melantas tidak singgah atau berhenti di mana-mana, langsung;

melantasi terus ke belakang, menembus, menobros: sinaran itu

tidak ~ cermin, ia hanya dipesongkan oleh pembalikan; bor itu

sudah ~ ke balik kayu itu;

melantaskan menyampaikan, mengemukakan (sesuatu hal dll),

meneruskan; ~ angan (maksud) a) hidup merantau; b) melakukan

kehendak hati; ~ dendam melepaskan dendam;

terlantas terus masuk, tembus langsung;

berkelantasan ark terus-menerus (tidak berantaraan).

lantik I; melantik mengangkat dgn rasmi (menteri, orang besar-besar,

dll), mengangkat seseorang utk memegang sesuatu jawatan:

kerajaan telah didesak supaya ~ seorang drpd kaum itu menjadi

anggota kabinet;

pelantikan, lantikan perihal (tindakan) melantik: mereka gembira

atas ~ Tun Perak menyandang jawatan Bendahara; Majlis Raja-

Raja mestilah ditanya terlebih dahulu sebelum lantikan dibuat;

pelantik orang yg melantik.

lantik II Mn lentik.

lantin ark sj lampu, lentera.

lanting I Mn; melanting melempar, membaling, membuang (kayu, batu,

dll) kpd sesuatu benda; ~ menuju tampuk, berkata menuju benar

prb setiap usaha itu ada maksudnya;

melantingkan melemparkan, membalingkan: rokoknya

dilantingkan ke pinggir jalan;

terlanting, terpelanting 1. terbuang, terlantar; 2. ki sudah tidak

berguna lagi.

lanting II lonjak, lompat;

berlanting, melanting melonjak-lonjak, bergerak-gerak turun

naik: malang ~ buluh pecah;

Page 74: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melanting-lanting bagai cacing kepanasan prb tidak senang

ataupun selalu gelisah (kerana susah, malu, dll); setinggi-tinggi

melanting jatuhnya ke tanah juga prb walau ke mana juga

seseorang pergi kelak kembali juga ke negeri sendiri.

lanting III Jw; melanting membimbit atau menjinjing.

lanting IV lantin.

lanting V Br sj jeti terapung.

lantuh Br 1. hanyir; 2. rasa spt rasa ikan mentah.

lantul pantul.

lantun; melantun 1. membuang balik, memantul, menganjal: tudung pen

itu ~ di atas meja; 2. ki terkena semula (pd seseorang): soalan ini ~

balik kpd kamu sendiri;

melantunkan menyebabkan menganjal atau mengambul,

mengambulkan;

lantunan gerakan melantun.

lantung I bunyi yg kuat (spt bunyi letupan dll);

lantung-lantung, lantung-lantang bunyi (bising) yg tidak

menentu: lantung-lantang bunyi tukang kayu bekerja;

melantung berbunyi dgn kuat, membuat bising.

lantung II bau busuk yg keras: luka itu ~ baunya; busuk ~ bau yg busuk

sekali;

melantung mengeluarkan bau busuk, berbau busuk.

lantung III Mn; berlantung bersentuhan, bertemu, terlalu rapat;

melantung menyentuh, mengenai (dgn tangan dll), memukul; ~

orang memukul orang;

terlantung tersentuh, terhantuk, terlanggar: alu ~ patah tiga.

lantur; melantur menyimpang jauh-jauh (fikiran dll), terpesong drpd

matlamat: saya mahu menyela sebelum perbicaraan ~ ke mana-

mana;

Page 75: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melanturkan menyimpangkan, memesongkan, menyesatkan

(fikiran, ingatan, dll).

lanun perompak laut, bajak laut;

melanun merompak spt lanun (di laut);

pelanunan perbuatan atau kegiatan melanun: ~ di perairan itu

semakin menjadi-jadi.

lanus ark; melanus dapat dilihat (benda yg dibungkus atau dibalut).

lanyah berlumpur, becak, lecah;

melanyah menjadikan becak, melecahkan.

lanyak; melanyak 1. memijak-mijak (tanah dll) hingga hancur atau

bergaul betul: tanah itu dilanyak-lanyak dahulu sebelum dimasak

menjadi bata; 2. ki tidak mengendahkan, memandang sepi (seolah-

olah menghina); 3. Mn memukul dgn kuat.

lanyard (Marin) tali yg diikat wisel dsb padanya dan digantung di leher.

lanyau lumpur (yg nampaknya keras tetapi terbenam kalau dipijak),

lanau; umpama ~ di air, sebarang tertadung menjadikan daki prb

melakukan perbuatan yg jahat tentu akan menerima balasannya;

melanyau bermain lumpur di: kali ini mereka bermain becak pula,

dilanyaunya halaman itu.

laos Jw lengkuas; ~ jambek = ~ mekah sj tumbuhan (herba), Canna

edulis.

lap = kain ~ kain utk menyapu; kertas ~ kertas utk mengeringkan

dakwat;

mengelap menyapu atau mengeringkan dgn kain lap dll, menyeka:

dia berdiri seketika, kemudian ~ dahinya; tidak mengapa tumpah

sedikit saya boleh lap;

mengelapkan menggunakan sesuatu utk mengelap: dia ~ tuala pd

tumpahan itu;

pengelapan perbuatan (kerja) mengelap;

Page 76: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

pengelap sesuatu (kain dll) yg digunakan utk mengelap.

lapah I; melapah 1. mengupas kulit dan memotong-motong binatang

(kerbau, lembu, dll) yg telah disembelih: Pak Pandir pun tampillah

~ kerbau itu dgn Mak Andeh; 2. memotong (memakan) daging

besar-besar: darahnya sama dicecah, dagingnya sama dilapah;

hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah prb

pembahagian yg sama banyak (yg adil);

pelapah sesuatu (spt pisau dsb) yg digunakan utk melapah daging

dsb.

lapah II kotak rokok (dibuat drpd logam), celepa, selepa.

lapak I Mn; berlapak bersulam benang emas atau perak, bersongket.

lapak II Sr botak bahagian tengah atau bahagian belakang kepala:

umurnya masih muda tetapi kepalanya sudah ~ kerana terlalu

banyak berfikir dan menghadapi masalah.

lapan delapan; ~ belas sepuluh ditambah lapan (18); ~ puluh hasil darab

lapan dan sepuluh (80); ~ ratus hasil darab lapan dan seratus (800);

berlapan dlm kumpulan lapan orang dsb, lapan bersama: mereka ~

dipilih utk menyertai rombongan itu;

berlapan-lapan dlm satu kumpulan lapan orang dsb (bkn banyak

atau beberapa kumpulan): berbaris ~;

kelapan yg nombor lapan (menurut urutan, giliran, dsb),

kedelapan: gilirannya yg ~;

kelapan-lapan lapan-lapan sekali, kesemuanya lapan: ~ orang

anaknya pulang ke kampung pd hari raya itu;

perlapan bahagian drpd sesuatu yg dibahagi lapan; satu ~ = se~

satu bahagian drpd benda yg dibahagi lapan.

lapang I 1. tidak sempit, lega, luas (kawasan dll): jangan bermain di sini,

pergi ke tempat ~; 2. terluang (waktu dll), tidak sibuk, senggang:

apabila ada masa ~, kita akan berbincang lagi; 3. kawasan (yg

Page 77: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

luas), tapak (tempat) mendirikan atau mengadakan sesuatu: tanah

itu dicadangkan utk ~ sekolah;

~ dada = ~ hati a) berasa senang dan lega; b) sabar; ~ fikiran tidak

diganggui, tenang; ~ kira-kira senang hati, lega; ~ pengetahuan

luas pengetahuan; ~ perut selalu hendak makan;

berlapang, berlapang-lapang tidak terhalang, bebas, leluasa: ~

hati sabar;

duduk seorang bersempit-sempit duduk bersama berlapang-lapang

prb perundingan menghasilkan fikiran yg lebih bernas drpd fikiran

kita seorang;

melapangi 1. memberi tempat dll yg lapang, melonggari: penonton

mesti ~ sedikit agar orang yg pengsan itu dapat bernafas; 2. ki

memberi pertolongan (bantuan);

melapangkan 1. menjadikan lapang, melebarkan, meluaskan:

orang ramai ~ jalan kerana putera mahkota hendak lalu; ~ dada =

~ hati menenangkan hati dan fikiran: Allah ~ dada sesiapa yg

dikehendaki utk menerima Islam; 2. meluangkan (masa dll),

menyenggangkan: saya tidak dapat ~ waktu kerana banyak

urusan;

memperlapang menjadikan lebih lapang;

lapangan 1. kawasan atau tempat yg luas, gelanggang, medan,

padang; ~ bola padang tempat bermain bola; ~ terbang tempat

kapal terbang turun naik; 2. bidang (pengetahuan, kegiatan,

pekerjaan, dll), jurusan, lingkungan: mata pelajaran ini meliputi ~

kejuruteraan yg amat luas;

kelapangan 1. perihal lapang (tanah, padang, dll), keluasan,

kesenangan: dia semata-mata minta ~ pd tempat yg sempit; 2.

keluangan waktu, masa yg terluang (tidak sibuk): tiap kali ada

masa ~, dia akan menemui Nahidah; minggu depan tuan ada ~? 3.

Page 78: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

kelegaan (fikiran, kedudukan, dll), kemudahan: masyarakat

selama-lamanya mencari ~ dan kebebasan;

pelapang; ~ dada orang yg sabar.

lapang II sj tumbuhan (pokok memanjat), akar jambul merak, daup-

daup, dedaup, Bauhinia comifolia.

lapar berasa hendak makan (kerana perut kosong): biar Si Ali makan dgn

emaknya, kita tidak ~ lagi; ~ dahaga perut kosong dan haus; ~

mata Kl hendak memiliki (mempunyai dll) dgn berlebih-lebihan; ~

pedal Kl lapar perut; orang ~ diberi nasi, orang haus diberi air prb

memperoleh sesuatu yg diingini;

berlapar menanggung lapar, berasa lapar: seseorang ibu itu

sanggup ~ kerana kasihkan anaknya;

melaparkan 1. sengaja menjadikan lapar, membiarkan perut

kosong: binatang itu telah dilaparkan beberapa hari; 2. ki mahu

kpd, bernafsu kpd: banyak buaya yg laparkan bangkai;

kelaparan 1. dlm keadaan lapar, menanggung lapar: ia menangis

mengongoi spt kanak-kanak ~ susu; 2. tidak cukup makanan,

kekurangan makanan: jutaan manusia mati kerana ~ di beberapa

buah negara.

lapari lampari.

lapat-lapat Jk sayup-sayup (kedengaran atau kelihatan), tidak jelas.

lapel (lapél) (ERT) kelepet di bahagian dada kot atau jaket yg

bersambung dgn kolarnya.

lapih Mn; berlapih beranyam, bersirat;

melapih menyirat, mendandan, menjalin: dilapih kelembai kusut-

masai.

lapik I 1. alas (tikar, cadar, tiang, dll): ~ duduk; 2. lapis baju sebelah

dalam (utk menebalkan supaya tahan), sampul pd kulit buku dll:

baju dan lengan, tali pinggang dan ~, biasanya dipotong

Page 79: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

memanjang kain; harganya ada tertulis pd ~ kulit buku tersebut; ~

duduk tikar dll tempat duduk; ~ kaki selipar (terompah dll); ~ meja

kain, plastik dsb yg digunakan utk menutup permukaan meja; ~

perut sarapan yg dimakan supaya tidak berasa terlalu lapar; ~ tiang

(batu dll) pengalas tiang;

menggantikan ~ prb mengahwini janda saudaranya; se~

seketiduran sebantal sekalang hulu prb terlalu karib; sudah

bergulung ~ sahaja prb hal orang yg terlalu miskin;

berlapik mempunyai atau memakai lapik: saya tertidur di atas

lantai yg ~ tikar mengkuang;

berlapikkan beralaskan: dua buah kerusi yg ~ baldu;

melapik; ~ perut makan pagi-pagi supaya tidak terlalu lapar,

menyarap;

melapiki memberi lapik kpd, memasang lapik: matanya merenungi

petak-petak tikar mengkuang yg ~ punggungnya;

melapikkan menggunakan sesuatu sbg lapik;

pelapik sesuatu yg dijadikan lapik, pengalas.

lapik II; lopak-~; lopak IV.

lapir Mn ark berjalin rapat-rapat.

lapis I 1. = lapisan susunan yg bertingkat-tingkat atau bertindih-tindih

dgn satu di atas atau di sebelah yg lain (bkn bumi, dinding, dll),

petala: di bawah kulit binatang terletak se~ lemak yg memanaskan

badannya; maka mereka pun masuklah ke dlm kota yg tujuh ~ itu;

2. barisanatau deretan (yg bersaf-saf): tentera itu berbanjar

beberapa ~; 3. kepingan atau barang nipis yg dilekapkan pd barang

yg lain: ~ bahu baju; ~ emas barang yg disadur dgn emas;

berlapis menggunakan lapis, memakai lapis: di pinggang perak ~,

di dada bintang menabur;

Page 80: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

berlapis-lapis terletak berderet-deret atau bertindih-tindih dgn yg

lain, bersusun (satu di atas atau di sebelah yg lain): maka orang

mengepung pun terlalu banyak rupa senjata ~;

berlapiskan menggunakan sesuatu sbg lapis;

melapis bersusun-susun (satu di sebelah atau di atas yg lain);

melapisi memberi lapis kpd: dia berjalan di atas lantai yg dilapisi

permaidani;

melapiskan meletakkan berlapis, memberi berlapis: lipat tepi lapik

ke dalam kemudian lapiskan dua;

lapisan 1. susunan yg bertingkat-tingkat, lapis: biasanya ~ tanah

di bawah permukaan sawah itu menjadi keras utk menahan air

drpd meresap; 2. ki tingkatan dlm masyarakat, golongan: kekuatan

orang Islam dr segenap ~ dapat digunakan utk menentang musuh;

pelapisan perihal (proses atau perbuatan) melapisi atau

melapiskan: ~ aluminium pd poliester yg disalut dgn kertas;

pelapis 1. yg menjadi golongan atau tingkatan yg berikutan atau yg

akan meneruskan atau mengambil alih sesuatu tugas dll: kelab ini

juga bertujuan mewujudkan golongan ~ dlm barisan pemimpin

badan penulis di negeri ini; pasukan ~; pemimpin ~; 2. sesuatu

(bahan) yg melapisi: berbagai-bagai bahan boleh digunakan sbg ~

bahan pelindung yg telap air.

lapis II 1. tersayat atau dicarik halus-halus (daging dll); 2. = kuih ~ = ~

legit sj kuih yg dibuat drpd tepung beras atau tepung gandum dan

santan dikukus lapis demi lapis.

lapis lazuli (Geo) sj batu permata yg berwarna biru terang.

lapoi Pl sj jerat (perangkap).

lapor memberitahu kpd, mengadu;

Page 81: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melaporkan membuat pengaduan, mengadukan, memberitahukan:

seorang nelayan ~ bahawa baginda membuat rancangan sulit

hendak merampas kerajaan mentua baginda;

laporan sesuatu yg dilaporkan, maklumat tentang sesuatu

kedudukan (masalah yg dihadapi dll) yg dilaporkan: empat orang

pakar dlm hal ini telah pun membuat ~; ~ tahunan laporan yg

dikemukakan atau dibentangkan setahun sekali dan yg lazimnya

melaporkan (menerangkan dsb) hal-hal penting yg berlaku dsb

sepanjang tahun yg berkenaan;

pelaporan perihal (tindakan) melaporkan (mengadukan,

memberitahukan);

pelapor orang yg melaporkan.

lapuk I 1. bercendawan kerana buruk atau terlalu lama (kayu dll), reput:

koyak penjuru kain itu bukan kerana telah lama atau ~, tetapi

kerana tersangkut; 2. ki terlalu lama atau tua, tidak berguna lagi,

usang;

tidak ~ dek hujan, tidak lekang dek panas kekal dan tidak dipinda-

pinda (adat dll); ~ oleh kain sehelai prb sejak mulanya beristeri

atau bersuami hanya seorang sahaja; ~-~ diganti, usang-usang

dibarui = usang dibarui, ~ dikajangi prb adat atau kebiasaan lama

yg jarang dipakai dihidupkan kembali;

berlapuk bercendawan (kerana buruk, terdedah, tua, dll), tumbuh

cendawan: barang yg lekas ~ hendaklah dijemur selalu;

melapukkan menyebabkan jadi lapuk, mereputkan;

kelapukan perihal lapuk.

lapuk II Mn; berlapuk-lapuk (bunyi orang) bertepuk tangan;

melapuk menampar, menepuk.

Page 82: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lapun 1. sj jerat atau perangkap kijang (burung dll); ~ duduk jerat yg

bingkas apabila pesawatnya disentuh; ~ tarik jerat yg ditarik; 2.

jaring utk menangkap ikan, sauk-sauk;

melapun menangkap ikan (burung dll) dgn lapun.

lapur; berlapur bergerak-gerak spt ayam berlaga, menggelupur;

melapur menyerang dgn sayap dan kaki (ayam berlaga dll);

dilapur ayam betina prb dikalahkan oleh perempuan.

lara 1. sl sakit (susah) hati, sakit percintaan, pilu sedih: ketika sedang

melayang fikirannya yg ~ itu, tiba-tiba Mawi datang meluru;

sudahlah susah menanggung ~, air mata gugur ke riba; pelipur ~

penghibur hati yg duka atau sedih (orang dan juga hikayat); 2.

sakit; ~ wirang Jw sakit hati dan malu;

berlara-lara bersedih-sedih, berdukacita: ia sedar bahawa dirinya

tidaklah seorang di dlm bilik itu utk ~ berterusan sahaja;

melara melarat atau merana (kerana sedih dll): kebanyakannya

orang miskin dan ~ tetapi bukan sedikit orang yg kaya-raya dan

bersenang-lenang;

terlara-lara ark senantiasa bersedih-sedih, menangis dgn amat

sangat.

larah I; berlarah-larahan sl bertukar ganti (lepas seorang, seorang),

berturut-turut: mereka minum beramai-ramai, bersulang-sulangan

dan ~;

melarah mengambil giliran (utk menari dll); dilarah menari diajak

menari.

larah II; berlarah-larah bergalur-galur atau bergaris-garis (batang kayu

dll).

larai Br layar pd perahu, kapal, dll.

larak I ark tidak berdaging (buah durian), dengkel.

Page 83: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

larak II 1. sj tumbuhan (pokok), taban, Baccaurea griffithii; 2. sj

tumbuhan (pokok), pisang-pisang, pokok sebaru, Popowia

nervosk; ~ api a) sj tumbuhan (pokok renek), jari ayam, kenanga

hutan (paya), Desmos dasymaschala; b) = ~ salai sj tumbuhan

(pokok renek), pisang-pisang, akar sugi, Desmos cochinchinensis;

~ kucing sj tumbuhan (pokok memanjat), lengkian, Oxymitra

latifolia; ~ merah sj tumbuhan (pokok), Polyalthia cauliflora; akar

~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar pisang-pisang, akar salah

hutan, akar sengolok, Fissistigma fulgens; ~ tahi kucing akar

pisang-pisang jantan, Uvaria purpurea; daun ~ sj tumbuhan

(pokok memanjat), daun ekor bukit kampung, Uvaria micrantha.

laram bergaya, lagak, segak;

melaram berhias diri dgn memakai pakaian yg cantik dsb (utk

menunjuk-nunjuk);

pelaram orang yg suka melaram.

laran sj tumbuhan (pokok) dlm famili Rubiaceae, kelempayan, limpoh

(Sabah), entiponi (Sarawak), Anthocephalus chinensi.

larang I; melarang menahan drpd melakukan sesuatu, tidak

membenarkan (mengizinkan), menegah: bagaimanakah sesuatu

undang-undang yg ~ penggunaan tenaga kanak-kanak dapat

dijalankan?

melarangkan menjadikan terlarang: Seri Rama ~ pekerjaan itu

kepada kekandanya;

terlarang tidak boleh dikerjakan, tidak dibenarkan, tertegah:

perbuatan ~ di sisi agama hendaklah dijauhkan;

larangan 1. sesuatu yg dilarang atau terlarang: bagindalah yg

meletakkan kekuningan ~; seluruh kawasan hutan di keliling

kampung itu adalah kawasan ~ belaka; 2. perintah melarang

Page 84: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

(sesuatu perbuatan), tegahan: ~ keluar rumah itu berlaku mulai

hari Khamis ini;

berlarangan mempunyai larangan, ada larangannya, terlarang: ~

saya menyebut namanya;

pelarangan sesuatu yg dilarang, larangan.

larang II Mn jarang, tidak selalu.

larap I laku (barang jualan), laris.

larap II; melarapkan menghulurkan (tali dll).

larap III Kd terlalu sangat, teruk (penyakit), melampau (perbuatan,

kelakuan, dll).

laras I 1. nada (muzik, nyanyian, dll), tala; ~ bahasa variasi bahasa

berdasarkan penggunaannya (mis sbg bahasa klasik, bahasa istana,

bahasa sains, dll), ragam bahasa; 2. = keselarasan, kelarasan;

selaras sama haluan, secocok, sepadan, sesuai: tawanan perang

mestilah dijaga ~ dgn kandungan Perjanjian Geneva;

menyelaraskan memadankan, mencocokkan, menyamakan,

menyesuaikan: pd masa ini, beberapa percubaan dilakukan utk ~

demokrasi dan sosialisme;

keselarasan, kelarasan perihal sama (sesuai, setimbal, dll),

kepadanan, kesamaan, kesesuaian: ~ idea antara pereka tarian dan

pereka pakaian perlu wujud; kelarasan antara kata dan hal yg

diceritakan terdapat pd syair itu;

ketidakselarasan keadaan tidak selaras;

penyelarasan perihal (tindakan, kerja) menyelaraskan,

penyesuaian: ~ kerja;

penyelaras orang yg kerjanya (ditugaskan utk) menyelaraskan

sesuatu (spt rancangan, projek, dsb), koordinator;

Page 85: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melaraskan 1. menyamakan (nada, tala, dll); 2. menyesuaikan,

memadankan: salah satu drpd tugas buah pinggang ialah ~

kepekatan atau banyaknya garam dlm darah;

terlaras sudah dilaraskan: sistem pengiraan cukai yg ~;

pelarasan perihal melaraskan, penyamaan, penyesuaian; ~ nilai

penyesuaian harga sesuatu benda;

pelaras 1. alat utk melaraskan (memadankan, menyesuaikan): skru

~; suis ~; 2. (Eko) orang yg menaksir, menyelaraskan dan

menentukan tahap liabiliti sesebuah syarikat insurans terhadap

sesuatu kerosakan (kerugian) apabila tuntutan diterima.

laras II 1. bulat lurus atau bulat panjang: buluh yg ~; 2. bahagian senjata

api spt pistol, senapang dan meriam, yg berbentuk spt paip

(pembuluh) tempat laluan keluar peluru apabila senjata api itu

ditembak: di belakangnya tersandang sepucuk senapang ~ dua; 3.

penjodoh bilangan (bagi senapang), pucuk: kami membawa tiga ~

senapang patah.

laras III Mn 1. daerah di Minangkabau (pd zaman Belanda); tuanku ~

pegawai daerah; 2. cara pemerintahan yg mengikut adat: ~ Bodi

Chaniaga cara pemerintahan yg berdasarkan demokrasi; ~ Kota

Piliang cara pemerintahan yg berdasarkan aristokrasi.

laras IV; terang-terang ~ tidak berapa terang, samar-samar.

laras V Mn ark jatuh dgn sendirinya (daun), luruh, gugur; ~ di muncung

seseorang yg lepas cakap;

melarasi habis luruh (daun); raras.

laras suhu alat yg menetapkan suhu (dlm bilik dll) secara automatik,

termostat.

larat I 1. dibawa arus, pergi jauh-jauh, hanyut: ada untung digantung

sauh, kalau tidak ~lah kami; sauhnya ~ sauhnya hanyut (tidak

dapat berkuat); 2. dlm berbagai-bagai erti bermaksud bertambah

Page 86: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

sangat (berdukacita, mengembara, dll): makin lama makin ~ ,

makin dilupakan makin teringat; hati hiba membawa ~; ~ fikiran

a) terlalu amat sedih; b) tersesar (fikiran); ~ hati sedih hati, lara;

berlarat, berlarat-larat, melarat 1. bertambah jauh (hanyut,

pergi, dll), berpanjang-panjang, berkait-kait (perbualan, cerita, dll),

berlarut-larut, menjadi-jadi, merebak: mereka bercakap berlarat-

larat dr perkara tembakau sampai ke perkara politik; saya harap

peperangan ini tidak melarat, mudah-mudahan lekas padam dan

berhenti; 2. tidak menentu (kedudukan dll), tidak terjaga: hidup

mereka sangat melarat, pengangguran menjadi-jadi; melarat

panjang selalu dlm kesusahan;

memperlarat menjadikan lebih panjang (lama, rumit, dll);

kemelaratan perihal (keadaan) melarat: ~ hidup; salah satu

kecaman Allah ialah manusia yg tidak membantu ~.

larat II terdaya, mampu (utk melakukan sesuatu pekerjaan); tak ~ tidak

terdaya, tidak mampu: tak ~ hendak luluskan tali kerana sakit

tangan;

terlarat berupaya, terdaya: takkan ~ engkau hendak jadi pencuci

kain.

larat III; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek yg memanjat), Melodorum

spp.

larau; melarau menjadi terganggu (oleh kanak-kanak nakal dll).

lare (laré) Pr gerak mula (dlm pekerjaan dll), permulaan bekerja.

largo (Muz) muzik yg dimainkan dgn tempo yg sangat perlahan.

lari 1. = berlari bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan):

mereka pun terkejut lalu ~ tunggang-langgang; lumba ~ 100

meter; 2. menyelamatkan atau melepaskan diri (drpd bahaya,

tahanan, dll): kesemua pencuri itu telah dapat ~ drpd serbuan

polis; maka tuan Puteri Bongsu pun hendak ~lah, malu akan

Page 87: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

tuanku Malim Deman; 3. meninggalkan (sesuatu tempat,

pekerjaan, dll) tanpa kebenaran, (dan biasanya pergi ke mana-mana

supaya tidak dapat dikesani): kedua-dua orang pemuda yg ~ masuk

hutan itu akan dihukum; 4. bebas (terlepas, tersisih, dsb) drpd

sesuatu atau drpd terpaksa melakukan sesuatu: ini ialah

pembicaraan formalistik yg tidak ~ drpd konsepnya; kita tidak

dapat ~ drpd membandingkan kedua-dua bahasa kerana dua

sebab; 5. bp perginya, arah, hala, haluan: ke mana ~nya wang

tadi? 6. kecepatan, kelajuan: kuat sungguh ~nya kereta itu; 7. Jk

panjang (sesuatu bidang);

~ celebu Kl, Tr lari dgn pantas; ~ pecut larian pd jarak dekat dgn

kadar yg terpantas;

selari 1. sama hala atau arah (garisan, banjaran, dll), sejajar:

garisan lintang itu ialah bulatan-bulatan yg ~ dgn khatulistiwa;

garisan ~ garisan sejajar (tidak akan bertemu walaupun ia

dipanjangkan); 2. = selarian seimbang dgn, sesuai dgn: terdirinya

sekolah menengah itu adalah ~ dgn cita-cita kerajaan hendak

menjadikan bahasa kebangsaan sbg bahasa pengantar di sekolah;

sengaja kupakai berjalan bersama-sama dgn engkau ini supaya

selarian dan sesuai dgn darjatmu; 3. tidak putus-putus, terus-

menerus: ulasan ~;

berselari dlm keadaan yg selari: ketiga-tiga banjaran itu kira-kira

~ antara satu dgn lain;

menyelarikan menjadikan sesuatu selari (sejajar): persediaan

tersebut hendaklah diselarikan dgn program pembangunan;

keselarian keadaan selari: ~ sinar itu;

perselarian persamaan: imej-imej dlm kedua-dua satira tersebut

ada ~nya;

Page 88: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

berlari bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan):

jangan ~ nanti jatuh; ~ (-lari) anak berlari perlahan-lahan; ~ (-lari)

anjing a) berlari dgn langkah pendek; b) sekejap berlari sekejap

berjalan; guru kencing berdiri murid kencing ~ prb murid

mencontohi kelakuan gurunya terutama kelakuan yg tidak baik;

berlarian, berlari-larian, berkelarian ark 1. berlari atau berkejar

tidak tentu hala: maka gemparlah orang ~ ke sana sini; 2. dlm

keadaan berlari-lari: semua dayang dan inang pengasuh datang ~

meniarap serta menangis di kakinya; kedua-dua anaknya berlari-

larian datang mendapatkan dia; 3. berlari, berjalan cepat-cepat:

berjalan pun berlari-larian sahaja kerana hari hampir petang;

melarikan 1. membawa lari: dua orang perompak telah ~ wang

tunai dr sebuah kedai minyak; 2. memandu atau membawa laju-

laju (kenderaan dll), menyebabkan berlari (spt kuda dll): dia ~

skuternya ke pejabat; 3. = ~ diri melepaskan diri drpd (bahaya,

tahanan, dll), menghilangkan diri: beberapa orang telah ~ diri ke

hutan mencari perlindungan; ketika patah perang pd minggu yg

lalu, ia telah ~ diri; 4. mengalihkan (pandangan dll): Zaini telah ~

mukanya ke arah lain;

memperlarikan 1. melarikan (memandu kereta dll) dgn laju; 2.

lari melalui;

terlari-lari berlari-lari kerana: ~ ketakutan;

larian 1. perlumbaan (kuda dll); 2. perbuatan (pergerakan) lari: ~

mereka terhenti, di hujung jambatan itu sudah didatangi api; ~

kuda tempat perlumbaan (kuda dll); 3. jalan kecil sebelah dalam

kubu (kota dll);

pelarian 1. perihal berlari dgn cepat: matanya liar memerhatikan

sekeliling spt mata pencuri dlm ~; 2. = orang ~ orang yg melarikan

diri, pengungsi;

Page 89: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

sepelarian sejauh (yg terdaya) berlari; ~ kuda sejauh kuda berlari;

pelari orang yg berlari (dlm sukan dll), orang yg melarikan diri;

~ pecut orang yg berlumba lari pd jarak dekat dgn kadar yg

terpantas; binatang ~ binatang yg kuat berlari.

larih; berlarih-larihan saling memberi minuman, tuang-menuang

minuman;

melarih menuang minuman ke dlm gelas: maka duli tuanku sbg ~

kepadanya ... dan Temenggung dan segala orang besar-besar

melawan minum dgn dia;

melarihi memberi minum kpd (dlm jamuan dll).

larik I; melarik 1. menjadi licin dan bulat (dgn bindu), membindu,

mencanai: catur gading baru dilarik; 2. mengorek atau melubangi,

mengukir;

larikan hasil drpd melarik;

pelarikan perbuatan atau hal melarik;

pelarik alat utk melarik (bindu), alat utk membentuk belanga (labu

air dll drpd tanah liat).

larik II Jw ark baris, deret;

berlarik, berlarik-larik berbaris-baris, berderet-deret, bergaris-

garis, bergalur-galur: gajah putih yg gadingnya ~ emas suasa dan

tembaga;

melarik menyusun berbaris-baris atau berderet-deret.

lari-lari; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), Spinifex squarrosus.

laringitis (Ubat) radang pd larinks.

laringologi cabang perubatan yg berkaitan dgn larinks dan penyakit-

penyakitnya.

laringoskop (Ubat) alat utk memeriksa larinks.

Page 90: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

laringotomi (Ubat) insisi pd larinks secara pembedahan, biasanya

dilakukan utk membuat salur udara ke paru-paru bagi melancarkan

pernafasan.

larinks (Bio) organ berongga, berotot dan berawan yg merupakan salur

udara ke paru-paru dan mengandungi peti suara pd manusia dan

mamalia lain.

laris laku sekali (barang jualan), sangat suka dibeli orang (bkn barang

jualan), larap, payu: kedai itu tidak berapa ~ jualannya;

melariskan menyebabkan jadi laris: pembongkaran kisah rumah

tangga Ahmad barangkali boleh ~ penjualan surat khabar itu;

kelarisan perihal laris, lakunya: misalnya, setiap akhbar yg

diterbitkan dlm negeri ini saling mengumumkan ~ akhbar masing-

masing;

pelaris 1. = ilmu (hikmat) ~ jampi (penawar dll) yg boleh

menjadikan jualan dsb laris; 2. barang yg dijual lebih murah utk

melakukan barang yg lain.

lar-lar berkilau-kilau atau memancar-mancar (cahaya).

laron Jw kelekatu: spt ~ mengerumuni lampu.

larseni (Udg) perbuatan mencuri barang milik perseorangan.

laru Jw benda (spt ragi dll) yg dibubuh ke dlm nira dll.

larung keranda, long, peti mayat.

larut I 1. dibawa arus, makin bertambah (jarak, masa, dll), larat: ayahku

telah bertambah ~ sakitnya, ibuku dr tadi menangis sahaja; 2.

telah jauh (waktu dll), telah berlanjutan: saya berasa sejuk,

barangkali hari sudah ~ malam;

berlarut-larut berpanjang-panjang (perbualan dll), melarat-larat:

selepas itu perbahasan terus ~ hingga jauh malam;

Page 91: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

berlarutan berlanjutan (perbualan, sesuatu keadaan, dll),

berpanjangan: pemogokan tujuh puluh lima orang pekerja tersebut

~ sehingga beberapa bulan;

melarut-larutkan menjadikan sesuatu hal berlarut-larut,

memanjang-manjangkan: perkara itu dijadikan sbg satu isu utk ~

perdebatan;

kelarutan perihal larut (waktu dll), kelewatan: ~ malam

merangkak mengikut mestinya.

larut II 1. menjadi cair (bkn gula dlm air dll), hancur: sebahagian besar

drpd makanan yg dimakannya itu tidak ~ dlm air; 2. ki luput: akan

hilang namanya dan nama keluarganya, semuanya ~ dlm nama

suaminya;

berlarut; ~ hati (fikiran) ki bersedih dgn amat sangat (perasaan

hati yg hancur luluh);

melarut menjadi hancur atau cair dlm air dll: garam ~ dlm air;

melarutkan menghancurkan (spt gula dgn air dll), menjadikan

cair: kadang-kadang benda-benda spt gula atau garam dll dapat

dilarutkan dgn jalan memanaskannya; air yg ~ garam itu

kemudiannya dipanaskan;

terlarut telah atau dapat larut: nutrien yg ~ mengalir ke

permukaan tanah dan dibawa ke tempat lain; kawasan ini

mengandungi garam ~;

keterlarutan perihal (keadaan atau sifat) boleh larut: ~ karbon

monoksida di dlm air adalah sangat sedikit;

larutan 1. benda yg sudah dicairkan, cairan; 2. (Kim) campuran

sekata satu atau lebih bahan dlm pelarut: masukkan buli-buli

jangka suhu itu ke dlm ~ garam yg sedang mendidih; ~ akueus

larutan yg pelarutnya air;

Page 92: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

kelarutan perihal larut atau melarut: ~ sesuatu benda itu makin

bertambah apabila suhunya ditinggikan lagi;

pelarutan proses melarutkan;

pelarut benda (biasanya cairan spt air dll) yg boleh melarutkan

benda-benda yg lain.

larut III sj tumbuhan, ararut, sagu belanda, Maranta arundinacea.

larva serangga dlm peringkat pertama perkembangannya selepas

menetas, anak serangga.

larvisid (Kim) bahan kimia yg digunakan utk membunuh larva.

las I; batu ~ batu pengasah atau penggosok pisau (keris dll); kertas ~

kertas empelas, kertas pasir; roda ~ pengasah atau penggosok

(drpd batu dll) yg berpusing.

las II IB sambungan (pd besi dll) dgn jalan membakarnya;

mengelas menyambung (besi dll) dgn dibakar.

lasa 1. tidak dapat berasa (kerana lumpuh, kaku, dsb): sudah tepok dan ~

ini maka digagahi juga oleh Sultan Mahmud Shah dijadikan

Bendahara; 2. Mn bengkak (balur) pd tapak kaki.

lasagne (lezaniye) makanan Itali yg dibuat drpd pasta nipis dan dibubuhi

daging, tomato, sayur-sayuran, keju dan sos.

lasah I; melasahkan = ~ badan bekerja berteruk-teruk;

memperlasah menyuruh bekerja berat (teruk).

lasah II; melasah memukul; belasah.

lasah III Mn; pelasah pakaian yg selalu dipakai, pakaian yg sudah lusuh

atau luntur.

lasak I selalu dipakai (pakaian dll): jam ini juga boleh dipakai ~; tahan ~

boleh dipakai lama (pakaian dll), tidak mudah koyak (luntur, lusuh,

dll);

pelasak; pakaian ~ pakaian yg selalu digunakan.

Page 93: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lasak II selalu bergerak, tidak mahu diam (kanak-kanak dll), selalu

berpindah, tidak menentu tempat (pekerjaan dll): Johan berumur

lapan tahun dan telah menjadi budak tanggung yg sedang ~;

melasak membuat lasak, selalu merayau-rayau: budak-budak ini

bukanlah ~ spt mencuri ataupun merosakkan harta benda orang;

kelasakan perihal lasak.

lasak III Kl biasa atau lali (kerana selalu membuat dll).

lasam I ark; batik ~ sj kain batik dr Lasam: laksana batik ~ prb sesuatu

yg makin lama makin baik.

lasam II usang (warna pakaian dll).

lasana; pokok ~ sj tumbuhan (pokok renek), bunga siam, Acacia

farnesiana.

lasar Kl luas (kawasan), lapang, lebar.

lasat Mn teruk (sakit), berat, tenat.

laser alat utk menerbitkan dan memperkuat gelombang-gelombang

cahaya menjadi pancaran cahaya yg amat kuat dan tertumpu pd

satu hala; cahaya ~ pancaran cahaya sehala yg amat kuat

tenaganya dan diterbitkan dgn menggunakan sejenis alat.

lasi Mn tidak berani (lagi), jera, serik, takut;

melasi, melasikan membuat orang takut, menakutkan,

menggertak, menjerakan;

lasian ketakutan;

pelasi penakut.

lasik, lasit Mn lesit II.

laso tali yg bergelung pd salah satu hujungnya utk menangkap kuda,

unta, dsb (digunakan terutama di Amerika).

lastik 1. IB dapat memanjang (kalau ditarik) dan mengecut kembali

(getah dll); 2. IB getah; 3. perkakas (drpd getah) utk melantingkan

batu dll, jepretan, tarbil;

Page 94: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melastik melantingkan batu dll ke arah sasaran dgn menggunakan

lastik, menjepret, menarbil: ~ burung.

lasu Kd terlalu masak (buah-buahan), hampir layu (sayur-sayuran).

lasuh Mn mudah (menangkap pelajaran dll), lancar.

lasuk Br sj bakul yg dibuat drpd rotan (biasanya berbentuk bulat).

lasykar sl 1. askar, serdadu: baginda mempunyai beratus-ratus

hulubalang dan ~; 2. = ~ rakyat askar yg terdiri drpd rakyat biasa;

kelasykaran perihal lasykar.

lat I antara, selang: ia tinggal ~ tiga buah rumah dr rumah saya;

berlat berantara, berselang: demam ~ .

lat II bp lambat, lewat: aku tidak mampir dulu, kerana sudah ~;

selat-latnya selambat-lambatnya, selewat-lewatnya.

lat III bilah buluh (pd kasau).

lat IV kenduri.

lata I; melata menjalar atau merayap (binatang atau tumbuh-tumbuhan

spt ular, kacang, labu, dll).

lata II = air ~ = air melata riam atau jeram yg tegak, air terjun (yg

rendah).

lata III taraf yg terkebawah, daif, hina: baru di pasar patik yg ~ Wira

dan Semar datanglah serta; jelata.

lata IV latah I.

latah I 1. sj penyakit saraf yg menyebabkan seseorang itu (biasanya

perempuan) tidak sedar apa yg dilakukannya, suka mengikut

perbuatan atau suruhan orang dgn tidak disedari, mengeluarkan

perkataan atau membuat sesuatu dgn tidak disengajakan kerana

terperanjat dll: kanak-kanak lain menghampiri Tok Tam utk

mengusiknya supaya membuat ~ lagi; 2. berlaku spt orang gila

(kerana percintaan dll), meracau: ~lah spt orang gila tiada

khabarkan dirinya; ~ latih suka berleter; ~ mulut berkata yg

Page 95: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

bukan-bukan (spt mencarut dll); ~ wilangan (orang yg) mabuk

bercinta atau khayal dlm percintaan;

melatah mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dgn tidak

sengaja kerana terperanjat dsb;

melatahkan mengusik seseorang (perempuan) supaya melatah:

hanyalah tuan hamba latahkan;

kelatahan perihal latah;

pelatah orang yg latah.

latah II sampah (daun dll) yg di bawah tumbuh-tumbuhan (di hutan dll).

latah III Pl tidak berkaki utk berjalan.

latak tahi minyak (cat dll), hampas.

latam; melatam 1. menghentak-hentak supaya padat; ~ jalan dgn kereta

penggelek mengeraskan dan meratakan jalan; 2. Ph menyuruh

pijak-pijak oleh kerbau supaya gembur (tanah sawah);

melatamkan 1. memadatkan (tanah dll); 2. Ph menyuruh kerbau

memijak-mijak tanah sawah supaya gembur.

latang jelatang.

latar 1. Jw bidang, permukaan; 2. Jw datar, rata; 3. tanah atau dasar

(warna kain dll); 4. Jw halaman rumah; 5. latar belakang;

berlatar mempunyai latar, bertanah, berdasar: kain batik itu ~

warna hitam;

berlatarkan mempunyai sesuatu sbg latar: Samarendah yg

mempunyai motif ruang lebar yg melintang dan ~ warna gelap;

melatari menjadi latar kpd;

pelataran 1. halaman rumah; 2. tanah atau dasar kain; 3. pelantar

pd rumah (stesen kereta api dll).

latar belakang 1. pemandangan dll yg menjadi hiasan bagi sesuatu yg

utama (dlm gambar dsb); 2. dasar atau asas kpd sesuatu perkara

(hal, kejadian, peristiwa, dsb); 3. pengalaman (pendidikan, alam

Page 96: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

sekitar, dll) seseorang, biasanya yg ada hubungannya atau

pengaruhnya ke atas keadaan dirinya pd sesuatu masa;

berlatarbelakangkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg

latar belakang: setelah siap, letakkan gubahan ini di sudut ruang

tamu ~ dinding atau sebagainya; novel yg ~ desa Gunung Bayu ini

dipersembahkan secara lintasan kembali terhadap hidup lampau

seorang ketua kampung.

latas Mn; melatas memotong (rumput dll).

latat ark; melatat; ~-melotot membukakan mata luas-luas,

membelalakkan mata.

lateks (latéks) cecair yg keluar dr pokok getah, susu getah.

laten (latén) IB terpendam (penyakit dll), tersembunyi, tersorok.

lateral (Bio) berkaitan dgn, ke arah, di atau dr sisi: kecederaan di

bahagian ~ saraf; sirip ~.

laterit tanah liat merah yg terbentuk drpd pereputan batu dan terdiri drpd

besi oksida dan aluminium hidroksida.

latif, latifah Ar halus, seni, lembut (perangai dll), sedap (makanan):

makanan yg ~-~ makanan yg lazat-lazat.

latih; ~ tubi latihan (ajaran, tunjuk ajar, dsb) yg diulang-ulangi (utk

menjadikan orang yg diajar atau dibimbing itu benar-benar mahir);

berlatih = ~ diri memahirkan diri: ia sedang ~ menjadi nakhoda;

melatih 1. membiasakan, memahirkan: kita boleh ~ lidah kita

supaya fasih dgn selalu membaca kuat-kuat dgn bunyi yg betul; 2.

mengajar atau mendidik supaya mahir (pandai): mereka yg dipilih

akan dilatih berbaris oleh seorang tentera; ~ tubi memberikan

latihan (ajaran dsb) yg diulang-ulangi, mengulang-ulangi sesuatu

dlm proses atau usaha mengajar;

terlatih telah dilatih, terdidik: guru-guru yg ~;

Page 97: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

latihan pelajaran atau didikan utk memahirkan (membiasakan),

ajaran yg diterima: doktor telah menerima ~ yg cukup utk

menjalankan kerjanya;

~ amali latihan dgn mengerjakan (mengamalkan) sendiri (sains

dll); ~ asas latihan permulaan; ~ badan pelajaran gerak badan

(olah raga dll); ~ ilmiah latihan bertulis utk mendapat ijazah

(sarjana dll);

pelatihan perihal (perbuatan, proses, usaha dsb) melatih: ~ para

belia dlm bidang teknikal perlu difikirkan secara serius;

pelatih 1. orang yg melatih (mendidik, mengajar) supaya mahir; ~

bola sepak; 2. orang yg sedang menerima latihan; doktor ~ doktor

yg masih menjalani latihan praktikal (di hospital).

Latin Rumawi; bahasa ~ bahasa Rumawi; huruf ~ huruf Rumi.

lating; melating menganjal, mengambul, bingkas (jerat dll); leting II.

latis; melatis menebas (semak samun), merintis (jalan dlm hutan dll);

latisan denai atau jalan dlm hutan, rintisan.

latitud (Geog) garis pd peta yg selari dgn khatulistiwa, garisan lintang.

latlau tidak selalu, kadang-kadang, berlat-lat: dia datang ~.

latong Jw minyak ~ minyak tanah.

latu I bunga api; lelatu I.

latu II Kd 1. menggunakan sesuatu habis-habisan, spt memakai kasut yg

sama terlalu kerap sehingga haus, lanyak; 2. menggunakan

khidmat dll seseorang berlebih-lebihan (tanpa belas kasihan).

latuh sj lumut laut yg boleh dimakan: ada yg mengambil ~ dipincuknya,

ada yg mengambil agar-agar dikerabunya.

latuk; parang ~ sj parang yg bengkok hujungnya.

latur lecur, lepuh;

melatur melecur atau melepuh (spt kulit kena api dll).

lau I Ar ark jika; walau.

Page 98: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lau II Kd reban ayam.

lau III; bunga ~ sj tumbuhan (anggerik), Phalaenopsis amabilis; daun ~

sj tumbuhan (herba yg menjalar), Haemaria discolor.

lau IV Kd; bakul ~ sj bakul utk mengisi padi.

lauh I sj ikan laut, Polynemus heptadactylus (sextarius).

lauh II Ar sj papan dll yg bertulis (spt papan batu, papan hitam, dll).

lauk 1. daging atau ikan (lwn sayur) yg dimakan dgn nasi, pemakan nasi

drpd daging atau ikan: sedap benar ~ hari itu; ~-pauk bermacam-

macam lauk; 2. Br ikan hidup;

enak ~ dikunyah-kunyah, enak kata diperkatakan prb nasihat yg

baik perlu diulang-ulang menyebutnya; lagi ~ lagi nasi prb makin

kaya makin banyak sahabat; memberi ~ kpd orang membantai prb

menolong orang yg tidak perlu ditolong; mencencang ~ tengah alat

prb menceritakan cacat cela sendiri pd banyak orang; sebusuk-

busuk ~ kalau dibasuh enak juga prb sebesar-besar perselisihan

dapat diperdamaikan;

berlauk ada lauk utk dimakan dgn nasi: tersangatlah susah hati

Mak Andeh, teristimewa pula makan pun tiada ~ oleh ia pun di

dlm pantang lagi;

berlaukkan menggunakan sbg lauk: kami makan tadi ~ ikan sepat

siam.

laun lambat, lamban, lengah, perlahan; ~-~ hari beberapa hari yg lalu,

beberapa lamanya;

berlaun membuat sesuatu dgn lambat (lengah, perlahan-lahan):

kerja jangan ~ leka;

melaun-laun melengah-lengahkan, melambat-lambatkan.

laung suara yg kuat (utk memanggil atau menyeru), suara yg nyaring;

berlaung = ~ kata sl berucap dgn suara nyaring, berseru;

Page 99: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melaung berteriak (memanggil, menyeru) dgn suara yg kuat:

sambil memegang tangan adiknya Ramli cuba ~ dgn sekuat-

kuatnya;

melaungkan 1. meneriakkan, memanggilkan: ketika itu Wan Dah

~ supaya jangan dikejar perahu yg lari itu; 2. = melaung-

laungkan menganjurkan (mengucapkan dsb) sehingga atau dgn

cara diketahui umum, menyerukan: beliaulah yg selalu ~

penggunaan tong sampah;

laungan panggilan, teriakan: ~nya itu didengar orang;

pelaung 1. = gong ~ sl gong utk menghimpunkan (mengerahkan,

memanggil) orang; 2. = alat ~ alat utk membesarkan suara;

sepelaung, sepelaungan sejauh yg boleh didengar teriakan orang,

jarak yg agak dekat.

laur Mn 1. lentuk, lentur; 2. penjodoh bilangan utk benda yg melengkung

(cincin, gelung, dll); gelang se~ seurat gelang;

melaur melentur, melengkung.

laut I 1. air masin yg menggenangi sebahagian besar drpd muka bumi,

lwn darat: L~ Merah; L~ China dll; biru air ~; 2. kumpulan

sesuatu benda yg amat banyak: ~ api; ~ madu; 3. utara; barat ~

arah di antara barat dgn utara; timur ~ arah di antara timur dgn

utara; 4. Ph, ki jauh ke tengah (sungai, tasik, dll);

~ api a) kebakaran yg besar; b) kumpulan api yg besar; ~

janggawari laut yg besar; ~ kalzum sl Laut Merah; ~ lepas

(berdebu, jelebu, jerebu, serebu, rembang) laut yg terbentang luas;

~ budi tepian akal prb orang yg cerdik dan pandai; ~ ditembak

darat kena prb beroleh sesuatu yg tidak dihajatkan; ~ ditimba akan

kering prb harta walau banyak sekalipun akan habis juga jika

selalu dibelanjakan; ~ mana yg tak berombak, bumi mana yg tak

ditimpa hujan prb manusia mana yg tiada membuat kesilapan

Page 100: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

(segala pekerjaan ada kesulitannya); tak ada ~ yg tidak berombak

prb tidak ada pekerjaan besar yg tidak ada bahayanya;

melaut 1. spt laut, luas spt laut: kawasan hutan simpan yg ~

luasnya; 2. turun ke laut (utk belayar dll); sudah ~ mendarat sudah

pergi ke mana-mana; tak sungguh seluang ~ akhirnya balik ke tepi

juga prb tidak betah merantau akhirnya balik ke kampung juga;

melauti pergi belayar di laut, melayari;

melautkan ki membesar-besarkan, menghebah-hebahkan; setitik

dilautkan sekepal dibukitkan prb membesar-besarkan perkara yg

kecil;

memperlaut melayarkan kapal (perahu dll), mengirim barang-

barang dgn kapal;

lautan 1. laut yg besar (luas): tidurlah jangan ingatkan orang yg

jauh di seberang ~; L~ Teduh laut di antara Amerika dgn Asia dan

Australia, Lautan Pasifik; 2. kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~

api; ~ air mata; ~ padi kawasan padi yg luas;

kelautan yg berkaitan dgn laut: iklim ~;

pelaut orang yg selalu turun ke laut (kelasi dll), pelayar;

kepelautan kemahiran dlm kerja-kerja mengemudikan atau

mengendalikan kapal, bot dsb.

laut II; lalang hantu ~ sj tumbuhan (rumpai), Myriostachya wightiana.

lava lahar.

lavender (lavénder) sj tumbuhan drpd genus Lavandula yg bunganya

berwarna ungu muda dan berbau harum.

lawa I cantik (orang, perhiasan, dll), bergaya, indah, menarik hati, segak:

bentuk mukanya lebih ~ drpd kedua-dua kawannya;

melawa memakai atau berhias (supaya kelihatan lawa), melagak,

meraga: tiap-tiap hari selepas bekerja dia ~;

Page 101: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melawakan menjadikan lawa (dgn memakai atau berhias): Hasnah

bermekap dan memakai pakaian yg cantik-cantik utk ~ dirinya.

lawa II ark galang atau palang (pd perahu dll);

melawa ark menggalang atau merintang pengantin laki-laki ketika

hendak ke rumah pengantin perempuan (hingga dibayar wang

adat);

pelawa penggalang, perintang.

lawa III Sr sombong.

lawah terbuka atau luas (pemandangan), jelas, lantang.

lawah-lawah Jk labah-labah.

lawai Jw benang.

lawak I jenaka, kelakar: ahli-ahli ~ yg terkenal akan mengambil

bahagian dlm pertunjukan itu;

lawak-lawak perbuatan yg menggelikan hati (lucu); ~ main bunga

tahi prb olok-olok biasanya membawa kpd perselisihan;

berlawak, berlawak-lawak, melawak, melawak-lawak

melakukan atau membuat sesuatu yg menggelikan hati

(melucukan), berjenaka, berolok-olok;

pelawak 1. orang yg suka membuat kelakar (lawak dsb); 2. tukang

lawak; 3. Kl orang yg pembohong (tidak bercakap betul).

lawak II Mn; lawak-lawak tempat makanan kuda (burung dll), palung;

tinggi ~ suka hidup berlebih-lebihan.

lawak III; temu ~ sj tumbuhan (rizom), Curcuma longa.

lawan 1. pasangan yg tepat, jodoh: ulam ~nya sambal; ~ menari

pasangan menari; 2. imbangan, tandingan: kecantikan gadis itu

tidak ada ~nya di kampung kami; 3. musuh (dlm peperangan,

permainan, sukan, dll), tentangan: tuan telah berjaya mengalahkan

~ tuan; 4. tentangan (spt laki-laki dgn perempuan), kebalikannya:

kecil ~nya besar; gelap ~nya terang; 5. = melawan: jikalau dapat,

Page 102: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

kami ~; jikalau tidak dapat, kami berlepas diri; ~ asas Id

bertentangan dgn yg lazim (pendapat dll); ~ hukum a) melawan

hak; b) Id melanggar hukum; ~ politik tentangan dlm politik;

berlawan 1. mempunyai lawan (tandingan dll): hulubalang terlalu

perkasa tiada ~ di dlm negeri; 2. bersalahan (pd hukum, undang-

undang, dll), bertentangan dgn: perbuatan yg ~ dgn undang-

undang; 3. bertanding (dlm permainan dll), beradu: Baba Melaka

telah ~ pantun dgn orang dr Kedah; ~ senjata;

berlawanan 1. bertentangan, tidak sehaluan atau sama:

pendapatnya ~ dgn apa yg dipercayai oleh ibunya; 2. berlumba

(utk mencapai matlamat yg sama), bersaingan (dlm perniagaan

dll): kumpulan Ghee Hin ialah puak yg ~ dgn kumpulan Hai San;

3. berlainan sekali, bertentangan (arah, sifat, tujuan, dll): kerana

perangai kami yg ~ inilah agaknya rapat benar persahabatan

kami;

berlawankan sl menentang utk, berlawan kerana: kurang ia ~ Duli

Yang Dipertuan lebih ia ~ anak isterinya bersungguh-sungguh;

melawan 1. menentang (musuh, lawan, dll), menyangkal: yg

hamba harap hanya ia juga akan ~ segala seteru hamba; tidak

baik ~ kedua-dua ibu bapa; ~ kuman penyakit; 2. melayan (berbual

dll), membuat kawan (bercakap dll): orang-orang yg dilawannya

berbicara itu terdiri drpd orang-orang yg tidak berapa biasa

dengannya; 3. menandingi (dlm perniagaan, perjalanan, dll),

menyaingi (utk menyamai atau melebihi yg lain), beradu dgn;

melawani sl menentang akan, melawan akan, memusuhi: surat ini

hendak pun tidak dilawani, takut mudarat ke atas nyawa;

memperlawankan 1. membuat supaya berkelahi (bermusuh,

berlaga, dll), memperlagakan, mengadu; 2. menjadikan

bertentangan (berlawanan dll);

Page 103: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

kelawanan ark kebolehan (kecekapan, kesanggupan) utk melawan

atau berlawan;

perlawanan 1. perihal melawan (menentang musuh dll),

tentangan: Rommel kembali ke Jerman utk memimpin ~ terhadap

pendaratan pasukan-pasukan pihak Berikat; pemerintahan

Belanda di Indonesia menyerah kpd tentera Jepun dgn tidak

mengadakan ~ yg tegas; 2. pertandingan (sukan dll), peraduan:

pasukan hoki tersebut akan mengadakan ~ persahabatan di

Melaka; 3. perihal berlawanan (spt siang dgn malam dll),

pertentangan (makna dll): ~ kata;

pelawan (orang yg) suka melawan atau menentang, orang dll yg

dijadikan lawan, penentang, pembantah, penyangkal: diperoleh

ayam akan ~ ayam Raja Chulan itu; anak ~ anak derhaka.

lawang I Jw pintu; ~ seketeng pintu gerbang.

lawang II 1. sj tumbuhan (pokok), Cinamomum spp.; 2. = bunga ~ =

kembang ~ sj rempah yg keras dan menyerupai kelopak bunga.

lawang III sj ikan darat, Pangasius micronemus.

lawar I lawa I.

lawar II daging atau ikan yg disiat (dihiris) halus-halus;

melawar menyiat (menghiris) daging atau ikan halus-halus.

lawar III; ~ putih sj tumbuhan (pokok), medang api (kelawar, kelici,

pipit), Elaeocarpus parvifolius.

lawas I luas (kawasan, pemandangan, dll), lapang, terbuka;

melawas luas (kawasan, pemandangan);

kelawasan keluasan atau kelegaan (hidup dll), kemudahan.

lawas II lancar pembuangan air besar atau kecil: sakit kencing tak ~;

melawaskan menjadikan lega atau lawas (perut): ~ buang air

besar dgn Brooklax;

Page 104: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

pelawas (Bio) makanan yg kaya dgn bahan yg tidak dapat tercerna

(terutamanya selulosa).

lawas III; melawas berkurangan (hasil buah-buahan dll), menjadi

kurang.

lawas IV Jw ark lama.

lawat; melawat 1. pergi mengunjungi (negara asing dll): ~ ke Jepun; 2.

menziarahi jenazah;

melawati datang melihat, mengunjungi, menziarahi (jenazah,

orang sakit): ~ orang mati; maka terdengarlah kpd orang kuala

bunyi bedil spt bertih, maka segera dilawatinya;

lawat-melawati saling melawat antara satu sama lain, kunjung-

mengunjungi;

lawatan perihal melawat (mengunjungi, menziarahi, dll),

kunjungan: mereka berbual panjang tentang ~ ke Batikan; ~

sambil belajar lawatan ke sesuatu tempat (institusi, firma dsb) utk

meninjau (mengetahui atau mempelajari) serba sedikit fungsi,

aktiviti atau perjalanan institusi, firma dsb itu;

pelawat orang yg melawat, pengunjung: ~-~ Zoo Negara.

lawe (lawé) Jw benang tenun.

lawean (lawéan) Jw ark sj hantu yg tidak berkepala.

lawi = lawi-lawi bulu ekor ayam (burung) yg panjang dan melengkung; ~

ayam a) sj pisau yg melengkung, kerambit; b) sj ikan laut, Coilia

spp.

lawon Jw kain putih.

lawrensium (lawrénsium) (Kim) sj unsur logam yg radioaktif.

layah I; melayah meliuk ke kiri ke kanan, ke hadapan atau ke belakang

(spt kayu ditiup angin, orang menari dsb);

terlayah terlentok atau terliuk.

layah II (kain) tudung muka, berguk;

Page 105: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melayahkan menutupkan kain (pd muka, kepala).

layah III; melayah = melayah-layah terbang rendah-rendah, terbang

labuh: tiba-tiba ibu burung melayah-layah di atas kepala Mat.

layah IV Mn leper (piring dll).

layak I 1. padan, patut, sesuai: makanan spt itu hanya ~ utk anjing

sahaja; maka barang siapa datang pd baginda, masing-masing pd

~nya diberikan oleh baginda; menurut punca-punca yg ~

dipercayai; 2. mempunyai kebolehan (sifat, kemampuan, dsb) yg

tertentu atau yg sewajarnya (utk sesuatu), memenuhi syarat-syarat

yg ditentukan (utk sesuatu); 3. laku, rupa: engkau hinakan aku spt

mengusir seekor anjing yg berkurap ~nya;

selayaknya sepatutnya, sepantasnya: ~lah Pak Sudin dilantik

menjadi Ketua Kampung pula;

melayakkan menjadikan layak, memadankan, menyesuaikan:

hanya diri dan kaum kita sahaja yg mesti insaf sendiri dan ~ diri

supaya boleh mencapai kemerdekaan yg halal;

kelayakan kebolehan, kecekapan, kesanggupan: tiap-tiap

bahagian perkhidmatan itu berkehendakkan ~ atau kelulusan yg

khas;

berkelayakan mempunyai kelayakan, berkebolehan, cekap:

seorang pegawai yg ~ dihantar utk memeriksa hal ehwal

kewangan.

layak II; ikan ~ ikan yg dibelah dr belakangnya dan dikeringkan;

melayak membelah ikan utk dikeringkan.

layak III; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat yg berteras), akar

pisang-pisang jantan, Uvaria purpurea.

layak IV Kd tong membanting padi.

layam; berlayam, melayam sl melela-lelakan pedang dll,

menghayunkan pedang dll: maka Tun Bija Sura pun menyanyi

Page 106: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

pedikir, perisainya bergenta, maka ia pun ~lah di hadapan Betara

Majapahit.

layan; ~ diri pelayanan diri sendiri oleh pembeli kerana penjual atau

syarikat perniagaan tidak memberikan khidmat melayan para

pembeli;

melayan, melayani 1. menyempurnakan keperluan orang lain

(pembeli, tetamu, dll), meladeni: seorang gadis Cina senantiasa ~

pelanggan-pelanggan di situ; 2. mempedulikan (suami, teman,

dll), mengendahkan, menerima baik (terhadap orang lain): Edah

membentak kerana malas hendak ~ suaminya; 3. menentang

(musuh dll): kakang kehilangan saudara sekarang, namanya itu

Panji Semirang, lama dicari bukan kepalang, sebilang negeri

dilayan perang; 4. mengikut kehendak (hati, fikiran, dll): sejurus

ia bermenung ~ fikiran yg berkacau itu; 5. menggunakan sesuatu

alat kerja dgn cermat dan betul;

melayankan 1. menyediakan sesuatu utk orang lain (spt hidangan

makanan dll), menghidangkan, menyajikan; 2. menurutkan

kemahuan (sendiri atau orang lain): ia telah cuba memujuk supaya

Wan Intan mahu ~ kehendak hatinya;

layanan perihal melayan(i), ladenan: permohonan mereka telah

tidak mendapat ~ drpd pihak yg tertentu; pembelaan dan ~ kakak

ini tidak spt yg sepatutnya;

pelayanan perihal atau perbuatan melayan;

pelayan 1. orang yg kerjanya melayan, orang suruhan, pembantu;

2. (Komp) peranti atau program komputer yg membekalkan data

dan maklumat kpd komputer lain yg mempunyai hubungan

rangkaian dengannya;

Page 107: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

~ besar ketua orang suruhan; ~ dapur orang yg bertugas di dapur

(spt memasak dll); ~ pejabat budak suruhan (membantu kerja) di

pejabat.

layang I terbang; baju (kain) ~ sl baju (kain) yg membolehkan orang

terbang; surat ~ surat yg tidak dibubuh nama pengirimnya, surat

terbang;

selayang sambil lalu (pandangan, perhatian, dll), selintas, sepintas:

~ pandang (lalu);

layang-layang 1. = layangan Jk sj rangka drpd kayu dan dibaluti

dgn kertas yg boleh diterbangkan ke udara dgn tali, wau; 2.

bahagian rumah antara bumbung dgn dinding yg berbentuk segi

tiga;

~ putus talinya prb sudah putus harapan (bergantung pd nasib); ke

mana hendak pergi ~ itu, talinya di tangan kita prb orang yg lemah

itu tidak akan lepas drpd hukuman orang yg berkuasa (orang yg

berhutang itu tidak akan lari kalau jaminan ada pd kita); macam

memegang tali ~ prb perihal orang yg berkuasa ke atas orang lain;

berlayangan berterbangan (spt bulu ditiup angin);

melayang, berlayang ark 1. terbang dgn tidak mengipas-

ngipaskan sayap, terkatung-katung di udara (kertas atau daun

ditiup angin, kapal terbang, dll): beberapa kali kapal terbang kipas

empat ~ rendah di atas hutan tempat kami bersembunyi; 2. tidak

tenggelam dan tidak timbul (dlm air); 3. ki hilang (nyawa dll),

lenyap, tidak tenang (fikiran): ~ fikiran; ~ nyawa (jiwa) mati;

melayangkan 1. membuat supaya terbang atau melayang,

menerbangkan: yg bulat digolekkan, yg pipih dilayangkan; 2.

mengarahkan (pandangan dll), menghalakan, mengirimkan (surat

dll): sesudah bersalam-salaman, Rosli ~ matanya ke kiri dan ke

kanan; ~ surat mengirimkan surat;

Page 108: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

terlayang, terlayang-layang 1. dlm keadaan melayang-(layang),

berterbangan: tiap-tiap biji spora itu akan terlayang-layang di

udara sehingga ia jatuh di suatu tempat lalu bercambah; 2. =

mata(nya) ~ tertidur, terlena: sudah berkokok ayam tanda hari

akan siang, barulah matanya terlayang-layang hendak tidur;

pelayangan ark baju (kain) layang.

layang II sj tumbuhan (pokok), dering, medang buaya (kelarah, mantu,

miang), Cryptocarya griffithiana.

layang III; pelayangan 1. perihal menyeberang (dgn perahu tambang),

penyeberangan; 2. perahu tambang, penambangan.

layang IV; melayang menghiris nipis-nipis (buah mangga dll); pipi

bagai pauh dilayang ki pipi yg penuh (gebu).

layang-layang I sj burung; ~ berjambul, Hemiprocne coronata; ~ besar

ekor jarum, Hirundapus giganteus; ~ gua tongkeng, Hirundo

daurica; ~ kecil, Rhaphidura leucopygiasis; ~ rengkung putih,

Hirundapus caudacutus; ~ rumah, Apus affinis.

layang-layang II; ikan ~ sj ikan yg boleh melayang.

layap I hampir mencecah tanah atau air (burung terbang dll), rendah;

berlayapan, berlayap-layapan 1. berterbangan rendah (burung

dll); 2. berayunan (pokok ditiup angin dll), berliuk-liuk;

melayap terbang rendah (burung dll), melayang rendah-rendah;

melayapi terbang rendah di (ke), melayang rendah di (ke);

melayapkan, melayap-layapkan menyebabkan terbang atau

bergerak-gerak (spt angin meniup pohon).

layap II; melayap-layap, melayap Jk terlayang-layang (tidur), belum

lelap betul, tidur-tidur ayam.

layar 1. kain penampung angin (utk menjalankan perahu, kapal): setelah

itu sauh dibongkar, ~ pun ditarik, belayarlah geliung panjang itu;

kapal ~ kapal yg menggunakan layar; 2. tirai, penutup jendela, dll,

Page 109: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

langsir; 3. = ~ perak (putih) kain tempat menayangkan wayang

gambar (wayang kulit dll): bintang-bintang lawak di ~ perak cuma

berada di bibir mulut peminat-peminat filem selagi mereka

berlakon; 4. = kain ~ sj kain tebal (utk dibuat layar);

~ agung layar yg terbesar (pd kapal); ~ apit layar pendua (bagi

layar agung); ~ batang layar yg dipasang pd kayu yg

menghubungkan tiang dgn hujung layar itu; ~ bubutan (temberang)

layar dekat layar agung (utk membelok); ~ bulu ayam layar

pengimbang (pd tali penyokong tiang); ~ cucur layar segi tiga (yg

dipasang pd tiang yg terdepan), jib; ~ dastur (pinggir) layar kecil

sbg pembantu layar yg besar; ~ gap (gusi) layar yg dipasang pd

canggah yg dilekatkan di bahagian atas tiang kapal; ~ padau layar

yg dipasang ketika angin ribut; ~ pengapuh layar yg dipasang di

atas layar terbawah; ~ penyorong (baksi) layar yg dipasang pd

tiang belakang jib; ~ pucuk jala (tanjak, tanjung) layar besar di

belakang jib; ~ sabang layar yg dipasang pd tiang perahu kecil di

belakang; ~ terbang (top) layar segi empat yg dipasang melandai

pd tiang; ~ topang layar yg terbesar pd tiang depan; ~ menimpa

tiang prb seseorang yg diharapkan menjadi pembelot;

berlayar menggunakan layar (perahu, kapal): perahunya lilin ~

kertas;

belayar 1. berjalan atau bergerak (bkn kapal atau perahu): kapal

itu sedang ~ menuju ke pelabuhan Kelang; 2. pergi (berpergian)

dgn kapal atau perahu: mereka akan ~ ke India dgn menaiki kapal

penumpang; ~ dulu ki meninggal dunia; ~ ke pulau kapuk tidur;

~ atas angin prb berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain; ~

bernakhoda, berjalan dgn yg tua prb segala pekerjaan lebih baik

diusahakan di bawah pimpinan orang yg lebih berpengalaman; ~

sambil memapan, merapat sambil ~ prb sekali melakukan kerja

Page 110: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

dua tiga maksud tercapai; berbuat di alang tahun, ~ di luar musim

prb mengerjakan sesuatu pekerjaan tidak pd waktunya tentu tidak

mendapat hasil;

melayari belayar di (laut, sungai) dgn kapal atau perahu,

mengharungi: tiga hari sudah mereka ~ laut lepas dgn tiada

diganggu oleh apa-apa jua; ~ Internet mencari dan mendapatkan

maklumat, data dsb dlm Internet;

melayarkan membuat supaya belayar (kapal, perahu),

menjalankan (kapal, perahu), membawa belayar: kapal itu

dilayarkan kembali ke pangkalannya;

pelayaran perihal belayar, perjalanan kapal dsb: pejabat ~;

sekolah ~; selama dlm ~ itu, ia tidur atau duduk sahaja; orang ~

orang yg kerjanya belayar, pelayar;

berpelayaran ark telah biasa atau selalu belayar;

pelayar 1. orang yg kerjanya belayar; 2. (Komp) sj program

komputer yg digunakan utk melayari Internet: laman Web ini

hanya boleh dibuka dgn menggunakan ~ Netscape Navigator

sahaja; 3. (Komp) orang yg melayari Internet: ~ boleh

mendapatkan maklumat dr laman Web;

kepelayaran hal, sifat dsb yg berkaitan dgn pelayar: semuanya

bermula drpd sifat kepahlawanan dan ~ orang Melayu pd waktu

itu.

layaran layar-layar.

layar-layar sj ikan laut, Istiophorus spp.

layas I; melayaskan ark tidak mempedulikan, menolak.

layas II Mn ark bilah (kayu yg dipasang di atas kasau) tempat memasang

atap.

layat Jw melawat orang mati.

layon = layonan Jw ark jenazah raja, mayat raja.

Page 111: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

layu 1. kering dan kecut (daun, bunga, dll), tidak berseri atau tidak segar

lagi, lisut: kajang orang kajang berlipat, kajang saya mengkuang

~; 2. ki pucat dan lesu (orang), tidak bergaya, tidak sihat, merana:

gadis tua yg sudah ~; ~ bunga (barang yg) sudah lama tetapi masih

elok (kain dll); ~ malap Kl terlalu letih;

dianjak ~, dibubut (dianggur) mati = diasak (pindah) ~, dicabut

mati prb keputusan yg muktamad (tidak dapat diubah-ubah lagi);

melayukan ark menyebabkan jadi layu (melayurkan,

menganggurkan, dll): bilamana bunga itu hendak menjadi putik

maka datang sahaja panas matahari ~ bunga itu;

layu-layuan 1. sesuatu yg layu; 2. = padi ~ Mn padi yg telah mulai

kering;

kelayuan 1. keadaan layu; 2. = layuan ki kemangkatan (raja).

layuh Mn 1. lumpuh (kaki dll), tepok; 2. ki tidak bertenaga, lemah, tidak

menarik lagi (rupa dll), luntur.

layuk Mn; melayuk meliuk lentok, melayah (spt perempuan berjalan).

layu lecuh; melayulecuhkan menjadikan layu sehingga lecuh.

layung Jw ark warna kuning pd waktu petang.

layur I Mn layu, lembut dan lemah;

melayur 1. mendiang di api, memanggang, menyalai,

mengganggang: sebelum dijangat, mengkuang itu hendaklah

dilayur dahulu; 2. terlalu panas atau hangat: maka terbitlah

matahari ~ panasnya;

melayurkan mendiangkan atau mengganggangkan (utk

memanaskan, mengeringkan, dll) memanggangkan, menyalaikan:

ayam dibersihkan serta dilayurkan ke api dan dipotong.

layur II Kd, Pn, bp menunjuk-nunjukkan diri, menayang-nayangkan diri.

layur III sj ikan laut, Trichiurus spp.

layut I; melayut melendut (dahan pohon yg lebat buahnya), melendung.

Page 112: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

layut II; melayut, melayut-layut bersambung-sambung dan mendayu-

dayu (suara), tidak putus-putus: bunyi budak-budak mengaji Quran

bersahutan, ada yg nyaring suaranya dan ada pula yg melayut-

layut.

lazat I 1. sedap, enak: berbagai-bagai makanan yg ~ dihidangkan di

majlis itu; 2. seronok;

berlazat 1. berseronok, bersedap-sedap; 2. bersetubuh; suka ~ suka

bersetubuh;

melazatkan menjadikan sesuatu lazat, menyedapkan,

mengenakkan: sedikit rencah dibubuh utk ~ masakan sayur goreng

itu;

kelazatan 1. kesedapan, keseronokan: kebahagiaan dan ~ yg sejati

hanya terdapat bilamana kita mengingati Allah; 2. terlalu suka

atau gemar;

pelazat bahan yg melazatkan makanan.

lazat II Mn ark teruk atau berat (penyakit), lasat, payah; penyakit ~ a)

penyakit yg berat (teruk); b) penyakit raja singa (sifilis dll).

lazim telah umum (dipakai, dilakukan, dll), biasa, ghalib, selalu: hal yg

seumpama itu telah ~ berlaku di England; ~nya biasanya,

selalunya, umumnya;

melazimkan menjadikan lazim, membiasakan: agama pun

mengizinkan laki-laki beristeri empat dan adat pun ~ pula;

kelaziman sesuatu yg telah menjadi lazim: maka menjadi ~ bagi

pihak mahkamah membenarkan ikat jamin kpd orang yg dituduh

itu;

pelaziman proses menjadikan sesuatu (tindakan, perlakuan) lazim.

lazuardi 1. sj galian berwarna biru tua yg terdiri terutama drpd lazurit

dan digunakan sbg batu permata dan bahan cat; 2. warna biru tua

spt warna lazuardi.

Page 113: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lb kep paun (ukuran berat).

LCD kep liquid crystal display (paparan hablur cecair).

lebah serangga kecil berkepak empat dan bersengat yg mengeluarkan

waks dan madu; jenis-jenisnya: ~ betul, ~ keram, ~ lalat, dll; air

(manisan) ~ air madu;

~ bergantung a) sj ukiran pd jerubung perahu; b) bentuk dagu yg

cantik; c) Kl pakatan yg kukuh; spt ~ , mulut bawa madu, pantat

bawa sengat prb a) orang kaya yg murah hati tetapi sombong; b)

perempuan yg elok paras dan tutur katanya tetapi buruk perangai.

lebai I 1. orang yg tahu tentang agama: bibirnya bergerak-gerak bagai ~

membilang tasbih; 2. orang yg mengerjakan sesuatu yg

bersangkutan dgn agama Islam;

~ kelarah Kl lebai yg busuk hati (suka mengumpat dan mencela

orang); ~ ketayap lebai yg menyangka dirinya mempunyai

pengetahuan yg luas tentang agama tetapi sebenarnya tidak; ~

malang orang yg selalu sial; ~ penghulu Id penghulu agama dlm

daerah; ~ pulut Kl = ~ tembolok lebai yg suka menerima jemputan

kenduri tetapi enggan datang utk beribadat;

kelebaian (sifat, sikap, dsb) yg berkaitan dgn lebai: sikap hidup

mereka yg ~ dan tidak moden itu.

lebai II nama daun (dlm permainan ceki).

lebai III sj ikan laut, Upeneus spp.

lebak I bunyi spt bunyi tamparan (buah gugur dll), debak.

lebak II Jw tanah yg rendah, lembah.

lebam I biru kehitam-hitaman (buah yg gugur, badan kena pukul, dll):

Ahmad dipukul emaknya sampai ~-~ belakangnya; biru ~ biru

kehitam-hitaman (bekas kena pukul dll); hitam ~ hitam pekat;

kelam ~ terlalu gelap;

Page 114: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melebam menjadi atau kelihatan lebam: dagu yg kelihatan halus

dan agak ~;

kelebam-lebaman kelihatan spt lebam: kening matanya yg agak

biru ~.

lebam II bunyi spt bunyi barang jatuh dll.

lebam (lébam) III sj ikan laut, Teuthis spp.

leban I sj tumbuhan (pokok); jenis-jenisnya: a) = ~ bunga = ~ hitam = ~

kunyit = ~ nasi-nasi = ~ tanduk sj tumbuhan (pokok), Vitex

pubescens; b) lenggundi, Vitex negundo; ~ bunga = ~ kunyit

gading kahwa, halban, pokok gelang kapur, Vitex longisepala; ~

bunga = ~ tanduk, Vitex quinta; ~ bunga belakang ular, cencang,

cungkil, tumbit kayu, Allophylus ternatus; ~ condong mengkedi,

Engelhardtia nudiflora; ~ nasi = ~ pacat = ~ pelanduk galang

dapur, pelong, selongcong, setulang, Vitex gamosepala;

pucuk ~ gading gajah, kerja segan makan gagah prb (orang yg)

malas bekerja tetapi kuat makan.

leban II sj ikan laut, Siganus spp.

lebang ark; ~ pinggang berasa sakit dan kaku pinggang (perempuan

hamil yg hampir akan bersalin).

lebap bunyi spt bunyi buah jatuh ke tanah dll.

lebar bunyi spt bunyi orang terjun ke dlm air, cebur; ~-lebu bunyi spt

bunyi denyutan jantung yg kencang (kerana terperanjat dll),

berdebar.

lebar (lébar) 1. lapang (kawasan dll), luas, tidak sempit: Jawa Tengah

tidak se~ Jawa Barat dan Jawa Timur; 2. lintang (lwn panjang) pd

sesuatu kawasan: ~ tanah ini kira-kira dua puluh meter; ia

tersenyum ~; ~ mulut (orang yg) banyak cakap;

melebar menjadi (lebih) lebar: senyuman Datuk Ujang yg sudah

tumpas tadi ~ semula;

Page 115: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melebarkan membuat jadi lebar, melapangkan, meluaskan:

mereka datang hendak ~ tanah jajahan mereka; ~ jalan-jalan yg

sempit;

memperlebar menjadikan lebih lebar;

kelebaran keadaan lebar;

pelebaran perihal atau perbuatan melebarkan, peluasan.

lebaran Jk hari raya puasa (pd 1 Syawal); ~ besar (haji) hari raya haji

(pd 10 Zulhijah);

berlebaran berhari raya.

lebas; melebas ark menyebat (dgn rotan dll), membelasah, memukul.

lebat 1. banyak dan rapat tumbuhnya (rambut, bulu, buah, daun, dll):

rambutnya ikal, ~ dan hitam; kian lama kian jauh perjalanan kita,

kian lama kian ~ rimba yg dituju; pokok ini ~ buahnya; 2. banyak

lagi tebal (hujan, embun, dll): hujan yg turun dgn ~nya pd pagi itu

masih belum sidang-sidang lagi; 3. banyak lagi penuh (bkn corak

kain dsb): dia boleh menyiapkan sehelai kain songket yg ~ corak

emasnya dlm masa dua belas hari sahaja;

melebat menjadi lebat (hujan, buah-buahan, dll): hujan mula ~

kembali;

melebatkan menjadikan atau menyebabkan lebat: minyak yg

dikatakan dapat ~ rambut; sj baja yg digunakan utk ~ buah

mangga setiap kali musim berbuah;

kelebatan perihal lebat (hujan);

pelebat (bahan) yg melebatkan: lemak udang pula boleh dijadikan

bahan ~ rambut atau bulu roma.

lebek (lébék) Kd; melebek terlipat (mata pisau dll).

leber (lébér) I Tr; berleber, beleber berleter.

leber (lébér) II Jk; meleber melimpah (kerana terlalu penuh), meluap,

mengalir (meleleh) ke merata-rata.

Page 116: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lebih 1. melampaui had yg sepatutnya, bertambah (dr dahulu): harga

gula sekarang ~ mahal drpd harganya tiga tahun dahulu;

kedudukannya sekarang ~ terjamin; ~ baik duduk diam drpd

berkata yg sia-sia; 2. baki, sisa: tiga dibahagi dgn dua, ~ satu; 3.

bertambah sedikit (drpd angka yg dinyatakan): ia bekerja di

pejabat itu lima tahun ~; 4. semakin, kian bertambah: makin lama

menjadi ~ berani ia;

~ jauh selanjutnya, seterusnya; ~ kurang kira-kira, agak-agak; ~

masa yg dilakukan (berkaitan dgn kerja) di luar waktu kerja yg

telah ditetapkan; ~ umur melewati umur (yg dikehendaki), tua; ~

lagi = lebih-lebih;

selebihnya baki drpd sesuatu, lebihnya, kelebihannya;

lebih-lebih = ~ lagi tambahan pula (lagi), apa lagi, lagi pula,

teristimewa pula: betapa senangnya hati anak negeri, ~ lagi hati

mereka berdua jika padi itu berbuahkan beras kelak; mereka yg

mempunyai sifat kegembiraan ini selalu murah rezekinya, ~ lagi

mereka yg peramah dan berbudi bahasa;

selebih-lebihnya paling banyak (ramai): anggota jawatankuasa

sekurang-kurangnya tujuh orang dan ~ dua belas orang;

lebih-lebihnya paling lebih: tugas seseorang diplomat bukan utk

menggubah matlamat kerajaannya, tetapi ~ utk menjelaskannya di

negara luar;

berlebih 1. ada lebihnya, berbaki, bersisa: pendapatannya ~ dr

perbelanjaannya; 2. terlalu banyak, banyak sangat: menempatkan

semula penduduk yg ~ di Pulau Jawa; ~ kurang bertolak ansur

(dgn kawan dll);

berlebih-lebih 1. terlalu banyak lebihnya (makanan dll): pakaian

yg dibelinya itu ~; 2. melewati (bertambah) dr yg sebenarnya:

Page 117: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

kebesaran raja-raja pd zaman dahulu biasanya diceritakan dgn

cara yg ~;

berlebihan terlalu sangat (banyak, lebih, dll): beras ada juga yg

dieksport kerana ~ drpd keperluan tempatan;

berlebih-lebihan 1. terlalu sangat (banyak), melampaui batas

(sepatutnya): dlm hikayat-hikayat lama itu ada bahagian yg agak ~

sehingga tidak dapat diterima akal; pernahkah saya bersikap ~

terhadap gadis itu? 2. berlumba utk beratas-atasan (atas-

mengatasi): mereka saling ~ memakai barang kemas;

melebih, melebih-lebih berbuat lebih drpd yg sepatutnya (drpd

orang lain), menambah supaya lebih: kamu janganlah ~ sangat;

melebihi 1. lebih drpd, melewati, melampaui, mengatasi: darjah

hidup kaum pekerja sekarang betul-betul sudah ~ darjah hidup

mereka sebelum perang; 2. membuat supaya jadi lebih: mereka

mesti berusaha dan memeras tenaga untuk ~ jangka yg ditentukan

itu; ~ ancak-ancak, mengurangi sia-sia prb sesuatu pekerjaan atau

perbuatan janganlah lebih atau kurang drpd yg sepatutnya tetapi

hendaklah pertengahan jua;

melebih-lebihi menambah menjadi terlampau banyak, menjadikan

terlalu banyak;

melebihkan 1. menjadikan lebih, membanyakkan: pengetahuan itu

boleh didapat dgn ~ membaca buku, majalah dan akhbar yg

bernilai; 2. memandang lebih penting (mustahak, berguna, dll): ~

agama drpd adat;

melebih-lebihkan menokok tambah hingga lebih drpd yg

sebenarnya: kadang-kadang kegemparan itu dilebih-lebihkan drpd

keadaan yg sebenarnya;

terlebih 1. yg paling lebih (cerdik, penting, besar, dll), tersangat:

kpd hatinya, ~ baik keris itu drpd golok, kerana Hang Tuah terlalu

Page 118: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

tahu melihat keris; ~ dahulu pertama-tama; 2. = terlebih-lebih = ~

pula (lagi) terutama (teristimewa) pula, lebih-lebih lagi;

lebihan jumlah atau banyaknya sesuatu melebihi sesuatu had atau

sesuatu jumlah yg lain: ~ imbangan perdagangan dijangka

meningkat;

kelebihan 1. sesuatu sifat yg lebih drpd kebiasaan, keistimewaan:

Sayidina Ali ialah sahabat Rasulullah yg mempunyai banyak ~ dan

sifat-sifat yg teristimewa; 2. bilangan yg berlebih, bilangan yg

lebih banyak: beliau telah menang dlm pilihan raya itu dgn

mendapat ~ undi; 3. = lebihan yg berlebih, bakinya, sisanya;

berkelebihan 1. berlebih, bersisa; 2. terlalu banyak (lebihnya,

sisanya, dll); 3. mempunyai kelebihan (keistimewaan).

lebir; melebir tergeleber ke bawah (spt bibir, tepi topi, dll).

lebu I sl 1. abu, debu, duli: maka ~ duli pun berbangkit ke udara, siang

cuaca menjadi kelam-kabut spt gerhana matahari; 2. patik,

sahaya; ~ telempakan debu kaki tuanku, hamba tuanku; ~ duli

tuanku paduka tuanku.

lebu II; pelebuan ark pembakaran mayat (di Bali).

lebu III Tr terlalu masak, ranum: makan habislah pisang tu. Kalau

disimpan tidak sedap dimakan lagi kerana sudah ~.

lebuh I jalan raya (besar): tukang sapu ~;

~ hias jalan raya utama yg merentasi bandar dan biasanya terdapat

lorong pejalan kaki dan dihiasi pokok; ~ raya jalan raya utama yg

lebar, biasanya menghubungkan sebuah bandar (bandar raya) dgn

bandar (bandar raya) lain;

melebuhkan membuka jalan raya.

lebuh II Pr, bp hilang (dicuri orang), lesap.

lebuk I bunyi spt bunyi benda jatuh ke tanah, debuk.

lebuk II Mn gembur, hancur (tanah);

Page 119: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melebuk = ~ tanah menggemburkan (menghancurkan) tanah.

lebum bunyi spt bunyi benda jatuh, debum.

lebun tipu, penipuan;

melebun menipu (memalsukan sesuatu).

lebung bunyi spt bunyi benda jatuh tetapi lebih halus, debung.

lebur I 1. menjadi cair (logam dll), hancur, luluh: tabung semacam ini

tidak ~ jikalau dipanaskan ke suhu yg terlalu tinggi; titik ~ = takat

~ paras suhu yg menyebabkan logam dll menjadi lebur; 2. ki rosak

langsung, jahanam, musnah: begitulah ~ kekuatan orang yg

bongkak itu; ~ hati hancur hati (perasaan), teramat dukacita; sama

~ sama binasa prb (orang yg) seia sekata;

melebur menjadi lebur (logam dll): bijih yg sedang ~ itu

kemudiannya dituang ke dalam acuan yg berbentuk bata;

meleburkan 1. menjadikan hancur (lebur dll), menghancurkan:

panas drpd pembakaran bahan api itu ~ batu kapur dan

meninggalkan kapur tohor; 2. memusnahkan, merosakkan: dgn

keris dan lembing pd tiap-tiap orang, kita akan dapat ~ musuh

kita; 3. memansuhkan sesuatu dan menggantikan

(menggabungkan) dgn yg lain: salah satu yg mesti dileburkan oleh

parti ialah hidup berkeluarga kerana ini dianggap menjadi alat

bagi kaum kapitalis; ~ diri (kpd, ke dlm) menyertakan diri,

menggabungkan diri: ~ diri ke dlm parti politik; ~ diri ke dlm

kegiatan persatuan;

terlebur yg telah menjadi lebur, yg telah melebur;

leburan sesuatu (logam dll) yg telah dileburkan: ~ timah;

peleburan 1. perbuatan (kerja, proses, dsb) meleburkan sesuatu

(logam dll); 2. tempat meleburkan sesuatu (logam dll);

pelebur 1. alat utk meleburkan sesuatu (spt relau dll); 2. orang yg

membuat atau menjalankan kerja peleburan (logam dsb).

Page 120: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lebur II; keleburan ark lubang (kubu) utk menangkap gajah dll, serling.

lebur III debur.

leca I tilam.

leca II rantai leher (drpd manik).

lecah I berlumpur, becak, becek: jalan itu terlampau ~; kena ~ ki

mendapat nama yg buruk (cemar);

~ di kaki prb suami yg tidak bertanggungjawab; dr ~ lari ke duri

prb perihal seseorang yg menghindarkan dirinya drpd kesukaran yg

kecil tetapi jatuh dlm kesukaran yg lebih besar;

berlecah bermain-main dgn lecah, bekerja dlm lecah;

melecahkan menyebabkan lecah;

terlecah 1. terkena lecah, terjatuh ke dlm lecah; 2. ki mendapat

nama buruk, tercemar.

lecah II Tr tawar, hambar: kamu tidak bubuh garam dlm gulai ini. Aku

rasa ~ saja.

lecak I; ~-lecuk bunyi spt bunyi orang berjalan dlm lumpur.

lecak II Kl mencecah, bertemu, sampai (ke bawah).

lecak (lécak) I 1. tanah yg berair dan berlumpur, becak: kakinya terpijak

~; 2. berlecak;

berlecak berlumpur, becak, lecah: halaman rumahnya terlalu kecil

lagi ~.

lecak (lécak) II Jk buruk (muka), hodoh.

lecap = basah ~ basah kuyup, basah lencun, basah sekali: ~lah sapu

tangan oleh air mata;

kelecapan perihal lecap.

lecar Kd; melecar terkelupas kulit (kerana tergesel dll).

lecas 1. Pn (rasa yg) terlalu manis; 2. Kl = ~ leweh rasa yg tidak sedap,

payau.

lecat = licin ~ terlalu licin.

Page 121: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lece (lécé) Kd; pelece suka mengata-ngata orang.

leceh (lécéh) I 1. meleleh dan melekat pd tempat yg dilaluinya (spt lilin

yg cair dll); 2. ki kurang nilai (harga, mutu, dsb), tidak berguna,

hina: memang engkau ~, apa yg engkau hendak, engkau sendiri

tidak tahu; ~ budi tidak berbudi; perempuan ~ perempuan sundal;

3. ki cerewet lagi remeh (pekerjaan dll), lambat, lengah, rumit:

pekerjaan yg ~;

meleceh mengampu (ketua, majikan), bermuka-muka (dgn ketua

dll);

melecehkan tidak menghiraukan, memandang rendah (hina dll);

perlecehan perihal hina;

peleceh orang yg suka mengampu atau bermuka-muka (dgn ketua

dll).

leceh (lécéh) II Kl mencalat (kemaluan).

lecek Jk berkedut-kedut (kain, kertas, dll), berkerut-kerut, keremut.

lecek (lécék) I lembik (nasi, lumpur, dll), becek; akal sbg makan nasi ~

prb fikiran spt anak-anak;

melecek menekan-nekan supaya jadi lembik (nasi dll),

melembikkan: ibu itu sedang ~ pisang bakar.

lecek (lécék) II; main ~ ark sj permainan anak-anak dgn guli atau gundu.

lecek (lécék) III sj ikan laut, Selar crumenopthalmus.

lecer (lécér) I 1. tidak berguna, leceh: petani ~; 2. Kl tidak sungguh-

sungguh (pekerjaan dll), kurang cekap, lambat (membuat kerja).

lecer (lécér) II ark lecet.

leces (lécés) ark; kertas ~ kertas yg dibuat drpd jerami.

lecet (lécét) = berlecet, melecet 1. basah, lecap: kapur berlecet dgn air

mawar; 2. lelas (kulit), mengelupas; 3. luka yg berair, melepuh;

melecetkan menyebabkan melecet (kulit), melelaskan,

mengelupaskan: perjalanan yg jauh itu telah ~ kakinya.

Page 122: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lecing bunyi spt bunyi anak panah atau peluru.

lecit, melecit 1. terkeluar dgn pantas (spt buah dipicit dll), terpancut; 2.

menghembuskan hingus drpd hidung.

leco (léco) Mn tidak mahu besar, kerdil.

lecok (lécok) 1. licin sekali: berminyak biar ~; 2. tergeliat, salah urat.

lecuh layu (spt daun kayu yg kena air panas).

lecuk; lecak-~; lecak I.

lecun (lécun) C; melecun menjalankan tipu muslihat, memperdayakan,

mengecoh.

lecup I; melecup berbunyi spt bunyi orang menghisap (mengecup dll).

lecup II sl rapat ke, mencecah: maka apabila Pancagah itu berjalan,

tumitnya tiada ~ ke bumi.

lecup III; melecup melecur (spt kulit kena air panas dll), melepuh;

melecupkan menyebabkan melecup (melecur), melecurkan:

percikan minyak panas itu telah ~ tangannya.

lecur I; melecur melepuh (spt kulit kena air panas), mengelupas,

menggelembung dan berair (kulit): tidak dapatlah dikatakan

dahsyatnya kesakitan yg dideritanya, badannya ~ seluruhnya;

melecuri menjadikan sesuatu lecur: asap industri menggelapkan

ruang angkasa dan ~ tumbuh-tumbuhan;

melecurkan menyebabkan jadi melecur (dgn menjiruskan air

panas dll).

lecur II layu (daun dll).

lecus; berlecus, melecus keluar berpusu-pusu dgn cepat (spt angin yg

keluar dr lubang dll).

lecut bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk ,dll); ~ cambuk pukulan

cambuk;

melecut 1. terpancut keluar dgn pantas (spt biji buah yg dipicit

dll), terlepas keluar, melecit: baji ~ keluar; 2. memukul dgn cemeti

Page 123: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

(rotan, cambuk, dll), menyebat: anaknya dilecutnya dua kali; 3.

berbunyi spt bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); 4. ki

menggiatkan;

melecutkan 1. menjadikan terpancut keluar (melecit dll); 2.

memukulkan, mencambukkan, menyebatkan;

lecutan pukulan, sebatan: ia menanti ~ rotan dgn ketakutan yg

amat sangat;

pelecut alat utk melecut, cambuk, cemeti.

ledak; meledak 1. pecah dan meletup (dgn kuat), meletus: bom yg

dilemparkannya itu telah ~ betul-betul tepat pd sasarannya;

barang ~ barang-barang yg mudah meletup (spt ubat bedil dll); 2.

ki terbit (peperangan, pertengkaran, dll), timbul: peperangan

Rusia-Jepun mula ~ di Port Arthur pd tahun 1904;

meledakkan 1. menjadikan meledak, meletupkan: mereka sengaja

~ tempat simpanan peluru dan bom itu; 2. menyebabkan terbitnya

atau timbulnya sesuatu hal (spt peperangan, kemarahan, dll): ~

revolusi;

ledakan, peledakan 1. perihal meledak, letupan: sesekali pd waktu

malam terdengar juga bunyi ~ meriam; 2. perihal meledakkan

(meletupkan) sesuatu: menghentikan ~ bom hidrogen utk

menyelamatkan umat dunia; 3. pertambahan (pertumbuhan) yg

sangat besar dan mengejut: ~ penduduk; ~ maklumat yg dipelopori

teknologi komputer dan elektronik;

peledak alat elektrik atau elektronik yg digunakan utk meledakkan

bahan letupan spt bom atau dinamit, peletup; bahan ~ benda yg

dapat meledak (diletupkan dll).

ledang (lédang) I sl warna putih kekuning-kuningan (spt awan disinari

matahari).

Page 124: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

ledang (lédang) II Jw ark; meledang menunjuk-nunjukkan diri,

memperagakan diri.

ledeng (lédéng) IB; air ~ air paip.

leder (lédér) Kl ambil mudah, tidak begitu mempedulikan (kerana malas

dll).

ledes (lédés) Kl bilis pd kelopak mata.

leding; meleding 1. membengkok atau melengkung (papan, pisau, dll):

turus itu menahan kikir itu drpd ~ di tengah-tengah apabila

ditekan ketika mengikir; 2. melentik badan (kerana dipukul dsb);

meledingkan menjadikan meleding: bahang api boleh ~ batang

besi;

peledingan perihal atau perbuatan meledingkan.

leding (léding) ledeng.

ledong (lédong) Kd berjalan dgn tidak tentu arah.

ledor (lédor); keledoran kelengahan, keteledoran.

ledos (lédos) Jk; meledos 1. meletup, pecah; 2. runtuh (bangunan dll),

rosak binasa, ranap.

leduk; meleduk meletup, meledak.

ledung Mn; meledung melengkung ke bawah (papan dll), melendut;

meledungkan melengkungkan (papan dll), melendutkan.

leftenan (léftenan) 1. pangkat pegawai tentera bertauliah yg rendah

sedikit drpd kapten; 2. pegawai rendah (bertauliah) dlm tentera

laut;

~ jeneral (pangkat) pegawai bertauliah di bawah jeneral dan di atas

mejar jeneral (dlm angkatan tentera); ~ kolonel (pangkat) pegawai

bertauliah di bawah kolonel dan di atas mejar (dlm angkatan

tentera); ~ komander pegawai kanan bertauliah dlm tentera laut di

bawah komander dan di atas leftenan (setaraf dgn mejar dlm

Page 125: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

tentera darat dan udara); ~ muda pangkat yg paling rendah dlm

tentera (bagi pegawai yg bertauliah).

lega 1. tidak sempit (kawasan, ruang, dll), luas, lapang: rumah besar yg

~; 2. = ~ dada (hati) tenteram perasaan (fikiran dll), aman, senang:

drpd kata-kata ibunya itu ~ sedikit rasa hatinya; 3. lapang (waktu),

tidak sibuk: kalau ada masa yg ~ , jemputlah ke rumah; 4. agak

pulih (drpd sakit), beransur sembuh;

melegakan 1. menjadikan lega (tempat), melapangkan, meluaskan;

2. = ~ dada (perasaan) menenteramkan hati (fikiran dll): jururawat

itulah sahaja yg dapat ~ perasaannya; 3. menjadikan berkurang

(bkn rasa sakit dsb): ubat itu ternyata dapat ~ sakit sendi yg

dihidapinya;

terlega menjadi lega: kegusarannya ~ di kamar ini;

kelegaan perihal lega, ketenteraman hati (fikiran dll):

rancangannya itu akan mendatangkan ~ kpd pekebun-pekebun

kecil;

pelegaan perbuatan atau usaha utk melegakan (kesakitan,

kerunsingan dsb): ~ sakit secara menyeluruh dilaporkan bagi 87%

pesakit;

pelega sesuatu (ubat dsb) yg melegakan (rasa sakit dsb): ubat ~

sakit perut.

lega (léga); melega tunduk (menyembah, memberi hormat): dilega

sembah di kiri dilenggok pula sebelah kanan.

legak I Jk; ~-legok tidak sama atau tidak licin (permukaan), tinggi

rendah.

legak II Kl sibuk (urusan), banyak kerja.

legal (légal) IB halal (perbuatan dll) di sisi undang-undang, sah.

legalisme (légalisme) kepatuhan sepenuhnya kpd undang-undang.

legalistik (légalistik) bersifat legalisme: analisis yg ~.

Page 126: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

legam I; hitam ~ hitam betul;

melegam 1. menjadi legam: tidak ada bayang-bayang pohon yg ~

saban malam; 2. melakukan supaya jadi hitam (spt memupurkan

sesuatu dgn arang dll);

terlegam terlalu hitam.

legam II; legum-~ bunyi spt bunyi tembakan meriam dll, degum-degam.

legap I bunyi spt bunyi debaran jantung (papan dipukul dll), degap.

legap II tidak dapat dilintasi oleh cahaya (bkn batu, kayu, dll);

kelegapan perihal (keadaan atau sifat) legap.

legar bunyi spt bunyi kayu dipukul (pintu dipecahkan dll), degar;

melegarkan mengadakan bunyi legar, menyebabkan bunyi legar:

Azhar keluar ~ daun pintu.

legar (légar); berlegar, berlegar-legar 1. bergerak-gerak berkeliling,

berputar, berpusing selalu: benda itu berlegar-legar spt planet di

angkasa lepas; di kepalanya berlegar-legar seribu soalan; 2.

banyak mengisahkan tentang atau menumpukan perhatian pd,

hampir tertumpu pd: persoalan cerita ~ pd diri Ipin, seorang anak

orang asli; 3. Mn bergilir (bekerja dll), bertukar-tukar;

melegari mengelilingi: ~ Kaabah;

melegarkan memusingkan berkeliling, mengedarkan (minuman

dll);

legaran edaran, giliran.

legas Pl ligat.

legasi (légasi) IB perwakilan negara di luar negara (tarafnya lebih rendah

drpd kedutaan besar).

legat tetap haluan (perjalanan, pandangan, dll), lurus.

legato (légato) (Muz) not yg dimainkan secara bersambungan.

legeh (légéh) rabung yg memisahkan dua sistem saliran.

Page 127: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

legenda (légénda) 1. cerita dongeng yg bersangkutan dgn kisah-kisah yg

bersejarah; 2. petunjuk atau kata-kata keterangan tentang sesuatu

(spt peta, carta, ilustrasi, dll).

leger (légér) IB 1. kayu yg menyangga lantai, rasuk; 2. bekas air, tong.

legislatif (législatif) mempunyai kuasa utk menggubal undang-undang.

legit (Sunda) manis, sedap.

legitimasi (légitimasi) 1. surat bukti yg mengesahkan keterangan dsb

tentang seseorang; 2. pernyataan yg sah, kesahihan (berasaskan

undang-undang), kesahan;

melegitimasikan menjadikan sesuatu sahih atau sah berasaskan

undang-undang.

legiun IB ark pasukan (ketumbukan) tentera.

lego (légo) Jk = melego menyerahkan atau meneruskan kpd (bkn bola,

tugas, dll).

legojo, legoja 1. orang yg diperintahkan utk membunuh, algojo, pertanda;

2. ki orang yg tidak bertimbang rasa, bengis.

legok Jk 1. tidak rata (sesuatu permukaan), cekung, lekuk; 2. lembah (yg

dalam).

legong (légong) sj tarian Bali.

legu; melegu mematikan anyaman (tikar, sumpit, dll).

leguh; ~-legah bunyi yg riuh-rendah (spt barang-barang berhantukan

dsb).

legum bunyi spt bunyi meriam; ~-legam berbagai-bagai bunyi legum.

legum (légum) (Bio) jenis tumbuhan yg biji buahnya terkandung di dlm

lenggai, kekacang.

legunder IB ark bp pasukan (tentera) berkuda.

legundi sj tumbuhan (pokok renek), Vitex trifolia.

legung I bunyi spt bunyi gong.

legung II sj tumbuhan (pokok).

Page 128: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

legup I; ~-legap bunyi spt bunyi debaran jantung (benda jatuh dll),

degup-degap.

legup II sj tumbuhan (pokok memanjat), Strychnos ovalifolia.

leha (léha) lalai, leka, lengah.

lehah-lehah (léhah-léhah) Jk tidak melakukan apa-apa, bersenang-

senang, leka.

lehar (léhar) Jk (papan dll) tempat mengalas Quran, rehal, lekar.

leher (léhér) 1. bahagian tubuh yg menghubungkan kepala dgn badan:

Shahrin memanjangkan ~nya dan melihat keluar; bertegang ~

berkeras benar memperkatakan sesuatu, bertengkar; 2. sesuatu yg

menyerupai (yg lekat pd) leher; ~ baju bahagian baju yg

mengelilingi leher; ~ botol bahagian botol (yg sempit) dekat

mulutnya; tali ~ kain yg diikat di keliling leher (di bawah leher

baju) dan hujungnya bergantung di dada kemeja, dasi;

berleher 1. mempunyai leher (bkn manusia, binatang): zirafah ~

panjang; 2. mempunyai leher (bkn baju dsb): kemeja-T ~ bulat.

lehet (léhét) Ph melekat (spt air gula dll), melekit.

leik (léik) Kl 1. empuk, lembut; 2. hancur, lumat (spt tepung).

leja; meleja mengata-ngata (mencerca, menghamun, dll).

leja (léja) sj kain.

lejang 1. sepak, tendang, lompat; se~ kuda berlari a) sejauh kuda

melompat; b) pujian bagi rumah yg cantik; 2. gerakan yg cepat

(berlari, terbang, dll); se~ terbang secepat terbang, cepat sekali; 3.

(Kej) gerakan omboh (pd enjin) ke atas ke bawah atau ke kiri ke

kanan; ~ ekzos lejang keempat atau terakhir (pd enjin empat

lejang);

melejang 1. menendang, menerajang, melompat sambil berlari (spt

kuda); 2. bergerak dgn pantas ke atas ke bawah (spt omboh enjin

dll); siapa ~ siapa patah prb siapa yg bersungguh-sungguh hendak

Page 129: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

akan sesuatu, dialah yg akan menanggung kesusahannya

(kesulitan, kerugian, dll);

melejangkan, melejang-lejangkan menghulurkan (kaki),

menyepakkan, menendangkan;

pelejang sesuatu yg melejang (spt pesawat pd perangkap, jebak,

dll): ia memasang getah ~ di pintu jebak; kuda ~ bukit prb orang

yg jadi perkakas (pesuruh dll) orang lain.

lejar ark terlalu penat.

lejar (léjar) buku utk merakamkan akaun perniagaan.

lejit; melejit bergerak (berlari, keluar, dll) dgn pantas.

lejuh penuh (digenangi dll) minyak, terlalu banyak minyak (pd rambut

dll).

leka (léka) = terleka asyik (melakukan sesuatu, kpd sesuatu), lalai (oleh

sesuatu), selalu (melakukan sesuatu), ralit: di laut, Hasan ~

mengail; yg buta datang berpimpin, yg pekak ~ bertanya;

melekakan menjadikan leka, mengasyikkan, melalaikan;

kelekaan perihal leka atau terleka (asyik), keasyikan;

peleka orang yg selalu leka.

lekah I pecah (pd kayu dll), belah, rekah;

melekah merekah, pecah.

lekah II ark; pelekah; pintu ~ tingkap pd geladak kapal.

lekak; ~-lekuk tidak rata dan tidak lurus, tinggi rendah dan bengkang-

bengkok.

lekam ark; melekam memegang dgn telunjuk dan ibu jari, mencekak.

lekang 1. pecah atau retak (kerana kena panas spt tanah dll), merekah;

bibirnya ~ bibirnya pecah-pecah kepanasan; 2. mudah tanggal (isi

buah dr biji, cat dr kayu, dll), longkah, tidak melekat; rambutan ~

rambutan yg isinya mudah terkopek dr bijinya; 3. tidak henti-henti,

sentiasa: saya tidak ~ memegang peta;

Page 130: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

tak ~ di bibir selalu disebut-sebut; tak lapuk dek hujan, tak ~ dek

panas prb adat yg tidak berubah-ubah (kekal);

berlekang tidak lagi bersama-sama (sahabat dll), bercerai,

berpisah: pd suaminya dah timbul alamat, masa ~ hampirlah

sangat;

melekang 1. pecah atau belah (bibir, tanah, dll); 2. tanggal atau

longkah (cat dll);

melekangkan 1. menjadikan lekang; 2. ki memisahkan

(memalingkan) drpd: ia tidak dapat ~ matanya drpd peristiwa yg

sedang berlaku di depannya;

pelekang ki sesuatu yg melekangkan (menghilangkan penyakit dll,

memisahkan): nasi dingin tampal kepala, ubat orak ~ jerih.

lekap I lekat (rapat sekali), merapat, menempel;

melekap 1. melekat (pd), tertampal (pd): kedua-dua tapak

tangannya ~ ke daun pintu; 2. merapat, mendekat: muka anak itu ~

di dada ibunya;

melekapkan 1. menjadikan melekap, melekatkan, menampalkan

(gambar dll): ~ ubat ke tempat yg luka; 2. merapatkan,

mendekatkan, mendempetkan: kepalanya dilekapkannya ke dada

ayahnya; 3. ki memasangkan atau mengenakan sesuatu (pakaian

dll);

terlekap terlekat pd, tertampal pd, dlm keadaan yg melekap;

pelekapan perihal (proses, perbuatan dsb) melekap atau

melekapkan;

pelekap anggota (pd beberapa jenis ikan dan serangga) utk

mendakap.

lekap II; ~-lekup bunyi spt bunyi kayu patah dll.

Page 131: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lekap III sj burung, Certhia spp.; ~ batu, Certhia familiaris; ~ gunung,

Certhia nepalensis; ~ tanah, Certhia discolor; ~ tualang, Certhia

himalayana.

lekar anyaman drpd lidi atau rotan utk mengalas periuk dll; ~ terendak

rangka terendak yg dibuat drpd rotan;

melekari melapik (periuk dll) dgn lekar.

lekar (lékar) I sj cairan yg disapu pd perabot rumah dll (utk

mengilatkannya).

lekar (lékar) II Jk sj meja kecil tempat mengalas Quran, rehal.

lekas tidak lambat atau lengah, cepat, segera: ~ benar hari malam

rasanya, kerja awak sedang terbengkalai;

selekas; ~ mungkin = selekas-lekasnya paling lekas, paling awal,

secepat-cepatnya;

lekas-lekas dgn lekas (sekali), cepat-cepat: ~ Mamat pergi menuju

ke sungai; aku ~ keluar dan bersalam dgn mereka;

berlekas-lekas sentiasa mahu lekas, tergesa-gesa, terburu-buru;

melekaskan membuat sesuatu supaya lekas, mencepatkan,

menyegerakan: ~ kerja yg baik supaya tidak ditimpa yg buruk;

memperlekas membuat sesuatu supaya lebih lekas, mempercepat;

pelekas (orang) yg lekas (marah dll): orang yg ~ marah itu lekas

sekali memaafkan dan lekas pula menyesal.

lekat 1. = berlekat, melekat tidak tanggal atau lekang (kerana dipaku,

diikat, dll), tidak terlepas, menempel: maka todak pun datang,

serta ia melompat ~ jongornya pd batang pisang itu; 2. mudah

melekit (spt benda-benda yg bergetah, kanji, dsb); 3. = melekat ki

rapat atau karib (persahabatan dll), kekal; 4. = melekat ki tidak

berubah-ubah (hala pandangan dll), tetap: jangankan hampir kpd

patik, memandang ~ pun ia tiada; 5. = melekat ki terpakai

(pakaian dll), terkena; 6. = melekat ki tertarik kpd (hati dll),

Page 132: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

terpaut pd: hatinya ~ kpd gadis yg berbaju kurung; 7. = melekat

terserap dan tidak luput, tersemat (dlm hati, ingatan): masih ~ dlm

ingatan kita tentang pernah adanya anggapan sedemikian; kata-

kata itu langsung tidak melekat di hatinya; 8. = melekat sah

(tuduhan dll), berlaku: tuduhan membunuh yg dimajukan ke

atasnya tidak ~ dan beliau dibebaskan; 9. = melekat ki kekal (adat

dll), masih terpakai; ~ badi menyerupai sesuatu (rupa anak-anak yg

baru lahir dll); ~ perut Tr mengandung, hamil; ~ uri tembuni atau

uri tidak keluar (ketika bersalin);

melekat lekat;

melekati 1. lekat pd, melekit pd; 2. hidup pd (api dll): apabila

hujung rokok itu sudah dilekati api, ia pun duduk semula di atas

katil;

melekatkan 1. menjadikan melekat, menampalkan: ~ label pd

botol ubat; 2. mengenakan (pakaian), memakai: dgn dada

berdebar-debar, dia ~ pakaiannya; 3. sl memberi gelaran

(pangkat, bintang, dsb): pd hari ini, aku ~ gelar kpd Nakhoda

Muda ini Kiai Demang Purwasedana; 4. menanam (modal, wang)

dlm perusahaan atau dgn membeli barang-barang berharga:

wangnya dilekatkan pd barang-barang emas; 5. menghalakan

pandangan (perhatian dll), menetapkan pandangan dll; 6.

mengenakan sesuatu (ubat, guna-guna, dll) pd, membubuh; 7.

memukulkan (tangan, kayu, dll): kerana marahnya, ia pun ~

tangannya pd budak itu; 8. menaruh (hati), memautkan (hati): ~

hatinya kpd gadis itu; 9. menyalakan, menghidupkan (api): ~ api

kpd rumput-rumput kering di belakang rumahnya;

terlekat melekat atau lekat pd, telah dilekatkan: terkejutlah orang

melihat gambar teman-teman lelakinya yg ~ dlm album itu; ~

kersik buluh prb melakukan sesuatu yg sia-sia;

Page 133: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lekatan keadaan yg melekat (di antara satu permukaan dgn

permukaan yg lain);

pelekat 1. sesuatu yg digunakan utk melekatkan (gam, kanji, dsb);

2. helai plastik atau kertas yg mempunyai tulisan atau gambar utk

menandakan sesuatu, biasanya ditampalkan atau dilekatkan pd

sesuatu permukaan: ~ kereta.

lekeh (lékéh) Iselekeh.

lekeh (lékéh) II 1. Kl mudah (melakukan sesuatu), senang; 2. Kl, Kd

tidak berdaya, lemah.

lekir berjalur-jalur putih, belak: panau ~; ular sawa ~.

lekis ark sj tumbuhan (pokok).

lekit; melekit mudah melekat (spt benda yg bergetah, kanji, air gula,

dsb).

leklek (léklék) Kl 1. serupa (dgn ), sama (dgn); 2. sesungguhnya,

sebenarnya, sememangnya.

LEKRA Id akronim bagi Lembaga Kebudayaan Rakyat.

leksem (léksém) (Lin) unit minimum, spt kata atau kata dasar, dlm

perbendaharaan kata sesuatu bahasa.

leksikal (léksikal) (Lin) bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu

bahasa; makna ~ makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa

melihat penggunaannya dlm ayat dsb).

leksikograf (léksikograf) IB penyusun kamus.

leksikografi (léksikografi) proses atau profesion menyusun kamus,

perkamusan.

leksikologi kajian tentang makna dan penggunaan perkataan.

leksikon (léksikon) (Lin) 1. kamus; 2. perbendaharaan kata sesuatu

bahasa atau sesuatu bidang.

Page 134: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

leksikostatistik (léksikostatistik) (Lin) pengkajian secara statistik tentang

kosa kata sesuatu bahasa, dgn penekanan khusus terhadap

hubungan sejarahnya dgn bahasa-bahasa lain.

leksis (léksis) (Lin) perbendaharaan kata sesuatu bahasa, kosa kata,

leksikon.

leksotaktik (léksotaktik) (Lin) sistem dan pengkajian penyusunan ciri

leksem dlm urutan.

lektor (léktor) IB pensyarah di universiti.

lektur (léktur) IB bahan bacaan (buku dll).

leku; meleku bertelekan (bertopang) dagu;

terpeleku duduk bertelekan (bertopang) dagu: Encik Budin ~ di

bilik pejabatnya.

lekuh; ~-lekah = ~-lekih bunyi orang batuk (nafas yg kencang dsb).

lekuk 1. cekung (lengkung) ke dalam (spt kanta, lubang-lubang di jalan,

dll), cawak (pd pipi), jeluk, lembang, lepek: di tangan orang yg

kena tuduh itu ada dua tanda ~ dan luka; 2. sj daun terup

(bergambar jantung); 3. Tr beduk, tabuh;

~-lekak = ~-lekik banyak lekuknya; ~-liku a) banyak lekuk dan

selekoh (jalan); b) berbagai-bagai tipu daya; ~ lutut pelipat lutut; ~

mata rongga (lubang) tempat biji mata;

berlekuk bercawak, berjeluk, berlembang, berlepek: jalannya

buruk sekali ~-lekak dan menyusahkan pemandu-pemandu kereta;

melekuk menjadi lekuk (lembang, jeluk, dll): di sebelah hadapan

tulangnya ~ membentuk lubang mata;

melekukkan menyebabkan (membuat supaya) jadi lekuk,

menjadikan lekuk;

lekukan 1. sesuatu yg melekuk; 2. hasil melekuk;

pelekukan perbuatan (proses dsb) melekuk atau melekukkan;

pelekuk sesuatu yg digunakan utk melekukkan sesuatu.

Page 135: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lekum I kerongkong atau merih, tenggorok; halkum.

lekum II; ~-lekam bunyi spt bunyi orang bertukang, bunyi yg kuat.

lekung termasuk ke dalam (sesuatu permukaan), cekung, cengkung: pipi

yg ~.

lekup; ~-lekap bunyi spt bunyi jari dipatahkan (tempurung berhantuk

dsb).

lela (léla) I 1. sl tingkah laku yg elok, gerak-geri (tangan dll) yg elok:

mereka bersuka ria dgn tepuk tari dan ~; 2. elok (tingkah laku),

cegak, lagak, ragam, segak; banyak ~ banyak ragam; muda ~ muda

dan segak;

~ bangsawan segak lagi berbangsa; ~ remaja muda lela;

selela-lelanya sekehendak hatinya, sesuka hatinya: jika

dibiarkannya sahaja segala perasaan itu dgn ~, tidak dapat tidak

ia memekik-mekik;

berlela berlagak, bergaya, bertingkah; amak ~ amak berupa

berbagai-bagai gaya dan rupa;

melela menggerak-gerakkan tangan, memperlagakkan diri,

menunjuk-nunjuk: maka laksamana pun bangkit berdiri, seraya ~

di hadapan Hang Jebat tertitar-titar;

melelakan menggerak-gerakkan (pedang, badan, dll) dgn elok,

mempertunjukkan (sikap, gaya, dll) dgn elok.

lela (léla) II sl beberapa jenis meriam: memutih layar mengkuang,

memutih ceropong ~;

~ rambang sj meriam yg mulutnya bercorong; ~ rentaka sj meriam

yg boleh diputar-putar (dibuat drpd besi baja); kalau tidak berlela

baiklah berela-rela prb kalau tidak berdaya upaya baiklah menurut

sahaja;

melela; besi ~ besi baja; keris ~ keris yg tidak berpamor.

lelabalaba.

Page 136: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lelabahlabah-labah.

lelabilabi-labi.

lelabulabu.

leladalada-lada.

lelah 1. tidak berdaya lagi, letih, mengah, penat: kerana ~nya orang itu

bercakap termengah-mengah; ~ jerih = ~ payah tersangat lelah;

melepaskan ~ berehat; 2. penyakit sesak nafas, asma;

berlelah, berlelah-lelah melakukan sesuatu hingga lelah, bekerja

kuat, berpenat: sekurang-kurangnya terhiburlah sedikit mereka itu

setelah ~ sekian lama menuai padi yg sedang masak itu;

melelahkan, memperlelah menyebabkan jadi lelah, menjadikan

lelah, meletihkan, memenatkan: kerja ini sangat ~;

kelelahan 1. perihal lelah, keletihan, kepenatan; 2. lelah sekali,

sangat lelah, keletihan, kepenatan: pd waktu matahari rembang,

petani-petani di bendang itu ~ .

lelah II Mn; selelah sejauh, setakat mana jauhnya: ~ burung terbang;

melelah mengejar, menghambat: biar lambat asal selamat,

bagaimana gunung dilelah.

lelai; melelai 1. melengkung ke bawah (dahan, daun kelapa, dll),

menjulai; 2. memaut dahan dll ke arah diri sendiri (utk memetik

buahnya dll): daun terap di tengah padang datanglah gajah

dilelainya;

melelaikan membuat supaya jadi melelai, melengkungkan (dahan

dll), melenturkan.

lelais; ikan ~ ikan lais-lais;lais II.

lelak tidak tersusun lagi (anyaman dll), bercerai-berai, rosak.

lelaki laki-laki;

kelelakian kelaki-lakian.

lelakon ark lakon.

Page 137: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lelampang; ~ badak sj tumbuhan (pokok), lampin badak (budak),

keculam, penculam, Clerodendron disparifolium.

lelan (lélan) I tidak ingat lagi, khayal: masing-masing kembali ~ dibuai

air laut;

terlelan terlupa akan diri, terkhayal: Zamri terus juga ~ dlm

buaian nikmat keindahan Shamsiah.

lelan (lélan) II sj ikan.

lelancur Jk 1. ayam jantan muda; 2. ki teruna, jejaka.

lelang (lélang) I Id lelong.

lelang (lélang) II sj tumbuhan (pokok), kayu manis hutan, Cinnamomum

paraneuron.

lelangit langit-langit;

~ keras struktur tulang cekung yg membentuk bahagian atas mulut

dan terletak di belakang batas gusi; ~ lembut selaput lembut yg

membentuk bahagian atas mulut di belakang lelangit keras;

berlelangit mempunyai lelangit.

lelangon Jw ark; taman ~ taman tempat bersuka-suka.

lelangse (lelangsé) Jk tirai;langsai II.

lelantar sj tumbuhan (pokok), cendarah hantu, cungah putih, dada ruan,

Ostodes macrophylla.

lelap 1. nyedar (tidur), lena, nyenyak: tidur tak ~ makan tak kenyang; 2.

tidak ada lagi, hilang, lenyap, lesap: harta pusaka yg diwarisinya

sekarang telah ~ belaka; 3. tidak dapat ditebus kembali kerana

sudah lewat masanya (barang gadaian); 4. beku (minyak); ~

kemalingan prb pekerjaan yg dibuat dgn tidak berhati-hati akan

mendatangkan kerugian atau bahaya;

melelapkan mengejapkan (mata): baru ia hendak ~ mata, sudah

tersentak mendengar suara bising;

Page 138: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

terlelap tertidur, terlena: kira-kira pukul tiga lewat barulah ia ~

dgn nyenyaknya;

pelelap orang yg kuat tidur, penidur.

lelar I; memperlelar, memperlelarkan melakukan sesuatu berulang-

ulang, mengulang-ulangkan sesuatu;

dilelar timba ke perigi, tak sekali, sekali pecah juga prb perbuatan

yg tidak baik itu kalau diselalukan akan buruk juga padahnya;

jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus genting prb

jangan membiasakan perbuatan yg jahat.

lelar II; melelar menarik, menarik-narik: Amah ~ tangannya mengajak

menari;

lelaran tarikan, heretan: beberapa langkah aku terdorong ke

hadapan kerana ~nya.

lelas 1. licin atau rata (kerana diparas, dipotong, dsb); 2. terkupas kulit

(kerana tergesel dsb), lecet;

melelas 1. menjadi licin atau rata (spt diparas atau dipotong); 2.

mengelupas kulit (kerana tergesel dsb), melecet;

melelaskan 1. menjadikan licin atau rata, memaras; ~ balung ayam

memotong balung ayam licin-licin; 2. menggosokkan sesuatu

hingga licin; 3. menyebabkan lelas (lecet), melecetkan;

pelelas sesuatu yg digunakan utk melicinkan, pelicin.

lelat; sirih ~ ark sirih yg diberi oleh pengantin lelaki kpd pengantin

perempuan.

lelatu I Jk bunga api, kilatan api; latu I.

lelatu II kelekatu.

lelauh; ~ minyak sj ikan laut, pipit, Polynemus heptadactylus; ~ tanda sj

ikan laut, pipit, senangin buih, Polynemus sextarius.

lelawa Jk kelelawar.

lelawi sj serangga yg suka memasuki telinga.

Page 139: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lelayang I layang-layang;layang I.

lelayang II sj ikan laut, layang-layang, Trichiuridal.

lelayang III sj tumbuhan (pokok) dlm famili Anacardiaceae, sepul,

layang-layang (Sabah), upi (Sarawak), Parishia spp.

lele (lélé) Jw sj ikan darat (spt ikan sembilang atau keli), Clarius

melanoderma.

leleh (léléh); meleleh mengalir perlahan-lahan (spt air mata, darah, dsb):

badanku panas dan peluh ~ di dahiku; ~lah air mata di pipinya yg

telah mulai kendur;

melelehkan membiarkan meleleh (spt air mata, air liur , dsb),

mengalirkan: kami sendiri banyak menangis dan ~ air mata;

lelehan sesuatu (benda) yg meleleh, cairan;

berlelehan mengalir atau meleleh dgn berlebih-lebihan, meleleh

selalu, senantiasa meleleh: ~ air liurnya;

pelelehan 1. pengaliran perlahan-lahan; 2. lubang tempat meleleh;

habis cupak dr ~ prb adat yg dilanggar sedikit demi sedikit itu

akhirnya akan dilanggar semua sekali.

lelemah sj ikan laut, selemah, selembu, serumbu, Lactarius lactarius;

lemah III.

lelemak sj tumbuhan (pokok memanjat), merensa, Connarus

oligophyllus.

lelembu sj ikan laut, Ostracion cornutus;lembu III.

lelep Jk; melelepkan menekankan supaya terbenam, membenamkan.

leler (lélér) I leleh (benda-benda yg menjijikkan spt hingus dsb); tua ~

sangat tua;

berleleran 1. meleleh selalu (benda-benda melekit spt hingus dsb),

berlelehan; 2. ki tidak menentu (tidak teratur) keluarnya

(percakapan dll), tidak keruan, kacau-bilau;

Page 140: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

meleler 1. mengalir perlahan-lahan (benda-benda yg melekit spt

hingus, air liur, dsb), meleleh; 2. Kl menyapu ke merata tempat

(kotoran dll);

leleran sesuatu yg meleler.

leler (lélér) II; keleleran tidak teratur (barang-barang dll), terbiar atau

terabai.

leler (lélér) III sl tidak senonoh (perangai), kurang ajar.

leler (lélér) IV Kl tidak mengambil berat (tentang pekerjaan dll), cuai,

lalai.

leletup sj tumbuhan (rumpai dan buahnya), letup-letup, cipulan, letup,

ubat pekung, Physalis minima;letup II.

lelewa (léléwa) Jk; berlelewa berlebih-lebihan (tingkah laku) berlagak,

bertingkah.

lelimau sj tumbuhan (pokok), limau hutan, pokok temin (renjis),

sebantun, Taxotrophis macrophylla.

lelipan bentuk daun yg menyerupai bentuk bulu ayam (terdiri drpd

beberapa helai daun yg tumbuh pd urat daun).

leloceng (lelocéng) bentuk bunga yg menyerupai bentuk loceng (spt

bunga cempaka).

lelompat; ~ daun sj serangga drpd famili Cicadellidae yg merosakkan

tumbuhan.

lelong (lélong) penjualan di hadapan khalayak ramai (dgn harga beratas-

atasan oleh pembeli-pembelinya): kelulusan permohonan tanah yg

di dlm bandar dibuat secara ~;

tangkap ~ membeli barang yg dilelong; tukang ~ orang yg

melelong barang-barang, penjual barang-barang lelong;

melelong 1. menjual barang-barang di hadapan khalayak ramai

(dgn harga beratas-atasan): apakala penggadai tidak dapat

Page 141: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

membayar, tanah itu harus dilelong; 2. sl membeli atau

memborong barang-barang lelong;

melelongkan, memperlelongkan 1. menjual barang dgn dilelong:

pemungut hasil tanah boleh ~ tanah itu kalau hasilnya tidak

dibayar dlm tempoh yg tertentu; 2. memborong kerja (membekali

makanan ke asrama, membuat bangunan, dll);

terlelong telah dilelong, kena lelong: sekiranya kebun ini ~, rumah

kita akan ~ sama;

lelongan barang dsb yg dilelong;

pelelongan perihal melelong, penjualan lelong: baru sebentar ini

dia pergi mengurus ~ barang-barang kami;

pelelong orang (syarikat dsb) yg melelong atau melelongkan

sesuatu.

leluasa 1. tidak terbatas atau tersekat-sekat (kelakuan, perbuatan, dsb),

bebas: bilakah kita akan bertemu pula dgn ~ ?; 2. lapang (kawasan

dll), terbuka, luas;

berleluasa berbuat sesuatu dgn bebas atau sesuka hati: pd suatu

masa pencuri dan penyamun ~ dlm negeri Melaka;

keleluasaan perihal leluasa (pergerakan, kelakuan, dsb),

kebebasan.

lelucon Jw kelakar atau jenaka (cerita dsb), lawak, kelucuan: dicubanya

juga membuat ~ tetapi hambar;

berlelucon berkelakar, berjenaka, berlawak.

leluhur Jw nenek moyang.

leluing Jk sj tumbuhan (pokok), Ficus hispida;luing I.

lelumba lumba-lumba.

lelumbah; ~ paya sj tumbuhan (pokok), kayu hok, Corymborehis

longiflora.

lelungit Jw ark sj nyanyian, kidung.

Page 142: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

leluri Jw adat yg diwarisi drpd nenek moyang, tradisi; naluri.

lem (lém) IB gam (getah, kanji, dll), perekat;

dilem dilekatkan dgn gam (getah, kanji, dll).

lema (léma) (Lin) kata masukan dlm kamus, entri.

lemah I 1. tidak bertenaga (berkuasa, kuat), lesu: dgn gerak yg ~ spt

orang kehabisan tenaga, ia berjalan perlahan-lahan menuju

jendela; 2. rendah (dr segi pencapaian): prestasi kerjanya ~; 3.

tidak diyakini sbg benar atau logik: hadis yg ~; 4. tidak tegas: dia ~

dlm membuat keputusan;

~ gemalai = ~ gemulai gerak berliuk-liuk yg elok (tubuh badan); ~

hati mudah dipengaruhi orang, tidak tegas, tidak teguh hati; ~-laun

lemah dan perlahan (gerak-geri dll); ~ lentur tidak mudah patah

(tetapi boleh dilentur-lentur), liat; ~ longlai a) = ~ gemalai; b) tidak

bermaya, lemah; ~ lumpuh lemah sekali; ~ persendian tidak

bertenaga; ~ semangat mudah terperanjat (mudah kena sakit dll); ~

syahwat (zakar) lemah tenaga batin, zakar tidak bertenaga;

~ diraih, pantai dititi prb sikap yg bijaksana dlm mengeluarkan

sesuatu perintah; ~ liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat

prb pd lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat

dipengaruhi atau dipermain-mainkan;

berlemah berbuat lemah, bersikap lemah, lwn berkeras;

melemah menjadi lemah (bertambah lemah): suara itu

kemudiannya memanjang dan berlanjut-lanjut dan makin ~ pula;

melemahkan menjadikan lemah, menyebabkan menjadi lemah:

penyakit selesema itu boleh ~ tenaga seseorang; nasib dua watak

yg penting ini kurang memuaskan dan merupakan faktor besar yg

~ novel ini;

memperlemah menjadikan lebih lemah;

Page 143: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

kelemahan perihal lemah: ia manusia biasa dan mempunyai

berbagai-bagai ~ dan kekurangan;

pelemahan perihal menjadi atau menjadikan lemah;

pelemah sesuatu yg (dapat) melemahkan (semangat dll).

lemah II Kd, Pl; pelemah membohong, berbohong.

lemah III sj ikan laut, lelemah, lemuk, Lactarius lactarius.

lemah lembut elok perangai, halus budi pekerti, baik hati;

berlemah lembut bersikap lemah lembut: Nabi Muhammad

adalah seorang yg berhati mulia dan ~.

lemah lesu tidak bermaya , kurang bertenaga;

melemahlesukan menjadikan lemah dan tidak bermaya: aku

memang dilanda cinta pertama yg ~ tenaga jiwa dan raga.

lemak I 1. sj zat minyak pd binatang (melekat pd daging), gemuk

binatang: di bawah kulitnya terletak selapis ~ yg memanaskan

badannya; ~ kambing; 2. = berlemak mengandungi lemak atau

minyak: ikan dimasak ~; gulai ~; kerbau mandul banyak ~; 3. Mn

sedap atau enak (rasa, pendengaran, dll): ~ lauk dikunyah-kunyah,

~ kata disebut-sebut; ~ santan, manis gula tidak sedar racun

bermain;

~ ketam warna kejingga-jinggaan; ~ tulang sumsum dlm tulang; ~

penyelar daging prb memboroskan harta benda tuannya.

lemak II sj ikan darat, kap, Labeobarbus ocellatus.

lemak III; ~ batu a) sj tumbuhan (pokok), ekor kucing, meroyan kerbau,

sembung merah, Didymocarpus crinitia; b) sj tumbuhan (pokok

renek), gegunjah putih, Cyrtandra pilosa; ~ beruk sj tumbuhan

(pokok renek), melukut, Uorphyllum glabrum; ~ itik sj tumbuhan

(pokok), bolian, membaju, melima, Tarrietia simplicifolia; ~

kepiting (ketam) sj tumbuhan (rumpai), pulut-pulut, Melochia

corchorifolia; ~ pahit sj tumbuhan (pokok memanjat), akar

Page 144: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

mambu, jemerah, mambu jantan, merambu, sekebah, Milettia

sericea.

lemal Kl tidak sedap tubuh (kerana demam dll).

leman (léman) Jw gajah.

lemang sj makanan (drpd pulut dan santan) yg dibakar dlm buluh;

bersandar di ~ hangat prb berlindung kpd orang yg zalim akan

binasalah akhirnya; memakan hendak ~ , membeli hendak pelo prb

inginkan barang yg elok tetapi enggan membayar harga yg

sepatutnya; menyandang ~ hangat orang prb menanggung akibat

perbuatan orang lain;

melemang membakar lemang.

lemanta Sr 1. pokok rumbia; 2. sagu mentah.

lemari bpalmari.

lemas I tidak boleh bernafas (kerana tenggelam dlm air, kena gas, dll),

sesak bernafas; mati ~ mati kerana tidak dapat bernafas; ~ fikiran

tidak dapat berfikir, bingung;

melemaskan menjadikan lemas: begitu tebal asapnya sehingga

kalau sejam dua ia begitu tentulah ia dapat ~ manusia;

kelemasan menjadi lemas: ia pun mati oleh sebab ~;

pelemas; zat ~ Id zat yg berupa gas dan tidak berbau (dlm udara

ada 78%), nitrogen.

lemas II 1. boleh dilentur-lentur (kerana lemah, lesu, dll), tidak

mempunyai kekuatan, lemah, lembut; 2. halus (budi bahasa dll),

lemah lembut (kelakuan);

melemaskan melembutkan atau melemahkan sesuatu,

menghaluskan (budi bahasa dll).

lemau 1. tidak rancak (bunyi-bunyian); 2. tidak garing, lembik (spt kuih

yg masuk angin dll); 3. lemah urat.

Page 145: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lemba sj tumbuhan (herba), segumbar urat, Piper umbellatum; ~ batu sj

tumbuhan (herba), Staurogyne merguensis.

lembaga 1. bakal (manusia, tumbuhan dan binatang), benih, jauhar, asal

mula (bagi sesuatu); ~ bisul mata (benih) bisul; ~ daun bakal daun;

2. bentuk yg mula-mula (yg asal), acuan atau cetakan; 3. bentuk

sesuatu benda (yg kurang jelas rupanya): kami hanya melihat ~-~

mereka dr jauh; 4. perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas:

pegawai daerah itu juga menjadi ketua dan pengerusi L~

Bandaran; L~ Pelabuhan; 5. ketua suku (di Negeri Sembilan):

maka berhimpunlah penghulu yg empat suku serta ~ yg dua belas

suku; ~ pengarah badan yg terdiri drpd sekumpulan orang yg

dilantik oleh para pemegang saham utk membuat dasar yg mesti

dilaksanakan oleh pihak pengurusan syarikat;

memperlembagakan menjadikan perlembagaan: percubaan utk ~

prosedur;

perlembagaan undang-undang atau peraturan negeri, dasar

pemerintah negeri: Malaya bersatu padu dlm maksud mencapai

kemerdekaan secara ~;

berperlembagaan mempunyai (berlandaskan, berpegang pd, dsb)

perlembagaan: suatu prinsip asas yg ~ Islam.

lembah = lembahan, pelembahan 1. tanah rendah (di perkakian gunung

atau bukit), tanah pamah (di kiri kanan sungai): di kebanyakan ~

sungai, tanahnya kaya dgn lanar; Merbok ialah sebuah pekan

kecil di ~ Gunung Jerai, 2. ki jurang kehidupan, tempat yg paling

rendah atau hina: kerana drpd pelembahan datangku, dan ke

pelembahan aku mesti kembali; maka bebaslah mereka

bergelumang dlm ~ maksiat; ~ silikon kawasan tempat

bertumpunya pelbagai industri yg berkaitan dgn teknologi

maklumat;

Page 146: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

berlembah ada atau terdapat lembah (bkn tanah): kawasan itu

rendah dan ~.

lembai (lémbai) Mn; melembai 1. menggerak-gerakkan turun naik,

melambai; 2. menjilat (bkn api), melarat.

lembak (lémbak); melembak melimpah (kerana air terlalu banyak atau

mendidih), meluap.

lembam I 1. tidak ada kekuatan, kelesa, lemah; 2. lembap, tidak cergas,

lemah (bkn kemampuan seseorang murid menerima pelajaran):

guru-guru biasanya memberi perhatian yg lebih kpd murid-murid

yg ~;

kelembaman 1. Id tenaga yg mengakibatkan sesuatu benda terus

diam atau terus bergerak (kecuali diubah oleh tenaga luar); 2.

perihal lembam (lembap, tidak cergas, lemah), kelembapan,

kelemahan.

lembam IIlebam I.

lembang I 1. lekuk (tanah dll): tatkala anak raja itu jadi, ditumpu oleh

bidannya akan kepala baginda, menjadi ~ sama tengahnya; 2.

menjadi dalam (tanah yg dilalui air dll); 3. = lembangan tanah

pamah yg rendah, lembah;

melembang menyebabkan jadi lembang, melekukkan.

lembang II; melembang bercakap dgn lemah lembut (seolah-olah

memujuk), membujuk.

lembang III Kl; berlembang tidak tersusun rapi (barang-barang,

pakaian, dll), berselerak, bersepah-sepah;

melembangkan menjadikan berselerak.

lembang (lémbang) sj tumbuhan (pokok), damak-damak air, medang

selusuh (teja), Grewia florida.

lembap 1. masih basah (mis tuala, tanah, dll), tidak kering: kain baju yg

dijemur itu masih ~; jalan masuk ke kedai itu ~ dan becak; 2. tidak

Page 147: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

rancak (suara, bunyi-bunyian, dll), tidak nyaring, kendur, tawar; 3.

lambat atau kurang mencapai kemajuan (dlm pelajaran), tidak

cerdas, lemah, lembam: Salimlah satu-satunya budak yg ~ dlm

pelajaran, tetapi dia petah bercakap; jika peruncit membeli

keluaran yg tidak diminati oleh para pelanggan, perniagaannya

akan mengalami masalah jualan yg ~ dan mengalami kerugian;

melembap menjadi lembap (kulit dsb): peringkat penjagaan kulit,

iaitu membersih, menyegar dan ~;

melembapkan menjadikan (menyebabkan) lembap: tanah yg

terlalu kering perlu dilembapkan terlebih dahulu;

lembapan sesuatu (bahan dsb) yg lembap;

kelembapan 1. perihal lembap (tidak kering): kabusnya tebal

kerana ~nya tinggi; 2. perihal lambat atau kurang mencapai

kemajuan, perihal lembap (tidak cerdas, lemah, lembam),

kelemahan, kelembaman: ~ industri perikanan di negara ini mula

dikesan pd awal tahun 1980-an;

pelembapan perihal (tindakan dsb) menjadikan lembap: pertama

pembersihan, penyegaran dan ~ muka;

pelembap (bahan dsb) yg melembapkan (kulit dll).

lembar 1. sl benang atau tali; 2. penjodoh bilangan bagi benda yg

panjang dan luas bidangnya (tali, kertas, dll), helai, utas: sehari se~

benang lama-lama menjadi kain;

melembarkan mengantih atau memintal tali (benang dll);

lembaran 1. lampiran atau helai (kertas, surat khabar, dll); 2.

halaman atau muka surat (pd buku, surat khabar, dll): alamat

sidang pengarang termuat di ~ pertama; kita jadikan tahun 1964

sbg permulaan ~ sejarah yg cemerlang bagi Sarawak; 3. keluaran

surat khabar (majalah dll); ~ pagi surat khabar sebelah pagi.

lembat sl lebat.

Page 148: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lembayung 1. sj tumbuhan (herba), bunga jamban, keladi bunting,

Eichhornia crassipes; 2. = merah ~ warna ungu (merah ungu).

lembega (lembéga) sj tumbuhan (pokok renek), rembega, Calotropis

gigantea.

lembek (lémbék) tilam nipis tempat tidur.

lembidang bahagian tepi piring (pinggan dll) yg leper dan rata.

lembiding sj tumbuhan (pakis), Stenochlaena palustris.

lembik 1. terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll), tidak keras atau

tegang (tali dll), kendur, lunak: tanah perkuburan itu masih ~; kuih

~; 2. tidak kuat atau cergas (orang), lemah, lembam: badannya ~

dan kurang sihat; ketawa ~; semangatnya ~;

melembikkan menjadikan lembik, menyebabkan lembik (lemah,

kendur, dll);

kelembikan perihal lembik (lemah, kendur, dll), kekenduran,

kelemahan.

lembing 1. sj senjata bermata besi yg boleh diradakkan atau dibalingkan

(lebih kecil drpd tombak); 2. sj seligi yg digunakan dlm permainan

sukan;

menohokkan ~ ke semak prb melakukan perbuatan yg sia-sia;

tercacak bagai ~ tergadai prb tertegun kehairanan;

melembing meradak (menikam, menohok, membaling) dgn

lembing.

lembok (lémbok) sj burung, punai tanah, Chalcophops i. indica.

lembora ark sj ikan laut.

lembu I sj binatang ternakan utk mendapatkan susu dan dagingnya, Bos

longifrons, Bos brachyceros, dll;

~ daging lembu yg dipelihara utk (mendapatkan) dagingnya; ~

dogol a) lembu yg tidak bertanduk; b) ki orang yg suka mengugut

tetapi tidak melakukan apa-apa; ~ kasi a) lembu yg dikasi; b) orang

Page 149: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

yg berani dgn musuh kalau berjauhan; ~ kenyang Kl orang yg degil

atau malas, orang yg berbuat tidak peduli; ~ kontan (Eko)

perniagaan yg mendapat keuntungan besar secara berterusan atau

selalu mengalami lebihan tunai; ~ pawah lembu yg hasil

pemeliharaannya dibahagi dua antara tuan punya dgn orang yg

mengusahakannya; ~ tenusu = ~ perahan lembu yg diternak

terutamanya utk mendapatkan susunya;

~ dogol jangan dibalun prb orang yg tidak melawan jangan diusik-

usik, jika melawan dia bersungguh-sungguh; ~ punya susu, sapi

dapat nama prb orang lain yg membuat kebajikan orang lain yg

mendapat kepujian; ~ tanduk panjang, tidak menanduk pun dikata

orang menanduk juga prb orang yg sudah terkenal jahatnya;

laksana ~ dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol prb a) orang

yg hanya suka menggertak tetapi tidak berbahaya; b) melawan dgn

seberapa kuasanya dlm perkelahian; laksana ~ kasi prb badan

sahaja yg besar tetapi hati penakut; menghela ~ dgn talinya,

menghela manusia dgn akalnya prb manusia harus diperlakukan

dgn lemah lembut;

memperlembu ki memperlakukan spt lembu (terhadap seseorang),

memandang spt lembu: kerana takut akan ugutan inilah orang-

orang desa yg bodoh itu makin diperlembu oleh Tuan Kasim.

lembu II; burung ~ sj burung, pucung, Ardea s. sumatrana; punai ~ sj

burung, tekukur, tekukur api, Macropygia ruficeps malayana.

lembu III sj ikan laut, buntal kotak, Ostracion spp.; lelembu.

lembuara sl sj lembing yg berambu-rambu.

lembugai lemunggai.

lembung; melembung menjadi besar kerana berisi angin (air dll): belon

itu hendaklah ditiup ~ hingga pecah;

Page 150: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melembungkan menjadikan melembung, meniup sehingga

melembung: ~ dada;

pelembungan 1. Id belon getah (utk anak-anak); 2. gelembung

buih sabun; 3. tembolok ayam.

lembur kerja yg dibuat di luar masa pejabat (kerja malam dll), kerja lebih

masa; upah ~ = wang ~ bayaran kerana bekerja lebih, upah (wang)

lebih masa;

melembur bekerja di luar masa pejabat (kerja malam dll), bekerja

lebih masa.

lemburu sj ikan laut; lemuru.

lembusir bahu atau belikat (kerbau, lembu, dll); daging ~ daging pd

belikat (kerbau, lembu, dll).

lembut 1. tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi

memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd

lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai

(budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi

halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang),

tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda,

berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna

gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang

lelaki yg berjalan spt orang perempuan);

berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu

sebenarnya bukanlah ~ kepadanya;

melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian

terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras;

melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan,

melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk

~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak

Page 151: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

(perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~

hatinya;

kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para

pencipta perlu mempunyai ~ jiwa;

pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai

kecil utk kencing dll);

pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~

dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk

melembutkan sesuatu: ~ kulit.

lemek (lémék) lembik lagi leper (songkok dll).

lemena (leména) ark sj baju besi (utk berperang).

lemidi sj tumbuhan (paku pakis), lamiding, lembiding, memiding,

Stenochlaena palustris.

lemon (lémon) 1. sj limau yg bentuknya bujur, berkulit tebal kuning , dan

jusnya masam, Citrus limon; 2. sj minuman (dibuat drpd lemon).

lemoned (lémonéd) sj minuman ringan yg dibuat drpd jus lemon.

lemos (lémos) Kd; berlemos berselekeh, kotor.

lempai; melempai, terlempai, berlempaian terkulai lemah (dahan

patah, bendera basah, dll), tergantung dgn layu: segala pucuk yg

muda-muda serta bunga yg baru mekar itu berlempaian

melihatkan gundah-gulana Ken Tambuhan.

lempam ark; melempam bp tidak cergas (bekerja dll), lembap.

lempang I Jk tidak berbengkok-bengkok (jalan dll), lurus; ~ hati jujur

(lurus);

melempangkan 1. meluruskan (badan dll); 2. membetulkan atau

menyesuaikan dgn.

lempang II ark = melempang melintang (letak sesuatu benda dll); ~-

pukang tidak menentu atau bersusun (letak sesuatu benda dll).

Page 152: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lempang III 1. = ~-lempung bunyi spt bunyi orang memukul gendang

(bunyi hon kereta dll); 2. = melempang tampar, tempeleng: kalau

saya naik meradang saya ~ saja dia;

berlempang-lempang berbunyi spt bunyi hon kereta (orang

memukul gendang dll);

melempang menampar, menempeleng: kalau ditanya tidak pernah

mahu jawab terus, tahu nak ~ saja.

lempap; melempap memukul-mukul kapas dgn kayu.

lempar (lémpar) baling, buang, lontar; ~ cakera (lembing, peluru) sj

permainan dlm olahraga;

~ batu sembunyi tangan prb orang yg berbuat sesuatu kemudian

berpura-pura tidak tahu;

melempar 1. membaling (sesuatu kpd), melontar sesuatu jauh-

jauh: tentu ada orang yg ~ batu ke dlm sungai itu; 2. membaling

dgn sesuatu (batu, kayu, dll): mereka melempar sesiapa saja yg

lalu di situ; 3. ki membuang (pandangan), menghalakan

pandangan: Ali ~ pandangannya ke lain, mendung kelihatan air

mukanya;

melempari melempar berkali-kali.

melemparkan 1. membalingkan, melantingkan, melontarkan: ibu

saya bergaduh, ~ barang-barang ke atas lantai; 2. mengeluarkan

sesuatu (spt kemarahan, tuduhan, dll): dia melepaskan geramnya,

~ kemarahannya kpd anak isterinya; tuduhan yg bukan-bukan

telah dilemparkan oleh Panglima Hitam kpd Wan Intan; 3.

menghalakan atau menghadapkan (pandangan dll) kpd,

memberikan utk: orang itu lewat sambil ~ senyuman kepadanya;

bagai ~ kersik ke buluh prb melakukan pekerjaan yg sia-sia;

lemparan 1. sesuatu yg dilemparkan; 2. hasil drpd melempar;

Page 153: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

pelempar 1. sesuatu yg dilemparkan (spt batu, kayu, dll); 2. alat

yg digunakan utk melempar; 3. orang yg melempar: ~ bom tangan;

sepelempar sejauh (batu dll) dilempar.

lempari ark sj alat bunyi-bunyian (berupa gong yg kecil atau canang);

lampari.

lempaung sj tumbuhan (pokok dan buahnya masam), Baccaurea

lanceolata; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Tinomiscium

petiolare.

lempedal hempedal.

lempedu; ~ tanah, a) sj tumbuhan (herba), beremi, gelumak susu,

mempedu tanah, Curanga felterrae; b) = ~ jawa sj tumbuhan

(pokok), berombong, Nauclea junghuhnii; akar ~ gajah sj

tumbuhan (pokok memanjat), akar gelumpang, akar lupuk, akar

merapuh, akar timun dendang, mentimun gagak merah, Adenia

acuminata.

lempek (lémpék); berlempek-lempek bertepek-tepek (cat, lumpur dll),

tidak rata (cat dll).

lempem Jk; melempem 1. tidak kering betul, masih basah, lembap; 2.

tidak berbunyi atau meletup (mercun dll); 3. tidak rancak, lemah,

lembik.

lempenai sj tumbuhan (pokok).

lempeng Jk lurus.

lempeng (lémpéng) 1. sesuatu yg pipih (spt tembakau dll): tembakau ~;

2. sj kuih yg pipih dan nipis (yg diperbuat drpd tepung dll); 3.

kepingan (besi, kaca, dll) yg nipis;

melempeng membuat kuih lempeng; perutnya ~ perutnya kempis.

lemper Jw sj makanan yg diperbuat drpd pulut dan dibungkus dgn daun

pisang.

lempi Pr pukul, bantai.

Page 154: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lempiri sl nafiri, serunai.

lempit Jk lipat;

melempit melipat (kain,kertas, dll).

lempoyan sl penggulung (kumparan) tali kail, kili-kili; empoyan I.

lempoyang lampoyang.

lempoyangan sj tumbuhan (pokok kecil-kecil) Panicum repens.

lempuh lepuh.

lempuk I sj penganan yg dibuat drpd durian (nangka dll) dan dimasak

dgn gula hingga pekat.

lempuk II; berlempuk melekat atau melekit banyak-banyak (daki,

kotoran dll).

lempum; ~-lempang bunyi spt bunyi benda besar jatuh, bunyi yg terlalu

kuat berturut-turut.

lempunai sj tumbuhan (pokok), mempenai, mempunai, pokok tapis,

Xylopia caudata.

lempung I ringan dan tidak keras (kayu dll), mampung; kayu ~ a) kayu

yg ringan lagi empuk; b) ki tidak berguna (barang-barang dll);

bagai kayu ~ ditebuk kumbang tembus-menembus prb orang yg

lemah mudah dianiaya oleh orang yg berkuasa; umpama kayu ~

belum ditolak condong sendiri prb orang yg bodoh dan penakut

mudah menurut kehendak orang lain.

lempung II Jk tanah liat.

lempur; kelempuran kelemahan yg amat sangat (badan dll).

lemputih; ~ paya sj tumbuhan (pokok renek), mata itik, melukut,

merembung jantan, Urophyllum glabrum.

lemuas; berlemuas berselekeh atau berlumur dgn kotoran (bkn muka,

badan, dsb).

lemuduk sj ikan laut, demuduk, Carangoides ferdau.

lemuk sj ikan laut, lemah, lelemah, Lactarius lactarius.

Page 155: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lemukut melukut.

lemunggai sj tumbuhan (pokok), emunggai, gemunggai, kacang kelor,

meringgai, merunggai, remunggai, Moringa oleifera.

lemur sj mamalia (spt kera) dlm famili Lemuridae yg terdapat di

Madagaskar; ~ ekor gelang, sj lemur yg ekornya bergelang-gelang

putih hitam, Lemur catta; ~ perang, Lemur fulvus.

lemuru sj ikan laut.

len (lén) Id kanta.

lena (léna) 1. lelap, nyedar, nyenyak: aku menelungkupkan mukaku ke

bantal lalu ~ semula; 2. leka, lalai, tidak sedar (ingat): semua

orang ~, ~ dgn impian masing-masing; 3. lama (waktu), lambat-

lambat: tidak berapa ~ ketikanya;

berlena, berlena-lena sengaja menghabis-habiskan masa, berlalai-

lalai, berlama-lama, berleka-leka;

melenakan membuat supaya lena, menjadikan lena, melelapkan:

dia berpura-pura ~ diri dan membiarkan ia dibawa oleh laki-laki

itu;

terlena 1. tertidur, tidur lelap: matanya dipejamkan dan dia mula ~

dgn tidak payah dipaksa-paksa; 2. terlupa akan hal-hal lain,

terlalai, terleka: beberapa ketika ia ~ memikir-mikirkan masa

depannya, ia hanya sedar kembali apabila semboyan kereta api

berbunyi; 3. = terlena-lena terlalu asyik atau leka, terlalu suka

akan sesuatu;

kelenaan 1. (dlm) keadaan yg lena; 2. Id tidak awas-awas, kurang

hati-hati.

lenang (lénang) tenang (air dll): apabila Datuk Selampit itu telah

mengaku kalah maka air laut itu pun ~ semula; senang-~

berbahagia sekali, tiada satu pun yg kurang.

Page 156: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lencana tanda yg dibuat drpd logam dll dan dipakai di dada (utk

menunjukkan keanggotaan sesuatu persatuan, sekolah, dll): tiap-

tiap ahli jawatankuasa pemungut derma mempunyai ~ di baju

mereka;

berlencana memakai lencana: sekumpulan pelajar yg ~ sekolah

kelihatan berkeliaran di pekan itu.

lencang lurus (barisan atau arah); ~ kanan Id pandang ke kanan utk

meluruskan barisan (perintah dlm perbarisan tentera dll).

lencas sj ulat bulu.

lencet (léncét) ark lecet.

lenci I (lénci) Jk lengkeng; laici.

lenci II (lénci) bp, Id sj binatang mengerip spt arnab, Oryctolagus

curiculus.

lencit; melencit keluar dgn cepat atau pantas (biji buah-buahan yg

dipicit), terpelencit;

lencitan gerakan atau hasil melencit.

lencong (léncong); melencong 1. tidak mengikut arah yg betul,

menyimpang dr arah yg asal, menyerong: tiba-tiba Nor ~ ke kiri

dan aku ~ ke kanan; 2. menyimpang drpd tujuan (maksud) yg asal,

menyeleweng, tersesat: di sini saya telah ~ sedikit kerana hendak

menjelaskan betapa mustahaknya undang-undang itu;

melencongkan menjadikan melencong atau menghalakan sesuatu

ke arah lain, menyimpangkan: mereka akan ~ jalan;

terlencong menyimpang dgn tidak sengaja drpd dasar, arah tujuan

dsb yg asal atau sebenarnya, terbabas: ketiadaan maklumat dan

kelengkapan pelayaran juga menyebabkan nelayan asing ~ ke

perairan negara kita;

lencongan jalan dsb yg melencong dr jalan asal yg dibaiki dsb;

Page 157: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

pelencongan perihal melencong atau melencongkan: ada beberapa

~ berlaku ketika novel ini ditulis.

lencun, lencung ark kuyup; basah ~ basah kuyup: badannya ~ oleh

peluh.

lenda ark; melenda melanda; landa II.

lendair mengandungi air (bkn batang, buah, dll), berlendir dan berair.

lendap; melendap bertukar menjadi kental atau pepejal (bkn cecair spt

darah yg terdedah dll), membeku;

pelendapan perihal melendap (cecair).

lendat; melendat memijak-mijak rumput atau tanah dll (oleh binatang

spt gajah dll), melanyak.

lendih ark duduk berasak-asak atau berapat-rapat, duduk bersandar.

lendek (léndék) Kl tidak berkedut-kedut (kain), licin.

lendir benda cair yg pekat lagi licin (spt dahak, hingus, dll): ~ kahak;

makan hasil ~ ki orang yg hidup drpd hasil persundalan;

berlendir terdapat lendir, ada lendir.

lendit Kd tertib (kelakuan).

lenduh; melenduh jatuh atau terkulai ke bawah, terjuih (bibir dll).

lendung; melendung melengkung ke bawah atau ke dlm (tali yg

direnggang dll), melendur.

lendut = melendut membengkok ke bawah, tidak tegang, meleding,

melengkung: dawai-dawai telefon biasanya mengembang lalu ~

semasa hari panas;

lendutan perihal lendut;

pelendutan perihal atau proses melendut.

leng (léng) ukuran yg bersamaan dgn setengah cupak.

lenga sj tumbuhan (herba), bijan, Sesamum indicum.

Page 158: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lengah (léngah) 1. kurang peduli (ingat-ingat), cuai, lalai, leka:

rancangan itu akan dijalankan dgn tidak ~-~ lagi; 2. tidak segera,

lambat, malas: lekas-lekas kembali, jangan ~ di laut;

berlengah-lengah, berlengah 1. berlalai-lalai, berlama-lama,

berlambat-lambat, bermalas-malas: dgn tiada ~ lagi kami pun

menaiki kereta tersebut lalu pergi; 2. berbuat sesuatu utk

melalaikan diri, berleka-leka: ia ~ bermain catur;

melengah 1. tidak segera (melakukan sesuatu), tidak hati-hati,

lalai, leka: pernah sekali saya dimarahi kerana ~ melayan tetamu;

2. = ~ waktu mengisi masa yg lapang dgn mengerjakan sesuatu: di

bawah meja itu ada banyak majalah utk ~ waktu; 3. melakukan

sesuatu utk menghiburkan atau mempersenang diri (orang lain

dsb): ~ anak; ~ hati;

melengah-lengah 1. berbuat sesuatu utk mempersenang-senang

atau menghibur-hiburkan diri (orang dsb); 2. = ~ waktu melakukan

sesuatu (membaca dll) utk mengisi waktu;

melengahkan, melengah-lengahkan melakukan sesuatu supaya

lalai, mengabaikan, melalaikan, melambat-lambatkan: dlm pd itu

Rosita tiada melalaikan dan ~ sekolahnya; sengaja membuat helah

utk ~ masa;

terlengah tidak teringat akan sesuatu, terlalai (oleh sesuatu),

terlena;

lengahan perihal lengah: tindakan yg menggunakan strategi ~.

kelengahan 1. perihal lengah (lalai, cuai, dll), kelalaian: ~ kita

telah menyebabkan kita sekalian menjadi mundur; 2. keadaan tidak

berbuat apa-apa (menganggur);

pelengah 1. orang yg selalu berlengah (berlambat-lambat atau

lalai); 2. sesuatu yg boleh melengahkan (bermain, membaca, dll).

Page 159: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lengai 1. tidak tangkas dlm melakukan sesuatu, tidak cergas, tidak aktif;

2. lalai, lengah; 3. (Kim) tidak bertindak balas secara kimia dgn

bahan lain (bkn gas dsb): gas ~;

lengai-lengai dgn lengai: kerja ~ lambat beroleh laki;

kelengaian sifat atau keadaan lengai: ~ gas itu.

lengak Jk; melengak 1. memandang ke atas, mencongak, mendongak; 2.

ki tercengang.

lengan 1. bahagian badan dr bahu hingga ke pergelangan tangan: ~nya

berbulu; tulang ~ atas anggota di antara siku dgn bahu; 2. kaki

hadapan (bagi binatang berkaki empat); 3. bahagian benda (baju,

dacing, dll) yg menyerupai lengan;

~ baju bahagian baju yg menutupi lengan; ~ bawah anggota antara

siku dgn pergelangan tangan; ~ raglan lengan yg sampai ke garis

leher yg kelimnya menyerong dr bawah lengan ke leher; ~ sudut

dua garisan yg mengandungi sesuatu sudut; berbantalkan ~ ki a)

perihal terlalu miskin; b) bermesra-mesra dgn kekasih;

dipegang ~ sudah bak ~, dipegang betis sudah bak betis = dikacak

betis sudah bak betis, dikacak ~ sudah bak ~ prb perihal angkuh

atau sombongnya seseorang;

berlengan 1. mempunyai lengan: blaus ~ panjang; 2. ki berkelahi

dsb dgn meninju, bertumbuk: dia sedia ~ jika dicabar.

lengang 1. tidak sibuk, tidak ramai orang, sepi: penduduk tempat itu

amat ~ , barangkali hanya dua orang dlm kawasan satu batu

persegi; 2. (berasa) sunyi atau sepi, berasa tersendiri: ia bersama-

sama keluar mencari kekandanya itu kerana merasai ~ hidup dgn

kehilangan saudara;

melengangkan menjadikan lengang, menyepikan: pemindahan

beramai-ramai oleh penduduk kampung itu telah ~ suasana

kampung tersebut;

Page 160: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

kelengangan perihal lengang (sunyi, sepi), kesepian, kesunyian:

hanya suara keridik dan belalang daun sahaja yg kedengaran

mendesing memecahkan ~ itu.

lengar rasa pening-pening lalat (kerana terhantuk kepala dll), tergayang;

terlengar rasa pening-pening lalat, hampir pengsan: ~ terhantuk

kepala ke dinding.

lengas = berlengas 1. lembap atau berair (berpeluh, berwap, dll): meja

itu masih ~ bekas tumpah air gula; 2. Id mengandungi air (hawa

dll); pengukur ~ alat utk mengukur banyaknya air (dlm udara dll);

melengas menjadi (ber)lengas, menjadi lembap atau basah:

kulitnya sejuk dan ~;

melengaskan menjadikan berlengas (lembap atau basah).

lengas (léngas); berlengas, terbelengas terpaling-paling tidak menentu.

lengat ark kukus; nasi ~ nasi yg dikukus;

melengat memasak (nasi dll) dgn wap, mengukus.

lengeng (léngéng); berlengeng tidak memakai baju (hanya seluar atau

kain sahaja): seluar pendeknya yg kuning pucat dan badannya yg ~

itu semakin kotor.

lenggadai sj tumbuhan (pokok), sj baku, Bruguiera spp.

lenggai buah yg kulitnya keras dan memecah dua (buah kacang dll).

lenggak; melenggak memandang ke atas, mendongak, menengadah;

melenggakkan; ~ kepala mendongakkan, menengadahkan kepala.

lenggak (lénggak); ~-lenggok melenggangkan (badan, leher), melenggok-

lenggokkan, menggoyang-goyangkan.

lenggana sl tidak sudi, enggan.

lenggang berhenti seketika (biasanya utk berfikir), senggang.

lenggang (lénggang) 1. pergerakan tangan ke hadapan dan ke belakang

ketika berjalan, ayunan tangan ketika berjalan: ia berjalan dgn ~

Page 161: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

yg lemah lembut; 2. pergerakan mengayak-ayak atau berbuai-buai

(kapal dimainkan gelombang dll);

~ kangkung a) pergerakan berayun-ayun yg lemah lembut; b) hidup

atau duduk bersenang-senang (tiada apa yg dikhuatirkan); ~ patah

tujuh pergerakan ketika berjalan dlm hutan (utk mengelakkan dr

pokok-pokok, duri, dll); ~ perut istiadat membetulkan kedudukan

anak dlm perut (bagi perempuan yg hamil sulung apabila telah

tujuh bulan mengandung);

~ bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layu prb orang yg tidak

sedarkan kekurangan diri; ~

-lenggok bagai cupak hanyut = ~ patah sembilan prb gaya jalan yg

lemah lembut dan menarik; elok ~ di tempat datar prb bersuka-

suka biarlah pd tempat dan waktunya; harap ~ serdadu, destar

teleng belanja kurang prb cakap sahaja yg lebih tetapi buktinya

tidak ada; tak berasak ~ dr ketiak prb tidak berubah-ubah dan

masih tetap spt lama juga;

berlenggang, melenggang 1. berayun tangan ketika berjalan:

tangan kanannya yg memegang senapang itu kelihatan tidak ~; 2.

bergerak-gerak turun naik atau ke kiri ke kanan (perahu atau kapal

dimainkan gelombang dll): ia berpaling memandang api lampu

minyak yg melenggang lemah; badannya turut ~-lenggang

mengikut goncangan kepalanya; 3. ki berjalan dgn tidak membawa

apa-apa beban: mereka pulang dr dusun ~ sahaja kerana tidak ada

durian yg gugur; 4. = ~-lenggok = melenggang-lenggok berliuk-

liuk ke kiri ke kanan (spt orang menari dll): pandangannya

berpusat kpd api lampu yg ~- lenggok ditiup angin; ~ perut

lenggang perut;

Page 162: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melenggangkan 1. mengayunkan tangan ketika berjalan; 2.

menjadikan berlenggang atau melenggang: anak-anak angin yg

bertiup itu melenggang-lenggangkan rambutnya;

terlenggang-lenggang terayak-ayak, terayun-ayun (perahu

dimainkan gelombang dll);

lenggangan ark 1. sj dulang utk mencari bijih atau emas; 2.

pergerakan melenggang, ayunan.

lenggapus sj tumbuhan (pokok), penaga, penaga lilin, Mesua ferrea.

lenggara ark sl; melenggarakan menjaga atau memelihara sesuatu

(negeri dll), menyelenggarakan: tinggallah tuan ~ negeri ini,

kerana hamba hendak pergi dgn Yang Dipertuan; selenggara.

lenggek I (lénggék) Mn tingkat (pd rumah);

berlenggek bertingkat, berlapis: rumah yg ~;

berlenggek-lenggek bertingkat-tingkat (pd rumah);

memperlenggekkan mendirikan bertingkat-tingkat, menyusun

berlapis-lapis.

lenggek II (lénggék) ark; berlenggek-lenggek (menangis) dgn suara yg

kuat.

lenggiang kesidang.

lenggok (lénggok) 1. pergerakan tubuh badan (ketika berjalan, menari,

dll), gelengan kepala sewaktu menari: dlm setiap tarian, ~ gontai

mempunyai maksud dan makna seni yg tersendiri; 2. ki cara, gaya:

banyak perkataan berbeza dr segi sebutan mengikut ~ sebutan

sesuatu kaum; ~-lenggang = lenggang-~ = lenggok-lenggok

berliuk-liuk ke kiri ke kanan (bkn pergerakan orang menari,

berjalan, dll): ~-lenggang bagai cupak hanyut;

berlenggok, berlenggok-lenggok, melenggok, melenggok-

lenggok, terlenggok, terlenggok-lenggok bergoyang-goyang atau

meliuk-liuk (badan, kepala, dll): sambil bersiul-siul kecil dia

Page 163: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melenggok keluar dr kamar itu; kepalanya melenggok-lenggok ke

kiri ke kanan;

melenggok-lenggokkan menjadikan melenggok, menggoyang-

goyangkan badan (kepala dll): penari itu berjalan sambil ~

badannya mengikut irama muzik yg mengiringi tariannya; maka

oleh karangan itu ditarahnyalah kepala kanak-kanak itu, maka

budak itu pun menangis kepalanya dilenggok-lenggokkannya;

lenggokan lenggok: ~ badannya memikat hati para penonton.

lenggong ark; melenggong ternganga mulut, melopong (kerana

kehairanan): ia ~ di muka tangga.

lengguak sj burung, Treron curvirestra.

lenggundi 1. sj tumbuhan (pokok), lebar, Vitex negundo; 2. sj tumbuhan

(pokok), mata ayam (kucing), sirih puyuh, Ardnia crispa;

~ bulan sj tumbuhan (pokok renek), lada-lada, lelada, Ervatamia

malaccensis; ~ bunga sj tumbuhan (pokok), bunga merjagung,

jenjagung, mepagar, mertajung, pagar anak betina, pagar anak

hitam, pagar anak merah, sangkan merah, Ixoanthes icosandran; ~

pasir sj tumbuhan (herba atau pokok renek), dilam, nilam jantan,

kesum bukit, Hemisgraphis confinis.

lenggut Jk; melenggut mengangguk-angguk (kerana mengantuk).

lengit I kalah teruk (dlm permainan), tewas: Hasan bermain gasing dgn

Husain, Hasan ~ memusing sahaja, lalu menangis.

lengit II Jk cerdik, pintar.

lengit III sj penyakit; pucat lesi bagai ayam

kena ~ prb keadaan seseorang yg lemah dan pucat kerana

menghidap penyakit.

lengkai Mn lampai.

lengkanas Mn = si ~ orang yg suka menghasut atau mengkhianat.

Page 164: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lengkang ark terbuka lebar (bulatan spt cincin dll), menjadi besar

lengkungnya;

melengkang sl melangkah.

lengkang (léngkang) lilitan (cermin mata dll), simpai bulat: kanta mata

itu lembut dan kenyal dan dikelilingi oleh satu ~ otot.

lengkap 1. genap, tidak ada yg kurang: lingkaran yg ~; 2. sedia dgn alat

senjata dll, cukup, sempurna: aku lihat di sana sini orang Jepun ~

dgn alat senjatanya;

selengkap (dgn) sepenuh atau secukup (pakaian dll): Kasim

menceritakan kisah Dolah ~nya;

berlengkap 1. bersiap sedia (dgn apa-apa yg perlu): maka Demang

Lebar Daun pun ~ hendak memandikan Sang SaPurba; 2. =

berlengkapkan telah disediakan atau dipersiapkan dgn: dgn ~

pengetahuan ini orang Belanda telah sanggup menduga laut di

Timur;

melengkapi 1. menokok tambah supaya lengkap: pengantin itu

dilengkapi sepertinya: 2. mempersiapkan, memperalati (dgn

senjata dll) supaya lengkap: kilang itu dilengkapi jentera-jentera

moden;

melengkapkan menjadikan lengkap, mencukupkan,

menyempurnakan: lengkapkan semua gajah dan kuda; aku serba

kekurangan utk ~ engkau sbg seorang isteri yg sempurna;

memperlengkap menjadikan lebih lengkap;

kelengkapan 1. perihal lengkap, kegenapan: pengetahuan bahasa

Inggeris ialah satu ~ hidup di bawah kerajaan Inggeris; 2. sesuatu

yg telah dilengkapkan (angkatan tentera dll): maka tukang

kesaktian itu pun lalu mengadap tuanku Malim Deman laki isteri

persembahan sudah siap ~ itu sekaliannya; 3. = ~ kapal sl

angkatan laut; 4. peralatan, perkakas: ~ memasak; ~ rumah;

Page 165: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

berkelengkapan mempunyai kelengkapan;

perlengkapan alat (perkakas dll) yg digunakan utk melengkapkan

sesuatu: barang-barang yg diberikan itu terdiri drpd sepasang

pakaian dan ~ bersolek;

pelengkapan perihal melengkapi (melengkapkan,

memperlengkap): ia juga berguna kpd pelajar-pelajar menengah

atas dan institusi pengajian tinggi sbg bacaan tambahan dan ~ kpd

pembelajaran mengenai teori-teori ekonomi;

pelengkap 1. sesuatu yg digunakan utk melengkapi

(melengkapkan); 2. (Lin) kata yg menerangkan kata kerja dll; 3. yg

melengkapkan: badan manusia mempunyai anggota utama dan

anggota ~.

lengkar (léngkar); ~ karang sj ikan laut, ikan bayan, Cheilinus fasciatus.

lengkara I sl sesuatu yg tidak munasabah, mustahil.

lengkara II sl gendang besar, tabuh, nekara.

lengkas I ark pantas, cergas; langkas I.

lengkas II gugur kerana masak (bkn buah-buahan); langkas II.

lengkeng (léngkéng) sj tumbuhan (pokok dan buahnya), laici, Nephelium

litchi; kelengkeng III.

lengkesa (lengkésa) Mn ark; berlengkesa menjadi kurang, susut.

lengket I (léngkét) = melengket, berlengket lekat, melekat erat-erat,

melekap, merekat: tapak kakinya tebal dgn lumpur yg ~;

melengketkan melekatkan, melekapkan, merekatkan;

terlengket terlekat.

lengket-lengket (léngkét-léngkét) Jk sj tumbuhan (pokok renek),

Clitorea laurifolia.

lengkiak sj semut besar, kiak-kiak.

lengkian sj tumbuhan (pokok memanjat), larak kucing, Oxymitra

latifolia.

Page 166: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lengkiang Mn sj kepuk kecil.

lengking bunyi spt bunyi besi dipukul, bunyi yg kuat: sebanyak desus

dan ~ kereta api sebanyak itu pula debar jantung Poniem;

melengking berbunyi dgn kuat (bunyi besi dipukul, orang

menjerit, dll): sebentar kemudian terdengar benda jatuh dan

berikutannya ~ pula suara jeritan seorang perempuan;

lengkingan suara atau bunyi melengking (jeritan dll): bunyi ~

kapak sayup-sayup terdengar dr pondokku; tiada kedengaran ~

anak-anak muda yg bergumal.

lengkitang Mn sj siput yg boleh dimakan; bagai gulai ~ prb perihal

orang yg mahu menebus kejahatan diri tetapi kebaikan dirinya pula

yg turut hilang.

lengkok (léngkok) bahagian sesuatu (garisan, jalan, sungai, dsb) yg

bengkok (berkelok), kelok, keluk, selekoh (bkn jalan);

berlengkok mempunyai lengkok, berbelok, berkelok, berkeluk,

berselekoh (jalan, sungai, dll);

melengkok menjadi bengkok, membelok, mengelok, menyelekoh.

lengkong (léngkong) I 1. agar-agar; 2. cincau.

lengkong (léngkong) II Jw pantai yg berkeluk, teluk.

lengkua sj burung, bakuk, punai berkuk, punai berkuk lengguak, punai

lengguak, Butreron capellei magnirostris.

lengkuas sj tumbuhan (rizom), Alpinia galanga; ~ ranting sj tumbuhan,

(rizom), Alpinia melanocarpa (conchigera); ~ di tepi kandang,

tegak puas badan menyandang prb kesalahan yg kita lakukan kita

jugalah yg menanggung akibatnya.

lengkuk lengkok, lengkung.

lengkung I lengkok, kelok, berkelok atau berlengkok: ~ pintu gerbang

itu diperbuat drpd buluh;

Page 167: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melengkung, terlengkung berkelok spt bahagian drpd sesuatu

bulatan, membengkok: misainya diputar-putarkan juga semakin

tajam dan semakin ~ ke atas;

melengkungi melingkungi, mengelilingi: balai itu dilengkungi

oleh pagar dawai berduri;

melengkungkan mengelokkan (garisan, dawai, dll),

membengkokkan: siapa pula yg sanggup ~ batang besi yg sebesar

itu;

lengkungan 1. tempat (pd garisan, besi, dawai, dll) yg

melengkung: ~ pelangi yg saya lihat itu pendek sahaja; ~ yg

terdapat pd dawai itu tidak mudah diluruskan; 2. = pelengkung

sesuatu (perhiasan, pintu gerbang, dll) yg bentuknya melengkung;

kelengkungan keadaan melengkung;

pelengkungan perihal (proses atau perbuatan) melengkung atau

melengkungkan: proses pelenturan, ~ dan peretakan kerak bumi.

lengkung II bunyi spt bunyi benda keras dipalu, dengkung;

lengkung-lengkung bunyi dengkung yg bertalu-talu.

lengkur ark dengkur;

melengkur mendengkur atau berdengkur (ketika tidur).

lengos (léngos); melengos Jw memaling muka dgn sengaja (kerana

menyampah atau benci melihat): Tijah ~ sambil merungut.

lengsan (léngsan) tidak dapat dipercayai, tidak dapat diharap: orang

haiwan hatinya ~ tidak boleh diharap satu kerjaan.

lengseng (léngseng, léngséng) bp 1. bersyarah; 2. syarahan, ceramah.

lengser (léngsér) 1. = melengser turun atau condong (matahari dll),

melungsur ke bawah (pakaian dll), meluncur, tergelincir: dia

memandang matahari yg ketika itu telah ~ ke barat; 2. melumur

atau menyapu sesuatu pd (cat atau kapur pd dinding dll).

Page 168: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lengset (léngsét); belengset terlipat keluar kelopak mata (kerana

penyakit).

lenguai Br sj tepak sirih yg bulat (diperbuat drpd kuningan).

lenguh I bunyi lembu;

melenguh mengeluarkan bunyi lenguh (spt lembu, rusa), menguak:

~ lembu di padang, sambut menguak kerbau di kandang.

lenguh II lemah anggota (terutama tangan dan kaki kerana mengangkat

benda berat, berjalan terlalu jauh, dsb): kakinya terasa ~ kerana

berjalan agak jauh sedikit tadi;

lenguh-lenguh lenguh di sana sini (tangan, kaki);

melenguh termengap-mengap kerana keletihan, termengah-

mengah;

melenguhkan menyebabkan terasa lenguh;

kelenguhan perihal lenguh: dua tiga cetusan kapak ~ telah

mendatang semula.

lengung I; melengung (duduk) termenung (kerana memikirkan atau

mengenangkan sesuatu dll), bermenung: sejak pagi tadi dia duduk

~ sahaja; mungkin pasal itu banyak Pak Aji dan Pak Lebai yg jadi

kaki ~ di kedai kopi.

lengung II Mn; melengung 1. memandang, menoleh: Hajah Bedah ~

melihat Karim; 2. melawat (orang mati).

lening bunyi spt bunyi loceng kecil.

Leninisme (léninisme) prinsip dan dasar yg didukung oleh Lenin.

lenis (lénis) (Lin) konsonan yg dihasilkan dgn otot yg kendur, mis bunyi

konsonan /d/ dan /g/.

lenja I; melenja berbuat sesuatu yg kurang sopan.

lenja II; melenja meleleh (bkn air liur);

melenjakan melelehkan (air liur): renungannya pd tanganku yg

tertikam paku payung karat itu, sampai ~ air liurnya spt memperli.

Page 169: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lenja III ark 1. sj gelang-gelang atau simpai tempat menggantung barang

(lampu dll); 2. tempat meletakkan benda yg hendak dikandar.

lenjan Jh lasak.

lenjing Jk antan, alu.

lenjuang 1. sj tumbuhan (pokok), anjiluang, Cordyline terminalis; 2. = ~

bukit sj tumbuhan (herba), jenjuang, juang-juang, senjuang,

Dracanea congesta.

lenjum Pr basah kuyup.

lenong I (lénong) Mn; berlenong-lenong berputar-putar, berpusing-

pusing.

lenong II (lénong) Jk sj permainan pentas.

lensa (lénsa) kanta.

lenser (lénser); melenserkan menyapu sesuatu pd: Aminah ~ mentega di

sekeliling mangkuk puding.

lensing; melensing berbunyi nyaring, berbunyi mendenging: suatu

jeritan halus ~.

lenso (lénso) (Ambon, Menado) sapu tangan.

lentam; ~-lentum bunyi spt bunyi meriam, bunyi yg kuat, dentam-

dentum.

lentang bunyi spt bunyi tin dipukul; ~-lentung bunyi kuat spt bunyi tin

dipukul berulang-ulang, bunyi berdentang-dentang.

lentang (léntang); ~-lentok terkulai lemah, tidak tegak, melentok.

lente (lénté); melente berjalan-jalan dgn tiada tentu haluan.

lenteng (lénténg) ark; jalak ~ a) cantik, indah; b) sebuah lagu Melayu.

lentera (lentéra) lampu (yg bertutup dgn kaca dll): malam itu gelap-

gelita, jalan di situ tidak berlentera spt ~ di kota-kota besar; ~ laut

rumah api (yg dipasang di pantai atau di laut).

Page 170: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lentik = melentik 1. melengkung ke atas atau ke belakang (bulu mata

dll): wajahnya yg bujur sirih itu dihiasi alis yg melentik wilis; 2.

lekuk ke atas pd hujungnya (haluan perahu dll);

melentikkan menjadikan sesuatu lentik, melengkungkan sesuatu

supaya jadi lentik; ~ jari = melentik jari a) melengkungkan jari

supaya lentik; b) ki malas membuat kerja berat;

melentik-lentikkan melentikkan berulang kali: sambil menangis,

budak itu meronta-ronta dan ~ badannya;

pelentik alat yg digunakan utk melentikkan sesuatu: gunakan alat

~ bulu mata yg selamat.

lentik (léntik) (Bio) berkaitan dgn atau mendiami air tawar yg tenang:

fauna ~.

lentil (léntil) sj tumbuhan kekacang yg menghasilkan biji yg boleh

dimakan, Lens culinaris.

lenting I; melenting 1. membingkas balik (rotan dll), menganjal; 2.

bergerak (melompat dll) dgn cepat dan pantas: perempuan itu tiba-

tiba ~ dgn muka macam bunga raya; 3. melentur atau bergelung

(spt daun kering, keropok digoreng, dll); 4. ki naik marah dgn

segera (apabila disoal, dikritik, dsb): Hasan ~ apabila ditegur oleh

kawan-kawannya;

melenting-lenting bergerak (melompat, meloncat dsb) dgn cepat

berulang kali: ulat-ulat itu masih hidup dan ~ di dlm tong sampah;

melentingkan menyebabkan melenting: kelemahan utama gaya ini

ialah kecenderungan atlet utk ~ badan mereka terlalu awal; ~ batu

kerikil dan lumpur ke belakang;

lentingan gerakan atau hasil melenting, lonjakan: tiba-tiba sahaja

bagai ~ sang api, dia menuruni anak-anak tangga rumah itu;

pelenting; kekuatan ~ Id kekuatan menganjal.

lenting II bunyi denting (spt bunyi duit syiling jatuh ke lantai dll);

Page 171: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

berlenting, melenting berbunyi spt bunyi duit syiling jatuh ke

lantai, berdenting.

lentisel (léntisél) (Bio) liang-liang pd batang tumbuh-tumbuhan berkayu

yg melaluinya berlaku pertukaran gas antara atmosfera dan tisu-

tisu batang.

lento (lénto) (Muz) muzik yg dimainkan dgn tempo yg perlahan.

lentok; (léntok); melentok, terlentok terkulai (ke bawah atau ke sisi),

terkelepai (ke bawah), miring (kerana lemah dsb): api di hujung

jamungnya juga melentok-lentok macam telinga arnab kegelian;

Ahmad yg duduk terlentok di atas bangku mengeluh;

melentokkan membongkokkan atau mengelokkan (badan dll),

menjadikan terkulai: Madhubala ~ kepalanya utk melepaskan

rambutnya;

melentok-lentokkan melentokkan beberapa atau berulang kali: dia

bersuara semula sambil ~ kepalanya;

lentokan gerakan (hasil) melentok: dia mengajak kawannya

meninggalkan kawasan perkuburan itu dgn isyarat ~ kepala;

hatinya terpesona dgn ~ pohon-pohon padi yg kuning keemasan

disinari mentari petang.

lentong (Sunda) ark tekanan suara (pd kata atau suku kata), sebutan yg

tinggi rendah pd tempat-tempat yg tertentu.

lentuk = melentuk melentur atau mudah dilenturkan (rotan dll);

melentukkan melenturkan (rotan dll), mengelokkan.

lentul; melentul berasa kosong (kempis) perut kerana lapar.

lentum bunyi spt bunyi meriam dll, dentum; ~-lentam bunyi spt bunyi

meriam yg berulang-ulang.

lentung I bunyi spt bunyi kelentung (loceng dll); ~-lentang = lentang-~

bunyi spt bunyi orang bertukang dll, bunyi berdentang;

melentung berbunyi spt bunyi kelentung;

Page 172: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lentungan bunyi melentung: di bawah keriang-keriut dan ~ roda

pedati.

lentung II Mn; melentung menyentuh atau menyinggung (tin, orang,

dll);

terlentung tersentuh atau terhantuk.

lentur 1. bengkok atau kelok (pd barang yg melengkung), lengkok; 2. Id

perubahan arah (sinaran cahaya yg masuk ke dlm air dll), bias;

melentur 1. membengkok atau melengkung (spt julai batang

buluh, ampaian kain yg tidak tegang, dll), kendur: dawai itu

menjadi panas dan mengembang panjang dan ~; 2. boleh (mudah)

dilengkungkan atau dilentokkan tetapi tidak mudah patah (tali,

dawai, dll);

melenturkan menjadikan bengkok atau berkelok, menjadikan

melentur, membengkokkan, melengkungkan: rebung apabila telah

menjadi aur, payah hendak dilenturkan lagi; budak-budak

umpama rebung, boleh dilenturkan dan dibentuk; lemah liat kayu

akar, dilenturkan boleh, dipatah tak dapat prb orang yg berakal itu

nampaknya menurut kehendak orang, tetapi tidak dapat

dibodohkan;

terlentur telah melentur, menjadi melentur: beberapa batang anak

pisang berhampiran dgn rumah saya ~ kerana ditimpa hujan lebat

semalam;

lenturan 1. perihal lentur; 2. benda yg melentur atau melengkung

(spt buluh pd pintu gerbang dll);

kelenturan perihal (keadaan, keupayaan, dsb) melentur: besi,

umpamanya, digunakan dgn meluas utk membina bermacam-

macam peralatan yg memerlukan kekuatan dan ~;

pelenturan perihal (proses atau perbuatan) melenturkan;

Page 173: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

pelentur benda atau alat yg digunakan utk melenturkan: ada

kalanya batu besar digunakan sbg ~ dahan-dahan pokok itu.

lenung bunyi spt bunyi loceng dll.

lenyai Mn lemah, lembik.

lenyak lena tidur, nyenyak: ayahnya sedang tidur ~.

lenyap 1. tidak kelihatan lagi, ghaib, hilang: maka jurumudi anak orang

Pulau Laut sudah ~ tidak ternampak lagi; maka ia berjalan ke

darat lalu ~; 2. lena (tidur), nyenyak: ~ benar budak Ibrahim itu

tidur; 3. sl jatuh hati, kasih: maka apabila dilihat oleh si Kembang

Cina akan keelokan Awang Sulung Merah Muda yg teramat sangat

itu ~lah ia kepadanya; ~ daratan hilang akal, lupa akan dirinya;

melenyap menjadi lenyap: ia umpama kunang-kunang yg timbul

sekali-sekala dan kemudian ~ dan dilupakan;

melenyapkan menghilangkan, memusnahkan, merosakkan: ia

berasa bimbang agama Islam akan ~ kekuasaannya yg besar itu; ~

angan-angan;

kelenyapan perihal lenyap, kehilangan, kemusnahan;

pelenyapan perihal (proses) melenyapkan sesuatu, penghapusan,

penghilangan.

lenyeh (lényéh); melenyeh menguli atau mengadun (tepung dll).

lenyek (lényék); melenyek menekan-nekan atau meramas-ramas hingga

lumat: dia ~ pisang-pisang itu sehingga hancur.

lenyet (lényét) ark lunak dan berair (bkn buah yg terlalu masak dll).

Leo (léo) lambang kelima dlm zodiak, yg berlambangkan singa.

leotard (léotard) sj pakaian sendat yg dipakai oleh penari balet, akrobat

dsb.

lepa bp lalai, alpa.

lepa (lépa) I campuran simen dan pasir serta kapur dll utk menurap

(dinding dll);

Page 174: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

berlepa berturap (dgn batu dll): lorong masuk ke rumahnya ~ dgn

batu;

melepa menyapu dgn lepa, menempel (tembok dll) dgn lepa,

menurap: jika hendak dilepa dgn minyak tar pun rasanya tentulah

lambat lagi.

lepa (lépa) II ark; terlepa 1. terlentang (kerana terlalu letih), terbaring; 2.

terlalu labuh (kain perempuan, jubah, dll), tersangat labuh: janggut

terlipat hingga ke riba, jubah ~ hingga ke kaki.

lepa (lépa) III; perahu ~ = lepa-lepa sj perahu kecil (dibuat drpd

sebatang kayu) yg biasanya mempunyai caduk.

lepai (lépai) Mn hampir lumpuh (kaki), lemah.

lepak I; melepak putih betul (spt kapas dibusur), sangat putih: kulitnya

putih ~; jelepak.

lepak II bunyi spt bunyi barang jatuh ke tanah (orang bertumbuk dll); ~-

lepuk bunyi lepak yg berulang-ulang (buah yg gugur, orang

bertumbuk, dll);

melepak bp memukul (dgn telapak tangan): kali ini dia ~ pahanya

yg digigit nyamuk.

lepak (lépak); budaya (tabiat) ~ amalan negatif di kalangan masyarakat,

spt di kalangan remaja yg menghabiskan masa dgn duduk-duduk

tanpa melakukan kegiatan yg berfaedah: budaya ~ yg pd peringkat

awalnya dilakukan oleh kutu-kutu jalan telah dikuti oleh remaja;

melepak 1. dlm keadaan terlalu letih, melepek; 2. berbuat sesuatu

yg tidak mendatangkan faedah (spt duduk-duduk di kompleks

membeli-belah tanpa tujuan, berbual-bual kosong, dll): pd

prinsipnya, remaja yg suka ~ itu merupakan mereka yg tidak

mempunyai pekerjaan.

lepa-lepa pangkal umbut.

Page 175: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lepan NS tanah lembah (tanah rata) yg sesuai utk sawah tetapi tidak

diusahakan.

lepang sj tumbuhan (herba memanjat), Bauhinia spp.

lepap I; terlepap tertumus ke tanah (muka), jatuh tersembam.

lepap II sj perahu kecil yg leper lunasnya.

lepar 1. selusur (tangga dll); 2. penahan, penopang; ~ kajang tulang

bumbung bagi atap kajang.

lepar (lépar) IB ark; melepar bp menyerahkan (barang-barang yg

dipesan dll).

lepas 1. tidak terikat lagi, tidak mempunyai pertalian (perhubungan,

sangkut paut) lagi, bebas: apa bicara Bendahara kerana segala

rantau barat ~lah drpd kita; ia tidak ~ drpd memikirkan

kekasihnya; 2. lari atau bebas (drpd kurungan, penjara, tahanan,

dsb), lucut (drpd ikatan dll): ia meronta-ronta dan menghempas-

hempas tetapi tidak juga ~; 3. ki bebas (drpd sesuatu yg

menyulitkan, menyekat atau membatasi dsb): mereka tidak ~ drpd

menghadapi pancaroba kehidupan; 4. tertinggal di belakang

(tempat dll), telah lalu atau lewat (tempat, hari, dll): setelah sampai

ke kuala ~ alangan maka belayarlah ia; semenjak minggu yg ~ ia

telah membawa suatu perubahan baru kpd diri gadis itu; 5.

(se)sudah, setelah selesai atau habis: ~ sembahyang zohor, boleh

kita berjalan-jalan; ada selangnya sebulan ~ menabalkan

anakanda baginda itu, maka baginda pun geringlah terlalu sangat;

6. bp lahir (bayi): hingga sampailah tujuh hari tujuh malam tidak

juga ~ budak; 7. Pr, bp ada juga, boleh (juga), cukup juga

(makanan, belanja, dll): belanja anak-beranak utk bulan ini ~lah;

~ angin sia-sia sahaja; ~ ayam (burung, unggas) a) bebas sungguh,

boleh melakukan sesuka hati; b) telah dimerdekakan (hamba abdi

dll); ~ bebas bebas benar-benar; ~ diri a) tidak melibatkan diri dlm

Page 176: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

sesuatu hal; b) tidak mahu bertanggungjawab atau mengambil tahu

mengenai sesuatu hal; ~ idah sesudah waktu idah; ~ ijazah selepas

memperoleh ijazah sarjana muda (bkn pengajian, penyelidikan

dsb): kursus ~ ijazah; ~ laku bebas melakukan sesuatu dgn tidak

segan-segan lagi; ~ lelas bebas sama sekali; ~ malu sudah

dikhatankan (anak lelaki); ~ nafas menghembuskan nafas keluar

perlahan-lahan; ~ pantang masa sesudah waktu pantang; ~ puasa

setelah selesai berpuasa; ~ sekolah sesudah bersekolah; ~ tangan a)

tidak berpegang (pd kemudi, selusur, dll); b) tidak masuk campur

dlm sesuatu hal; c) tidak ada tambahan lain (di luar gaji atau upah),

upah (gaji) semata-mata; ~ ungu pancaran cahaya yg tidak nampak

dlm spektrum (selepas pancaran cahaya ungu);

selepas sesudah, setelah sudah, setelah selesai: tiada berapa lama

~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi

memukat;

selepas-lepas sehabis-habis (jauh, kuat, dll), sejauh-jauh, sekuat-

kuat: ~ seluang melaut; ~ tupai melompat;

berlepas 1. tidak terikat lagi, tidak bersangkut-paut lagi; 2. pergi,

berangkat: aku menaiki kereta sewa dan ~ ke Dungun; 3. sl

menyelamatkan, membebaskan: maka segala orang Kujai pun

masuklah beramuk dgn orang Campa, setengah ~ anak bini

setengah melawan; 4. = ~ diri mengasingkan diri, tidak melibatkan

diri: kalau awak terkena satu-satu hal kelak, saya akan ~ diri

kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup; ~ hati

berpuas hati; ~ lelah berhenti seketika utk menghilangkan lelah; ~

tangan a) tidak berpegang pd selusur dll; b) tidak ambil peduli;

melepas 1. bp hampa (kerana tidak tercapai maksud), kecewa

(kerana tidak sampai hajat): kalau orang lain pergi dahulu tentulah

habis dipapasnya, kita ~ sahaja; 2. Pn berbohong, tidak bercakap

Page 177: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

betul, berdalih; 3. bp mengeluarkan angin melalui pelepasan,

kentut; 4. bp buang air besar;

melepasi 1. menebus atau membayar (niat, hutang, dll); ~ hutang

membayar (melunaskan) hutang; ~ malu Mn menebus malu

(mengahwinkan anak kemanakan); 2. mencukupi, memadai,

berpadan dgn: sedang upah sawah itu kadang-kadang sama dgn

kehasilan yg diperdapat, bahkan kadang-kadang rugi, dan kadang-

kadang tidak ~ belanja;

melepaskan 1. membiarkan lepas, membebaskan (drpd kurungan,

penjara, dll), menjadikan tidak terikat lagi: ia ~ budak itu drpd

pegangannya; 2. menghilangkan (letih, jerih, dll): ia berbaring-

baring ~ jerihnya; mereka terus masuk ke kedai makan yg

berhampiran utk ~ dahaga; 3. tidak menyekat-nyekat, membiarkan

keluar (perasaan dll); mengeluarkan, membiarkan keluar (perasaan

dll): racun kulat tersebut ~ hidrogen disulfida; dia ~ senyuman kpd

Noor Hamidah; serdadu itu pun ~ suatu penumbuk ke pangkal

telinganya; Datuk Ujang menyedut cerutnya lama-lama kemudian

~ asapnya; 4. tidak menghalang, membenarkan atau mengizinkan

(pergi, berangkat, dsb), merelakan: dia ~ anaknya pergi dgn hati

yg rela; 5. menceraikan (isteri): kalau Sharifah Aini dilepaskannya

mungkin anak-anak muda itu berjaya mengetuk pintu hatinya; 6.

memberikan (sesuatu yg dipegang atau disandang kpd seseorang

lain), menyerahkan (dgn kehendak sendiri): Perdana Menteri

mungkin akan ~ jawatan Menteri Hal-Ehwal Luar kpd seorang

menteri lain; 7. menguraikan (rambut dsb), tidak mengikat dsb:

saya gemar ~ rambut saya menggerbang tetapi biar kelihatan

sedikit ikal; 8. menghantar (orang belayar, berangkat, berjalan, dll):

dia sendiri pergi ke stesen utk ~ anaknya berangkat; ~ mayat ke

Page 178: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

kubur; 9. membuang, memecat, memberhentikan: dlm zaman

meleset, banyak pekerja yg dilepaskan;

~ angan-angan mengerjakan segala sesuatu yg diingini; ~ cinta

kasihnya (rindunya, isi hatinya) kpd mencurahkan cinta kasihnya

kpd; ~ dendam a) membalas dendam; b) menghilangkan perasaan

rindu (dendam ) pd seseorang; ~ diri melarikan diri, membebaskan

diri; ~ hati memuaskan hati; ~ jiwa (nyawa) a) menyelamatkan

drpd bahaya maut; b) = ~ nafas yg akhir mati; ~ kritikan (kecaman,

serangan, tuduhan, dll) melancarkan kritikan, (kecaman dll); ~

layang-layang menaikkan layang-layang; ~ malu mengkhatankan;

~ marah (nafsu, kehendak) tidak menahan marahnya (nafsunya,

kehendaknya); ~ niat (nazar, kaul) membayar atau menunaikan

niat (nazar, kaul); ~ niatnya (harapannya, maksudnya,

tuntutannya, dll) membuang atau meninggalkan niatnya

(harapannya, maksudnya, dll); ~ panah membiarkan anak panah

lepas drpd busurnya; ~ pandangan memandang; ~ tembakan

(meriam), menembak, memasang; ~ tinju (pukulan, tikaman, dll)

meninju (memukul, menikam, dll); ~ untung masing-masing

menyelamatkan diri masing-masing;

memperlepas membiarkan lepas, tidak menghalangi;

memperlepaskan sl menjadikan lepas, menyelamatkan:

perlepaskan harta Yang Dipertuan dlm istana itu; bawa juga kita

dgn anak isteri kita, perlepaskan oleh kamu ke rumah Bendahara;

terlepas 1. telah lepas atau dilepaskan: Mawi berfikir tentang

perkataannya yg ~ itu; tangannya yg berpaut pd baju Badri itu ~

ke bawah; 2. tidak ditimpa (dilanda dsb) sesuatu, bebas (drpd

sesuatu yg tidak baik): beliau ~ drpd kelemahan dlm

menghujahkan aspek-aspek estetika dlm karya sastera; ~ drpd

tetek bengek kebencian; 3. bp ki terlewat, melebihi (umur dll);

Page 179: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

~ cakap mengatakan sesuatu dgn tidak sengaja; ~ perhatian tidak

memberi perhatian kpd sesuatu hal dsb dgn tidak sengaja;

lepasan orang yg tamat drpd sekolah (maktab, universiti, dll), yg

telah dilepaskan, tamatan: ~ Universiti Malaya; ~ askar bekas

askar;

kelepasan 1. perihal lepas (bebas), kebebasan; 2. waktu rehat

(sekolah dll), cuti, libur: kurang pukul satu loceng ~ dibunyikan;

pd hari ~ begini, saya selalu pergi memancing; 3. kehilangan:

anjing ~ daging;

perlepasan perihal berlepas;

pelepasan 1. perihal melepaskan: maka juara pun memadan

ayamlah lalu dilepaskan dgn yg dipadan itu dua tiga juga, Raja

Chulan tiada menang; 2. pembuangan, pemecatan; 3. Mn dubur:

lubang ~; 4. perihal dikecualikan drpd sesuatu (spt membayar

cukai dsb): ~ cukai pendapatan; 5. jalan keluar utk lari atau bebas

drpd sesuatu: tidak mungkin Amir Hamzah, melalui karyanya,

mencari ~ drpd realiti yg menekan keinginan dan kehidupannya;

pelepas 1. orang yg melepaskan pelumba-pelumba dlm

perlumbaan (berlari, berenang, dsb); 2. benda yg digunakan utk

melepaskan sesuatu: hal-hal yg beginilah yg harus dikemukakan

oleh sajak, sesuai dgn tugasnya sbg ~ ketegangan perasaan; 3. = ~

wang orang yg membungakan wang (dgn memberi pinjaman,

menyimpan di bank, dsb); 4. (wang, makanan, dll) yg diberikan

kpd orang-orang yg hendak berjalan atau belayar.

lepat sj penganan (drpd tepung beras, ubi, pisang dll yg dibungkus dgn

daun pisang dan dikukus): ~ pisang; ~ ubi kayu; bagai (spt) ~ dgn

daun prb sesuai atau padan benar (tidak boleh berpisah).

Page 180: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lepau I 1. sl binaan tambahan pd rumah (di sebelah belakang), serambi

dapur; 2. kedai kecil; 3. Pr bangsal atau pondok (biasanya di

sawah); 4. Kd bahagian depan rumah.

lepau II Pr hendak, mahu.

lepek (lépék) I alas atau lapik (cawan, teko, dll).

lepek (lépék) II; melepek 1. dlm keadaan sangat letih, terdampar

keletihan; 2. ki duduk menganggur, tidak berpekerjaan.

lepek (lépék) III Jk basah kuyup.

lepek (lépék) IV Mn; melepek menepuk perlahan-lahan, menepuk-

nepuk.

leper Id lepar.

leper (lépér) I tidak jeluk (piring, pinggan, dll), ceper, dangkal, pipih,

rata;

meleper menjadi leper;

meleperkan menjadikan leper, memipihkan: zink tong minyak yg

berkarat sudah dileperkan tetapi masih kemik di sana sini.

leper (lépér) II sebutan (lafaz) perkataan yg tidak tepat, pelat, telor.

leperi (léperi) Id, bp pengadil (dlm permainan).

lepet (lépét); melepet 1. melipat (lengan baju dll); 2. membengkokkan

(paku dll);

kelepet lipatan (pd baju dll).

lepih terlipat pd tepi (tikar, seperah, dll);

melepih melipat tepi (tikar, sapu tangan, dll).

lepik bunyi spt bunyi barang ringan jatuh ke lantai.

lepit Jk; melepit melipat, melepet; lepet.

lepoh (lépoh) I Mn; melepoh melepa atau menyapu (dgn simen dll),

menurap.

lepoh (lépoh) II; terlepoh bengkok (kaki, tangan, dll), jatuh meringkuk,

tergeliat;

Page 181: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melepoh menjadikan bengkok, membengkokkan, menggeliatkan:

telutuh dilepoh-lepoh.

lepot (lépot) I kurang cergas, lemah, lembap.

lepot (lépot) II Jk; berlepotan berlumur (dgn lumpur), bergelumang (dgn

lumpur);

melepoti mengotori, mencemari.

lepoteng (lepoténg) Kl berjalan dgn tidak tentu tujuan, menganggur.

lepra (lépra) IB sakit kusta (pd peringkat permulaan), bodok.

leprologi (léprologi) kajian tentang penyakit kusta.

leptospirosis (léptospirosis) (Ubat) sj penyakit berjangkit yg disebabkan

oleh bakteria Leptospira yg menular kpd manusia melalui binatang

spt anjing, babi, tikus, arnab dan tupai, atau melalui penggunaan

air yg tercemar olehnya.

lepu sj ikan laut, depu, gedempu, Pterois russelii.

lepuh bengkak berair, menggelembung (kulit berisi air kerana terlalu

hangat, bergesel, dsb);

melepuh menjadi lepuh, melecet, melecer: kulitnya ~ kena api;

sedang rebung baik dipatah, jadi buluh ~ jari prb masa kecillah

diajar dan dididik jangan tunggu hingga besar;

melepuhkan menjadikan melepuh.

lepuk bunyi spt bunyi orang bertepuk tangan, bunyi yg lebih besar drpd

bunyi lepak; ~-lepak bunyi lepuk yg berulang-ulang: kemudian aku

dengar juga ~-lepak bunyi lembu kena pukul;

melepuk memukul, menampar; lapuk II.

lepung bunyi spt bunyi tong dipukul (gendang dipalu, bola pecah, dll).

lepur I; mati ~ mati terbenam dlm lumpur.

lepur II; melepur menyerang dgn sayap (ayam ketika bersabung): sekali

dua sahaja dilepur oleh si Jalak Berapit, ayam lawannya itu pun

terkiuk menggelupur ataupun lari.

Page 182: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lepus; berlepus berbunyi spt bunyi angin keluar (dgn keras).

lerah I; terlerah gugur (drpd tangkai, ikatan, dll), luruh, terlerai.

lerah II Kl; melerah mengikis, menyapu bersih, mencangkul (rumput

dll).

lerai; meleraikan 1. menceraikan, memisahkan (orang berkelahi dll):

Cikgu Majid berkejar keluar hendak ~ budak yg sedang

bertumbuk; penyakit jiwa susah hendak dileraikan drpd batin

seseorang; 2. ki menjauhkan, menghindarkan (penyakit dll): ubat

ini akan ~ penyakit selesema;

berlerai tidak bersambung (bersatu, berangkai-rangkai dsb) lagi:

seminggu sudah berlalu, aku terasa bagai kalung mutiara yg putus

~;

terlerai dipisahkan atau diceraikan, tercerai, tersisih: cintaku telah

~; tidak ~ dgn janjang prb perihal tidak dapat diceraikan (orang yg

berkasih-kasihan dll);

peleraian proses meleraikan sesuatu: ~ masalah;

pelerai 1. orang yg meleraikan (orang berkelahi dll), benda (ubat

dll) yg menghindarkan penyakit dll: dipadankan sahaja rambut itu

akan dijadikan tangkal dan azimat, dijadikan ubat jerih ~ demam;

2. (alat) utk memisahkan biji drpd tangkai: jentera ~ lada hitam; ~

demam a) ubat yg menyembuhkan penyakit; b) ki anak atau

kekasih.

lerak I tercerai (perkakas, rumah, tentera, dll), pecah (rosak) berkecai,

bercerai-berai;

melerakkan memecahkan (hingga bercerai-berai), mencerai-

ceraikan, merombakkan.

lerak II; buah ~ sj tumbuhan (pokok dan buahnya), buah sabun, buah

lemuran, Sapindus rarak.

leram bunyi spt bunyi gendang besar (guruh, harimau, dll), deram.

Page 183: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lerang bunyi spt bunyi tambur (gendang, rantai besi jatuh, dll), derang.

lerang (lérang) I jalur pd tenunan kain.

lerang (lérang) II ark setengah hari pelayaran.

lerang (lérang) III Kd bahagian tandan kelapa tempat bergantung buah

atau putik.

lerang-lerang (lérang-lérang) sj usungan.

lerap bunyi spt bunyi orang berjalan (berkawat dll), derap.

lerap (lérap) ark; main ~ = pusing ~ sj permainan judi dgn memutar

wang dan meneka sebelah mana yg di atas.

lerat (lérat) Kl curah, buang.

lereh (léréh) Kl; orang ~ orang yg tidak tetap pd sesuatu pekerjaan (atau

di sesuatu tempat).

lerek (lérék) I 1. sj tumbuhan (herba), Phrynium malaccense; 2. sj

tumbuhan (herba), Stachyphrynium jagorianum.

lerek (lérék) II leret II.

lereng (léréng) I 1. permukaan yg di sekeliling barang yg pipih bulat

(roda dll); kereta ~ basikal; beca ~ tiga beca roda tiga; 2.

permukaan bukit yg senget (miring), sisi gunung: ke ~ gunung

itulah anak-anak muda di kampung Hulu Kelang mencari rotan

dan atap;

lereng-lereng roda kecil pd kaki katil (meja dll);

berlereng ark menaiki basikal, berbasikal;

melereng 1. berputar atau berpusing (roda dll); 2. senget (tanah

dll), landai, miring;

lerengan tanah yg melereng (biasanya pd bukit, gunung, dll):

mereka telah beberapa kali berpindah-randah dr satu ~ bukit ke ~

bukit yg lain.

lereng (léréng) II Jw corak yg menyerong (pd kain).

lerer (lérér) Kl cuai.

Page 184: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

leret (lérét) I = leretan banjar, baris, barisan, jajaran: itulah leretan Bukit

Seguntang spt yg tersebut dlm Sejarah Melayu itu; di hadapan

rumahnya terdapat beberapa ~ pokok rambutan lekang;

berleret, berleret-leret berbaris, berbanjar: aku merayap ke depan

dan ke belakang motokar yg ~ itu;

meleretkan mengaturkan berbaris, membariskan, membanjarkan.

leret (lérét) II; berleret, berleret-leret 1. = meleret panjang sungguh

(tali, kain, dll), labuh sangat: dipakai jubah kasa halus, jubah

meleret sampai ke kaki; 2. = meleret, meleret-leret berpanjang-

panjang (perbualan, percakapan, cerita, dll), berjangkit-jangkit:

tidak usahlah saya mengulas panjang lebar sehingga meleret-leret

lagi;

meleret 1. berleret; 2. memanjang, melebar: di bibirnya ~ sebuah

senyuman yg manis; senyumannya ~ saja;

meleretkan memberikan (senyuman) yg melebar: atuk hanya ~

senyuman sambil memandang tepat pd mukaku;

meleret-leretkan menjadikan (cerita, huraian, dsb) meleret-leret:

sengaja saya ~ misalan 'panca' ini.

lerik bunyi spt bunyi derak tetapi lebih halus, derik.

lerkuing sj tumbuhan (rumpai), malbar hutan, ruku-ruku, selasih hutan,

Hyptis suaveolens.

lerleng (lérléng) IB pegawai pelatih (orang yg dlm latihan): lepas dr

sekolah, dia masuk sekolah pelayaran, kemudian jadi ~ atau calon

pegawai enam tahun penuh dgn rajinnya.

leron (léron) Pn berpusing keliling (padang dll).

lerum bunyi spt bunyi guruh yg terdengar sayup-sayup, derum.

les (lés) I IB, bp pelajaran.

les (lés) II IB senarai, daftar (nama dll).

les (lés) III IB pemidang (gambar, cermin, dll), bingkai.

Page 185: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

les (lés) IV IB tali kekang (pd kuda).

les (lés) V bp (kain) renda.

lesa I lemah, lumpuh (tubuh badan dll), layuh: lemahlah badan, letih dan

~; lasa.

lesa II Ph sj kemudi (rakit).

lesah I lasah I, lasah II.

lesah II desah.

lesak I lasak I.

lesak II desak II.

lesak (lésak) = melesak di atas tanah, tidak bertiang (rumah): rumah ~.

lesan (lésan) Jw sasaran, bulan-bulan, tujuan.

lesang Mn; melesang menunggang (kuda, basikal, dll).

lesap tidak ada lagi, hilang, lenyap: dia ingin tahu sesuatu berkenaan

ayahnya yg telah hilang ~ itu;

melesapkan menghilangkan, melenyapkan: dia dituduh pecah

amanah kerana ~ wang syarikat;

pelesapan perbuatan melenyapkan (wang, harta, dsb).

lesar bunyi spt bunyi tikar diseret, desar.

lesat Jk; melesat tercampak atau terpelanting jauh.

lesau bunyi spt bunyi daun-daun ditimpa hujan dll, desau.

lesbian (lésbian) perempuan yg mempunyai tarikan seksual terhadap

kaum

sejenisnya, perempuan homoseksual.

lesbianisme (lésbianisme) perihal hubungan cinta berahi atau hubungan

seks sesama perempuan.

leseh (léséh) Kl tidak dalam (lubang), tohor.

lesek (lésék) I gesek.

lesek (lésék) II Mn lasak.

Page 186: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lesen (lésén) sijil atau dokumen rasmi yg dikeluarkan oleh pihak

berkuasa yg memberikan kebenaran kpd seseorang atau sesuatu

pihak melakukan atau menggunakan sesuatu: kerajaan negeri

Kelantan akan didesak supaya memberi ~ beca roda tiga kpd

orang Melayu sahaja; kedai ~ bp kedai kecil (drpd papan) yg

menjaja biasanya barang-barang makanan di tepi jalan;

berlesen mempunyai lesen, berkebenaran mengerjakan sesuatu

(berniaga, melombong, dll);

melesenkan memberi lesen kpd: syarikat multinasional ~ syarikat

asing;

pelesenan urusan memberi lesen atau meluluskan permohonan

lesen: lembaga ~;

pelesen; pegawai ~ pegawai yg mengeluarkan lesen.

leseng (léseng, léséng) IB, bp ceramah, syarahan.

leser (lésér) I seret, heret;

meleser menarik di atas tanah, menyeret.

leser (lésér) II, meleser suka berjalan-jalan dgn tidak tentu tujuan,

pelesir: kalaupun tidak utk ~ mereka ke sana utk mendengar lagu;

pelesir.

leset (lését) I; meleset tidak tepat, tergelincir, sipi: sangkaan mereka

rupanya ~; ia melangkah begitu terlanjur hingga hampir-hampir ~

pula;

terpeleset tergelincir; meleset I, peleset.

leset (lését) II Kl; meleset menyapu (cat dll).

lesi, lesih putih pucat (kulit badan dll), putih benar: apa mulanya maka

engkau pucat ~ bagai tiada makan nasi?

lesin Kd; melesin pedas; pedas ~ pedas benar.

lesing bunyi spt bunyi tiupan angin (tembakan peluru dll), desing;

Page 187: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melesing 1. berbunyi spt bunyi tiupan angin (tembakan peluru dll);

2. ki membaling, membuang; 3. menghayun tangan ke sisi utk

memukul bagaikan perbuatan hendak menepis.

lesir I pelesir.

lesir II; bermain ~ bermain pedang (sj tarian dgn menggunakan pedang).

lesir III bunyi spt bunyi tiupan angin (pasir ditiup angin, daun-daun

diseret, wap keluar drpd cerek, dll).

lesit I; melesit berbunyi spt bunyi keridik (seruling kecil dll).

lesit II; melesit; ~ hidung menghembuskan hingus: si Boya

menundukkan kepalanya, seraya ~ hidung.

lesit III; melesit (keluar) memancut.

lesit IV; melesit menghisap darah (bkn pelesit).

lesitin (lésitin) (Kim) sj bahan bak lemak yg banyak terdapat dlm kuning

telur, kacang soya, dll.

lesnar (lésnar) IB sj meja tempat mengalas kitab yg dibaca.

lestaka bahagian pertengahan busur yg tebal.

lestari Jk tidak berubah-ubah, kekal, tetap;

melestarikan menetapkan, mengekalkan: ~ hutan;

kelestarian keadaan (hutan, persekitaran, dll) yg tidak berubah

atau yg terpelihara spt asal, keaslian: ~ hutan kita mesti

diutamakan;

pelestarian perlindungan drpd kemusnahan.

lestek (lésték), lestet (léstét) Id lastik.

lesterik (lésterik) IB elektrik.

lesterung Jw sj penyakit (barah dlm hidung).

lesu 1. lemah (kerana tidak puas tidur, kurang makan, dsb), tidak cergas,

letih: aku melihat rakyat tani dgn kaki ayam berjalan ~ menuju

pondoknya yg buruk; letih ~ letih sekali; 2. ki merosot (perniagaan

Page 188: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

dll), sepi (perniagaan): sejak akhir-akhir ini, perniagaannya

semakin ~;

melesukan menyebabkan (badan dsb) menjadi lesu, melemahkan;

kelesuan 1. perihal (keadaan) lesu, keletihan; 2. berasa lesu atau

lemah, keletihan: Zaini yg ~ tidur dgn lenanya.

lesuk; ~-lesak bunyi spt bunyi kain keras (yg berkanji dsb) yg direnyuk.

lesung sj alat utk menumbuk (padi, lada, dll), lompang: yg pekak

pembakar meriam, yg buta penghembus ~;

~ batu lesung yg diperbuat drpd batu (biasanya utk menumbuk

sambal); ~ hindik (kaki) lesung yg diperbuat drpd kayu dan dipijak

dgn kaki; ~ kisaran sj perkakas utk mengisar padi; ~ mata soket

mata; ~ pengemping lesung tempat menumbuk emping; ~ pinang

gobek; ~ pipit (pipi) = lesung-lesung lekuk kecil pd pipi, cawak;

~ mencari alu (antan) prb perempuan mencari lelaki; ke mana

dialih, ~ berdedak juga prb pekerjaan yg selalu mendatangkan

kerugian atau kesusahan itu walaupun di mana dikerjakan nescaya

akan merugikan dan menyusahkan juga; menumbuk di ~, bertanak

di periuk prb mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya;

menumbuk di periuk, bertanak di ~ prb melakukan sesuatu yg

menyalahi kebiasaan; sebuah ~ seekor ayam jantannya

(gedangnya) prb bagi tiap-tiap kaum ada seorang pemimpinnya.

lesus berbunyi spt bunyi bisikan orang; desus.

lesut bunyi spt bunyi sebatan rotan (cemeti dll).

leta I hina atau keji (orang, perbuatan), cacat, cela: apalah guna hamba

yg ~; memberi ~ memberi malu (kpd orang), menghinakan;

meletakan memberi leta, memalukan, mengejikan, menghinakan.

leta II Ph turun warnanya (kain dll), luntur.

letah; ~-letai ark lemah sungguh (tidak berdaya), lesu.

letai (letai) Mn letih lesu, lemah.

Page 189: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

letak duduknya (sesuatu benda dll), kedudukan, tempatnya: ia membetul-

betulkan ~ cawan kopi di atas dulang yg ditatangnya; ~nya bandar

Kuala Kangsar tidak berapa jauh dr bandar Taiping;

meletak Mn menghantar, menaruh, memberi, menempatkan pd;

~ beras menjerang nasi; ~ kata menyusun kata-kata; ~ mata

memandang kpd; ~ nasi menghidang nasi dll utk menjamu hantu; ~

tanda memberi tanda (spt cincin dll) kpd pihak pengantin

perempuan;

meletakkan 1. menempatkan (pd), mengenakan (pd),

membubuhkan (ubat dll): dengan segera perempuan itu ~

bungkusan yg dijunjungnya di atas sebuah batu hampar; kanak-

kanak itu diletakkan di bawah kawalan pegawai akhlak; 2.

memasukkan (dlm): pantai Bagan Datok dan Lumut mungkin

diletakkan dlm kawasan keselamatan sbg langkah berjaga-jaga; 3.

ki melepaskan (perkhidmatan dll), meninggalkan; ~ jawatan

berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata menamatkan

peperangan; 4. memberi, menganugerahkan, menghadiahkan: maka

Sultan Mansor Shah menyuruh memanggil Hang Tuah diberi

baginda persalin serta diletakkanlah oleh baginda nama

Laksamana; 5. sl menentukan, menetapkan: syahadan bagindalah

yg pertama ~ kekuningan larangan;

terletak 1. ada (pd atau di), duduknya (di), letaknya (pd atau di),

terdapat (pd atau di): aku kembali ke rumahku yg ~ di belakang

kedai di hadapan masjid; ~ kpd (pd) letaknya pd, tertanggung kpd,

terdapat pd; 2. (telah) diletakkan;

biar jatuh ~ jangan jatuh terhentak prb lebih baik menarik diri

drpd dipecat dll;

Page 190: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

peletakan perihal meletakkan; ~ jawatan perihal melepaskan

jawatan (berhenti drpd memegang jawatan); ~ senjata gencatan

senjata;

peletak tempat meletakkan: keping papan lebar tempat ~ neraca

ini dinamakan andas.

letak (létak) 1. tidak bertenaga, lemah, letih: badan saya berasa ~

selepas berjalan sehari-harian; 2. lapar; ~-letai letih benar.

letal (létal) Id boleh mematikan (menyebabkan mati).

letang bunyi spt bunyi besi dipukul.

letap bunyi spt bunyi ranting patah.

letas bunyi spt bunyi telur menetas (jahitan kain yg ditetas dll).

letda (létda) Id akronim bagi leftenan muda.

letek (leték) Jk; meletek merekah.

leter (léter) IB, bp huruf.

dileteri bp ditandai dgn huruf.

leter (létér) cakap yg berpanjangan atau tidak berhenti-henti (biasanya

apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang): ia pun

menangislah, kerana mengenangkan untungnya yg malang itu dgn

berbagai-bagai sungut ~nya akan Pak Kaduk oleh kebodohannya

itu;

berleter, meleter bercakap-cakap dgn tidak berhenti-henti

(biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang),

mengomel: Haji Karman ini, biasanya kalau sudah tidak diterima

nasihatnya selalu akan ~ panjang;

meleteri berleter kpd seseorang (kerana tidak menyenangi

kelakuannya dsb), mengomeli: sudah selalu benar Simin ~

kelakuan adiknya itu;

leteran kata-kata meleter, omelan: Mak Yah melanjutkan ~nya;

peleter (orang yg) suka berleter, pengomel.

Page 191: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

leterseter (léterséter) IB penyusun huruf (pd percetakan).

letih tidak bertenaga, penat: kerana terlalu ~ dan lesu, ia pun tidur dgn

nyedarnya; ~ lelah = ~ lesu penat benar;

meletihkan menjadikan letih, memenatkan;

keletihan 1. perihal letih, kepenatan: anaknya tidur dlm ~; 2.

sangat letih: anak muda itu sedang ~.

letik I; meletik bergerak-gerak spt ikan di darat.

letik II bunyi spt bunyi gelas retak (kena air panas dll);

meletik berbunyi spt bunyi gelas retak.

leting I bunyi spt bunyi loceng kecil.

leting II; meleting bergerak-gerak (meloncat-loncat) spt ikan di darat,

meletik.

letjen (létjen) IB akronim bagi leftenan jeneral.

letkol (létkol) IB akronim bagi leftenan kolonel.

letnan (létnan) Id leftenan.

letos Jk; meletos membuka lebar (mata dll), melotot.

letuk bunyi spt bunyi orang mengetuk: ~-letak paruh enggang.

letung I bunyi spt bunyi tong (gong dll) dipukul; ~-letang bunyi letung

yg berulang-ulang.

letung II Kl; hangus ~ hangus langsung (nasi dll).

letup I bunyi benda pecah (tembakan meriam, bola pecah, dll): sekali ~

tiga degumnya;

letup-letup sj permainan kanak-kanak (belon getah, bedil buluh,

dll);

meletup pecah dan berbunyi spt bunyi pecah (tembakan meriam,

bola pecah, dll), meledak, meletus: kami belum lagi tahu bahawa

bom yg ~ itu datangnya dr kapal terbang Jepun; ~ di sana, di sini

bunyinya prb orang lain yg bersalah lain pula orang yg

menanggung akibatnya;

Page 192: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

meletupkan menjadikan meletup, meledakkan: maka tuan puteri

Dayang Nuramah pun ~ istinggar;

letupan 1. bunyi meletup, ledakan, letusan: satu ~ kuat terdengar

membelah malam; 2. = bahan ~ bahan ledakan: sampan itu berisi

~ yg disangkutkan pd sebuah bom waktu; 3. perihal meletup: bunyi

~ bom dan senapang berjentera tidak berhenti; 4. (Lin) bunyi

konsonan spt letupan yg dihasilkan dgn menutup saluran udara dan

kemudian melepaskannya dgn tiba-tiba, mis /p/ dlm pasu.

peletupan perihal atau perbuatan meletupkan, peledakan;

peletup alat utk meletupkan sesuatu bahan letupan; detup.

letup II = letup-letup sj tumbuhan (pokok memanjat), leletup, cipluan,

ubat pekung, Physalis minima;

letup-letup 1. sj tumbuhan (pokok memanjat), letup; 2. sj

tumbuhan (herba), timun dendang (hutan, tikus), pokok lang bulu,

akar mentimun, Passiflora foetida.

letur; meletur melecur, melecet.

letus 1. boleh meletup; hawa ~ Id gas yg meletup; 2. letup (senapang dll);

meletus 1. meledak (gunung berapi, bom, dsb), pecah dgn

mengeluarkan bunyi yg kuat: kepulan asap kelihatan bulat-bulat di

tempat peluru itu ~; 2. ki bermula (peperangan, pertentangan,

persengitan, dll): roman ini dikarang oleh tuan Hamka lama

sebelum perang dunia kedua ~;

letusan ledakan, letupan: di sana sini kedengaran bunyi ~, seolah-

olah bunyi petasan pd malam hari raya layaknya.

leukemia (léukémia) (Ubat) sj penyakit yg kronik atau berlarut-larutan

oleh sebab terdapatnya leukosit yg berkembang biak dan meresap

ke dlm sumsum tulang, limpa, dll, dan membinasakan alat-alat

tubuh yg membentuk darah.

Page 193: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

leukoma (léukoma) (Ubat) parut legap berwarna putih pd kornea mata yg

boleh menjejaskan ketajaman pelihatan seseorang.

leukosit (léukosit) (Bio) sel darah putih yg berfungsi melawan kuman yg

masuk ke dlm tubuh.

levi (lévi) (Eko) sejumlah wang yg perlu dibayar kpd pihak berkuasa, mis

cukai pendapatan; ~ modal cukai khas terhadap harta kekayaan yg

dimiliki oleh orang perseorangan, biasanya dikenakan sewaktu

darurat.

lewa (léwa) I; sambil ~ tidak bersungguh-sungguh (mengerjakan sesuatu

dll), sambil-sambilan.

lewa (léwa) II Kl; melewa mengacu (pisau dll kpd orang).

lewah (léwah) = melewah 1. terlalu banyak hingga berlimpah-limpah

(barang dll), mewah; 2. berlebih-lebih sehingga tertambah perkara,

hal, dsb yg tidak perlu (mis perkataan yg digunakan dlm ayat):

penggunaan kata yg ~ dlm pembinaan ayat perlu dielakkan;

kelewahan hal (keadaan) yg berlebih-lebihan.

lewar (léwar); melewar 1. sl berkeliaran (burung, ikan, dll), terbang

(berenang) berkawan-kawan: banyak burung terbang ~, bermain di

taman dewa dewata; 2. ki berjalan mundar-mandir.

lewat (léwat) 1. lalu, berjalan (di samping, di hadapan, dekat): ketika aku

~, malim itu memperkenalkan aku kpd seluruh jururawat itu; 2.

lampau, habis, selesai: musim menuai sudah ~; 3. lanjut, lebih

(drpd yg patut dll), larut: di balik meja itu duduk seorang Cina yg

sudah agak ~ umurnya; 4. sesudah waktunya, melampaui

waktunya, lambat: ia telah lama menunggu Mak Dalek yg ~ pulang

itu; 5. melalui, menerusi: Marian ~ tarian ciptaannya

menggabungkan unsur tradisi dan moden;

~ jenuh Id terlampau kenyang, muak; ~ lemboyang Id terlalu ungu

(warna ungu dlm cahaya matahari);

Page 194: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

selewat-lewatnya sehabis lewat (lambat), selambat-lambatnya:

semua permintaan hendaklah sampai ~ pd hari Sabtu;

melewati 1. lalu (di), melalui, melintasi, menempuh: dia berjalan

~ mereka; 2. melebihi had (batas), melampaui: berjalanlah

imperialisme ke timur dr selatan Gibraltar ~ Lautan Tengah; ~

batas; 3. melangkahi, melangkaui: soalan-soalan yg susah-susah

dilewati sahaja; 4. (bkn umur) melebihi: usiaku sekarang sudah ~

lima puluhan;

melewatkan menjadikan lewat (lambat), melambatkan,

melangkaukan: Bidin tetap juga mengharapkan biarlah anak bulan

itu tidak kelihatan dan puasa akan dilewatkan sehari;

melewat-lewatkan menjadikan lewat dgn sengaja, melambat-

lambatkan: janganlah ~ sembahyang setelah masuk waktunya;

terlewat 1. melebihi waktu, terlambat: kemalangan datang

menimpa tidak ~ atau terdahulu sesaat pun; 2. = kelewat tersangat

(banyak dll), terlalu, terlampau; 3. dapat atau telah dilewati

(dilalui, ditempuh, dll);

kelewatan 1. perihal lewat (lambat, berlebih-lebih, dll),

kelambatan; 2. terlewat, terlambat: engkau boleh sewa sebuah

kereta pergi ke mana-mana suka tetapi jangan ~ balik ke perahu;

3. terlampau, tersangat.

leweh (léwéh) Kl 1. cuai, lalai; 2. bongkak, sombong;

meleweh berlaku (berlagak) leweh.

LHDN kep Lembaga Hasil Dalam Negeri.

lho Id kata seruan utk menyatakan kehairanan (terperanjat dll): ~, pidato

apa!

Li simbol kimia bagi litium.

LI kep Language Institute (Institut Bahasa).

Page 195: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

liabiliti jumlah hutang yg perlu dijelaskan dgn wang, barang, atau

perkhidmatan.

liang I lubang yg halus (bekas tikaman, tempat keluar wap atau air pd

enjin, dll): dgn lima ~ luka kena peluru itu, keadaannya parah

sekali; tikam Laksamana tikam orang berani, sama se~ itu pun

matilah Si Jebat itu;

~ hidung lubang hidung; ~ jarum mata (lubang) jarum; ~ kubur

lubang kubur tempat menanam mayat; ~ kumbang lubang utk

mengalirkan air keluar (pd perahu); ~ lahad lubang tempat

meletakkan mayat (dlm kubur); ~ mata lekuk mata.

liang II; ~-liuk = berliang-liuk = meliang-liuk berliuk-liuk (api pelita

ditiup angin dll): batang padi meliang-liuk, berombak-ombak

dilanda angin.

liar 1. tidak dipelihara (binatang), tidak jinak, buas, tidak dijaga (tumbuh-

tumbuhan), terbiar: binatang-binatang ~ di dlm hutannya termasuk

gajah, harimau, beruk, mawas, dll; 2. tidak tetap, gelisah

(pandangan dll), buas, ganas (perangai manusia): dgn ~ ia

memandang ke sekelilingnya; ~ mata selalu mengalih-alih

pandangan; 3. tidak sopan-santun (perbualan, permainan, dll), tidak

beradab: ia masih tertawa ~; peguam itu menyifatkan tuduhan

tersebut sbg tuduhan yg ~; matanya merayap-rayap di atas

ruangan siri cerita wanita ~ yg biasa menjadi siaran akhbar itu;

orang ~ orang biadab; 4. tidak teratur, tidak mempunyai aturan;

pasukan ~ Id pasukan yg tidak teratur (bukan tentera rasmi); rumah

~ Id rumah haram; sekolah ~ Id sekolah persendirian (tidak

menurut syarat-syarat yg ditentukan oleh kerajaan);

berliar-liar selalu berlaku liar: Daim budak peliharaannya itu

sudah pun pandai ~;

Page 196: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

meliar menjadi liar (kelakuan, tumbuh-tumbuhan dll): misai dan

janggutnya itu terbiar begitu tebal dan ~ sekali tumbuhnya;

matanya ~ ke kiri dan ke kanan jalan;

meliarkan menjadikan liar: falsafah pendidikan Barat yg semakin

menjauhkan dan ~ generasi Islam drpd roh dan keperibadiannya

sendiri;

keliaran perihal (sifat, keadaan, dsb) liar: dia tidak pernah berfikir

tentang ~ anak-anak kota dgn hidup yg tidak menentu; Alias Ali

hanya memaparkan soal ~ hidup dan pendedahan seks anak-anak

muda;

berkeliaran berjalan (terbang dll) ke merata tempat, merayau;

keliar.

liat I 1. lembut tetapi tidak mudah patah atau putus (spt getah dll), boleh

dilentur-lentur dan tidak patah: besi yg ~; daging kerbau tua

biasanya ~; 2. likat, pekat: tanah ~; 3. ki tidak mudah kalah, tabah

dan cekal (menghadapi musuh dll); 4. ki tidak suka (melakukan

sesuatu), payah, segan: pd esoknya ~ pula hendak bangun kerana

sejuknya udara keliling;

liat-liat liang-liut, liuk-lentok;

meliat 1. menjadi liat (tanah dll); 2. ki mulai berdaging (isi durian);

meliatkan menjadikan liat;

keliatan perihal (keadaan dsb) liat: malah apabila mendengar

ayam kampung, teringatkan hanya ~ dagingnya belaka; ~ air

(Kim) perihal air yg tidak berbuih dgn sabun.

liat II; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), medang, Litsea amra.

liat III ark lihat.

liau ark; meliau bernanah (luka, kudis, dll).

libang Pr; ~-libu kacau-bilau (perasaan).

Page 197: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

libas; melibas 1. menyebat (dgn rotan dll), melebas; 2. menipu,

memperdayakan;

melibaskan menggerakkan (sesuatu) dgn cara melibas (menyebat):

yg muncul hanya seekor ikan besar yg ~ ekornya, kemudian

menghilang; anak muda itu ~ rotan ke arah kaki penyerangnya;

libasan hasil melibas (menyebat): dia hampir-hampir terkena ~

dahan kayu itu.

libat; melibat membungkus, melipat, membebat, membelit;

melibati memasuki (sesuatu kegiatan dsb), menyertai: sebenarnya

tulisan tentang sastera Islam dlm tahun tujuh puluhan dilibati oleh

beberapa orang penulis;

melibatkan menyebabkan terlibat (terbabit), memasukkan (ke dlm

sesuatu perkara dll), membabitkan: persetujuan yg dimaksudkan

oleh Tengku itu ~ masalah politik dan ketenteraan;

terlibat 1. terbebat, terbelit, terlipat; 2. termasuk (dlm sesuatu hal),

terbabit: kalau perkara itu ada kaitan dgn kampungnya, dirinya

turut ~ sama;

keterlibatan perihal terlibat: dasar ini merupakan suatu gagasan

umum mengenai segala aspek ~ belia dlm masyarakat;

pelibatan, penglibatan perihal melibatkan diri (persatuan dsb) dlm

sesuatu hal (perkara dsb).

libel (Udg) kenyataan bertulis, gambar, dsb yg mencemarkan nama

seseorang, fitnah bertulis.

liberal 1. (bersifat) condong kpd kebebasan dan pemerintahan yg

demokratik (mis menentang hak-hak istimewa kaum bangsawan),

(fahaman) bebas; kaum ~ orang yg menganut fahaman liberal; 2.

bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak

terkongkong kpd sesuatu aliran pemikiran dsb);

Page 198: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

meliberalkan menjadikan liberal (bebas dan terbuka): satu

langkah utk ~ pasaran; ~ pandangan yg sempit sesuai dgn

perkembangan sains dan teknologi hari ini;

keliberalan perihal (sifat atau keadaan) liberal: keterbukaan dan ~

minda juga penting dlm menghadapi arus globalisasi ekonomi

dunia;

peliberalan perihal (tindakan, perbuatan dsb) meliberalkan: dasar

~ perdagangan merupakan salah satu komponen utama di bawah

dasar pembangunan industri.

liberalis orang yg menyokong (menganut, menganjurkan) fahaman

liberalisme.

liberalisasi proses membebaskan diri (masyarakat) drpd sekatan politik

dan moral (agama dsb).

liberalisme fahaman yg liberal, fahaman atau pendirian yg mahukan

demokrasi serta kebebasan dlm kegiatan ekonomi.

liberalistik cenderung ke arah liberalisme: falsafah ~ pd kurun ke-18.

libero (dlm perlawanan bola sepak) pemain yg kedudukannya di

belakang pemain pertahanan dan membantu pemain barisan

pertahanan dan kadang-kadang membuat serangan, swiper: beliau

bermain sbg ~ yg sukar dikalahkan.

libido nafsu berahi yg bersifat naluri.

Libra lambang ketujuh dlm zodiak, yg berlambangkan neraca.

libreto (libréto) (Sas) kata-kata yg dinyanyikan dlm sesuatu opera atau

drama muzikal.

libur Jw 1. = liburan (hari) cuti atau kelepasan: tahun ini dia akan

menghabiskan liburannya di Tanah Sunda; 2. = berlibur bercuti,

beristirahat.

libut lempung (kayu), gabus: kayu ~.

licak Mn leper (sesuatu yg tertekan, terpijak, dsb), penyek, pipih.

Page 199: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

licau 1. licin lagi berkilat (rambut disapu minyak dsb); licin-~ licin

sekali; 2. ki habis langsung (harta dll).

lici lengkeng.

licik 1. licin (bkn jalan yg berlumpur dll); 2. pandai menipu atau

memperdaya orang lain, culas, curang: dia menuduh Agnes

seorang oportunis yg ~ yg menggunakan orang lain utk

kepentingannya; 3. Jw mudah kalah, penakut;

kelicikan kepintaran menipu, keculasan (hati).

licin I 1. tidak kesat (rambut yg disapu minyak dsb), berlendir

(menyebabkan mudah tergelincir): rambutnya disisir ~; 2. tidak

menggerutu (cermin, kaca, dll), sama rata (sesuatu permukaan dll),

halus; 3. tidak ditumbuhi apa-apa (kepala yg botak, betis yg tidak

berbulu, dll); 4. ki habis sama sekali (harta dll), habis langsung; 5.

pandai menipu atau memperdaya (orang lain), pandai

memutarbelitkan perkataan orang, licik: apa yg kita mahu ialah

satu tipu muslihat yg ~ spt yg dilakukan oleh Tengku Anum di

negeri Siam; 6. pandai melarikan diri (pencuri, penyeluk saku, dll),

tidak mudah tertangkap: pencuri yg ~; 7. tidak tergendala

(perjalanan, sesuatu kerja, dll), berjalan lancar: perniagaannya

berjalan dgn ~;

~ (ber)dalik Kl tidak ada lagi yg tinggal (harta), habis langsung; ~

kening = ~ dahi manis muka (perempuan); ~-licau licin sekali,

safan-safa; ~ moner Kl tidak ada yg tertinggal lagi (harta, wang,

dll); ~ tandas habis, tidak berbaki lagi (wang dll); ~ bagai basuh

perahu prb menderita kerugian;

melicinkan 1. menjadikan licin (tidak kesat, berlendir dan mudah

tergelincir): gunakan minyak kelapa hijau yg dimasak harum utk ~

rambut; 2. menjadikan sesuatu (permukaan) licin (dgn

mengetamnya dsb): dia menggosok kemejanya utk ~nya; 3.

Page 200: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

menjadikan (menyebabkan sesuatu rancangan dsb) berjalan dgn

lancar, melancarkan: mereka mengambil semua langkah bagi ~

perjalanan upacara itu;

memperlicin menjadikan lebih licin: ~ perjalanan pemerintahan;

kelicinan 1. perihal atau keadaan licin: (tidak kesat, berlendir dan

mudah tergelincir): ~ jalan raya itu telah menyebabkan banyak

kemalangan berlaku; 2. perihal atau keadaan licin (sama rata, tidak

menggerutu, dsb): ~ pipi yg empuk akan hilang apabila tua; 3.

perihal (keadaan dsb) berjalan dgn licin (lancar), kelancaran: ~

pentadbiran kerajaan akan terganggu sekiranya sentimen politik

dicampuradukkan dgn tugas sehari-hari; 4. kepintaran (menipu

atau memperdaya orang lain), perihal licin (dlm perlakuan atau

tindak-tanduknya): kecurangan Tuai Kancu yg menipu anak-anak

buahnya melalui kekuasaan dan ~nya mendapatkan wang drpd

jalan yg mudah;

pelicinan perihal (proses) melicinkan sesuatu;

pelicin benda (minyak, sabun, dll) yg digunakan utk melicinkan

sesuatu.

licin II; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), Psychotria spp.

licung Kl sj perahu.

lid IB, bp ahli (perkumpulan, perbadanan, dll).

lidah I 1. bahagian di dlm mulut yg boleh digerak-gerakkan (digunakan

sbg alat perasa, utk bercakap, menjilat, dll): budak itu menjelir-

jelirkan ~nya; 2. ki perkataan, tutur kata: lembut dan fasih ~nya; 3.

ki sesuatu yg menyerupai lidah: ~ kain; ~ serunai (seruling); 4. ki

bahagian yg menganjur dr sesuatu benda; ~ tanah tanjung pd

selekoh sungai;

~ air bahagian tepi air;~ api hujung nyala api (yg menjilat-jilat); ~

bercabang (biawak) tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai

Page 201: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

perkataannya; ~ dacing jarum penunjuk berat pd dacing; ~ keras

tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dgn betul, telor; ~ lembut

boleh menyebut perkataan dgn betul; ~ manis baik tutur katanya; ~

ombak hujung ombak, ombak yg di depan sekali; ~ panjang orang

yg suka bercakap-cakap, suka menghasut-hasut; ~ papan bahagian

yg menghubungkan papan; ~ pendeta kata-kata hikmat drpd orang

yg bijaksana; ~ pengarang rencana pengarang; ~ rasmi jurubicara

(akhbar dll) yg mengeluarkan berita dll rasmi sesuatu parti dll); ~

serunai bahagian serunai yg mengeluarkan bunyi;

~ bercabang bagai biawak prb selalu berubah-ubah dan tidak dapat

dipercayai kata-katanya; ~ tidak bertulang prb a) mudah berjanji

dan mudah pula mengubah janjinya; b) orang yg mengeluarkan

celaan dgn tidak tersangkut-sangkut; apa payahnya

menggoyangkan ~ sahaja prb banyak janji tetapi tidak ditepati;

berkata peliharakan ~ prb hendaklah beringat-ingat mengeluarkan

kata-kata; berniaga di hujung ~ prb orang pandai yg tidak jujur

(suka menipu dll); jadi hujung jari sambungan ~ = jadi

penghubung hujung ~ prb orang yg menyampaikan pesan orang

lain dlm sesuatu mesyuarat atau peralatan; kebenaran di hujung ~

prb tidak ada keadilan (hanya menurut kata orang yg berkuasa

sahaja); membuat tergigit ~ prb memberi nasihat yg sia-sia kpd

orang yg berkelakuan jahat; menyepitkan ~ ke lantai prb menahan

nafsu dan kehendak; patah ~ alamat kalah patah keris alamat mati

prb jika tidak pandai berkata-kata tentu akan kalah; tercabut ~ mati

prb tidak berguna mempercakapkan orang yg jahat, sebab ia tetap

jahat juga;

lidah-lidah sesuatu yg menyerupai lidah;

berlidah mempunyai lidah: orang yg ~ biawak tidak harus

dikasihani; ~ dua orang yg selalu berubah-ubah perkataan atau

Page 202: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

pendiriannya; ~ di lidah orang prb hanya menurut apa yg

dikatakan orang.

lidah II = lidah-lidah sj ikan laut, Cynoglossus spp; ~ baji, Euryglossa

orientalis; ~ belang, Zebrias spp.; ~ lumpur, a) Synaptura

commersoniana; b) Paraplagusia bilineata; ~ pasir, Cyanoglossus

spp.

lidah III; ~ badak sj tumbuhan (pokok memanjat), Pothos latifolius; ~

buaya sj tumbuhan (pokok renek), keduduk gajah, kerakap rimau,

senduduk hutan (gajah), Allomorphia malaccensis; ~ jin sj

tumbuhan (herba), seketan, Hedyotis philippensis; ~ katak sj

tumbuhan (pokok), sial menahun, Pternandra coerulescens; ~

kerbau (lembu) sj tumbuhan (pokok), Pyrenaria acuminata; ~

kucing sj tumbuhan (herba), Turnera ulmifolia; ~ tiung sj

tumbuhan (herba), Hedyotis verticillata; daun ~ gajah sj tumbuhan

(herba), Aglaonema oblongifolium; rumput ~ jin sj tumbuhan

(herba), Peristrophe spp.

lidah-lidah sj tumbuhan (pokok), antat, kelat kerantan, kenanga hutan,

melidah, pacal kuning, pokok kuning, Alangium ebenaceum; ~

mara sj tumbuhan (pokok kecil), cenarahan, geronggong semut,

kasi, mesekam, pendarah, tampoi paya, Ouratea spp.; ~ ular sj

tumbuhan (pokok renek), bunga telur belangkas, Sida spp.; akar ~

jin sj tumbuhan (herba), seketan, Hedyotis capitellata.

lidal sarung jari, didal.

lidas rasa pedih atau gatal pd lidah (ketika makan buah yg masam spt

nanas dsb).

lidi I 1. tulang daun kelapa (kabung dll) yg boleh dibuat penyapu:

penyapu ~; 2. jejari (pd roda basikal dll); ular ~ sj ular kecil yg

berbisa; sesimpai bagai ~ prb orang yg seia sekata;

melidi (menjadi) spt lidi: badannya kurus ~.

Page 203: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lidi II sj ikan laut, kering, Centriscus scutatus.

lien (Eko) hak memegang harta orang yg terhutang sbg sandaran kpd

hutang sehingga hutang itu dijelaskan.

lif alat utk membawa orang atau barang dr satu tingkat ke satu tingkat

lain, terutamanya di bangunan yg tinggi.

liga 1. persatuan atau persyarikatan (antara negara-negara dll); L~ Arab

persyarikatan negara-negara Arab; 2. persatuan kelab sukan yg

menganjurkan perlawanan antara pasukan-pasukan ahli yg sama

tarafnya: ~ bola sepak.

ligamen (Bio) seberkas tisu penghubung berserat yg menghubungkan

bahagian-bahagian badan (menghubungkan tulang dgn tulang dll).

ligan Kd kejar, halau.

ligas = meligas berlari dgn mengangkat kedua-dua belah kaki kanan dan

kemudian kedua-dua belah kaki kiri (bkn kuda dll).

ligat 1. = meligat berpusing dgn pantas (kipas dll): matanya bulat

memandang kipas yg berputar ~ di atas meja; 2. sangat giat (aktif):

sebaliknya, apabila di luar, masih ~ berpelesiran ke sana sini dgn

pakaian ala kebaratan;

memperligat ki mempercepat, mempergiat (sesuatu usaha dll).

ligatur 1. (Ubat) benang dsb utk mengikat salur darah, terutamanya dlm

pembedahan; 2. (Cetak) dua huruf atau lebih yg disambungkan, spt

æ.

ligih; meligih terketar-ketar menggigil.

lignin (Bio) bahan yg membentuk dinding sel berkayu pd tumbuh-

tumbuhan;

peligninan proses tumbuhan menjadi berkayu apabila juzuk-juzuk

tertentu dlm dinding selnya berubah menjadi lignin.

lignit (Geo) arang batu yg empuk dan berwarna hitam keperang-

perangan, biasanya digunakan sbg bahan bakar.

Page 204: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lihai C 1. bp tajam (senjata dll); 2. bp pintar, licin (pandai mengakali dll),

pandai;

kelihaian perihal lihai, kepintaran: ~nya dapat dibuktikan melalui

peranannya di kampung itu.

lihat pandang, tengok; salah ~ salah (silap) pandang;

berlihat-lihatan saling memandang, berpandang-pandangan;

melihat 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak

dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang

(menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi

ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib

dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan

pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah

melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu

segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya;

dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut

bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-

cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~

orang sakit; ~ bulan datang haid;

melihat-lihat melihat sesuatu secara santai, sambil lalu,

bersenang-senang dsb: kemudian aku duduk sambil ~ apa yg

terdapat di dlm bilik baginda itu; kami mengambil peluang utk ~

sekitar kawasan pondok yg menempatkan pelajar lelaki itu;

melihati memerhati dgn teliti, memandang dgn sungguh-sungguh,

mengamat-amati: panjat olehmu, lihati apa halnya mayang itu;

melihatkan melihat akan, memandang kpd: ia berasa sedih ~

ibunya bekerja keras;

memperlihatkan 1. melihatkan (menunjukkan supaya dilihat):

Bonda Kandung mulai makan hati berulam jantung, makin tidak

kuasa ~ muka kpd orang; 2. menampakkan, menunjukkan,

Page 205: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

mendedahkan kpd pandangan atau tanggapan orang: drpd raut

mukanya, ternyata Tengku Aniah tidak ~ umurnya yg sebenar;

dunia abad ke-20 ~ kemajuan ilmu yg sangat pesat;

terlihat 1. = kelihatan boleh (dapat) dilihat, nampak:

kesedihannya ~ nyata pd mukanya; semua perbezaan ini ~ melalui

bahasa; 2. telah dilihat, diketahui: setelah ~ benda itu segera

diambilnya; 3. terpandang dgn tidak sengaja, terpandang (bukan

kerana niat utk memandang): ketika berpaling ~ padanya

bagaimana orang yg duduk di sampingnya itu mengerling;

penglihat 1. = penglihatan kuasa (pancaindera) utk melihat; 2.

orang yg pandai meramal (menilik dll);

lihatan apa yg dilihat: pengalaman yg ditempuh dinyatakan

melalui imej rasaan dan ~; ~nya dlm kegelapan itu berpusar dan

terus berpusar;

kelihatan 1. dapat dilihat, tampak: hari itu redup dan muram,

matahari belum ~ sejak empat jam tadi; 2. = kelihatannya

nampaknya, pd lahirnya, rupanya: Datuk Empat Ujang ~

termenung; 3. diketahui, jelas, ternyata: ~ benar apa tujuannya;

pelihatan, penglihatan 1. kuasa (pancaindera) utk melihat,

kebolehan melihat: dia terpaksa berhenti drpd pekerjaannya atas

nasihat doktor kerana ~ matanya rosak; 2. apa yg dipandang,

pandangan: Hang Tuah ini pd ~ku bukan sebarang orang; 3.

perihal melihat: tajamkanlah perasaan, ~ dan fikiran tatkala

menghadapi musuh-musuh itu;

pelihat orang yg pandai meramal atau menilik apa yg akan berlaku

(terjadi dll).

lik ark sebab yg dicari-cari, dalih;

berlik berdalih.

likas = daun ~ alat penggulung benang yg baru dipintal;

Page 206: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melikas menggulung benang.

likat I = belikat lekat, pekat: selepas hujan, terjadilah takungan air di

atas minyak tar yg ~ itu;

kelikatan perihal likat (cecair dll).

likat II keruh (air sungai dll); bukat-~ terlalu keruh.

likat III Jk agak malu.

liken (Bio) alga dan kulat yg hidup secara simbiosis, kulampair.

likenisme hubungan simbiosis antara kulat dan alga.

likenologi cabang botani yg berkaitan dgn kajian tentang liken.

likir sj tumbuhan (herba yg berumbi), Amorphophallus prainii.

liku I 1. selekoh (pd jalan, sungai, dll), kelok, siku: tiap ~ jalan diturut;

2. tempat terpencil, ceruk: segala ~ dan ceruk di hulu sungai itu

diingatinya; segala ~ dan ceruk pedalaman; ~-~ hidup = ~-~

kehidupan dugaan dan kesengsaraan dlm hidup: perlunya Islam

dijadikan sbg obor yg menerangi ~-~ kehidupan;

berliku-liku berbelok-belok, berkelok-kelok, berselekoh-selekoh:

di sebelah kiri jalan itu mengalir sebatang sungai yg ~ pula;

melikukan menyebabkan menjadi liku: air yg deras mengalir,

menyimpang, dan ~ sungai menjadi lurah.

liku II; paduka ~ sl gelaran seorang permaisuri (dlm cerita panji).

likuh sj ikan darat, lee koh, Cyprinus carpis.

likuoris bahan berwarna hitam yg diperoleh drpd akar sj tumbuhan

kekacang, digunakan dlm ubat dan utk membuat gula-gula: gula-

gula ~.

likur sl bilangan antara 20 dan 30, dua puluhan; tujuh ~ dua puluh tujuh;

selikur dua puluh satu.

likut Mn; belikut, melikut menyorok (di balik pohon dll), bersembunyi.

likwidasi IB pemansuhan atau pembubaran (sesuatu badan perniagaan

dll);

Page 207: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melikwidasikan memansuhkan atau membubarkan (sesuatu badan

perniagaan dll).

likwidir IB; melikwidir melikwidasikan.

lil I Kl sj alat menangkap ikan (berupa lukah yg berpintu di rusuk).

lil II ark bayangan.

lilah I; melilah muntah, menjeluak.

lilah II Kl sentiasa berjalan-jalan (tidak duduk diam).

lilan sj tumbuhan (pokok), Xylopia elliptica.

lilas Kd = habis ~ habis langsung, tidak berbaki lagi.

lilau I; melilau memandang ke sana ke mari, mengalih-alih pandangan:

sesekali mereka ~ tidak tentu arah mencari paip besar utk

menyedut air.

lilau II Kd; melilau pergi ke merata-rata, merayau: Mak Cik Ayang ~

mencarinya di sekeliling rumah.

lilek (lilék) Kl; berlilek berzina (bkn perempuan).

lilin I sj bahan yg mengandungi lemak (utk dibuat dian dll): perahu ~

layarnya kertas, berani kulanggar lautan api; ~ lebah = ~ mentah

= ~ sambang lilin yg terdapat dlm sarang lebah; ~ batik lilin yg

digunakan utk membatik; 2. lilin dll yg dibuat dlm bentuk silinder,

diberi bersumbu yg dibakar yg memberikan cahaya dian: guru itu

seolah-olah lampu atau ~ kpd masyarakat; ke mana kelok ~, ke

sana kelok loyang prb perihal orang yg hanya menurut fikiran

orang yg di atasnya sahaja.

lilin II; burung ~ sj burung, burung kelengkeng, Tringa nebularia.

lilipit, liliput IB ark kecil-kecil (rumah, orang, dll).

lilis; melilis memotong supaya sama, memaras.

lilit 1. lingkar (spring jam, ular sedang tidur, dll), sesuatu yg membelit

(ikatan dll), belit: jahitan itu dimatikan dgn menyimpulkan benang

tiga ~; 2. = lilitan keliling (sesuatu kawasan dll): ~ bulatan bumi di

Page 208: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

khatulistiwa ialah 24,900 batu atau 39,840 km; kuat ~ kerana

simpulnya prb kekuatan persatuan terletak pd anggota-anggotanya;

selilit 1. sekali lilit, hanya satu lilitnya: ~ kelengkeng; 2. sekeliling,

sebelit: ~ Pulau Perca;

berlilit berada dlm keadaan melingkari sesuatu, berbelit: ular ~ di

dahan kayu;

berlilitkan menggunakan atau memakai sesuatu sbg lilit:

kepalanya yg ~ kain merah persis warna darah itu;

melilit 1. membelit, melingkar: akar ~; 2. berasa tidak sedap perut

(rasa hendak muntah dll), mulas;

meliliti membelit pd, membeliti: sehelai serban putih ~ kepalanya;

tiang rumahnya dililiti akar;

melilitkan membelitkan, melingkarkan: buat satu lingkaran dgn ~

dawai pd sebatang pensel;

lilitan garisan yg menyempadani sesuatu kawasan (bulatan dll),

lingkungan, lilit;

pelilit sesuatu (tali, kain, dsb) yg digunakan utk melilit: lilit

tangkai bunga dgn ~ warna hijau.

lillah, lillahi Ar demi (kerana, untuk) Allah.

lim IB perekat, gam.

lima (bilangan yg besarnya sama dgn) empat ditambah satu: ~ belas 15;

~ puluh 50; ~ ratus 500; ~ besar a) lima negara yg berkuasa; b)

lima orang dll yg berpengaruh; ~ segi sesuatu (rajah dll) yg

mempunyai lima segi; dua kali ~ = spt ~ belas dgn tengah dua

puluh prb sama sahaja;

berlima lima (orang dll) bersama-sama, lima (orang dll)

semuanya: mereka yg ~ itu pernah berselisih faham dengannya;

kelima yg nombor lima;

kelima-lima lima-lima sekali, lima semuanya;

Page 209: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

perlima dibahagi lima (bahagian); se~ satu bahagian drpd benda

yg dibahagi lima.

LIMA akronim bagi Langkawi International Maritime and Aerospace.

limah Kl sisa makanan yg tertinggal, remah.

limar Jw sj kain sutera (utk bengkung dll).

limas I 1. sj timba atau takir yg dibuat drpd daun pisang (upih dll); 2.

tirus ke atas spt bentuk piramid (atap rumah dll); 3. Id piramid.

limas II tidak selesa (badan), tidak sedap (badan).

limas III Pr tepung pelita.

limau sj tumbuhan (pokok atau pokok renek dan buahnya); ~ abung = ~

bali sj tumbuhan (pokok), Citrus maxima; ~ besar sj tumbuhan

(pokok), Citrus grandis; ~ cuwit sj tumbuhan (pokok), Citrus

microcarpa; ~ hantu sj tumbuhan (pokok), a) Citrus macroptera;

b) Atalantia spinosa; c) Gelonium glomeratum; ~ hijau sj

tumbuhan (pokok), Citrus suhuiens; ~ kapas sj tumbuhan (pokok),

Citrus aurantifolia; ~ kaya (kelinket, kerinket, kerisik) sj tumbuhan

(pokok), Triphasia trifolia; ~ kesturi sj tumbuhan (pokok), Citrus

microcarpa; ~ kesturi bukit (pagar) sj tumbuhan (pokok), Citrus

swinglei; ~ kiah (kikir, kingkip, kingkit) sj tumbuhan (pokok),

Triphasia trifolia; ~ kopek sj tumbuhan (pokok), Citrus suhuiensis;

~ langir air yg dicampur dgn kulit limau (purut) dan bunga-

bungaan utk berlangir; lelang (lilang) sj tumbuhan (pokok),

Paramignya angulata; ~ manis sj tumbuhan (pokok), Citrus

nobilis, Citrus suhuiensis; ~ mata kerbau = ~ nipis (kapas, susu),

a) Citrus medica; b) Citrus aurantifolia; ~ purut sj tumbuhan

(pokok), Citrus hystrix;

~ masak sebelah, perahu karam sekerat prb hukuman atau aturan

yg tidak adil (memilih-milih orang kerana kedudukan atau

kekayaan); mengajar ~ berduri prb mengajar orang yg telah

Page 210: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

pandai; spt ~ masak seulas prb mempunyai kelebihan drpd orang

lain;

berlimau mandi dgn air yg telah dicampur dgn kulit limau dan

bunga-bungaan: sudah lalu bersiram, langsung ~, berbedak, cukup

kasai yg tujuh;

melimaui 1. menyirami (memandikan) dgn air limau; 2. ki

mencerca orang lain;

pelimau ark rumah tempat mandi berlimau (biasanya utk raja-raja

bersiram).

limbah I = limbahan, pelimbahan, pelimbah ark 1. tanah rendah

tempat membuang air yg kotor: maka tiap-tiap rumah itu adalah ~

di bawahnya; 2. ki kehidupan yg terhina.

limbah II limpah.

limbah III Tr mencurahkan, membuangkan kesemuanya sekali: buat apa

kamu ~ merata air itu.

limbai ayunan tangan ketika berjalan, lenggang: sekali ia melenggang ~,

rukuk sekalian kayu-kayuan; membuang ~ mengayunkan tangan

(selendang dll) ketika menari;

melimbai mengayunkan tangan sewaktu berjalan, melenggang;

melimbaikan membuang (limbai), mengayunkan (tangan dll)

ketika menari.

limbak lembak.

limban = pelimban jambatan kecil, titi.

limbang I; melimbang 1. mencuci emas (bijih timah dll) dgn

menggoyangkan dulang, meriau (emas dll), mendulang; 2. mencuci

beras, mengosek beras;

pelimbang alat utk melimbang (dulang, nyiru, dll).

limbang II; melimbang sl berjalan ke mana-mana, merantau;

pelimbang sl orang yg suka berjalan ke mana-mana, pengembara.

Page 211: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

limbang III; ~ tengah hari ark tepat tengah hari; rembang I.

limbat sj ikan darat, Prophagorus spp.

limbing bahagian telinga (burung, ayam) yg di sebelah luar.

limbubu Mn angin yg berputar, angin puting beliung, angin puyuh;

halimbubu.

limbuk; burung ~ sj burung, punai dekut, punai tanah, Chaleophap

indica.

limbung I = limbungan 1. kawasan berpagar di pantai tempat

melabuhkan perahu atau tempat mandi; 2. = limbungan kapal

galangan kapal (tempat memperbaiki kapal dll), dok.

limbung II Jk tidak tetap (tempat duduk, tempat berdiri, fikiran, dll).

limbur I; sambur ~ waktu senja (ketika mula nampaknya teja).

limbur II Mn; melimbur menggenangi, membanjiri.

limerik (Sas) sj sajak lucu yg terdiri drpd lima baris.

limfa (Bio) bendalir jernih kekuning-kuningan yg mengandungi

terutamanya sel darah putih yg beredar dlm salur limfa.

limfoma (Ubat) sj tumor yg terdapat pd nodus limfa.

limfosit (Bio) sel darah putih kecil yg mempunyai satu nukleus dan

menghasilkan antibodi.

limit IB had atau batasan (banyaknya sesuatu dll).

limnologi kajian tentang faktor-faktor biologi, fizikal dan kimia tasik.

limousin kereta mewah, yg biasanya mempunyai gelas pemisah antara

tempat duduk depan (pemandu) dgn yg belakang.

limpa organ vaskular yg terletak dekat perut, yg membentuk limfosit,

mengeluarkan antibodi, membantu memusnahkan sel darah merah

yg telah rosak, dan menyaring bakteria dan zarah-zarah asing dr

darah, kura; ~ kecil = anak ~ hempedu;

berlimpa ada limpa; tidak ~ ki tidak berperasaan, tidak berhati

perut.

Page 212: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

limpaga sj tumbuhan (pokok) dlm famili Meliaceae, surian, tangsian

burung, ranggau (Sabah), Cedrela spp.

limpah 1. = melimpah tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu

penuh (cecair dll): air yg di dlm tempayan itu terlalu banyak

hingga ~; ~-ruah terlalu banyak keluar kerana terlalu penuh; 2. ki

terlalu banyak hingga berlebih-lebih (kemudahan, rezeki, kasih

sayang, dll): ampun dan kurnia Duli Yang Dipertuan ~lah; 3. ki

baik atau murah hati: hanya Tuhan dgn ~ kasihan-Nya, yg akan

dapat menolong beliau;

berlimpah-limpah 1. terlalu banyak tumpah kerana penuh; 2.

terlalu banyak atau ramai (orang dll): bahan makanan ~;

melimpah 1. tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu

penuh (cecair dll): darah pun spt sebak penuh ~ di dlm kota

Singapura itu; 2. = melimpah-limpah ki terlalu banyak hingga

berlebih-lebih atau tidak termuat, banyak sekali: dlm pertengahan

kedua abad ke-18, bangsa asing telah datang melimpah-limpah ke

Tanah Melayu; 3. ki turun kpd, datang kpd, diwarisi oleh anak

( tentang perangai dll,): hanya sisa-sisanya yg jatuh ke tangan

orang kita, ~ ke negeri kita ini;

melimpahi 1. melimpah ke (kpd): padang bola maktab itu

dilimpahi air; 2. ki bermurah hati kpd, mengurniai seseorang:

semoga Allah ~nya rezeki dan bahagia hidupnya;

melimpahkan 1. menjadikan melimpah, menumpahkan: isi padu

air yg dilimpahkan oleh penyumbat itu sama dgn isi padu

penyumbat juga; ~ air mata; 2. mengeluarkan banyak-banyak,

mencurahkan banyak-banyak: ~ kasih sayang; ~ perhatian kpd

perkembangan pemakaian bahasa Kebangsaan; 3. memberikan

banyak-banyak, mengurniakan banyak-banyak, menghadiahkan

Page 213: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

banyak-banyak: Tuhan yg ~ rahmat kpd hamba-Nya yg berusaha

dan sabar;

limpahan sesuatu yg melimpah atau yg dilimpahkan: kamu

sekalian yg makan drpd ~ kemurahan raja bapa aku itu tidak patut

sekali membuat aku begini;

kelimpahan 1. perihal limpah, ketumpahan banyak-banyak: agak

seketika didengarnya bunyi air ~; 2. diberi (dikurniakan dll)

banyak-banyak, menerima (kurnia dll) banyak-banyak; 3. =

kelimpah-mewahan keadaan yg mewah atau berlebih-lebihan,

kemewahan;

pelimpahan perihal (proses) melimpahkan sesuatu: proses ~ ini

tidak memerlukan agen perantara.

limpang Br; melimpang 1. berbaring (badan); 2. melintang (barang).

limpap; berlimpap, berlimpap-limpap 1. berlapis-lapis, bertindih-tindih

(kain baju dll), tidak tersusun rapi; 2. ki terlalu banyak (hutang).

limpapas Mn sj kupu-kupu yg besar; ~ rumah nan gedang ki puji-pujian

bagi perempuan yg menjadi suri rumah.

limpas Br lalu di.

limpepas limpapas.

limpit Mn lapis, lapisan;

berlimpit-limpit berlapis-lapis (tikar, kain, dll);

memperlimpitkan menjadikan berlapis-lapis, menyusun berlapis-

lapis.

limpoh Mn ark longgokan atau timbunan (padi, barang jualan, dll).

limpung Jw, sl senjata yg tajam.

limun I; limunan tidak dapat dilihat, tidak kelihatan; ilmu ~ ilmu (jampi,

mantera) yg dapat menghilangkan diri; halimun.

limun II Id sj minuman (drpd buah-buahan), lemoned.

limut; melimut-limut terlalu banyak (buah-buahan yg kecil-kecil).

Page 214: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lin I IB, bp garis (pd buku dll).

lin II IB pita.

linang I; berlinang, berlinang-linang, melinang 1. bercahaya-cahaya,

berkilat-kilat, berkilau: si laki-laki berminyak rambut hingga

berlinang-linang dan perempuan memakai gincu bibir; 2. jatuh

menitik (air mata dll), menitis: maka keempat-empat saudara itu

pun berlinang-linanglah air matanya mendengar cerita

saudaranya itu;

linangan perihal berlinang (air mata dll), titisan.

linang II; ~ kuning sj ikan darat (spt belut), Anguilla mauritania.

linau sj tumbuhan (palma), nibung, Oncosperma filamentosa.

lincah 1. tidak boleh diam (perangai dll), bergerak selalu: ~ sungguh

urinya gasing itu; 2. tidak tetap (fikiran, pekerjaan, tempat tinggal,

dll), bertukar-tukar selalu (isteri dll), gelisah: gadis itu pun mulalah

~ dan tidak begitu endahkan tunangannya lagi; 3. cergas, giat,

pantas, tangkas, rancak: mereka menjalani hidup dgn keyakinan

sendiri,lebih berani dan lebih ~ drpd angkatan tua; begitu keanak-

anakan isi suratnya, tetapi begitu ~;

melincah-lincah, terlincah-lincah sentiasa berubah-ubah (tempat

tinggal, pekerjaan, fikiran, dll), selalu bertukar-tukar, tidak tetap;

kelincahan perihal lincah (selalu bergerak-gerak dll).

lincam Mn; selincam sebentar, sekejap;

melincam 1. bergerak (melancar, menikam, dll) dgn cepat; 2. dgn

cepat (bergerak dll), dgn pantas.

lincir licin kerana terdapat minyak dsb, tidak sendat (pergerakan mesin

dll), lancar (percakapan dll); ~ lidahnya = ~ mulut a) lancar

berkata-kata; b) lepas mulut;

melincirkan menjadikan licin, melicinkan (pergerakan mesin dll),

melancarkan;

Page 215: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

pelinciran perihal (tindakan dsb) melincirkan;

pelincir sesuatu yg digunakan utk melicinkan (perjalanan mesin

dll): minyak jarak digunakan juga sbg minyak ~; minyak ~ unggul

utk enjin yg berteknologi tinggi.

lindak Mn; berlindak, berlindak-lindak bertimbun-timbun, banyak

sekali (harta dll), berlambak-lambak: walaupun kaya ~ hartaku

dan maju perniagaanku, menurut langgam dan pandangan orang

di kampung, abang masih dipandang hina.

lindang Mn tidak berbaki lagi (wang, harta, dll), habis: lah ~ pitis awak;

~ tandas habis langsung;

melindangkan menghabiskan langsung.

lindap Mn 1. = melindap menjadi kurang (cahaya, panas, dll), tidak kuat

lagi: demam telah ~; 2. tidak terang (nyata, jelas, dll) lagi, kabur,

padam, samar; lampu ~ lampu mulai padam (tidak terang lagi);

pertanyaan yg ~ pertanyaan yg samar-samar;

melindap 1. tidak berbaki lagi, habis, lindang; 2. menjadi kabur

(samar, tidak nyata, dll).

lindas; melindas menindih, melanyak, menekan, menggelek;

pelindas alat utk menindih (menggelek, menggiling dll).

lindes Jk kelindas.

lindih lindis.

lindis Mn; melindis 1. menekan hingga padat (pipih, hancur, lumat, rata,

dll), menggelek, menggiling, menindih; 2. ki menindas, memeras,

mengalahkan lawan (dlm permainan dll);

pelindis alat utk menindih (menggiling dll).

lindor Jk mengigau.

lindu Jw gempa bumi: ~ menggoncang negeri Sang Ratu.

lindung I; berlindung 1. = berselindung tidak menampakkan diri (kpd

orang), bersembunyi: Si Lamat hendak mencari tempat ~ di dlm

Page 216: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

belukar itu; 2. berteduh, bernaung, memohon pertolongan orang

lain: ramai penduduk negeri itu yg telah lari ~ diri ke negeri

Normandy; 3. = berselindung tidak terang-terangan (melakukan

sesuatu), dgn diam-diam, tidak ketara: manakala saya melihat

Aminah berkata dgn tidak berselindung itu, saya pun kasihan

kepadanya; dia tidak berani menentang secara berterang-terangan

hanya secara ~ sahaja;

berlindungkan sl menyelamatkan atau menaungkan (diri),

melindungkan: maka Sultan Zainal Abidin pun larilah berperahu

kecil lalu ia ke Melaka, ~ dirinya pd Sultan Mansor Shah;

melindungi 1. menudung supaya tidak kelihatan (jangan terkena

sesuatu dll): pondok saya tidak nampak dr sini kerana dilindungi

belukar; 2. memberi pertolongan (bantuan dll), membela, memberi

naungan: mahkamah bertanggungjawab ~ masyarakat drpd

malapetaka jenayah; beberapa ekor kambing biasanya dipelihara

bersama-sama biri-biri utk ~ biri-biri drpd serangan binatang

buas; 3. tidak memperlihatkan (secara terang-terangan) atau

mendedahkan sesuatu, menyelimuti kebenaran (kejahatan dll),

menyelubungi: mereka sangat bijak ~ hasrat yg hendak

disampaikan;

lindung-melindungi saling melindungi;

melindungkan 1. menaruh sesuatu supaya jangan kelihatan,

menyembunyikan, menyorokkan: dilindungkannya benda itu di

balik semak-semak itu; maka puteri itu pun ~ dirinya di balik

pohon kelapa; tiap-tiap orang yg menggunakan perkataan spt ini

semata-mata utk ~ perasaan dan fikiran masing-masing; 2.

menggunakan utk melindungi: jerami itu dilindungkan pd semaian;

Page 217: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

memperlindungkan menaungkan, memberi pertolongan kpd,

menyelamatkan: ia terpaksa berkhidmat ~ Tanah Brunei drpd

serangan musuh;

terlindung 1. tersorok, tersembunyi: perbuatan yg tidak ikhlas dan

jujur ini tidak akan ~ selama-lamanya; 2. dapat diselamatkan (drpd

bahaya dll), terselamat;

lindungan 1. yg terlindung oleh, yg dilindungi: manusia ~ Tuhan;

2. = perlindungan;

kelindungan 1. terlindung atau tertutup (tidak kelihatan, terkena

sesuatu, dll); 2. ark kelampauan (melampaui, melanggar adat, dll);

perlindungan 1. tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari

hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi

(mis dgn bantuan, pertolongan, dll): pemerintahan Ghassan

sentiasa mendapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin

dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif;

pelindungan ark bilik air, jamban, tandas: maka pd sekali

persetua, kuda kenaikan baginda jatuh ke dlm ~;

pelindung 1. sesuatu (atap, dinding, dll) yg melindungi: atap yg

tugasnya sbg ~ dr hujan dan panas, tidak memenuhi syaratnya; 2.

orang yg memberi perlindungan (bantuan, pertolongan, dll): laki-

laki yg sedang terkurung di rumahnya itu ialah ~nya, bukan

musuhnya.

lindung II Jk sj belut.

lindur lindor.

linear (linéar) 1. berkaitan dgn atau berbentuk spt garis-garis: corak

warna ~; 2. berkaitan dgn (ukuran) panjang, mis meter, kaki dan

inci.

linen (linén) = kain ~ sj kain yg dibuat drpd serat pokok flaks.

ling I ukuran banyak yg sama dgn setengah cupak.

Page 218: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

ling II; burung lang ~ sj burung, kelengkeng, Anthracoceros

malabaricus leucogaster.

lingar; melingar 1. tidak tetap (pandangan); 2. memalingkan pandangan

dgn cepat.

lingas I ark lembap; lengas.

lingas II; melingas memandang ke sana sini dgn pantas seolah-olah

sedang mencari-cari sesuatu: matanya ~ ketika berada di bilik

tamu itu; matanya ~ memandang sekeliling semasa berjalan

meninggalkan tempat itu;

melingas-lingas memandang-mandang ke sana sini dgn pantas

seolah-olah sedang mencari-cari sesuatu: matanya ~ melihat kalau-

kalau ada tentera pengawal yg dapat mengesan jejaknya.

lingga I sj tugu peringatan (drpd batu); ~ alam Id sesuatu daerah (hutan,

sungai, dll) yg dikekalkan keadaannya, kawasan simpanan.

lingga II; ~ api sj tumbuhan (pokok), Dysoxylon dumosum.

linggam sl sj cat merah; sedelinggam.

linggar Br mudah terbalik (perahu dll) akibat gerakan berayun-ayun atau

bergoyang-goyang ke kiri ke kanan, oleng.

linggata sj tumbuhan (herba yg gatal), jelatang.

linggayuran Mn ark panjang lampai, tinggi langkai.

linggi I kayu yg melengkung pd buritan atau haluan perahu: gemuruh air

di ~, gemuruh air disekat.

Linggi II nama suatu tempat di Negeri Sembilan; ~ diserang, Riau yg

alah prb menyerah tanpa berjuang.

linggis I Jw besi perejang, alabangka;

melinggis memecahkan batu (benda keras dll) dgn linggis.

linggis II; linggisan; ~ dayung para-para pd bibir perahu utk menyangga

dayung.

lingkah tidak sepakat; telingkah.

Page 219: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lingkap habis langsung, tidak berbaki lagi (harta dll): modal lingkup

harta ~ .

lingkar 1. gulung (spt ular tidur, tali yg digulung, dll), belit, gelung: di

dlm petak jubung, di dlm ~ tali sauh; 2. rim atau birai (pd roda dll),

bingkai: ~ roda; 3. lilit (keliling) bulatan;

berlingkar 1. berada dlm bulatan kecil yg berpusing-pusing (spt

keadaan ular tidur dll), berbelit, bergelung: ular itu ~ spt busut yg

besar rupanya; 2. ki berbaring-baring di tempat tidur: aku ~ spt

gelugur kering di atas tilam;

melingkar 1. dlm keadaan berlingkar (bergelung dll): ular yg

diburu semalam didapati ~ kekenyangan di dlm reban ayam; 2.

menggulung tali dll supaya berlingkar: ~ rotan; 3. mengikat

berlingkar-lingkar, membelit, melilit: seekor ular ~ di badannya;

melingkari 1. melingkar pd, melilit pd, membelit pd: sulur pokok

memanjat itu ~ dahan nangka; 2. mengelilingi atau melingkungi:

ia berjalan ~ rumah;

melingkarkan menjadikan berlingkar, melilitkan, menggelungkan:

logam ini dilingkarkan beberapa lapis dan berbentuk silinder;

terlingkar dlm keadaan berlingkar, tergelung, terlingkung;

lingkaran 1. sesuatu yg berlingkar, gelungan: ~ dawai dibuka dan

diregangkan; 2. daerah (kawasan, lingkungan, dll) sesuatu kuasa:

dunia yg bulat meneruskan gulingan dlm ~nya.

lingkas ark tidak panjang (berita dll), ringkas.

lingkis Jw ark; melingkis menggulung (lengan baju), menyingsing.

lingkung 1. lilit, keliling, pusing keliling; 2. gulung, gelung;

selingkung 1. sekeliling, selilit (sesuatu kawasan dll); 2. seluruh

kawasan di dlm suatu lingkaran, semua orang (dlm suatu

perbadanan dll);

melingkung memagari (menandai dll) berkeliling;

Page 220: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melingkungi 1. mengelilingi, melingkari: balai itu dilingkungi

pagar dawai berduri; 2. melingkupi, meliputi, memasukkan dlm

pengaruh (kawasan dll);

terlingkung 1. telah dilingkungi (dikelilingi), terkurung dlm; 2.

termasuk dlm sesuatu pengaruh (kawasan dll): orang yg hidup ~

dlm suatu masyarakat;

lingkungan 1. sempadan (garisan dll) yg mengelilingi sesuatu,

bulatan, lingkaran; 2. semua yg terlingkung dlm suatu kawasan

(kuasa dll): usianya belum berapa lanjut, barangkali dlm ~ empat

puluhan; pantai timur semenanjung termasuk dlm ~ daerah

pedalaman Singapura.

lingkup I tertutup (kepala, muka dgn kain, dll), tertudung; bertudung ~

berselubung panjang sebelah;

melingkupi 1. menyelubungi, menudungi, menutupi: jikalau sel itu

hidup, ia dilingkupi oleh benda berupa agar-agar yg tidak

berwarna; 2. melingkungi atau meliputi (beberapa hal dll):

pembicaraan itu ~ berbagai-bagai masalah; 3. ki meliputi

(suasana dll), menyelubungi, menyelaputi: hawa dingin ~ sekitar

kawasan itu; pembicaraan itu dilingkupi suasana yg tegang;

terlingkup dlm keadaan dilingkupi, terlingkung, terliput,

terselubung.

lingkup II Mn habis semuanya (orang yg pergi atau datang), semuanya

pergi atau datang.

lingkup III 1. = telingkup terbalik (kapal, perahu, dll), tertungkup; 2. ki,

bp habis rosak atau punah, binasa, jahanam;

melingkupkan membinasakan, menjahanamkan: kalau dia hitam

hatinya, soal ~ syarikat itu di hujung jarinya.

Page 221: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

linglung hilang ingatan, bingung: ia memalingkan mukanya ke kanan dan

ke kiri dgn perasaan ~ dan bingung, seakan-akan ada bayangan yg

sedang mendekatinya;

melinglungkan menjadikan linglung, membingungkan.

lingo 1. bahasa atau laras yg asing: dia mengerti ~ sistem yg dipakai oleh

komputer itu; 2. kata atau ungkapan khusus yg biasanya digunakan

dlm konteks tertentu (oleh kelompok tertentu atau bagi bidang

tertentu).

lingsa Jw telur kutu yg terdapat di rambut.

lingsang Jw sj berang-berang, Prionodon linsang.

lingsir jatuh (matahari), terbenam;

melingsirkan menurunkan, menggelincirkan, menjatuhkan;

gelingsir, lengser.

lingua franca (Latin) bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan antara

masyarakat atau orang-orang yg berlainan bahasa: ahli bahasa

berpendapat bahawa jika diberi masa utk terus berkembang,

bahasa Melayu akan mampu menjadi bahasa perhubungan utama

atau ~ di rantau ini.

linguis 1. ahli bahasa; 2. ahli linguistik.

linguistik 1. kajian saintifik tentang bahasa; 2. berkaitan dgn bahasa;

~ berkomputer cabang pengkajian bahasa yg menerapkan teknik

komputer dlm pengkajian bahasa dan kesusasteraan, terutamanya

dlm pengiraan kekerapan kata dan analisis statistik; ~ gunaan

linguistik terapan; ~ normatif aliran linguistik yg berpendirian

bahawa tugas ahli linguistik adalah utk menentukan dan

mengekalkan kebakuan bahasa; ~ pedagogi cabang linguistik

terapan yg berkaitan dgn pembelajaran dan pengajaran bahasa; ~

preskriptif a) perancangan bahasa yg bertujuan utk mewujudkan

satu bahasa kebangsaan yg baku; b) sikap dlm kajian bahasa yg

Page 222: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

berusaha mengadakan rumus utk penggunaan bahasa yg betul; ~

sejarawi kaedah yg digunakan dlm cabang linguistik utk mengkaji

perubahan jangka pendek atau jangka panjang dlm sistem bunyi,

tatabahasa dan kosa kata suatu bahasa; ~ terapan cabang linguistik

yg berkaitan dgn penerapan praktikal kajian bahasa spt linguistik

pedagogi, leksikografi, terjemahan dan psikolinguistik.

lini; pengurus ~ pengurus yg bertanggungjawab merancang, mengurus,

mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan

sesebuah organisasi: perancangan merupakan fungsi utama

pengurus ~.

linimen (Ubat) sj minyak berubat yg disapukan pd badan utk melegakan

rasa sakit, kekejangan dsb.

linjak lanyak, pijak (dgn bertalu-talu).

link ukuran panjang yg bersamaan dgn satu per seratus rantai atau 0.2

meter.

linktus (Ubat) cecair berubat yg diminum utk melegakan batuk dan sakit

tekak.

lino; mesin ~ = linotaip sj mesin pengatur huruf yg dikendalikan oleh

papan kekunci yg menghasilkan setiap baris taip pd sekeping

logam.

linoleum (linoléum) sj penutup lantai seakan-akan tikar getah yg tebal

dan kuat.

linsid biji pokok flaks yg dapat menghasilkan minyak: minyak ~.

lintabung sj tumbuhan (rumput yg keras tangkai daunnya), Panicum

palmi folium; ilmu ~ ki bodoh lagi sombong (orang).

lintadu ark sj serangga, cengkadak, mentadu, Tenodera aridifolia.

lintah sj binatang dlm kelas Hirudinea, rupanya spt pacat tetapi lebih

besar; jenis-jenisnya: ~ padi, ~ paya, ~ perca, dll;

Page 223: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lintah darat ki orang yg meminjamkan wang dgn mengenakan bunga yg

sangat tinggi;

melintah darat ki membungakan wang dgn faedah yg terlalu

tinggi.

lintang 1. lebar (sesuatu kawasan), lwn panjang atau bujur: kawasan itu

luasnya 10 meter persegi, panjangnya 5 meter, berapakah jarak

~nya? 2. mengikut lebar sesuatu benda (garisan, potongan, dll),

malang: keratan ~; kayu ~; 3. ark pemidang yg mengikut lebar

sesuatu benda (daun pintu, tingkap, dll); ~ bujur a) garisan dr sudut

ke sudut; b) pergi atau berlari ke segenap arah; ~-kedak tidak

teratur (letak sesuatu dll); ~-pukang a) tidak menentu arahnya

(orang berlari dll); b) bergerak bertempiaran, tunggang-langgang;

melintang 1. mengikut lintang sesuatu benda (kawasan dll),

malang: sehelai kain pelekat corak ~ dan sehelai baju panas biru

membalut tubuhnya; 2. mendatar (sesuatu garisan), lwn menegak;

3. menggalang atau merintang (malapetaka, kecelakaan, dll): dia

sendiri pun akan turun besok kalau tak ada aral ~; ~ batang

membuat rintangan di sungai utk memungut cukai; ~ payar

melabuhkan perahu melintang di sungai utk memungut cukai; 4.

bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke satu tangga

dan peringkat yg lebih tinggi dlm Sistem Saraan Baru (bkn

pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan

Malaysia);

melintangi 1. menghalangi, menyekat, merintangi; 2. memberi

tentangan (kpd pendapat, fikiran orang, dll), membantah,

menyangkal;

melintangkan meletakkan (supaya) melintang, meletakkan

mengikut lintang sesuatu benda: tegakkan sebatang silinder dan

kemudian lintangkan pembaris di tepi silinder itu;

Page 224: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

terlintang 1. terletak melintang, dlm keadaan melintang: terbujur

lalu, ~ patah; 2. terhalang, terintang, tertahan: siapa engkau yg ~

di hadapanku ini?

lintangan sesuatu yg melintang, galangan, halangan;

pelintangan perihal (perbuatan dsb) melintang atau melintangkan.

lintap 1. bersusun,berlapis-lapis teratur atau tersusun (berlapis-lapis); 2.

lapisan (tanah).

lintar kep halilintar.

lintas 1. lalu dgn cepat; 2. ark bahagian dr jalan kereta api (dr satu tempat

ke tempat lain);

~ akal masuk akal, boleh diterima oleh akal; ~ pintas selalu pergi

datang (keluar masuk dll), lalu-lalang;

selintas tidak berapa lama, sebentar, sekejap: ~ lalu;

melintas 1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan

peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat),

memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak

dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak

dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll)

sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun;

melintasi 1. lalu di, melalui, mengharungi: pelayaran ~ Atlantik; 2.

pergi ke seberang, menyeberangi: habis sahaja makan, Ismail ~

jalan ini menuju lori balak; 3. menghindarkan (kesulitan dll),

mengatasi;

terlintas 1. telah dilintasi, telah dilangkaui, telah diselesaikan; 2.

teringat dlm hati, terkenang, tergerak (di hati): ~ juga di hatinya

hendak mengadu kpd ayahnya perihal ia kena marah itu;

lintasan 1. gerakan melintas: kena ~ hantu; 2. sesuatu yg melintas:

setiap ~ fikiran dirakamkannya dgn tidak membuat pilihan secara

teliti; 3. = pelintas tempat melintas (menyeberang), jalan yg

Page 225: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

dilalui; ~ belang bahagian jalan yg berjalur-jalur putih atau kuning

sbg isyarat supaya kenderaan berhenti utk membolehkan pejalan

kaki melintas; ~ zebra lintasan belang;

kelintasan 1. telah dilalui atau dilampaui, kelampauan; pantang ~

a) tidak mahu dilalui; b) selalu hendak menang drpd orang lain; 2.

Kl dirasuk hantu dll;

perlintasan 1. perihal beralihnya (masa, pemerintahan, dll); 2.

hadiah utk saudara tua yg didahului (khas drpd adik perempuan yg

berkahwin dahulu drpd kakaknya);

pelintas orang yg melintas.

lintibang Mn sj sepah bulan.

lintuh lemah, lembut, lembik: Poniem melihat gerak suaminya dgn hati

yg ~;

pelintuh guna-guna (mantera, jampi, dll) utk melemahkan lawan.

lintup tertutup rapat-rapat, litup;

melintup menutup rapat-rapat;

melintupi menyelubungi.

linu I rasa spt sakit digesek-gesek (pd gigi, tulang, dll), rasa yg tidak

sedap (mendengar buluh dikikis, gergaji dikikir, dll), ngilu.

linu II Jk gempa bumi.

linyak Mn rata atau pipih (spt benda-benda yg kena tekan);

berlinyak bertumbuk, berkelahi;

melinyak menjadikan linyak, memijak hingga linyak, melatam.

linyang; melinyang melancar dgn cepat di atas air (bkn perahu, kapal);

linyar.

linyap bp hilang, lenyap.

linyar; melinyar melancar di atas air (bkn perahu, kapal); linyang.

linyau Ph licin dan berkilat (rambut yg diminyaki dan disikat).

lio C dapur tempat membakar bata atau genting.

Page 226: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

liong C sj naga tiruan yg besar.

liontin Id sj loket atau aguk.

lipan sj binatang berbisa yg banyak kakinya, Lithobius spp., Scutigera

spp.; jenis-jenisnya: ~ bara, ~ gading, ~ papan, ~ rumah, dll.

lipas sj serangga berwarna perang gelap, berbadan leper dan bujur,

mempunyai sesungut yg panjang dan bahagian mulut menggigit,

kepuyuk, Periplaneta spp.; ~ kudung sj lipas, Periplaneta

orientalis; spt ~ kudung prb selalu bergerak dgn cepat (pantas lagi

cekap membuat kerja).

lipat 1. (sesuatu) yg dipatahkan dgn tidak putus supaya kedua-dua

bahagiannya berlapis, lepit; kajang ~ kajang yg dijadikan

berkembar dua; pisau ~ pisau yg matanya boleh dipatahkan ke

dalam; 2. rangkap, ganda, kembar; ~ dua kembar (ganda, rangkap)

dua;

~ kajang selekoh (sungai, jalan, dll) yg terlalu tajam, siku keluang;

~ pandan nama sanggul yg disirat spt daun pandan yg akan

dianyam;

berlipat 1. berlapis rapi (kain baju dll): diambilnya baju yg ~ di

dlm almari; 2. berlipat ganda;

berlipat-lipat 1. banyak lipatnya, berlapis-lapis; 2. = ~ ganda

banyak sekali gandanya, menjadi sangat banyak: barang-barang

itu dijualnya dgn mendapat laba yg ~ ganda;

melipat ark 1. mematahkan supaya berkembar (bertangkup,

berangkap): dilipatnya surat khabar itu dan kemudian

diletakkannya ke atas meja; 2. ki mengalahkan musuh (lawan),

memberkas (menangkap) penjahat: samseng itu telah dilipat oleh

polis; 3. ki melakukan pecah amanah (menggelapkan wang dll),

tidak menurut perintah; ~ wang menggelapkan wang; 4. ki menjual

sesuatu kerana kesempitan hidup; 5. menjadi berganda-ganda atau

Page 227: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

berlebih-lebih (harga barang dll): harga barang import

membumbung ~ dua atau tiga;

melipatkan ark mematahkan supaya berkembar (berlapis dll),

menjadikan berlipat: Pak Imam ~ tangan Pak Sudin dan kemudian

menyelubungi mayatnya dgn kain;

lipatan 1. = pelipatan sesuatu yg berlipat (kain, kertas, dll), hasil

melipat: surat itu aku keluarkan dr sampulnya dan perlahan-lahan

aku membuka ~nya; ~ seluar sait seluar; 2. Id pembebat surat

khabar; 3. tompokan (kad dll);

kelipatan Id bilangan yg merupakan hasil drpd mendarabkan

sesuatu angka: 21 ialah ~ 7; ~ persekutuan terkecil Id angka

kandungan kecil;

perlipatan perihal berlipat, pergandaan;

kelipat kelebek, kelepek (pd baju), lipatan (pd kulit buku yg

lembut);

pelipat 1. = pelipatan bahagian yg di belakang lutut; pelipatan

kulit alur pd kulit orang tua yg berlipat-lipat; 2. garisan (pd kain

baju, kertas, dll) kerana dilipat, lipatan.

lipat ganda diganda-gandakan (menjadi banyak);

berlipat ganda sekian kali banyaknya, berganda: kekuatan musuh

kita telah ~;

melipatgandakan menggandakan berkali-kali, memperbanyak,

menjadikan bertambah banyak: mereka berusaha ~ hasil

pertanian; akan saya lipatgandakan usaha utk membasmi

kemiskinan selepas memenangi pilihan raya ini.

liperi Id, bp pengadil (dlm pertandingan bola sepak dll).

lipid (Kim) kumpulan sebatian organik, antaranya termasuklah lemak dan

lilin.

lipis pelipis.

Page 228: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lipit = kelipitan, pelipit kelim atau lipat yg kecil pd pakaian (pd

songkok, baju, dll): ditanggalkannya songkoknya dan dikeluarkan

dr kelipitannya itu duit seringgit;

melipit memberi (mengenakan) lipit pd pakaian.

liplap 1. tidak sekata atau sama (warna barang yg berlapis-lapis); 2. =

Belanda ~ Belanda peranakan; anak ~ anak yg orang tuanya

berlainan bangsa.

lipoprotein (lipoprotéin) (Bio) protein yg bergabung dgn lipid.

lipstik gincu (pewarna) bibir.

lipu ark; melipu tidak bercahaya atau berseri-seri, layu, muram, suram.

lipur 1. hilang, hapus, lelap, lenyap; 2. hilang kesedihan dll, terlupa

kesusahan dll, terhibur: ceritakanlah, agar kudengar, mudahnya

dapat hidayat, dr sebab itu ~ hatiku; ~ diri kegiatan yg dilakukan

utk menghiburkan hati, bersenang-senang atau menenangkan

fikiran: ~ diri memang digalakkan selepas penat bekerja sepanjang

minggu;

melipur, melipurkan 1. menghapuskan (kesan, tanda, dll),

menghilangkan, melelapkan, melenyapkan; ~ dendam mengikiskan

perasaan dendam; 2. menghiburkan (kedukaan hati),

menyenangkan: maka Tuanku Malim Deman pun bergurau senda

melipurkan hatinya yg dukacita itu;

pelipur, penglipur orang yg menghibur atau melipur, penghibur; ~

lara (Sas) orang yg menghiburkan hati yg duka dgn

menyampaikan cerita rakyat yg berunsur jenaka, biasanya

diselitkan dgn syair, pantun, seloka dsb.

lipuria (Ubat) adiposuria.

liput; berliput 1. berselubung, bertutup, dipenuhi oleh: kebanyakan

tanah pamah di lembah sungai ~ tebal dgn tanah lanar; 2. ki

terselindung, tersembunyi: kata raja kata ~;

Page 229: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

meliputi 1. menutupi, memenuhi: daratan kita sekarang pd suatu

masa dahulu diliputi air;

2. ki menyeluruhi, melingkupi, menyelubungi: rancangan

pembangunan yg menyeluruh ~ segenap daerah dan pelosok;

wajah isterinya diliputi kemuraman;

terliput 1. tertutup oleh sesuatu (air dll); 2. termasuk atau

terlingkung (dlm sesuatu kawasan dll): di dlm nama-nama, ~

selebih-lebih sifat drpd segala sifat kelebihan dan kesempurnaan;

liputan 1. sesuatu yg meliputi (menyeliputi, memenuhi, menutupi)

sesuatu: ~ salji di kemuncak gunung; 2. = ~ berita perihal

membuat laporan tentang sesuatu peristiwa atau satu siri peristiwa

(dlm jurnal, akhbar, dsb): dia ditugaskan membuat ~ dlm

persidangan itu.

lir Jw ark sl seperti (umpama); sang ~ sari yg spt bunga (gadis yg elok).

lira unit mata wang Itali, Turki dan Malta.

lirih perlahan-lahan (tidak kuat), lembut: berjurus-jurus dia termenung

spt berfikir – mencari jawaban sebelum bersuara ~, “Berhati-hati,

Tam.”

lirik I larik I.

lirik II = lirikan = ~ mata jelingan mata, pandangan ke kiri ke kanan,

kerlingan;

selirik selayang pandang, sekejap pandang;

melirik menjeling dgn tajam, mengerling: setelah ~ dulu ke kiri ke

kanan, ia pun duduk.

lirik III 1. sj puisi yg menggambarkan perasaan; 2. seni kata lagu.

liris I; = corak ~ Id sj corak batik;

liris II penuh emosi: kaset yg mengandungi lagu-lagu ~ mendapat tempat

di hati para remaja.

Page 230: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lis 1. bp daftar, senarai: ~ derma Masjid Negara; 2. garisan di sekeliling

gambar, bingkai.

lisah I ark gelisah, resah.

lisah II sj ikan laut, Periophthalmus koelreuteri.

lisan 1. lidah: jilat dgn ~ tujuh hari; 2. sesuatu yg diucapkan (tidak

ditulis); saya telah diberitahu dgn (secara) ~ diberitahu dgn mulut

(bukan dgn surat);

melisankan menyebut dgn mulut, menuturkan;

kelisanan hal yg berkaitan dgn lisan: istilah dan gagasan yg

dipakai utk membicarakan ~.

lisani; huruf ~ ark huruf yg dibunyikan dgn lidah.

lisensi (lisénsi) IB surat kebenaran, lesen.

lisin (Bio) bahan yg menyebabkan pemecahan dan pemusnahan sesuatu

sel atau bakteria; ~ alfa sj antibodi yg dapat memecahkan sel.

lisina (Bio) asid amino perlu yg terdapat dlm protein dan penting dlm

diet, terutamanya utk pertumbuhan bayi dan juga utk

keseimbangan nitrogen bagi orang dewasa.

lisir Pl; melisir labuh benar (pakaian).

lisis (Bio) pemecahan dan pemusnahan sel atau bakteria oleh lisin.

lis-lis; rumput ~ sj tumbuhan (herba), cika mas, Acalypha indica.

lisong C cerut, cerutu: dgn hati yg terharu, nyonya Van Oost duduk

memetik ~.

listerik, listrik IB elektrik.

lisu 1. lipatan atau kedut yg dijahit atau dibuat pd kain; 2. lipatan menirus

yg dijahit pd pakaian;

berlisu mempunyai atau dihiasi lisu.

lisut 1. kecut dan kendur (kulit dll): kulitnya mulai ~; bengkaknya ~; 2.

tidak segar lagi (bunga dll), layu; 3. ki sudah tua benar, layu: lelaki

yg tua ~ itu tiba-tiba menjengah muka dr arah dapur;

Page 231: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melisut menjadi lisut (kulit dll);

melisutkan menjadikan lisut (kulit dll);

kelisutan perihal lisut.

lita; luas ~ Kl luas sekali (kawasan).

litah = ~ mulut sl berkata dgn tidak berfikir-fikir lagi, tidak dapat

menyimpan rahsia, lepas mulut, latah.

litak Mn 1. penat, lelah, payah; 2. lemah sekali, lesu, lapar.

litani Id doa yg diucapkan oleh paderi dan disambut oleh hadirin di dlm

gereja.

litar 1. lilit (pd sesuatu benda), keliling; 2. = litaran (Kej) jalan lengkap

yg dilalui arus elektrik: haba dapat dihasilkan oleh arus elektrik

dlm sesuatu ~; ~ pintas; 3. trek utk perlumbaan kereta, motosikal

dsb; 4. bergerak berkeliling dr satu tempat ke tempat lain; pengadil

~ pengadil yg bergerak dr satu tempat ke tempat lain utk

menjalankan tugasnya;

~ bersepadu (Fiz) litar yg menggabungkan pelbagai komponen

elektronik ke dlm satu unit; ~ elektrik (Fiz) susunan pengalir dan

peranti yg dapat mengalirkan arus elektrik; ~ pintas = ~ singkat

(Kej) kesalahan yg menyebabkan jalan arus elektrik menjadi

pendek kerana penebat yg rosak;~ tertutup (Fiz) litar elektrik yg

lengkap dan membolehkan arus mengalir apabila voltan

dibekalkan.

litenan → letnan.

liter ukuran banyak yg bersamaan dgn 1 dm3 (biasanya bagi cecair spt

minyak, air, dll);

literan sukatan (takaran) yg isinya satu liter.

literal 1. berasaskan makna sebenar atau makna biasa kata-kata yg

digunakan (bukan makna kiasan atau makna yg tersirat di

sebaliknya: sikapnya sangat sederhana, dan beliau kerap

Page 232: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

mentafsirkan percakapan suaminya secara ~; 2. harfiah:

terjemahan ~.

literasi kebolehan menulis dan membaca, celik huruf; ~ komputer tahu

menggunakan dan mengendalikan komputer.

literator IB ahli sastera.

literatur IB kesusasteraan; ~ Islam kesusasteraan Islam.

litigasi proses pembicaraan undang-undang di mahkamah (sama ada utk

membela atau menentang sesuatu kes).

litigan (Udg) pihak atau orang yg membuat tuntutan atau yg didakwa di

mahkamah.

litir = penuh ~ Kl sangat penuh, penuh hingga melimpah.

litium (Kim) sj unsur logam yg lembut dan ringan.

lit-lit; panas ~ Kd panas terik.

litmus (Kim) bahan berwarna yg digunakan sbg penunjuk kpd hadir

tidaknya asid atau alkali (yg biru bertukar warna menjadi merah

dlm larutan asid dan yg merah menjadi biru dlm larutan alkali);

kertas ~ kertas turas yg berisi tepu dgn litmus dan digunakan sbg

penunjuk asid-alkali dlm kimia analisis.

lito 1. litograf; 2. litografi.

litofit tumbuhan yg hidup di atas batu-batuan, mis lumut hati dan paku-

pakis.

litograf cetakan yg dihasilkan melalui kaedah litografi.

litografi kaedah mencetak pd permukaan yg mendatar (plat logam atau

batu) dgn mengalirkan dakwat pd bahagian tertentu permukaan yg

berkenaan (menurut reka bentuk bahan yg hendak dicetak).

litopon sj serbuk berwarna putih yg digunakan sbg pigmen cat dan juga

dlm pembuatan barangan getah, kertas dan plastik.

litoral (Geo) kawasan pantai, terutamanya di antara air pasang dan air

surut.

Page 233: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

litosfera (litosféra) (Geo) lapisan luar kerak bumi yg terdiri drpd batu-

batan, mendakan tanah, dll.

litotes (litotés) (Lin) pernyataan yg diungkapkan dlm bentuk negatif utk

menyatakan keadaan yg sebaliknya, misalnya ‘tidak sombong’ yg

bermaksud ‘ramah’.

litup tertutup (tertudung dll) rapat-rapat hingga tidak kelihatan: seorang

perempuan yg berselubung ~ bahagian kepala sedang menangis

tersedu-sedu;

melitupi menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi: cara

memakai selendang adalah dgn menyangkutkannya hingga ~

kedua-dua belah bahu;

terlitup tertutup (tertudung) rapat-rapat: pintu kebahagiaannya

seakan-akan ~;

litupan (Geo) sesuatu yg melitupi; ~ air batu lapisan air batu yg

menutupi beberapa bahagian muka bumi.

liuk = meliuk melengkung ke kiri ke kanan (spt orang menari, lalang

ditiup angin, dll): pandangannya berpusat pd api pelita yg meliuk-

liuk di hadapannya;

~-lampai bergerak-gerak spt ular lalu (orang menari dll); ~ lentok

gerakan badan atau anggota badan yg terlenggok-lenggok ke kiri

ke kanan atau ke depan ke belakang;

meliuki mengambil sesuatu (spt wang di tanah dll) dgn meliuk;

meliukkan melengkokkan badan (orang menari, mengelakkan

tikaman, dll): Zahar yg sedang bercekak pinggang itu ~ badannya

sebelum mengambil rokok itu;

terliuk, terliuk-liuk terlenggok-lenggok (lalang ditiup angin dll):

tiang agung terliuk-liuk; pelita minyak yg ~ ditiup angin;

liukan hasil atau gerakan meliuk atau meliukkan;

peliukan perihal atau perbuatan meliukkan;

Page 234: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

sepeliuk sejauh orang boleh meliuk (ke kiri atau ke kanan dll).

liuk-liuk sj serunai yg dibuat drpd batang padi.

liun Br; berliun berpusing-pusing.

liung Kl mengikut jalan yg jauh, melencong jauh.

liung-liung sj ikan laut.

liur = air ~ rembesan cair dlm mulut yg dikeluarkan oleh kelenjar liur yg

fungsinya memudahkan makanan ditelan dan dicerna: ia menelan

air ~nya melihat makanan itu; air ~ basi a) air liur yg meleleh

keluar sewaktu tidur; b) tajuk perbualan yg sudah lama; menjilat

air ~ prb yg sudah dicela dipuji kembali, sudah dibuang diambil

balik;

berliur, meliur mengeluarkan air liur; ~ masin ki a) pandai

berkata-kata; b) apa yg dikatakannya diiakan orang;

terliur ingin benar akan: aku ~ sungguh hendak makan asam;

peliuran perihal (proses atau perbuatan) mengeluarkan air liur.

liut lembut tetapi tidak dapat dipatahkan, boleh dilentur-lenturkan tetapi

tidak patah, liat: kayu-kayu yg ~;

keliutan perihal liut.

liwa Ar ark bendera, panji-panji, tunggul.

liwat Ar hubungan jenis melalui dubur: dia menghadapi tuduhan

melakukan ~ ke atas empat orang pelajar lelaki;

meliwat melakukan liwat terhadap seseorang: dia dituduh ~

seorang pelajar lelaki berusia 12 tahun dlm bulan Februari 1987.

LKIM kep Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

llama (Quechua) sj binatang berbulu tebal drpd genus Lama yg berasal dr

Amerika Selatan, rupanya seakan-akan unta tetapi tidak

mempunyai bonggol, biasanya digunakan utk mengangkut barang.

LLB kep Bachelor of Laws (Sarjana Muda Undang-Undang).

LLM kep Master of Laws (Sarjana Undang-Undang).

Page 235: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

LLN kep Lembaga Letrik Negara.

loa, loak Jk bakul tempat sampah dll; tukang ~ pedagang barang-barang

lama (buruk).

loba tamak, serakah;

melobakan menginginkan sesuatu banyak-banyak;

kelobaan ketamakan, kerakusan, keserakahan: celaan terhadap ~

kaum imperialis; haloba.

lobak 1. sj tumbuhan (ubinya dibuat sayur); ~ cina (putih) sj tumbuhan,

rades, Raphanus sativus; ~ hutan sj tumbuhan (herba), lebuk hutan,

Orchidantha longiflora; ~ jantan sj tumbuhan (herba), bakung

rimba, bangkung rimba, Susum malayanum; ~ merah sj tumbuhan,

bortel, Daucus carota sativa; 2. Mn kubis, kol; bagai ~ di

pemerunan, bagai kacang tengah dua bulan prb perihal kanak-

kanak yg subur tubuhnya (cepat membesar).

loban I kemenyan, dupa; ~ jawi sj kemenyan.

loban II sj ikan laut, Liza macrolepis.

loberci Id jemeki;labuci.

lobi I ruang legar.

lobi II; melobi berusaha utk mempengaruhi pihak-pihak yg berkuasa

bagi mendapatkan sesuatu spt sokongan: kegiatan ~ dilakukan di

seluruh dunia;

lobi-melobi saling melobi antara satu dgn lain;

pelobian perihal atau perbuatan melobi: kedapatan ~ yg sangat

ketara menjelang hari pencalonan itu;

pelobi pihak yg melobi.

lobi-lobi sj tumbuhan (pokok yg buahnya dibuat asam), rukam masam,

Flacourtia inermis.

lobotomi (Ubat) pemotongan saraf tertentu pd otak secara pembedahan

utk merawat penyakit mental yg teruk.

Page 236: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lobus (Bio) bahagian sesuatu organ tubuh yg berbentuk bulat, spt pd otak

atau paru-paru.

locak I; melocak 1. melacak, banyak (buah dll); 2. berkocak, bergoncang

(benda-benda cair), beriak (air).

locak II; melocak mengelupas (kulit).

loceng (locéng) 1. sj alat drpd logam yg bergeronggang, berbentuk cawan

serta mempunyai tukul kecil tergantung di dalamnya, dan berbunyi

kuat dan nyaring apabila digoyangkan: ~ sekolah berbunyi pd

pukul satu; ~ basikal; ~ gereja; ~ elektrik loceng yg dibunyikan

oleh kuasa elektrik; 2. Id jam besar (di dinding dll);

berloceng mempunyai (berhias, dilengkapkan dgn) loceng: gelang

~;

meloceng membunyikan loceng.

locoh Kl, Tr terlepas (drpd jerat atau genggaman): bagaimana kamu

pasang jerat itu sampai burung itu ~.

locok, melocok 1. mengeluarmasukkan barang yg panjang ke dlm lubang

(omboh pam dll); 2. mengangkat dan menekan alu dll ke dlm

lesung dll (utk menumbuk);

pelocok alu dll utk melocok, piston pam.

locong Kl borong.

locor Kl meleleh (air liur).

locot I = melocot lecet, terkelupas (kulit), melucut.

locot II arklucut I.

lodah Tr hancur (kerana terlalu lama dimasak).

lodak kotoran (tanah, pasir, dll) yg terkandung dlm air dll, kelodak:

sungai itu mengalir membawa ~nya ke laut;

berlodak mengandungi lodak: kuala sungai itu ~; londar I.

lodan Jw ikan paus.

lodarlodak.

Page 237: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lodeh (lodéh); sayur ~ sj masakan sayur (bermacam-macam sayur,

santan, dll dimasak hingga empuk).

lodoh I lembik (kerana busuk atau terlampau ranum), bonyor.

lodoh II Tr hancur (kerana terlalu lama dimasak).

lodong Jw sj tabung buluh yg besar.

loes (loés) (Geog) lapisan tanah halus dan subur berwarna kekuning-

kuningan yg terdapat di utara negeri China, bahagian tengah

Amerika Syarikat dan bahagian tengah Eropah.

log buku yg digunakan utk menyimpan butir-butir tentang sesuatu, mis

penyenggaraan kenderaan: buku ~.

loga; syurga~; loka;syurga.

logam unsur kimia spt besi, emas, perak, tembaga, dll yg biasanya

berkilau, mulur, membentuk ion positif, dan menjadi pengalir haba

dan elektrik yg baik; ~ adi = ~ mulia Id logam yg sukar berpadu

dgn oksigen (spt emas, perak, platinum); ~ alkali salah satu logam

dlm kumpulan unsur kalium, natrium, litium, rubidium, sesium,

dan fransium; ~ alkali bumi = ~ bumi beralkali salah satu logam

dlm kumpulan unsur berilium, magnesium, kalsium, strontium,

barium, dan radium; ~ campur Id logam yg terjadi drpd campuran

beberapa logam (suasa dll); ~ putih sj logam campur (sebahagian

besar terdiri drpd timah atau timah hitam); ~ mulia logam yg

berharga (spt platinum, emas, perak);

berlogam mengandungi (terdapat) logam: bahan ~; kawasan ~;

perlogaman hal yg berkaitan dgn logam: industri ~.

logamaya (Fiz) imej sesuatu objek jauh (bentangan air dll) yg disebabkan

biasan oleh udara panas, maya.

loganberi (loganbéri) sj tumbuhan yg buahnya berwarna merah keungu-

unguan dan boleh dimakan, Rubus loganobaccus.

Page 238: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

logaritma (Mat) angka yg menunjukkan kuasa bagi sesuatu nombor

digandakan utk mendapatkan nombor tertentu.

loghat I 1. kata (dlm erti yg sebenarnya); terjemahan menurut ~

terjemahan sekata demi sekata, erti yg tepat; 2. bahasa daerah,

dialek, bahasa setempat: ~ Minangkabau; Bahasa Melayu Sarawak

mempunyai beberapa ~ yg berbeza dr setempat ke setempat; 3.

gaya mengucapkan kata-kata: “Siapa nama awak?” ia bertanya

dgn ~ Riau-Johor; bahasa Melayunya fasih sekalipun ~ Jepunnya

masih jelas kedengaran; 4. daftar kata, perbendaharaan kata: kata

itu terdapat dlm ~ Melayu;

~ rasmi loghat atau bahasa yg ditetapkan oleh pihak yg berkuasa

sbg loghat yg sah; ~ umum loghat yg selalu dipakai oleh orang

ramai; ilmu ~ ilmu bahasa; kitab ~ kamus;

berloghat menggunakan (bercakap dlm) loghat: dia ~ Kelantan

sewaktu bercakap dgn kawan sedaerahnya.

loghat II Kl, Tr tergesa-gesa: kamu ~ ni hendak pergi ke mana.

logik 1. sains yg berkaitan dgn prinsip yg membolehkan pemikiran dan

penaakulan dibuat secara teratur dan bersistem, ilmu tentang cara

berfikir (atau kaedah berfikir), ilmu mantik; 2. dapat diterima oleh

akal, masuk di akal, munasabah: kanak-kanak itu dilatih berfikir

secara teratur dan ~; pendapatnya itu ~;

kelogikan perihal, keadaan logik (diterima akal);

ketidaklogikan perihal (keadaan, sifat, dsb) yg tidak logik;

pelogik yg menjadikan sesuatu logik (diterima akal).

logika IB logik.

logis IB logik.

logistik 1. aspek sains ketenteraan yg berkaitan dgn pengangkutan,

penyenggaraan, pembekalan alat kelengkapan, pemindahan

anggota tentera, dsb dlm operasi tentera; 2. perancangan,

Page 239: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

pengelolaan dan pelaksanaan secara terperinci sesuatu rancangan

atau operasi yg besar dan kompleks: mereka bekerja dlm bidang

pentadbiran, kewangan , urusan keluar masuk barang, ~ dsb.

logo lambang khas sesuatu pertubuhan yg tersirat dgn maksud tertentu.

logogram (Lin) lambang atau huruf yg mewakili sesuatu perkataan atau

morfem, mis lambang (%) yg bererti peratus.

logu; ikan ~ sj ikan laut, Myripristis murjan.

loh I Ar 1. papan batu, batu tulis; 2. papan (batu dll) yg bertulis; ~ catur

papan catur; suratan ~ Tuhan lohmahfuz.

loh II; batu ~ sj batu yg terbentuk drpd tanah liat dan mudah pecah

menjadi lapisan-lapisan nipis, syal.

loh III Jw, sr utk menyatakan hairan (terkejut, kaget, dsb).

loh IV; daun ~ sj tumbuhan (herba), Anaectochilus; kayu ~, a) sj

tumbuhan (pokok), meranti jamang, mersawa (merah), sanai,

Anisoptera laevis; b) sj tumbuhan (anggerik), Stauropsis gigantea;

rumput ~ sj tumbuhan (rumput), bayam pasir, bayam tanah, daun

serapati, kerak nasi paya, keremak, Alternauthera triandra.

loh V Kl, Tr sila, mula: kamu ~ dulu, sebentar lagi aku sampai.

loha bp duha.

lohmahfuz Ar suratan atau ketentuan nasib manusia, suratan loh Tuhan.

lohoh Jh busuk, lodoh, reput.

lohok I ark sangat busuk.

lohok IIgelohok.

lohong lubang.

lohorbp zuhur: sembahyang ~; waktu ~.

loi Kd, Pn lambat (membuat atau mengerjakan sesuatu).

loji I 1. gedung, bangunan besar; 2. pejabat syarikat perniagaan zaman

dahulu yg dibuat berkubu; 3. kilang (bangunan serta alat-alat di

dalamnya spt jentera, mesin, dll); ~ kuasa a) loji utk menerbitkan

Page 240: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

kuasa atau tenaga (elektrik dll); b) kilang (bangunan) serta alat di

dalamnya utk memasang sesuatu (kereta, jentera, dll); ~ penapis

loji utk menapis sesuatu.

loji II; kelapa ~; kelapa.

lojik logik.

lojing tempat penginapan sementara dgn kadar bayaran tertentu: elaun ~.

lok I IB kepala kereta api: hanya beberapa sahaja ~ kereta api yg masih

digerakkan dgn pertolongan api;lokomotif.

lok II kelok atau liku pd mata keris: cuba lihat keris-keris itu, yg ~ 3, 4, 5

hingga ~ 12 pun ada;

berlok mempunyai lok, berkelok: keris ~ tujuh;

berlok-lok mempunyai beberapa lok: keris yg ~.

lok III Kl tidak peduli (hirau);

dilok tidak diambil peduli, dibiarkan.

loka I sl ark dunia; syurga~; loga;syurga.

loka II = meloka ark memandang.

lokah Kl longkah.

lokal 1. bp bukan yg diimport, biasanya dikaitkan dgn barangan yg

kurang bermutu; 2. IB setempat.

lokan I sj kerang besar, Polymesoda placans.

lokan II; ~ jantan sj tumbuhan (pokok renek), akar asam lokan, akar

asam lokan putih, akar nebal, Medinilla hasseltii; akar ~ sj

tumbuhan (pokok menjalar), akar kepayang, kayu keleka singga,

sentuh, Trichosanthes tricuspidata.

lokap bilik di balai polis tempat mengurung orang tahanan;

melokap mengurung (menahan) dlm lokap.

lokar almari yg boleh dikunci utk kegunaan individu.

lokasi 1. tempat di luar studio utk membuat penggambaraan:

menggalakkan perfileman di ~-~ tempatan; 2. letak, kedudukan:

Page 241: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

besar kemungkinan kedai-kedai telekom akan dipindahkan jika

~nya sekarang tidak begitu bersesuaian atau jauh dr orang ramai.

lokcuan C sj sutera dr negeri China.

lokek (lokék) I kedekut, bakhil, kikir.

lokek (lokék) II Kl lekas marah, garang.

loket (lokét) I hiasan yg bergantung di rantai leher (dibuat drpd emas,

intan, dll).

loket (lokét) II IB tingkap atau lubang tempat menjual tiket dll: di muka

~ diberikannya wang lima puluh sen kpd perempuan yg menjual

karcis.

loki ark C pelacur.

lokio ark C sj bawang benggala, Allium schoenoprasum.

loklak Kd tidak beradab (kelakuan seseorang), kasar.

loklek (loklék) I Pn terjengket-jengket.

loklek (loklék) II Kl lembap, lengah.

loklok Ar ark mutiara.

lokman sj tumbuhan (herba), rumput tahi babi, rumput pasir, sembung

gajah, Adenostemma viscosum.

lokoh I Jh keras, mangkar (durian).

lokoh II Jh tidak kemas (pakaian dll), buruk: Ali yg tadinya kelihatan ~

dan bermuka spt orang bodoh itu menggoncang-goncang

tangannya berulang-ulang dan kuat-kuat.

lokoh III Kl, Tr lekang (bkn isi buah-buahan): rambutan ni manis tapi

tidak ~.

lokomotif kepala kereta api.

lokos I basah kuyup: budak itu ~ kerana bermain dlm hujan lebat.

lokos II 1. botak (kepala), gondol; 2. tidak berdaun (pokok); 3. tidak

ditumbuhi tanam-tanaman (tanah), gondol.

loksokpeloksok, pelosok.

Page 242: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

loksun C ark batuk kering, batuk darah.

loktong ark pelacur; lotong II.

lokum orang yg menjalankan tugas orang lain dlm profesion yg sama,

terutamanya doktor, utk sementara waktu semasa ketiadaannya

kerana bercuti dsb: doktor ~.

lokus (Bio) kedudukan gen pd sesuatu kromosom.

lolah; tengku ~ tengku II.

lolak sj siput, Trochus niloticus.

lolar Kl gopoh-gapah.

loleh (loléh) lebih kurang, tidak kemas, lalai, lengah (membuat sesuatu

pekerjaan).

loleng (loléng) C pelita kertas yg berwarna-warna, tanglung.

loliah-loliah Kl bergerak-gerak, memerhatikan sekeliling (mata).

lolipop sj gula-gula yg bertangkai kayu atau plastik kecil.

loloh I; meloloh menyuapi.

loloh II Mn longgar (baju dll).

lolok I; melolok mengintip, mengintai (musuh);

pelolok sl mata-mata;luluk II.

lolok II Ph lumpur;

berlolok berlumpur;luluk I.

lolok III; air ~ air berputar, air berolak.

lolok IV Tr bohong.

lolong, lolongan I bunyi suara yg keras dan panjang, jerit, raung (anjing

dll): dia mendengar ~ anjing yg semakin kuat;

melolong meraung (anjing), menjerit, memekik (spt perempuan

meratap): anjing itu ~ semalam-malaman; ia ~ apabila mendengar

berita buruk itu;

terlolong-lolong menangis terjerit-jerit, terpekik-pekik.

Page 243: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lolong II 1. sj ikan laut, selar kuning jantan, Caranx boops; 2. sj ikan

laut, Selar spp.; ~ bara sj ikan laut, Priacanthus spp.; ~ batu

Myripristis spp.; ~ hijau sj ikan laut, sebekah karang, Myripristis

murjan; ~ putih, Selar crumenopthalmus.

lolor Kl lekas, segera.

lolos 1. lepas dr tempatnya (spt cincin dr jari atau gelang dr tangan),

lucut; 2. lepas dr kurungan atau kepungan;

meloloskan 1. melucutkan atau menanggalkan sesuatu dr

tempatnya; 2. melepaskan atau membebaskan diri dr kurungan atau

kepungan: Mat Salleh berjaya ~ diri drpd dikepung oleh polis;

pelolosan perihal (perbuatan dsb) lolos atau meloloskan.

lom (Geog) tanah gembur.

loma, lomah 1. sj ikan darat, Thynnichthys thynnoides; 2. sj ikan darat,

Labiobarbus ocellatus.

lombar Mn; melombar 1. menghulur (tali dll); 2. ki mengikut kesukaan

(kehendak anak dll).

lomber (lombér) Kl lanjut, labuh, berkedut-kedut.

lombok cili, cabai.

lombol (Suk) salah satu acara dlm gimnastik; ~ bergalah acara yg

menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang dgn

menggunakan galah, yg berakhir dgn pendaratan di atas tilam;

lompat (ber)galah.

lombong 1. dalam (pinggan, mangkuk, dll), jeluk; pinggan ~ pinggan

dalam; 2. lubang dlm tanah tempat menggali bijih logam, tambang;

~ dedah (Geo) lombong yg lubangnya besar dan terbuka ke atas

(dikerjakan dgn menggunakan kapal korek dan bomba palung); ~

tebuk lombong yg lubangnya tegak atau melintang dan sangat

dalam (utk menggali timah sampai ke uratnya); anak ~ pekerja

lombong;

Page 244: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melombong menggali lombong utk mendapatkan bijih logam:

kapal korek digunakan utk ~ bijih timah di kawasan yg besar-

besar;

perlombongan 1. pekerjaan melombong: jabatan itu akan

membimbing orang Melayu dlm lapangan ~; 2. tempat

melombong: di negeri itu terdapat tanah ~ yg kaya;

pelombong orang yg mengusahakan lombong, tuan punya

lombong: bijih timah menyebabkan ramai ~ dan saudagar

bertumpu ke sana.

lompang I 1. kosong: dlm dadaku terasa ~; 2. gelembung atau ruang seni

dlm sel (mengandungi udara, air, dll);

lompangan lompang; ~ udara gelembung (ruang) yg mengandungi

udara.

lompang II 1. alat utk menumbuk beras dll; 2.ark lesung; kuih ~ sj kuih

(bentuknya spt lompang atau lesung) dibuat drpd tepung beras;

berlompang berlekuk.

lompang III 1. laras meriam; 2. penjodoh bilangan bagi meriam.

lompat I perbuatan bergerak dgn cepat dgn mengangkat kedua-dua kaki

dr tanah terus ke atas atau ke depan, loncat: ~nya jauh;

~ (ber)galah (Suk) acara yg menggabungkan larian dan lompatan

melepasi palang dgn menggunakan galah, yg berakhir dgn

pendaratan di atas tilam, lombol bergalah; ~ gagak terjengket-

jengket (berjalan); ~ jauh (Suk) acara loncat jauh; ~ kangkang

lompat sambil membuka kedua-dua kaki; ~ katak sj permainan

kanak-kanak (meloncat, melampaui belakang orang); ~ kijang

(Suk) a) acara meloncat, melangkah, dan meloncat; b) loncat dgn

melangkaui satu loncatan; ~ pagang loncat melampaui gawang; ~

pagar (Suk) perlumbaan melompat pagar oleh pelari, kuda, dll; ~

parti keluar drpd keanggotaan sesebuah parti politik utk

Page 245: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

menyokong atau menganggotai parti politik yg lain; ~ sehari (dua

hari) selang sehari (dua hari), lat sehari (dua hari); ~ tali a)

meloncat ke kiri ke kanan tali yg direntang; b) meloncat tali yg

dihayun dan dipusing (permainan kanak-kanak); ~ tinggi (Suk)

acara meloncat melampaui suatu rintangan yg dapat ditinggikan

atau direndahkan; se~ hidup, se~ mati prb perihal orang sakit yg

hampir maut (entah hidup entah mati);

berlompatan, berlompat-lompatan meloncat beramai-ramai,

meloncat ke sana sini: budak-budak itu ~ keluar apabila

mendengar bunyi kereta; mereka ~ dan saling mengejar;

melompat mengangkat kedua-dua kaki dr tanah dsb terus ke atas

atau ke depan, meloncat: ia ~ turun ke tanah;

melompati 1. melompat melampaui, meloncati: ia lari keluar dgn

~ pagar; 2. melompat (ke atas) kpd seseorang atau ke sesuatu,

menerkam, menerpa: dgn geram, ia ~ musuhnya;

melompatkan menyebabkan (membawa) melompat, meloncatkan:

ia ~ kudanya ke dlm parit;

terlompat 1. tidak sengaja (dgn serta-merta) melompat, terloncat:

tiba-tiba satu letupan kuat terdengar dan Datuk Ujang ~; 2.

terdorong atau terkeluar (perkataan dll): tetapi tidak pernah rahsia

itu ~ drpd mulutnya, walau dlm berhandai-handai sekalipun;

perkataannya ~ terlanjur mengatakan sesuatu, terdorong perkataan;

terlompat-lompat sl melompat-lompat: maka dua ekor kijang itu

datang ke hadapan rumah Seri Rama ~ dan tertari-tari;

lompatan 1. tempat melompat; ~ harimau tempat harimau

melompati anak air; 2. barang apa yg dilompati (pagar, rintangan,

dll); 3. jaraknya (tingginya) melompat: ia menang dgn ~ enam

kaki; 4. perihal melompat: berbagai-bagai ~ telah dipertunjukkan

di temasya olahraga itu;

Page 246: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

pelompat orang yg melompat (dlm sukan);

sepelompat, sepelompatan jarak satu lompat, sejauh orang dapat

melompat.

lompat II; ~ tikam Kl sj kuih drpd tepung beras (dimakan dgn kuah

santan dan gula).

lompi seluruhnya, kesemuanya.

lompok ark; berlompok-lompok bertimbun-timbun, bertompok-tompok.

lompong I 1. kosong, hampa; 2. ki bodoh, pandir;

melompong; kosong ~ bp kosong sama sekali atau

keseluruhannya, hampa belaka; lopong II.

lompong II; ~ sagu sj kuih yg dibuat drpd sagu dan pisang.

lonan, lonang sj buah, nona, Annona reticulata.

loncat I lompat dgn kedua-dua atau keempat-empat kaki bersama-sama

(burung, katak, dll), lompat dgn ekor (ikan);

~ galah lompat galah; ~ jauh lompat jauh; ~ tinggi lompat tinggi;

berloncat melompat-lompat: unggas berterbangan dan tupai ~ di

atas pokok di dlm dusun itu;

berloncatan, berloncat-loncatan melompat beramai-ramai,

melompat ke sana sini: kanak-kanak ~ di padang permainan itu;

meloncat 1. melompat dgn kedua-dua atau keempat-empat kaki

serentak: setelah ia berundur beberapa langkah ke belakang,

Datuk Ujang pun ~ naik; katak ~; 2. melompat ke atas dgn pantas,

melenting: ikan itu ~ keluar dr baldi; 3. ki beralih (berpindah)

kedudukan dsb: banyak antara mereka yg ~ ke pihak musuh; 4. ki

meningkat tinggi: harga getah ~ naik dlm tahun 1950 apabila

pecah perang Korea;

meloncat-loncat meloncat berulang kali;

meloncati meloncat melampaui, meloncat ke atas, melompati;

meloncatkan menyebabkan (membawa) meloncat, melompatkan;

Page 247: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

terloncat terlompat, tidak sengaja atau tiba-tiba meloncat: ia ~

mendengar letupan itu;

terloncat-loncat meloncat-loncat; ~ bagai ulat pinang prb sangat

gelisah (resah);

loncatan 1. perbuatan meloncat: mereka memperlihatkan ~ dgn

kuda; 2. jaraknya (tingginya) meloncat: ia telah mencapai ~

setinggi dua meter; 3. = batu ~ tempat meloncat: ia menganggap

kejayaan itu sbg batu ~ utk mencapai kejayaan yg lebih besar;

peloncat orang yg meloncat (dlm sukan), pelompat.

loncat II Mn katak, kodok.

loncer (loncér) Jk tidak ketat (paku, skru, dll), longgar.

lonco I Jk; melonco, melonco-lonco melancong, bersiar-siar, berjalan

bersenang-senang.

lonco IIpelonco.

loncos I tirus ke hujung, lancip, runcing, runjung: sepatu yg ~.

loncos II licin (tidak berdaun, tidak berkain, tidak berwang), gondol;

telanjang ~ telanjang bulat.

londang lubang yg berlumpur (dlm tanah), kubang.

londar I kotoran (spt tanah, pasir, dll) yg ada dlm air dll; ~ naga kelodak,

tahi lombong;lodak.

londar II suatu garisan (lurus atau melengkung) yg dibentuk oleh titik-

titik yg mempunyai syarat-syarat yg sama.

londeh (londéh) = melondeh tanggal (lepas, lucut) ke bawah, (kain,

seluar, dll), melorot;

melondehkan menanggalkan (melepaskan, melucutkan) pakaian

dgn mengeluarkannya melalui kaki, melorotkan;

terlondeh tertanggal (terlepas, terlucut) ke bawah (kain, seluar,

dll), terlorot.

Page 248: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

londong Mn; melondong, melondongkan 1. menghanyutkan; 2. ki

membencanakan, membinasakan.

loneng (lonéng) Jk 1. selusur (pd jambatan), kelek-kelek, langkan,

pemegang;

meloneng duduk-duduk membuang masa (di hadapan rumah).

loner (lonér) Kl buah nona.

long I sj peti mayat (yg tidak berlantai), keranda; ~ kajang rungkup dua

keping papan yg dijadikan bumbung penutup mayat di dlm liang;

papan ~ papan utk menutup lahad.

long II mercun besar.

long III 1. singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung;

bang ~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg

tua; mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan

kpd bapa saudara yg sulung.

long IV 1. lengkok, kelok; 2. garisan yg berlengkok (berkelok); 3. ibu

(induk) panah, busur panah.

longan sj tumbuhan (buahnya spt buah mata kucing tetapi lebih besar),

Euphoria longan.

longgak dongak.

longgar 1. tidak sempit, lapang (pakaian, lubang, dll): seluar baru itu ~

sedikit; 2. tidak ketat, mudah tercabut, mudah terlepas (paku, skru,

jahitan, ikatan, dll): jahitannya ~ dan kasar; tangannya memeluk ~

anak bongsunya di dada; 3. ki tidak teguh, tidak erat (tali

persaudaraan, persahabatan, dsb): semenjak kejadian itu,

persahabatan mereka mulai ~; 4. ki tidak mengikat kuat (aturan,

syarat, undang-undang, dsb), tidak sangat terbatas, tidak ketat,

kendur: hutang lapuk disebabkan oleh cara pemberian, cara

kawalan dan cara pentadbiran wang kerajaan dan syarikat yg ~

dan tidak teratur;

Page 249: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

~ sendat, lapang bertukul prb berpura-pura menerima sesuatu

kebenaran tetapi sebenarnya menolak kebenaran itu; sempit lalu, ~

ditokok prb di negeri yg miskin penduduknya rajin-rajin dan di

negeri yg makmur penduduknya malas;

melonggari menolak atau menambah supaya longgar (pakaian dll):

kalau tidak dilonggari, seluar itu tidak dapat dipakai lagi; utk

menambah ahli, syarat-syarat utk masuk pertubuhan itu mesti

dilonggari;

melonggarkan 1. menjadikan longgar atau tidak ketat (bkn

pakaian, skru, paku, dll): ia ~ skru itu; menggali atau membajak

akan ~ tanah; 2. mempermudah (syarat-syarat, cara pembayaran,

dsb), meringankan (aturan, undang-undang, dsb): larangan

membakar mercun dilonggarkan pd malam itu; 3. meluangkan

(waktu dsb);

memperlonggar menjadikan lebih longgar;

kelonggaran 1. perihal longgar: utk mencegah ~, skru itu harus

diketatkan; pertolongannya itu bererti memberi ~ juga kpd

isterinya; 2. menjadi longgar: semua pakaiannya ~ kerana

badannya yg semakin susut itu;

pelonggaran perihal melonggarkan (pakaian, skru, dll,

meluangkan waktu dsb, mempermudah syarat-syarat dsb,

meringankan aturan dsb).

longgok himpunan (buah, padi, sampah, dll), onggok, timbun, tompok:

buah itu sepuluh sen se~;

berlonggok, berlonggok-longgok berhimpun, beronggok(-

onggok), bertimbun-timbun, bertompok-tompok: kain baju yg

belum bercuci berlonggok-longgok; beberapa orang pekerja duduk

berlonggok-longgok di situ;

Page 250: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melonggokkan menghimpunkan, menimbunkan, menompokkan:

nasi dilonggokkan di dlm daun itu;

longgokan himpunan, timbunan, tompokan: lalat banyak hinggap

di ~ sampah itu;

pelonggokan perihal (proses atau perbuatan) melonggokkan,

penimbunan: ~ sampah sarap di tepi jalan tentunya menjelikkan

pemandangan.

longgor Jk lekas besar dan tinggi badannya, bagur.

longitud (Geog) garis yg serenjang dgn khatulistiwa pd peta, garisan

bujur.

longkah mudah ditanggalkan isi drpd biji (bkn buah), lekang: rambutan

~;

terlongkah tertanggal: jilidnya ~, lembaran buku itu bersepah di

lantai.

longkai panjang runcing (jari).

longkang I parit, limbahan.

longkang II lebar atau luas kain.

longkom lengkung;mungkum.

longlai 1. lemah lembut (gerakan tubuh dll) terliuk-liuk, gemulai:

tangannya melambai ~; 2. tidak bermaya, lemah; lemah ~ lemah

gemulai.

longlang; ~ burung jawa sj permainan kanak-kanak, pak-pak lang.

longo Jk; melongo terbuka mulut (kerana hairan dll), ternganga,

tercengang: ibu ~, bapa berdiri sambil mengerutkan keningnya,

kami semua bingung.

longok Jk; melongok menengok, menjenguk;langak.

longong Jk; melongong, terlongong-longong ternganga, tercengang-

cengang.

Page 251: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lonjak perbuatan melompat ke atas (dgn kedua-dua belah kaki); ~ bagai

labu dibenam prb angkuh, sombong; spt ~ alu penumbuk emping

(padi) prb perihal berjalan dgn kacak (sombong);

berlonjak-lonjak melompat-lompat keriangan: budak-budak itu ~

di kerusi belakang;

berlonjakan berlonjak-lonjak: budak-budak itu ~ menyambut

kepulangan ibu mereka;

melonjak 1. melompat ke atas (dgn kedua-dua belah kaki) utk

mencapai sesuatu: ia ~ hendak memetik buah itu; 2. melambung

(bola dll): raksa dlm buli-buli itu akan mengembang dan ~ keluar

ke dlm batang jangka suhu; 3. ki bercakap sombong,

menyombong; cakap ~ cakap besar (meninggi); 4. ki bertambah

(tinggi dll): pd masa kekasihnya tiba itu perasaan gembiranya ~;

5. melompat naik, meningkat naik dgn tiba-tiba (harga dll): harga

getah ~ naik kerana bekalan getah sangat kurang; dr kerani dia ~

jadi pegawai daerah; harap hendak ~, kopiah pesuk prb kerana

hendak hidup mewah habis terjual harta benda;

melonjak-lonjak 1. melonjak beberapa kali (kerana kesukaan dll):

budak-budak itu ~ apabila mendapat hadiah masing-masing; 2. ki

meluap, menjadi-jadi (kegembiraan, keinginan, dll): keinginannya

hendak pergi ke sana sudah ~ sekarang;

melonjakkan menjadikan (menyebabkan) melonjak;

terlonjak 1. melonjak dgn tiba-tiba (kerana kesukaan dll): melihat

kemewahan kawannya itu, ~ suatu perasaan baru di dadanya; ~

rasa semangat terlampau (terlalu) gembira; hati ~ terlalu suka

(girang) hati; 2. menjadi sombong (oleh kedudukannya,

pangkatnya, dll);

terlonjak-lonjak melonjak-lonjak, terkinja-kinja, terloncat-loncat;

Page 252: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lonjakan 1. perbuatan melonjak; 2. ki (bkn perasaan) dorongan

atau desakan yg kuat utk mencapai (mendapatkan sesuatu): ~ rasa

utk mencapai gading di menara menjadikan dia berusaha sehingga

berjaya ke universiti;

pelonjakan perihal (proses atau perbuatan) melonjak atau

melonjakkan: mungkinkah itu merupakan suatu proses ~ dlm

pucuk pimpinan politik?; pengukuhan ringgit akan diberi ~.

lonjong I 1. makin ke atas makin runcing (bentuk rumah, atap, dll),

runjung: songkoknya tinggi dan kecil ke atas, ~ bentuknya; 2. Jw

bulat bujur, bulat panjang: kepalanya ~.

lonjong II Tr tinggi.

lonjor Jw batang (sbg penjodoh bilangan bagi benda yg panjang).

lonsong Mn; terlonsong terdorong, terlanjur: kata sudah ~;

lonta; terlonta-lonta selalu dlm kesusahan (penderitaan): negara angkat

hanya sudi mengambil mereka yg terpelajar sedangkan yg jembel,

kebanyakannya buruh kasar dan nelayan, terus ~ di sini.

lontai ark; melontai melentok, melentur, mengelok (garis dll).

lontak Pl bohong.

lontar I; ~ lembing (cakera dll) (Suk) pertandingan melemparkan

lembing (cakera dll);

berlontaran berlempar-lemparan;

melontar melempar, membaling: ia ~ lembu itu; ~ jamrah

melontar batu di Mina (satu kewajiban dlm mengerjakan haji);

melontari melontar berkali-kali atau dengan banyaknya;

melontarkan menggunakan sesuatu untuk melontar,

melemparkan: ia ~ puntung rokoknya ke tanah;

lontaran hasil perbuatan melontar: ~ panah;

pelontaran perihal (perbuatan dsb) melontar;

Page 253: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

pelontar 1. alat dll utk melontar: batunya ada besar dan kecil, yg

kecil ~ balam; 2. orang yg melontar, pembaling, pelempar: ~

lembing;

sepelontar, sepelontaran sejauh yg dapat dilontarkan.

lontar II 1. sj tumbuhan (palma) yg daunnya digunakan sbg kertas tulis,

pohon siwalan, tah, tai, tal, Borassus flabellifera; subang ~ subang

yg dibuat drpd daun lontar; 2. ark naskhah lama (drpd daun lontar).

lonte (lonté) Jw pelacur, sundal.

lontok pendek dan besar; tua ~ tersangat tua.

lontong Jw sj makanan berkuah yg isinya termasuk nasi himpit dan

sayur-sayuran (spt sengkuang, kubis, dsb).

lontos lurus dan tidak berkepala (tiang dll).

lonyai 1. Kd berlumpur, becak; 2. renyuk, kerumuk; 3. lembik, benyai

(nasi dll).

lop IB laras senapang.

lopak I lubang di tanah yg berisi air, kobakan: lubang-lubang air atau ~-

~ hendaklah ditimbus;

berlopak, berlopak-lopak berlekuk-lekuk (berlubang-lubang) dan

berisi air: tempat itu ~ dan becak.

lopak II Mn petak sawah.

lopak III = lopak-lopak bekas utk menyimpan tembakau (sirih dll) yg

diperbuat drpd kayu, anyaman daun pandan dsb.

lopak IV; ~-lapik tidak tetap, kacau, kelam-kabut.

lopek (lopék) sj perahu kecil.

loper IB, bp pengantar surat (bil dll).

lopes (lopés) I sj kuih yg dibuat drpd pulut (digaul dgn kelapa parut dan

dimakan dgn air gula).

lopes (lopés) II; ikan ~ sj ikan darat, belida, Notopterus spp.

lopong I sj kuih; lompong II.

Page 254: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lopong II kosong;

melopong ternganga (mulut): ia tercengang, matanya terbelelek,

mulutnya ~;

melopongkan mengangakan (membukakan) mulut;

terlopong ternganga (terbuka) mulut; lompong I.

lor I Jw utara.

lor II Kl besar tinggi badan tetapi umur masih muda (orang).

lorah sj alat utk menaikkan atau menurunkan barang-barang, kapi, kerek,

takal.

lorat ark 1. dlm kebingungan, dlm kesulitan, dlm kesibukan; 2. sukar

mengerjakan sesuatu, susah, rewel; 3. teruk, tenat, payah (keadaan

orang sakit).

lorek (lorék) 1. = lorekan jalur-jalur, barik-barik, coreng panjang (corak

kain, kulit ular dll): kehalusan ukiran dan lorekan khatnya itu

sangat sukar ditandingi; 2. = berlorek;

berlorek bergaris, bercoreng: bahagian yg ~ itu menunjukkan

kawasan tanah tinggi;

melorek menggaris, mencoreng, mencoret: bahagian yg

menunjukkan tanah tinggi dilorek supaya jelas.

loreng (loréng) berjalur-jalur, bercoreng-coreng; harimau (macan) ~

harimau tunggal; kuda ~ kuda belang;

berloreng-loreng banyak lorengnya, bercoreng-coreng, berjalur-

jalur.

lori I sj kenderaan besar utk mengangkut barang-barang di darat: ~

balak; ~ hantu lori yg beroperasi di tapak binaan, ladang dsb tanpa

cukai jalan, insurans dsb.

lori II sj burung nuri.

lornyet (lornyét) IB cermin (kaca) mata sepet (tidak bertangkai).

Page 255: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lorong I jalan (biasanya ada rumah di kiri kanannya), jalan kecil:

sepanjang ~ itu orang tidur di kaki lima;

berlorong mempunyai lorong: kawasan perkampungan yg ~ kecil;

melorongkan 1. mengarahkan, memandu, menunjukkan jalan:

kelong mempunyai dua petak, petak luar ~ ikan masuk ke petak

dalam; 2. mengabulkan, meluluskan (permintaan dll): permintaan

mereka dilorongkan Tuhan.

lorong II Mn ark berkenaan dgn, mengenai, tentang.

lorot; melorot 1. melungsur turun, merosot, turun (pangkat, harga

barang, dll): kain selimutnya sudah ~ ke bawah pinggangnya; 2.

Jw menghilangkan lilin pd kain batik selepas diwarnai;

melorotkan melungsurkan turun, menurunkan (pangkat, harga,

dll);

terlorot melorot dgn tidak terkawal: sesekali saya hampir ~ juga

jika tidak sempat menyambar akar di lereng bukit itu.

los I IB 1. kapal yg memandu kapal lain masuk ke pelabuhan, kapal

mualim; 2. bangsal.

los II IB, bp lepas, bebas;

diloskan dilepaskan, dibebaskan, dibiarkan.

los III Ar sj buah, badam.

lose (losé) IB kelas yg terbaik di panggung wayang dll.

losen (losén) sj cecair yg disapukan pd kulit, dititikkan ke dlm mata, dsb;

~ bayi (badan, tangan, dsb) losen yg dicipta khas utk disapukan pd

bayi (badan, tangan, dsb);

berlosen mengandungi losen: syampu ~;

melosen menyapukan losen pd: ~ bayi.

loseng (loséng) bahagian alat tenun tempat menggulung benang.

losmen (losmén) IB rumah penginapan, rumah tumpangan.

Page 256: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

loso Jw ark = meloso, ngeloso membiawak, merangkak (dada kena pd

tanah), menjalar (spt ular), berbaring bergerak-gerak (kerana

kesakitan).

losong I; kurap ~ sj penyakit kulit.

losong II ark; ~ kosong kosong sama sekali.

lot I bidang tanah.

lot II surat undi, undi;

dilot bp diundi.

lot III bilangan tertentu yg standard dlm urus niaga sekuriti (saham) yg

bersamaan dgn 1000 unit: dia berjaya membeli enam ~ saham

syarikat itu pd harga RM 1.60 seunit.

lota I bekas air yg dibuat drpd logam.

lota II sudah menjadi lembik (kertas, pakaian, dll).

lotah sj tarian Melayu.

lote; (loté); comel ~ Kl cantik sungguh.

lotek (loték) I ark sj gala-gala utk menutup lubang pd kayu (perahu dll),

dempul.

lotek (loték) II Kl sangat letih, lesu.

loteng (loténg) 1. tingkat rumah yg sebelah atas; kamar ~ bilik di tingkat

atas rumah; 2. langit-langit rumah (dibuat drpd papan).

loteri 1. undian; 2. = tiket ~ surat (kertas) undian (utk menentukan orang

yg bernasib baik utk menerima hadiah dsb): datang fikirannya utk

mencari wang itu dgn jalan membeli ~; kena (menang, mendapat,

putus) ~ a) mendapat wang (barang, keuntungan, dsb) drpd undian;

b) beruntung besar; mencabut (menarik) ~ a) membuka undian,

mengundi; b) menang dlm undian;

meloterikan mengundikan.

lotik (Bio) berkaitan dgn atau mendiami air tawar yg mengalir (deras):

habitat ~.

Page 257: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

loto sj judi yg berdasarkan persamaan nombor yg dicabut dgn nombor pd

kad.

lotok mudah ditanggalkan isi drpd biji (buah-buahan), lekang, longkah.

lotong I 1. sj kera yg berekor panjang; ~ Bangkatan, Nasalis larvatus; ~

ceneka, Presbytis melalophos; ~ cengkung = ~ bercelak, Presbytis

obscura; ~ kelabu, Presbytis cristata; 2. hitam; hitam ~ sangat

hitam, hitam sungguh; ~ kekah kumput jarinya, kembung segah

ketul jadinya prb kesusahan itu akhirnya akan mendatangkan

kesenangan.

lotong II pelacur; loktong.

lotong III sj tumbuhan (pokok), Nephelium eriopetalum.

lotong IV sj rojak.

lotong V = ekor ~ sj senapang kuno.

lotot Jk; melotot membuka mata lebar-lebar, membelalak: mata Amir ~

kpd perajurit itu;

melototkan membuka mata besar-besar: “Kamu siapa?” balasnya

~ mata, ingin melawan.

Lotud suku kaum peribumi di Sabah dlm rumpun kaum Kadazan Dusun,

kebanyakannya tinggal di daerah Tuaran, dan lebih suka

menamakan diri mereka sbg Suang Lotud.

lowong tidak ada yg menduduki (jawatan, pangkat, tugas, dsb), terluang,

kosong;

melowongkan mengosongkan (jawatan, pangkat, dsb),

meluangkan;

lowongan jawatan (pekerjaan) kosong: tahun hadapan akan

terbuka banyak ~ kerja di jabatan itu;

kelowongan keadaan lowong, kekosongan: akan tetapi ~ itu diisi

dgn pengarang-pengarang baru yg berbakti.

Page 258: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

loya = meloya berasa hendak muntah, muak, mual: tekaknya ~ menjamah

kuih-kuih itu;

meloyakan menyebabkan berasa hendak muntah: kotoran di tepi

jalan itu sungguh~;

peloya orang yg mudah berasa loya.

loyal bp taat, setia.

loyang 1. aloi tembaga dan zink; 2. Jk sj talam besar (dibuat drpd kangsa

atau tembaga); 3. bekas yg dibuat drpd aluminium atau zink,

biasanya digunakan utk mengisi adunan kuih spt seri muka dan

apam yg hendak dikukus; 4. acuan kuih; kembang ~ ark sj bubur

dibuat drpd tepung beras dan gula; kuih ~ sj kuih (dibuat drpd

tepung beras, santan, dan gula) yg digoreng dgn acuan tembaga,

kuih goyang, kuih ros.

loyar I bp peguam; ~ buruk orang yg suka berdebat (pandai bertikam

lidah) dan mengobrol (beromong kosong); ~ keledek loyar buruk.

loyar II Jk royal.

loyo Jk 1. sangat penat, sangat lemah; 2. = meloyo ark berasa hendak

muntah, loya, mual.

loyong; meloyong jatuh melayang-layang, berjalan terhuyung-huyung.

loyor I keluyur.

loyor II Kl berasa hendak muntah, loya.

lozeng (lozéng) pil yg dihisap sehinga larut.

LPIP kep Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan.

LPK kep Lembaga Pelabuhan Kelang.

LPN kep Lembaga Padi dan Beras Negara.

LPP kep Lembaga Pertubuhan Peladang.

Lr simbol kimia bagi lawrensium.

Lrg. kep Lorong.

Page 259: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

LRT Light Rail Transit (Transit Aliran Ringan, iaitu sj rangkaian kereta

api penumpang yg menggunakan kuasa elektrik yg beroperasi di

bandar raya Kuala Lumpur dan juga di kawasan sekitarnya).

LSD kep lysergic acid diethylamide (iaitu sj dadah berbahaya yg

mengkhayalkan).

Lt. kep Leftenan.

LTK kep Lembaga Tetap Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu.

Lt. Kol. kep Leftenan Kolonel.

lu I C kamu, engkau.

lu II; raga ~ bakul padi; lau IV.

Lu simbol kimia bagi lutetium.

luagan Br kawasan takungan air yg dikelilingi daratan (kecil sedikit drpd

tasik).

luah; meluah 1. berasa hendak muntah, meloya; 2. muntah;

meluahkan 1. mengeluarkan drpd mulut, memuntahkan; 2. ki

mengeluarkan, melahirkan: ia ingin ~ hasrat yg telah lama

terpendam; saluran ini juga membolehkan para pekerja ~

perasaan geram dan tidak puas hati; dimakan mati emak

diluahkan mati bapa = hendak ditelan termengkelan, hendak

diluahkan tiada keluar prb dlm keadaan yg serba salah;

terluah diluahkan, dilahirkan, diungkapkan: banyaklah kenangan

lama ~ satu demi satu;

luahan 1. sesuatu yg diluahkan (dimuntahkan dsb); 2. kata-kata

(perasaan dsb) yg dikeluarkan atau dilahirkan: sbg orang lama dlm

kerajaan dan parti, ~ Encik Ghafar ini merupakan rasa kecewa

beliau terhadap golongan tersebut; ~ emosi;

perluahan tempat atau bekas utk meluahkan: maka tanah itu

diludahkannya ke dlm

sebuah ~;

Page 260: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

peluahan perihal (proses) meluahkan sesuatu (perasaan).

luak I susut, berkurang: makanan yg dihidangkan sedikit pun tidak ~;

meluak, meluaki menyusuti, mengurangi;

meluakkan menjadikan luak, mengurangkan, menyusutkan.

luak II ark meluak meluah, meloya.

luak III Mn daerah, jajahan.

luak IV Jw musang, Paradascursus spp; kopi ~ biji kopi yg diperoleh

dlm tahi musang.

luak V Mn perigi, telaga, sumur.

luak VI Mn, sr utk menghalau lembu.

luan (Marin) bahagian perahu (sampan, kapal dsb) yg paling hadapan,

haluan.

luang I 1. ruang yg kosong, kelapangan, lowong; 2. kekosongan

pekerjaan, lowong: ~ dan lubang kerja cukup banyak; 3.

kesempatan (baik): kalau ada ~ saya akan pergi ke rumah awak;

meluangkan mengosongkan (tempat dll), melapangkan (masa dll):

walaupun sibuk, ia sentiasa ~ masa utk kanak-kanak;

terluang 1. kosong, lapang, terbuka (tempat dll): stadium itu penuh

sesak tidak ada tempat ~; 2. ki tidak ada yg menduduki (jawatan,

pekerjaan, dll), kosong, lowong: tiada pekerjaan yg ~ di pejabat

itu; 3. tidak sibuk, senggang: setiap waktu ~ mereka berbual; 4.

tidak bertutup, terbuka (langkah, jalan, dll): itulah sahaja langkah

yg ~ baginya;

keluangan kelapangan, kesempatan: itu pun dr kalangan mereka

yg mempunyai ~ masa serta bersetuju dgn pimpinan parti politik

yg diceburi;

peluang kesempatan baik, ketika yg baik: kalau ~ ini dilepaskan,

mungkin seumur hidup ia akan menyesal.

luang II Jk; meluang berasa tidak sedap badan, berasa hendak demam.

Page 261: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

luang III reda (ribut, angin).

luap; meluap 1. mengembang kerana mendidih, meruap: nasi itu telah ~;

2. tumpah kerana sangat penuh, melembak, melimpah: pd musim

hujan lebat, air sungai itu ~; 3. makin bertambah-tambah

(perasaan, kemarahan, semangat, dsb), menghebat, menjadi-jadi,

menyala-nyala: tiba-tiba datang keinginan yg ~ hendak pulang ke

kampung halaman;

meluap-luap bergelora dgn amat sangat (bkn perasaan, semangat

dsb), berkobar-kobar, berapi-api: timbul ~ kemarahannya terhadap

budak itu; rasa bencinya terhadap penjajah ~; azamnya utk

menjadi seorang pemuzik profesional ~;

meluapkan menjadikan meluap: perasaan geram dan tidak puas

hati jika dipendamkan boleh ~ perasaan marah;

luapan hasil perbuatan meluap(kan): ~ amarah yg membuak dlm

dadanya sudah dapat ditenangkan;

peluapan perbuatan meluapkan: ~ semangat muda Mat Yasin.

luar lwn (bahagian) dalam: terdengar bunyi ketukan dr ~; kulit ~; orang

~;

~ bandar daerah yg jauh dr bandar, kampung, desa; ~ batas

melampaui (melebihi) batas; ~ bicara tidak masuk dlm

pembicaraan (perbincangan, perhitungan); ~ dalam a) bahagian

luar dan bahagian dalam; b) lahir batin; ~ dugaan tidak disangka-

sangka; ~ janji tidak masuk dlm janji; ~ kepala Id dgn ingatan

(tidak usah ditulis atau melihat tulisan), hafaz; ~ kira luar bicara; ~

negeri = negeri ~ negeri asing; ~ nikah (perhubungan jenis) yg

tidak halal; (orang) ~ pagar (orang yg) tidak kena-mengena (tidak

bersangkut paut); ~ pantai luar pesisir; ~ pesisir a) terletak di laut

tidak berapa jauh dr pantai (bkn kedudukan sesuatu, mis pulau,

pelantar minyak dll); b) (Eko) beroperasi atau berdaftar di luar

Page 262: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

negara kerana cukainya lebih rendah, peraturannya lebih longgar

dll (bkn bank, pelaburan, syarikat dll); ~ sangkaan tidak disangka(-

sangka); ~ talian (Komp) sifat peranti sokongan atau sistem yg

tidak lagi tersambung atau tidak lagi dikawal terus oleh sistem

utama;

di luar 1. di bahagian luar, di sebelah luar: keadaan ~ bertambah

sunyi dan gelap; 2. tidak masuk (perkara, perhitungan,

tanggungan, dll), kecuali, tidak diliputi (terliput) oleh, lain drpd:

budak-budak nakal itu melepaskan kata-kata yg ~ pengalaman

mereka; kejadian itu ~ pengetahuannya;

~ kepala Id luar kepala; ~ dugaan tidak terduga sama sekali (tidak

tersangka-sangka); ~ pembicaraan tidak masuk dlm pembicaraan;

ke luar ke sebelah luar;

meluar menyembul keluar, menonjol keluar;

meluarkan 1. tidak memasukkan ke dlm golongan (perhitungan

dll), mengasingkan, mengecualikan, menyingkirkan; 2. menyuruh

keluar;

luaran 1. = orang ~ orang asing, orang lain; 2. sl orang yg tidak

masuk dlm golongan istana, orang keluaran; 3. = negeri ~ negeri

asing; 4. yg tampak sahaja, lahiriah: pd ~nya sahaja kita

dipaparkan dgn kenakalan Umar Umaiyah;

peluaran; dunia ~ dunia luar; keluar.

luar biasa tidak spt yg biasa, tidak sama dgn yg lain, istimewa:

mendapat sambutan yg ~;

keluarbiasaan perihal luar biasa, keistimewaan: apabila ia

terkejut, hairanlah ia akan ~ mimpinya itu.

luas 1. tidak sempit, lapang, lebar: tanah di belakang rumahnya ~; 2.

besarnya sesuatu kawasan, besarnya sesuatu permukaan (hasil drpd

panjangnya didarabkan dgn lebarnya): ~ kebun itu ialah tiga

Page 263: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

hektar; 3. ki tidak sempit (pengetahuan, pengertian, dll):

pengetahuannya sangat ~; perkataan tersebut mempunyai erti yg

sangat ~; 4. tidak terbatas (pemandangan), lantang; 5. besar atau

banyak (pengalaman, kesempatan, perbincangan): di dlm buku itu,

dibincangkan tujuan pendidikan dgn ~; kesempatan utk mengecap

pelajaran tinggi terbuka lebih ~ kpd rakyat umum;

seluas-luasnya paling luas;

meluas menjadi luas (banyak dll), bertambah luas, merebak:

penjajahan telah ~ mulai dr revolusi perindustrian di Eropah;

perkembangan bahasa kebangsaan ~ sejak negara mencapai

kemerdekaan;

meluaskan menjadikan lebih luas (besar, banyak, dll), menambah

dsb supaya menjadi lebih luas (besar dll), membesarkan: kerajaan

telah membuat rancangan utk ~ kawasan padi;

memperluas menjadikan lebih luas: mereka dihantar ke luar

negeri utk ~ pengetahuan dan pemandangan mereka;

keluasan 1. perihal luas: dlm buku itu ditunjukkan bagaimana

kedudukan dan ~ benua Australia dapat ditetapkan orang; ~

badannya kecil jika dibandingkan dgn isi padu binatang itu; 2.

kelapangan, kelonggaran, keringanan, kesempatan: persatuan

peladang itu telah mendapat ~ memiliki tanah seluas 28 hektar;

perluasan perihal menjadi luas;

peluasan perihal atau perbuatan meluaskan atau memperluas:

kekurangan hasil penyelidikan sastera dan bahasa terasa sekali

oleh para pengajar di sekolah yg sifat pelajaran tidak lagi

merupakan ~ melainkan pendalaman soal;

peluas orang (alat) yg meluaskan; ~ lubang alat utk meluaskan

lubang.

luasa ark leluasa.

Page 264: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

luat; meluat 1. berasa hendak muntah, meloya, meluah; 2. sangat benci,

menyampah: dia ~ menengok kelakuan budak itu;

kemeluatan keadaan (perasaan) meluat: dlm kebencian dan ~, aku

tidak menafikan bahawa aku guru dan dia murid.

luba Br sj tumbuhan (pokok), Eugeissona spp.

lubang 1. bahagian pd sesuatu (dinding, jarum, dll) yg boleh ditembusi

sesuatu: ~ jarum; ia mengintai dr sebuah ~ di dinding rumah itu;

2. rongga: ~ hidung; ~ telinga; ~ roma; 3. lekuk di tanah dll: jalan

masuk ke tempat itu penuh dgn ~; 4. bp peluang: di bandar itu, ~~

kerja cukup banyak;

~ angin lubang (di atas pintu atau tingkap) utk angin keluar masuk;

~ butang lubang yg dibuat pd pakaian utk melekatkan butang; ~

leleh (S.bina) lubang kecil yg dibuat pd tembok penahan utk

menyalurkan keluar air yg bertakung di belakang tembok supaya

tekanan berkurangan; ~ lengan lubang pd bahagian baju di pangkal

lengan; ~ mata lubang di tengkorak vertebrat tempat terletaknya

biji mata; ~ roma lubang pd kulit manusia dan binatang tempat

peluh keluar;

barang siapa menggali ~ , ia juga terperesuk ke dalamnya prb

barang siapa yg berniat jahat terhadap orang lain, ia sendiri akan

mendapat kecelakaan; gali ~ timbus ~ prb berhutang utk membayar

hutang lama; korek ~ ulat prb sengaja mencari perselisihan

(perbantahan, pertengkaran, dll); masuk sebesar ~ penjahit, keluar

sebesar ~ tabuh prb besar belanja drpd pendapatan;

berlubang 1. mempunyai (ada) lubang (dinding, jarum, dsb):

dinding rumahnya ~; 2. mempunyai (ada) lubang (rongga),

berongga; 3. berlekuk (tanah dsb): jalan ke kampung itu ~ di sana

sini;

Page 265: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

berlubang-lubang 1. berlubang (dinding, jarum, dsb) di sana sini;

2. berlubang (tanah dsb) di sana sini, berlekuk-lekuk;

melubang membuat lubang, menggerek, menebuk, menggali

lubang;

melubangi membuat lubang pd, menebuk lubang pd, menggali

lubang pd: papan itu dilubangi utk dimasukkan skru;

melubangkan 1. menyebabkan berlubang (dinding dll): tembakan

sesat itu telah ~ dinding rumahnya; 2. menyebabkan berlubang

(berlekuk), melekukkan: kenderaan berat yg lalu-lalang di situ

telah ~ jalan baru itu;

pelubang, pelubangan lubang yg dibuat di tanah utk menangkap

binatang.

luber (lubér) Jw = meluber tumpah kerana penuh atau terlalu banyak,

meluap, melimpah: spt wadah ia menerima dan terjun dlm

pergolakan hidup yg berbagai-bagai ragam, lalu meluber kembali

ke segala penjuru.

lubuk 1. bahagian yg dalam di sungai (laut, telaga): mereka menangkap

ikan di ~ sungai itu; ~ pusar bahagian sungai atau laut yg airnya

berpusar deras dan dapat menarik benda (kapal kecil dsb) ke dlm

bahagian tengahnya; 2. ki lembah kesengsaraan, kancah: mereka

mencari gadis-gadis utk dibawa ke ~ pelacuran; 3. ark dalam

(pinggan, mangkuk, dll): piring ~; ~ hati = ~ jiwa dlm hati, batin;

~ akal lautan (tepian) ilmu = ~ akal lautan (tepian) budi prb sangat

luas dan banyak pengetahuan; ~ menjadi pantai, pantai menjadi ~

prb nasib seseorang itu tidak tetap; batu jatuh ke ~ prb hilang

lenyap tidak nampak-nampak lagi (orang yg meninggalkan

tempatnya); lain ~ lain ikannya prb lain negeri lain adatnya; tahu

di dlm ~ prb tahu betul tentang kesulitan sesuatu perkara; tentang ~

Page 266: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lepas tuba, tentang ikan akan mati prb Mn menyampaikan sesuatu

maksud (kehendak dll) biarlah tepat pd tempat dan waktunya.

lubur I ark belubur I.

lubur II ark keluburan.

lucah hina, keji, sangat rendah, tidak senonoh, tidak sopan: kata-kata ~;

perempuan ~ pelacur;

kelucahan kecabulan, kehinaan, kekejian.

lucas luncas.

lucu membuat orang ketawa, menggelikan hati, jenaka: mereka tertawa

mendengar cerita yg ~ itu; kejadian itu sangat ~;

melucu, berlucu membuat sesuatu yg menyebabkan orang ketawa,

berjenaka, berkelakar: ia cuba ~;

kelucuan sesuatu yg menggelikan hati, kejenakaan, kelakar,

lelucon: ~ yg timbul drpd kejadian itu menyebabkan bapa

tersenyum;

pelucu orang yg sifatnya suka melucu.

lucup masuk ke dalam, hilang terbenam (orang menyelam dll); lucut

III.

lucur luncur.

lucut I; melucut terlepas drpd pegangan (genggaman dll), luncur;

melucuti 1. mengambil senjata drpd genggaman, merampas:

mereka sendiri mahu dilucuti senjatanya; 2. ki melenyapkan atau

merosakkan (maruah, kemuliaan, dsb): dia berhati-hati berkata-

kata supaya tidak menyakitkan pendengaran, melukai perasaan

atau ~ kemuliaan orang lain; negara itu telah dilucuti taringnya;

melucutkan 1. menanggalkan (pakaian, perhiasan, dll),

melepaskan (tali, ikatan, dll), meluluskan (gelang, cincin, dll): dgn

gopoh, ia ~ pakaiannya; ~ orang drpd bahaya maut; gelang emas

di tangan dilucutkannya; 2. ki menarik balik, mencabut balik,

Page 267: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

memansuhkan; ~ jawatan memberhentikan (drpd jawatan),

memecat; ~ kerakyatan menarik balik kerakyatan;

terlucut terlepas (drpd pegangan, genggaman, ikatan, dll): kayu itu

~ drpd genggamannya; orang berhutang tidak ~ drpd

tanggungannya selagi hutang belum dijelaskan;

perlucutan pelucutan;

pelucutan perihal (proses, tindakan dsb) melucuti atau

melucutkan: ~ senjata; ~ jawatan;

~ jawatan tindakan menarik balik (menggugurkan, membatalkan

dsb) jawatan yg sedang disandang oleh seseorang, pemecatan; ~

senjata a) tindakan merampas atau menghapuskan senjata drpd

seseorang atau sesuatu kumpulan; b) tindakan mengecilkan atau

mengurangkan kekuatan angkatan bersenjata oleh sesebuah negara;

pelucut alat utk melucutkan sesuatu; ~ dawai pelurut dawai.

lucut II; melucut melecet, melocak, mengelupas (kulit dll).

lucut III Mn hilang, lenyap;

melucutkan 1. melenyapkan, menghilangkan; 2. membencanakan,

mencelakakan; lucup.

ludah = air ~ air yg keluar (drpd) dlm mulut, air liur;

~ sirih ludah yg berwarna merah (tatkala makan sirih); tempat ~

bekas utk menakung ludah;

berludah, meludah membuang ludah, mengeluarkan ludah:

dilarang ~ di merata-rata tempat; orang itu menyumpah-nyumpah,

~ dan memaki-maki;

~ ke langit (muka juga yg basah) = ~ naik ke langit, menimpa

muka sendiri juga prb melawan atau membantah orang yg

berkuasa, kita juga yg susah; sudah diludah dijilat balik prb sudah

dihinakan dimuliakan kembali, sudah dicela dipuji kembali;

Page 268: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

meludahi meludah (berludah) pd: aku dihina terang-terangan

seolah-olah orang ~ mukaku;

meludahkan 1. menyemburkan ludah; 2. meludah utk

mengeluarkan sesuatu drpd mulut: ia ~ air sirih yg sudah lama

bertakung di dlm mulutnya itu; maka nanah itu diludahkannya ke

dlm sebuah peluahan;

peludahan bekas tempat meludah;

peludah orang yg selalu dan suka meludah.

ludai sj tumbuhan (pokok) famili Euphorbiaceae, gurah, mamah

pelanduk, apid-apid (Sabah), Sapium spp.;

~ api sj tumbuhan (pokok), balik angin putih, maya-maya, memaya

jawa, pipi, Macaranga populifolia; ~ bulan sj tumbuhan (pokok),

medang serai, mutan riba, perepat bukit, redan, tasai,

Misochocarpus lessertianus; ~ pelanduk sj tumbuhan (pokok),

kayu rulus, mamas-mamas pelanduk, mayang, memaya, Sapium

baccatum.

ludang I; sampan ~ sj sampan; seludang I.

ludang II seludang II.

ludat sj tumbuhan (pokok), api-api daun lebar, api-api ludat, api-api

putih, udat, Avicennia officinalis.

ludes Jk habis licin, habis sama sekali.

luding sj ikan laut, tenggiri kecil, Scomberomorus spp.

ludruk pertunjukan sandiwara dgn nyanyian dan tarian.

ludo sj permainan yg menggunakan buah dadu dan tagan di atas papan

khas.

lugai; melugai Kd berasa hendak muntah.

lugar Kl tidak sedap perut kerana lapar dll, mual.

lugas; melugas berasa hendak tersedak.

lugu I ark berasa senang, puas, kenyang.

Page 269: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lugu II Jw ark bersahaja, sewajarnya.

lugu III Pr jemu, jelak.

lugut Jw miang.

luhak Mn luak III.

luhur mulia, tinggi, agung: moga-moga cita-citanya yg ~ itu dikabulkan

Tuhan;

meluhurkan mengagungkan, memuliakan, menghormati: ~ tanah

air;

keluhuran keagungan, kemuliaan, kebesaran: kekuatan puisi Amir

Hamzah, kecuali dlm ~ angan yg dibeberkannya, terletak dlm

kerapian bentuk.

luih I Jw lebih.

luih II luik.

luik; meluik 1. mengeluarkan benda drpd dlm mulut; 2. berasa hendak

muntah; 3. meleleh keluar (benda yg likat).

luing I sj tumbuhan (pokok), ara bumbung, ara lepung, ara sungai,

seniah, senil, Ficus hispida; leluing.

luing II sj lipan, lintibang, pesan-pesan.

lujur jelujur I.

luka 1. belah (cedera, lecet, pecah) pd kulit sebab kena potong, kena

tembak, dll: ~nya sangat dalam; ~ parah luka yg sangat besar,

luka yg sangat berbahaya; 2. mengalami cedera (pecah, lecet pd

kulit) sebab kena potong, kena tembak, dll: tangannya ~ kena

kaca; 3. ki sakit, pedih (perasaan) kerana kecewa: hatinya ~;

~ bakar Id luka sebab kena api; ~ hatinya = hatinya ~ ki sakit

hatinya;

~ sudah hilang parutnya tinggal juga prb sungguhpun orang yg

berselisih (berbantah) sudah berdamai kembali, keadaan berikut

tidak akan spt keadaan sediakala; lain ~ lain menyiuk, lain sakit

Page 270: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lain mengaduh prb orang lain yg membuat salah, orang lain yg

berasa (susah dll); siapa ~ siapa menyiuk, siapa sakit siapa

mengaduh prb orang yg berasa tersindir, dialah yg membuat

sesuatu yg disindirkan itu; takkan serik ~ dimakan tajak, esok lusa

ke bendang juga prb kesukaran dlm sesuatu pekerjaan tidak akan

menghalangi seseorang mengerjakannya utk mencari nafkah;

berlukaan sl mendapat luka-luka: kedelapan hulubalang itu

bertetakan pedang dan bertikam tombak, seorang pun tiada ~;

berluka-lukaan sl saling mendatangkan luka (pd lawannya dll):

maka Bugis melawanlah lalu bertikam ~;

melukai 1. mendatangkan luka pd; ~ musuh mendatangkan luka pd

musuh; 2. = melukakan menyakiti (hati): sindiran yg ~ hati

dihamburkan kepadanya;~ hati menyakiti hati;

kelukaan kedukaan kerana kecewa: kau begitu teguh menghadapi

~ dlm menjalani kehidupan.

lukah I sj alat utk menangkap ikan (yg membolehkan ikan masuk tetapi

tidak boleh keluar), bubu: dilihatnya orang mengambil ikan drpd

~nya;

~nya mengena ki tipu muslihatnya berhasil; menahan ~ memasang

lukah;

bagai ~, tak penuh oleh air prb perihal budak yg tidak berasa

kenyang (selalu hendak makan sahaja); bagai menyandang ~ tiga

prb menjalankan (melakukan) pekerjaan yg sukar sungguhpun

tidak berat; memasang (menahan) ~ di penggentingan prb mencari

keuntungan dr kesempitan (kesukaran) orang;

melukah menangkap ikan dgn lukah.

lukah II; melukah menampakkan kemaluan (apabila tidak kemas

memakai kain atau seluar, apabila duduk dgn tidak tertib).

lukat = melukat lekang (sesuatu yg melekat).

Page 271: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lukih sj tumbuhan (herba), condang, kacunda, kecondong, likir, Tacca

pinnatifida.

lukis; pandai ~ ark orang yg pandai membuat gambar, pelukis, tukang

lukis; seni ~ (hasil) kecekapan menggambar yg elok-elok;

melukis 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel,

pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan

yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar, menggambarkan: dia ~

sebuah bulatan;

melukiskan ki 1. membayangkan, menampakkan: bibirnya ~

senyuman; 2. menceritakan (mengisahkan) hal sesuatu,

membentangkan: rencana itu ~ penderitaan yg dialami rakyat;

terlukis 1. terbayang, tergambar: ~ dlm kepalanya kesibukan kota

London itu; 2. teriwayat, terceritakan;

lukisan 1. hasil melukis, gambar(an): ~ cat minyak; 2. ki

keterangan (cerita, huraian, dll) yg menggambarkan sesuatu hal;

pelukisan perihal melukiskan: pengarang sastera sejarah

mengusahakan ~ peristiwa-peristiwa yg disaksikannya sendiri;

cara ~ watak dan peristiwa dlm novel ini lurus dan tidak

mengarah kpd simbolisme;

pelukis orang yg (kerjanya) melukis, tukang lukis.

luks IB (barang-barang) mewah: dia tidak mampu membeli barang ~ .

luku I Jw bajak, tenggala;

meluku membajak: kembalilah pula tenaga mereka yg besar utk

mencangkul, ~, menebar, menyiang, memotong.

luku II; meluku mengetuk dgn buku jari, menyekeh.

lukup lungkup, telungkup.

lukut I 1. sj tumbuhan (pokok), jejoh, jirak, jirik, medang melukut,

merpadi paya, Symplocos fasciculata; 2. Br sj tumbuhan (paku),

Platycerium spp.

Page 272: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lukut II melukut I.

lulai sj tumbuhan (pokok), Garcinia spp.; ~ paya sj tumbuhan (pokok),

jintik merah, mentali, rambai ayam, setambun betina, tuku-takal,

Baccaurea wallichii.

lulang; akar ~ bulu sj tumbuhan (pokok memanjat), ulan raya, Merremia

vitifolia.

lulas; melulas membesarkan atau membersihkan lubang;

pelulas alat utk membesarkan (membentuk, melicinkan, dsb)

lubang.

luli I 1. kapas yg dipegang sewaktu memilin benang; 2. Mn kayu

penggulung kapas yg belum digantih (dipintal);

meluli mengumpar (menggulung) kapas.

luli II; ikan ~ sj ikan laut, Harpodon nehereus.

luli III 1. sj tumbuhan (pokok), kandis burung, lulai, Garcinia

merguensis; 2. sj tumbuhan (pokok), lulai, Garcinia rostrata.

lulu I lulur I.

lulu II Br rekah, pecah (spt kulit bakau).

luluh 1. hancur menjadi serbuk, remuk; hancur ~ = ~ lantak hancur sama

sekali, rosak binasa: kota itu hancur ~ akibat letupan itu; 2. hancur

~ ki remuk-redam (hati), sedih sekali: hancur ~ rasa hatinya

mendengar berita sedih itu;

meluluhkan menghancurkan, meremukkan;

luluhan (Geog) hancuran, remukan: semua benda galian pasir

kelodak dan tanah liat terjadi drpd ~ batu;

peluluhan (Geog) perihal meluluhkan.

luluh hawa (Geog) luluh oleh tindakan hawa;

meluluh hawa meluluhkan dgn tindakan hawa: batu asal di

permukaan bumi ini pd mulanya diluluh hawa dan dihakis oleh

agen tertentu spt air, angin, dan glasier;

Page 273: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

peluluhhawaan perihal (tindakan dsb) meluluh hawa.

luluk I Mn lumpur;

berluluk berlumpur, kena lumpur; tiada ~ mengambil cekerau prb

mendapat untung dgn tidak bersusah payah;

terluluk sudah gembur dan boleh ditanami (sawah); lolok II.

luluk II = peluluk sl mata-mata;

meluluk mengintai, mengintip (musuh dll); lolok I.

lulum; melulum mengulum, menjilat-jilat (jari dll).

lulun Br kelim.

lulur I; melulur 1. melancar masuk, meluncur, melungsur; 2. menelan:

ayam itu dilulur ular; bagai ~ bersetonggeng prb melakukan

sesuatu yg sukar kerana malu (takut, terpaksa, dll).

lulur II Jw sj bedak wangi utk membersihkan badan, lulut;

melulur menyapu badan dgn lulut, melulut.

lulur III; melulur menghisap (spt menghisap aiskrim dll).

lulus 1. terus (masuk ke dlm lubang dll), lantas, tembus: sebuah bola

logam yg hanya ~ melalui gelang logam pd masa ia sejuk

dipanaskan; benang sekasar ini tidak dapat ~ ke dlm lubang

jarum; tidak lulus pd akal (di akal) tidak dapat diterima akal, tidak

masuk akal; 2. terperlus (ke dlm lubang dll), terperosok: kakinya ~

ke dlm lantai yg lapuk itu; 3. terlepas (cincin drpd jari dll), lucut:

cincin itu tidak ~ drpd jarinya; 4. berjaya (menang) dlm

peperiksaan, tidak gagal (dlm ikhtiarnya, usahanya), berhasil: dia ~

sekolah Melayu; 5. diperkenankan (permohonan, permintaan, dll),

dipersetujui, terkabul: permohonannya ~; 6. ark hilang lenyap

( sesuatu yg dimakan api), lelap (barang-barang yg digadai);

~ tidak berselam, hilang tidak bercari prb perihal seseorang yg

menanggung kesusahan tetapi tidak ada yg menolongnya; sudah ~

Page 274: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

maka hendak melantai prb Mn sesudah mendapat kesusahan

(kemalangan) baru ingat;

selulus ark selalu, sentiasa;

melulusi melucuti, menanggalkan (pakaian dll);

meluluskan 1. membiarkan lalu, memasukkan: ~ benang ke

lubang jarum; 2. melucutkan (gelang, cincin, dll); 3.

memperkenankan (permintaan, permohonan, dll), mempersetujui,

mengabulkan: beliau telah pun mengkaji usul itu terlebih dahulu

sebelum diluluskan utk dibincangkan; kerajaan telah ~ undang-

undang itu beberapa tahun dahulu; 4. menyebabkan (menjadikan)

lulus (dlm peperiksaan dll); 5. melepaskan diri, membebaskan

(diri), melarikan (diri): walaupun dikepung rapi, mereka dapat ~

diri;

lulusan 1. orang yg telah lulus dlm peperiksaan, lepasan, keluaran:

dia ~ sekolah Melayu; 2. kebenaran, izin; surat ~ surat kebenaran;

selulusan 1. Mn selengkap: ~ pakaian; 2. Mn seibu: saudara ~;

kelulusan 1. perihal lulus: mereka belajar hanya utk mendapat ~

dlm peperiksaan; ~ permohonan tanah di dlm bandar dibuat

secara lelong; 2. tingkatan pengajian yg diperoleh, ijazah:

begitulah pentingnya ~ dan kelayakan yg telah dikenakan oleh

kerajaan; dia meneruskan pelajarannya hingga mendapat ~

doktor; 3. keguguran (yakni melahirkan bayi sebelum masanya);

berkelulusan mempunyai kelulusan: ramai wanita di sana yg

sudah ~ tinggi dan memegang jawatan-jawatan penting;

pelulus orang atau pihak yg meluluskan sesuatu (bkn permohonan

dsb): diluluskan oleh pegawai ~.

lulut sj bedak wangi utk membersihkan badan;

berlulut bergosok badan dgn lulut: maka Hang Nadim pun ~

padanya;

Page 275: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melulut menyapu (menggosok) badan dgn lulut;

pelulut 1. orang yg kerjanya melulut, tukang lulut: panggil si ~ itu,

aku hendak berlulut; 2. lulut.

lum ark; masak ~ ranum, terlampau masak (buah-buahan).

lumading Br sj ikan laut.

lumai; ~ hutan sj tumbuhan (herba), batu lincar, kayu batu, lelangkapan,

sembung lalaki, Blumea lacera.

lumang; berlumang berlumur (dgn lumpur, minyak, darah, dll),

bergelumang;

melumangkan 1. melumurkan, memalit-malitkan; 2. sl mengotori,

mencela, menghinakan; gelumang.

lumar Mn lumur;

berlumar berlumur dgn debu (kotoran dll);

melumari melumuri, mengotori.

lumas; melumas menyapu (dgn minyak, kapur, cat, dll): ~ tembok dgn

kapur; kereta itu nampak baru sebab dilumas;

melumaskan menyapukan sesuatu (spt minyak dan kapur) pd

sesuatu yg lain, melumurkan, melumangkan: ~ minyak pd

bahagian badan yg hendak diurut.

lumat 1. halus betul, hancur: ia mengeluarkan sirih yg telah ~ dr dlm

gobeknya; makanan hendaklah dikunyah sehingga cukup ~; 2.

terkocok (daun pakau);

melumatkan 1. menjadikan lumat dgn menumbuk (mengunyah

dll): dia ~ benda itu dlm sebuah lesung; 2. ki menghancurkan,

memusnahkan: meriam musuh telah ~ kota itu.

lumayan 1. cukup, agak banyak, sederhana (pendapatan, hasil, dll):

jumlahnya tidak banyak tetapi ~; 2. banyak sekali, mewah:

berbelanja besarlah anda pd hari itu kerana telah mendapat

hadiah yg ~.

Page 276: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lumba perlawanan beradu cepat (pandai dll): ~ lari; ~ kuda; ~ perahu;

berlumba, berlumba-lumba, berlumbaan, berlumba-lumbaan

berdahulu-dahuluan, berlawanan: kaum wanita berjuang dan

berlumba-lumba mencapai kemajuan;

memperlumbakan menyebabkan (membiarkan) berlumba;

perlumbaan 1. perlawanan kecepatan (berlari, berperahu, dll),

lumba: ~ lari 100 meter; ~ perahu; 2. tempat berlumba;

pelumba orang yg berlumba (menyertai sesuatu lumba):

pertarungan amat hebat nanti ialah antara ~-~ motosikal.

lumbago (Ubat) rasa sakit atau sengal dlm otot di bahagian bawah

belakang tubuh.

lumbah = ~ bukit (rimba) sj tumbuhan (herba), kepala puyuh, lembah,

Curculigo latifolia; ~ bukit sj tumbuhan (herba), pinang lumbah,

pokok serangat, seludang pinang, tukur tikus, Peliosanthes spp.; ~

merah sj tumbuhan (herba), Curculigo capitulata (recuvata); ~

paya sj tumbuhan (herba), selimpat batu, Homalomena rostrata; ~

tikus sj tumbuhan (herba), Spathoglottis plicata.

lumba-lumba = ikan ~ sj mamalia laut drpd famili Delphinidae yg

mempunyai muncung seakan-akan paruh, Delphinus spp.

lumban sj ikan laut, dengkis, Siganus spp.

lumbar (Bio) berkaitan dgn bahagian bawah belakang tubuh: arteri ~.

lumbu; ~ jawa sj tumbuhan (pokok memanjat), akar garuk, akar gerit

hitam, akar getah gaharu, akar getah ujul, akar jualoh, Willughbeia

coriacea.

lumbung Id tempat menyimpan padi, jelapang, kepuk, rengkiang.

lumbur sj tumbuhan (pokok renek), gemotan pacat, meroyan minko,

siguh, sigoniah, Alsodeia (Rinorea) kunstleriana.

lumer Jk lumat, halus betul.

lumer (lumér) Jw menjadi cair.

Page 277: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lumi = lumi-lumi sj ikan laut, luli-luli, uli-uli, Harpodon (Saurus)

nehereus.

lumpektomi (lumpéktomi) (Ubat) pembuangan tumor drpd payudara

secara pembedahan.

lumping Jk; kuda ~ a) kuda tiruan (utk permainan) dibuat drpd kulit atau

buluh; b) sj pertunjukan dgn kuda yg dibuat drpd buluh atau kulit.

lumpuh 1. tidak kuat atau tidak bertenaga (kaki atau bahagian-bahagian

lain tubuh): segenap sendi anggotanya lemah ~, tidak berdaya

hendak berjalan; 2. ki tidak bergerak (berjalan): segala kerja

kesatuan itu telah ~;

bagai si ~ pergi merantau prb tidak mungkin dilakukan; yg ~

penghuni rumah = yg ~ pengejut ayam prb setiap orang itu ada

gunanya;

melumpuhkan menjadikan lumpuh, melemahkan: tujuan mereka

hendak ~ gerakan gerila di hutan;

kelumpuhan perihal lumpuh: setelah mengalami ~ selama

beberapa tahun, kesatuan itu mulai bergerak.

lumpuk I ark lumpuh.

lumpuk II ark; melumpukkan menghimpunkan, mengumpulkan.

lumpur tanah berair yg lembut, selut; ~ katam lumpur yg terdapat di

pantai;

beroleh ~ di tempat yg kering prb beroleh kesusahan dgn tidak

disangka-sangka; takut akan ~, lari ke duri prb mengelakkan

kesusahan yg kecil dapat kesusahan yg besar;

berlumpur 1. mempunyai lumpur, penuh dgn lumpur: di tebing yg

~ ini, tumbuh hutan bakau; 2. berlumur lumpur, kena lumpur:

kasutnya ~;

melumpuri menyebabkan berlumpur pd: kanak-kanak itu bermain

sambil ~ dinding rumah itu;

Page 278: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

perlumpuran tempat yg penuh dgn lumpur.

lumrah biasa, lazim: soal merantau ke luar negeri ialah sesuatu yg

wajar dan ~ bagi mereka;

kelumrahan kebiasaan, kelaziman: adalah menjadi ~ utk negara

dr dunia kini mempunyai rancangan pembangunan masing-

masing.

lumu lumut.

lumur; berlumur, berlumuran berlumang (bergelumang) dgn lumpur

(minyak, debu, dll), terpalit-palit dgn kotoran (lumpur dll): ia

membuka kasut yg sudah ~ lumpur;

melumuri menyapu badan dll dgn (minyak dll): ~ mukanya dgn

bedak;

melumurkan, melumur menyapukan (minyak, lumpur, dll),

melumangkan, memalit-malitkan: ~ arang ke mukanya;

dilumurkannya minyak ke kepala budak itu;

lumuran sesuatu yg dilumurkan (spt minyak, lumpur, dll);

pelumuran perbuatan melumurkan atau melumuri sesuatu.

lumus kotor atau terpalit-palit oleh lumpur (darah dll), berlumur;

tungkus-~ terlibat (termasuk) dlm sesuatu pekerjaan (penderitaan

dll); bertungkus-~ membanting tulang.

lumut sj tumbuhan kecil yg tumbuh di tempat yg lembap (di batu, batang

kayu basah, dll);

~ ekor kuning (kucing) sj tumbuhan (herba), Utricularia flexuosa;

~ hati lumut drpd kelas Hepaticae yg tumbuh di kawasan lembap;

~ karang bunga karang, sepan; akar ~, a) sj tumbuhan (pokok),

pulai, Alstonia angustifolia; b) sj tumbuhan (pokok renek), akar

cabang lima, akar meruan, lilimbo, Sphenodesma barbata; rumput

~ sj tumbuhan (rumpair), Blyxa malayana;

berlumut, berlumutan ditumbuhi lumut.

Page 279: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lunak 1. lwn keras, empuk, lembut: buah ini isinya manis ~; binatang ~

binatang tidak bertulang belakang yg lembik badannya dan

biasanya berkulit keras (spt siput, tiram, sotong, dll); 2. ki tidak

keras (suara, bunyi, dll), lembut: ia menjawab dgn suara ~

memujuk; 3. tidak cepat marah, sabar, tenang: wanita itu sifatnya

~; 4. tidak keras (mempertahankan pendiriannya dll), tidak degil; ~

hati mahu menurut kata orang, tidak degil;

~ disudu, keras ditakik prb yg mahu menurut kata diperlakukan

dgn lemah lembut, yg menentang digagahi; ~ gigi drpd lidah prb

bersikap lemah lembut atau merendahkan diri;

melunak menjadi lembut, (hati, sikap, dll): matanya yg garang

menyala itu lambat-laun ~ kembali;

melunaki bersikap lembut (sabar dsb) kpd seseorang, mengenakan

kata-kata yg halus kpd seseorang, membujuki;

melunakkan mengempukkan (makanan dll), melembutkan (hati,

suara, dll): Sidik dgn sengaja ~ suaranya;

memperlunak menjadikan lebih lunak: pemerintah Peranchis

masih saja tidak ~ sikapnya terhadap bangsa Arab; ~ hati ki

melembutkan hati, meredakan (menenangkan) hati;

kelunakan perihal lunak, kelembutan: ~ pendirian.

lunas I 1. kayu panjang pd dasar perahu, dasar perahu; 2. pokok (sesuatu

pendapat, faham, dll), asas, dasar, pangkal: ~ pendidikan;

perjumpaan tersebut merupakan satu ~ bagi persidangan besar; 3.

Mn bahagian bawah (kuali, periuk, dll), dasar;

berlunaskan berasaskan, berdasarkan: tiap-tiap satu dasar bahasa

bagi pelaksanaan di bilik darjah haruslah berasaskan kajian yg

rapi dan ~ teori atau pendekatan yg sudah terbukti kejayaannya.

lunas II beres, jelas, selesai (hutang dll);

Page 280: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melunasi, melunaskan 1. membayar (hutang dll) hingga selesai,

menjelaskan (hutang): hingga saat itu kami belum dapat ~ yuran;

orang tuanya banyak menolong melunaskan hutangnya; 2.

memenuhi (menunaikan) kewajiban (janji dll): ~ kewajiban; 3.

memperbaiki kesalahan (dgn membuat jasa dll), menebus

kesalahan dll: ~ dosa;

terlunas telah dilunaskan: pinjaman ~;

pelunasan perihal melunaskan sesuatu (hutang), penjelasan,

penyelesaian: ~ segala hutang piutangnya;

pelunas (orang) yg melunaskan, penyelesai: ~ hutang.

lunau Mn lumpur, selut; lanau.

luncai ark buncit, gendut (perut): si ~.

luncas tidak kena pd sasaran, tidak tepat, luput.

luncip lancip.

luncung I muncung (babi dll).

luncung II berbentuk tirus tetapi pepat pd hujungnya; dihentak alu ~ prb

dikalahkan oleh orang bodoh;

meluncungkan melancipkan, meruncingkan: bila ditanya ibunya di

mana, ia ~ mulutnya ke arah dapur.

luncur 1. = meluncur melungsur, menggelongsor: anak itu ~ drpd

pangkuan ibunya; 2. lucut (drpd pegangan dll), lelap (barang

gadaian): barang yg digadaikan itu telah ~; 3. bergerak dgn

cepat (kereta dll): sebuah kereta besar meluncur masuk dan

berhenti di sisinya; 4. keluar dgn lancarnya (kata, percakapan, dll):

suatu teguran sedia meluncur drpd mulut ayahnya;

~ air sukan yg menggunakan papan luncur utk meluncur di atas

permukaan laut yg berombak tinggi; ~ ais sukan yg menggunakan

sepatu luncur yg berbilah besi di bahagian tapak utk meluncur di

permukaan gelanggang ais yg rata dan licin; ~ angin sukan air yg

Page 281: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

menggunakan papan luncur yg dilengkapi dgn layar, palang dll, yg

peluncurnya berdiri di atas papan luncur tersebut; ~ salji sukan yg

menggunakan papan luncur yg dipasangkan pd kasut, dan dua

batang tongkat utk membantu pergerakan di kawasan bukit yg

bersalji;

berseluncur meluncur-luncur di tempat yg licin (di atas lumpur

dll);

meluncuri bergerak dgn cepat di, meluncur di: sebuah kereta ~

jalan yg sepi itu;

meluncurkan 1. melancarkan, melongsorkan: ~ kapal; 2.

mengeluarkan (kata-kata dll) dgn lancar: ia pun ~ kata-kata ini;

terluncur terlepas ke bawah, tergelincir;

luncuran gerakan meluncur: dr segi teori utk menghasilkan ~ yg

maksimum, sudut balingan mestilah 45º;

peluncuran 1. tempat utk meluncur; 2. perihal (perbuatan atau

proses) meluncur, meluncuri atau meluncurkan;

peluncur 1. orang yg meluncur (dlm luncur air, luncur ais dsb); 2.

alat yg digunakan utk meluncur atau meluncurkan; pesawat ~ Id sj

pesawat (kapal) terbang yg tidak memakai enjin.

lundang I Mn londang.

lundang II sj akar (airnya dibuat ubat).

lundang III Mn ruang (petak-petak dlm buah-buahan spt durian),

pangsa.

lundi ulat putih di dlm tanah yg kemudian menjadi kumbang.

lundu I; ikan ~ sj ikan sungai, Macrones guilo.

lundu II, lunduh; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), beras-beras hitam, kayu

mata punai, medang paya, Antidesma coriaceum.

lundung Br malas.

lungguh I; melungguh sl duduk.

Page 282: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lungguh II; lungguhan ark tanah yg diberikan kpd seseorang pegawai

kerajaan sbg gaji.

lungkah ark lukah I.

lungkum lengkung; mungkum.

lungkup; terlungkup yg di bawah menjadi di atas, terbalik, tertiarap,

lwn telentang.

lunglung sj tumbuhan (pokok), cempaka hutan, nona luwung, ultup-

ultup, Aromadendron elegans.

lungse (lungsé) Jw terlambat.

lungsin benang yg memanjang pd tenunan.

lungsur I; melungsur meluncur turun, menggelongsor.

lungsur II; lungsuran Jw barang-barang lama atau yg telah dipakai

(pakaian dll).

lunjur = berlunjur menghulurkan kaki (sewaktu duduk dll),

mengunjurkan kaki: tempat duduk banyak yg kosong, jadi kami

pun tidur berlunjur; berapa panjang ~, begitulah selimut prb

membuat sesuatu biarlah menurut kesanggupan diri sendiri;

melunjurkan 1. menghulurkan, mengunjurkan (kaki): ia duduk di

beranda dgn ~ kaki bermalas-malas; 2. ki meluaskan: ia akan ~

makna dalamannya;

terlunjur terentang, terhulur (kaki), terbaring mengunjur: di atas

kaki yg ~ itu, anaknya meletakkan kepalanya; unjur.

luntang I = peluntang sepotong kayu ringan yg dibubuh kail utk

memancing, pelampung;

meluntang menangkap ikan dgn menggunakan luntang.

luntang II; ~-lanting a) terbuai-buai ke sana sini; b) = ~-lantung

merayau, berjalan ke merata tempat, menganggur (tidak bekerja);

orang ~-lantung orang yg menganggur dan berkeliaran.

Page 283: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

luntur I 1. turun atau berubah warnanya (kain cat, dll): kainnya teguh

dan tidak ~; tahan ~ tidak turun warna; 2. berubah, bertukar

(keyakinan, pendirian, keazaman, dsb): keazaman mereka utk

bersatu tenaga tidak ~ walaupun mereka terpaksa menghadapi

beberapa halangan; 3. hilang atau berkurang (kasih sayang dsb):

kasihnya sudah mulai ~; kejelitaannya mulai ~ apabila umurnya

meningkat tua; 4. turun atau menjadi rendah (pangkat, darjat, dsb);

5. tidak mujarab lagi (mantera, jampi, dll): jampi itu sudah ~;

meluntur menjadi atau mulai luntur;

melunturi luntur warnanya dan kena pd (kain, baju) yg lain: kain

ini dicuci terasing supaya tidak ~ yg lain;

melunturkan menyebabkan luntur (berubah atau hilang warna,

keyakinan, kasih sayang, dll): kain yg berwarna perang itu

dilunturkan utk mendapatkan kain putih;

kelunturan 1. perihal luntur: ia menampakkan ~ dan

kebelakangan pendapat yg progresif; 2. kena warna sesuatu yg

luntur;

pelunturan perihal melunturi atau melunturkan;

peluntur bahan utk melunturkan kain dll; serbuk ~ sj serbuk yg

digunakan utk melunturkan (memutihkan) kain dll.

luntur II senang keluar (kencing, haid);

meluntur meminum ubat utk mencuci perut atau utk

menyenangkan buang air;

peluntur = ubat ~ ubat pencuci perut (utk menyenangkan buang

air).

Lun Bawang suku kaum peribumi yg termasuk dlm kumpulan Orang

Ulu, tinggal di pedalaman, dan aktiviti utamanya ialah menanam

padi serta menternak.

Page 284: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lunyah; melunyah 1. memijak-mijak tanah supaya gembur; 2. Mn

menumbuk, meninju.

lunyai kumal (pakaian dll), lusuh.

lup I Pr nama timangan bagi anak sulung lelaki, kulup, yop.

lup II sj kaca (kanta) utk melihat sesuatu supaya nampak besar, kaca

pembesar.

lupa I 1. = ~ akan (kpd, pd) tidak timbul dlm fikiran, tidak ingat, tidak

sedar: dulu kau ~ kepadanya, sekarang kau baru ingat; ~ akan

dirinya tidak ingat akan dirinya (pengsan); 2. = ~ oleh tidak

teringat, tidak diingat; 3. kurang ingat (akan), lali (akan), lengah

(akan): jangan ~ akan pekerjaanmu;

~ daratan berbuat sesuatu yg melampaui batas (tidak berkira-kira);

~ diri tidak sedar, tidak insaf atau tidak ingat lagi akan keadaan

(nasib) dirinya yg sebelum itu lebih susah, menderita dsb drpd yg

dialami sekarang: paling mengecewakan ialah kemewahan yg telah

diusahakannya telah melahirkan sifat ~ diri dan dia menjadi

sombong; ingat-ingat ~ a) antara lupa dan ingat (tidak lupa tetapi

kurang ingat); b) kurang baik atau lemah ingatannya (orang tua);

~ ketinggalan, terlelap kemalingan prb Mn kalau kurang hati-hati

tentu mendapat kerugian; ~ mengingatkan, terlelap menjagakan

prb Mn sikap ingat-mengingatkan (tolong-menolong) antara

sahabat;

melupai, mengelupai ark lupa akan (sesuatu): satu ciuman yg

bersihir telah menyebabkan seorang putera raja ~ terus bakal

isterinya; inilah wasiatku kpd kamu semua, hendaklah jangan

kamu lupai;

melupakan 1. lupa akan, tidak ingat akan: budi baiknya tidak

dapat dilupakan; 2. menghilangkan drpd ingatan, menjadikan lupa:

Page 285: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

sukar hendak ~ peristiwa itu; 3. mengabaikan, melalaikan

(kewajiban dll);

terlupa lupa (dgn tiba-tiba), tidak teringat;

lupaan sesuatu yg dilupakan: ada dua unsur yg dikemukakan utk

menghuraikan bagaimana ~ berlaku;

lupa-lupaan 1. buat-buat (pura-pura) lupa; 2. selalu lupa;

kelupaan 1. perihal lupa: ia berasa malu kerana ~nya; 2. terlupa,

ada yg tidak diingat: digaru-garunya kepalanya spt sedang ~

sesuatu;

pelupa orang yg selalu atau mudah lupa.

lupa II; ~ dahan sj tumbuhan (pokok), cindangan hutan, malas berdahan,

mempenai bukit, segan berdahan, tumbuh nyiur, Arthrophyllum

ovalifolium.

lupa-lupa sj gelembung di dlm perut ikan.

lupang; akar ~ sj tumbuhan (herba), akar ulam tikus, ceroma, selepat

tungau, Mikania scandens.

lupat sj siput laut.

lupi; papan ~ sl papan yg tebal yg dipasang di pinggir perahu (di depan

dan belakang) sbg pelindung.

lupuh; melupuh 1. memukuli buluh sampai pipih (utk dibuat lantai,

dinding, dll); 2. memukul orang sehingga lemah;pelupuh.

lupuk; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar lempedu gajah, akar

timun dendang, derik-derik, mentimun paya, pedendang, Adenia

acuminata.

lupung; ~ jantan sj tumbuhan (pokok), jelutung bukit, mata keli, medang

kasap, mempunai bukit, meranti tekukur, Antidesma velutinosum.

lupus hapus, luput, hilang: senyumnya ~ sambil menahan kesakitan;

Page 286: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

melupuskan menghapuskan, meniadakan: dgn hormatnya

dimaklumkan bahawa alat perkakas, kerusi meja spt yg tersebut di

bawah telah dilupuskan atau dihapus kira;

pelupusan perihal (perbuatan dsb) melupuskan.

luput 1. hilang, lenyap: zaman dongeng-mendongeng sudah ~ sekarang;

~ drpd hati (di hati) hilang drpd hati (lenyap drpd ingatan); ~ drpd

mata (di mata) hilang drpd mata; ~ drpd ingatan; 2. terhindar

(drpd), terjauhkan (drpd), terlepas (drpd): ~ drpd bahaya; ~ drpd

dakwaan terlepas drpd dakwaan; 3. tidak mengena (pd sasaran),

menyimpang (drpd sasaran), salah: dilemparinya budak itu tapi ~;

meluputkan 1. menghilangkan, melenyapkan; ~ drpd ingatan

menghilangkan drpd ingatan; 2. melepaskan; ~ diri melepaskan

diri; 3. mengelakkan (pukulan, serangan, dll), menangkis:

ditikamnya dada Hang Jebat, serta diluputkan oleh Hang Jebat

tikaman Laksamana itu;

terluput terhindar drpd, terjauhkan drpd, terlepas drpd: sbg

manusia biasa, dia juga tidak ~ drpd salah dan silap; ~ drpd

bencana;

keluputan perihal luput, kelenyapan, kemusnahan;

peluputan perihal meluputkan sesuatu.

lurah I 1. tanah rendah antara gunung-gunung, jurang, lembah; 2. lekuk

memanjang (pd papan dll), alur; ~ hidung alur bibir;

~ tidak terturuni, bukit tidak terdaki prb Mn perihal orang yg

sangat tua dan lemah; adat ~ timbunan sarap prb orang yg

berpangkat dan berpengaruh selalu menjadi tempat tumpuan orang

mengadu hal; bukit sama didaki, ~ sama dituruni = ke bukit sama

mendaki, ke ~ sama menurun prb sepakat (seia sekata); di ~ air yg

besar, di bukit orang yg hanyut prb orang yg tidak bersalah

menerima hukuman; di ~ maka hendak angin, di bukit maka

Page 287: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

hendak air prb berkehendakkan sesuatu tidak pd tempatnya;

berlurah di balik pendakian prb ada kehendak (maksud) yg

tersembunyi;

berlurah ada lurah, berlembah;

berlurah-lurah mempunyai banyak lurah atau alur: dahi Mak Su

berkerut-kerut kecil dan atas bulu keningnya pula ~.

lurah II Id 1. ketua kampung: hatta berapa lamanya negeri Majapahit

pun besarlah, segala ~ Jawa semuanya takluk ke Majapahit; 2.

ketua atau pemimpin (sesuatu bahagian pekerjaan);

kelurahan daerah di bawah jagaan lurah, rumah atau pejabat lurah.

lurang lubang konkrit bertutup di jalan utk membolehkan pekerja

memeriksa, membaiki atau menyelenggarakan pembetung dan

saliran.

lurik sj kain tenunan yg coraknya berjalur-jalur.

luru I; meluru datang dgn cepat (kerana hendak mendapatkan sesuatu),

mengejar dgn cepat: ia ~ ke pintu mendapatkan anak itu.

luru II Pr; meluru menggosok supaya bercahaya (labu dll), menggilap.

lurub = luruban Jk kain penutup usungan mayat.

luruh I gugur kerana sudah masak (buah-buahan), gugur kerana sampai

masanya (daun, bulu, dll); musim ~ musim daun gugur; ~ upih

pergam datang, suruh putih hitam datang prb lain yg dihajati, lain

yg didapat;

berluruhan luruh banyak-banyak, luruh di sana sini, berguguran:

daun-daun ~ pd musim gugur;

meluruh 1. bertukar bulu (ayam dll), meranggas; 2. gugur pd

musim luruh (daun), meranggas;

meluruhkan menyebabkan luruh, menggugurkan, meranggaskan:

tiupan angin yg kencang ~ daun-daun pokok di kawasan itu;

Page 288: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

luruhan sesuatu yg luruh, guguran: “Nenek, kita ke rumah sakit

ya,” ucap Nadira dlm ~ air mata;

keluruhan kejadian luruh: ramai orang percaya bahawa bahan itu

boleh menyebabkan ~ rambut.

luruh II sl daerah, jajahan.

lurus 1. tidak bengkok, lempang: garis yg ~; keris bermata ~; 2. tegak

betul: berdiri ~; garis yg tegak ~; 3. benar, jujur: ia menjawab dgn

~; ia seorang hulubalang yg gagah berani serta ~ dan setia kpd

tuannya; 4. tidak bersalahan, tepat benar, betul: terjemahan ~;

~ hati = ~ akal tulus hati; ~ tabung terlalu jujur;

terlampau ~, kurus, terlampau cerdik, terkedek prb hendaklah

pandai-pandai berlaku atau membawa diri dlm pergaulan (jangan

terlalu jujur dan jangan terlalu cerdik);

selurusnya sebenarnya, sebetulnya;

berselurus membuat sesuatu dgn jujur, berlaku lurus;

selurusan berhadapan betul, setentang;

melurus menjadi lurus: apabila kapal itu menjunam ke hadapan

atau ke belakang, jarum kompas akan ~ balik;

meluruskan menjadikan lurus (lempang, tegak, dll): ia ~ kakinya;

ia pun membongkok akan membaiki dan ~ tegak rumpun padi;

kelurusan 1. perihal lurus (lempang, tegak, dll); 2. perihal lurus

(benar, jujur), kejujuran: ia dapat menunjukkan kecekapannya dan

~ hatinya;

pelurusan perihal (proses) meluruskan sesuatu: projek ~ jalan itu;

pelurus alat utk meluruskan sesuatu.

lurut I; melurut 1. memegang dgn jari dan mengurut: ~ rambut yg

basah; ~ daun nipah; 2. melucutkan dgn jari (cincin dll); 3.

memicit dgn jari utk melicinkan (kertas dll); 4. menceraikan biji-

bijian drpd tangkainya: ~ padi utk makanan burung; 5. ki memetik

Page 289: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

hingga habis (buah-buahan); 6. ark mengopek (mengelupaskan)

daging drpd tulang: sungguhpun tiada bergigi, dilurutnya daging

ayam rebusan itu, dikunyah-kunyah ditelan, tinggal tulang juga; 7.

mengalir (air sungai dll): spt air ~ atau mengalir ke laut; 8.

berguling (pd bidang yg landai dll): sebiji guli ~ ke bawah tempat

yg curam;

lurutan perihal melurut; ~ bukan jepitan diambil banyak sekali

(tidak diambil satu per satu tetapi dilurut);

pelurut alat utk melurut: ~ daun pandan atau mengkuang yg telah

dijemur kering; ~ dawai (Kej) alat utk menanggalkan penebat drpd

dawai supaya penyambungan dapat dibuat.

lurut II luruh, gugur; rurut I.

lusa hari sesudah esok; besok ~ a) besok ataupun lusa (dlm sehari dua

ini); b) pd sesuatu masa kelak, lama-kelamaan, lambat-laun.

lustrum IB perayaan peringatan lima tahun, pancawarsa.

lusuh 1. renyuk, kumal (pakaian dll): baju itu sudah ~ di tangannya; 2.

sudah rosak atau luntur kerana lama terpakai dll (bkn kain baju

dll), sudah tidak segar lagi (kerana mengalami kesusahan,

menderita, dsb): mereka memakai pakaian seragam berwarna

kuning yg sudah~;

melusuhkan menjadikan lusuh, memakai selalu (baju dll) hingga

menjadi lusuh;

kelusuhan perihal (keadaan) lusuh: pd hakikatnya ~ dirinya itu

adalah akibat beberapa banyak penyakit yg menghinggapnya.

lut I dimakan senjata, telap (oleh senjata), mempan; telut II.

lut II bp batu duga, batu ladung.

lut III (Muz) sj alat bunyi-bunyian bertali kembar yg dipetik spt gitar.

lutar arklontar I.

Page 290: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

lut cahaya meluluskan cahaya tetapi benda yg di sebaliknya tidak jelas

tampak.

lutetium (lutétium) (Kim) sj unsur logam.

LUTH kep Lembaga Urusan dan Tabung Haji.

luti renyuk, kumal, lusuh (pakaian dll).

lutong (Muz) sj kecapi buluh enam tali dr Sarawak.

lut sinar dapat melihat melaluinya (kaca dll), hening;

kelutsinaran perihal atau keadaan lut sinar.

lutu; melutu 1. sl menyerang dgn hebatnya, menerkam, memukul

bertalu-talu: lalu ia ~ datang; nanti dilutunya kita dgn kasut; 2. ki

menimpa: malang dan bencana datang ~ .

lutut I sendi di antara paha dan betis; pelipatan ~ lekuk di belakang lutut;

tempurung ~ tulang bulat di lutut sebelah hadapan;

berkata-kata dgn ~ prb berkata-kata dgn orang yg bodoh; bersaksi

ke ~ prb a) menjadikan sahabat atau sanak-saudara sbg saksi; b)

minta petunjuk kpd orang yg bodoh;

berlutut, melutut ark 1. berdiri di atas lutut, bertelut; 2. ki

menyerah, tunduk.

lutut II; ~ ayam sj tumbuhan (herba), keremak batu, keremak rusa,

maman babi, Hygrophila quadrivalois.

luwes tidak terlalu ketat, mudah disesuaikan (dgn keadaan dll), dapat

diubahsuai;

keluwesan perihal (sifat dsb) luwes.

luyak Mn lembik, benyai (nasi dll).

luyu nampak spt mengantuk (mata), kuyu, ruyup: matanya ~ memandang

orang yg menegurnya.

luyut; meluyut 1. = berluyutan melentur ke bawah sebab terlampau

berat (dahan yg terlalu lebat buahnya): dahan pokok itu ~ kerana

Page 291: l I huruf ke-12 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | … · Web viewlailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang

buahnya yg sangat lebat tahun ini; 2. luyu, ruyup, kuyu (bkn mata

orang yg mengantuk).

lwn kep lawan.