jenis-jenis tanggam
TRANSCRIPT
ASAS TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN (RBT 1044)
NAMA : MOHD. AMIRUL HAFIZ BIN JIPRI MOHD FAIZ BIN MD YASSIN
KUMPULAN : 7NAMA PENSYARAH : PN. ASMA BINTI MUDA
Tajuk
TANGGAM KAYU
Tanggam Kayu• Tanggam kayu adalah bahagian
yang digunakan untuk mencantumkan atau menyambungkan struktur kayu atau papan. Cara penyambungan yang cekap harus dititikberatkan supaya mempunyai nilai kekuatan yang sama dengan kekuatan kayu yang padu
Tujuan Pengguna
an Tanggam
Dapat menghasilkan struktur binaan
yang ringan
Dapat menjimatkan kos
dan bahan
Dapat mengekalkan
sifat-sifat kecantikan
Menambah kekukuhan
binaan
Dapat menyambung
struktur kayu
Jenis-Jenis
Tanggam
Tanggam Melebar
Tanggam Siku
tanggam Pemidang
Tanggam Memanjang
Tanggam ini ialah untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk menjadikan kepada kepingan papan yang lebar bagi kegunaan permukaan perabot,dinding dan sebagainya.
Tanggam Melebar
Tanggam
Melebar
Tanggam Glu Gesel
Tanggam Lidah
Dan Lurah
Tanggam
Tetingkat
Tanggam
Penetap
Tanggam Glu Gesel• Dibuat dengan menyediakan tepi kedua keping
papan secara lurus dan bersegi tepat dan diglukan.
• Proses dilakukan dengan bantuan apit bagi memastikan lekatan sempurna.
• Juga dibuat dengan menyambung beberapa papan jalur supaya menjadi sekeping papan yang lebar digunakan untuk membuat permukaan meja, tempat duduk, pintu dan lain-lain.
Tanggam Lidah Dan Lurah• Digunakan dalam pembinaan lantai
papan, pelapisan dinding kayu dan panelan.
• Boleh dibuat sama ada dengan alat-alat tangan atau mesin.
• Tiap keping papan dibuatkan lidah di satu tepi dan lurah di tepi yang lain.
• Dipasang dengan diapit dan dipaku serong bagi papan lantai dan pelapisan dinding.
Tanggam Tetinggkat• Tepi kedua-dua papan dibuatkan tingkat dan
dipasang dengan glu dan mengapit.
• Fungsi tingkat ini ialah menambahkan luas permukaan yang diglukan
Tanggam Penetap• Untuk menambah kekuatan
pegangannya
• Banyak digunakan pada perabot yang dihasilkan secara pasangan sendiri (knock down furniture)
• Terdapat pada pemidang lintang dan pemidang tegak kerusi dan meja
Tanggam Siku
Tanggam ini dibuat pada dua permukaan kayu yang bertemu secara bersudut tepat sama ada penjuru ataupun pertengahannya, contohnya dalam pembinaan kotak dan sebagainya.
Tanggam Siku
Tanggam Temu
Tetingkat
Tanggam Tentingkat Lidah Berparit
Tanggam Rencong
Biasa
Tanggam Bajang Tunggal
Tanggam Bajang Hujung Litup
Tanggam Temu
Tanggam temu tetingkat• Ia dikenali sebagai tanggam penjuru hujung
litup.• Hujung salah satu keping kayu dikerat lurus
dan dimasukkan ke dalam tingkat melintang di keping kayu yang kedua.
• Seperti tanggam temu, tanggam ini juga digunakan dalam pembuatan kotak, penjuru perabot dan laci yang murah buatannya.
Tanggam tetingkat Lidah Berparit• Satu daripada hujung keping kayu dibuatkan
lidah berbahu sebelah dan pada hujung kayu yang kedua pula dibuatkan parit untuk menerima lidah tersebut.
• Dibandingkan dengan tanggam temu tetingkat, tanggam ini adalah lebih kuat.
• Digunakan untuk membuat kotak, perabot dan laci.
Tanggam Bajang Hujung Litup• Sabungan antara papan tepi• Sambungan hadapan laci
Tanggam temu• Pembinaan kotak• Pembinaan peti biasa
Tanggam Rencong Biasa• Penyambungan antara sudut kotak• Penyambungan antara sudut laci
Tanggam bajang Tunggal• Pembinaan rangka kayu• Pembinaan tanggam pemidang
Tanggam Pemidang
Tanggam ini digunakan dalam pembinaan rangka kayu yang berbentuk pemidang. Bahagian kayu disambungkan pada hujungnya dari tepi ke tepi,contohnya ialah pada pintu berpanel, pemidang gambar dan lain-lain
Tanggam
Pemidang
Tanggam Lekap
Tanggam
Penetap
Tanggam
Lubang dan
Puting
Tanggam
Kekang
Tanggam Lekap• Tanggam ini dibuat dengan menarah kedua-dua
hujung bahagian keping kayu yang akan dilekapkan.
• Tarahan ini hendaklah setengah tebal papan supaya apabila dilekapkan permukaannya berkeadaan rata.
Tanggam Penetap• Ia adalah sejenis tanggam temu yang
dikukuhkan dengan penetap.• Penetap sebesar 1/3 tebal kayu dimasukkan
kedalam tepi kayu sedalam 3 kali diameternya.
• Tanggam ini terdapat pada kerusi dan meja.• Tanggam ini juga banyak digunakan pada
perabut.
penetap
Tanggam Lubang dan Puting• Tanggam ini adalah tanggam yang paling kuat
dalam kategori tanggam pemidang.
Tanggam Kekang• Tanggam ini kadangkala digunakan
sebagai ganti bagi tanggam lubang dan puting.
• Tanggam ini terdiri daripada dua bahagian,pin dan soket (cabang)
• Pin dan soket ini dibuat 1/3 daripada tebal kayu.
Tanggam Memanjang
Tanggam ini digunakan apabila menyambungkan dua keping kayu untuk menjadikannya lebih panjang. Kerja seperti ini biasanya dilakukan dalam pembinaan bangunan. Ada tiga jenis tanggam memanjang yang sering digunakan iaitu tanggam skaf, sambung jari, tanggam sambut lekap dan tanggam plat sambut.Dalam projek ramalan ini, struktur kayu bersambungan jejari diberi penekanan.
Tanggam Memanjan
g
Tanggam Skaf
Tanggam Plat
Sambung
Tanggam Sambung
Jari
Tanggam sambung
Lekap
Tanggam Skaf• Banyak diguna untuk memanjangkan
kayu tutup tiang,gulung –gulung dan gelega
• Panjang tanggam skaf biasanya ditebuk 2 hingga 2/1/2 kali ukuran lebarnya.
• Ditengah-tengah tanggam ditebuk lubang – menerima baji lipat dan diperkukuhkan dengan memasang 3 @ 4 bolt bersama nat
Tanggam Plat Sambung• Sebagai ganti kepada tanggam skaf, kedua-
dua keping kayu dikerat lurus pada hujungnya
• Disambung bersama 2 keping logam @ plat kayu di kedua – dua belahnya dengan bolt dan nat
• Panjang plat biasanya ialah 4 kali lebar kayu yang berkenaan
Tanggam Sambung Jari• Biasanya diguna pada kayu bersaiz kecil – kayu
yang diproses dengan mesin
• Panjang sambungan ini ialah 2 kali lebar kayu.
• Sambungan jari biasanya dilekatkan dengan glu.
• Contoh tanggam ini boleh didapati pada kayu susur tangan bagi sesebuah tangga.
Tanggam Sambung Lekap• Pada hujung kedua-dua keping kayu
dibuang separuh tebalnya dan di lekapkan sepanjang 2 kali lebar kayu.
• Tanggam ini diguna dalam pembinaan perabot – tidak boleh menerima tegangan yang berlebihan
• Tanggam ini boleh diperkukuhkan dengan
bolt dan nat
SEKIAN TERIMA KASIH