ict

16
PENGENALAN Pada era globalisasi ini dengan kecanggihan teknologi yang semakin pesat dapat memberi tempia dan kesan yang sangat mendalam di dalam bidang pendidikan di negara kita. Khususnya dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang telah mengalami banyak perubahan seiring dengan perkembangan teknologi selaras dengan kewujudan Multimedia Super Coridor (MSC) yang menjadi aspirasi Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad. Aspirasi beliau ini yang dicetuskan semasa ucapan sempena Pelancaran Putrajaya pada 29 Ogos 1995 (Hizamnuddin Awang, 1996) bukan saja menjadi aspirasi peribadi beliau malah telah mula berkembang dan dikongsi oleh seluruh rakyat. Dengan kecanggihan ICT dan aspirasi yang telah dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri kita Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut menyebabkan semakin bertambah banyak jumlah pengajian tinggi di berbagai negara yang meggunakan pembelajaran secara elektronik, baik sebagai pelengkap maupun pengganti pembelajaran bersemuka (face- to-face). Namun, beberapa pengajian tinggi lainnya menyelenggarakan e-learning sebagai alternatif bagi mahasiswa yang menghadapi masalah mengikuti perkuliahan secara bersemuka. Dalam kaitan ini, e-learning berfungsi sebagai option (pilihan) bagi mahasiswa. Teknologi maklumat pada masa kini dilihat berpotensi baik sebagai penguat dan pemangkin dalam mencapai proses 1

Upload: cik-baco

Post on 20-Jun-2015

70 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

GOOD

TRANSCRIPT

Page 1: ICT

PENGENALAN

Pada era globalisasi ini dengan kecanggihan teknologi yang semakin pesat dapat

memberi tempia dan kesan yang sangat mendalam di dalam bidang pendidikan di

negara kita. Khususnya dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang telah

mengalami banyak perubahan seiring dengan perkembangan teknologi selaras dengan

kewujudan Multimedia Super Coridor (MSC) yang menjadi aspirasi Perdana Menteri

Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad. Aspirasi beliau ini yang dicetuskan

semasa ucapan sempena Pelancaran Putrajaya pada 29 Ogos 1995 (Hizamnuddin

Awang, 1996) bukan saja menjadi aspirasi peribadi beliau malah telah mula

berkembang dan dikongsi oleh seluruh rakyat.

Dengan kecanggihan ICT dan aspirasi yang telah dicetuskan oleh mantan

Perdana Menteri kita Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut menyebabkan semakin

bertambah banyak jumlah pengajian tinggi di berbagai negara yang meggunakan

pembelajaran secara elektronik, baik sebagai pelengkap maupun pengganti

pembelajaran bersemuka (face-to-face). Namun, beberapa pengajian tinggi lainnya

menyelenggarakan e-learning sebagai alternatif bagi mahasiswa yang menghadapi

masalah mengikuti perkuliahan secara bersemuka. Dalam kaitan ini, e-learning

berfungsi sebagai option (pilihan) bagi mahasiswa.

Teknologi maklumat pada masa kini dilihat berpotensi baik sebagai penguat

dan pemangkin dalam mencapai proses pengajaran dan pembelajaran yang unggul

(Davitt, 2005). ICT dianggap berperanan sebagai alat untuk mengajar dan belajar,

sambungan serta media pertukaran. Justeru itu, peluang yang ada perlu diraih melalui

penggabungan pengetahuan dan pembelajaran dengan kekuatan alat teknologi

pendidikan, dan menggunakan kemudahan ini bagi menyediakan suasana pengajaran

dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Jika kita lihat di dalam Sistem pendidikan Malaysia yang sedia ada sekarang

telah mula mengetengahkan peranan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran,

kerajaan juga telah merancang lagi perubahan bagi memantapkan ICT dalam pelan

pendidikan di Malaysia yang telah dibentangkan pada tahun lalu. Antara Sebelas

anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) ialah, Memanfaatkan ICT bagi

meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

1

Page 2: ICT

Di samping itu, dengan penggunaan sistem e-pembelajaran (e-learning) ini

juga telah menjadi satu sistem pembelajaran terkini yang dikatakan mampu mengatasi

masalah-masalah yang dihadapi dalam sistem pembelajaran tradisional. Pendedahan

dan aplikasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) menjadikan pelajar

lebih bersedia dan berminat untuk menerima pelajaran yang diajarkan. Kenyataan ini

jelas kerana komputer dalam pendidikan boleh berperanan sebagai tutor, tool, tutee

sebagaimana yang dijelaskan oleh Robert Taylor pada tahun 1980 (Baharuddin Aris,

et.al 2001). Oleh itu di dalam tugasan ini saya akan bincangkan tentang pembelajaran

atas talian atau e-pembelajaran (e-lerning) dan ciri-ciri yang dapat membantu

mahasiswa berjaya dalam pembelajaeran online tersebut.

1.0 Perkembangan e-Pembelajaran (e-learning) di Malaysia

Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa perkembangan e-learning di negara kita

masih lagi baru selaras dengan kewujudan Multimedia Super Coridor (MSC)

berbanding dengan negara-negara barat dan Singapura. Di Malaysia ianya terarah

kepada pembelajaran jarak jauh dan ‘on-line’ yang kebanyakannya ditawarkan di

peringkat universiti serta kolej swasta yang mempunyai usahasama dengan universiti

luar negara dimana yuran yang dikenakan agak mahal dan tinggi.

Jika kita bandingkan dengan kemajuan e-learning di Singapura, ‘e-learning’

sudah berkembang dalam bentuk idea membangun ‘on line repository’ yang

membantu industri pendidikan di negara tersebut untuk membentuk kursus-kursus ‘e-

learning’ yang baru atau ‘new learning parts’ yang memungkinkan kerja-kerja

pengeditan secara segera dan on-line.

Menurt pada pedapat Prof Denial Tan dari NTU Singapura, 2003. Beliau

menyatakan bahawa: ‘There’s a lot in common among the tertiary instituions as far as

education content is concerned. The content can be broken down into common

learning objects which may be an equation, an image, a diagram or full lesson and

then recompiled into newlesson or course. This possible only if the educational

material has been digitised and made available in digital libraries. This way,

educational bodies will be able t access them to create new learning parts which can

be edited on the fly to keep them updated’.

2

Page 3: ICT

Sepertimana yang terkandung dalam agenda IT Kebangsaan (NITA) yang

telah dilancarkan pada Disember 1996 oleh ‘National IT Council (NITC) yang

dipengerusikan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri

Malaysia. NITA memberikan garis panduan bagaimana teknologi maklumat dan

komunikasi, ICT dapat digunakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju

selaraskan dengan Wawasan 2020 (NITC, 2001). Ianya merupakan salah satu inisiatif

awal NITC adalah untuk wujudkan Koridor Raya Mltimedia, MSC bagi mencapai

NITA. Strategi yang telah dirancangkan oleh NITC ialah ‘e-community, ‘e-public

services’, ‘e-learning’, ‘e-economy’, dan ‘e-sovereignty’.

Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor swasta seperti

MIMOS dan Kumpulan Utusan telah dipertanggungjawapkan untuk menjayakan

agenda ‘e-learning’ kebangsaan. Memetik ucapan YB Tan Sri Musa bin Mohamad,

Menteri Pendidikan Malaysia semasa perasmian Seminar Pembangunan Pendidikan

2001-2010 iaitu:

‘….kepesatan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, pembangunan

pendidikan yang dirancangkan ini turut mengambilkira pembudayaan dan

penguasaan ICT di kalangan pelajar di negara ini…usaha ini juga untuk merapatkan

jurang digital terutamanya menyediakan kemudahan komunikasi melalui internet ke

sekolah-sekolah di kawasan luar bandar.. Ia melibatkan perubahan dasar utama

pendidikan negara bagi menjana pengeluaran sumber tenaga manusia menjadi

negara maju berasaskan sains dan teknologi tanpa mengabaikan kepentingan

pembangunan aspek rohani, jasmani damn emosi selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan warganegara yang progresif,

dinamik, patriotik dan bersatu padu.….’

Perkembangan di Malaysia seiring dengan kehendak kerajaan, pada masa ini

terdapat 20 buah universiti awam dan 45 buah universiti dan universiti kolej swasta

(20 universiti, 5 universiti antarabangsa dan 20 universiti-kolej) (Ministry of Higher

Education, 2009) dan 24 Politeknik dan 37 Kolej Komuniti pada tahun 2007 (Ministry

of Higher Education, 2007). Pertambahan bilangan IPT menunjukkan terdapat

permintaan terhadap pendidikan tinggi. Justeru, banyak universiti di Malaysia telah

dirancang untuk menggunakan e-pembelajaran (Raja Hussain, 2004). Kementerian.

Pendidikan mempunyai perancangan strategik untuk meningkatkan penggunaan ICT

3

Page 4: ICT

dalam e-pembelajaran (Hassan, 2002; Raja Hussain, 2004, Goi & Ng, 2009). IPT

menggunakan pendekatan e-pembelajaran dalam dua cara umum: secara total atau

secara blended learning iaitu gabungan antara pembelajaran konvensional dan

pembelajaran dalam talian (PDT).

Di Malaysia Universiti Terbuka Malaysia (OUM) adalah antara salah satu

universiti yang telah lama memanfaatkan penggunaan e-pembelajaran secara blended

learning sebagai mode pengajaran utama. OUM telah mula beroperasi pada tahun

2001 dengan 753 orang pelajar. Pada awal tahun 2009, jumlah pelajar OUM telah

meningkat kepada 78,000 pelajar (Abas, 2009). Jumlah kemasukan pelajar yang

begitu ramai di beberapa buah institusi pengajian tinggi ini menunjukkan e-

pembelajaran telah diterima.

2.0 Konsep e-Pembelajaran (e-Learning)

Menurut pada pendapat Dichantz (2001) beliau mendefinisikan e-pembelajaran

sebagai satu pembelajaran elektronik, dimana pada peringkat awal berfungsi sebagai

satu koleksi pakej pengajaran dan pembelajaran informasi dalam pendidikan lanjutan.

Ianya juga dicapai pada bila-bila masa dimana sahaja dan ianya juga disampaikan

secara elektronik. Pembelajaran berasaskan komputer boleh dijadikan proses

pendidikan satu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik perhatian disamping

membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah.

Pendapat Mishra, (2009) beliau mendefinisikan e-pembelajaran (e-learning)

masih merupakan satu kaedah yang agak baru. Pada ketika ini tidak ada satu definisi

yang boleh dikatakan diterima pakai secara menyeluruh. Bahkan definisi e-

pembelajaran kerap dikelirukan dengan definisi online learning. Kadangkala terdapat

pertindihan makna, misalnya, dengan pembelajaran online, pembelajaran berasaskan

Internet, pembelajaran berasaskan teknologi, pembelajaran berasaskan komputer,

pembelajaran berasaskan web dan pembelajaran maya atau disamakan dengan

Learning Management System (LMS) seperti Blackboard, WebCt dan Moodle

(Yusup, et al., 2008).

4

Page 5: ICT

Selain itu, penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran semakin

penting pada masa kini sebagaimana menurut Nor Hashim (1996), cara yang paling

berkesan untuk memanfaatkan keupayaan komputer adalah dengan menjadikan alat

untuk membantu kerja-kerja kita supaya menjadi lebih mudah dan berkesan

Selain itu, e-pembelajaran (e-learning) atau electonic learning ini seringkali

berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. Bahkan ianya juga

seringkali di salah tafsikan dalam iklan-iklan promosi pendidikan. Secara umumnya,

‘e-learning’ adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan

rangkaian elektronik (LAN,WAN atau internet) untuk menyampaian isi kandungan,

interaksi atau pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/ video, TV

interaktif dan CD ROM adalah sebahagian media elektronik yang dimaksudkan di

dalam kategori ini. Pengajaran boleh dijalankan secara ‘synchronously’ (pada waktu

yang sama) atau ‘asynchronously’ (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan

pembelajaran boleh disampaikan melalui media ini mempunyai ciri-ciri multimedia

seperti teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. Ia juga harus menyediakan

kemudahan untuk ‘discussion group’ serta membolehkan bimbingan dijalankan dalam

talian ‘on line’ (Learnframe, 2001).

Di dalam pembelajaran ‘e-learning’ fokus utamanya adalah pelajar. Suasana

pembelajaran ‘e-learning’ akan memaksa pelajar menjadi berdikari dan lebih aktif

dalam pembelajarannya kerana perancangan pelajaran dilakukan oleh pelajar itu

sendiri. Pelajar membuat perancangan dan mencari maklumat dengan daya usaha dan

inisiatif sendiri. Pencarian maklumat tidak terbatas dan terkini kerana bahan

pengajaran boleh dipilih sendiri oleh pelajar sama ada dirasakan sesuai atau tidak.

Pelajar tidak perlu rasa malu untuk mengulangi tajuk pembelajaran yang sama untuk

mencapai tahap kepuasan pemahaman mereka sebelum beralih ke tajuk pelajaran

yang lain. Selain itu, masa lebih fleksibel dan kurang tekanan kerana ianya boleh

dilakukan di mana sahaja asalkan ada kemudahan komputer dan internet.

3.0 Konsep Androgogi dan Ciri-ciri Pembelajaran Orang Dewasa

Di dalam pembelajaran e-learning pada masa kini seringkali dikaitkan dengan

pembelajaran orang dewasa, maka dengan pembelajaran orang dewasa ini kita akan

5

Page 6: ICT

lihat sejauhmana ciri-ciri belajar orang dewasa ini dapat membantu kejayaan mereka

di dalam pembelajaran atas talian (e-learning).

Berdasarkan pada pendapat Malcolm Knowles dalam bukunya yang bertauk

"The Adult Learner, A Neglected Species" menyatakan teori belajar yang tepat bagi

orang dewasa. Sejak saat itulah istilah "Andragogi" makin diperbincangkan oleh

berbagai kalangan khususnya para ahli pendidikan. Andragogi berasal dari bahasa

Yunani kuno "aner", dengan kata andr- yang bermaksud lelaki, bukan anak lelaki atau

orang dewasa, dan agogos yang berarti membimbing atau membina, maka andragogi

secara bahasa dapat didefinisikan sebagai ilmu dan seni mengajar orang dewasa.

Manakala dari segi istilah lain yang sering dibandingkan dengan "pedagogi", yang

ditarik dari kata "paid" bermaksud anak dan "agogos" bermaksud membimbing atau

memimpin. Maka dengan demikian secara harafiah "pedagogi" bermaksud seni atau

pengetahuan membimbing atau memimpin atau mengajar anak. Oleh sebab orang

dewasa itu sebagai seorang individu yang mampu hidup berdikari dan mampu

mengarahkan dirinya sendiri, maka dalam andragogi yang terpenting dalam proses

interaksi belajar adalah kegiatan belajar secara berdikari yang bertumpu kepada warga

belajar itu sendiri dan bukan merupakan kegiatan seorang guru mengajarkan sesuatu

(Learner Centered Training / Teaching).

Di dalam pembelajaran orang dewasa mempunyai ciri-ciri belajar yang

berbeza dengan pembelajaran kanak-kanak yang memerlukan pada bantuan guru

untuk membantunya memperolehi ilmu pengetahuan. Antara ciri-ciri belajar orang

dewasa iaitu:

Mempunyai konsep diri

Dengan konsep diri yang ada pada orang dewasa ini menunjukkan kesungguhan dan

kematangan diri seseorang dewasa itu, bergerak dari ketergantungan total (realita

pada bayi) menuju ke arah pengembangan diri sehingga mampu untuk mengarahkan

dirinya sendiri dan mandiri. Dengan kata lain dapat dikatakan bahwa secara umum

konsep diri anak-anak masih tergantung sedangkan pada orang dewasa konsep dirinya

sudah mampu untuk berdikari. Ini kerana dengan sifat berdikari orang dewasa

mengharapkan untuk mendapatkan penghargaan orang lain sebagai manusia yang

mampu menentukan dirinya sendiri (Self Determination) dan mampu mengarahkan

dirinya sendiri (Self Direction). Apabila orang dewasa tidak menemukan dan

menghadapi situasi dan keadaan yang memungkinkan timbulnya penentuan diri

6

Page 7: ICT

sendiri dalam suatu pelatihan, maka dengan itu akan menimbulkan penolakan atau

reaksi yang kurang menyenangkan. Orang dewasa juga mempunyai keperluan

psikologis agar secara umum menjadi berdikari, meskipun dalam situasi tertentu

boleh jadi ada ketergantungan yang sifatnya sementara. Hal ini menimbulkan

implikasi dalam pelaksanaan dalam bidang pendidikan, khususnya yang berkaitan

dengan iklim dan suasana pembelajaran dan keperluan serta proses pendidikan.

Peranan Pengalaman

Peranan tersebut amat sesuai dengan perjalanan waktu seorang individu membesar

dan berkembang menuju ke arah kematangan. Dalam perjalanannya, seorang individu

mengalami dan mengumpulkan berbagai pengalaman pahit-getirnya kehidupan,

dimana hal ini menjadikan seorang individu sebagai sumber belajar yang kaya, dan

pada saat yang bersamaan individu tersebut memberikan dasar yang luas untuk belajar

dan memperoleh pengalaman baru. Oleh sebab itu, dalam teknologi pembelajaran

orang dewasa, terjadi penurunan penggunaan teknik transmittal seperti yang

dipergunakan dalam pelatihan konvensional dan menjadi lebih mengembangkan

teknik yang bertumpu pada pengalaman. Dalam hal ini dikenal dengan "Experiential

Learning Cycle" (Proses Belajar Berdasarkan Pengalaman).

Persiapan belajar

Setiap individu semakin menjadi matang sesuai dengan perjalanan waktu, maka

kesiapan belajar bukan ditentukan oleh keperluan atau paksaan akademik ataupun

biologisnya, tetapi lebih banyak ditentukan oleh tuntutan perkembangan dan

perubahan tugas dan peranan sosialnya. Hal ini berbeza pada kanak-kanak, umumnya

seorang kanak-kanak belajar disebabkan adanya tuntutan akademik atau biologisnya.

Tetapi pada orang dewasa, kesiapan belajar ditentukan oleh tingkatan perkembangan

mereka yang harus dihadapi dalam peranannya sebagai pekerja, orang tua atau

pemimpin organisasi.

7

Page 8: ICT

Orientasi Belajar

Dalam ciri ini kanak-kanak (yang belajar) orientasi belajarnya ‘seolah-olah’ sudah

ditentukan dan dikondisikan untuk memiliki orientasi yang berpusat pada proses

pembelajaran (Subject Matter Centered Orientation). Sedangkan pada orang dewasa,

memiliki orientasi belajar cenderung berpusat pada penyelesaian permasalahan yang

dihadapi (Problem Centered Orientation). Hal ini disebabkan belajar bagi orang

dewasa merupakan keperluan untuk menghadapi permasalahan yang dihadapi dalam

kehidupan seharian, terutama dalam fungsi dan peranan sosial orang dewasa. Selain

itu, perbezaan ini disebabkan perbezaan dari perspektif waktu. Bagi orang dewasa,

belajar lebih bersifat untuk dapat dipergunakan atau dimanfaatkan dalam waktu yang

singkat atau cepat. Sedangkan bagi kanak-kanak, penerapan apa yang dipelajari masih

menunggu waktu hingga dia lulus dan sebagainya. Sehingga ada kecenderungan pada

anak, bahawa belajar hanya sekedar untuk dapat lulus ujian dan memperoleh sekolah

yang lebih tinggi.

Di dalam e-learning pertanyaan juga boleh dibuat dalam talian. Perbincangan

kumpulan yang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan

teknologi yang sedia ada. ‘ E-learning’ yang diuruskan dengan baik dapat menyimpan

rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar, guru, mentor

atau fasilitator. Segelintir pelajar-pelajar sekolah di Malaysia sudah mula

menggunakan internet sebagai sumber maklumat yang penting.Mereka juga sudah

didedahkan kepada bahan ‘e-learning’ yang ada di pasaran tempatan. Ada juga pelajar

yang sudah mula mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh mereka

melalui rakan sebaya di dalam ‘chat groups’ atau ‘buletin boards’. (Alam Pendidikan

Bulletin Board, 2001: Tan).

Penggunaaan sumber ICT yang terancang, menarik dan isi pelajaran yang

berkesan akan menghasilkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri yang berikut:

i. pelajar yang lebih bertanggungjawap terhadap pelajarannya

ii. pelajar yang boleh menentukan keperluan bahan untuk pembelajarannya

iii. pelajar yang bebas melakukan carian maklumat mengikut keperluan, tahap

pencapaian dan pengetahuan

iv. pelajar yang dapat membina pengetahuan baru berasaskan kepada carian

maklumat, komunikasi dua hala dan penemuan kendiri.

8

Page 9: ICT

Dengan ciri-ciri menarik yang ada pada ‘e-learning’ serta minat pelajar

terhadap fungsi- fungsi di dalam internet, maka sudah tiba masanya ianya digunakan

dengan meluas bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula kejayaan

agenda’e-learning’ kebangsaan (NITA) banyak bergantung kepada perlaksanaan ICT

di sekolah. Jika pelajar dapat dibimbing untuk menggunakan ‘e-learning’ dengan cara

berfaedah maka ianya akan dapat membantu mengurangkan penggunaan elemen

negatif yang lain.

KESIMPULAN

Jelas di sini bahawa pembelajaran orang dewasa sangat berkait dengan pembelajaran

e-learning, dengan ciri-ciri yang positif yang ada pada orang dewasa dapat membantu

mereka berjaya dalam bidang pendidikan berasaskan pembelajaran atas talian.

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berjaya merevolusikan pendidikan

khususnya pembelajaran e-learning yang biasanya digunakan oleh mahasiswa dan

mahasiswa di setiap pengajian tinggi mahupun sewasta. Institusi pendidikan boleh

membangunkan satu sistem pembelajarn yang lebih fleksibel serta berorentasikan

pelajar. Sistem pembelajaran ini perlu mengambilkira, pengalaman, kemahiran,

keupayaan keseluruhan dan sikap pelajar disamping kekangan teknologi ICT yang

wujud pada masa ini.

9

Page 10: ICT

RUJUKAN

Blumestyk. G. 1999. Distance learning at the Open University: The British

institution’s success has inspired imitators in the United States. The Chronicle of

Higher Education, July 23, pp.A35ff (Information Technology Section).

Gan S.L. 1998. Online distance education program :Problems and issue. Proceedings

of the International Conference on Information Technology and Multimedia at

UNITEN (ICIMU 98), Malaysia.

Maznah Muhammad. Carter G.L. 2000. Prinsip Pembelajaran Orang Dewasa. Kuala

Lumpur: Utusan. Publication.

Musa Abu Hassan. 2002. Peranan dan Penggunan ICT di Kalangan Masyarakat.

Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Surendran A/L Sankaran. 2006. Tahap Penggunaan Internet Sebagai

Sumber Pengajaran Di Kalangan Pensyarah UUM. (Billings and

Kowalski, 2004; Johnson & Romanello, 2005)

http://www.cpepnet.ca/system/files/Generational+Characteristics_0.pdf

10