esei pembinaan item

8
1.0 Pengenalan Proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah semakin hari semakin bertambah kompleks dan mencabar. Hal ini berlaku seiring dengan keperluan negara untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai kebolehan yang sewajarnya. Sebagai pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran, maka sistem penilaian atau kaedah penilaian yang mempunyai darjah kebolehpercayaan yang tinggi dan juga mampu mengukur keupayaan pemahaman seseorang pelajar itu sangat dititikberatkan. Dalam sistem pendidikan di Malaysia proses penilaian formal dilakukan dalam beberapa peringkat pengajian seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), yang menguji pelajar-pelajar tahun enam yang akan memasuki sekolah menengah, Penilaian Menengah Rendah dijalankan untuk menilaiai pencapaian kognatif pelajar peringkat menengah rendah yang akan memasuki menengah atas. Sementara Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), merupakan penilaian peringkat persijilan, untuk menguji pelajar-pelajar yang akan memasuki pengajian peringkat diploma atau ijazah. Ketiga-tiga peperiksaan ini dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Peperiksaan peringkat pra-universiti iaitu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pula dijalankan sebagai penilaian terakhir peringkat persekolahan. Peperiksaan ini dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Menurut Ashworth dalam Testing for Continuous Assesment: A Handbook for Teacher in School and Collage , terdapat tujuh tujuan pengujian penilaian iaitu untuk dorongan, diagnosis, menilai, memilih, melapor, membanding dan meramal (Mohamad Fauzi Yunus: 1996). Dengan memperolehi data hasil daripada ujian dan penilaian yang diberikan uru dapat menentukan langkah dan pendekatan seterusnya yang perlu diambil sebagai respon kepada hasil dapatn tersebut. L.R. Gay dalam bukunya Educational evaluation and measurement berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai . Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Ini berbeza dengan pengukuran yang melibatkan pemberian nombor-nombor (numeric) tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Dengan cara ini akan dapat membantu seseorang guru itu mengenal pasti dengan lebih tepat kelemahan dan kekuatan pelajar- pelajarnya. Pengumpulan data yang tidak teratur dan akan menjejaskan dapatan analisis yang dijalankan seterusnya mengurangkan wibawa kajian yang dilakukan.

Upload: ahmad-muaz

Post on 22-Dec-2015

93 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Pembinaan Item dan JSU Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Esei Pembinaan Item

1.0 Pengenalan

Proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah semakin hari semakin bertambah kompleks dan mencabar. Hal ini berlaku seiring dengan keperluan negara untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai kebolehan yang sewajarnya. Sebagai pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran, maka sistem penilaian atau kaedah penilaian yang mempunyai darjah kebolehpercayaan yang tinggi dan juga mampu mengukur keupayaan pemahaman seseorang pelajar itu sangat dititikberatkan.

Dalam sistem pendidikan di Malaysia proses penilaian formal dilakukan dalam beberapa peringkat pengajian seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), yang menguji pelajar-pelajar tahun enam yang akan memasuki sekolah menengah, Penilaian Menengah Rendah dijalankan untuk menilaiai pencapaian kognatif pelajar peringkat menengah rendah yang akan memasuki menengah atas. Sementara Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), merupakan penilaian peringkat persijilan, untuk menguji pelajar-pelajar yang akan memasuki pengajian peringkat diploma atau ijazah. Ketiga-tiga peperiksaan ini dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Peperiksaan peringkat pra-universiti iaitu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pula dijalankan sebagai penilaian terakhir peringkat persekolahan. Peperiksaan ini dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Menurut Ashworth dalam ‘Testing for Continuous Assesment: A Handbook for Teacher in School and Collage’, terdapat tujuh tujuan pengujian penilaian iaitu untuk dorongan, diagnosis, menilai, memilih, melapor, membanding dan meramal (Mohamad Fauzi Yunus: 1996). Dengan memperolehi data hasil daripada ujian dan penilaian yang diberikan uru dapat menentukan langkah dan pendekatan seterusnya yang perlu diambil sebagai respon kepada hasil dapatn tersebut. L.R. Gay dalam bukunya Educational evaluation and measurement berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai”. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Ini berbeza dengan pengukuran yang melibatkan pemberian nombor-nombor (numeric) tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Dengan cara ini akan dapat membantu seseorang guru itu mengenal pasti dengan lebih tepat kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajarnya. Pengumpulan data yang tidak teratur dan akan menjejaskan dapatan analisis yang dijalankan seterusnya mengurangkan wibawa kajian yang dilakukan.

Proses penting yang mesti dilakukan sebelum penyediaan item-item sesuatu peperiksaan ialah penentuan atau pemilihan item-item untuk dijawab oleh pelajar-pelajar. Penyediaan item-item mestilah bersesuaian dengan darjah kesukaran mengikut tahap pembelajaran seseorang

Page 2: Esei Pembinaan Item

pelajar. Maksudnya ujian atau penilaian yang dijalankan untuk pelajar-pelajar tingkatan tiga mestilah bersesuaian dengan tahap pemikiran dan pembelajaran mereka. Seandainya item yang diberikan terlalu sukar seperti soalan-soalan peringkat SPM atau STPM sudah tentu keputusan ujian tersebut tidak boleh dipercayai dan tidak menggambarkan keupayaan sebenar seseorang pelajar.

2.0 Latar Belakang Ujian

Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih mata pelajaran bahasa Melayu tingkatan tiga sebagai mata pelajaran ujian. Soalan dibina mengikut standard Jadual Penilaian Ujian (JPU) Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk tujuan penilaian pengkaji telah membina dua bentuk soalan iaitu soalan berbentuk aneka pilihan dan soalan esei. Soalan aneka pilihan mengandungi 30 soalan. Soala-soalan tersebut antara lain menguji tahap pemahaman pelajar dalam aspek tatabahasa merangkumi kata nama, kata bantu, kata kerja, kata ganda dan imbuhan, serta memilih frasa dan ayat-ayat yang tepat. Sesuai dengan huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan Tiga (Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia), di bawah Pengujian Pengetahuan aspek yang diuji ialah sistem bahasa dan peribahasa. Aras kesukaran yang dipilih ialah (sila rujuk lampiran):

i) Aras rendah - lapan soalanii) Aras sederhana - 17 soalaniii) Aras tinggi - 5 soalan

Dalam bahagian B, pengkaji memilih konstuk meringkaskan karangan bertajuk ‘Faedah-faedah Menyambut Hari Kemerdekaan’ untuk menguji tahap kemahiran membaca dan memahami. Aras kesukaran untuk bahagian B adalah aras sederhana.

3.0 Pembinaan Jadual Penilaian Ujian

Pembinaan jadual penentuan ujian (JPU), JPU yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada huraian sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan tiga. Pembinaan JPU ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada penentuan bilangan soalan yang ingin diuji dalam sesuatu ujian mengikut topik yang dinyatakan dalam huraian sukatan matapelajaran dan pada aras kemahiran yang berbeza. Dalam kajian ini pengkaji mengukur aras pengetahuan. Soalan subjektif dalam bahagian B pengkaji mengukur aras kefahaman pelajar. Pembinaan item objektif bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pembinaan item objektif yang berkualiti dan menepati objektif hasil pembelajaran yang terkandung dalam huraian sukatan mata pelajaran. Ia juga memberi pendedahan kepada kepelbagaian jenis item objektif dan variasinya yang boleh diaplikasikan dalam pembinaan soalan objektif. Langkah-langkah pembinaan JPU ialah seperti berikut:

Page 3: Esei Pembinaan Item

a) Menentukan mata pelajaran yang ingin diuji. Dalam konteks tugasan ini mata pelajaran yang ingin diuji ialah bahasa Melayu tingkatan tiga.

b) Menentukan jenis ujian yang akan dijalankan. Dalam konteks tugasan ini, ujian yang akan dijalankan ialah ujian latih tubi.

c) Mengkaji sukatan pelajaran dan huraian sukatan matapelajaran bagi subjek yang ingin diuji. Dalam tugasan ini sukatan mata pelajaran yang ingin diuji meliputi keseluruhan aspek tatabahasa (kata kerja, kata nama, kata pemeri, peribahasa dan lain-lain)

d) Menetukan jenis soalan dan bilangan soalan yang ingin dihasilkan. Dalam tugasan ini jenis soalan yang ingin diuji ialah soalan aneka pilihan yang terdiri daripada 30 item soalan dan satu soalan rumusan.

4.0 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan menilai dan mengukur kefahaman pelajar dalam aspek tatabahasa bahasa Melayu (bahagian A) dan juga dalam aspek memahami isi-isi utama dalam sesebuah artikel atau karangan (bahagian B). Dengan kajian ini diharap guru akan dapat mengenal pasti aspek tatabahasa yang memerlukan fokus dan pengajaran yang lebih.

5.0 Subjek Kajian

Pengkaji telah menjalankan kajian ke atas pelajar-pelajar tingkatan tiga Al-Khawarizmi (B), SMK Elopura 2. Seramai 30 orang pelajar telah menduduki ujian tersebut, namun lima orang pelajar telah ketepikan kerana pelajar-perlajar tersebut hanya menduduki salah satu dari ujian yang dijalankan (tidak hadir semasa ujian dijalankan). Ujian telah dijalankan sebanyak dua kali menggunakan set ujian yang sama. Ujian pertama diadakan tanpa pemberitahuan awal kepada pelajar. Tujuannya ialah untuk menilai tahap pengetahuan pelajar dalam aspek yang dikaji tanpa mengulangkaji terlebih dahulu. Selepas ujian pertama pengkaji telah mengadakan kelas ulangkaji topik sistem bahasa yang menyentuh aspek-aspek yang diuji seperti penggunaan kata kerja, kata bantu kata sendi nama dan lain-lain lagi dan menerangkan cara mengenal pasti isi-isi sesebuah karangan termasuk menerangkan format penulisan ringkasan yang betul. Ujian dijalankan selama 1 jam, iaitu 45 minit untuk bahagian A dan 15 minit untyuk bahagian B.

6.0 Analisis Item

Analisi item dibuat secara empirikal untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan item. Item aneka pilihan misalnya, akan diuji dengan indeks kesukaran iaitu jumlah pelajar menjawab dengan betul / bilangan keseluruhan pelajar. Kedua, indeks diskriminasi iaitu indeks diskriminasi akan positif sekiranya ramai pelajar mendapat markah tinggi berbanding bilangan pelajar mendapat markah rendah.

Page 4: Esei Pembinaan Item

Dalam kajian ini pengkaji menggunakan perisian Microsoft Excel untuk menganalisis data, indeks kesukaran dan mendapatkan indeks pekali korelasi.

7.0 Perbandingan Indeks Kesukaran Item Ujian 1

Berdasarkan ujian kali pertama yang dijalankan didapati darjah kesukaran item bagi kedua-dua bahagian (A dan B) adalah tinggi. Terdapat beberapa soalan yang mencatat darjah kesukaran yang sangat rendah menghampiri 0 darjah, antara soalan-soalan tersebut ialah:

i) Soalan 1, menguji pemahaman pelajar tentang kata nama. Indeks kesukaran bagi soalan tersebut ialah 0.08, dengan ahanya dua orang pelajar sahaja yang menjawab dengan betul. Berdasar JPU aras kesukaran bagi soalan tersebut berada pada aras rendah. Kegagalan pelajar menjawab soalan ini dengan betul boleh difahami kerana pemilihan kata nama yang diberi sememangnya jarang atau tidak pernah didengar atau dibaca iaitu ‘peterana’ yang membawa maksud tempat duduk raja atau pelamin.

ii) Hal yang sama dikesan bagi soalan 3, dari aspek yang sama iaitu kata nama. Darjah kesukaran beraras rendah. Namun, pelajar tidak dapat menjawab kerana kata nama yang digunakan iaitu ‘ditandu’, sangat jarang digunakan atau didengar.

iii) Pelajar juga menghadapi masalah menjawab soalan 8, iaitu soalan aspek mengenal pasti kesalahan dalam ayat memfokus kepada kata sendi nama. Soalan ini sememangnya berada pada aras tinggi. Kata sendi nama ‘tentang’ dalam ayat yang diberi seolah-olah tiada kesalahan di mana kata nama tentang sewajarnya diganti dengan kata kerja ‘mengenai’.

iv) Soalan 11 dianggap soalan aras tinggi di mana pelajar harus mengenal pasti penggolongan kata melibatkan penggunaan imbuhan yang sesuai dalam ayat. Indeks kesukaran bagi soalan ini ialah 0.08

v) Soalan 14 juga dianggap soalan aras tinggi di mana pelajar harus mengenal pasti penggolongan kata aspek kata kerja transitif yang sesuai dalam ayat. Indeks kesukaran bagi soalan ini ialah 0.08

vi) Soalan 22, 23 dan 24 menguji pelajar berkenaan aspek semantik (maksud ayat). Soalan-soalan bentuk ini memerlukan pengetahuan am berbanding dengan pengetahuan tatabahasa. Kebanyakan pelajar tidak menghadapi masalah untuk menjawab soalan bentuk ini, contohnya nindeka kesukarannya ialah 1.0 di mana semua pelajar menjawab dengan tepat.

Page 5: Esei Pembinaan Item

vii) Soalan-soalan-aras tinggi seperti soalan-soalan 25, 26 dan 27. Soalan-soalan ini memerlukan pelajar-pelajar memilih satu ayat yang tepayt daripada empat ayat yang diberi. Soalan-soalan sebegini adalah dianggap paling sukar dalam standard PMR. Pelajar-pelajar memerlukan pengetahuan sistem bahasa yang tinggi untuk menjawab soalan-soalan tersebut.

viii) Soalan 30 merupakan soalan peribahasa. Soalan ini merupakan soalan beraras tinggi. Pelajar-pelajar ternyata menghadapi menjawab menjawab dengan betul, tahap kesukaran ialah 0.52. Masalah tersebut lebih disebabkan kurang pengetahuan peribahasa di kalangan pelajar (kurang membaca). Di samping itu peribahasa yang diuji iaitu ‘cium tapak tangan berbau atau tidak’, merupakan peribahasa yang sangat jarang digunakan.

Keputusan yang diperolehi dalam ujian pertama bahagian B, indeks kesukaran 10.76 dengan markah penuh sebanyak 20 markah. Ramai pelajar hanya mendapat kurang daripada 10 markah. Antara kesalahan yang biasa dilakukan ialah:

i) Tidak ada pendahuluan rumusanii) Format yang salah seperti membuat perenggan (sepatutnya tidak ada

perenggan)iii) Memasukkan contoh-contoh dalam ringkasaniv) Terdapat beberapa kesalahan ejaan yang ketara.

Setelah analisis item dijalankan dan indeks kesukaran diperolehi, pengkaji mengenal pasti permasalahan yang dihadapi. Suatu sesi pengajaran yang memberi tumpuan kepada pengetahuan sistem bahasa, telah dilaksanakan. Seterusnya ujian kedua dilaksanakan selepas perbincangan tersebut diselesaikan.

8.0 Kelas Ulang Kaji

Kelas ulang kaji yang dilaksanakan telah memberi tumpuan kepada pengetahuan sistem bahasa khususnya aspek penggolongan kata. Dalam aspek ini pengkaji telah memberikan penerangan mudah bagaimana menentukan penggunaan kata yang betul dalam sesuatu ayat. Contohnya, penggunaan kata sendi nama ‘akan’ dalam ayat seperti ‘Ahmad sayang akan ibunya’. Dalam ayat tersebut kata sendi nama ‘akan’ boleh digunakan sekiranya kata yang mendahuluinya bersifat adjektif. Dalam ayat tersebut kata ‘sayang’ merupakan kata yang merujuk kepada perasaan iaitu satu kata bersifat adjektif. Maka sekiranya kata seperti benci, suka, rindu, geram dan cinta boleh menggunakan kata sendi nama ‘akan’.

Demikian juga penggunaan kata pemeri ‘adalah’. Kebanyakan pelajar keliru dalam menggunakan kata ‘adalah’ yang sering bertukar ganti dengan kata pemeri ‘ialah’. Dalam

Page 6: Esei Pembinaan Item

penerangan yang diberi pengkaji telah menerangkan kata pemeri ‘adalah’ hanya boleh digunakan sekiranya frasa yang mengikutinya adalah frasa adjektif. Contohnya:

a) Pemilihan Ahmad sebagai ketua pengawas adalah keputusan yang tepat

b) Membuang sampah ke dalam tong sampah adalah perbuatan yang baik

Kedua-dua ayat tersebut adalah betul kerana frasa yang megikuti kata pemeri ‘adalah’ merupakan frasa bersifat adjektif.

Soalan berbentuk mencari dan memilih ayat yang betul seperti dalam soalan 25, 26 dan 27, memang bentuk soalan yang dikategorikan sebagai sangat sukar. Kesalahan-kesalahan yang sering didapati dalam soalan-soalan seperti ini ialah seperti kesalahan penggunaan imbuhan, kata bantu, kata hubung dan kelewahan. Dalam hal ini pelajar diajar mengenal pasti ayat-ayat yang jelas mengandungi kesalahan dan mengeluarkannya dari senarai pilihan jawapan. Pelajar juga diminta banyak membuat latihan menjawab soalan-soalan sebenar.

Menyedari pelajar mempunyai masalah kosa kata yang terhad, pelajar diajar menggunakan kamus Dewan untuk mencari kosa kata yang sesuai sebagai sumber pemerolehan kosa kata. Sesuai dengan kemudahan internet yang tersedia beberapa laman sesawang Dewan Bahasa diperkenalkan yang boleh menjadi pusat rujukan pelajar. Contoh sesawang yang dicadangkan ialah Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP.

Untuk menjawab soalan bahagian B, iaitu pemahaman dan ringkasan, pengkaji telah memberikan beberapa tips penting misalnya menulis tanpa perenggan, jangan memberi sebarang contoh dalam ringkasan sama ada contoh yang terdapat dalam petikan atau contoh-contoh sendiri. Pelajar juga diajar mengenal pasti perkataan bercetak tebal atau kata kunci soalan yang merupakan pengenalan bagi sesuatu rumusan. Pelajar-pelajar juga diperkenlkan dengan penanda wacana yang sesuai untuk menyambung isi demi isi. Pelajr dilatih menulis ayat-ayat pendek atau ayat dasar. Pelajar juga digalakan untuk mengira sendiri markah yang mungkin diperolehi berdasarkan isi-isi yang diberikan dalam rumusan mereka.

9.0 Perbandingan Indeks Kesukaran Item Ujian 2

Berdasarkan analisis item ujian 2, indeks kesukaran item menunjukkan peningkatan yang signifikan dan memberangsangkan, contohnya soalan 1 indeks kesukaran meningkat daripada 0.08 kepada 0.84. Ini jelas menunjukkan pemahaman pelajar terhadap item yang diuji telah meningkat dengan ketara. Beberapa soalan seperti soalan 5,6 dan 7, indeks kesukaran mencapai 1.0 yang bermakna semua pelajar menjawab dengan betul. Secara umumnya semua soalan menunjukkan peningkatan indeks kesukaran yang ketara kecuali bagi soalan 25, 26 dan 27 di mana menunjukkan penurunan terutama soalan 26 iaitu daripada indeks kesukaran 0.56 (ujian 1) kepada 0.16 (ujian 2). Dalam hal ini menunjukkan dengan sangat jelas bahawa

Page 7: Esei Pembinaan Item

pelajar-pelajar gagal mengenal pasti kesalahan dalam ayat kerana kesalahannya boleh hadir dalam berbagai-bagai bentuk. Untuk itu dicadangkan latih tubi dan pengajaran aspek penggolongan kata dan imbuhan di lakukan dengan lebih kerap.

10.0 Indeks Pekali Korelasi

Indeks Pekali Korelasi diperolehi menggunakan perisian Microsoft Excel, di mana data dimasukkan. Pengiraan korelasi mengikut kaedah Pearson dalam insert function. Hasil analisis mendapati indeks pekali korelasi analisis item untuk ujian 1 dan ujian 2 ialah 0.501. Angka ini menunjukkan terdapat korelasi yang tinggi antara kedua-dua ujian yang dijalankan. Pembolehubah penting yang menyebabkan terhasilnya korelasi yang tinggi ialah perbincangan dalam sesi ulang kaji. Kelas ulang kaji yang dilakukan didapati berkesan dalam membantu pelajar-pelajar menjawab soalan-soalan dengan lebih baik. Hal ini berlaku mungkin disebabkan ingatan pelajar-pelajar terhadap aspek yang diulang kaji masih segar kerana tidak terganggu dengan ujian-ujian mata pelajaran lain. Jangka masa ujian 1 dan ujian 2 dijalankan selang seminggu. Seandainya selang masa ujian dilakukan adalah jauh kemungkinan keputusan yang berbeza diperolehi.

Peningkatan indeks pekali korelasi yang tinggi yang diperolehi dalam kajian ini adalah disebabkan guru telah mengenal pasti dengan tepat item-item yang menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar berdasarkan analisi item ujian 1, dan memberi peluang guru untuk membuat persediaan dan pendekatan yang sesuai dalam menangani masalah yang dikenal pasti. Dapatan kajian juga menunjukkan kesesuaian Teori Perkembangan kognatif yang dipelopori Jean Piaget (Teori Perkembangan Kognatif dalam http://id.wikipedia.org/wiki/Teori_ perkembangan _kognitif) yang menyatakan pembelajaran melalui proses penyelesaian masalah dan celik akal, guru akan mengambi kira pengetahuan sedia ada pelajar-pelajar bagi menjamin kesesuaian bahan dan aktiviti pengajaran yang disediakan.

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa sekiranya pelajar diberi latihan yang berulang-ulang dan peneguhan yang sama secara berterusan pemahaman dan ingatan pelajar akan bertambah. Kenyataan ini sesuai dengan teori Behaviorisme yang menyatakan bahawa suatu perangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman (Wikipedia, http://en.wikipedia.org/wiki/Behaviorism). Dalm hal ini proses ujian berulang dan pengajaran melalui kelas ulang kaji membantu meningkatkan keupayaan menjawab pelajar-pelajar.