jalan perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

Upload: ideasmalaysia

Post on 04-Jun-2018

243 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    1/160

    JALAN

    PERHAMBAANdan esei tentang para

    intelektual dan sosialisme

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    2/160

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    3/160

    JALAN

    PERHAMBAANdan esei tentang para

    intelektual dan sosialisme

    F R I E D R I C H A . H AY E K

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    4/160

    IDEASInstitute for Democracy and Economic AffairsK3 Taman Tunku, Bukit Tunku50480 KUALA LUMPURTel: 603-6201 6334Faks: 603-6201 5334Laman web: www.ideas.org.my

    IDEAS 2012

    Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkansemula, disimpan dalam sistem dapatan semula, atau disiarkan dalam sebarangbentuk atau melalui apa-apa jua cara, elektronik, mekanikal, fotokopi,

    rakaman, atau sebagainya, tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahuludaripada IDEAS.

    Pertama kali diterbitkan pada 2012

    ISBN 978-967-10094-4-4

    Buku ini diterbitkan dengan kerjasama Friedrich Naumann Foundation danmerupakan terjemahan ke atas The Road to Serfdom, with The Intellectualsand Socialism, terbitan The Institute of Economic Affairs (2005).

    Terjemahan oleh Al-Mustaqeem M Radhi

    Hak asal ke atas versi padat The Road to Serfdomdimiliki oleh Readers Digest.

    Rekabentuk dan rekaletak oleh [email protected]

    Dicetak olehVinlin Press Sdn BhdNo 2, Jalan Meranti Permai 1Meranti Permai Industrial Park

    Batu 15, Jalan Puchong47100 Puchong, Selangor

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    5/160

    KANDUNGANPengantar 6

    Tentang Pengarang 8

    Prakata oleh Walter E. Williams 11

    THE ROAD TO SERFDOM 20

    Pengantar oleh Edwin J. Feulner Jr 21

    Pengenalan: Hayek, Fisher dan The Road to Serfdom 25

    Prakata kepada versi padat The Road to Serfdom 41

    Ringkasan 43

    JALAN PERHAMBAAN 45

    Perancangan dan kuasa 48

    Latarbelakang kepada bahaya 50

    Kaedah liberal dalam perancangan 54

    Utopia terhebat 56

    Mengapa mereka yang paling teruk berjaya naik? 62Perancangan vs. Daulat Hukum (Rule of Law) 68

    Apakah perancangan sesuatu yang tidak terelakkan? 71

    Bolehkan perancangan membebaskan kita daripada

    memikirkan tentang masalah ekonomi peribadi? 74

    Dua jenis jaminan 80

    Ke arah dunia yang lebih baik 85

    Jalan Perhambaan dalam rupa kartun 86

    THE INTELLECTUALS AND SOCIALISM 105

    Prakata oleh Edwin J. Feulner Jr 107

    Pengantar: Hayek dan penjaja-penjaja idea

    oleh John Blundell 111

    Intelektual dan Sosialisme 123

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    6/160

    6

    Jalan Perhambaan (The Road to Serfdom) yang telah

    diterbitkan pada tahun 1944 merupakan buku terkenal yang

    telah diterjemah dan diterbitkan di dalam pelbagai bahasa.

    Intipati buku falsafah politik ini cukup dikenali kerana kejituan

    hujah dalam menolak sosialisme dan menekankan peri hubunganliberalisme dengan demokrasi. Buku ini pernah dinobatkan

    sebagai antara 100 buku paling berpengaruh pada kurun ke-20

    oleh New York Public Library, dan menjadi kitab rujukan bagi

    ramai pemimpin dunia.

    Penulisnya, Friederich August Von Hayek, telah mencipta

    sejarah sewaktu para intelektual lain sibuk berdebat tentang

    sosialisme lawan komunisme. Hayek tidak terheret ke arenadebat seperti itu dan, sebaliknya, mencadangkan tesis yang

    lebih jelasbahawa perancangan pusat dan kebebasan individu

    itu tidak mungkin seiringan. Buku ini berbentuk reaksi kepada

    kemunculan fahaman sosialis yang menggugat sistem kapitalis

    laissez faire ketika itu. Kebangkitan pemimpin autoritarian

    seperti Laval, Quisling, Hitler dan Mussolini pada zaman di

    antara Perang Dunia Pertama dan Kedua, hanya mengukuhkan

    hujah Hayek untuk menentang perancangan pusat. Dengan

    polemik yang mudah, Hayek berjaya menyoroti laluan sosialisme

    sebagai punca dan sebab berlaku pelbagai masalah politik.

    Pandangan Hayek umpama nafas yang menyegarkan

    kebuntuan debat intelektual yang taksub menganalisa Marxisme,

    komunisme dan sosialismeidea-idea baru yang berjaya

    PENGANTAR

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    7/160

    F R E I D R I C H A . H AY E K

    7

    mendapat perhatian dunia ketika itu. Arus perubahan politik

    yang bertiup pasca Perang Dunia Kedua, telah meyakinkan dunia

    bahawa idea sosialis yang tampak menarik itu sebenarnya tidak

    boleh dipakai walaupun, setelah perang, masih ada negara yang

    terus berpegang kepada pemikiran sosialis.Sarat dengan kontroversi, terutamanya sewaktu baru

    diterbitkan, buku ini pernah diharamkan oleh kerajaan-

    kerajaan komunis di Jerman, China dan Czechoslovakia.

    Namun di kebanyakan negara lain, Hayek menjadi rujukan

    utama, sebagai gambaran pemikiran liberal dan kapitalis yang

    mampu menumbangkan hujah-hujah golongan sosialis dan

    fasis. Apatahlagi setelah Eropah gah bangkit dengan PerjanjianMaastricht yang membawa kepada penubuhan Gabungan

    Ekonomi Eropah (EC). Langkah mewartakan GATT (General

    Agreement on Trade and Tariffs) pada 1947 merupakan petanda

    jelas akan berkuburnya ekonomi sosialis yang ditentang Hayek.

    Para pemimpin seluruh dunia seperti Vaclav Klaus, Winston

    Churchill, Ronald Reagan, dan Margaret Thatcher, menjadikan

    Hayek sebagai rujukan utama.

    The Road to Serfdomkekal relevan sehingga hari ini, terutama

    untuk negara seperti Malaysia yang masih mengamalkan dasar-

    dasar sosialistik seperti Dasar Ekonomi Baru, cukai yang tinggi

    ke atas barangan import seperti kereta, dan pemberian subsidi

    secara meluas, selain pentadbiran negara dan perancangan

    ekonomi yang berpusat di peringkat persekutuan.

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    8/160

    8

    F R E I D R I C H A . H A Y E K

    Freidrich A. Hayek (18991992) dilahirkan di Vienna dan

    memegang dua ijazah kedoktoran daripada University of Vienna,

    dalam bidang undang-undang dan ekonomi politik. Beliau

    pernah bekerja di bawah Ludwig von Mises di Austrian Institutefor Business Cycle Research dan dari tahun 1929 hingga 1931

    menjadi pensyarah dalam bidang ekonomi di University of Vienna.

    Bukunya yang pertama, Monetary Theory and the Trade Cycle,

    telah diterbitkan pada tahun 1929. Pada tahun 1931, Hayek

    diangkat sebagai Tooke Professor dalam bidang sains ekonomi dan

    perangkaan di London School of Economics dan pada tahun 1950

    beliau dilantik sebagai profesor dalam bidang ekonomi politik diUniversiti Freiburg (Albert-Ludwigs-Universitt Freiburg) dan

    diiktiraf sebagai Profesor Emeritus oleh universiti itu pada tahun

    1967. Hayek dipilih sebagai Felo di British Academy pada tahun

    1944 dan pada tahun 1947 beliau telah menganjurkan sebuah

    persidangan di Switzerland yang membawa kepada pembentukan

    Mont Plerin Society. Beliau menerima Hadiah Nobel dalam

    bidang ekonomi pada tahun 1974 dan gelaran Companion of

    Honour pada tahun 1984. Pada tahun 1991, George Bush telah

    menganugerahkan Presidential Medal of Freedom kepadanya.

    Antara buku-buku beliau ialah The Pure Theory of Capital(1941),

    The Road to Serfdom(1944), The Counter-Revolution of Science

    (1952), The Constitution of Liberty(1960),Law, Legislation and

    Liberty(19739), dan The Fatal Conceit(1988).

    TENTANG PENGARANG

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    9/160

    9

    J O H N B L U N D E L L

    John Blundell adalah Ketua Pengarah di Institute of

    Economic Affairs. Beliau pernah menjadi Presiden bagi Institute

    for Humane Studies di George Mason University dan Atlas

    Economic Research Foundation yang diasaskan oleh Sir AnthonyFisher bagi mewujudkan badan-badan kembar bagi IEA. Beliau

    menganggotai majlis lembaga kedua-dua badan dan merupakan

    bekas Naib Presiden Mont Plerin Society.

    E D W I N J . F E U L N E R J R .

    Edwin J. Feulner Jr. memegang jawatan Presiden bagi

    Heritage Foundation sejak tahun 1977. Beliau pernah menjadi

    Presiden Mont Plerin Society. Beliau juga pernah memegang

    beberapa jawatan tinggi dalam cabang legislatif dan eksekutif

    kerajaan persekutuan Amerika Syarikat. Beliau memegang

    ijazah Ph.D. dari University of Edinburgh dan dianugerahkan

    Presidential Citizens Medal oleh Ronald Reagan pada tahun

    1989 kerana menjadi pemimpin gerakan konservatif dengan

    membina sebuah badan yang setia terhadap idea-idea dan kesan-

    kesannya...

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    10/160

    J A L A N P E R H A M B A A N

    10

    WA LT E R E . W I L L I A M S

    Walter Williams adalah Profesor Kehormat John M.

    Olin dalam bidang ekonomi di George Mason University,

    Fairfax, Virginia. Selain itu, beliau menjadi profesor pelawat

    dalam bidang ekonomi di Grove City College di Grove City,

    Pennsylvania. Beliau juga pernah mengajar di Los Angeles City

    College, California State University Los Angeles dan TempleUniversity di Philadelphia. Beliau telah mengarang lebih dari 80

    penerbitan dan karyanya pernah terbit dalam jurnal-jurnal ilmiah

    seperti Economic Inquiry,American Economic Review, Georgia

    Law Review, Journal of Labor Economics and Social Science

    Quarterly, dan juga penerbitan-penerbitan popular seperti

    Newsweek, The Freeman, National Review, Readers Digest, Cato

    Journal dan Policy Review. Dr Williams menganggotai lembagapengarah Citizens for a Sound Economy, Reason Foundation dan

    Hoover Institution, selain menjadi anggota lembaga penasihat

    IEA, Landmark Legal Foundation, Alexis de Tocqueville Institute,

    Cato Institute dan beberapa yang lain. Beliau sering memberikan

    testimoni pakar di depan jawatankuasa-jawatankuasa Kongres

    berkaitan isu-isu dasar awam seperti dasar buruh, percukaian

    dan perbelanjaan negara. Beliau adalah anggota Mont Plerin

    Society dan American Economic Association.

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    11/160

    11

    Freiderich A. Hayek adalah salah seorang filasuf teragung

    kurun kedua puluh. Beliau lebih dikenali menerusi karyanya

    dalam bidang ekonomi, namun sumbangannya dalam bidang

    falsafah politik dan perundangan juga adalah besar. Karya

    Profesor Hayek yang paling meluas dikenali adalah The Road to

    Serfdomyang ditulis sewaktu Perang Dunia II. Versi padat bagikarya tersebut yang diterbitkan oleh Readers Digestdisertakan

    dalam buku ini bersama-sama sebuah tulisan yang boleh

    dianggap sebagai penerus bagi The Road to Serfdom, iaituThe

    Intellectuals and Socialism, esei yang pertama kali diterbitkan

    dalam University of Chicago Law Reviewpada tahun 1949.

    Salah satu tumpuan utama The Road to Serfdom ialah

    untuk memberikan penjelasan terhadap kebangkitan Nazisme,untuk membetulkan pandangan yang popular, tetapi tidak

    tepat, yang menganggap Nazisme berpunca daripada kecacatan

    watak bangsa Jerman. Hayek membantah pandangan ini dengan

    menghujahkan bahawa lima belas tahun sebelum kebangkitan

    Adolf Hitler tidak dapatkan dibayangkan bahawa bangsa

    Jerman mampu terlibat dalam kejahatan seperti Nazisme.

    Malah, sepanjang sebahagian besar sejarahnya [Jerman]

    adalah adalah sebuah negara Eropah yang paling toleran

    terhadap orang Yahudi.1Bukti lain yang berlawanan dengan

    hujah yang menyebut tentang kecacatan watak bangsa Jerman

    1 Thomas Sowell, The Economics and Politics of Race, William Morrow &Company, New York, 1983, hal. 86.

    KATAPENGANTAR

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    12/160

    J A L A N P E R H A M B A A N

    12

    itu ialah karya-karya penulisan beberapa filasuf Jerman seperti

    Johann Wolfgang von Goethe, Wilhelm von Humboldt, dan

    Freidrich Schiller yang menjadi sumber ilham bagi gagasan-

    gagasan mazhab liberal yang terungkap dalam tulisan-tulisan

    pada filasuf British terkemudian seperti John Stuart Mill dan

    David Hume.

    Apa yang telah terjadi di Jerman? Jelas Hayek, Tragedi

    terhebat yang masih belum disedari ialah bahawa di Jerman

    sebahagian besarnya orang-orang yang berniat baiklah yang,

    menerusi dasar-dasar sosialis mereka, yang telah membukajalan untuk golongan-golongan yang berpegang dengan setiap

    prinsip yang mereka [orang-orang berniat baik itu] benci.

    Penjelasan Hayek terhadap kebangkitan Nazisme tidak difahami

    atau dihargai pada tahun 1944, dan ia masih belum sepenuhnya

    difahami dan dihargai pada hari ini. Kolektivisme, sama ada di

    Jerman, bekas Kesatuan Soviet, Britain, atau AS, menjadikan

    kebebasan peribadi sebagai mangsanya.Bagaimana kita memerangi kolektivisme? Hayek

    menyediakan sebahagian jawapan dalam The Intellectuals and

    Socialism. Secara ringkas, kalangan yang menyokong tatanan

    sosial yang liberal perlu menggoncang asas intelektual bagi

    kolektivisme. Hayek menghujahkan bahawa penting untuk

    memahami perkara apa yang mendorong banyak cendekiawan ke

    arah sosialisme. Perkara yang mendorong para cendekiawan ke

    arah sosialisme, menurut Hayek, bukanlah sifat mementingkan

    diri sendiri mahu pun niat jahat mereka. Sebaliknya, mereka

    didorong oleh sebahagian besarnya keyakinan-keyakinan

    yang tulus dan niat-niat yang baik. Tambah Hayek, perlu

    diakui bahawa Semakin seorang cendekiawan kebanyakan

    pada hari ini dipimpin oleh niat baik dan kepintaran semakin

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    13/160

    F R E I D R I C H A . H AY E K

    13

    dia berkemungkinan menjadi seorang sosialis. Joseph A.

    Schumpeter membantah kerana beliau melihat penilaian Hayek

    ini sebagai jujur keterlaluan.1

    Hayek menghujahkan bahawa akar-akar kolektivisme

    sama sekali tidak datang dari kalangan kelas menengah. Akar-

    akarnya terdapat di kalangan cendekiawan golongan yang

    Hayek sebutkan sebagai penjaja idea yang terpaksa bekerja

    keras dalam tempoh yang lama untuk memujuk kelompok kelas

    menengah untuk menerima wawasan yang mereka kemukakan.

    Para cendekiawan atau penjaja yang beliau maksudkan adalahpara wartawan, guru, menteri, pengulas radio, kartunis, dan artis,

    yang Hayek selar sebagai ahli dalam soal teknik menyampaikan

    idea tetapi biasanya amatur dalam soal inti perkara yang mereka

    sampaikan.

    Pada tahun 1949, ketika Hayek menulis The Intellectuals

    and Socialism, para penjaja idea kolektivis merupakan kelompok

    yang dominan. Beliau tampak agak pesimis tentang masa depankebebasan kerana mereka yang berada di pihak konservatif/

    pasaran bebas dalam spektrum politik adalah lemah, terpinggir

    dan hanya mempunyai sedikit suara. Pada tahun 1947, Hayek

    bersama-sama beberapa orang sarjana pasaran bebas yang

    ulung telah cuba mengatasi masalah keterpinggiran itu dengan

    mengasaskan Mont Plerin Society. Tujuan kumpulan ini ialah

    untuk menganjurkan pertemuan-pertemuan, membentangkan

    kertas-kertas kerja dan mengadakan pertukaran buah fikiran

    di kalangan para sarjana yang hampir sama jalan pemikiran

    mereka, dengan harapan untuk mengukuhkan prinsip-prinsip

    1 J. Schumpeter, ulasan terhadap The Road to Serfdom, Journal of PoliticalEconomy, Jun 1946: 269270.

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    14/160

    J A L A N P E R H A M B A A N

    14

    masyarakat bebas. Mont Plerin Society kini mempunyai 500

    orang anggota di seluruh dunia dan lapan daripada anggotanya

    telah memenangi Hadiah Nobel dalam bidang ekonomi.

    Sejak Hayek menulis The Intellectuals and Socialism, telah

    berlaku perubahan besar dalam pasaran idea. Pada tahun 1949,

    terdapat hanya sebuah badan pendukung pasaran bebas, iaitu The

    Foundation for Economic Education yang diasaskan oleh Leonard

    Read. Kini, terdapat lebih 350 badan pendukung pasaran bebas

    di 50 buah negara, termasuk di negara-negara bekas komunis.

    Media-media utama tidak lagi membolot berita dan penyebaranidea seperti sebelum ini. Rangkaian televisyen berdepan dengan

    persaingan daripada saluran TV satelit dan kabel. Radio-radio

    yang menyiarkan program-program perbincangan juga telah

    bercambah. The Rush Limbaugh Show, di mana saya kadang-

    kadang menjadi hos pengganti dalam rentang waktu tiga belas

    tahun, disiarkan oleh 625 stesen radio yang berlainan, menerusi

    satelit dan juga internet, mencapai puluhan juta orang di seluruhdunia setiap minggu. Sosialis merasa jengkel kerana kebanyakan

    rancangan perbincangan dalam radio yang popular dan berjaya

    dihoskan oleh hos-hos konservatif/pro pasaran bebas. Selain itu

    terdapat pula penulis-penulis blog yang sentiasa bersedia untuk

    mencabar dan menyingkap bahan-bahan berita.

    Walaupun perubahan besar telah berlaku dalam pasaran

    idea, sosialisme masih berkubu di kolej-kolej dan universiti-

    universiti seluruh dunia. Hayek menyebut bahawa Barangkali

    ciri-ciri paling jelas bagi cendekiawan ialah dia menilai idea-idea

    baru tidak menurut merit idea itu sendiri, sebaliknya berdasarkan

    sejauh mana ia siap untuk dimuatkan dalam konsepsinya yang

    umum, ke dalam gambaran dunia yang dianggapnya sebagai

    moden atau maju.

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    15/160

    F R E I D R I C H A . H AY E K

    15

    Profesor Thomas Sowell merumuskan hujah yang

    merangkumi pandangan Hayek dengan cara yang berlainan.1

    Sowell berujar bahawa pada asasnya ada dua cara pandang dalam

    melihat bagaimana dunia bergerak cara pandang yang terkekang

    dan cara pandang yang tidak terkekang. Cara pandang yang

    terkekang melihat keterbatasan-keterbatasan moral manusia,

    kegilaannya terhadap materi, dan egonya, sebagai sesuatu yang

    inheren dan kekal pada bangsa manusia. Menurut cara pandang

    ini, cabaran asasi bagi manusia ialah untuk menyusun suatu sistem

    yang mengandungi tatalaku sosial, adat resam dan hukum-hakamyang mampu memanfaatkan sebaik-baiknya keadaan manusia

    tanpa membazirkan sumber daya untuk cuba mengubah sifat

    semulajadi manusia. Cara pandang terkekang terhadap manusia

    inilah yang mendasari pemikiran dan penulisan, antaranya, Adam

    Smith, Edmund Burke dan Alexander Hamilton.

    Cara pandang yang tidak mengekang pula sebaliknya melihat

    manusia sebagai makhluk yang mampu mencapai kesempurnaandan mampu mengedepankan kepentingan pihak lain. Menurut

    Sowell, tiada pengarang kurun kelapan belas yang pandangannya

    lebih bertentangan dengan Adam Smith berbanding William

    Godwin dalam Enquiry Concerning Political Justice. Godwin

    melihat niatuntuk memberi manfaat kepada orang lain sebagai

    inti bagi nilai yang membawa kepada kebahagiaan manusia.

    Faedah yang diberikan kepada pihak lain secara tidak sengaja

    adalah tidak bernilai. Ujar Sowell, Tidak seperti Smith

    yang menganggap sikap mementingkan diri manusia sebagai

    lumrah, Godwin menganggapnya sebagai lahir daripada sistem

    pengganjaran yang digunakan untuk menanganinya.2

    1 Thomas Sowell,A Conflict of Visions: Ideological Origins of PoliticalStruggles, William Morrow & Company, New York, 1987.

    2 Ibid., hal. 24.

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    16/160

    J A L A N P E R H A M B A A N

    16

    Dalam perenggan terakhir The Intellectuals and Socialism,

    Hayek menyebut, Melainkan kita [para liberal sejati] dapat

    mengembalikan semula asas kefalsafahan bagi sebuah masyarakat

    bebas sebagai suatu isu kecendekiawanan yang sentiasa hidup, ...

    prospek kebebasan adalah gelap. Jika benarlah yang dikatakan

    Hayek bahawa bukan sikap mementingkan diri atau niat jahat

    yang mendorong para cendekiawan ke arah sosialisme, maka

    masih ada asas untuk bersikap optimis. Pendidikan memberi

    harapan. Kita boleh mendidik mereka, atau sekurang-kurangnya

    menjadikan orang lain kebal daripada kesilapan dalam caraberfikir mereka.

    Saya fikir strategi di atas mempunyai sekurang-kurangnya

    dua komponen utama. Pertama, tidak ada banyak keuntungan

    boleh diraih dengan mencabar logik dalaman banyak hujah-

    hujah sosialis. Sebaliknya, premis-premis awalan yang melandasi

    hujah-hujah mereka yang mesti dicabar. Sebagai contoh, suatu

    kelompok memikirkan tentang kebajikan pekerja berkemahiranrendah dan memperjuangkan peningkatan kadar gaji minima

    sebagai cara untuk membantu mereka. Suatu kelompok lain

    pula memikirkan persoalan yang sama dan membantah keras

    peningkatan kadar gaji minima kerana percaya bahawa ia akan

    memudaratkan para pekerja berkemahiran rendah.

    Bagaimana dua golongan yang memikirkan matlamat yang

    sama dan ini selalu terjadi mempertahankan dengan keras

    dua dasar yang saling bertentangan? Saya percaya sebahagian

    daripada jawapannya ialah kerana kedua-duanya menetapkan

    premis awalan yang berbeza tentang cara dunia bergerak. Jika

    premis awalan sesuatu pihak ialah bahawa seorang majikan

    memerlukan banyak pekerja untuk menjalankan suatu kerja

    tertentu, maka menetapkan kadar gaji minima yang lebih tinggi

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    17/160

    F R E I D R I C H A . H AY E K

    17

    akan membolehkan semua pekerja mengekalkan pekerjaan

    mereka. Satu-satunya perbezaan ialah mereka akan menerima

    gaji lebih tinggi dan majikan berkenaan akan mendapat

    keuntungan yang lebih rendah. Dengan itu, menetapkan gaji

    minima lebih tinggi jelas memberi manfaat kepada para pekerja

    berkemahiran rendah. Sebaliknya, jika premis awalan sesuatu

    pihak ialah bahawa ada cara lain untuk menghasilkan sesuatu

    produk dan majikan-majikan akan mencari kaedah yang lebih

    rendah biayanya untuk mencapai tujuan itu, maka peningkatan

    kadar gaji minima akan menyebabkan para majikan mencaripengganti buruh, misalnya dengan menggunakan automasi

    atau berpindah ke luar negeri, justeru mengurangkan jumlah

    pekerja yang mereka gajikan. Menurut cara pandang pihak

    kedua, seseorang boleh peduli tentang kebajikan para pekerja

    berkemahiran rendah dan pada masa yang sama menentang

    kenaikan kadar gaji minima kerana ia mengurangkan peluang

    untuk para pekerja berkemahiran rendah. Jika benar penilaianHayek terhadap para sosialis, akan tampak bahawa suatu tugas

    yang mudah untuk menunjukkan secara empirikal bahawa ada

    kaedah-kaedah pengeluaran alternatif dan bahawa para majikan

    tidak akan berdiam diri dengan peningkatan kos pekerja.

    Komponen kedua bagi strategi ini pula ialah merumuskan

    hujah-hujah yang lebih baik dan tidak terbantahkan bagi

    mempertahankan kebebasan peribadi. Setiap satu bahagian

    agenda sosialis boleh ditunjukkan sebagai tidak berakhlak

    di bawah andaian bahawa manusia memiliki dirinya sendiri.

    Gagasan pemilikan diri menjadikan bentuk-bentuk tingkahlaku

    tertentu secara ketara tidak berakhlak. Membunuh, merogol,

    dan mencuri adalah tidak berakhlak kerana perbuatan-

    perbuatan itu mencabul hak pemilikan seseorang manusia

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    18/160

    J A L A N P E R H A M B A A N

    18

    ke atas dirinya sendiri. Program-program kerajaan seperti

    subsidi kepada para peladang, bailout perniagaan, program

    kebajikan atau penjagaan kesihatan untuk orang miskin juga

    tidak berakhlak atas alasan yang sama. Kerajaan tidak memiliki

    sumber sendiri. Satu-satunya cara kerajaan boleh memberi

    wang kepada seseorang ialah dengan terlebih dahulu mengambil

    wang daripada seseorang yang lain. Dengan berbuat demikian

    ia secara paksa mempergunakan seorang manusia, menerusi

    pengenaan cukai, untuk memenuhi tujuan seorang manusia

    yang lain. Perbuatan tidak berakhlak jenis ini boleh disamakandengan perhambaan. Apatahlagi takrif amali bagi perhambaan

    ialah: mempergunakan seseorang secara paksa untuk memenuhi

    tujuan seseorang yang lain.

    Jika benarlah para sosialis yang berniat baik ialah orang-

    orang jujur seperti yang Hayek anggap, mereka seharusnya boleh

    memahami bahawa tindakan menyeluk poket sendiri untuk

    membantu sesama manusia adalah perbuatan yang terpuji.Sedangkan tindakan menyeluk poket orang lain untuk tujuan

    yang sama adalah perbuatan mencuri dan harus dikutuk menurut

    mana-mana piawaian akhlak sekalipun.

    Kolektivis sepatutnya tidak mengabaikan atau mengenepikan

    bukti jelas bahawa pasaran bebas menghasilkan kemakmuran

    yang tidak pernah dicapai sebelum ini. Sebaliknya mereka

    menyalahkan sistem pasaran bebas dengan hujah-hujah moral,

    menuduhnya sebagai sistem yang memberi habuan kepada sifat

    tamak dan mementingkan diri serta menghasilkan pengagihan

    pendapatan yang tidak sekata.

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    19/160

    F R E I D R I C H A . H AY E K

    19

    Pasaran bebas wajib dipertahankan dengan hujah moral.

    Kita mesti meyakinkan saudara-saudara kita bahawa kebebasan

    peribadi takkan wujud tanpa pasaran bebas, rasa hormat

    terhadap hak-hak milik peribadi dan kedaulatan undang-undang.

    Hatta jika pasaran bebas bukanlah penjana kemakmuran yang

    terhebat, moraliti pasaran menjadikannya sebagai pilihan yang

    terunggul.

    WALTER E. WILLIAMS

    Profesor Kehormat Ekonomi John M. Olin

    George Mason University, Fairfax, Virginia

    Mei 2005

    * Semua pandangan yang diluahkan dalam Occasional Paper 136 dan dalamsemua penerbitan IEA yang lain adalah pandangan pengarang sendiri danbukannya pandangan IEA (yang tidak mempunyai pandangan korporat),para pemegang amanah, anggota-anggota Majlis Penasihat atau kakitangankanan institut ini.

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    20/160

    THEROADTO

    SERFDOM

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    21/160

    21

    John Chamberlain mencirikan tempoh sejurus selepas

    Perang Dunia II dalam pengantarnya kepada The Road to

    Serfdom edisi pertama sebagai a time of hesitation (zaman

    teragak-agak). Britain dan benua Eropah berdepan dengan

    tugas berat untuk membina dan membentuk semula negara.Amerika Syarikat yang tidak ditimpa kemusnahan jasmani

    yang sama yang mencacatkan wajah Eropah Barat ketika itu

    bagaimanapun sedang memulihkan diri daripada kesan buruk

    daripada ekonomi yang dipacu oleh peperangan berikutan

    Great Depression. Di merata-rata tempat orang mendambakan

    jaminan dan ingin kembali kepada kestabilan.

    Persekitaran kecendekiawanan juga tidak kurang goyah.Kebangkitan dan seterusnya kekalahan fasisme telah membuka

    ruang yang amat luas untuk para cendekiawan yang bebas

    memperjuangkan apa jua gagasan selain penghapusan kaum

    dan kawalan politik kediktatoran. Pada masa yang sama,

    penerimaan orang ramai terhadap perancangan ekonomi oleh

    kerajaan di masa aman semakin meningkat berikutan fahaman

    salah (tetapi diterima secara meluas) bahawa sifat pasaran

    bebas yang tidak terjangkakan telah menghasilkan kegawatan,

    selain justeru peningkatan pengeluaran selama empat tahun

    yang didorong oleh perang dan pengarahan pusat, serta hakikat

    bahawa Russia menjadi sekutu Amerika Syarikat dan Britain di

    waktu perang.

    PENGANTAR

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    22/160

    J A L A N P E R H A M B A A N

    22

    Pada ketika yang tidak pasti dan tidak stabil inilah

    muncul buku tipis yang kini anda tatap dalam bentuk yang

    telah dipadatkan, iaitu karya F. A. Hayek, The Road to

    Serfdom. Penulisan The Road to Serfdom, yang dibuat Hayek

    dalam waktu senggangnya di antara September 1940 hingga

    Mac 1944, dianggapnya sebagai satu kewajipan yang tidak

    harus saya elak1dan bukan sebagai satu usaha sengaja untuk

    memenuhi curriculum vitae-nya. Menurut Hayek, beliau sekadar

    menonjolkan kekhuatiran-kekhuatiran yang wajib dibentuk

    oleh kecenderungan-kecenderungan semasa [dalam pemikiranekonomi dan politik] dalam minda banyak orang yang tidak

    mampu meluahkannya di muka umum...2 Tetapi seperti yang

    sering terjadi, tugas yang didorong oleh rasa tanggungjawab ini

    telah menghasilkan segunung kesan yang tidak diniatkan oleh

    sang pengarang.

    Hayek menggunakan ilmu ekonomi untuk menyiasat

    minda manusia, menggunakan pengetahuan yang telahdikumpulnya untuk melondehkan sifat totalitarian sosialisme

    dan untuk menjelaskan bagaimana sosialisme tidak dapat tidak

    akan membawa kepada perhambaan. Hayek memberikan

    sumbangan terbesarnya dengan menyingkap kebenaran yang

    amat sederhana tetapi mendasar: manusia tidak mengetahui

    dan tidak mampu mengetahui segala sesuatu, maka apabila dia

    bertindak seolah-olah dia mengetahui [segala-galanya], bencana

    mengekori. Beliau mendapati sosialisme, negara kolektivis, dan

    ekonomi terancang mewakili bentuk sifat megah diri terhodoh,

    kerana kalangan yang merancang perkara-perkara tersebut cuba

    1 F. A. Hayek, The Road to Serfdom, Routledge, London, 1944, hal. v.2 Ibid., hal. vii.

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    23/160

    F R E I D R I C H A . H AY E K

    23

    dengan pengetahuan yang tidak memadai untuk merekabentuk

    semula sifat semulajadi manusia. Dalam berbuat demikian, para

    calon perancang ini dengan angkuhnya mengabaikan tradisi-

    tradisi yang merangkumkan hikmah-hikmah sekian banyak

    generasi; dengan terburu-buru mengabaikan adat-kebiasaan

    yang tujuannya tidak mereka fahami; dan dengan sesuka hati

    mencampur-aduk hukum-hakam yang tertulis di jiwa manusia

    yang tidak mampu mereka ubah dengan peraturan-peraturan

    pentadbiran yang boleh mereka ubah sembarangan. Bagi Hayek,

    perbuatan memandai-mandai seperti itu bukan hanya merupakansejenis keangkuhan yang mencelakakan, bahkan ia adalah

    jalan ke arah perhambaan.

    Gagasan-gagasan sederhana yang tersimpul dalam The

    Road to Serfdommenimbulkan dampak segera. Sebanyak enam

    edisi buku ini diterbitkan dalam tempoh 16 bulan pertama

    sejak ia kali pertama muncul. Ia juga telah diterjemahkan

    ke dalam berbagai bahasa dan diedarkan secara terbuka dinegara-negara bebas dan juga secara tersembunyi di negara-

    negara bertirai besi. Tidak berlebihan jika disebutkan bahawa

    The Road to Serfdom telah mencegah sosialisme daripada

    mekar sepenuhnya di Eropah Barat dan Amerika Syarikat

    serta menyemai benih kebebasan di Kesatuan Soviet sehingga

    membuahkan hasil hampir 45 tahun kemudian. Istilah-istilah

    pemikat sosialis, seperti kolektivisme, telah digugat dalam

    debat politik arus perdana dan hatta ahli akademik sosialis

    terpaksa berundur daripada mempertahankan perancangan

    sosial secara terang-terangan.

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    24/160

    J A L A N P E R H A M B A A N

    24

    Namun nilai sebenar The Road to Serfdombukan terletak

    pada tamparan yang segera dirasakan oleh para aktivis dan

    pemikir sosialis walaupun hal itu penting sebaliknya pada

    kesannya yang berpanjangan terhadap para pemikir politik dan

    ekonomi sejak 55 tahun yang lampau. Seperti diakui Hayek

    sendiri, buku ini ... tanpa diduga telah menjadi titik mula bagi

    saya memulakan kerja selama 30 tahun dalam suatu bidang

    baru.1

    EDWIN J. FEULNER JR

    November 1999

    1 Kata-kata ini ditulis pada tahun 1976, namun boleh dikatakan bahawapengaruh The Road to Serfdom telah memandu kerja-buat Hayek sehinggalahbeliau meninggal pada tahun 1992.

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    25/160

    25

    H AY E K , F I S H E R D A N

    T H E R O A D T O S E R F D O M 2

    Cerita saya bermula dengan seorang lelaki Inggeris

    bernama Lionel Robbins yang kemudian dikenali sebagai LordRobbins of Clare Market. Pada tahun 1929, ketika berusia 30

    tahun, beliau telah dilantik sebagai Profesor Ekonomi di London

    School of Economics and Political Science (LSE), sebuah kolej

    dalam University of London. Beliau boleh disebut sebagai ahli

    ekonomi teragung bagi generasinya dan beliau fasih berbahasa

    Jerman. Kemahirannya ini telah menemukannya dengan hasil

    kerja seorang ahli ekonomi muda dari Austria, FreidrichHayek. Beliau lalu menjemput rakan sejawatannya yang sama

    muda sepertinya itu untuk menyampaikan syarahan di LSE.

    Siri syarahan beliau disambut begitu baik sehinggakan Hayek

    dilantik sebagai Tooke Professor dalam bidang ilmu ekonomi

    dan perangkaan di LSE pada tahun 1931 dan beliau telah

    menjadi warga Inggeris lama sebelum status tersebut menjadi

    pasport yang memudahkan.

    2 Pengenalan ini berasaskan ucapan yang disampaikan pengarang pada 26 April1999 dalam Bengkel Antarabangsa Books for a Free Society Kali ke-33,anjuran Atlas Economic Research Foundation (Fairfax, VA) di Philadelphia, PA.

    PENGENALAN

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    26/160

    J A L A N P E R H A M B A A N

    26

    Pada tahun 1930an, John Maynard Keynes sedang berada di

    kemuncak. Beliau adalah ahli ekonomi termasyhur di dunia dan

    Hayek adalah satu-satunya pesaing sebenar beliau. Pada tahun

    1936, Keynes menerbitkan karya terkenalnya, General Theory

    of Employment, Interest and Money.1 Hayek teringin untuk

    membongkar buku karut ini tetapi beliau menahan diri, atas satu

    sebab yang sederhana dan amat manusiawi.

    Dua tahun sebelum itu, sebuah makalah karangan Keynes

    yang kini sudah dilupakan (A Treatise on Money)2telah dicabik-

    cabikkan dalam ulasan jurnal yang diterbitkan dalam duabahagian. Keynes telah menepis serangan Hayek dengan sebuah

    senyum dan menyebut ketika mereka berselisih pada suatu hari

    di Clare Market: Oh, tak mengapa; Saya tidak lagi percayakan

    semua itu.

    Maka Hayek tidak mahu mengulang kerja membongkar

    ke atas The General Theorykerana kemungkinan nanti di masa

    depan Keynes memutuskan bahawa beliau tidak lagi percayakansemua itu juga dan saya dengar keputusan ini kerap disesali

    Hayek di tahun 1970an.

    Perang tiba dan LSE dipindahkan dari pusat bandar

    London ke Peterhouse College, Cambridge. Sesuatu yang tipikal,

    Keynes mengatur bilik-bilik untuk seteru ketatnya dalam bidang

    pemikiran, iaitu Hayek, di Kings College di mana Keynes menjadi

    Bursar, dan sesuatu yang juga tipikal Hayek menawarkan

    khidmat sukarela untuk tugas berkawal, iaitu menawarkan diri

    untuk duduk di atas bumbung kolejnya di waktu malam bagi

    memerhati tentera pengebom Jerman.

    1 J. M. Keynes, The General Theory of Employment, Interest and Money,Macmillan, London, 1936.

    2 J. M. Keynes,A Treatise on Money, Macmillan, London, 1930.

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    27/160

    F R E I D R I C H A . H AY E K

    27

    Ketika berkawal di waktu malam itulah beliau mula

    memikirkan tentang nasib negara angkatnya jika dan setelah

    keamanan kembali. Jelas bagi Hayek bahawa kemenangan

    mengandung benih kemusnahannya sendiri. Perang tersebut

    digelar sebagai Perang Rakyat kerana tidak seperti

    perang-perang sebelum itu semua penduduk berjuang

    dengan cara masing-masing. Hatta golongan yang memilih

    jalan damai (pacifist) sekali pun turut memberi sumbangan

    dengan membajak tanah untuk menghasilkan makanan bagi

    anggota-anggota tentera. Hayek mengesan perkembanganfaham Sepertimana di waktu perang, begitu juga di waktu

    aman iaitu bahawa kerajaan patut memiliki, merancang dan

    mengawal segala-galanya. Akan banyak kesulitan ekonomi yang

    terhasil akibat perang: rakyat akan berpaling kepada kerajaan

    untuk mencari jalan keluar. Dengan itu, sewaktu Hayek menulis

    karya agungnya, The Road to Serfdom, beliau digerakkan

    bukan hanya oleh kecintaan terhadap negara angkatnya tetapijuga oleh kebimbangan besar bahawa perancangan negara,

    sosialisme, dan peningkatan kuasa serta kawalan negara, tidak

    dapat tidak akan membawa UK dan AS ke arah fasisme atau,

    lebih parah, Sosialisme Kebangsaan (Nazisme).

    A N T O N Y F I S H E R , S A N G P E L A K S A N A

    Izinkan saya bercakap kini tentang The Road to Serfdom

    dan seorang manusia khusus yang telah didorong oleh

    pengajaran-pengajaran daripada karya tersebut untuk berbuat

    sesuatu. Orang tersebut ialah mendiang Antony George Anson

    Fisher, atau yang kita sebut dulu, dan masih hingga kini, dengan

    gelaran AGAF.

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    28/160

    J A L A N P E R H A M B A A N

    28

    Fisher datang daripada sebuah keluarga para pemilik

    lombong, anggota parlimen, pendatang dan anggota tentera.

    Beliau dilahirkan pada tahun 1915 dan tidak lama kemudian lahir

    adik dan temannya yang paling rapat, Basil. Ayahnya dibunuh

    oleh seorang penembak tepat berbangsa Turki pada tahun 1917.

    Dibesarkan di England Tenggara oleh ibunya, balu muda asal

    New Zealand dari Piraki, Akaroa, AGAF belajar di Eton dan

    Cambridge di mana beliau dan adiknya belajar menerbangkan

    pesawat dalam University Air Squadron. Sewaktu menamatkan

    pelajaran, Antony telah menjalankan beberapa perusahaan,termasuk:

    sebuah syarikat kereta sewa berjaya

    sebuah syarikat kapal terbang sewa juga berjaya; dan

    rekabentuk dan pembuatan kereta sport murah jenama

    Deroy gagal kerana kekurangan kuasa.

    Di awal perang, Antony dan Basil menjadi sukarelawan RAF

    [pasukan tentera udara British] dan bertugas menerbangkan

    pesawat Hurricanes dalam III Squadron dalam Perang Britain.

    Pada suatu hari pesawat Basil terkena tembakan Jerman. Beliau

    berjaya melonjak keluar dari pesawat di kawasan Selsey Bill

    tetapi payung terjunnya terbakar, lalu kedua-dua pesawat dan

    juruterbangnya menjunam ke bumi, secara terpisah.

    Untuk keselamatannya sendiri, Antony tidak dibenarkan

    terbang. Beliau menggunakan waktunya secara produktif dengan

    membina sebuah jentera (Fisher Trainer) untuk mengajar

    para juruterbang pelatih menembak dengan lebih baik. Beliau

    juga seorang pembaca setia Readers Digest. Setiap naskhah

    majalah ini dilahapnya, dibaca dengan kuat kepada keluarganya,

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    29/160

    F R E I D R I C H A . H AY E K

    29

    dicoret-coret dengan garis dan disimpan tersusun dalam kamar

    bacaannya. Anaknya yang sulung, Mark, mengingati bagaimana

    sebuah dinding dalam kamar bacaannya dipenuhi dengan baris

    demi baris naskhah-naskhah Readers Digest yang dikumpul

    selama bertahun-tahun malah berdekad-dekad.

    Jadi, bagaimana Fisher si juruterbang pesawat pejuang

    bertemu dengan Hayek si ahli akademik? Berikut ini adalah kisah

    yang saya telah kumpul dan susun. Tidak semua bahagian kisah

    ini diterima oleh semua pihak yang berminat, tetapi kepingan-

    kepingan kisah ini adalah sekata. Jadi, ini cerita saya dan sayaberpegang dengannya.

    P E R S A N D I N G A N D U A M I N D A

    The Road to Serfdom diterbitkan pada Mac 1944 dan,

    walaupun bekalan kertas kurang di waktu perang, ia telah

    diulang-cetak sebanyak lima kali di UK dalam tempoh 15bulan. Memandangkan bekalan kertas dicatu di waktu perang,

    penerbitnya, Routledge, tidak mampu untuk memenuhi

    permintaan sehingga Hayek mengadu bahawa The Road to

    Serfdom telah mendapat reputasi sebagai buku yang tidak mampu

    diperoleh.1Buku ini begitu meletup sehinggakan Hayek tidak

    mampu lagi mengikuti ulasan-ulasan buku ini, manakala para

    pengkritik pula tergerak untuk mengarang sekian banyak buku

    untuk menyerang Hayek di UK dan AS. Dr Laurence Hayek,

    satu-satunya anak lelaki F. A. Hayek, memiliki naskhah edisi

    pertama The Road to Serfdom milik bapanya, selain naskhah

    1 Dipetik dalam R. Cockett, Thinking the Unthinkable: Think Tanks and theEconomic Counter-Revolution, 19311983, Fontana, London, 1995, hal. 85.

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    30/160

    J A L A N P E R H A M B A A N

    30

    pruf pencetak yang mengandungi pembetulan-pembetulan yang

    dibuat oleh Hayek. Di bahagian dalam kulit belakang buku edisi

    pertama itu Hayek telah menyenaraikan ulasan-ulasan yang telah

    diterbitkan. Senarainya seperti berikut:

    Tablet 11/3/44 (Douglas Woodruff)

    Sunday Times 12/3 (Harold Hobson

    satu-dua perkataan)

    9/4 (G. M. Young)

    Birmingham Post 14/3 (TWH)

    Yorkshire Post 29/3

    Financial News 30/3

    Listener 30/3

    Daily Sketch 30/3 (Candidus)

    Times Literary Supplement 1/4

    Spectator 31/3 (M. Polanyi)

    Irish Times 25/3Observer 9/4 (George Orwell)

    Manchester Guardian 19/4 (W)

    Namun, seperti yang Hayek sebut kepada saya pada tahun

    1975, begitu banyak ulasan diterbitkan sehingga dia tidak mampu

    menjejak kesemuanya dan telah berhenti membuat catatan.

    Pada awal tahun 1945, University of Chicago Press

    telah menerbitkan The Road to Serfdom edisi AS dan,

    seperti Routledge di UK, mereka juga tidak dapat memenuhi

    permintaan pembeli lantaran pencatuan kertas. Bagaimanapun,

    pada April 1945, buku ini akhirnya menjangkau khalayak

    lebih meluas apabila Readers Digesttelah menerbitkan versi

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    31/160

    F R E I D R I C H A . H AY E K

    31

    padat baginya.1(Hayek berpandangan buku ini mustahil untuk

    dipadatkan, tetapi beliau selalu menyebut betapa bagus hasil

    kerja para penyunting Readers Digest.) Ketika para penerbit

    buku berdepan dengan masalah untuk menerbitkan empat

    atau lima ribu naskhah, majalah Readers Digest dicetak

    sehingga ratusan ribu naskhah jumlahnya. Setakat ini, itulah

    kali pertama dan terakhir majalah berkenaan meletakkan versi

    padat sebuah buku di halaman depannya. Justeru itu, semua

    pembaca pasti tidak terlepas pandang terhadapnya, terutama

    bagi penagih Digestseperti Fisher.Readers Digest yang memuatkan versi padat The Road to

    Serfdom itu diterbitkan ketika Hayek sedang berada di atas kapal

    laut dalam perjalanan ke AS untuk mengisi siri kembara syarahan

    yang diatur bersempena penerbitan buku beliau di AS. Tiba di AS,

    beliau mendapati dirinya disambut seperti seorang selebriti:

    Saya diberitahu semua rancangan kami telah diubah: Saya akanberkeliling untuk memberi syarahan di seluruh negara, bermula

    di dewan perbandaran New York... Bayangkan betapa terkejutnya

    saya apabila mereka menghantar saya ke sana, terdapat 3,000

    orang dalam dewan itu, di samping sejumlah yang lain yang

    mengisi bilik-bilik bersebelahan dewan yang dipasang dengan

    pembesar suara. Saya berdiri di sana, di depan selonggok

    mikrofon dan selaut wajah yang jelas sedang menanti-nanti

    dengan penuh harap.2

    1 John Blundell telah membincangkan tentang versi ini secara terperinci dalamLooking back at the condensed version of The Road to Sefdom after 60years, Economic Affairs, Jil. 24, Bil. 1.

    2 Wawancara dengan Hayek dalam The Times, 5 Mei 1985, dikutip dalamCockett, op. cit., hal. 100101.

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    32/160

    J A L A N P E R H A M B A A N

    32

    Sekarang sampai pada kerja penyiasatan. Di penghujung

    musim bunga/awal musim panas tahun 1945, kedua-dua Hayek

    dan Fisher sedang berpindah-randah. Hayek telah meluangkan

    seluruh waktu di zaman perang di Cambridge, tetapi kini

    keadaan telah selamat untuk mengembalikan LSE ke London.

    Fisher pula sepanjang waktu perang telah menghabiskan

    masanya di seluruh UK untuk melatih para juruterbang dari

    segi persenjataan dan beliau telah dinaikkan pangkat menjadi

    Pemimpin Skuadron. Dia juga sedang berpindah ke War

    Office (kini Ministry of Defence), di pusat bandar London,yang jaraknya hanya sepuluh minit perjalanan kaki dari LSE.

    Laurence Hayek dan LSE mengesahkan tarikh perpindahan

    Hayek, manakala rekod Fisher dalam RAF yang didapatkan

    daripada Ministry of Defence oleh anak lelakinya, Mark,

    menyatakan tarikh perpindahannya dengan jelas.

    Ketika ditanya empat puluh tahun kemudian, Hayek dan

    Fisher tidak lagi begitu ingat tentang perkara yang berlakusetelah mereka berpindah. Hayek khususnya pernah menyatakan

    yang dia sama sekali tidak ingat bahawa Fisher pernah datang

    untuk mendapatkan nasihatnya. Fisher pula sebaliknya sentiasa

    mengingati dengan jelas dan konsisten boleh dikatakan hampir

    persis sepatah demi sepatah dialog di antara mereka berdua,

    tetapi dia tidak begitu ingat bagaimana dialog itu terjadi. Saya

    percaya yang berlaku adalah seperti di bawah ini.

    Fisher, si penagih Digest, telah sedia aktif dalam politik

    dan sedang merasa bimbang tentang masa depan negaranya.

    Digest edisi April tahun 1945 sampai ke tangannya sewaktu dia

    sedang berpindah ke London. Setelah membaca rencana muka

    depan majalah itu, dia terperasan bahawa pengarangnya sedang

    berada di University of London. Dia membuat satu panggilan

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    33/160

    F R E I D R I C H A . H AY E K

    33

    telefon dan mendapat pengesahan bahawa LSE telah berpindah

    balik ke tempat asalnya. Pada suatu waktu makan tengahari

    atau petang, Fisher telah berjalan dari pejabatnya ke LSE dan

    mengetuk pintu Hayek. Fisher mengingati susun-atur pejabat

    Hayek secara terperinci dan tepat, termasuk kedudukannya yang

    hampir dengan pejabat Harold Laski, seorang tokoh sosialis yang

    digeruni. Menurut Fisher, selepas perbualan kecil (sesuatu yang

    tidak pandai dilakukan oleh kedua-duanya), mereka berbual

    seperti berikut:

    Fisher: Saya berkongsi kerisauan dan kebimbangan yang sama dengan

    yang anda ungkapkan dalam The Road to Serfdomdan saya

    ingin terjun ke dalam politik untuk membetulkan keadaan.

    Hayek: Jangan! Halatuju masyarakat hanya akan berubah menerusi

    perubahan dalam soal idea. Anda mesti terlebih dahulu men-

    depani para cendekiawan, guru, dan penulis, dengan hujah

    yang munasabah. Pengaruh merekake atas masyarakat yangakan memberi kesan, manakala ahli-ahli politik akan menurut.

    Petikan ini saya bingkaikan di depan meja saya,

    bersebelahan kata-kata Keynes yang masyhur: Buah-buah

    fikiran ahli ekonomi dan filasuf politik, sama ada sewaktu

    mereka [mengemukakan pandangan yang] benar atau salah,

    lebih berpengaruh daripada yang umumnya difahami. Malah,

    tidak banyak hal lain yang mempengaruhi dunia ini. Orang-

    orang kebanyakan yang merasa diri mereka terkecuali daripada

    sebarang pengaruh intelektual biasanya menjadi hamba kepada

    ahli ekonomi yang telah mati.1

    1 Keynes, The General Theory of Employment, Interest and Money, op. cit., hal. 383.

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    34/160

    J A L A N P E R H A M B A A N

    34

    Untuk perkara terakhir tentang persoalan ini, izinkan saya

    mengutip kata-kata Fisher sendiri yang beliau ungkapkan pada

    3 Julai 1985 di IEA sewaktu majlis meraikan ulangtahun IEA

    yang ke-30. (Sepatutnya ia adalah ulangtahun penerbitan buku

    pertama IEA yang diterbitkan pada Jun 1955 dan bukannya

    ulangtahun penubuhan IEA yang diperbadankan pada November

    1955 atau pembukaan rasminya pada tahun 1957.) Di majlis

    pada Julai 1985 itu Fisher berkata:

    Hari itu agak istimewa bagi saya apabila Friedrich Hayek

    memberikan saya nasihat. Ia berlaku hampir tepat-tepat empat

    puluh tahun yang lalu dan telah sama sekali mengubah hidup

    saya. Friedrich yang telah menggerakkan saya ... dan dua

    perkara yang disebutnya dulu telah memastikan IEA berada di

    landasannya. Pertama, untuk menjauhi politik dan, kedua, untuk

    menyediakan landasan intelektual ... kalau anda boleh berpegang

    pada dua hukum ini, anda akan dapat menghindari banyakmasalah dan melakukan banyak kebaikan.

    Seperti saya telah sebut, 30 tahun kemudiannya, tidak

    terhitung di sekian banyak kesempatan, Hayek tidak menafikan

    bahawa peristiwa tersebut pernah terjadi atau menafikan

    bahawa beliau pernah memberikan nasihat itu. Beliau cuma

    mengatakan yang beliau tidak mengingatinya. Tetapi nasihat

    itu amat ke-Hayek-an dan selari dengan esei beliau yang klasik,

    The Intellectuals and Socialism, yang terbit hanya beberapa

    tahun kemudian dan baru saja diterbitkan semula oleh IEA.1

    Ini bukanlah cetakbiru untuk tindakan mendepani para

    1 F. A. Hayek, The Intellectuals and Socialism, Rediscovered Riches Bil. 4, IEA,London, 1998.

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    35/160

    F R E I D R I C H A . H AY E K

    35

    cendekiawan dan sememangnya dalam dekad berikutnya tidak

    banyak kesan boleh dilihat daripada perbualan itu, walaupun tiga

    usahawan intelektual Amerika yang juga telah bertemu dengan

    Hayek telah mula melakukan sesuatu di AS.

    J A L A N M E N U J U I E A

    Hayek mengajar di LSE, bercerai di Arkansas, berkahwin

    semula, berpindah ke Chicago dan menulis The Constitution of

    Liberty.Fisher mencuba kerja saham; menjadi peladang; menulis

    The Case for Freedom,2 sebuah monograf yang amat terus

    mata;3 mengimport idea perladangan dan pengilangan ayam;

    membela kebebasan menerusi pelbagai jenis kempen; melawat

    AS untuk mencari model-model institut yang boleh beliau

    contohi; menerbitkan The Free Convertibility of Sterling oleh

    George Winder;4

    menubuhkan Institute of Economic Affairs,menggaji Ralph Harris dan, seperti yang selalu dilakukannya,

    membiarkan orang yang digajinya bekerja dengan lancar tanpa

    campurtangannya. (Ketika beliau meletakkan di tangan saya

    masa depan Atlas Economic Research Foundation, sebuah badan

    yang dikhususkan untuk usaha membina badan-badan pemikir

    seperti IEA di seluruh dunia, dia menjelaskan kepada saya

    sejelas-jelasnya bahawa dia sentiasa bersedia untuk membantu

    jika saya perlukan bantuan, tetapi dia benar-benar berharap saya

    akan mencari jalan sendiri.)

    2 A. Fisher, The Case for Freedom, Runnymede Press, London, tt.3 Terus mata:jangkaan atau ramalan yang kemudiannya benar-benar berlaku penterjemah.

    4 G. Winder, The Free Convertibility of Sterling, The Batchworth Press untukInstitute of Economic Affairs, London, 1955.

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    36/160

    J A L A N P E R H A M B A A N

    36

    Awalnya, di penghujung tahun 1950an, belum jelas apa

    yang hendak dilakukan oleh IEA. Buku berkenaan kawalan

    pertukaran wang karangan Winder agak tipis, mudah digahami,

    dan topiknya pula agak sempit tetapi penting. Sebanyak 2,000

    naskhah telah dijual dalam masa yang singkat berkat ulasan

    Henry Hazlitt dalam Newsweek. Malangnya, pencetak yang juga

    menjual buku untuk Antony telah muflis, lalu nama dan alamat

    2,000 pembeli itu telah hilang. Tetapi Fisher telah melawat

    Foundation for Economic Education di Irvington-on-Hudson,

    New York, telah mengetahui tentang kewujudan majalahnya,The Freeman, dan masih meminati Readers Digest. Harris

    asalnya seorang ahli politik yang cergas dalam partinya, tetapi

    beliau beralih menjadi ahli akademik dan pengarang editorial,

    manakala Arthur Seldon, pengarah editorial yang pertama,

    pernah menjadi pembantu penyelidikan kepada ahli ekonomi

    terkemuka dari LSE, Arnold Plant, sebelum menjadi ahli

    ekonomi utama bagi sebuah pertubuhan pembuat arak. Denganlatar belakang pengalaman yang caca-marba ini akademik,

    perniagaan, politik, wartawan terhasillah monograf-monograf

    unik terbitan IEA yang mengandungi pengetahuan ekonomi

    terbaik dalam bahasa Inggeris yang bagus dan bebas daripada

    jargon, ditulis oleh ahli akademik (sebahagian besarnya) dan

    penulis-penulis separa-akademik, dalam bahasa yang boleh

    difahami oleh orang kebanyakan namun masih berguna untuk

    para pakar.

    Sukar untuk mendapatkan pengarang di awalnya, begitu

    juga untuk mendapatkan wang, ulasan dan untuk meningkatkan

    jualan. Ada waktu-waktunya semua orang terpaksa meletakkan

    pena untuk mencari wang atau cepat-cepat mengangkat balik

    pena untuk sama-sama mengarang sebuah kertas penyelidikan.

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    37/160

    F R E I D R I C H A . H AY E K

    37

    Kejayaan pertama yang paling jelas bagi usaha ini diilhamkan

    daripada The Road to Serfdom, dengan nasihat Hayek,

    dilaksanakan oleh Fisher serta dikendalikan oleh Harris

    dan Seldon adalah pemansuhan Resale Price Maintenance

    pada tahun 1964, suatu pembaharuan yang menakjubkan.

    Ia membawa kepada pengharaman cara penetapan harga

    barangan yang diamalkan oleh para pengeluar iaitu dengan

    mencetak harga pada sesuatu barang serta mencabut larangan

    terhadap pendiskaunan. Sebelum pemansuhan itu, pembeli

    tidak mempunyai banyak pilihan. Perubahan ini menyebabkanTories kehilangan undi pemilik-pemilik perniagaan kecil

    dan menyebabkan mereka hilang kuasa selama enam tahun,

    tetapi ia telah mengubah ekonomi UK dan membolehkan

    para pemilik kedai berkembang. Ia telah diramalkan secara

    jelas dalam kajian terbitan IEA pada tahun 1960, Resale Price

    Maintenance and Shoppers Choice, yang dibuat oleh Basil

    Yamey.1

    Setelah itu muncul kejayaan-kejayaan lain dan dayapendorong IEA semakin berkembang, namun apa yang berlaku

    pada Hayek dan Fisher?

    Hayek telah berpindah kembali ke Eropah dari Chicago dan

    pada Disember 1974 telah menerima Hadiah Nobel. Usianya

    telah mencecah 75 tahun dan kesihatannya tidak begitu baik.

    Dia juga kemurungan. Bagaimanapun hadiah (dan nilai cek yang

    besar) itu telah menceriakannya.

    Fisher telah menjual perniagaan ayamnya pada harga

    jutaan paun dan melaburkan sebahagian besar daripada saham

    minoritinya ke dalam perladangan penyu yang berada pada

    1 B. S. Yamey, Resale Price Maintenance and Shoppers Choice, Hobrat PaperBil. 1, IEA, London, 1960.

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    38/160

    J A L A N P E R H A M B A A N

    38

    tahap eksperimental di Kepulauan Cayman. Eksperimen itu

    membuahkan hasil yang mengagumkan, tetapi para pejuang

    alam sekitar telah menutup pasarannya yang terbesar Amerika

    Syarikat.1 Beliau enggan berselindung di sebalik liabiliti yang

    terbatas dan menggunakan baki wangnya untuk membayar

    semua hutang.

    1974 kini 30 tahun selepas penerbitan The Road to

    Serfdom adalah tahun yang penting bagi Fisher juga kerana

    setelah bebas dari memikirkan tentang urusan perniagaan

    beliau mempunyai masa untuk melayan para ahli perniagaandan pihak-pihak ain dari seluruh dunia yang menyaksikan

    perkembangan pengaruh IEA dan datang untuk mendapatkan

    nasihatnya.

    M E N A N A M B E N I H

    Maka usahawan yang kemudiannya menjadi juruterbangpesawat pejuang dan kemudiannya menjadi pelatih persenjataan,

    broker saham, peladang tenusu, pelopor perladangan ayam

    dan seterusnya penyelamat penyu menjadi Johnny Appleseed

    bagi gerakan pasaran bebas, berkelana ke seluruh dunia untuk

    membantu menubuhkan badan-badan seperti IEA.

    Mula-mula beliau menyertai Fraser Institute yang ketika

    itu baru ditubuhkan di Vancouver, BC; tidak lama kemudian

    beliau ke Australia untuk membantu Greg Lindsay di Centre

    for Independent Studies; menggaji David Theroux (yang ketika

    makalah ini ditulis baru saja meninggalkan Cato Institute)

    1 Untuk cerita lengkap sila lihat P. dan S. Fosdick,Last Chance Lost: Can andShould Farming Save the Green Sea Turtle?, Irvin S. Naylor, York, PA, 1994.

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    39/160

    F R E I D R I C H A . H AY E K

    39

    untuk menubuhkan Pacific Research Institute di San Francisco;

    memberi sokongan kepada Butler besaudara dan Madsen Pirie

    ketika mereka mengasaskan Adam Smith Institute di London;

    dan bersama William Casey menubuhkan Manhattan Institute

    yang di peringkat penubuhannya kedua-dua pengasas ini hanya

    duduk di atas kotak barangan dalam pejabat yang kosong.

    Hampir sepuluh tahun diambil untuk melahirkan Institut

    Nombor 1 IEA. Selama dua puluh tahun ia menjadi satu-

    satunya badan pemikir untuk pasaran bebas, tetapi setelah itu

    dalam jangkamasa hanya enam tahun lima lagi badan pemikirsepertinya lahir, dan suasana mula meriah. Pada tahun 1981,

    Fisher menubuhkan Atlas Economic Research Foundation

    untuk dijadikan titik tumpu bagi institut-institut dan untuk

    menyalurkan dana permulaan. Ketika kewafatan beliau pada

    tahun 1988, lebih 30 institut telah tertubuh di sekitar 20 buah

    negara. Pada tahun 1991 pula 80 tersenarai dan kini saya

    menghitung kewujudan sekitar 100 buah institut [pasaranbebas] di 76 buah negara.

    Semua ini boleh ditelusuri kembali kepada si ahli ekonomi

    muda, bukunya, versi padat Readers Digest, dan seorang

    pegawai angkatan tentera udara British ... menerusi IEA ...

    menerusi CIS/PRI/ASI/Manhattan dan Fraser ... sampai kepada

    100 institut di 76 buah negara hari ini yang sedang bersama-

    sama mengubah dunia.

    Untuk memberi gambaran lebih jelas tentang dampak

    IEA, izinkan saya menutup dengan sebuah kisah daripada Lord

    Howell dari Guildford yang menjadi menteri di tahun 1980an.

    Beliau datang ke pejabat saya baru-baru ini dan menuding ke

    sebuah meja mesyuarat yang besar. Meja yang saya gunakan

    untuk membuat kerja setiap hari itu didermakan oleh Antony

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    40/160

    J A L A N P E R H A M B A A N

    40

    pada lewat tahun 1960an. Kata Howell, Kamu tahu, John, di

    meja itulah kami kali pertama berbincang secara serius tentang

    penswastaan pada tahun 1968. Gagasan itu bercambah pada

    tahun 1970an, mula dilaksanakan pada 1980an dan pada tahun

    1990an berkembang marak di seluruh dunia. Jawab saya: Ya,

    cukup marak sehinggakan pendapatan daripada penswastaan

    di seluruh dunia tahun lepas mencecah $100 bilion buat kali

    pertama.

    Inilah kisah penting yang harus kami ceritakan dansemuanya bermula dengan edisi padat The Road to Serfdom

    dan versi kartun yang hanya baru-baru ini ditunjukkan kepada

    saya oleh Laurence Hayek. Silakan membaca edisi padat yang

    pertama kali diterbitkan semula setelah penerbitan asalnya

    dalam Readers Digest, dan fikirkanlah semua perubahan yang

    terjadi kerananya: semua penderitaan yang berjaya dihindari dan

    semua kemakmuran yang telah tercipta.

    JOHN BLUNDELL

    November 1999

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    41/160

    41

    Dengan The Road to Serfdom, tulis Henry Hazlitt dalam

    New York Times, Freidrich A. Hayek telah menulis salah

    sebuah buku terpenting bagi generasi kita. Ia mengungkapkan

    semula buat zaman kita ini permasalahan di antara kebebasan

    dan kekuasaan. Ia adalah sebuah peringatan yang menyentak

    semua para perancang dan sosialis yang berniat baik, semuademokrat yang tulus hati, dan semua orang yang berjiwa liberal

    agar berhenti, melihat dan mendengar.

    Sang pengarang adalah seorang ahli ekonomi yang terkenal

    di peringkat antarabangsa. Beliau yang berbangsa Austria

    pernah menjadi pengarah Austrian Institute for Economic

    Research dan pensyarah dalam bidang ekonomi di University of

    Vienna di tahun-tahun kebangkitan fasisme di Eropah Tengah.

    Beliau tinggal di England sejak tahun 1931 sewaktu menjadi

    professor dalam bidang ilmu ekonomi di University of London

    dan menjadi warganegara British.

    PRAKATA KEPADAEDISI PADAT THE ROADTO SERFDOMTERBITAN

    READER'S DIGEST

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    42/160

    J A L A N P E R H A M B A A N

    42

    Professor Hayek dengan daya penaakulannya yang

    tajam dan teliti telah menyuarakan peringatan suram kepada

    orang-orang Amerika dan Britain yang mahu mendapatkan

    pertolongan kerajaan untuk keluar daripada semua masalah

    ekonomi. Beliau menunjukkan betapa Fasisme dan Sosialisme

    Nasional yang disebut oleh Jerman itu adalah kesan yang pasti

    daripada peningkatan kawalan dan kuasa negara, perancangannasional dan sosialisme.

    Dalam prakata kepada The Road to Serfdom, John

    Chamberlain, editor buku majalah Harpers, menulis: Buku

    ini adalah teriakan amaran di zaman ketidakpastian. Ia

    berkata kepada kita: Berhenti lihat dan dengar. Logiknya

    tidak terbantahkan, dan ia harus mendapat sebanyak mungkin

    pembaca.

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    43/160

    43

    (TERJ EMAHAN ATAS NOTA DI SA MPUL B UKU YANG

    DITULIS OLEH HAYEK UNTUK EDISI PERTAMA)

    Apakah kita mampu membayangkan tragedi yang lebih

    besar daripada ini, iaitu dalam usaha kita untuk secara sedar

    membentuk masa depan kita selari dengan ideal-ideal yang tinggi,

    secara tidak sengaja kita menerbitkan hasil-hasil yang amat

    berlawanan dengan tujuan yang ingin kita capai?

    Hujah bahawa hanya kejahatan khusus orang Jerman yang

    telah menghasilkan sistem Nazi akan digunakan sebagai alasan

    untuk memaksakan ke atas kita institusi-institusi yang telah

    menghasilkan kejahatan itu.

    Totalitarianisme adalah perkataan baru yang telah kita ambil

    untuk memperihalkan sesuatu yang tidak terjangka tetapi

    merupakan cerminan-cerminan yang tak terpisahkan bagi

    sesuatu yang kita sebut secara teorinya sebagai sosialisme.

    Dalam sebuah sistem yang terancang, kita tidak boleh

    membataskan tindak kolektif setakat tugas-tugas yang kita

    persetujui, sebaliknya kita dipaksa untuk menghasilkan

    persetujuan atas setiap sesuatu bagi membolehkan

    sebarang tindakan dilaksanakan.

    Semakin banyak negara merancang semakin sukar

    untuk individu membuat perancangan.

    RINGKASAN

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    44/160

    J A L A N P E R H A M B A A N

    44

    Kebebasan ekonomi yang menjadi prasyarat bagi segala jenis

    kebebasan yang lain tidak membawa maksud bebas daripada

    masalah ekonomi seperti yang dijanjikan oleh para sosialis,

    kerana kebebasan sebegitu hanya boleh dicapai dengan cara

    turut menghapuskan keperluan dan kuasa memilih individu:

    yang dimaksudkan dengan kebebasan ekonomi ialah kebebasan

    untuk menjalankan kegiatan ekonomi yang, dengan adanya hak

    untuk memilih, ia tidak dapat tidak akan turut mengundang

    risiko dan tanggungjawab daripada hak tersebut.

    Apa yang telah generasi kita lupakan ialah bahawa sistem

    hartabenda peribadi adalah jaminan kebebasan yang terpenting,

    bukan saja untuk para pemilik hartabenda, tidak kurang

    juga untuk orang yang tidak memiliki hartabenda.

    Kita tidak seharusnya mencegah penyalahgunaan kuasa jika

    kita tidak bersedia untuk membataskan kuasa secara yangadakalanya akan turut mencegahnya daripada digunakan

    untuk tujuan yang baik.

    Kita semua akan mendapat untung jika kita mampu mencipta dunia

    yang sesuai untuk negara-negara (kerajaan-kerajaan) yang kecil.

    Perkara pertama perlu dibuat ialah membebaskan diri kita

    daripada sikap berselindung-selindung yang cuba membisikkan

    kepada kita bahawa perkara-perkara yang kita lakukan di hari

    kelmarin semuanya sama ada tindakan yang bijak atau tidak

    dapat dielakkan. Kita takkan menjadi lebih bijak sebelum kita

    belajar menerima bahawa sebahagian besar tindakan kita yang

    lampau adalah bodoh.

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    45/160

    JALAN

    PERHAMBAAN

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    46/160

    46

    [TERJ EMAHAN KE ATAS V ERSI PADAT

    THE ROAD TO SERFDOMYANG DITERBITKAN

    OLEH READERS DIGESTEDISI APRIL 1945]

    Penulis telah menghabiskan separuh daripada kehidupan

    dewasanya di tanahairnya di Austria, mengikuti dengan dekatpemikiran Jerman, dan sebahagian lagi di Amerika Syarikat dan

    England. Di dua buah negara terakhir ini, penulis semakin yakin

    bahawa sebahagian faktor yang telah memusnahkan kebebasan

    di Jerman juga wujud di sini.

    Begitu hebatnya pencabulan hak dan kezaliman yang

    dilakukan oleh pihak Nazi (Nationnalsozialismusatau Sosialis

    Nasional) tambah meyakinkan kita bahawa sistem totalitariantidak mungkin wujud di AS dan England. Tetapi, kita perlu

    ingat bahawa 15 tahun dahulu kemungkinan munculnya sistem

    totalitarian di Jerman juga amat kecil, bukan hanya di mata

    sembilan persepuluh daripada penduduk Jerman tetapi juga di

    mata pemerhati asing yang paling berseteru.

    Terdapat banyak ciri yang suatu waktu dulu dianggap sebagai

    ciri-ciri tipikal Jerman kini juga mencirikan Amerika Syarikat

    dan England. Terdapat juga banyak gejala yang menunjukkan

    petanda yang kedua-dua negara ini semakin berkembang ke

    arah yang sama pernah dilalui Jerman: penghormatan yang

    semakin bertambah kepada negara, ketundukan terhadap aliran

    yang tak terbendung dan keghairahan untuk mengatur setiap

    sesuatu (yang kita sekarang panggil sebagai perancangan).

    JALAN PERHAMBAAN

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    47/160

    47

    Ciri-ciri ancaman ini tidak begitu difahami di sini berbanding

    di Jerman dahulu. Tragedi paling besar masih belum terlihat,

    bahawa di Jerman sebahagian besar mereka yang berniat baiklah

    yang, menerusi dasar-dasar sosialis, menyediakan jalan bagi

    bercambahnya segala anasir jahat yang mereka sendiri benci.

    Tidak ramai yang dapat mengenal-pasti bahawa kebangkitanfahaman Fasis dan Marxist bukanlah sebagai reaksi terhadap

    aliran sosialis zaman sebelum itu, tetapi merupakan natijah yang

    sememangnya lahir sebagai akibat daripada kecenderungan

    sosialis. Yang nyata, kebanyakan pemimpin pergerakan seperti

    ini, bermula daripada Mussolini dan seterusnya (termasuk Laval

    dan Quisling) bermula sebagai sosialis dan berakhir sebagai

    Fasis atau Nazi.Dalam negara-negara yang mengamalkan demokrasi

    sekarang ini ramai yang secara jujur membenci semua bentuk

    manifestasi golongan Nazi sedang memperjuangkan ideal yang

    sekiranya tercapai akan menghasilkan tirani yang amat dibenci.

    Kebanyakan daripada orang yang pandangannya mempengaruhi

    pembangunan sedikit-sebanyak boleh dianggap sosialis. Mereka

    ini percaya bahawa kehidupan ekonomi sepatutnya dirancang

    secara sedar dan kita perlu menggantikan sistem ekonomi

    persaingan dengan perancangan ekonomi. Namun begitu, apakah

    ada tragedi yang lebih besar dapat kita bayangkan selain daripada,

    dalam kesungguhan untuk mencorakkan masa depan secara sedar

    berasaskan ideal tinggi, kita, sebaliknya, menghasilkan sesuatu

    yang langsung berlawanan dengan apa yang kita usahakan?

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    48/160

    J A L A N P E R H A M B A A N

    48

    P E R A N C A N G A N D A N K U A S A

    Bagi mencapai matlamat akhir, pihak perancang perlu

    mewujudkan kuasa yakni kuasa seseorang manusia ke atas

    manusia lain kekuasaan yang kehebatannya tidak pernah

    sebelum ini diketahui. Kejayaan mereka akan bergantung

    kepada setakat mana mereka berjaya mendapatkan kuasa

    itu. Demokrasi merupakan batu penghalang kepada usaha

    mengekang kebebasan yang perlu dibuat demi melancarkan

    kegiatan ekonomi yang berpusat. Maka terjadilah pertembungandi antara perancangan dan demokrasi.

    Ramai sosialis yang mempunyai ilusi tragik bahawa dengan

    menidakkan individu kuasa yang mereka miliki dalam sistem

    individualis dan memindahkan kuasa ini kepada masyarakat,

    maka mereka akan berhasil untuk menghapuskan kuasa itu.

    Apa yang mereka gagal lihat adalah, dengan memusatkan kuasa

    (supaya ia dapat digunakan di dalam satu perancangan) kuasaitu bukan sahaja diubah, malah ia dipertingkatkan. Dengan

    penyatuan kuasa-kuasa yang dahulu dimiliki dan dapat digunakan

    oleh banyak orang ke tangan badan yang tunggal, kuasa yang

    terhasil adalah semestinya lebih besar berbanding yang pernah

    wujud sebelumnya, jangkauannya juga lebih jauh.

    Kita tersalah menganggap bahawa kuasa besar yang

    dimiliki sebuah badan perancangan pusat tidak lebih hebat

    daripada kuasa yang dimiliki dan digunakan secara kolektif oleh

    sebuah lembaga pengarah syarikat swasta. Dalam masyarakat

    yang bersaing, tiada siapa pun memiliki walau sebahagian

    kecil daripada kuasa besar yang dimiliki oleh sebuah lembaga

    perancangan sosialis. Nyah-pemusatan kuasa (desentralisasi)

    adalah langkah mengurangkan kadar kuasa mutlak, dan sistem

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    49/160

    F R E I D R I C H A . H AY E K

    49

    persaingan merupakan satu-satunya sistem yang dirangka

    untuk mengurangkan jumlah kuasa yang dimiliki oleh suatu

    pihak manusia ke atas manusia yang lain. Siapa yang mampu

    menyangkal bahawasanya kuasa yang dimiliki oleh seorang

    jutawan, yang mungkin merupakan majikan saya, ke atas saya,

    adalah jauh kurang berbanding kuasa seorang kakitangan

    kerajaaan atau birokrat kecil yang mempunyai kuasa pemaksa

    sebuah negara, yang berkuasa menentukan corak hidup dan

    pekerjaan saya?

    Dalam ertikata yang sebenar, seorang pekerja kurang mahiryang dibayar sedikit gaji di dalam negara ini mempunyai lebih

    kuasa untuk membentuk kehidupannya sendiri berbanding

    kebanyakan majikan yang tinggal di Jerman atau seorang

    jurutera atau pengurus yang dibayar gaji tinggi di Russia. Jika

    dia mahu bertukar pekerjaan atau tempat tinggal, jika dia

    mahu memegang pandangan peribadi tertentu, atau bersantai

    mengikut caranya yang tersendiri, dia tidak akan menghadapisebarang halangan. Tidak ada ancaman terhadap keselamatan

    tubuh badan dan kebebasannya, tidak ada kekangan, dengan

    jalan paksaan dan kekerasan, untuk menerima tugas atau

    keadaan yang telah ditetapkan oleh seorang yang lebih berkuasa

    ke atasnya.

    Generasi kita memang telah lupa bahawa sistem pemilikan

    harta persendirian (private property) merupakan jaminan

    terpenting untuk kebebasan. Oleh kerana kawalan ke atas sumber

    pengeluaran dibahagikan kepada banyak orang yang bertindak

    secara bebas, maka kita, para individu, dapat memutuskan

    perbuatan dan tindakan kita sendiri. Apabila semua sumber

    pengeluaran diletakkan, secara terpusat, ke dalam satu tangan

    sahaja, sama ada ia adalah tangan masyarakat atau seorang

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    50/160

    J A L A N P E R H A M B A A N

    50

    diktator, maka tangan yang memegang kawalan inilah yang

    akan mempunyai kuasa penuh ke atas kita. Di tangan individu,

    apa yang dinamakan kuasa ekonomi itu mampu menjadi alat

    memaksa, tetapi ia tidak dapat menjadi alat untuk mengawal

    seluruh kehidupan seseorang. Tetapi, apabila kuasa ekonomi

    dipusatkan untuk menjadi alat kuasa politik, ia menciptakan

    kebergantungan yang amat mirip dengan perhambaan. Benarlah

    kata-kata bahawa di dalam negara yang satu-satunya majikan

    adalah kerajaan, membangkang bererti memilih untuk perlahan-

    lahan mati kebuluran.

    L A T A R B E L A K A N G K E P A D A B A H A Y A

    Individualisme, adalah berbeza daripada sosialisme dan

    lain-lain bentuk totalitarianisme. Ia berasaskan penghormatan

    yang diberikan agama Kristian ke atas individu manusia dan

    kepercayaan bahawa manusia lebih baik dibiarkan bebasuntuk mengembangkan bakat dan kecenderungan masing-

    masing individu. Falsafah ini, mulanya berkembang sewaktu

    zaman Renaisans, tumbuh dan membiak menjadi apa yang

    kita kenali sekarang sebagai Tamadun Barat. Secara umumnya,

    arah tuju pembangunan sosial adalah untuk membebaskan

    individu daripada ikatan-ikatan yang mengekangnya di dalam

    masyarakat feudal.

    Mungkin kesan terbaik rentetan daripada usaha mem-

    bebaskan keupayaan individu ini adalah perkembangan hebat

    yang disaksikan dalam bidang sains. Hanya sejak kebebasan

    industri membuka ruang kepada penggunaan pengetahuan

    baru secara bebas, hanya sejak setiap sesuatu boleh diuji

    jika seseorang itu berani menanggung risiko sendiri barulah

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    51/160

    F R E I D R I C H A . H AY E K

    51

    sains berjaya mengorak langkah sehingga perkembangannya

    yang pesat dalam tempoh 150 tahun terakhir ini telah merubah

    wajah dunia. Natijah perkembangan ini melangkaui sebarang

    jangkaan. Sewaktu apa-apa sahaja halangan yang mengekang

    manusia dari menggunakan kebijaksanaannya dicabut, ia

    dengan pantas dapat memenuhi pelbagai kemahuannya.

    Menjelang awal kurun ke-20 para pekerja di dunia Barat

    telah sampai ke tahap keselesaan materi, keselamatan dan

    kebebasan individu yang 100 tahun sebelum itu kelihatan

    mustahil dicapai.Kesan kejayaan ini menimbulkan keyakinan kepada manusia

    tentang keupayaan mereka untuk menentukan nasib sendiri, rasa

    yakin dengan kemungkinan tidak terbatas bagi memperbaiki

    keadaan diri. Apa yang dicapai dianggap sebagai milik yang

    terjamin dan tidak mungkin luput, diraih untuk selama-

    lamanya; dan kadar pertumbuhan ekonomi mula dirasakan

    terlalu perlahan. Lebih jauh dari itu, prinsip-prinsip yangmemungkinkan perkembangan ini mula dilihat sebagai halangan

    bagi pertumbuhan yang lebih pantas dan untuk itu harus segera

    diketepikan. Dalam ertikata lain, kejayaan liberalisme telah

    menjadi sebab kepada kejatuhannya.

    Mereka yang waras tidak akan meragui bahawa prinsip-

    prinsip ekonomi kurun ke-19 hanyalah permulaan bahawa

    terdapat kemungkinan besar untuk kita melangkah lebih jauh

    bermula dari asas yang awal. Tetapi, menurut pandangan yang

    dominan hari ini, persoalannya bukan lagi bagaimana kita dapat

    menggunakan sebaik-baiknya tenaga spontan yang ditemui

    dalam sebuah masyarakat yang bebas. Kita mula mengenepikan

    tenaga-tenaga ini dan menggantikannya dengan pengarahan

    secara kolektif dan penuh sedar.

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    52/160

    J A L A N P E R H A M B A A N

    52

    Adalah signifikan bahawa pengguguran liberalisasi,

    sama ada terucap melalui sosialisme dalam bentuknya yang

    radikal atau sekadar sebagai `pengurusan atau `perancangan,

    telah disempurnakan di Jerman. Pada penghujung suku tahun

    terakhir kurun ke-19, dan bahagian suku pertama kurun ke-

    20, Jerman telah jauh bergerak ke hadapan dari segi teori

    dan amali sosialisme, sehinggakan perbincangan di Russia

    hari ini sebahagian besarnya berkisar mengenai perkara yang

    telah dimulakan tetapi belum selesai dibincangkan oleh orang

    Jerman. Sebelum zaman Nazi lagi, orang Jerman telah lamamengasak konsep liberalisme, demokrasi, kapitalisme dan

    individualisme.

    Jauh sebelum zaman Nazi juga, para sosialis di Jerman

    dan Itali telah menggunakan teknik-teknik yang kemudiannya

    diguna-pakai oleh pihak Nazi dan Fasis. Idea mewujudkan

    parti politik yang menentukan semua kegiatan seorang individu

    bermula dari buaian ke liang lahad, yang dikatakan sebagaimampu memberi pedoman bagi membentuk pendapatnya

    dalam semua perkara, telah mula-mula diamalkan oleh

    pihak sosialis. Pihak sosialis, dan bukan pihak fasis, yang

    telah mula-mula sekali mengumpul anak-anak kecil setahun

    jagung untuk memasuki organisasi politik agar dapat dibentuk

    pemikirannya. Pihak sosialis dan bukan pihak fasis yang

    sebenarnya mula terfikir untuk menganjurkan rancangan

    sukan dan permainan, seperti bola sepak dan mendaki

    bukit, di kelab parti supaya ahli-ahli parti tidak dicemari

    oleh pendapat pihak-pihak lain. Pihak sosialis sebenarnya

    yang mula-mula menekankan bahawa ahli parti sepatutnya

    membezakan diri mereka daripada orang lain melalui cara-

    cara sapaan khusus dan lain-lain bentuk ucapan. Sebenarnya

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    53/160

    F R E I D R I C H A . H AY E K

    53

    sosialislah, menerusi penyusunan sel-sel dan alat-alat untuk

    pemantauan kehidupan peribadi, yang menciptakan prototaip

    bagi sebuah parti totalitarian.

    Sewaktu Hitler mula berkuasa, liberalisme telah mati di

    Jerman. Dan pembunuhnya ialah sosialisme.

    Kebanyakan mereka yang memerhatikan secara dekat

    peralihan sosialisme kepada fasisme akan lebih jelas tentang

    hubungan antara kedua-dua sistem berkenaan. Tetapi di

    banyak negara, majoriti rakyat masih percaya bahawa

    sosialisme dan kebebasan dapat digabungkan. Mereka tidaksedar bahawa sosialisme demokratik, utopia agung beberapa

    generasi terakhir ini, bukan sahaja tidak dapat dicapai, bahkan

    usaha ke arah itu sahaja dapat menghasilkan natijah yang

    bertentangan pemusnahan kebebasan itu sendiri. Seperti

    yang telah dikatakan dengan tepat: Yang sering menjadikan

    sebuah negara itu neraka dunia adalah apabila manusia cuba

    menjadikannya syurga.Kurang menyenangkan melihat keadaan di England dan

    Amerika Syarikat hari ini, di mana berlakunya kewujudan

    penggabungan kuasa-kuasa dan kebencian yang hampir sama

    terhadap semua perkara yang bersifat liberal mengikut makna

    asalnya. Sosialisme konservatif merupakan slogan yang

    digunakan oleh banyak penulis, sehingga mewujudkan suasana

    yang menyuburkan perkembangan falsafah Sosialisme Nasional.

    Aliran dominan masakini adalah sosialisme konservatif.

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    54/160

    J A L A N P E R H A M B A A N

    54

    K A E D A H L I B E R A L D A L A M P E R A N C A N G A N

    Populariti perancangan sebahagian besarnya bergantung

    kepada hakikat bahawa setiap orang ingin, tentunya, menangani

    masalah bersama dengan berfikir sejauh mungkin. Pertikaian

    di antara perancang moden dan pihak liberal bukan sama

    ada kita perlu menggunapakai pemikiran sistematik di dalam

    kehidupan atau tidak. Pertikaiannya ialah tentang apakah cara

    yang terbaik untuk melakukannya. Persoalannya adalah samaada kita perlu mewujudkan satu keadaan di mana ilmu dan

    inisiatif individu diberikan ruang sepenuhnya agar mereka itu

    dapat membuat perancangan terbaik; atau sama ada kita perlu

    mengarah dan menyusun semua aktiviti ekonomi mengikut satu

    cetak biru yang secara sedar menyusun dan mengarahkan

    sumber-sumber masyarakat digunakan menurut pendapat para

    perancang tentang siapa yang patut dapat apa.Penting bagi kita untuk tidak keliru antara penentangan

    terhadap jenis perancangan yang disebutkan di akhir

    perenggan di atas dengan laissez-faire yang dogmatik.

    Hujahan liberal tidak menyeru kita ke arah sikap pasif;

    sebenarnya ia mendukung langkah memanfaatkan sebaiknya

    keupayaan bersaing sebagai kaedah untuk menyelenggara

    usaha manusia. Perkara ini berasaskan keyakinan bahawa

    persaingan yang berkesan, di mana saja ia dapat dibentuk,

    merupakan cara yang lebih baik untuk membimbing usaha

    individu berbanding kaedah lain. Ia menekankan bahawa

    bagi memastikan persaingan itu menghasilkan manfaat maka

    kerangka undang-undang yang dirumuskan dengan teliti

    diperlukan, dan bahawa peruntukan undang-undang yang

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    55/160

    F R E I D R I C H A . H AY E K

    55

    sedia ada ataupun undang-undang yang terdahulu tidak bebas

    daripada sebarang kecacatan yang serius.

    Bagaimanapun, liberalisme menentang jika persaingan

    itu digantikan dengan kaedah membimbing kegiatan ekonomi

    lain yang lebih lemah. Dan ia menganggap persaingan sebagai

    yang terbaik bukan hanya kerana kerapkali ia merupakan

    kaedah yang paling berkesan, tetapi kerana ia merupakan

    satu-satunya kaedah yang tidak memerlukan campurtangan

    bercorak memaksa atau sewenang-wenang oleh pihak berkuasa.

    Persaingan tidak memerlukan pengawalan masyarakat secarasedar dan memberikan individu peluang untuk menentukan

    sama ada peluang-peluang yang wujud dalam sesuatu pekerjaan

    itu sepadan sebagai galang-ganti kekurangannya.

    Persaingan tidak menghalang sesetengah bentuk

    campurtangan kerajaan. Sebagai contoh, langkah menghadkan

    waktu bekerja, mengawal kebersihan, atau menyediakan sistem

    perkhidmatan sosial yang lengkap adalah serasi dengan langkahuntuk mengekalkan persaingan. Terdapat juga, beberapa bidang

    di mana sistem persaingan itu kurang sesuai. Contohnya, kesan

    buruk pembakaran hutan atau pengeluaran asap kilang tidak

    boleh terhad kepada pemilik syarikat berkenaan sahaja. Tetapi,

    hakikat bahawa kita sememangnya memerlukan pengawalan

    berbentuk undang-undang daripada pihak berkuasa di dalam

    keadaan di mana persaingan sihat gagal diwujudkan, tidak

    langsung bermakna bahawa persaingan itu perlu diketepikan

    dalam keadaan ia dapat berfungsi. Bagi mewujudkan keadaaan

    di mana persaingan menjadi benar-benar berkesan, bagi

    mengelakkan penipuan dan penyelewengan, bagi memecahkan

    monopoli tugas-tugas ini menyediakan ruang yang luas untuk

    negara memainkan peranannya.

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    56/160

    J A L A N P E R H A M B A A N

    56

    Hal ini tidak bermakna bahawa `jalan tengah itu boleh

    dicari antara konsep persaingan dan arahan pusat, walaupun

    pada mulanya tiada konsep yang tampak seperti lebih sesuai

    atau berkemungkinan besar menarik bagi masyarakat umum.

    Common sense yang tidak mendalam boleh memperdaya.

    Kendatipun persaingan dapat diadunkan dengan sedikit

    peraturan, sekiranya digabungkan dengan perancangan sesuka

    hati ia akan gagal memberi kesan yang diingini. Kedua-duanya,

    iaitu persaingan dan arahan pusat, merupakan alat yang lemah

    dan tidak berkesan sekiranya kedua-duanya tidak lengkap, danadunan antara keduanya akan menyebabkan kedua-duanya

    tidak berfungsi.

    Perancangan dan persaingan hanya boleh digabungkan

    melalui perancangan demi persaingan, bukannya perancangan

    menentang persaingan. Aspek perancangan yang dikritik di sini

    hanya merujuk kepada perancangan bagi menentang persaingan.

    U T O P I A T E R H E B AT

    Kita tidak dapat nafikan bahawa bagi kebanyakan mereka

    yang menuntut supaya semua kegiatan ekonomi diletakkan

    di bawah arahan pusat masih percaya yang sosialisme dan

    kebebasan individu mampu digabungkan. Walhal sosialisme

    sejak awal lagi telah dikenalpasti oleh banyak pemikir sebagai

    ancaman utama terhadap kebebasan.

    Orang jarang mengingat bahawa sosialisme pada

    awalnya tidak lain merupakan pemerintahan kuku besi.

    Sosialisme telah muncul secara terbuka sebagai satu reaksi

    menentang fahaman liberal yang dibawa oleh Revolusi

    Perancis. Para penulis Perancis yang meletakkan batu asas

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme

    57/160

    F R E I D R I C H A . H AY E K

    57

    fahaman sosialisme, memang yakin bahawa idea mereka itu

    hanya boleh dilaksanakan oleh kerajaan diktaktor. Perancang

    moden pertama Saint-Simon meramalkan mereka yang tidak

    mematuhi ideanya tentang perancangan akan dilayan seperti

    lembu ternak.

    Tidak ada pihak yang dapat melihat sejelas pemikir de

    Tocqueville yang menyatakan bahawa demokrasi itu akan

    senantiasa bertentangan dengan sosialisme: Demokrasi

    meluaskan ruang kebebasan individu. Pada tahun 1848,

    beliau mengatakan, Demokrasi mencantumkan semua nilaiyang mungkin kepada setiap manusia, manakala sosialisme

    hanya menjadikan setiap manusia sebagai agen, sebagai

    angka. Tiada persamaan di antara demokrasi dan sosialisme,

    melainkan satu perkataan: kesetaraan. Tetapi, perhatikan

    perbezaannya: Demokrasi cuba mencapai kesetaraan melalui

    kebebasan, sosialisme cuba mencapainya menerusi kekangan

    dan perhambaan.Bagi meredakan rasa curiga dan mendapatkan motif politik

    yang terbaik kemahuan untuk bebas para sosialis semakin

    hebat menaburkan janji untuk mewujudkan kebebasan baru.

    Sosialisme didakwa cuba mencapai kebebasan ekonomi yang

    tanpanya kebebasan politik tidak berguna dimiliki.

    Bagi memastikan hujah ini bunyinya bernas, makna

    perkataan kebebasan itu diubah secara halus. Perkataan

    tersebut sebelum ini bermakna kebebasan daripada sebarang

    paksaan, dan daripada kuasa wewenang manusia lain.

    Kebebasan diberi makna baru, iaitu kebebasan daripada

    keperluan, bebas daripada desakan keadaan yang secara

    langsung membataskan pilihan untuk semua manusia.

    Kebebasan dalam maksud baru ini tidak lain merupakan satu

  • 8/14/2019 Jalan Perhambaan dan esei tentang para intelektual dan sosialisme