penilaian item

31
Pendahuluan Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai proses pengujian, pengukuran dan penilaian. Maka dalam menghadapi proses ini memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Sebagai guru kita perlu membuat pertimbangan dan keputusan berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung untuk menentukan sama ada objektif pembelajaran sudah dicapai pelajar atau memerlukan ulangan semula dan sebagainya. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan mereka ingin mengukur atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah, tanpa menghirau maksud khusus yang mendukung istilah-istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperoleh, akan membantu guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat. Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat 1

Upload: mahmuda

Post on 14-Jun-2015

694 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penilaian Item

Pendahuluan

Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang

dikatakan sebagai proses pengujian, pengukuran dan penilaian. Maka dalam

menghadapi proses ini memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau

keputusan. Sebagai guru kita perlu membuat pertimbangan dan keputusan

berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung untuk

menentukan sama ada objektif pembelajaran sudah dicapai pelajar atau

memerlukan ulangan semula dan sebagainya.

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting

dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti.

Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan

mereka ingin mengukur atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik

darjah, tanpa menghirau maksud khusus yang mendukung istilah-istilah

berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai

makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.

Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira

semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperoleh,

akan membantu guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat

melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru

dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat

penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum

yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Jenis-Jenis Penilaian

Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat

berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif,

sumatif, pra kelayakan dan diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran juga

boleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti disertasi,

projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajar. Justeru ujian yang

1

Page 2: Penilaian Item

dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian dilakukan.

Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan

penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif.

Kaedah Pembinaan Item

Soalan merupakan satu set ítem yang digubal secara sistematik dan strategik

disusun mengikut urutan, taburan dan aras kesukaran. Manakala ítem

merupakan satu unit rangsangan untuk mendapatkan respon sama ada secara

lisan atau bertulis dengan mengukur konstruk. Dalam membina ítem penggubal

menggunakan JSU bagi memastikan ítem yang dibina mempunyai kesahan.

Kesahan ítem yang dibina mestilah;

Akur – Kurikulum , Spesifikasi,Peluang

Menepati – Konstruk,Tajuk,Jelas

Adil – Aras kesukaran,Penting,Adil

Konstruk merupakan perkara yang ingin dibangunkan atau diperkembangkan

dalam diri pelajar menerusi pelaksanaan sesuatu kurikulum. Konstruk ini didapati

dari Falsafah Penddikan Kebangsaan yang dinyatakan secara eksplisit melalui

dokumen kurikulum. Pengenalpastian konstruk ini boleh dibuat melalui

matlamat ,objektif dan huraian sukatan pelajaran. Konstruk yang ingin diukur

berdasarkan aras taksonomi Bloom (Pengetahuan, Pemahaman, Aplikasi,

Analisis dan Sintesis) mengikut kesesuaian mata pelajaran yang telah diseragam

dan dikodkan.

Jenis-Jenis Item

i) Item Subjektif

ii) Item aneka pilihan

Kepentingan tugasan

2

Page 3: Penilaian Item

Kami bersependapat bahawa tugasan ini mampu memberi impak yang besar

dari aspek pembinaan ítem di mana pengalaman membina ítem menggunakan

idea asli bukanlah suatu kerja yang mudah. Sesuatu ítem yang dibina perlu diuji

bagi memastikan ianya merupakan suatu ítem yang baik yang boleh diterima dan

disimpan dalam bank ítem.

Tugasan ini juga memberi pengalaman yang bermakna kepada kami tentang

kepentingan mempunyai Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) iaitu jadual perancangan

pembinaan ítem yang perlu dibina sebelum membina ítem. Tujuan JSU ini

adalah untuk menentukan ciri-ciri ítem dari segi topik, konstruk, aras kesukaran

dan bentuk soalan. Ini merupakan perkara yang jarang dititik oleh kebanyakkan

guru kerana kekangan menghabiskan sukatan dan kesuntukan masa. Dalam

membina ítem guru-guru perlu mengambil kira keadaan pelajarnya agar sesuai

dengan objektif mengapa ujian itu dilaksanakan.

1.0 PEMBINAAN ITEM

3

Page 4: Penilaian Item

1.1 Pengenalan

Soalan ujian terbahagi ke tiga bahagian iaitu item objektif, item struktur

dan item esei. Item objektif adalah untuk menguji peringkat yang lebih rendah

dalam Bloom’s Taxanomy (pengetahuan hingga aplikasi) iaitu pelajar diberi 4

pilihan jawapan dan mereka akan memilih satu jawapan yang paling sesuai. item

srtuktur dan esei pula adalah untuk menguji peringkat yang lebih tinggi (analisis

hingga penilaian) iaitu pelajar diberi peluang untuk berfikir dengan mendalam

dan meluas tentang sesuatu phenomena. Ini membenarkan pelajar berfikir dan

menyediakan satu bentuk persembahan yang datangnya dari benak mereka

sendiri dan tidak memilih alternatif yang disediakan. Ini kerana pelajar akan

menjawab dalam bentuk perkataan atau karangan sendiri. Jawapan tersebut

boleh dinyatakan dalam satu ayat, satu perenggan atau karangan yang

lengkap.Tetapi, tugasan kali ini hanya menumpu ke item objektif.

Sebelum membina Jadual Penentuan Ujian (JPU) perancangan teliti

adalah penting. Kegunaan JPU pula adalah untuk menstabilkan taraf, mutu dan

aras kesukaran sesuatu ujian dari setahun ke setahun. Selain itu, JPU juga

menyampaikan taraf, mutu dan aras kesukaran sesuatu ujian walaupun dibina

oleh orang yang berlainan. Dengan berpandukan JPU yang telah dibentuk, guru

boleh menggubal item/soalan untuk ujian yang biasanya digunakan dalam

bentuk ujian objektif atau ujian subjektif. Dengan adanya JPU, guru-guru dapat

memastikan item/soalan yang dibina akan mempunyai ciri-ciri ujian yang baik

seperti ciri kesahan dan kebolehpercayaan. Ia juga dapat memastikan

kemahiran-kemahiran akan dapat diuji secara keseluruhan serta pemberatannya

mengikut aras kemahiran yang ada.

1.2 Perancangan

4

Page 5: Penilaian Item

BahagianBentuk Soalan

Bilangan Soalan

TajukMasa(Minit)

Markah(%)

Catatan

AObjektif(Aneka Pilihan)

10

4.1 Understanding thermal equilibrium

15 10Jawab Semua Soalan

4.2 Understanding specific heat capacity4.3 Understanding specific latent heat

Jadual 1: Perancangan Soalan Ujian: Struktur Soalan

Tugasan kali hanya menumpu ke soalan objektif (Aneka pilihan). Bidang

pembelajaran diambil daripada Huraian Sukatan Pelajaran Physics Form 4,

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Hanya 3

sub-tajuk dalam tajuk 4 (Heat) bagi Sukatan Pelajaran Physics Form 4 telah

diajar buat masa ini. Maka, sub-tajuk yang dipilih adalah seperti berikut:

Learning Area: 4. Heat (Haba)

4.1 Understanding Thermal Equilibrium (Keseimbangan Terma)

4.2 Understanding Specific Heat Capacity (Muatan Haba Tentu)

4.3 Understanding Specific Latent Heat (Haba Pendam)

Selain itu, kami juga merancang dengan menetapkan bahawa pelajar

perlu menjawab dalam tempoh masa 15 minit dan mereka juga perlu jawab

semua soalan yang ada iaitu 10 soalan.

5

Page 6: Penilaian Item

1.3 Jadual Penilaian Ujian (JPU)

TAJUK

ARAS PEMBELAJARAN

JUMLAH ITEM

OBJEKTIF

Pen

get

ah

ua

n

Pem

aham

an

Pen

gg

un

aan

An

alis

is

Sin

tesi

s

Pen

ilaia

n

4.1 Understanding Thermal Equilibrium - 2 - - - - 2

4.2 Understanding Specific Heat Capacity 1 - 2 2 - - 5

4.3 Understanding Specific Latent Heat - - 1 1 - 1 3

JUMLAH 1 2 3 3 - 1 10

Jadual 2: Jadual Penentuan Ujian (JPU)

6

Page 7: Penilaian Item

Dalam dimensi pertama, susun kandungan pengajaran mengikut

kepentingan kandungan dari atas ke bawah iaitu sub-tajuk dalam tajuk 4 dan

juga jumlah item. Penyusunan ini dibuat berdasarkan kepentingan objektif dalam

perkembangan kandungan kurikulum Physics Form 4. Dalam dimensi kedua,

bahagikan turus berkenaan kepada 7 lajur bermula dari kiri ke kanan mengikut

susunan pengetahuan, pefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian,

jumlah item.

JPU yang dibina mengandungi 10 item objektif. Kesemua aras item

ditandakan ke dalam setiap kemahiran yang dipilih mengikut tajuk dan sub-tajuk

yang dipilih, (sila rujuk JPU). Setiap sub-tajuk mempunyai 2 hingga 5 item. Bagi

tajuk 4 Heat mempunyai 3 sub-tajuk. Bagi sub-tajuk 4.1 Understanding Thermal

Equilibrium hanya mengandungi 2 item sahaja. Ini adalah disebabkan oleh

pembelajarannya yang tidak luas dan aras kemahairan hanya pemahaman

sahaja. Manakala, bagi sub-tajuk 4.2 Understanding Specific Heat Capacity dan

4.3 Understanding Specific Latent Heat masing-masing mengandungi 5 atau 3

item. Ini adalah disebabkan oleh skop pembelajarannya yang lebih luas dan aras

kemahiran boleh mencapai aras aplikasi, analisis dan penilaian.

Selain itu, Item yang dibina hanya mengandungi 5 aras sahaja iaitu aras

pengetahuan, aras kefahaman, aras aplikasi, aras analisis dan aras penilaian.

Perkara ini disebabkan ujian kali ini hanya ujian diagnostik dan tajuk yang terlibat

adalah tajuk 2 iaitu Heat. Maka, matlamat utama adalah untuk memastikan

bahawa adakah pelajar-pelajar dapat menguasai objektif hasil pelajaran yang

ditetapkan. Dengan demikian, aras sintesis tidak dipilih kerana ia merupakan

aras yang memerlukan soalan bentuk susunan dan sukar dinilai. Maka, ujian

diagnostik kali ini telah menetapkan aras pengetahuan mengandungi 1 item, aras

kefahaman mengandungi 2 item manakala aras aplikasi dan analisis masing-

masing mengandungi 3 item. Aras penilaian hanya mengandungi 3 item sahaja.

Aras aplikasi dan analisis paling banyak diuji disebabkan oleh ia merupakan aras

yang paling sesuai bagi ujian diagnostik kali ini.

7

Page 8: Penilaian Item

1.4 Item Soalan

Rajah 1: Panduan menilai soalan objektif

[I]Secara am, adakah

soalan dapat diterima?

Semak: 1. Pokok Soalan 2. Jawapan

[II]Adakah soalan

menguji objektif JPU?

Semak: 1. Idea 2. Konsep 3. Isi

BERSEDIA DIGUNAKAN DALAM UJIAN

Semak: 1. Penjenisan 2. Kemahiran 3. Kesukaran

[IV]Adakah pemeringkatan

betul?

Semak:1. Tugasan2. Laras Bahasa3. Nahu4. Ketepatan Kekunci / Jawapan

[III]Adakah soalan adil,

jelas dan sesuai?Ya Ya

YaYa

TERIMA

Tidak

TOLAK

Tidak

TOLAK

Tidak

TOLAK

Tidak

TOLAK

8

Page 9: Penilaian Item

Bagi setiap item yang dibina, ianya akan dinilai menggunakan panduan

seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. item-item ini akan melalui 4 tahap

sebelum ianya sedia untuk digunakan dalam ujian kali ini. Setiap item yang tidak

melepasi tahap tertentu akan dibuat penambahbaikan agar memenuhi tahap dan

sesuai untuk digunakan. Tahap-tahap yang terlibat dalam panduan tersebut ;

1. Adakah soalan dapat diterima?

2. Adakah mengikut objektif JPU?

3. Adakah soalan adil, jelas dan sesuai?

4. Adakah pemeringkatan betul?

Item Soalan Ujian

Berikut ialah item-item soalan yang telah memenuhi JPU dan akan

digunakan dalam ujian.

Physics Form 4

Heat

15 minutes

Each question is followed by four options. Choose the best option for each question.

1. The physical quantity which varies with temperature is called as

A. Specific heat capacity

B. Latent heat of fusion

C. Latent heat of vaporization

D. Specific thermometric property

9

Page 10: Penilaian Item

2. Which liquid A, B, C or D, can be used to make a liquid –in-glass thermometer to measure temperatures from -65 C to 50o C?

Liquid Freezing point / oC

Liquid Boiling point / oC

A -115 78

B -39 357

C 0 100

D 17 118

3. Latent heat is “hidden” because

A. cannot be measured

B. does not actually exist

C. is a form of internal kinetic energy

D. cannot be seen in the form of a temperature rise

4. Which of the following is true?

Specific heat capacity of cooking utensil

Specific heat of the handle of the cooking utensil

A high high

B low low

C high low

10

Page 11: Penilaian Item

D low high

5. The diagrams represent two beakers contain liquid W and liquid X respectively. Each liquids receiving the same heat energy Q.

Which statement about W and X is correct?

A The specific heat capacity of W is half the specific heat capacity X.B The specific heat capacity of W is twice the specific heat capacity X.C The specific heat capacity of W is same as the specific heat capacity X.D The specific heat capacity of W is quarter as the specific heat capacity X.

6. What is the final temperature when 125 g of water at 25oC is mixed with 75 g of water at 60oC?

A. 23.5 oC

B. 31.8 oC

C. 38.1 oC

D. 42.5 oC

7. Calculate the amount of heat needed to convert 2.5 kg of ice at 00C to water at 400C.

[Specific heat capacity of water = 4 200 J kg-1 C-1, Specific latent heat of fusion of ice = 3.36 X 105J kg-1]

A. 4.20 x104 JB. 4.20 x105 J

C. 1.26 x105 J

D. 1.26 x106 J

11

Page 12: Penilaian Item

8. The diagram shows solid blocks M and N of equal mass, which are being heated. The initial temperature of M and N is the same and heated by the same amount of energy.

It observed that M is hot faster than N. This observation is due to the difference in

A. densityB. melting pointC. latent heat of fusionD. specific heat capacity

9. The graph shows the heating curve of a substance.

At which stage is the substance in a solid and liquid state at the same time?

A. PQB. QRC. RSD. ST

10.At a picnic, why would wrapping a bottle in a wet cloth be a better method of cooling than placing the bottle in a bucket of cold water?

A. The temperature of wet cloth is lower than cold water

12

Page 13: Penilaian Item

B. Wet cloth has the large specific latent heat than cold water

C. Wet cloth reached the thermal equilibrium more faster than cold water

D. The water from wet cloth absorbed the specific latent heat from the bottle to evaporate

2.0 PENGUJIAN ITEM

2.1 Pengenalan

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (SBPIJ) terletak dalam

daerah Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus. Bahau ialah bandar yang

terhampir dengan jaraknya kira-kira 12 kilometer. SBPIJ dilengkapi 6 blok

bangunan. Sekolah ini mula dibuka pada 7 Januari 2002. Pada peringkat awal,

sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

Jempol (SMKAJ) sebelum menjadi Sekolah Menengah Agama Persekutuan

Jempol (SMAPJ). Kemudian sekolah ini dinaik taraf sebagai Sekolah Berasrama

Penuh Integrasi Jempol pada 3 Disember 2002.

        Sekolah ini pada mulanya menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan

Batu Kikir (SMKBK) selama hampir 7 bulan sementara menunggu bangunan

sekolah siap dibina. Sesi persekolahan dijalankan pada sebelah petang. Sekolah

yang diterajui oleh Puan Pengetua, Puan Rubiyah Harun bermula 16 Mac 2002

mempunyai bilangan guru pada ketika itu hanyalah seramai 16 orang dan

seorang kakitangan sekolah. Bilangan pelajar tingkatan satu yang mendaftar

adalah seramai 150 orang dan tingkatan empat seramai 29 orang.

Pada 8 Julai 2002, SBPIJ telah berpindah ke bangunan rasmi sekolah

yang terletak kira-kira 0.5 kilometer daripada SMKBK dengan keluasan kira-kira

48 ekar persegi dan dilengkapi kemudahan-kemudahan moden yang serba

canggih bagi membolehkan para pelajar belajar dengan selesa dalam suasana

kondusif. Sehingga akhir Oktober 2003, jumlah keseluruhan pelajar SBPIJ

adalah seramai 367 orang dan kakitangan akademik pula seramai 54 orang

~ Questions end here ~_______________________________________________________________

_

13

Page 14: Penilaian Item

manakala kakitangan sekolah seramai 12 orang. Pada tahun itu juga, dua aliran

ditawarkan untuk pelajar tingkatan empat iaitu Sains Agama dan Sains Tulen.

       

Kini, bilangan pelajar di SBPIJ telah bertambah sehingga 544 orang di

mana 267 orang pelajar lelaki dan 277 pelajar perempuan serta dibarisi seramai

58 orang guru dan 20 orang staf sokongan. Bertepatan dengan nama Integrasi

yang telah diberikan, sekolah ini juga telah memperkenalkan tiga aliran yang

boleh dipilih oleh pelajar peringkat menengah atas iaitu aliran Sains Agama,

Sains Tulen dan Sains Teknikal.

2.2 Butiran Pelaksanaan Ujian

Pengujian 10 item berbentuk soalan objektif aneka pilihan ini dirintiskan

kepada para pelajar tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol

(SBPIJ) aliran Sains Agama, Sains Tulen dan Sains Teknikal yang dilaksanakan

di dalam kelas persediaan sebelah malam pada hari Khamis 10 September

2009. Ujian ini dikendalikan serta dikawal oleh tiga orang guru.

Ujian tersebut dirintiskan kepada para pelajar dalam masa 15 minit sahaja

dan didapati pelajar berupaya menyelesaikan permasalahan yang diberikan

dengan lengkap. Kemudian jawapan dibincangkan dan disemak selama 45 minit

dan 30 minit bagi mencerap data yang diperlukan oleh penyelidik bagi menilai

indeks kesukaran dan indeks diskriminasi 10 soalan terbabit.

2.2.1 Tempat

Ujian ini telah dilaksanakan di dalam kelas persediaan sebelah malam

bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (SBPIJ).

14

Page 15: Penilaian Item

2.2.1 Bilangan Sampel

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (SBPIJ) aliran Sains Agama,

Sains Tulen dan Sains Teknikal mempunyai 6 buah kelas yang terdiri dari 154

orang pelajar di mana 79 orang pelajar lelaki dan 75 pelajar perempuan. Semua

pelajar dari 6 buah kelas telah terlibat di dalam pengujian item-item aneka

pilihan ini.

Kemudian, jawapan pelajar berkenaan disusun mengikut markah yang

diperolehi dan dibahagi kepada 2 kumpulan, iaitu kumpulan berpencapaian tinggi

dan rendah. Namun, hanya 27 peratus daripada 77 orang pelajar bagi setiap

kumpulan iaitu jawapan 20 orang pelajar dipilih secara rawak dan digunapakai

bagi analisis dapatan kajian ini.

2.3 Sampel Jawapan Pelajar

Dalam laporan ini disertakan 20 sampel jawapan kumpulan tinggi dan 20 sampel

jawapan kumpulan rendah yang digunakan dalam menganalisis item. Kesemua

sampel jawapan ini dilampirkan dalam LAMPIRAN 1.

15

Page 16: Penilaian Item

3.0 ANALISIS ITEM

3.1 Pengenalan

Sebagai seorang guru, bekas guru mahupun bakal guru, adakah anda

benar-benar faham apa yang dimaksudkan dengan bank item? Mungkin ianya

tidak asing bagi seorang guru yang telah lama berkhidmat kerana setiap panitia

atau mata pelajaran pasti akan mewujudkan bank item yang tersendiri.

Kandungan paling penting dalam bank item ialah koleksi soalan ujian mahupun

peperiksaan.

Adakah semua item dalam sesuatu ujian ataupun peperiksaan boleh

dimasukkan ke dalam bank item? Jawapannya pasti tidak. Hal ini kerana hanya

item yang benar-benar memenuhi spesifikasi sahaja yang boleh dimasukkan ke

dalam bank. Spesifikasi yang dimaksudkan ialah indeks kesukaran dan indeks

diskriminasi. Soalan yang mempunyai indeks diskriminasi 0.20 dan ke atas

sahaja yang boleh dimasukkan ke bank. Sebaliknya yang lebih kecil dari itu tidak

boleh di terima.

Bagi memperolehi indek kesukaran dan indeks diskriminasi, kita hendak

membuat analisis setelah ujian itu dijalankan. Antara langkah yang perlu diambil

dalam menganalisis item ialah mengkaji kesan pengeliru dan pembahagian

kumpulan tinggi dan rendah (bagi sampel yang besar). Setelah itu barulah kita

mengira nilai indeks kesukaran dan diskriminasi.

16

Page 17: Penilaian Item

3.2 Analisis Keseluruhan Sampel

Kesemua pelajar tingkatan 4 iaitu seramai 154 orang pelajar telah dipilih

meliputi 6 buah kelas. Daripada jumlah ini seramai 75 adalah pelajar perempuan

dan 79 pelajar lelaki. Berikut ialah keputusan yang diperolehi oleh mereka;

17

Page 18: Penilaian Item

3.3 Analisis Kesan Pengeliru Item

NOMBOR ITEM

PILIHAN JAWAPAN INDEKSKESUKARAN

(p)

INDEKS DISKRIMINASI

(D)A B C D

1 *130 8 4 12 0.83 0.25

2 *141 6 2 5 0.88 0.15

3 10 10 *95 39 0.60 0.10

4 2 3 28 *121 0.80 0.10

5 32 47 *62 13 0.38 0.15

6 3 24 *119 8 0.78 0.35

7 7 54 13 *80 0.50 0.60

8 2 5 5 *142 0.93 -0.05

9 5 *139 6 4 0.88 0.15

10 3 *71 41 39 0.43 0.45

Jadual 3: Analisis Kesan Pengeliru Item

Jadual 3 di atas menunjukkan analisis kesan pengeliru item bagi

keseluruhan sampel. Berdasarkan jadual 3, kita dapat melihat bahawa kesemua

pengeliru bagi setiap item telah ditanda sekurang-kuragnnya 2 orang bagi setiap

pengeliru. Ini menandakan bahawa pengeliru yang disediakan adalah bermakna

18

Page 19: Penilaian Item

dan pelru dikekalkan sekiranya ingin menggunakan item tersebut di kemudian

hari.

3.4 Analisis Indeks Diskriminasi Dan Indeks Kesukaran

NO.

ITEM

BILANGAN

PELAJAR JAWAB

BETUL

INDEKS

KESUKARAN (p)

p =

INDEKS

DISKRIMINASI

(D)

D =

TINDAKAN

KUMP.

TINGGI

KUMP.

RENDAH

1 19 14 0.83 (senang) 0.25 (sederhana) Simpan Bank

2 19 16 0.88 (senang) 0.15 (rendah) Batal / buang

3 13 11 0.60 (sederhana) 0.10 (rendah) Batal / buang

4 17 15 0.80 (senang) 0.10 (rendah) Batal / buang

5 9 6 0.38 (sederhana) 0.15 (rendah) Batal / buang

6 19 12 0.78 (senang) 0.35 (sederhana) Simpan Bank

7 16 4 0.50 (sederhana) 0.60 (tinggi) Simpan Bank

8 18 19 0.93 (senang) -0.05 (lemah) Batal / buang

9 19 16 0.88 (senang) 0.15 (rendah) Batal / buang

10 14 5 0.43 (sederhana) 0.45 (tinggi) Simpan Bank

*t = Bilangan ahli dalam kumpulan Tinggi atau Rendah

Jadual 4: Analisis Indeks Diskriminasi (D) dan Indeks Kesukaran (p) Item Ujian.

Memandangkan bilangan sampel yang besar (154 orang), maka

pengiraan nilai D dan p dalam analisis di atas hanya dibuat melibatkan 27%

sampel dari setiap kumpulan pelajar. Ini bermakna set jawapan bagi 20 orang

dari kumpulan tinggi dan 20 orang dari kumpulan rendah yang dipilih secara

19

Page 20: Penilaian Item

rawak digunakan untuk dianalisis. Berpandukan kepada nilai D dan kesan

pengeliru (Jadual 2) bagi setiap item, keputusan sama ada untuk menyimpan

sesuatu item ke dalam bank item atau tidak akan dibuat. Hasil yang diperolehi

telah ditunjukkan dalam Jadual 4.

Merujuk kepada nilai indeks kesukaran daripada jadual 4 didapati bahawa

bagi label pelajar sekolah ini, terdapat 4 soalan berada paras aras kesukaran

yang sederhana dan 6 soalan berada pada aras yang senang. Ini menunjukkan

bahawa ujian ini agak mudah dijawab oleh mereka. Hal ini berlaku mungkin

disebabkan mereka telah bersedia lebih awal ataupun mereka telah menguasai

tajuk ini dengan baik.

Berdasarkan Jadual 4 juga, didapati hanya item soalan 1, 6, 7 dan 10

sahaja yang boleh diterima dan dimasukkan ke dalam bank item tanpa

pengubahsuaian. Manakala 6 item soalan lagi tidak boleh dimasukkan ke dalam

bank. Daripada 4 soalan yang boleh dimasukkan ke bank item itu, dua soalan

berada pada nilai indeks diskriminasi yang tinggi dan dua lagi sederhana.

Sebanyak 5 soalan mempunyai nilai indeks diskriminasi yang rendah dan hanya

satu sahaja yang berada pada nilai indeks yang lemah. Setiap nilai p dan D

beserta jawapan hendaklah dinyatakan dalam setiap item soalan agar kita tahu

kesesuaian soalan yang hendak kita pilih pada ujian akan datang. Senarai penuh

soalan beserta jawapan, nilai indeks kesukaran dan indeks diskriminasi adalah

seperti di muka surat sebelah.

20

Page 21: Penilaian Item

1. The physical quantity which varies with temperature is called as

A. Specific heat capacity

B. Latent heat of fusion

C. Latent heat of vaporization

D. Specific thermometric property

A, Knowledge, 0.25 (D), 0.83 (p)

2. Which liquid A, B, C or D, can be used to make a liquid –in-glass thermometer to measure temperatures from -65 C to 50o C?

Liquid Freezing point / oC

Liquid Boiling point / oC

A -115 78

B -39 357

C 0 100

D 17 118

A, Comprehensive, 0.15 (D), 0.88 (p)

3. Latent heat is “hidden” because

A. cannot be measured

B. does not actually exist

C. is a form of internal kinetic energy

D. cannot be seen in the form of a temperature rise

C, Comprehensive, 0.10 (D), 0.60 (p)

21

Page 22: Penilaian Item

4. Which of the following is true?

Specific heat capacity of cooking utensil

Specific heat of the handle of the cooking utensil

A High High

B Low Low

C High Low

D Low High

D, Application, 0.10 (D), 0.80 (p)

5. The diagrams represent two beakers contain liquid W and liquid X respectively. Each liquids receiving the same heat energy Q.

Which statement about W and X is correct?

A The specific heat capacity of W is half the specific heat capacity X.B The specific heat capacity of W is twice the specific heat capacity X.C The specific heat capacity of W is same as the specific heat capacity X.

22

Page 23: Penilaian Item

D The specific heat capacity of W is quarter as the specific heat capacity X.

C, Analysis, 0.15 (D), 0.38 (p)

6. What is the final temperature when 125 g of water at 25oC is mixed with 75 g of water at 60oC?

A. 23.5 oC

B. 31.8 oC

C. 38.1 oC

D. 42.5 oC

C, Application, 0.35 (D), 0.78 (p)

7. Calculate the amount of heat needed to convert 2.5 kg of ice at 00C to water at 400C. [Specific heat capacity of water = 4 200 J kg-1 C-1, Specific latent heat of fusion of ice = 3.36 X 105J kg-1]

A. 4.20 x104 J

B. 4.20 x105 J

C. 1.26 x105 J

D. 1.26 x106 J

D, Application, 0.60 (D), 0.50 (p)

8. The diagram shows solid blocks M and N of equal mass, which are being heated. The initial temperature of M and N is the same and heated by the same amount of energy.

23

Page 24: Penilaian Item

It observed that M is hot faster than N. This observation is due to the difference in

A. DensityB. melting pointC. latent heat of fusionD. specific heat capacity

D, Analysis, -0.05 (D), 0.93 (p)

9. The graph shows the heating curve of a substance.

At which stage is the substance in a solid and liquid state at the same time?

A. PQB. QRC. RSD. ST

B, Analysis, 0.15 (D), 0.88 (p)

10. At a picnic, why would wrapping a bottle in a wet cloth be a better method of cooling than placing the bottle in a bucket of cold water?

A. The temperature of wet cloth is lower than cold water

B. Wet cloth has the large specific latent heat than cold water

C. Wet cloth reached the thermal equilibrium more faster than cold water

D. The water from wet cloth absorbed the specific latent heat from the bottle to evaporate

24

Page 25: Penilaian Item

B, Evaluation, 0.45 (D), 0.43 (p)

CADANGAN DAN KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, setelah membina dan menguji kesemua 10 item soalan

dalam satu ujian, di dapati bahawa hanya empat item daripada sepuluh yang

telah dibina boleh diterima ke dalam bank item. Ini bermakna hanya 40% sahaja

yang diterima dan menunjukkan bahawa set soalan ujian yang telah dibina ini

sebenarnya kurang sesuai digunakan untuk label pelajar sekolah tersebut. Hal ini

mungkin berlaku kerana sekolah ini merupakan sekolah berasrama penuh yang

terdiri daripada pelajar-pelajar yang sememangnya cemerlang dalam akademik.

Namun demikian, ini tidak bermakna set soalan ini tidak sesuai untuk sekolah-

sekolah lain seperti sekolah harian biasa.

25