doa walimatulurus

2
Doa Walimatulurus Ya Allah ya Rahman ya Rahim, ampunkanlah dosa-dosa kami. Berikanlah taufik dan hidayah kepada jiwa-jiwa kami dan orang-orang yang kami sayangi. Janganlah Engkau memalingkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan berikanlah kami rahmat-Mu yang besar. Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya hati-hati ini berkumpul kerana mengasihi-Mu dan ingin mencari keredhaan-Mu. Kayakanlah kami dengan ilmu, muliakanlah kami dengan takwa dan elokkanlah kami dengan akhlak yang baik. Ya Allah ya Rahman ya Rahim, berkatilah majlis perkahwinan ini. Limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada .......................... dan .......................... Kurniakanlah mereka kelak zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka hingga ke jannah, juga sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini. Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah rahmat kepada pasangan pengantin ini agar kekal abadi. Aman damai yang berkekalan di alam rumah tangga, sihat wal afiat, dimurahkan rezeki dan diberkatkan usia serta mendapat syafaat daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Ya Allah Ya Karim Ya Wadud Kurniakanlah kepada suami , sifat tanggungjawab tehadap isteri dan keluarga , sifat hikmah dalam mendidik isteri dan anak-anak serta melindungi mereka . Kurniakanlah kepada isteri sifat penyayang kepada suami dan anak- anak , sifat pengorbanan yang unggul demi kebahagiaan suami dan anak-anak serta menjaga amanah suami semasa ketiadaanya.

Upload: arazie72

Post on 28-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

KONGSI BERSAMA

TRANSCRIPT

Page 1: Doa Walimatulurus

Doa Walimatulurus

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, ampunkanlah dosa-dosa kami. 

Berikanlah taufik dan hidayah kepada jiwa-jiwa kami dan orang-orang yang kami sayangi. Janganlah Engkau memalingkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan berikanlah kami rahmat-Mu yang besar.

Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya hati-hati ini berkumpul kerana mengasihi-Mu dan ingin mencari keredhaan-Mu. Kayakanlah kami dengan ilmu, muliakanlah kami dengan takwa dan elokkanlah kami dengan akhlak yang baik.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, berkatilah majlis perkahwinan ini. Limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada .......................... dan .......................... Kurniakanlah mereka kelak zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka hingga ke jannah,juga sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini. 

Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah rahmat kepada pasangan pengantin ini agar kekal abadi. Aman damai yang berkekalan di alam rumah tangga, sihat wal afiat, dimurahkan rezeki dan diberkatkan usia serta mendapat syafaat daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Karim Ya Wadud

Kurniakanlah kepada suami , sifat tanggungjawab tehadap isteri dan keluarga , sifat hikmah dalam mendidik isteri dan anak-anak serta melindungi mereka .Kurniakanlah kepada isteri sifat penyayang kepada suami dan anak-anak , sifat pengorbanan yang unggul demi kebahagiaan suami dan anak-anak serta menjaga amanah suami semasa ketiadaanya.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini ……………………….dan …………………………….serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Nabi Adam & Hawa, Nabi Ibrahim & Siti Hajar, seperti Nabi Yusuf & Zulaikha, Nabi Ayub & Rahmah, Nabi Musa & Safurah, Nabi Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Nabi Muhammad s.a.w & Siti Khadijah.Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.

Page 2: Doa Walimatulurus