contoh assignment pss 3109 : sumber pengajaran pembelajaran dalam pengajian sosial

Upload: akhi-muhammad-aiyas

Post on 14-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3109 : Sumber Pengajaran Pembelajaran dalam Pengajian Sosial

    1/14

    HALAMAN 1IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

    PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL

    1.0 PENDAHULUAN

    Pendidikan di Malaysia terus berkembang dari sehari ke hari. Dalam era pembangunan

    yang semakin canggih dengan teknologi terkini, sistem pendidikan dititikberatkan bagi

    melahirkan rakyat yang berpengetahuan tinggi dan berpendidikan. Jika dahulu hanya

    menggunakan batu dan kulit-kulit pokok sahaja, tetapi sekarang dengan adanya

    teknologi yang canggih, segala peralatan dan bahan untuk belajar telah berubah dari

    zaman ke zaman. Dari kulit kayu kepada kertas sehinggalah sekarang ini, penggunaan

    ICT telah banyak membantu tahap pendidikan di Malaysia.

    Dalam kenyataan Falsafah Pendidikan Negara, dinyatakan bahawa pendidikan di

    sekolah adalah satu usaha yang berterusan kearah melahirkan individu yang berpotensi

    dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang, dari segi jasmani,

    emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Ini

    dapat dijadikan garis panduan bagi setiap pendidik di dalam mendidik setiap murid

    mereka. Sesuatu sistem pendidikan itu ditetapkan oleh perkembangan yang terdapat hari

    ini dan juga perkembangan yang berlaku pada masa lalu. Ini menunjukkan pendidikan

    hari ini akan menjadi asas kepada generasi akan datang dan sedikit sebanyak harus

    diterapkan pada masa sekarang. Oleh itu pengajaran yang berkesan perlu dilaksanakan

    supaya pembelajaran akan menjadi lebih sistematik dan dapat menarik minat murid untuk

    belajar.

    Proses pengajaran tidak hanya tertumpu kepada penggunaan buku teks, kapur

    tulis dan papan hitam sahaja, malah lebih dari itu termasuklah penggunaan komputer

    yang menyediakan pembelajaran secara interaktif bagi menarik minat murid. Pengajaran

    yang dilaksanakan haruslah melibatkan pelbagai teknik agar tidak hanya menghasilkan

    pengajaran yang mendatar. Ini akan menjadikan pembelajaran tidak menarik.Pembelajaran lebih berpusatkan guru sahaja (dalam bentuk satu hala) di mana guru

    menyampaikan isi pelajaran dan murid hanya mendengar telah menjadikan murid peserta

    pasif atau passive learner. Ini akan menyebabkan murid akan merasa mudah bosan dan

    sedikit sebanyak akan melunturkan minat untuk belajar. Strategi yang digunakan ini

    bolehlah dikatakan sebagai kaedah tradisional dan haruslah diperbaiki agar dapat

  • 7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3109 : Sumber Pengajaran Pembelajaran dalam Pengajian Sosial

    2/14

    HALAMAN 2IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

    PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL

    mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang aktif di mana murid turut berfikir untuk

    menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, penggunaan alat bantu mengajar amatlah

    digalakkan kerana ia merupakan salah satu kaedah bagi melahirkan suasana

    pembelajaran yang aktif antara murid dan guru.

    2.0 DEFINISI BAHAN BANTU MENGAJAR

    Bahan bantu mengajar merupakan bahan yang pentinga untuk diaplikasi sewaktu sesi

    pengajaran dan pembelajaran di dalam darjah. Definisi bahan bantu mengajar adalah

    segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam

    menyampaikan pengajaran. Ia boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan,

    dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya.

    Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan bahan sebagai sesuatu atau

    beberapa benda yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan.

    Bahan juga berkaitan dengan hal-hal yang akan dibincangkan seperti dalam pengajaran

    dan pembentangan. Kamus Longman Dictionary of Contemporary English telah

    memberikan definisi bahan sebagai information from which a (written) work is to be

    produced. Pada asasnya, perkataan bahan dapat diertikan sebagai merangkumi

    sebagai segala benda, alat, maklumat dan media yang dapat memenuhi sesuatu tujuan

    dan bahan.

    Oleh itu, bahan bantu mengajar merupakan bahan sokongan yang dapat

    membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selain cara penyampaian

    isi pelajaran secara konvensional. Guru memainkan peranan penting dalam menentukan

    bahan bantu mengajar yang berkesan.

    Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih mampu mempengaruhi minat

    murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

    Bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan

    itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar dan

    sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian pembelajaran.

  • 7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3109 : Sumber Pengajaran Pembelajaran dalam Pengajian Sosial

    3/14

    HALAMAN 3IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

    PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL

    3.0 PRINSIP BAHAN BANTU MENGAJAR

    Tujuan pendidikan adalah untuk mewujudkan satu pola tingkah laku pelajar. Oleh itu guru

    memainkan peranan yang penting agar pengajaran yang dilakukan dapat meninggalkan

    kesan yang baik terhadap pelajar. Teknik pengajaran yang diaplikasikan oleh guru

    haruslah sesuai agar ianya dapat menimbulkan rasa ingin tahu dan minat dikalangan

    pelajar. Ini menjadikan pembelajaran pelajar lebih bermakna. Penggunaan alat bantu

    mengajar yang sesuai secara umumnya menjadikan pendidikan lebih konkrit, cenderung

    untuk menimbulkan rasa ingin tahu dan minat serta menambah variasi kepada corak

    pengajaran di dalam kelas. Terdapat beberapa garis panduan pemilihan bahan

    pengajaran, dan prinsip-prinsip pemilihan bahan pengajaran bahasa.

    3.1 Sesuai

    Perkataan sesuai itu sendiri membawa maksud bertepatan, di mana konsep sesuatu

    mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan juga keterangan berkaitan dengan

    mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh

    pelajar menepati seperti yang dikehendaki oleh kumpulan atau individu. Pemilihan bahan

    hendaklah mempunyai hubungan kesesuaian dengan perkara-perkara seperti berikut :

    a) Objektif dan matlamat pengajaran bahasa

    b) Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran

    c) Keadaan pelajar

    d) Suasana pembelajaran

    e) Minat pelajar

    Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sesuai dengan matlamat dan objektifpengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu

    sebelum memilih sesuatu bahan. Dengan objektif pengajaran yang tertentu, guru boleh

    memilih bahan-bahan yang sesuai dan dapat membantu kearah pencapaian objektif

    tersebut.

  • 7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3109 : Sumber Pengajaran Pembelajaran dalam Pengajian Sosial

    4/14

    HALAMAN 4IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

    PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL

    3.2 Mencabar

    Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran iaitu

    rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang dipilih

    dapat memberikan rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong mereka untuk terus

    belajar. Satu strategi pemeringkatan bahan pembelajaran yang dapat mencabar

    pemikiran pelajar ialah bahan-bahan yang dipilih itu mesti terdiri daripada bahan-bahan

    yang mengandungi ciri-ciri berikut :

    a) Bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak.

    b) Bahan yang mudah kepada yang kompleks.

    c) Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada bahan yang mempunyai hubungan

    yang bersepadu.

    d) Bahan yang khusus kepada bahan yang umum (induktif)

    e) Bahan yang umum kepada yang khusus (deduktif)

    f) Bahan yang umum kepada teori.

    g) Bahan masakini kepada masa akan datang.

    3.3 Menepati

    Ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan pengajaran

    yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan pengajaran yang dipilih

    mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan, proses pembelajaran dan

    pengajaran. Ketepatan sesuatu bahan dengan kurikulum pengajaran adalah berdasarkan

    ciri-ciri yang berikut :

    a) Isi kandungan sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar.b) Susunan bahan

    c) Mengandungi maklumat atau fakta yang yang tepat.

    d) Maklumat yang kemaskini

    e) Perbendaharaan kata yang sesuai

    f) Bahan pengajaran yang diperakui.

  • 7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3109 : Sumber Pengajaran Pembelajaran dalam Pengajian Sosial

    5/14

    HALAMAN 5IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

    PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL

    3.4 Menarik

    a) Rekaletak ; Peta, lukisan, carta, jadual, graf, rajah, gambar atau kartun mestilah

    disusun berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan

    memudahkan pelajar membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep.

    b) Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai dengan peringkat umur murid.

    c) Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran, tetapi berfungsi

    sebagai manifestasi visual sesuatu maklumat yang akan dapat menambah atau

    mengukuhkan pembacaan pemahaman.

    e) Bahan pengajaran mengandungi arahan yang jelas.

    3.5 Praktikal

    Bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya praktikal

    sama ada kepada guru atau murid. Bahan pengajaran seharusnya sederhan dan mudah

    digunakan serta menggunakan bentuk bahasa yang yang berdasarkan situasi sebenar.

    Ini dapat membantu murid menggunakan bahasa dalam komunikasi. Selain itu, bahan

    tersebut seharusnya tahan lasak jika digunakan berulang-ulang kali dan sekiranya

    digunakan untuk lebih dari satu mata pelajaran dan juga sesuai pada masa dan mata

    pelajaran lain.

    3.6 Mudah alih

    Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa kemana-

    mana dan tidak terlalu berat atau besar. Pemilihan bahan dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran yang terdiri daripada bahan-bahan teks atau sumber-sumber lain

    semestinya dilihat daripada tiga perspektif iaitu perspektif komunikatif atau fungsional,perspektif struktural dan perspektif kemahiran. Ketiga-tiga aspek ini biasanya lebih

    ditumpukan ke atas murid-murid itu sendiri.

  • 7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3109 : Sumber Pengajaran Pembelajaran dalam Pengajian Sosial

    6/14

    HALAMAN 6IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

    PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL

    4.0 KATEGORI BAHAN BANTU MENGAJAR

    Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada

    pelbagai jenis antaranya ialah bahan bantu mengajar bukan elektronik, bahan bantu

    mengajar elektronik dan bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar.

    4.1 Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik

    Bahan bantu mengajar bukan elektronik bermaksud BBM yang tidak menggunakan sistel

    elektronik dan juga sumber bekalan kuasa elektrik. Atau secara lebih mudahnya dikenali

    sebagai bahan hand made atau manual. Bahan ini kesemuanya berbentuk maujud dan

    boleh disentuh dan dimanipulasi berdasarkan objektif pembelajaran yang ingin dicapai.

    Antara contoh bahan bantu mengajar bukan elektronik ialah :

    a. Papan hitam atau papan tulis

    b. Buku teks

    c. Papan pemer atau papan buletin

    d. Fail tegak dan bahan bacaan (majalah, kalender, poskad dan sebagainya)

    e. Gambar

    f. Kad imbasan dan kad cantuman

    - Kad imbasan terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata yang diberi makna di

    belakangnya.

    - Kad cantuman dibentuk dengan menulis perkataan dan rangkai kata di atas kad dan

    kemudian kad itu dipotong

    g. Carta

    h. Grafik

    i. Papan pengajaranj. Model tiga dimensi

    k. Boneka atau patong

    l. Diorama

  • 7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3109 : Sumber Pengajaran Pembelajaran dalam Pengajian Sosial

    7/14

    HALAMAN 7IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

    PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL

    4.2 Bahan Bantu Mengajar Elektronik

    Bahan bantu mengajar elektronik secara mudahnya dapat difahami adalah bahan yang

    menggunakan sejenis sumber kuasa elektrik sama ada menggunakan sumber terus (dari

    plug) atau menggunakan sumber kuasa dari bateri. Bahan dari kategori ini terdiri dari

    bentuk maujud dan juga abstrak. Pemilihan bahan ini haruslah mengambil kira tahap

    pemikiran murid bagi mengelakkan BBM yang terlalu abstrak dan sukar untuk difahami

    murid yang sekaligus akan menyebabkan objektif pembelajaran tidak tercapai. Antara

    contoh bahan mengajar elektronik ialah :

    a. Overhead Projektor (OHP)

    b. Transparensi OHP

    c. Pita slaid (filem slaid)

    d. Radio

    e. Televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder)

    f. Alat rakaman

    g. Filem tayang atau filem jalur

    h. Komputer

    4.3 Bahan Bercorak Pengalaman / Bahan Sebenar

    Bahan bercorak pengalaman sebenar merupakan bahan yang paling berkesan untuk

    diaplikasi di dalam P&P kerana bahan ini memudahkan isi pembelajaran disampaikan

    kepada murid dan murid mudah memahaminya. Antara kaedah penggunaan bahan

    bercorak pengalaman sebenar ialah :

    a. Bahan-bahan yang bercorak pengalaman adalah seperti lakonan, pantomin, lawatandan projek pameran

    b. Bahan sebenar daripada alam sekitar atau disebut sebagai realia iaitu merupakan

    benda semulajadi. Ia dikelaskan dalam bahan jenis tiga dimensi dan dibahagi kepada

    beberapa kumpulan iaitu benda bukan hidup, benda buatan, tumbuh-tumbuhan dan

    benda hidup.

  • 7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3109 : Sumber Pengajaran Pembelajaran dalam Pengajian Sosial

    8/14

    HALAMAN 8IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

    PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL

    5.0 KEPENTINGAN BAHAN BANTU MENGAJAR

    Bahan bantu mengajar mempunyai pelbagai kelebihan yang harus dimanfaat oleh setiap

    guru dalam memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran akan tercapai. Antara

    kepentingan yang dapat diperolehi oleh guru sewaktu mengaplikasikan BBM di dalam

    darjah ialah :

    5.1 Menyampaikan Pengajaran Berkesan

    Bahan bantu mengajar dapat membantu para guru dalam menyampaikan pengajarannya

    secara berkesan. Ini kerana pendekatan yang bersifat mediatif seperti ini (menggunakan

    sesuatu medium untuk menyampaikan isi pembelajaran) terbukti berkesan dan dapat

    menyampaikan pengajaran dengan lebih lancar berbanding murid hanya mendengar

    butir bicara guru semata-mata.

    Contohnya untuk subjek kajian tempatan dalam unit pengasasan empayar Melaka

    oleh Parameswara iaitu perjalanan Parameswara dari Palembang ke muara sungai

    Melaka, sekiranya guru hanya memberitahu perjalanan tersebut secara abstrak, murid

    akan sukar untuk memahami dan menggambar perjalanan tersebut. Ini kerana tahap

    pemikiran murid masih belum mampu untuk menafsir sesuatu yang berbentuk abstrak.

    Justeru, penggunaan BBM seperti peta dan arah pergerakan Parameswara berhijrah dari

    Palembang ke muara sungai Melaka pasti akan memudahkan murid untuk memahami

    arah pergerakan tersebut. Malah mereka pasti akan mempunyai sifat ingin tahu/inkuiri

    dengan bertanyakan dengan apakah Parameswara berhijrah, bagaimana

    Parameswara berhijrah dan sebagainya.

    5.2 Pelbagaikan Pendekatan Pengajaraan

    Selain itu, dengan penggunaan bahan bantu mengajar ini, guru dapat mempelbagaikan

    pendekatan pengajaraan yang mempunyai pelbagai corak interaksi antara objektif

    pengajaran, isi pengajaran, guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar yang berlainan akan

    menggunakan pendekatan yang berlainan dengan aplikasi kelima-lima pancaindera

  • 7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3109 : Sumber Pengajaran Pembelajaran dalam Pengajian Sosial

    9/14

    HALAMAN 9IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

    PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL

    murid. Semakin banyak gabungan aplikasi pancaindera murid dalam belajar melalui

    bahan bantu mengajar ini, semakin mudah untuk mereka memahami sekaligus

    mengingati sesuatu isi pembelajaran yang diajar oleh guru. Malah bahan bantu mengajar

    yang membentuk interaksi turut memainkan peranan dalam meningkatkan tahap

    sosialisasi murid terutama antara sesame murid dan murid serta guru.

    Contohnya penggunaan aplikasi perisian (software) pembelajaran yang bersifat

    interaktif seperti perisian yang dikeluarkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP).

    Perisian yang dimuatmasuk ke dalam cakera padat tersebut adalah bersifat interaktif iaitu

    murid akan perlu berinteraksi dengan perisian tersebut seperti mengklik dan sebagainya.

    Malah perisian seperti itu turut menggabungkan elemen-elemen muzik yang harmoni,

    warna yang menarik dan wujud elemen keseronokan. Tambahan pula tidak semua murid

    mempunyai kemudahan computer, internet dan perisian khusus untuk P&P ini. Justeru

    minat murid akan bertambah sekaligus dapat merealisasikan ojektif pembelajaran dan

    pengajaran.

    5.3 Menyampaikan Konsep Dengan Jelas

    Aplikasi bahan bantu mengajar sewaktu P&P turut dapat membantu guru dalam

    menyampaikan sesuatu konsep dengan lebih jelas. Ini kerana dengan gabungan elemen

    muzik, warna dan interaktif tersebut, sesuatu konsep dapat dijelaskan dengan lebih

    mudah lagi mudah difahami.

    Antara contohnya keberkesanan bahan bantu mengajar dalam menyampaikan

    sesuatu konsep yang lebih mudah ialah dengan menggunakan carta alir mengenai

    proses kemerdekaan tanah air. Carta alir tersebut mungkin mempunyai ilustrasi yang

    bersesuaian dan menarik minat murid. Melalui carta alir tersebut, murid akan lebih mudahmemahami konsep kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

    Akhirnya objektif pembelajaran akan tercapai dengan jayanya.

  • 7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3109 : Sumber Pengajaran Pembelajaran dalam Pengajian Sosial

    10/14

    HALAMAN 10IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

    PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL

    5.4 Penyampaian Maklumat Dijalankan Dengan Terperinci

    Penyampaian dan penerangan maklumat oleh guru juga dapat disampaikan dengan lebih

    terperinci kerana setiap butir maklumat dan fakta pengajaran boleh dimasukkan secara

    kekal di dalam bahan bantu mengajar. Dengan itu sewaktu pengaplikasian bahan

    tersebut, guru tidak akan tercicir maklumat-maklumat penting yang harus difahami murid.

    Maklumat tersebut juga boleh diringkaskan dengan baik bagi memudahkan pemahaman

    murid tanpa menggunakan ayat-ayat yang panjang dan berjela.

    Antara contoh aplikasi bahan bantu mengajar yang mampu menyampaikan

    maklumat secara terperinci ialah dengan menggunakan slide powerpoint berkenaan

    tokoh-tokoh kemerdekaan yang diubahsuai menjadi lebih interaktif dengan gabungan

    pelbagai elemen seperti muzik, warna dan sebagainya. Slide tersebut boleh dimuatkan

    dengan maklumat dan fakta penting dan guru tidak akan tertinggal maklumat penting

    kerana biodata mengenai tokoh-tokoh kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman, CCE

    Turaisingam dan sebagainya mempunyai fakta yang luas. Ini menyebabkan

    kebarangkalian untuk maklumat tersebut tercicir dari penerangan guru adalah besar.

    Justeru dengan penggunaan slide presentation powerpointini, fakta ini dapat dijelaskan

    dengan terperinci oleh guru tanpa tertinggal.

    5.5 Menarik Perhatian & Fokus Murid

    Penggunaan bahan bantu mengajar yang menggabungkan elemen-elemen menarik

    telah dibuktikan mampu menarik dan memusatkan perhatian dan fokus murid. Aplikasi

    bahan bantu mengajar elektronik dan bahan bantu mengajar bukan elektronik mampu

    menarik perhatian murid kearah sesi pengajaran dan pembelajaran.

    Contohnya penggunaan bigbook berkenaan bendera-bendera negeri-negeri di

    Malaysia yang interaktif dan menarik dapat menarik minat murid kearah pembelajaran.

    Dengan penggunaan kaedah bukaan tetingkap, sliding, pusingan dan sebagainya seperti

    yang terdapat dalam kaedah penggunaan transparensi, bigbooktersebut akan menjadi

  • 7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3109 : Sumber Pengajaran Pembelajaran dalam Pengajian Sosial

    11/14

    HALAMAN 11IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

    PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL

    lebih menarik dan interaktif. Murid akan mampu memberikan fokus dan tumpuan sewaktu

    sesi pengajaran dan pembelajaran dilangsungkan.

    5.6 Memberi Pengalaman Baru

    Penggunaan bahan bantu mengajar turut dapat memberi satu pengalaman baru kepada

    pelajar. Murid berjaya mendapat pengalaman baru sekiranya guru mengaplikasi bahan

    bantu mengajar bercorak pengalaman ataupun bahan sebenar. Malah murid turut

    mendapat pengalaman baru jika menggunakan bahan bantu mengajar yang lain namun

    peratusan keberkesanan memberikan pengalaman baru tidaklah tinggi sepertimana

    penggunaan bahan bantu mengajar bercorak pengalaman.

    Antara contohnya aplikasi bahan bantu mengajar bercorak pengalaman ialah

    seperti lakonan situasi adab makan, pantomin kisah Melaka mendapat nama, lawatan ke

    muzium dan projek pameran sejarah kemerdekaan negara. Malah penggunaan bahan

    sebenar daripada alam sekitar atau disebut sebagai realia iaitu merupakan benda

    semulajadi yang digunakan sewaktu P&P turut membantu dalam memberikan

    pengalaman baru kepada murid contohnya guru membawa daun kapal terbang dan

    menceritakan khasiatnya kepada murid. Terdapat sesetengah murid tidak pernah melihat

    daun kapal terbang dan dengan kaedah guru membawa bahan realtersebut ke dalam

    kelas, murid akan dapat mengetahu bentuk dan jenis daun tersebut.

    6.0 KESIMPULAN

    Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah sebagai alat pemudah untuk

    membantu dalam penyampaian pengajaran guru, bertujuan mencapai objektif

    pengajaran yang telah dirancang oleh guru dan murid-murid lebih memahami pengajaranguru seterusnya dapat menerima pembelajaran dengan cepat. Bahan Bantuan Mengajar

    ini juga dapat mengelakkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas lebih

    menjurus kepada keadaan yang diselubungi kebosanan di kalangan murid-murid, kerana

    murid-murid hanya lebih menumpukan perhatian terhadap pengajaran satu hala oleh

    guru. Sebaliknya dengan adanya BBM, proses pengajaran dan pembelajaran dapat

  • 7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3109 : Sumber Pengajaran Pembelajaran dalam Pengajian Sosial

    12/14

    HALAMAN 12IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

    PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL

    diselamatkan dari masalah disiplin di dalam kelas. Selain itu, BBM juga dapat

    mencungkil kreativiti guru untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di

    dalam kelas lebih mencabar. Guru juga lebih terdedah dengan kemajuan sains dan

    teknologi jika guru mempunyai inisiatif untuk meneroka dunia tanpa sempadan ini, dan

    mengaplikasikannya dalam P&P.

  • 7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3109 : Sumber Pengajaran Pembelajaran dalam Pengajian Sosial

    13/14

    HALAMAN 13IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

    PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL

    BIBLIOGRAFI

    Buku Ilmiah

    Hajah Noresah Bt. Baharom et. al. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka Sdn. Bhd.

    Noriati A.Rashid, et. al. (2009).Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah

    Alam. Oxford Fajar.

    Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain. (2009).

    Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong. Penerbitan

    Multimedia.

    Rujukan Internet

    Bahan Bantu Mengajar. (2009). Diakses pada 1 Mac 2013 dari URL

    http://itukamibudakseni.blogspot.com/2010/11/bahan-bantu-mengajar.html

    Konsep Dan Kategori Bahan Bantu Mengajar. (2012). Diakses pada 1 Mac 2013 dari

    URL http://www.ipgktarpengajiansosial.com/2012/08/konsep-dan-kategori-bahan-

    bantu-mengajar.html

    Saiful. (2009). Fungsi Bahan Bantu Mengajar. Diakses pada 1 Mac 2013 dari URL

    http://epulldpliukm.blogspot.com/

    Saraswati. Prinsip dan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam P&P. Diakses pada

    10 Mac 2013 dari URL http://ge2123.tripod.com/Saraswati/nota_kuliah_2.htm

    Tesis

    Nur Baizura Binti Mahyidin. (2006). Faktor-Faktor Yang Menggalakkan Penggunaan AlatBantu Mengajar Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Dalam Pengajaran Seharian.

    Ph.D Dissertation, Universiti Teknologi Malaysia.

    Segaran A/L Shanmugam. (1999). Penggunaan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran

    Dalam Bilik Darjah Di Sekolah-Sekolah Menengah Di Daerah Port Dickson, Negeri

    Sembilan. Ph.D Dissertation, Universiti Putra Malaysia

  • 7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3109 : Sumber Pengajaran Pembelajaran dalam Pengajian Sosial

    14/14

    HALAMAN 14IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

    PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL

    Jurnal

    Siti Fatimah Ahmad & Ab. Halim Tamuri. (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan

    Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia Dalam Pengajaran j-

    QAF. Journal of Arabic and Islamic Education, 2(2), 53-64.