congkak

14
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, JALAN BEHOR PULAI, 01000 KANGAR PERLIS KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL “ PERTANDINGAN GASING”

Upload: zul-fahmi

Post on 25-Sep-2015

236 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kertas cadangan

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PERLIS,

JALAN BEHOR PULAI, 01000 KANGAR PERLIS

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

PERTANDINGAN GASING

OBJEKTIF

Memenuhi syarat kandungan kurikulum PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2013.

Memberi peluang kepada guru pelatih menimba pengalaman baru dalam menguruskan karnival sukan.

Menimba ilmu pengetahuan dalam bidang kemasyarakatan, sosial dan budaya.

Mendapat pendedahan dan pengalaman secara langsung.

Memupuk kerjasama dan keyakinan diri yang tinggi.

Melahirkan para insan guru yang seimbang dan bersepadu dari segi JERIS.

Memperkenalkan kepada lapisan masyarakat muda masa kini berkenaan permainan tradisional.

Gasing berasal daripada permainan memusing buah berembang.

Gasing dicipta berdasarkan bentuk buah berembang.

Perkataan gasing berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu gah berpusing. Gah dalam istilah permainan gasing bermaksud berpusing dengan ligat dan tegak.

SEJARAH GASING

SUMBER DARI TERENGGANU

Permainan gasing berasal daripada permainan laga telur ayam.

Timbul idea untuk menghasilkan gasing mengikut rupa bentuk telur.

Paksi ditambah agar gasing berputar dengan laju dan tegak.

Gasing yang diputar dengan tangan kurang ligat berputar dan pusingannya tidak tahan lama.

Tali digunakan supaya dapat memusingkan gasing dengan lebih ligat dan lama.

SEJARAH GASING

SUMBER DARI KEDAH

Gasing

Kapur

Wisel

Stopwatch

Manila Kad

Marker

Air mineral

Kerusi dan meja

Borang pencatat

PERALATAN

Foyer Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

TEMPAT PELAKSANAAN PROGRAM

KAWASAN PERMAINAN

KATEGORI PEMAIN

Lelaki

Perempuan

SISTEM PERMAINAN

Satu pasukan mengandungi 4 orang pemain dan 1 orang pemain simpanan.

Satu regu mengandungi 4 orang pemain dan seorang pemain simpanan.

Tiap-tiap pemain dibenarkan bermain hanya dalam regunya sahaja.

Pemain simpanan boleh bermain bagi menggantikan rakan-rakan sepasukan dengannya pada bila-bila masa setelah mendapat kebenaran pengadil.

Pemain yang telah keluar boleh masuk semula menggantikan rakan sepasukannya.

MASA BERMAIN

Satu tempoh perlawanan selama 15 minit.

PERATURAN PERMAINAN

CARA BERMAIN

Pemusing diberi masa 10 saat untuk memusing ketiga-tiga biji gasing dalam bulatan dan pemangkah diberi 12 saat untuk memangkah gasing-gasing itu.

Setelah dipangkah ketiga-tiga gasing, permainan tamat dan akan dinilai oleh pengadil.

Sekiranya terdapat sama banyak Uri Sah bagi kedua-dua regu dalam Petak Bela Uri, Berlegai Uri diteruskan hingga tempoh 2 minit selepas wisel memangkah dibunyikan. Regu yang mempunyai uri yang lebih dikira menang. Sama banyak uri sah bagi kedua-dua regu adalah dikira seri.

Keputusan Jika pemangkah menang, ia mendapat 3 mata dan memangkah lagi. Jika pemusing menang maka 'tukar pusing'. Jika 'seri' maka pemangkah memangkah semula

PERATURAN PERMAINAN

PEMBERIAN MATA KEPADA PEMANGKAH

Pemangkah diberi 3 mata jika menang uri, 2 mata jika pemusing 'batal' dan dalam kedua-dua hal pemangkah memangkah lagi.

Mata tidak diberi jika gasing pemangkah dan gasing pemusing 'seri uri'.

KEMENANGAN

Pasukan yang mendapat jumlah mata yang lebih dikira 'menang' dalam permainan itu.

'Seri' pasukan dan cara menang.

a. Jika berlaku 'seri pasukan' dalam perlawanan, maka kemenangan diberikan kepada pasukan yang mendapat jumlah 'mata bersih' (3 mata) yang terbanyak.

b. Jika masih seri, maka salah seorang pemain dari kedua-dua pasukan akan memusing gasing di dalam gelanggang, dalam masa 4 saat untuk berlegai uri. Gasing pasukan yang akhir sekali mati urinya dikira menang.

PERATURAN PERMAINAN

UNDIAN

Undian dijalankan sebelum permainan bermula untuk menentukan pemusing dan pemangkah.

Salah seorang pemain dari kedua-dua pasukan akan memusing gasing di dalam gelanggang, untuk berlegai uri. Gasing pasukan yang akhir sekali mati urinya sebagai pemangkah.

MEMUSING

Memusing gasing setelah pengadil membunyikan wisel.

Memusing gasing dari luar bulatan.

MEMANGKAH

Pemangkah dikehendaki memangkah dari dalam lorang pemangkah.

Boleh memangkah mana-mana gasing dalam bulatan yang belum dipangkah.

Pemangkah tidak boleh memangkah menghala lorong pemangkah.

PERATURAN PERMAINAN

URI SAH JIKA

Gasing pemusing berada dalam bulatan sebelum dipangkah

Gasing pemusing berada di dalam gelanggang permainan sete1ah dipangkah.

Gasing yang dipusing itu tercecah di luar bulatan dan serta merta tertarik ke dalam bulatan dengan pusingan itu juga, maka gasing itu dikira. uri sah.

Gasing pemangkah berada di dalam gelanggang permainan setelah memangkah.

Gasing 'Uri Sah' bergerak dan dengan tidak sengaja kena pada anggota permain pasukan lawan.

PERATURAN PERMAINAN

URI BATAL URI BATAL ATAU TIDAK SAH IALAH JIKA :

Gasing pemusing berada di luar bulatan sebelum dipangkah.

Gasing pemusing atau gasing pemangkah keluar dari gelanggang permainan.

Uri gasing yang kena pada anggota pemain pasukan sendiri.

Uri gasing tidak dialih setelah diarahkan oleh Pengadil.

Gangguan

Jika pengadil terusik, terlanggar atau terpijak gasing, maka permainan dijalankan terus.

Apabila berlaku gangguan luar jangka samada binatang, manusia atau alat- alat maka tindakan bagi situasi itu adalah seperti berikut

Dalam jangka masa memusing maka pusing semula

Dalam jangka masa memangkah maka pangkah semula

PERATURAN PERMAINAN

Tamat Permainan

Pengadil akan membunyikan wisel untuk menamatkan permainan

Mata tidak diberi kepada pemangkah sekiranya masa telah tamat

Pengadil

Di dalam sesuatu perlawanan mesti diadili oleh dua (2) orang pengadil dan seorang pengadil garisan selaku pencatat papan tanda

Penggunaan Gasing dan Tali Gasing Pemain hendaklah menggunakan gasing dan tali gasing yang telah sah

PERATURAN PERMAINAN