berikut ini adalah 99 nama allah swt

Upload: nur-lala

Post on 05-Nov-2015

214 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nama2 Allah..

TRANSCRIPT

Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT (Asmaul Husna) beserta maknanya:

1. Ar-Rahmaan: ( ) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung danpengasih di dunia.2. Ar-Rahim: ( ) Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaandan penyayang di akhirat.3. Al-Malik: ( ) Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNyasesuai dengan kehendakNya sendiri.4. Al-Quddus: ( ) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.5. As-Salaam: ( ) Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraankepada seluruh makhlukNya.6. Al-Mumin: ( ) Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalahdan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benarbenardipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.7. Al-Muhaimin: ( ) Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitumemerintah dan melindungi segala sesuatu.8. Al-Aziiz: ( ) Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat8. Al-Aziiz: ( ) Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuatsekehendakNya9. Al-Jabbaar: ( ) Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitumencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaikikeadaan seluruh hambaNya.10. Al-Mutakabbir: ( ) Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yangmelengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.11. Al-Khaaliq: ( ) Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, jugayang menakdirkan adanya semua itu.12. Al-Baari: ( ) Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitumengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.13. Al-Mushawwir: ( ) Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk,memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeda dengan lainnya. (Al-Khaaliqadalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanyaitu. Al-Baari ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwirialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).14. Al-Ghaffaar: ( ) Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupidosa-dosa dan kesalahan.15. Al-Qahhaar: ( ) Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalamkekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.16. Al-Wahhaab: ( ) Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyakkenikmatan dan selalu memberi kurnia.17. Ar-Razzaaq: ( ) Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagairezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.18. Al-Fattaah: ( ) Maha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedungpenyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya.19. Al-Aliim: ( ) Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak adasatu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.20. Al-Qaabidh: ( ) Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitumengambil nyawa atau mempersempit nezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya.21. Al-Baasith: ( ) Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha MelimpahNikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.22. AI-Khaafidh: ( ) Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah /Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiridengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.23. Ar-Raafi: ( ) Maha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang23. Ar-Raafi: ( ) Maha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yangselayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk golongankaum yang bertaqwa.24. Al-Muiz: ( ) Maha Menghormati / Memuliakan / Maha PemberiKemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNyadengan memberinya pentolongan dan kemenangan.25. Al-Muzil: ( ) Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNyadan musuh ummat Islam seluruhnya.26. As-Samii: ( ) Maha Mendengar.27. Al-Bashiir: ( ) Maha Melihat.28. Al-Hakam: ( ) Maha Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yangmenetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, jugatidak seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu.29. Al-Adl: ( ) Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.30. Al-Lathiif: ( ) Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitumengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.31. Al-Khabiir: ( ) Maha Waspada/ Maha Mengetahui.32. Al-Haliim: ( ) Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yangtidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan.33. Al-Adzhiim: ( ) Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercukeagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.34. Al-Ghafuur: ( ) Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hambahambaNya.35. Asy-Syakuur: ( ) Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasanyang banyak sekali atas amalan yang kecil.36. Al-Aliy: ( ) Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapaitingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapapun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya.37. Al-Kabiir: ( ) Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancainderaataupun akal manusia.38. Al-Hafidz: ( ) Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitumenjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amalperbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untukmemberikan balasanNya.39. Al-Muqiit: ( ) Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yangberupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.40. Al-Hasiib: ( ) Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitumemberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat.41. Al-Jaliil: ( ) Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran keranakesempurnaan sifat-sifatNya.42. Al-Kariim: ( ) Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpadiminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.43. Ar-Raqiib: ( ) Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yangmengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.44. Al-Mujiib: ( ) Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa sajayang berdoa padaNya.45. Al-Waasi: ( ) Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepadasegala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.46. Al-Hakiim: ( ) Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggikesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.47. Al-Waduud: ( ) Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkansegala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalamsegala hal dan keadaan.48. Al-Majiid: ( ) Maha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaandan keutamaan.49. Al-Baithu: ( ) Maha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dankemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kuburmasing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat.50. Asy-Syahiid: ( ) Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.51. Al-Haq: ( ) Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikitpun.52. Al-Wakiil: ( ) Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan,yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluanmereka itu.53. Al-Qawiy: ( ) Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memilikikekuasaan yang sesempurnanya.54. Al-Matiin: ( ) Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha SempurnaKekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.55. Al-Waliy: ( ) Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semuakepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberianpertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka.56. Al-Hamiid: ( ) Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperolehpujian dan sanjungan.57. Al-Muhshii: ( ) Maha Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu puntertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.58. Al-Mubdi: ( ) Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yangmelahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.59. Al-Muiid: ( ) Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitumenumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.60. Al-Muhyii: ( ) Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiapsesuatu yang berhak hidup.61. Al-Mumiit: ( ) Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apayang hidup.62. Al-Hay: ( ) Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.63. Al-Qayyuum: ( ) Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya,AfalNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinyalangit dan bumi ini.64. Al-Waajid: ( ) Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa sajayang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifatkayaNya yang secara mutlak.65. Al-Maajid: ( ) Maha Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannyadalam bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65 A1-Maajid).66. Al-Waahid: ( ) Maha Esa.67. Al-Ahad: ( ) Maha Tunggal.68. Ash-Shamad: ( ) Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaituselalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan.69. Al-Qaadir: ( ) Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya70. Al-Muqtadir: ( ) Maha Menentukan.71. Al-Muqaddim: ( ) Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukansebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisihwaktu atau tempatnya.72. Al-Muakhkhir: ( ) Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / MahaMembelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dariyang lainnya.73. Al-Awwal: ( ) Maha Pemulaan / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semuayang maujud.74. Al-Aakhir: ( ) Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnyasegala sesuatu yang maujud.75. Azh-Zhaahir: ( ) Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitumenyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tandaciptaanNya76. Al-Baathin: ( ) Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehinggatidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.77. Al-Waalii: ( ) Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang MahaMemerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadimilikNya.78. Al-Mutaaalii: ( ) Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dankerendahan.79. Al-Bar: ( ) Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yangbanyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yangdilimpahkanNya.80. At-Tawwaab: ( ) Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepadaorang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.81. Al-Muntaqim: ( ) Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yangbersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.82. Al-Afuw: ( ) Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahanorang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya.83. Ar-Rauuf: ( ) Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasihsayangNya.84. Maalikul Mulk: ( ) Maha Pemilik Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan /Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit,bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak daniradatNya.85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ) Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan /Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dankesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.86. Al-Muqsith: ( ) Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenanganpada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengankeadilanNya.87. Al-Jaami: ( ) Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkanberbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusiapada hari pembalasan.88. Al-Ghaniy: ( ) Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidakberkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amatmengharapkan padaNya.89. Al-Mughnii: ( ) Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan danMemakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruahkepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya.90. Al-Maani: ( ) Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membelahamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.91. Adh-Dhaar: ( ) Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / MahaPemberi bahaya, iaitu dengan rnenurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya92. An-Naafi: ( ) Maha Pemberi Manfaat , iaitu meratalah kebaikan yangdikunniakanNya itu kepada semua hamba dan negeri.93. An-Nuur: ( ) Maha Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNyasendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tandakekuasaanNya.94. Al-Haadi: ( ) Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk,iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya danterjaga kehidupannya.95. Al-Badii: ( ) Maha Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehinggatidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.96. Al-Baaqi: ( ) Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya97. Al-Waarits: ( ) Maha Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekalsetelah musnahnya seluruh makhluk.98. Ar-Rasyiid: ( ) Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin,iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan padaseluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yangdigariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.99. Ash-Shabuur: ( ) Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaandan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya..