berikut ini adalah 99 nama allah swt

6
Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT (Asmaul Husna) beserta maknanya: 1. Ar-Rahmaan: ( ن م ح ر ل ا) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia. 2. Ar-Rahim: ( م ي ح ر ل ا) Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat. 3. Al-Malik: ( ملك ل ا) Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri. 4. Al-Quddus: ( دوس الق) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan. 5. As-Salaam: ( سلام ل ا) Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya. 6. Al-Mu’min: ( ن م ؤ م ل ا) Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik. 7. Al-Muhaimin: ( ن م حي م ل ا) Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu. 8. Al-’Aziiz: ( % ز ي% ز لع ا) Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya 9. Al-Jabbaar: ( ار- ح ل ا) Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya. 10. Al-Mutakabbir: ( كب ت م ل ا) Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya. 11. Al-Khaaliq: ( ق ل ا% خ ل ا) Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu. 12. Al-Baari’: ( ت/ ارئ ل ا) Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya. 13. Al-Mushawwir: ( ؤر مص ل ا) Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya). 14. Al-Ghaffaar: ( ار% ق% لغ ا) Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa- dosa dan kesalahan. 15. Al-Qahhaar: ( هار ق ل ا) Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya. 16. Al-Wahhaab: ( / وهاب ل ا) Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia. 17. Ar-Razzaaq: ( اق% ر ر ل ا) Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya. 18. Al-Fattaah: ( اح ت% ف ل ا) Maha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya. 19. Al-’Aliim: ( م يعل ل ا) Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya. 20. Al-Qaabidh: ( % ض/ ب ا الق) Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya. 21. Al-Baasith: ( ت/ اسط ل ا) Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya. 22. AI-Khaafidh: ( % ض% ف ا% خ ل ا) Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah / Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan. 23. Ar-Raafi’: ( ع% ف را ل ا) Maha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan kaum yang bertaqwa. 24. Al-Mu’iz: ( % ز مع ل ا) Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya pentolongan dan kemenangan.

Upload: ahmad-fauzi-shahrudin

Post on 18-Jan-2016

48 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ALLAH

TRANSCRIPT

Page 1: Berikut Ini Adalah 99 Nama Allah SWT

Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT

(Asmaul Husna) beserta maknanya:

1. Ar-Rahmaan: ( الرحمن ) Maha Pengasih, iaitu

pemberi kenikmatan yang agung-agung dan

pengasih di dunia.

2. Ar-Rahim: ( الرحيم ) Maha Penyayang, iaitu

pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan

penyayang di akhirat.

3. Al-Malik: ( الملك ) Maha Merajai/ Menguasai

/Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai

dengan kehendakNya sendiri.

4. Al-Quddus: ( القدوس ) Maha Suci, iaitu tersuci

dan bersih dari segala cela dan kekurangan.

5. As-Salaam: ( السالم ) Maha Penyelamat, iaitu

pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada

seluruh makhlukNya.

6. Al-Mu’min: ( المؤمن ) Maha Pengaman /

Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah

dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa,

sedang kepada yang taat akan benar-benar

dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.

7. Al-Muhaimin: ( المحيمن ) Maha

Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta

Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala

sesuatu.

8. Al-’Aziiz: ( العزيز ) Maha Mulia / Maha Berkuasa,

iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat

sekehendakNya

9. Al-Jabbaar: ( الجبار ) Maha Perkasa / Maha Kuat /

Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi

segala keperluan, melangsungkan segala

perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh

hambaNya.

10. Al-Mutakabbir: ( المتكبر ) Maha Megah / Maha

Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala

kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan

dan kemegahanNya.

11. Al-Khaaliq: ( الخالق ) Maha Pencipta, iaitu

mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang

menakdirkan adanya semua itu.

12. Al-Baari’: ( البارئ ) Maha Pembuat / Maha

Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan

sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.

13. Al-Mushawwir: ( المصور ) Maha Pembentuk /

Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan

gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza

dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan

sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang

menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah

mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya,

manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya

bentuk yang sesuai dengan keadaan dan

keperluannya).

14. Al-Ghaffaar: ( الغفار ) Maha Pengampun,

banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-

dosa dan kesalahan.

15. Al-Qahhaar: ( القهار ) Maha Pemaksa,

menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya

serta memaksa segala makhluk menurut

kehendakNya.

16. Al-Wahhaab: ( الوهاب ) Maha Pemberi / Maha

Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan

dan selalu memberi kurnia.

17. Ar-Razzaaq: ( الرزاق ) Maha Pengrezeki / Maha

Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki

serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.

18. Al-Fattaah: ( الفتاح ) Maha Membukakan /

Maha Pembuka , iaitu membuka gedung

penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya.

19. Al-’Aliim: ( العليم ) Maha Mengetahui, iaitu

mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu

benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.

20. Al-Qaabidh: ( القابض ) Maha Pencabut / Maha

Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu

mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi

siapa yang dikehendaki olehNya.

21. Al-Baasith: ( الباسط ) Maha Meluaskan / Maha

Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu

memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang

diinginkan olehNya.

22. AI-Khaafidh: ( الخافض ) Maha Menjatuhkan /

Maha Menghinakan / Maha Perendah / Pengurang,

iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan

akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya

kehinaan, kerendahan dan seksaan.

23. Ar-Raafi’: ( الرافع ) Maha Mengangkat / Maha

Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya

diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat,

iaitu termasuk golongan kaum yang bertaqwa.

24. Al-Mu’iz: ( المعز ) Maha Menghormati /

Memuliakan / Maha Pemberi

Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang

berpegang teguh pada agamaNya dengan

memberinya pentolongan dan kemenangan.

25. Al-Muzil: ( المذل ) Maha Menghina / Pemberi

kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan

musuh ummat Islam seluruhnya.

26. As-Samii’: ( السميع ) Maha Mendengar.

27. Al-Bashiir: ( البصير ) Maha Melihat.

28. Al-Hakam: ( الحكم ) Maha Menghukum / Maha

Mengadili, iaitu sebagai hakim yang menetapkan /

memutuskan yang tidak seorang pun dapat

menolak keputusanNya, juga tidak seorang pun

yang berkuasa merintangi kelangsungan

hukumNya itu.

29. Al-’Adl: ( العدل ) Maha Adil. Serta sangat

sempurna dalam keadilanNya itu.

30. Al-Lathiif: ( اللطيف ) Maha Menghalusi / Maha

Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu mengetahui

segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan

kecil-kecil.

Page 2: Berikut Ini Adalah 99 Nama Allah SWT

31. Al-Khabiir: ( الخبير ) Maha Waspada/  Maha

Mengetahui.

32. Al-Haliim: ( الحليم ) Maha Penyabar / Maha

Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak

tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula

gelojoh memberikan siksaan.

33. Al-’Adzhiim: ( العظيم ) Maha Agung, iaitu

mencapai puncak tertinggi dan di mercu

keagungan kerana bersifat dengan segala macam

sifat kebesaran dan kesempunnaan.

34. Al-Ghafuur: ( الغفور ) Maha Pengampun,

banyak pengampunanNya kepada hamba-

hambaNya.

35. Asy-Syakuur: ( الشكور ) Maha Pembalas / Maha

Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak

sekali atas amalan yang kecil.

36. Al-’Aliy: ( العلي ) Maha Tinggi Martabat-Nya /

Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat

yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin

digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan

tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun

pandainya.

37. Al-Kabiir: ( الكبير ) Maha Besar, yang

kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera

ataupun akal manusia.

38. Al-Hafidz: ( الحفيظ ) Maha Pemelihara Maha

Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga

segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah.

Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-

hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit

pun untuk memberikan balasanNya.

39. Al-Muqiit: ( المقيت ) Maha Pemberi kecukupan/

Maha Pemberi Keperluan , baik yang berupa

makanan tubuh ataupun makanan rohani.

40. Al-Hasiib: ( الحسيب ) Maha Penjamin / Maha

Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan

jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-

hambaNya pada hari Qiamat.

41. Al-Jaliil: ( الجليل ) Maha Luhur, iaitu yang

memiliki sifat-sifat keluhuran kerana

kesempurnaan sifat-sifatNya.

42. Al-Kariim: ( الكريم ) Maha Pemurah, iaitu mulia

tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta

atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.

43. Ar-Raqiib: ( الركيب ) Maha Peneliti / Maha

Pengawas Maha Waspada, iaitu yang mengamat-

amati gerak-geri segala sesuatu dan

mengawasinya.

44. Al-Mujiib: ( المجيب ) Maha Mengabulkan, iaitu

yang memenuhi permohonan siapa saja yang

berdoa padaNya.

45. Al-Waasi’: ( الواسع ) Maha Luas Pemberian-

Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada segala

yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap

segala sesuatu.

46. Al-Hakiim: ( الحكيم ) Maha Bijaksana, iaitu

memiliki kebijaksanaan yang tertinggi

kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam

membuat segala sesuatu.

47. Al-Waduud: ( الودود ) Maha Pencinta / Maha

Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala

kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga

berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan

keadaan.

48. Al-Majiid: ( المجيد ) Maha Mulia, iaitu yang

mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan

keutamaan.

49. Al-Ba’ithu: ( الباعث ) Maha Membangkitkan,

iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan,

juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang

yang telah mati dari kubur masing-masing nanti

setelah tibanya hari Qiamat.

50. Asy-Syahiid: ( الشهيد ) Maha Menyaksikan /

Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.

51.  Al-Haq: ( الحق ) Maha Haq / Maha Benar yang

kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.

52. Al-Wakiil: ( الوكيل ) Maha Pentadbir / Maha

Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni

memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan

apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu.

53. Al-Qawiy: ( القوى ) Maha Kuat / Maha Memiliki

Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang

sesempurnanya.

54. Al-Matiin: ( المتين ) Maha Teguh / Maha Kukuh

atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya ,

iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di

puncaknya.

55. Al-Waliy: ( الولى ) Maha Melindungi, iaitu

melindungi serta mengaturkan semua kepentingan

makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat

sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak

terbatas pada keperluan mereka.

56. Al-Hamiid: ( الحميد ) Maha Terpuji, yang

memang sudah selayaknya untuk memperoleh

pujian dan sanjungan.

57. Al-Muhshii: ( المحصى ) Maha Menghitung  /

Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun

tertutup dari pandanganNya dan semua amalan

diperhitungkan sebagaimana wajarnya.

58. Al-Mubdi’: ( المبدئ ) Maha Memulai/Pemula /

Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan

sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.

59. Al-Mu’iid: ( المعيد ) Maha Mengulangi / Maha

Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu

menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau

setelah rosaknya.

60. Al-Muhyii: ( المحي ) Maha Menghidupkan, iaitu

memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu

yang berhak hidup.

Page 3: Berikut Ini Adalah 99 Nama Allah SWT

61. Al-Mumiit: ( المميت ) Maha Mematikan, iaitu

mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang

hidup.

62. Al-Hay: ( الحي ) Maha Hidup, iaitu sentiasa

kekal hidupNya itu.

63. Al-Qayyuum: ( القيوم ) Maha Berdiri Dengan

Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya.

Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia.

DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini.

64. Al-Waajid: ( الواجد ) Maha Penemu / Maha

Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja yang

diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan

pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang

secara mutlak.

65. Al-Maajid: ( الماجد ) Maha Mulia, (sama dengan

no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya dalam

bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid,

sedang no. 65 A1-Maajid).

66. Al-Waahid: ( الواحد ) Maha Esa.

67. Al-Ahad: ( األحد ) Maha Tunggal.

68. Ash-Shamad: ( الصمد ) Maha Diperlukan /

Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu

menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada

hajat keperluan.

69. Al-Qaadir: ( القادر ) Maha Berkuasa/ Maha

Kuasa / Maha Berupaya

70. Al-Muqtadir: ( المقتدر ) Maha Menentukan.

71. Al-Muqaddim: ( المقدم ) Maha Mendahulukan /

Maha Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian

benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau

dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya.

72. Al-Muakhkhir: ( المؤخر ) Maha Menangguhkan

/ Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan /

Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan

sebahagian sesuatu dari yang lainnya.

73. Al-Awwal: ( األول ) Maha Pemulaan  / Maha

Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang

maujud.

74. Al-Aakhir: ( اآلخر ) Maha Penghabisan / Yang

Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala

sesuatu yang maujud.

75. Azh-Zhaahir: ( الظاهر ) Maha Zahir / Maha

Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan

menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-

bukti dan tanda-tanda ciptaanNya

76. Al-Baathin: ( الباطن ) Maha Tersembunyi, iaitu

tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak

seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.

77. Al-Waalii: ( الوالى ) Maha Menguasai / Maha

Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu

menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya

dan menjadi milikNya.

78. Al-Muta’aalii: ( المتعال ) Maha Suci/Tinggi ,

iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan

kerendahan.

79. Al-Bar: ( البار ) Maha Dermawan / Maha Bagus

(Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat

kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar

kenikmatan yang dilimpahkanNya.

80. At-Tawwaab: ( التواب ) Maha Penerima Taubat,

iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang

yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah

akan menerimanya.

81. Al-Muntaqim: ( المنتقم ) Maha Penyiksa / Yang

Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah

dan orang yang berhak untuk memperoleh

siksaNya.

82. Al-’Afuw: ( العفو ) Maha Pemaaf / Yang Maha

Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang

suka kembali untuk meminta maaf padaNya.

83. Ar-Rauuf: ( الرؤف ) Maha Pengasih / Maha

Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih

sayangNya.

84. Maalikul Mulk: ( الملك المالك ) Maha Pemilik

Kekuasaan  / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik

Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang

berlaku di alam semesta, langit, bumi dan

sekitarnya serta yang di alam semesta itu

semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya.

85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( واإلكرام ذوالجالل )

Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan  / Maha

Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang

mempunyai keutamaan dan kesempurnaan,

pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak

dan melimpah ruah.

86. Al-Muqsith: ( المقسط ) Maha Mengadili / Maha

Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada

orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-

orang yang menganiaya dengan keadilanNya.

87. Al-Jaami’: ( الجامع ) Maha Mengumpulkan /

Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai

hakikat yang telah bercerai-berai dan juga

mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari

pembalasan.

88. Al-Ghaniy: ( الغنى ) Maha Kaya Raya / Maha

Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak

berkehendakkan apa juapun dari yang selain

ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat

mengharapkan padaNya.

89. Al-Mughnii: ( المغنى ) Maha Pemberi

kekayaan / Maha Mengkayakan dan

Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang

berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada

siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-

hambaNya.

90. Al-Maani’: ( المانع ) Maha Membela atau Maha

Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela hamba-

Page 4: Berikut Ini Adalah 99 Nama Allah SWT

hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab

yang menyebabkan kerosakan.

91. Adh-Dhaar: ( الضار ) Maha Mendatangkan

Mudharat / Maha Pembuat Bahaya  / Maha Pemberi

bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya

kepada musuh-musuhNya

92. An-Naafi’: ( النافع ) Maha Pemberi Manfaat ,

iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya itu

kepada semua hamba, masyarakat dan negeri.

93. An-Nuur: ( النور ) Maha Pemberi Cahaya  /

Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri

dan menampakkan untuk yang selainNya dengan

menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.

94. Al-Haadi: ( الهادى ) Maha Pemberi Petunjuk /

Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu

memberikan jalan yang benar kepada segala

sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga

kehidupannya.

95. Al-Badii’: ( البديع ) Maha Indah / Tiada

Bandingan  / Maha Pencipta yang baru, sehingga

tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum

keluarnya ciptaanNya itu.

96. Al-Baaqi: ( الباقع ) Maha Kekal, iaitu kekal

hidupNya untuk selama-Iamanya

97. Al-Waarits: ( الوارث ) Maha Membahagi / Maha

Mewarisi  / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah

musnahnya seluruh makhluk.

98. Ar-Rasyiid: ( الرشيد ) Maha Cendekiawan /

Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu

yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi

penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya

dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut

ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan

kecendekiawanNya.

99. Ash-Shabuur: ( الصبور ) Maha Penyabar yang

tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak

juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum

masanya.

Page 5: Berikut Ini Adalah 99 Nama Allah SWT
Page 6: Berikut Ini Adalah 99 Nama Allah SWT