Download - Berikut Ini Adalah 99 Nama Allah SWT
Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT
(Asmaul Husna) beserta maknanya:
1. Ar-Rahmaan: ( الرحمن ) Maha Pengasih, iaitu
pemberi kenikmatan yang agung-agung dan
pengasih di dunia.
2. Ar-Rahim: ( الرحيم ) Maha Penyayang, iaitu
pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan
penyayang di akhirat.
3. Al-Malik: ( الملك ) Maha Merajai/ Menguasai
/Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai
dengan kehendakNya sendiri.
4. Al-Quddus: ( القدوس ) Maha Suci, iaitu tersuci
dan bersih dari segala cela dan kekurangan.
5. As-Salaam: ( السالم ) Maha Penyelamat, iaitu
pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada
seluruh makhlukNya.
6. Al-Mu’min: ( المؤمن ) Maha Pengaman /
Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah
dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa,
sedang kepada yang taat akan benar-benar
dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.
7. Al-Muhaimin: ( المحيمن ) Maha
Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta
Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala
sesuatu.
8. Al-’Aziiz: ( العزيز ) Maha Mulia / Maha Berkuasa,
iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat
sekehendakNya
9. Al-Jabbaar: ( الجبار ) Maha Perkasa / Maha Kuat /
Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi
segala keperluan, melangsungkan segala
perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh
hambaNya.
10. Al-Mutakabbir: ( المتكبر ) Maha Megah / Maha
Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala
kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan
dan kemegahanNya.
11. Al-Khaaliq: ( الخالق ) Maha Pencipta, iaitu
mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang
menakdirkan adanya semua itu.
12. Al-Baari’: ( البارئ ) Maha Pembuat / Maha
Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan
sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.
13. Al-Mushawwir: ( المصور ) Maha Pembentuk /
Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan
gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza
dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan
sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang
menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah
mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya,
manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya
bentuk yang sesuai dengan keadaan dan
keperluannya).
14. Al-Ghaffaar: ( الغفار ) Maha Pengampun,
banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-
dosa dan kesalahan.
15. Al-Qahhaar: ( القهار ) Maha Pemaksa,
menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya
serta memaksa segala makhluk menurut
kehendakNya.
16. Al-Wahhaab: ( الوهاب ) Maha Pemberi / Maha
Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan
dan selalu memberi kurnia.
17. Ar-Razzaaq: ( الرزاق ) Maha Pengrezeki / Maha
Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki
serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.
18. Al-Fattaah: ( الفتاح ) Maha Membukakan /
Maha Pembuka , iaitu membuka gedung
penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya.
19. Al-’Aliim: ( العليم ) Maha Mengetahui, iaitu
mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu
benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.
20. Al-Qaabidh: ( القابض ) Maha Pencabut / Maha
Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu
mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi
siapa yang dikehendaki olehNya.
21. Al-Baasith: ( الباسط ) Maha Meluaskan / Maha
Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu
memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang
diinginkan olehNya.
22. AI-Khaafidh: ( الخافض ) Maha Menjatuhkan /
Maha Menghinakan / Maha Perendah / Pengurang,
iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan
akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya
kehinaan, kerendahan dan seksaan.
23. Ar-Raafi’: ( الرافع ) Maha Mengangkat / Maha
Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya
diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat,
iaitu termasuk golongan kaum yang bertaqwa.
24. Al-Mu’iz: ( المعز ) Maha Menghormati /
Memuliakan / Maha Pemberi
Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang
berpegang teguh pada agamaNya dengan
memberinya pentolongan dan kemenangan.
25. Al-Muzil: ( المذل ) Maha Menghina / Pemberi
kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan
musuh ummat Islam seluruhnya.
26. As-Samii’: ( السميع ) Maha Mendengar.
27. Al-Bashiir: ( البصير ) Maha Melihat.
28. Al-Hakam: ( الحكم ) Maha Menghukum / Maha
Mengadili, iaitu sebagai hakim yang menetapkan /
memutuskan yang tidak seorang pun dapat
menolak keputusanNya, juga tidak seorang pun
yang berkuasa merintangi kelangsungan
hukumNya itu.
29. Al-’Adl: ( العدل ) Maha Adil. Serta sangat
sempurna dalam keadilanNya itu.
30. Al-Lathiif: ( اللطيف ) Maha Menghalusi / Maha
Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu mengetahui
segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan
kecil-kecil.
31. Al-Khabiir: ( الخبير ) Maha Waspada/ Maha
Mengetahui.
32. Al-Haliim: ( الحليم ) Maha Penyabar / Maha
Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak
tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula
gelojoh memberikan siksaan.
33. Al-’Adzhiim: ( العظيم ) Maha Agung, iaitu
mencapai puncak tertinggi dan di mercu
keagungan kerana bersifat dengan segala macam
sifat kebesaran dan kesempunnaan.
34. Al-Ghafuur: ( الغفور ) Maha Pengampun,
banyak pengampunanNya kepada hamba-
hambaNya.
35. Asy-Syakuur: ( الشكور ) Maha Pembalas / Maha
Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak
sekali atas amalan yang kecil.
36. Al-’Aliy: ( العلي ) Maha Tinggi Martabat-Nya /
Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat
yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin
digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan
tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun
pandainya.
37. Al-Kabiir: ( الكبير ) Maha Besar, yang
kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera
ataupun akal manusia.
38. Al-Hafidz: ( الحفيظ ) Maha Pemelihara Maha
Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga
segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah.
Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-
hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit
pun untuk memberikan balasanNya.
39. Al-Muqiit: ( المقيت ) Maha Pemberi kecukupan/
Maha Pemberi Keperluan , baik yang berupa
makanan tubuh ataupun makanan rohani.
40. Al-Hasiib: ( الحسيب ) Maha Penjamin / Maha
Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan
jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-
hambaNya pada hari Qiamat.
41. Al-Jaliil: ( الجليل ) Maha Luhur, iaitu yang
memiliki sifat-sifat keluhuran kerana
kesempurnaan sifat-sifatNya.
42. Al-Kariim: ( الكريم ) Maha Pemurah, iaitu mulia
tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta
atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.
43. Ar-Raqiib: ( الركيب ) Maha Peneliti / Maha
Pengawas Maha Waspada, iaitu yang mengamat-
amati gerak-geri segala sesuatu dan
mengawasinya.
44. Al-Mujiib: ( المجيب ) Maha Mengabulkan, iaitu
yang memenuhi permohonan siapa saja yang
berdoa padaNya.
45. Al-Waasi’: ( الواسع ) Maha Luas Pemberian-
Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada segala
yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap
segala sesuatu.
46. Al-Hakiim: ( الحكيم ) Maha Bijaksana, iaitu
memiliki kebijaksanaan yang tertinggi
kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam
membuat segala sesuatu.
47. Al-Waduud: ( الودود ) Maha Pencinta / Maha
Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala
kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga
berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan
keadaan.
48. Al-Majiid: ( المجيد ) Maha Mulia, iaitu yang
mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan
keutamaan.
49. Al-Ba’ithu: ( الباعث ) Maha Membangkitkan,
iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan,
juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang
yang telah mati dari kubur masing-masing nanti
setelah tibanya hari Qiamat.
50. Asy-Syahiid: ( الشهيد ) Maha Menyaksikan /
Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.
51. Al-Haq: ( الحق ) Maha Haq / Maha Benar yang
kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.
52. Al-Wakiil: ( الوكيل ) Maha Pentadbir / Maha
Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni
memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan
apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu.
53. Al-Qawiy: ( القوى ) Maha Kuat / Maha Memiliki
Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang
sesempurnanya.
54. Al-Matiin: ( المتين ) Maha Teguh / Maha Kukuh
atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya ,
iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di
puncaknya.
55. Al-Waliy: ( الولى ) Maha Melindungi, iaitu
melindungi serta mengaturkan semua kepentingan
makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat
sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak
terbatas pada keperluan mereka.
56. Al-Hamiid: ( الحميد ) Maha Terpuji, yang
memang sudah selayaknya untuk memperoleh
pujian dan sanjungan.
57. Al-Muhshii: ( المحصى ) Maha Menghitung /
Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun
tertutup dari pandanganNya dan semua amalan
diperhitungkan sebagaimana wajarnya.
58. Al-Mubdi’: ( المبدئ ) Maha Memulai/Pemula /
Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan
sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.
59. Al-Mu’iid: ( المعيد ) Maha Mengulangi / Maha
Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu
menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau
setelah rosaknya.
60. Al-Muhyii: ( المحي ) Maha Menghidupkan, iaitu
memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu
yang berhak hidup.
61. Al-Mumiit: ( المميت ) Maha Mematikan, iaitu
mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang
hidup.
62. Al-Hay: ( الحي ) Maha Hidup, iaitu sentiasa
kekal hidupNya itu.
63. Al-Qayyuum: ( القيوم ) Maha Berdiri Dengan
Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya.
Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia.
DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini.
64. Al-Waajid: ( الواجد ) Maha Penemu / Maha
Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja yang
diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan
pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang
secara mutlak.
65. Al-Maajid: ( الماجد ) Maha Mulia, (sama dengan
no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya dalam
bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid,
sedang no. 65 A1-Maajid).
66. Al-Waahid: ( الواحد ) Maha Esa.
67. Al-Ahad: ( األحد ) Maha Tunggal.
68. Ash-Shamad: ( الصمد ) Maha Diperlukan /
Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu
menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada
hajat keperluan.
69. Al-Qaadir: ( القادر ) Maha Berkuasa/ Maha
Kuasa / Maha Berupaya
70. Al-Muqtadir: ( المقتدر ) Maha Menentukan.
71. Al-Muqaddim: ( المقدم ) Maha Mendahulukan /
Maha Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian
benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau
dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya.
72. Al-Muakhkhir: ( المؤخر ) Maha Menangguhkan
/ Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan /
Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan
sebahagian sesuatu dari yang lainnya.
73. Al-Awwal: ( األول ) Maha Pemulaan / Maha
Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang
maujud.
74. Al-Aakhir: ( اآلخر ) Maha Penghabisan / Yang
Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala
sesuatu yang maujud.
75. Azh-Zhaahir: ( الظاهر ) Maha Zahir / Maha
Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan
menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-
bukti dan tanda-tanda ciptaanNya
76. Al-Baathin: ( الباطن ) Maha Tersembunyi, iaitu
tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak
seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.
77. Al-Waalii: ( الوالى ) Maha Menguasai / Maha
Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu
menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya
dan menjadi milikNya.
78. Al-Muta’aalii: ( المتعال ) Maha Suci/Tinggi ,
iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan
kerendahan.
79. Al-Bar: ( البار ) Maha Dermawan / Maha Bagus
(Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat
kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar
kenikmatan yang dilimpahkanNya.
80. At-Tawwaab: ( التواب ) Maha Penerima Taubat,
iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang
yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah
akan menerimanya.
81. Al-Muntaqim: ( المنتقم ) Maha Penyiksa / Yang
Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah
dan orang yang berhak untuk memperoleh
siksaNya.
82. Al-’Afuw: ( العفو ) Maha Pemaaf / Yang Maha
Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang
suka kembali untuk meminta maaf padaNya.
83. Ar-Rauuf: ( الرؤف ) Maha Pengasih / Maha
Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih
sayangNya.
84. Maalikul Mulk: ( الملك المالك ) Maha Pemilik
Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik
Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang
berlaku di alam semesta, langit, bumi dan
sekitarnya serta yang di alam semesta itu
semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya.
85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( واإلكرام ذوالجالل )
Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan / Maha
Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang
mempunyai keutamaan dan kesempurnaan,
pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak
dan melimpah ruah.
86. Al-Muqsith: ( المقسط ) Maha Mengadili / Maha
Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada
orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-
orang yang menganiaya dengan keadilanNya.
87. Al-Jaami’: ( الجامع ) Maha Mengumpulkan /
Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai
hakikat yang telah bercerai-berai dan juga
mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari
pembalasan.
88. Al-Ghaniy: ( الغنى ) Maha Kaya Raya / Maha
Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak
berkehendakkan apa juapun dari yang selain
ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat
mengharapkan padaNya.
89. Al-Mughnii: ( المغنى ) Maha Pemberi
kekayaan / Maha Mengkayakan dan
Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang
berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada
siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-
hambaNya.
90. Al-Maani’: ( المانع ) Maha Membela atau Maha
Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela hamba-
hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab
yang menyebabkan kerosakan.
91. Adh-Dhaar: ( الضار ) Maha Mendatangkan
Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha Pemberi
bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya
kepada musuh-musuhNya
92. An-Naafi’: ( النافع ) Maha Pemberi Manfaat ,
iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya itu
kepada semua hamba, masyarakat dan negeri.
93. An-Nuur: ( النور ) Maha Pemberi Cahaya /
Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri
dan menampakkan untuk yang selainNya dengan
menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.
94. Al-Haadi: ( الهادى ) Maha Pemberi Petunjuk /
Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu
memberikan jalan yang benar kepada segala
sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga
kehidupannya.
95. Al-Badii’: ( البديع ) Maha Indah / Tiada
Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehingga
tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum
keluarnya ciptaanNya itu.
96. Al-Baaqi: ( الباقع ) Maha Kekal, iaitu kekal
hidupNya untuk selama-Iamanya
97. Al-Waarits: ( الوارث ) Maha Membahagi / Maha
Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah
musnahnya seluruh makhluk.
98. Ar-Rasyiid: ( الرشيد ) Maha Cendekiawan /
Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu
yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi
penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya
dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut
ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan
kecendekiawanNya.
99. Ash-Shabuur: ( الصبور ) Maha Penyabar yang
tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak
juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum
masanya.