banding beza kepentingan setiap elemen

2

Upload: sweetha-ammu

Post on 16-Jan-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

banding beza

TRANSCRIPT

Page 1: Banding Beza Kepentingan Setiap Elemen

Kemahiran Menerang/Contoh/Ilustr

asi

Penerangan merupakan satu proses memberikan kefahaman kepada orang lain supaya maklumat yang disampaikan itu dapat difahami oleh murid-murid dalam situasi pengajaran dan pembelajaran

Kemahiran Menggunakan Sumber

Penggunaan sumber atau ilustrasi yang bersesuaian dengan topik pembelajaran dapat menerangkan sesuatu idea yang abstrak. Contoh-contoh bolehlah dalam bentuk analogi (perbandingan), cerita-cerita, lukisan, kad gambar, bahan internet, model dan benda-benda sebenar. Penggunaan sumber-sumber ini membolehkan murid-murid membentuk konsep yang lebih jelas, kekal dan kukuh. Bahan sumber ini sebenarnya juga alat bantu mengajar

Kemahiran Pemudah Cara

Anda sudah maklum bahawa guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengajaran guru yang berbentuk satu hala dapat dikurangkan dengan menggunakan kemahiran pemudah cara. Guru yang demokratik tidak akan menguasai keseluruhan pengajaran pembelajaran tetapi sebaliknya akan memotivasikan murid untuk mengambil bahagian dalam proses pengajaran pembelajaran. Contoh :- dalam pengendalian kuiz Pendidikan Moral, guru melantik pelajar menjadi juru kuiz, penjaga masa, penentuan markah, pencatat markah sedangkan guru hanya memantau perjalanan kuiz.

Kemahiran Menggunakan Papan Tulis

Papan tulis digunakan bukan sahaja untuk aktiviti menulis dan melukis tetapi digunakan juga untuk meletakkan atau menyusun bahan bantu mengajar. Contoh: Guru melekatkan kertas mahjung yang mengandungi input pelajaran, menyangkut papan kuiz dan menampal poster

Kemahiran PengukuhanAktiviti Pengukuhan perlu dijalankan oleh guru terhadap murid-murid terutamanya Pengukuhan Secara Positif. Guru haruslah meminimumkan pengukuhan bentuk negatif. Pengukuhan positif akan dapat memotivasikan minat murid untuk terus belajar atau suka akan guru dan sekolah.

Kemahiran Menutup Pengajaran

Kemahiran penutup merujuk kemahiran merumus, menilai dan menekankan isi-isi penting pembelajaran pada sesi itu. Terdapat tiga jenis penutup dalam pengajaran, iaitu penutup kognitif dan penutup sosial

Page 2: Banding Beza Kepentingan Setiap Elemen

Banding beza kepentingan setiap elemen-elemen yang terdapat dalam pengajaran mikro dalam bentuk grafik/peta minda