bab 6 emosi

Upload: nurfarhana-nabila

Post on 19-Oct-2015

138 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Emosi pembawaan

TRANSCRIPT

  • Bab 6: Perkembangan Emosi

    1

    BBBaaabbb 666:::

    PPPEEERRRKKKEEEMMMBBBAAANNNGGGAAANNN EEEMMMOOOSSSIII

    Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat:

    Memberi takrifan bagi istilah emosi dan perkembangan emosi

    Menjelaskan fungsi emosi

    Membincangkan apakah yang dimaksudkan dengan pembawaan (nature)

    Menerangkan teori ikatan

    Menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyokong perkembangan emosi kanak-kanak

    Bab ini menumpu kepada perkembangan emosi kanak-kanak. Emosi terdiri daripada

    emosi asas dan kompleks dan yang paling penting adalah fungsi emosi dalam kehidupan

    seorang individu. Penekanannya adalah kepada isu perangai (nature) dan ikatan serta

    peranan orang dewasa dalam menyokong perkembangan emosi kanak-kanak.

    GAMBARAN UMUM BAB

    6.1 Apakah emosi? 6.2 Apakah perkembangan emosi? 6.3 Fungsi emosi 6.4 Ekspresi tentang emosi 6.5 Kanak-kanak yang mempunyai

    rasa takut dengan sekolah

    6.6 Mengenal pasti emosi-emosi lain 6.7 Pembawaan 6.8 Ikatan 6.9 Menyokong perkembangan emosi

    kanak-kanak

    Ringkasan

    Istilah Penting

    Rujukan

    Bab 1: Pengenalan

    Bab 2: Perkembangan Fizikal &

    Pertumbuhan

    Bab 3: Perkembangan Kognitif Piaget & Vygotsky

    Bab 4: Perkembangan Kognitif Pemprosesan Maklumat

    Bab 5: Perkembangan Moral

    Bab 6: Perkembangan Emosi

    Bab 7: Perkembangan Bahasa

    Bab 8: Perkembangan Sosial

    Bab 9: Pengaruh Keluarga

    Bab 10: Pengaruh Di Luar Keluarga

  • Bab 6: Perkembangan Emosi

    2

    6.1 Apakah Emosi?

    Apakah maksud emosi? Emosi merupakan perasaan yang disedari seperti

    kegembiraan, kesedihan, takut, benci dan sebagainya yang dialami oleh seseorang.

    Emosi terdiri daripada dua jenis iaitu emosi asas dan emosi kompleks:

    Emosi Asas dialami oleh manusia di seluruh dunia dan setiap emosi terdiri

    daripada tiga ciri-ciri berikut:

    Ia merupakan suatu perasaan yang subjektif (subjektif kerana ia berbeza mengikut individu);

    Ia selalunya dialami bersama dengan perubahan fisiologi tertentu seperti denyutan jantung atau pernafasan yang lebih kencang; dan

    Selalu diperlihatkan dengan jelas sebagai suatu kelakuan contohnya menangis atau menggigil.

    Emosi Kompleks merujuk kepada perasaan berjaya (kerana jangkaan telah

    dipenuhi) dan perasaan gagal (apabila jangkaan tidak dipenuhi). Contoh emosi

    kompleks adalah bangga, bersalah atau malu.

    6.2 Apakah Perkembangan Emosi?

    Perkembangan atau pertumbuhan emosi merujuk kepada proses di mana seseorang

    individu mengembangkan perasaan dan mempelajari cara untuk menanganinya

    dengan sewajarnya. Secara lazimnya perkembangan emosi merujuk kepada

    keupayaan seorang kanak-kanak yang semakin berkembang yang membolehkan

    mereka memahami perasaan mereka sendiri serta perasaan orang lain, mengurus

    perasaan mereka, membentuk empati dan membentuk hubungan yang baik dengan

    keluarga, kawan-kawan dan orang lain. Semenjak lahir lagi, kanak-kanak akan dapat

    membentuk keupayaan meluahkan berbagai emosi asas dengan cepat sekali, serta

    belajar menangani dan mengurus emosi (perasaan) mereka sendiri. Untuk berbuat

    demikian mereka memerlukan bantuan daripada ibu bapadan orang dewasa yang lain,

    iaitu untuk menangani dan mengurus kepelbagaian perasaan ini. Kesedihan,

    ketakutan, marah dan kegembiraan adalah perasaan asas yang biasa kita alami.

    Emosi Kompleks timbul apabila kanak-kanak berumur lebih kurang 1 sehingga 2

    tahun. Pada peringkat umur, ini kanak-kanak sudah mempunyai kefahaman yang

    cetek mengenai diri mereka dan dengan itu mereka sudah mula merasai perasaan

    bersalah atau malu. Misalnya, pada peringkat umur ini kanak-kanak akan berasa bersalah apabila melakukan sesuat uyang salah seperti memecahkan pasu kepunyaan

    ibu mereka.Setiap kanak-kanak mempunyai keperluan emosi mereka sendiri. Antara

    tanggungjawab ibu bapa dan keluarga yang terpenting adalah membantu mereka

    memenuhi keperluan tersebut.

  • Bab 6: Perkembangan Emosi

    3

    6.3 Fungsi Emosi

    Mengapakan manusia mempunyai emosi? Adakah anda berpendapat bahawa

    kehidupan kita akan lebih mudah sekiranya kita tidak beremosi ibarat komputer?

    Mungkin tidak: bayangkan dunia tanpa emosi. Anda tidak akan dapat mengecapi

    perasaan keseronokan makanan yang sedap atau mendokong seorang bayi. Dengan

    itu, kita semua memerlukan emosi-emosi yang berlainan (iaitu perasaan yang

    berbeza) kerana ia penting kepada komuniti spesies manusia. Beberapa penyelidik

    berhujah bahawa emosi berguna kerana ia membolehkan kita mengadaptasi kepada

    persekitaran kita.

    Sebagai contoh, anda sedang berjalan pulang ke

    rumah anda pada waktu malam dan anda terpaksa

    melalui kawasan perumahan yang gelap gelita.

    Apakah perasan anda? Kemungkinan besar anda

    menjadi takut dan dengan itu meluahkan emosi

    ketakutan. Perasaan takut ini adalah baik. Mengapa? Perasaan ini akan menjadikan anda

    lebih tertumpu kepada apa-apa bunyi yang

    mungkin menandakan kehadiran suatu ancaman.

    Anda akan lebih peka tentang persekitaran anda. Anda mungkin akan berjalan dengan

    lebih pantas ke lokasi yang lebih selamat. Dengan itu, perasaan ketakutan adalah

    adaptif kerana ia menentukan kelakuan anda mengikut persekitaran tertentu dan

    mempunyai matlamat yang penting, iaitu untuk mengelak atau menyelamatkan diri

    daripada ancaman.

    Contoh-contoh emosi lain yang bersifat adaptif termasuk kegembiraan, kebencian dan

    sebagainya. Apabila seseorang itu gembira, ia mungkin akan membawa kepada

    hubungan interpersonal yang lebih baik. Apabila seseorang itu meluahkan

    kegembiraan mereka di kalangan orang lain, mereka akan lebih cenderung untuk

    senyum dan ini selalunya menyebabkan orang lain turut senang hati juga. Sehubungan

    dengan itu, perasaan menyampah juga bersifat adaptif. Misalnya, apabila anda meletakkan makanan yang sudah basi ke dalam mulut anda, anda akan meludahnya

    keluar dengan segera. Oleh itu, emosi membolehkan manusia mengadaptasi kepada

    berbagai situasi yang dilalui sepanjang hidup mereka (Kail, 2008).

    6.4 Ekspresi Emosi

    Pernahkah anda mendengar orang berkata bahawa seseorang itu sangat ekspresif?

    Apakah yang sebenarnya dimaksudkan di sini? Seperti yang dinyatakan sebelum ini,

    emosi merupakan terhasil daripada ekspresi kelakuan tertentu yang ditunjukkan

    dengan jelas (iaitu dengan terang ataupun menonjol). Di kalangan kanak-kanak pula,

    kelakuan mereka jelas terlihat daripada ekspresi wajah mereka. Lihat tiga gambar bayi

    berikut. Antara ketiga-tiga bayi ini, bayi manakah yang kelihatan sedih? Yang marah

    pula? Yang mana pula kelihatan gembira?

  • Bab 6: Perkembangan Emosi

    4

    A

    B C

    Ekspresi wajah adalah salah satu daripada komponen emosi. Menurut Fox, Kimmerly

    dan Schafer (1991), senyuman merupakan luahan atau ekspresi kegembiraan yang

    disertai oleh perubahan fisiologi. Korteks hadapan di sebelah kiri otak

    selalunyamempunyai lebih banyak aktiviti eletrik berbanding dengan korteks kanan di

    sebelah kanan otak. Tidak kira budaya atau etnik, kanak-kanak di seluruh dunia

    mengekspresi emosi dengan cara yang sama, iaitu mereka akan membuat riak wajah

    yang sama apabila mereka gembira, marah, sedih dan sebagainya.

    Secara lazimnya, ekspresi wajah mencerminkan keadaan emosi kanak-kanak kecil.

    Lewis (2000) serta Mascola, Fischer dan Li (2003) telah menjejak perkembangan

    emosi kanak-kanak dan mendapati penemuan berikut:

    Bayi yang baru lahir menunjukkan dua emosi umum: seronok dan menyampah.

    Apabila mereka mencapai umur lebih kurang 2 hingga 3 bulan, senyuman sosial mula timbul iaitu mereka akan tersenyum apabila mereka melihat wajah

    orang lain. Ini kadangkala disertai dengan bunyi cooing (bentuk vokalisasi yang awal). Mereka juga boleh mengekspresi kesedihan, misalnya mereka

    akan kelihatan sedih apabila ibu mereka berhenti bermain dengan mereka.

    Ekspresi marah akan mula timbul apabila mereka berumur 4 hingga 6 bulan. Misalnya, mereka akan menunjukkan perasaan marah apabila permainan

    kegemarannya diambil.

    Pada umur sekitar 6 hingga 9 bulan, perasaan takut mula timbul. Misalnya, apabila seseorang yang tidak dikenali mendekati mereka, kanak-kanak akan

    menunjukkan tanda kewaspadaan terhadap orang asing, iaitu kanak-kanak

    tersebut akan menangis dankelihatan takut, terutamnya apabila orang asing

    tersebut mendekatinya dengan tiba-tiba.

    Apabila berumur 8 hingga 9 bulan, kanak-kanak akan dapat mengekspresi semua emosi asas (marah, gembira, sedih, takut dan lain-lain).

    Emosi kompleks timbul pada sekitar umur 1 hingga 2 tahun, iaitu apabila kanak-kanak mempunyai kefahaman mengenai diri mereka sendiri.

  • Bab 6: Perkembangan Emosi

    5

    o Misalnya, mereka akan meluahkan perasaan bersalah apabila mereka telah merosakkan sebuah permainan. Apabila ini berlaku, fikiran

    berikut akan bermain di mindanya: Saya telah disuruh supaya berhati-hati tetapi saya gagal berbuat demikian. Ini akan melahirkan perasaan bersalah.

    o Misalnya, mereka mungkin akan berasa bangga apabila dapat menyelesaikan sesuatu tugas yang mencabar buat pada percubaan

    pertama. Fikiran berikut bermain dalam mindanya: Walaupun saya tidak pernah melakukan perkara ini, saya akan cuba melaksanakannya

    sendiri. Kejayaannya melaksanakan tugas tersebut akan melahirkan perasaan bangga.

    Apabila kanak-kanak membesar, koleksi emosi mereka terus berkembang dan emosi

    baru seperti menyesal dan lega akan diperkenalkan. Yang pentingnya adalah bahawa emosi kompleks menjadi lebih jelas apabila mereka membesar. Sebagai

    contoh, kanak-kanak sekolah rendah cenderung berasa malu dan bersalah dalam

    situasi di mana mereka mungkin tidak sebenarnya berasa demikian apabila mereka

    lebih kecil (Reimer, 1996). Ketakutan merupakan suatu lagi emosi yang akan muncul

    dalam berbagai cara. Sebagai contoh, kanak-kanak pra-sekolah selalunya takut kepada

    kegelapan dan makhluk-makhluk yang dibayangkannya. Perasaan takut ini beransur

    hilang apabila mereka mencapai tahap sekolah rendah dan mereka mula lebih

    memahami perbezaan antara penampilan dan realiti. Perasaan takut contohnya tajut je

    sekolah juga akan muncul di kalangan kanak-kanak pra-sekolah (isu ini akan

    dibincangkan dengan lebih lanjut kemudian).

    6.5 KANAK-KANAK BERASA TAKUT KE SEKOLAH

    Dalam bukunya yang bertajuk School Phobia (Fobia Sekolah), Nigel Blagg (1990)

    menyatakan bahawa ketakutan kanak-kanak untuk ke sekolah merupakan keadaan

    yang telah dikenalpasti semenjak abad 1960-an lagi. Menurutnya;

    Mereka akan mengalami kebimbangan yang melampau. Mereka tidak mahu ke sekolah, selalunya dengan pengetahuan dan restu ibu bapa mereka. Dan mereka selalunya akan menunjukkan tanda-tanda seperti sakit perut, pening kepala dan loya. Segelintir antara mereka akan mengalami kemurungan yang teruk. Sebarang percubaan untuk memaksa mereka ke sekolah ketika mereka berada di dalam keadaan kurang baik ini boleh membawa kepada kelakuan yang agak

    6.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Apakah emosi? Bezakan antara emosi asas dan emosi

    kompleks.

    b) Apakah peranan sifat adaptif emosi?

    c) Bagaimanakah kanak-kanak mengekspresi emosi mereka

    dengan wajah mereka?.

  • Bab 6: Perkembangan Emosi

    6

    melampau, contohnya meragam, menjerit dan menendang. Ianya sangat menyedihkan bagi seorang dewasa.

    Fobia sekolah disebabkan oleh keengganan kanak-kanak pergi ke sekolah dan

    dialami oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan. Kanak-kanak yang berumur 5 hingga

    11 tahun lebih cenderung mengalaminya (lihat gambar rajah 6.1). Keengganan untuk

    ke sekolah berlaku dengan lebih kerap apabila zaman persekolahan bermula. Apakah

    yang dimaksudkan dengan keengganan ke sekolah? Ia ditakrifkan sebagai suatu

    kelakuan menolak atau keengganan untuk menghadiri kelas yang khusus ataupun

    keengganan untuk berada di sekolah sepanjang hari (Sharma, 1996). Ia mungkin

    disertai dengan satu atau lebih daripada kelakuan yang berikut:

    o Mengadu sakit perut, pening kepala, atau loya sebelum ataupun semasa waktu sekolah;

    o Menangis sebelum atau semasa waktu sekolah; o Sering melawat jururawat sekolah; o Meragam atau kelihatan takut kepada sesuatu; o Kebimbangan atau kesedihan.

    Selain daripada keengganan untuk ke sekolah, kanak-kanak ini berkelakuan baik dan

    juga cerdik dari segi akademik. Kelakuan mereka berbeza daripada kaki ponteng.

    Secara umumnya, mereka mempunyai hubungan yang akrab dengan satu atau kedua-

    dua ibu bapa mereka. Secara keseluruhannya, mereka adalah kanak-kanak yang baik.

    Maka persoalannya yang timbul adalah mengapa seorang kanak-kanak yang baik dan

    yang ingin mematuhi kehendak ibu bapa mereka enggan untuk ke sekolah.

    A) MENGAPAKAH SESETENGAH KANAK-KANAK ENGGAN UNTUK KE

    SEKOLAH?

    Sesetengah kanak-kanak enggan pergi ke sekolah kerana mereka terlalu bimbang. Ada antara mereka yang mungkin berasa takut atau khuatir dengan

    sesuatu aspek persekitaran persekolahan yang khusus, misalnya guru, rakan

    sebaya dan sebagainya.

    Sesetengah kanak-kanak mungkin risau (sama ada secara disedari atau tidak disedari) mengenai keadaan mereka yang jauh daripada rumah, iaitu

    Gambar rajah 6.1 Ibu

    bapa sedang memujuk

    anak mereka yang

    tidak mahu ke sekolah

  • Bab 6: Perkembangan Emosi

    7

    beradanya mereka di tempat yang tidak mereka kenali. Kanak-kanak ini

    mungkin takut untuk tidur bersendirian, berkeras bahawa lampu biliknya

    dipasang pada waktu malam, dan mengigau tentang keselamatannya atau

    keselamatan ibu bapanya.

    Sesetengah kanak-kanak yang bimbang mengenai sesuatu di sekolah atau di rumah perlu didedahkan perlahan-perlahan kepada situasi yang mereka ingin

    elakkan itu, misalnya persekitaran persekolahan.

    Sesetengah kanak-kanak mungkin berpendapat bahawa orang lain melihat mereka dengan negatif. Ini menjadikan mereka berasa malu dan menyebabkan

    mereka mengelak daripada situasi sosial di mana mereka mungkin

    dipersendakan oleh orang lain.

    Sesetengah antara mereka mempunyai hubungan yang negatif dan bermasalah dengan rakan sebaya mereka dan mungkin dibuli atau diejek di sekolah.

    B) APAKAH YANG DAPAT DILAKUKAN?

    Ibu bapa Harus Bercakap Dengan Anak Mereka Ibu bapa harus bercakap dengan anak mereka mengenai mengapa

    mereka perlu pergi ke sekolah sebelum bermulanya zaman

    persekolahan dan selepas ia bermula.

    Dengar dan tunjukkan bahawa mereka berminat dengan apa yang kanak-kanak itu ingin sampaikan.

    Ibu bapa dapat berkongsi rasa takut serta pengalaman positif mereka tentang zaman persekolahan mereka sendiri.

    Ibu bapa harus meyakinkan anak mereka bahawa mereka memahami perasaan mereka tetapi tidak patut memberitahu anak mereka bahawa

    perasaan mereka itu salah atau tidak betul. Kanak-kanak tersebut

    mungkin sekadar meluahkan perasaannya untuk menghilangkan rasa

    takutnya.

    Bacakan Buku Kanak-kanak

    Ibu bapa boleh membacakan buku mengenai kanak-kanak lain yang pergi ke sekolah kepada anak-anak mereka.

    Ini mungkin dapat membantu kanak-kanak tersebut berasa bahawa perasaan takut untuk ke sekolah sering dialami oleh kanak-kanak lain

    dan dengan ini mengurangkan perasaan takutnya.

    Lukiskan Sebuah Cerita Ibu bapa boleh cuba melukis dengan anak mereka dan mencipta sebuah

    cerita yang dapat menerangkan apa yang berlaku di sekolah.

    Cerita itu harus mengandungi aspek-aspek tersebut: berjalan dengannya ke kelas pertamanya, memeluknya dan mengucapkan

    selamat tinggal, aktiviti dalam kelas, berkenalan dengan kawan baru,

    projek sekolah, serta datang menjemputnya dari sekolah.

    Kenali Sekolah

  • Bab 6: Perkembangan Emosi

    8

    Ibu bapa boleh melawat sekolahnya beberapa hari sebelum sesi persekolahan bermula. Kebanyakan sekolah mengadakan hari pra-

    sekolah di mana ibu bapa boleh datang ke sekolah dan berjumpa

    dengan guru bersama dengan anak mereka. Bawalah snek dan bermain

    bersamanya di taman permainan sekolah supaya ia dapat mengaitkan

    persekitaran persekolahan dengan perasaan yang gembira.

    Jangkakan bahawa akan timbul Aduan Fizikal

    Kanak-kanak mungkin akan meluahkan rasa takut mereka dengan kata-kata yang biasa dan selamat seperti "perut saya sakit". Ini

    sememangnya biasa. Periksa suhu badan dan lihatlah bahagian yang

    dikatakan sakit itu walaupun anda tidak mempercayai kata-kata

    mereka. Ini dapat melegakan kanak-kanak itu dan membuatnya berasa

    selesa.

    Kurangkan Galakan yang Menyebabkan Anak Lebih Gemar Keadaan di

    Rumah Dalam beberapa kes, keengganan ke sekolah bermula dengan perasaan

    tidak selesa di persekitaran persekolahan tetapi lama-kelamaan, mereka

    mungkin lebih selesa di rumah. Mereka akan berpendapat bahawa

    keadaan di rumah lebih menyeronokkan berbanding dengan sekolah

    dan bahawa sekolah itu membosankan. Oleh itu, ibu bapa patut mengurangkans sebarang galakan atau insentif

    yang menyebabkan seorang kanak-kanak itu lebih gemar duduk di

    rumah daripada ke sekolah. Sebaliknya, berikan ia ganjaran dan

    galakan untuk ke sekolah dan terus bersekolah.

    Sesetengah remaja mungkin akan tiba-tiba berasa keberatan untuk ke sekolah kerana

    masalah penampilan atau harga diri, atau masalah imej sosial yang timbul daripada gosip di sekolah atau kerana telah dikecewakan oleh seorang kawan. Mereka perlukan

    kemahiran yang bersesuaian dan sokongan daripada ibu bapauntuk menangani situasi

    sebegini. Keterbukaan dalam komunikasi dan keakraban dengan ibu bapa dapat

    mereka menangani masalah sebegini. Sesetengah kanak-kanak mungkin mengalami

    kemurungan klinikal (clinical depression) dan mengalami kesukaran untuk bangun

    pagi ke sekolah. Kanak-kanak yang mengalami kemurungan klinikal atau keresahan

    sosial (social anxiety) mungkin memerlukan bantuan profesional.

    6.2 AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Mengapakah sesetengah kanak-kanak ke sekolah?

    b) Bagaimanakah ibu bapa dapat menangani kanak-kanak

    yang takut dengan sekolah?

    c) Bagaimanakah anda menangani kanak-kanak yang

    enggan ke sekolah sama ada sebagai ibu bapa atau guru?

  • Bab 6: Perkembangan Emosi

    9

    6.6 MENGENALI EMOSI ORANG LAIN DAN MENGAWAL EMOSI

    Anda sedang menunggu seorang kawan dan anda meminta untuk meminjam RM200

    daripadanya. Apabila kawan anda tiba, jelas kelihatan seperti anginnya tidak baik.

    Sehubungan dengan itu, anda menyedari bahawa ini mungkin bukan masa yang sesuai

    untuk memintanya meminjamkan anda wang dan berkeputusan untuk tidak berbuat

    demikian. Apa yang anda telah lakukan adalah mengenali emosi orang lain dan

    mengadaptasi atau mengubah kelakuan anda mengikut kesesuaian situasi tersebut.

    Pada pendapat anda, bilakah kanak-kanak dapat berbuat demikian?

    Kajian telah menunjukkan bahawa seorang bayi yang berumur 4 bulan dan

    selanjutnya apabila mereka berumur 6 bulan dapat membezakan ekspresi wajah yang

    dikaitkan dengan emosi yang berlainan. Misalnya, apabila seorang ibu senyum dan

    bercakap dengan nada suara yang lembut, bayi tersebut akan mengekspresi

    kegembiraan. Sebaliknya, apabila ibunya marah atau sedih, bayi tersebut akan

    menjadi sedih (Montague & Walker-Andrews, 2001).

    Antara umur 2 dan 5 tahun, kanak-kanak akan mempelajari cara mengurus perasaan

    mereka dengan perlahan-lahan. Misalnya, seorang kanak-kanak yang baru mula

    berjalan mungkin menjadi marah dan meragam sekiranya permainannya diambil.

    Apabila kanak-kanak semakin matang secara emosi, mereka akan belajar untuk

    mengekspresi perasaan marah mereka dengan cara berlainan. Kanak-kanak kecil juga

    mula membentuk emosi moral dan akan berasa malu atau bersalah apabila mereka

    melakukan sesuatu yang salah. Apabila kejadian buruk berlaku, kanak-kanak kecil

    mungkin berasa bertanggungjawab tanpa sebab yang munasabah. Kanak-kanak tidak

    semestinya mengetahui cara yang sesuai untuk meluahkan perasaan mereka.

    Kanak-kanak kecil selalunya akan kecewa kerana terdapat jurang yang besar antara

    apa yang dimahukan dan apa yang mereka sebenarnya dapat lakukan. Ini selalunya

    menyebabkan kanak-kanak tersebut meragam. Perasaan dan kelakuan berkait rapat

    antara satu sama lain. Apabila perasaan mereka tidak diurus dengan baik, keupayaan

    kanak-kanak untuk berfikir boleh terjejas. Hasilnya, kanak-kanak tersebut akan

    bertindak mengikut perasaan dan selalunya tanpa berfikir. Apabila mereka mula

    bersekolah, kanak-kanak akan lebih menyedari perasaan mereka sendiri dan juga

    perasaan orang lain. Mereka lebih berupayauntuk mengaitkan pemikiran dan perasaan

    mereka serta menggunakan perkataan untuk mengekspresi perasaan mereka. Dengan

    itu, mereka akan lebih berupaya untuk mengubah dan membentuk perasaan mereka.

    Keupayaan kanak-kanak untuk mengubah dan mengadaptasi perasaan mereka

    bermakna bahawa mereka lebih berkemungkinan untuk menahan kekecewaan

    mereka, mengenepikan apa yang dimahukan serta menenangkan diri mereka.

    6.7 PEMBAWAAN

    Pembawaan ditakrifkan sebagai keupayaan yang wujud semenjak lahir yang

    membolehkan kita berinteraksi dan bertindak balas dengan orang, tempat dan benda.

    Pada akhir tahun 1960an, Alexander Thomas, Stella Chess dan rakan-rakan telah

    menjejak kehidupan 141 individu daripada lahir sehingga dewasa. Kajian ini

  • Bab 6: Perkembangan Emosi

    10

    dipanggil New York Longitudinal Study. Kajian tersebut telah mengenal pasti

    sembilan ciri-ciri atau sifat pembawaan (lihat gambar rajah 6.1).

    Aktiviti Adakah kanak-kanak tersebut sentiasa bergerak dan membuat sesuatu ATAU adakah dia kelihatan lebih santai?

    Keiramaan Adakah tabiat pemakanan dan tidur kanak-kanak tersebut tetap ATAU agak tidak teratur?

    Pendekatan/

    penyisihan

    Adakah kanak-kanak tersebut bersedia untuk bertemu dengan orang asing" ATAU cenderung menyisihkan diri daripada orang atau benda yang baru?

    Kebolehsesuaian Bolehkah kanak-kanak tersebut menyesuaikan diri kepad perubahan dalam rutin atau rancangan dengan mudah ataukah dia menolak daripada peralihan ini?

    Keamatan Adakah kanak-kanak tersebut bertindakbalas dengan kalut kepada situasi, sama ada positifataupun negatif ATAU adakah kanak-kanak itu bertindak balas dengan tenang dan senyap?

    Angin (Mood) Adakah kanak-kanak tersebut sentiasa mengekspresi suatu penampilan yang negatif ATAU adakah dia secara umumnya seorang yang bersifat positif? Adakah angin kanak-kanak itu kerap berubah ATAU adakah dia selalunyabersifat tenang?

    Kecekalan dan

    ketekunan

    Adakah kanak-kanak itumengaku kalah sebaik sahaja masalah timbuldengan suatu tugasanATAUadakah kanak-kanak ituterus mencuba? Dapatkah kanak-kanak itutekun dengan suatu aktiviti untuk suatu masa yang lama ATAUadakah mindanyacenderung merayau?

    Kebolehalihan

    perhatian

    Adakah perhatian kanak-kanak tersebut dapat dialihkan dengan mudah daripada apa yang dia sedang lakukan ATAU dapatkah kanak-kanak tersebut mengabaikan faktor luaran yang mengalihkan perhatiannya dan meneruskan aktiviti yang dilakukannya itu?

    Paras ambang

    sensori

    Adakah kanak-kanak tersebut terganggu oleh stimuli luaran seperti bunyi bising, lampu terang, atau tekstur makanan ATAU adakah dia cenderung mengabaikannya?

    [sumber: Kathy Oliver, Understanding your childs temperament. Consumer Services. Columbus. Ohio, 2002]

    Beberapa penyelidik telah mendapati bahawa kesembilan-sembilan sifat tersebut

    wujud semenjak lahir dan terus mempengaruhi perkembangan dengan jelas sepanjang

    hayat individu tersebut. Dengan memerhatikan respon seorang kanak-kanak terhadap

    situasi harian, penyelidik dapat mentaksir pembawaan ini.

    JENIS PEMBAWAAN

    Jadual 6.1: Sembilan ciri-ciri atau sifat pembawaan

  • Bab 6: Perkembangan Emosi

    11

    Sembilan sifat ini bergabung untuk membentuk tiga jenis pembawaan asas.

    Kanak-kanak yang Mudah atau

    Fleksibel (40%): Secaa umumnya, mereka

    tenang gembira dan mempunyai tabiat

    tidur dan pemakannan yang tetap, dapat

    menyesuaikan diri dengan mudah, dan

    tidak mudah marah. Disebabkan gaya

    mereka yang mudah, ibu bapa perlu

    meluangkan masa yang khusus untuk

    bertanya mereka jika mereka kecewa atau

    kecil hati kerana kanak-kanak tersebut

    tidak akan bercakap mengenainya. Komunikasi yang disengajakan ini

    diperlukan untuk memperkukuhkan hubungan anda dan supaya anda

    mengetahui apa yang anak itu sedang fikirkan dan rasakan.

    Kanak-kanak yang Susah, Aktif, atau Cerewet (10%): Secara umumnya, mereka selalunya cerewet,

    tidak mempunyai tabiat pemakanan dan tidur yang

    tetap, takut dengan orang dan situasi yang baru,

    mudah diganggu oleh bunyi bising dan kekalutan,

    serta mudah tersentap dan kaku dalam

    tindakbalasnya. Memberikannya ruang untuk

    bermain dengan lasak untuk menggunakan tenaga

    dan kekecewaan yang terpendam serta kebebasan

    untuk membuat pilihan sendiri akan membolehkan

    mereka berkembang dengan baik. Menyediakan kanak-kanak sebegini untuk

    menghadapi perubahan aktiviti dan pertukaran haluan akan membantu mereka

    dalam peralihan (perpindahan atau perubahan) daripada satu tempat kepada

    tempat yang lain.

    Kanak-kanak yang Kurang Bersemangat (15%):

    Secara perbandingannya mereka kurang aktif dan

    cerewet, cenderung menyisihkan diri atau

    bertindakbalas dengan negatif kepada situasi yang

    baru. Namun demikian, tindak balas mereka akan

    menjadi lebih positif secara perlahan-laha dengan

    adanya pendedahan yang berterusan. Mereka

    mempunyai rutin dan tetap dan patuh kepada kata-

    kata ibu bapa. Oleh itu, mereka memerlukan masa untuk membentuk

    hubungan apabila berhadapan dengan situasi yang baru dan perlu belajar

    berdikari.

    Kanak-kanak dalam 35 peratus selebihnya merupakan kombinasi corak-corak

    ini.

    Kelakuan yang bersifat mudah atau susah mungkin berbeza berdasarkan nilai keibubapaan dan kebudayaan, sikap dan amalan. Dengan memahami corak-corak

    tersebut, ibu bapa dapat menyesuaikan pendekatan mereka dari segi jangkaan, galakan

  • Bab 6: Perkembangan Emosi

    12

    dan disiplin supaya dapat disesuaikan dengan keperluan kanak-kanak yang unik.

    Berikut adalah beberapa petunjuk untuk orang dewasa seperti ibu bapa dan guru:

    Anda perlu memahami konsep pembawaan kanak-kanak dan menghormati

    keunikannya tanpa membandingkannya dengan orang lain atau cuba

    mengubah pembawaan anak anda.

    Orang dewasa harus menyedari pembawaan mereka sendiri dan membetulkan

    respon semulajadi mereka apabila ia bertentangan dengan respon kanak-kanak

    tersebut.

    Berkomunikasi.

    Jelaskan keputusan dan motif.

    Mendengar pandangan anak-anak dan galakkan kerjasama berkumpulan untuk

    mencapai penyelesaian.

    Orang dewasa harus menetapkan had untuk membantu anak mereka

    membentuk kawalan kendiri. Anda patut menghormati pilihan mereka tetapi

    perlu tegas dalam menetapkan.

    Jadilah contoh yang baik kerana kanak-kanak belajar melalui meniru kelakuan

    orang lain.

    Padanan antara pembawaan kanak-kanak dan permintaan atau jangkaan

    persekitarannya (keluarga, sekolah, persekitaran penjagaan kanak-kanak) dapat

    memperbaiki hubungan. Ibubapa yang memahami pembawaan anak mereka dan

    menyesuaikan diri mereka kepadanya dapat mengenali kekuatan dan kelemahan anak

    mereka dengan lebih baik. Ia akan menjadi suatu perhubungan yang dinamik yang

    akan berterusan sepanjang hayat.

    Jenis-Jenis Pembawaan Menurut Rothbart

    Pembawaan merujuk kepada perbezaan dalam tindak balas emosi kanak-kanak dan

    keupayaan mereka untuk mengawal emosi mereka. Mary Rothbart (2004) telah

    mencadangkan suatu lagi cara untuk mengklasifikasi jenis pembawaan yang

    diterangkan di bawah:

    Surgensi / Ekstraversi merujuk kepada sejauhmana seorang kanak-kanak berasa gembira, aktif, vokal dan mencari stimulasi yang menarik.

    Perasaan negatif merujuk kepada sejauhmana seorang kanak-kanak itu berasa marah, takut, kecewa, malu dan tidak mudah dipujuk.

    Kawalan Penuh Usaha merujuk kepada sejauhmana seorang kanak-kanak dapat menumpukan perhatian, kesukaran untuk mengalihkan perhatiannya dan

    keupayaan untuk merencatkan responnya.

    Rothbart berhujah bahawa jenis-jenis pembawaan ini jelas kelihatan semenjak zaman

    bayi lagi serta sepanjang zaman kanak-kanak dan memainkan peranan yang penting

    dalam menentukan keperibadian ketika remaja dan dewasa. Walau bagaimanapun,

    kita tidak boleh mengklasifikasikan individu mengikut salah satu daripada

    pembawaan ini. Sebagai contoh, kanak-kanak yang lebih cenderung kepada Kawalan

    Penuh Usaha juga mungkin cenderung kepada Surgensi / Ekstraversi tetapi kurang

  • Bab 6: Perkembangan Emosi

    13

    cenderung kepada Perasaan negatif. Dalam erti kata lain, kanak-kanak yang dapat

    mengawal perhatian serta merencat respon mereka akan selalunya gembira dan aktif

    tetapi jarang marah atau takut.

    Bagaimanakah Pembawaan Mempengaruhi Pengalaman Persekolahan Kanak-

    Kanak?

    Pencapaian di sekolah berkait rapat dengan keupayaan kanak-kanak, motivasi serta

    pengalaman mereka,dan dengan mutu pengajaran yang diterimanya. Pencapaian juga

    berkait rapat dengan pembawaan. Fikirkan bagaimana seorang kanak-kanak harus

    menyesuaikan diri dengan tugasan membaca atau mengira, lebih-lebih lagi sekiranya

    tugasan tersebut panjang dan mencabar. Kanak-kanak itu harus "bertenang",

    menumpukan tenaga dan perhatian, menyesuaikan diri kepada haluan yang baru,

    mengabaikan sebarang gangguan, dan mencekalkan hati, walaupun suatu tugasan itu

    mungkin agak membosankan atau susah. Keogh (2011) telah mengenal pasti dimensi

    dan faktor pembawaan yang memberi kesan kepada kejayaan akademik kanak-kanak

    di sekolah. Didapati bahawa faktor terpenting adalah orientasi tugas yang berkaitan

    dengan dimensi pembawaan, iaitu tahap keaktifan, keupayaan untuk mengalihkan

    perhatiannya dan kecekalan.

    Seorang kanak-kanak yang berpencapaian tinggi dapat menyesuaikan aktiviti

    fizikalnya dengan sewajarnya, mengurangkan gangguan dan menumpukan

    sepenuhnya kepada tugasan dengan cekal. Guru suka akan pelajar yang mempunyai

    ciri-ciri pembawaan sebegini dan mendapati bahawa mereka mudah diajar. Kanak-

    kanak yang mempunyai pembawaan yang kurang positif selalunya dilihat oleh guru

    sebagai berprestasi rendah dari segi menerima ajaran dan mengikuti pelajaran.

    Mereka juga dilihat sebagai memerlukan lebih masa, pengurusan dan arahan daripada

    guru.

    Namun begitu, seorang guru turut membawa pengaruh pembawaannya ke dalam

    suasana bilik darjah, seperti juga muridnya. Sesetengah guru bersifat aktif dan dapat

    bertindak balas dengan cepat. Ada pula yang bersikap cermat, bernada rendah, dan

    bersifat reflektif. Perbezaan ini akan mempengaruhi situasi di dalam bilik darjah.

    Perbezaan ini akan mempengaruhi kelajuan pengajaran, interaksi peribadi dan juga

    suasana bilik darjah tersebut.

    Secara lazimnya, kebanyakan guru dipadankan dengan baik dengan pelajar mereka.

    Ini menimbulkan keselesaan dalam suasana pembelajaran dan pengajaran. Walau

    bagaimanapun, kesepadanan antara guru dan pembawaan pelajar tidak selalunya

    berlaku dengan positif, dan ini menyebabkan kedua-dua pihak menjadi kecewa dan

    bosan.

    Andaikan Zak, seorang kanak-kanak lelaki yang kurang bersemangat sedang berada

    di dalam kelas yang bergerak dengan pantas, di mana pelajar dan guru dapat bertindak

    balas dengan cepat dan bertenaga. Oleh itu, guru bagi kelas tersebut menjangkakan

    respon yang pantas daripada pelajarnya.

    Di bilik darjah lain pula, seorang pelajar bernama Andrew berada di dalam kelas yang

    bergerak dengan perlahan. Gurunya menekankan keteraturan dan kesenyapan.

  • Bab 6: Perkembangan Emosi

    14

    Tugasan yang diberikannya panjang dan memakan masa untuk disiapkan.

    Keaktifannya tinggi, kebolehalihan perhatiannya serta tahap kecekalannya yang

    rendah bermakna bahawa kemungkinan Andrew menimbulkan masalah akan

    meningkat.

    Apabila kanak-kanak mencapai umur persekolahan mereka akan menghabiskan

    sebahagian besar daripada waktu berjaga mereka dalam persekitaran yang jauh

    daripada rumah dan ibubapa mereka. Di persekitaran persekolahan, mereka perlu

    menyesuaikan diri kepada permintaan yang baru, orang dewasa yang baru dan dengan

    ramai kanak-kanak yang tidak dikenali. Mereka perlu belajar mematuhi peraturan

    yang kompleks di bilik darjah dan di taman permainan, dan mereka mesti belajar

    bahawa kehendak dan keperluan peribadi mereka tidak selalunya menjadi keutamaan.

    Bagi sesetengah kanak-kanak, peralihan daripada rumah ke sekolah berlaku dengan

    mudah dan mereka dapat berkembang dengan baik dalam suasana baru ini. Bagi

    kanak-kanak lain pula, peralihan tersebut tidak berlaku dengan mudah kerana mereka

    memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan baik. Bagi seorang kanak-kanak

    yang kurang bersemangat seperti Zak, minggu-minggu pertama zaman persekolahan

    selalunya penuh dengan perasaan resah, gelisah dan kebimbangan, dan dia mungkin

    kelihatan seperti menyisihkan diri dan tidak bermotivasi. Bagi Andrew, suasana yang

    baru ini mungkin menyebabkannya bertindakbalas dengan cara yang keterlaluan, serta

    meningkatkan keresahannya dan mengurangkan keaktifannya.

    6.8 IKATAN

    A) APAKAH IKATAN?

    Sifat yang paling penting bagi seorang manusia adalah keupayaan untuk membentuk

    dan mengeratkan suatu hubungan. Hubungan ini sangat penting untuk membolehkan

    seseorang itu untuk terus hidup, belajar, bekerja, sayang-menyayangi dan sebagainya.

    Hubungan kemanusiaan wujud dalam pelbagai bentuk tetapi perhubungan yang paling

    erat dan yang paling menggembirakan serta paling mendatangkan kesedihan adalah

    perhubungan dengan keluarga, kawan-kawan dan orang tersayang. Dalam

    perkitaran hubungan yang akrab, kita seolah diikat antara satu sama lain (Perry,

    2011).

    6.3AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Apakah maksud pembawaan?

    b) Jelaskan jenis-jenis pembawaan yang berbeza. Adakah

    anda dapat mengenal pasti pembawaan ini apabila

    sedang mengajar dalam bilik darjah?

    c) Bagaimanakah pembawaan memberi kesan kepada

    pengalaman persekolahan seorang kanak-kanak?

  • Bab 6: Perkembangan Emosi

    15

    Keupayaan setiap individu untuk membentuk dan meneruskan perhubungan dengan

    menggunakan ikatan ini berbeza. Sesetengah orang kelihatan seperti berupaya untuk

    menyayangi orang lain secara "semulajadi". Mereka dapat membentuk perhubungan

    yang intim dan penyayang dan memperoleh kegembiraan dengan berbuat demikian.

    (gambar rajah 6.2). Namun demikian, tidak semua orang bersifat sedemikian. Mereka

    tidak tergerak hati untuk membentuk perhubungan yang intim dan hanya memperoleh

    kegembiraan yang minima ketika berada bersama orang lain atau ketika rapat dengan

    mereka. Mereka tidak mempunyai raman kawan dan kurang terikat dengan keluarga

    dan ibu bapa mereka. Sesetengah individu mungkin tidak mempunyai sebarang ikatan

    emosi yang tetap dengan sesiapa pun.

    Bayi yang baru lahir tidak dapat hidup tanpa adanya penjaga untuk memberikannya

    makanan dan perlindungan, dan tidak akan dapat membesar dan berkembang tanpa

    sokongan lain. Secara perbandingnannya, bayi hanya mempunyai kelakuan semula

    jadi ketika lahir (iaitu menangis dan menghisap), tetapi mereka masih mempunyai

    pelbagai sistem kelakuan sedia ada yang akan diaktifkan melalui interaksi dengan

    orang lain. Pada tahun pertama, otak bayi akan membangun dengan berganda dari

    segi saiz dan pengalaman mereka akan diprogram sebagai asas untuk membina

    kehidupan mereka. Perhubungan akrab yang dibentuk antara kanak-kanak dan

    penjaga utama mereka dikenali sebagai ikatan. Ikatan wujud dalam perhubungan

    semua mamalia, khususnya antara golongan primat bukan manusia. Ikatan merujuk

    kepada perhubungan emosi dengan insan yang lain.

    B) Perkembangan Suatu Ikatan

    Seorang ahli psikologi yang bernama John Bowlby menjelaskan ikatan sebagai suatu

    "ketercantuman psikologi yang berlarutan antara manusia" (Bowlby, 1969: 194).

    Bowlby mempercayai bahawa ikatan terawal yang dibina oleh kanak-kanak dengan

    penjaganya mempunyai impakyang besar dan berterusan sepanjang hayat. Menurut

    Bowlby, ikatan juga berfungsi supaya bayi tersebut akan akrab dengan ibunya dan

    dengan itu meningkatkan kemungkinan kanak-kanak itu untuk terus hidup. Pertalian

    ikatan terdiri daripada ciri-ciri berikut:

    Gambar rajah 6.2: Ikatan

    merupakan asas kepada semua

    perhubungan lain dan segala

    perhubungan jangka panjang dibina

    berdasarkan asas ini.

  • Bab 6: Perkembangan Emosi

    16

    1. Suatu pertalian ikatan merupakan suatu hubungan emosi dengan seseorang yang berlarutan;

    2. Hubungan tersebut membawa keselamatan, keselesaan, dan kegembiraan; Kehilangan atau ancaman kehilangan orang tersebut akan menimbulkan

    kesedihan yang ketara.

    Ikatan selalunya akan dibina antara seorang kanak-kanak dengan ibunya, tetapi

    kanak-kanak juga cenderung membina ikatan dengan bapa, datuk dan nenek mereka

    atau dengan orang lain. Menurut Bowlby, terdapat empat fasa dalam pertumbuhan

    ikatan (lihat Jadual 6.1).

    FASA CIRI-CIRI

    Pra-ikatan

    (0 hingga 2 bulan)

    Belajar mengenali ibunya melalui bau dan bunyi Ibu bapa merespon kepada senyuman atau tangisan

    bayi dan ini akan membentuk suatu sistem interaktif

    Merupakan permulaan hubungan ikatan

    Ikatan Dalam

    Pembentukan

    (2 hingga 8 bulan)

    Mula percaya dengan orang dewasa yang biasa berinteraksi dengan mereka lebih cenderung gelak dan senyum.

    Dipujuk dan tangisannya dilegakan oleh ibu bapa atau orang dewasa yang utama apabila sedih

    Memberontak apabila dipisahkan daripada orang dewasa utama atau ibu bapanya

    Ikatan Sebenar

    (8 hingga 24 bulan)

    Telah mengasingkan orang yang ada ikatan istimewa dengannya (ini selalu merujuk kepada ibunya) asas sosioemosi yang stabil

    Hubungan ikatan terbentuk telah membentuk representasi mental mengenai ibunya

    Menjadi tertekan apabila dipisahkan daripada ibunya kehilangan asas keselamatannya

    Hubungan Dua Hala

    (24 bulan dan ke atas)

    Mula mempunyai kefahaman yang lebih baik mengenai simbol dan bahasa ibu bapa dan orang

    dewasa lain

    Mula memahami perasaan dan matlamat ibu bapa Dapat menghadapi dan menerima perpisahan kerana

    mereka faham bahawa ibu bapanya akan pulang

    Dengan mengenal pasti empat tahap ikatan ini, John Bowlby (1969) bertekad untuk

    mengenengahkan perubahan dalam perkembangan ikatan di antara ibu dan anak.

    Dalam Fasa Pra-Ikatan atau fasa keboleh sosialan sembarangan, bayi akan berinteraksi dan mendapat perhatidan daripada kebanyakan orang

    melalui tangisan, bersuara dan senyuman semenjak lahir sehingga berumur

    dua bulan.

  • Bab 6: Perkembangan Emosi

    17

    Antara umur dua dan lapan bulan (Fasa Ikatan Dalam Pembentukan), bayi mula memberi keutamaan kepada respon orang dewasa yang

    lebih biasa berinteraksi dengannya, seperti ibunya.

    Pada Fasa Ikatan Sebenar (8 bulan hingga 24 bulan), bayi memiliki ikatan yang kukuh dengan penjaganya dan mengalami kebimbangan

    apabila berhadapan dengan pemisahan dan orang yang tidak dikenali.

    Perhubungan mereka dengan penjaga terbentuk seiring dengan

    perkembangan keupayaan motor yang membolehkan mereka bergerak ke

    arah penjaga untuk mendapatkan perlindungan serta kemahiran verbal

    yang membolehkan mereka bersosialisasi dengan penjaga pada tahap yang

    lebih kompleks berbanding dengan sebelum ini.

    Fasa Hubungan Dua Hala selalunya bermula daripada umur dua tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak kecil telah memperoleh kemahiran

    representasional dan ingatan yang membolehkan mereka berhubung

    dengan persekitaran mereka secara aktif. Dengan itu, mereka tidak

    memerlukan perhatian daripada ibu bapa mereka pada setiap masa. Mereka

    juga mula menyesuaikan sudut pandangan mereka mengenai berbagai

    situasi dan memahami pandangan ibu bapanya. Pada masa yang sama,

    mereka dapat menerima perpisahan sementara daripada ibu bapa mereka.

    c) Jenis-Jenis Hubungan Ikatan

    Seorang penyelidik ikatan awal yang bernama Mary Ainsworth (1978, 1993) telah

    mengembangkan suatu teknik yang dinamakan Situasi Asing: seorang bayi diletakkan

    di dalam sebuah bilik bersamanya ibunya dan ibunya akan bangun secara tiba-tiba dan

    keluar daripada bilik itu selama 3 minit. Selepas 3 minit, ibunya akan kembali ke bilik

    itu. Ainsworth telah memerhatikan tindak balas kanak-kanak itu. Hasil daripada

    kajiannya itu, beliau dan seorang penyelidik lain telah mengenal pasti empat jenis

    hubungan ikatan (lihat Jadual 6.2).

    Ikatan Selamat

    Kanak-kanak itu mungkin

    menangis ataupun tidak apabila

    ibunya keluar daripada bilik

    tersebut. Apabila ibunya

    kembali, bayi itu akan mahu

    bersama ibunya. Sekiranya bayi

    tersebut menangis apabila ibunya

    keluar daripada bilik tersebut, ia

    akan berhenti apabila ibunya

    kembali.

    Kanak-kanak itu seolah-olah

    berkata:

    Saya amat merindui ibu, tetapi saya gembira yang

    ibu sudah kembali.

    [lebih kurang 60 65% kanak-kanak tergolong

    dalam kumpulan ini]

    6.4AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Apakah maksud ikatan?

    b) Jelaskan empat fasa perkembangan ikatan.

    c) Bincangkan ikatan dari sudut pengalaman peribadi

    anda.

  • Bab 6: Perkembangan Emosi

    18

    Bayi itu tahu bahawa ia boleh

    bergantung kepada ibunya, dan

    kepercayaan ini akan menjadi

    asas yang membolehkannya

    keluar menjelajah ini.

    Ikatan

    Mengelak

    Kanak-kanak tersebut tidak

    kelihatan sedih apabila ibunya

    keluar daripada bilik tersebut.

    Apabila ibunya kembali, anaknya

    mungkin tidak menghiraukannya

    dan sebaliknya berpaling atau

    memandang ke tempat lain.

    Kanak-kanak itu tidak

    menghiraukan ibunya semasa dia

    ada dan mengalami hanya

    sedikit kesedihan semasa

    berpisah. Ia sengaja berpaling

    daripada ibunya apabila bersua

    kembali.

    Kanak-kanak itu seolah-olah

    berkata:

    Saya ditinggalkan lagi. Saya sentiasa terpaksa

    menjaga diri sendiri.

    [lebih kurang 20% kanak-

    kanak tergolong dalam

    kumpulan ini]

    Ikatan Menolak Kanak-kanak itu berasa sedih

    apabila ibunya keluar dan terus

    menunjukkan kesedihannya. Ia

    akan marah apabila ibunya

    kembali dan sukar dipujuk.

    Kanak-kanak itu sentiasa rapat

    dengan ibunya. Oleh itu, ia

    berasa sangat tertekan apabila

    berpisah dan malahan marah

    sehinggakan menolak segala

    kontak fizikal semasa bersua

    kembali dengan ibunya.

    Kanak-kanak itu seolah-olah

    berkata:

    Mengapa ibu berbuat begitu? Saya amat

    memerlukan ibu tetapi ibu

    telah meninggalkan saya

    dengan tiba-tiba.

    [lebih kurang 10-15%

    kanak-kanak tergolong

    dalam kumpulan ini]

    Ikatan Tidak

    Tersusun

    Kanak-kanak itu kelihatan keliru

    apabila ibunya keluar daripada

    bilik. Apabila ibunya kembali,

    kanak-kanak itu seolah-olah

    tidak memahami apa yang

    sedang berlaku.

    Terdapat kekeliruan mengenai

    sama ada ia patut mendekati

    atau mengelak ibunya. Ia amat

    sedih dengan perpisahan

    daripada ibu bapanya tetapi

    apabila bersua kembali dengan

    Kanak-kanak itu seolah-olah

    berkata:

    Apa yang sedang berlaku? Saya mahukan ibu di sini,

    tetapi ibu telah pergi dan

    datang kembali. Saya tidak

    tahu sama ada saya patut

    ketawa atau menangis.

    [lebih kurang 5-10% kanak-

    kanak termasuk dalam

    kumpulan ini]

  • Bab 6: Perkembangan Emosi

    19

    ibunya, ia kelihatan keliru dan

    terpinga-pinga.

    Apakah maksud hubungan-hubungan ikatan ini? Secara lazimnya, hubungan-

    hubungan ikatan ini menunjukkan mutu perhubungan yang dirasai oleh seorang

    kanak-kanak terhadap seseorang(contohnya ibu bapa, datuk atau nenek, penjaga

    mereka dan lain-lain). Ia mewakili perasaan selamat dan selesa yang dirasai oleh

    kanak-kanak tersebut terhadap kebertindakbalasan orang itu terhadap keperluannya.

    Ia juga penting kerana kanak-kanak cenderung menunjukkan hasil yang berbeza

    dalam kebajikan mereka berdasarkan gaya ikatan. Antara aspek terpenting dalam

    perkembangan seorang kanak-kanak yang dipengaruhi oleh mutu ikatan adalah:

    Kanak-kanak yang selamat dalam ikatannya lebih bersedia untuk menjelajah persekitarannya dan dapat belajar dengan yakin, manakala kanak-kanak yang

    tidak berasa selamat lebih berkemungkinan terkial-kial dalam menjelajah

    persekitarannya.

    Kanak-kanak yang berasa selamat selalunya akan lebih terkenal di kalangan rakan sebaya dan menunjukkan interaksi sosial yang lebih positif dengan

    kanak-kanak lain, manakala kanak-kanak yang tidak berasa selamat kelihatan

    lebih cenderung menjadi penakut, anti-sosial atau mempunyai hubungan yang

    sukar dengan kanak-kanak lain.

    Kanak-kanak yang berasa selamat selalunya mempunyai emosi yang lebih stabil dan dapat mengekspresi serta mengurus perasaan mereka dengan baik,

    manakala kanak-kanak yang tidak berasa selamat lebih berkemungkinan

    mempunyai emosi yang tidak stabil dan menghadapi kesukaran dalam

    mengekspresi dan mengurus perasaannya.

    Kanak-kanak yang berasa selamat menunjukkan keupayaan yang lebih dalam menangani tekanan dan membantu orang lain menangani tekanan, manakala

    kanak-kanak yang berasa tidak selamat lebih berkemungkinan menghadapi

    kesukaran apabila tertekan, bertindak dengan cara yang tidak sihat dan kurang

    peka terhadap orang lain yang berasa tertekan.

    Kepentingnya mutu ikatan agak ketara. Bagaimanakah ikatan sebegin terbentuk?

    Beberapa faktor utama dapat memberi kesan kepada mutu ikatan seorang kanak-

    kanak. Ini mungkin termasuk pembawaan kanak-kanak itu (lebih aktif dan terbuka,

    dan sebagainya), konteks situasi tersebut (kehadiran orang asing, bilik yang biasa

    digunakan, dan sebagainya), sejarah awal (pengalaman yang trauma dan lain-lain)

    serta perkara-perkara lain. Tetapi cara ibu bapanya merespon kepada seorang

    kanak-kanak dan berinteraksi dengannya merupakan faktor utama yang

    menentukan perkembangan sesuatu ikatan. Gaya ikatan seorang kanak-kanak

    lazimnya berkembang berdasarkan persepsi kanak-kanak itu atau kefahamannya

    Jadual 6.2: Empat jenis hubungan ikatan

  • Bab 6: Perkembangan Emosi

    20

    mengenai keupayaannya untuk bergantung kepada penjaganya dalam memberikannya

    keselesaan, sokongan dan keselamatan. Kelakuan yang mengeratkan ikatan dan

    memberikannya peluang untuk interaksi yang bermakna termasuk:

    Senyum Saling memandang Bercakap dengan satu sama lain Mematuhi Bergantung Sentuhan fizikal dan memeluk Menjelajah persekitaran Melayan interaksi Menangis Bermain

    6.9 MENYOKONG PERKEMBANGAN EMOSI KANAK-KANAK

    Pastikan suasana emosi di rumah sentiasa tenang, mesra dan bukan luar daripada jangkaan kanak-kanak tersebut.

    Terima dan memperakui emosi anak anda.

    Bacakan cerita kepada anak anda dan bincangkan perasaan yang berlainan yang mungkin dirasai oleh watak itu. Ceritakan tentang emosi dan bagaimana

    ianya membantu kanak-kanak memahami perasaan mereka sendiri.

    Bantu anak anda meluahkan dan menyampaikan perasaannya melalui perkataan Kamu kelihatan kecewa.

    Galakkan kanak-kanak bercakap mengenai situasi yang membuatkan mereka berasa teruja, gembira, marah atau risau.

    Puji kanak-kanak kerana tidak hilang kawalan dan sentiasa tenang.

    Bantu kanak-kanak mengasingkan perasaan daripada kelakuan Ibu tahu kamu marah tetapi tidak baik memukul orang lain.

    Bantu kanak-kanak memahami perbezaan di antara perasaan mereka dan perasaan orang lain - Abah tahu kamu berasa kecewa sekarang tetapi apa yang kamu lakukan telah menyebabkan kakak kamu berasa sedih.

    Perkembangan emosi kanak-kanak sangat diperngaruhi oleh mutu hubungan yang terbentuk antara mereka dengan ibu bapa mereka. Cara ibu bapa

    berinteraksi dengan anak berkait rapat dengan cara emosi anak itu akan

    berkembang.

    Kanak-kanak belajar mengurus emosi mereka dengan memerhatikan bagaimana ahli keluarga lain mengekspresi dan mengurus emosi mereka. Ibu

    bapa memainkan peranan yang penting dalam menjadi contoh cara merespon

    kepada perasaan yang kuat. Kanak-kanak memerlukan bantuan dan latihan

    dalam mengurus emosi mereka.

    6.3AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Apakah maksud ikatan?

    b) Jelaskan empat fasa perkembangan ikatan.

    c) Bincangkan ikatan dari segi pengalaman peribadi anda.

  • Bab 6: Perkembangan Emosi

    21

    RINGKASAN

    Emosi merupakan suatu perasaan yang disedari seperti kegembiraan, kesedihan, ketakutan, kebencian atau sebagainya yang dialami oleh seseorang.

    Perasaan kompleks terdiri daripada perasaan berjaya (kerana jangkaan seseorang dipenuhi) dan perasaan gagal (apabila jangkaan seseorang tidak

    dipenuhi).

    Perasaan takutkan sekolah menyebabkan kanak-kanak enggan ke sekolah dan biasa dialami oleh kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan, dan lebih

    cenderung dialami antara umur 5 hingga 11 tahun.

    Sesetengah kanak-kanak enggan ke sekolah kerana mereka terlalu bimbang.

    Keengganan ke sekolah ditakrifkan sebagai kelakuan menolak atau keengganan menghadiri kelas yang khusus atau berada di sekolah sepanjang

    hari.

    Ekspresi wajah adalah salah satu komponen emosi.

    Semua kanak-kanak mempunyai ekspresi wajahyang sama untuk marah, sedih dan gembira.

    Bayi yang baru lahir mengalami dua emosi yang umum: seronok atau sedih.

    Kajian telah menunjukkan bahawa bayi seawal 4 bulan dapat membezakan ekspresi wajah yang dikaitkan dengan emosi yang berlainan.

    Ibu bapa harus bercakap dengan anaknya beberapa kali mengenai perlunya pergi ke sekolah sebelum zaman persekolah bermula dan selepas ianya

    bermula.

    Pembawaan ditakrifkan sebagai keupayaan yang wujud semenjak lahir yang membolehkan kita berinteraksi dan bertindakbalas dengan orang, tempat dan

    benda.

    ISTILAH PENTING

    Emosi Kegembiraan Teori Rothbart

    Emosi asas Mengenali emosi Ikatan

    Emosi kompleks Perkembangan emosi Teori Bowlby

    Ekspresi emosi Takutkan sekolah Mutu ikatan

    Kesan Pembawaan

  • Bab 6: Perkembangan Emosi

    22

    Ikatan merupakan asas perhubungan dan semua perhubungan akrab dan jangka panjang akan terbentuk berdasarkan asas ini.

    RUJUKAN:

    Ainsworth, M. (1973). The development of infant-mother attachment. In B. Caldwell and H. Ricciuti (Eds.), Review of Child Development Research (Vol.

    3).Chicago, Ill.: University ofChicago Press.

    Blagg, N. R. (1990), The Behavioural Treatment of School Phobia,Intervention with Children. Gupta R.M. & Coxhead P. (eds).

    Routledge, London.

    Bowlby, J. (1973). Attachment and loss. Vol 2: Separation: Anxiety and anger. New York: Basic Books.

    Bowlby, J. (1973). Attachment and loss. Vol 3: Loss: Sadness and depression. New York: Basic Books.

    Brotherson, S. (2005). Understanding attachment in young children. Family Science Specialist. NDSU Extension Service.

    Fox, N., Kimmerly, N. & Shafer, W. (1991). Attachment to mother/attachment to father: A meta-analysis. Child Development. 62. 210-225.

    Kail, R. (2008). Child growth and development. Singapore: Pearson International.

    Keogh, B. (2011). Temperament in the classroom: Helping each child find a good fit. GreatSchool Inc. San Francisco.

    Lewis, M. (2000). The emergence of human emotions. In M. Lewis & J. Haviland-Jones (Eds), Handbook of emotions. 265-280. New York: Guilford.

    Montague, D. & Walker-Andrews, A. (2001). Peekaboo: A new look at infants perception of emotion expressions. Developmental Psychology. 37. 826-838.

    Oliver, K. (2002). Understanding your childs temperament. Family and Consumer Services. Columbus. Ohio.

    Perry, B. (2011). Bonding and attachment in maltreated children: Consequences of emotional neglect in childhood. Teacher.Scholastic.com.

  • Bab 6: Perkembangan Emosi

    23

    Reimer, M. (1996). The development and consequences of shame in adolescence. Development Review. 16. 321-363.

    Sharma, V. (1996). Why Some Children Refuse to Go to School. Mind Publications. http://www.mindpub.com