bab 6 (2)

26
TEORI PERTEMBUNGAN BUDAYA TITAS2015 1

Upload: wanarizwan

Post on 10-Jan-2017

373 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 6 (2)

TEORI PERTEMBUNGAN BUDAYA

TITAS2015 1

Page 2: Bab 6 (2)

Menyatakan bahawa dunia akan menjadi homogen dengan dicirikan oleh pemikiran liberalisme dan demokrasi Barat.

Hampir menjadi kenyataan apabila kuasa-kuasa besar blok Timur dilihat mula menerima liberalisme dan demokrasi Barat dalam menentukan hala tuju sosial, ekonomi dan politik.

Negara Rusia dan China sebagai simbol blok Timur sudah mula membuka pintu kepada dunia luar.

TITAS2015 2

Francis Fukuyama: Teori ‘The End of History (1989)

Page 3: Bab 6 (2)

Menjangkakan akan berlaku pertembungan antara tamadun Barat dengan tamadun-tamadun lain yang akan mencorakkan politik sejagat.

Teori ini didasarkan kepada 3 andaian:i. Selepas era perang dingin perbezaan yang paling

ketara antara masyarakat sejagat bukan lagi ideologi, politik dan ekonomi tetapi budaya.

ii. Tamadun merupakan entiti budaya yang terbesar justeru konflik yang bakal timbul adalah disebabkan perbezaan antara budaya yang membawa kepada pertembungan antara tamadun.

iii. Teras utama kepada isu-isu yang berkaitan dengan agenda antarabangsa sebenarnya berkaitan dengan perbezaan yang wujud antara pelbagai tamadun.TITAS2015 3

Samuel P. Huntington:Teori ‘The Clash of Civilization” (1993)

Page 4: Bab 6 (2)

Dampak Peristiwa 11 September

• Peristiwa 11 September 2001 dilihat sebagai kemuncak konflik dunia Islam dengan dunia Barat. Sebelum peristiwa ini, terdapat peristiwa lain yg melibatkan Barat dan Islam. Antaranya:- 1993: World Trade Center pernah diserang oleh Ramzi Ahmes Yousef dikatakan seorang fundamentalis Islam.- 1999: seramai 19 orang tentera AS telah terbunuh dan 300 lagi cedera dalam serangan di Khobar Towers di Dhahran, Arab Saudi.- 1998: kedutaan AS di Dares Salaam dan Nairobi telah dibom menyebabkan 250 terkorban.- Oktober 2000: Kapal USS Cole telah diserang di Yemen menyebabkan 17 orang mati dan 38 cedera.

• Kesemua peristiwa di atas dikaitkan dengan pengganas Muslim sehinggakan banyak pihak mula curiga terhadap masyarakat Islam keseluruhannya. Penduduk Islam asal di negara mereka yg berjuang demi kebebasan mereka turut dilabel sebagai pengganas seperti di Palestin, Kashmir dan Chechnya.TITAS2015 4

Page 5: Bab 6 (2)

Operasi ketenteraan yg diketuai oleh AS di Afghanistan dan Iraq dilihat sebagai satu pencabulan dan penjajahan ke atas masyarakat Islam. Pelbagai sekatan telah dikenakan seperti penyebaran sains dan teknologi, masyarakat Islam hampir tiada peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains dan teknologi di AS dan UK. Malah Jepun juga turut memikirkan dasar hubungan mereka dengan negara Islam.

Selepas peristiwa 11 september, ada banyak dialog antara masyarakat Islam minoriti di AS.

Hasil daripada dialog dan melalui bacaan sendiri tentang Islam maka lebih ramai masyakat bukan Islam majoriti di AS lebih memahami ajaran Islam. Sesetengah pihak berpendapat, masyarakat Islam di AS boleh menyumbang ke arah mewujudkan persefahaman yg lebih baik antara AS dengan dunia Islam pada masa depan.

Oleh itu, perlu ditegaskan bahawa peristiwa-peristiwa serangan yg berlaku seperti digambarkan media Barat adalah pandangan prejudis dan tidak berasas terhadap masyarakat Islam.

TITAS2015 5

Page 6: Bab 6 (2)

DIALOG PERADABAN SEBAGAI MEKANISME MENGHADAPI CABARAN Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

(PBB) mengisytiharkan tahun 2001 sebagai Tahun Dialog Tamadun – dicadangkan oleh Presiden Iran ketika itu, Mohammad Khatami.

Dialog Tamadun mewujudkan persefahaman di antara satu tamadun dengan tamadun yang lain.

TITAS2015 6

Page 7: Bab 6 (2)

• Negara barat menganggap mereka adalah kuasa besar dan sentiasa campurtangan dalam urusan negara lain atas nama keamanan. Namun mereka tidak mengotakan apa yg disarankan sebaliknya mereka terus menakluk dan menguasai budaya, pemikiran dan mencabar nilai-nilai orang Asia.

• Pergaduhan, perbalahan dan konflik sering berlaku di antara negara-negara di dunia. Konflik belaku akibat daripada perbezaan bangsa, kaum, etnik yg berbeza dari segi budaya, agama, politik, ekonomi dan sebagainya.

• Akibat daripada tiada persefahaman dalam perbezaan ini, maka sering berlaku konflik. Salah satu cara untuk menangani konflik adalah dengan cara mengadakan dialog. Atau juga dikenali sebagai Dialog Peradaban.TITAS2015 7

Page 8: Bab 6 (2)

a) Peringkat Lokal:-

Usaha mewujudkan persefahaman di antara pelbagai kaum di Malaysia.

Membincangkan perkara-perkara yang boleh disepakati merangkumi kehidupan beradab, nilai kemanusiaan dan alam tabii.

b) Peringkat Antarabangsa:-

Usaha memupuk kesedaran mengenai kepelbagaian agama, tamadun dan budaya.

Sebagai kaedah penyelesaian masalah yang melanda sesebuah bangsa di dunia.

TITAS2015 8

Page 9: Bab 6 (2)

a) Definisi Dialog Dialog peradaban merujuk kepada perbuatan mendengar kepercayaan,

pengadilan, kerisauan masyarakat bukan hanya terhadap budaya yang berlainan, etnik atau latar belakang kepercayaan tetapi juga perbezaan politik, kedudukan sosial dan kekuatan ekonomi.

Dialog – satu istilah yg merujuk kepada satu pertemuan dan perbincangan antara individu atau kumpulan yg berlainan agama dan ideologi. Tujuannya untuk saling mempelajari di antara peserta sehingga setiap

peserta boleh mengubah pandangannya terhadap sesuatu pemahaman yg lebih baik dan dapat meningkatkan pengalamannya.

Dr Abdel Kader Fustok dalam artikelnya yang bertajuk “A Monologue about Dialogue” menyatakan dialog adalah satu proses yg luas dan mempunyai maksud yg mendalam.

Dialog berasal dr perkataan Yunani “Dia” bermaksud ‘melalui’ dan “Logos” bermaksud ‘kata-kata’ atau ‘makna’. bermaksud proses penyampaian kata-kata atau makna kepada

beberapa orang atau kumpulan.TITAS2015 9

Page 10: Bab 6 (2)

Dialog tidak sama dengan debat atau diskusi. Diskusi - bertujuan memecahkan sesuatu masalah. Debat - bertujuan mengalahkan pendapat orang

lain. Dialog - mengandungi makna yg lebih luas

membawa kepada keadaan semua pihak mendapat manfaat atau dikenali sebagai win-win situation.

Perlaksanaan dialog dilihat penting dan perlu seiring dengan perkembangan pendidikan, komunikasi dan perjalanan yg semakin mudah ditempuhi, peningkatan ekonomi, cabaran globalisasi dan pemanasan global. Perkembangan khazanah budaya dan peradaban juga menyebabkan keperluan dialog semakin relevan.

TITAS2015 10

Page 11: Bab 6 (2)

b) Definisi Peradaban

TITAS2015 11

Tengku Iskandar:1986)

“keadaan serta tingkat kemajuan dalam kehidupan dari segi jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat, atau keadaan masyarakat manusia yg didasarkan oleh taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain); negara yg penduduknya telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran; budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman); dan keadaan pemikiran (budaya dan moral yg halus)”

Prof Syed Muhammad Naguib al-Attas (1977)

keadaan kehidupan insan yg bermasyarakat yg mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yg luhur bagi seluruh masyarakatnya.

Muhammad Jabbar Beg (1985)

elemen-elemen yg kompleks dlm menghasilkan bentuk kota, kesenian, seni bina, agama, undang-undang dan rangka kerja politik.

Page 12: Bab 6 (2)

c) Kepentingan Dialog Peradaban.

Perbezaan dan kepelbagaian peradaban yg wujud adalah penting untuk dikenali oleh semua manusia sebagai sesuatu yg unik dan merupakan satu peluang untuk saling kenal mengenali, mempelajari keunikan peradaban lain yg akhirnya akan melahirkan perngkayaan peradaban.

“The primary motive of civilization dialogue must be a global convivencia, a harmonious and enriching experience of living together among people of diverse religions and cultures” (Asian Renaissance, 1996).TITAS2015 12

Page 13: Bab 6 (2)

d) Matlamat dan Tujuan Dialog Peradaban

Menurut Yusuf Al-Qaradhawi (2001) setiap kejadian yang ada di langit dan di bumi adalah anugerah Allah, seperti firman Allah SWT di dalam surah-surah yang berikut:

surah al-Rum ayat 22: yang bermaksud Allah s.w.t. telah menjadikan langit, bumi, berlainan bahasa dan warna kulit

surah Hud ayat 118-119: yang bermaksud Allah menciptakan manusia berjenis-jenis dan berlainan antara satu dengan yg lain

i. Kepelbagaian perbezaan dalam kalangan manusia adalah penting untuk manusia berinteraksi, bergaul dan bekerjasama atas prinsip kebajikan dan taqwa;

ii. Membuka dialog agar manusia saling dapat memahami bahawa tujuan dialog adalah untuk mendekatkan dan bersefahaman di antara manusia tetapi tidak menghilangkan kewajipan menyeru kepada aqidah dan risalah Islam;

Dalil: Surah al-Hujurat ayat 13: yang bermaksud “Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah

menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan (Adam dan Hawa) dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya”.

TITAS2015 13

Page 14: Bab 6 (2)

iii. Dapat membincangkan antara dua pihak atau lebih pihak bagi mencari jalan penyelesaian yg kreatif dan baru di dalam menangani konflik dan masalah yg dihadapi oleh manusia.

iv. Osman Bakar (1997):- tujuan utama dialog peradaban ialah membawa komuniti-komuniti dari pelbagai latar belakang bersama berinteraksi dan mengenali antara mereka untuk mencari kebaikan bersama kerana dipaksa oleh keadaan untuk hidup bersama walaupun mempunyai kepercayaan agama, cara hidup beragama dan ideologi politik yg berbeza.

v. Untuk mewujudkan saling memahami tentang nilai-nilai, norma, pengalaman sejarah dan realiti budaya yg wujud. Dialog peradaban juga berpotensi besar untuk menghindarkan konflik dlm komuniti peringkat antarabangsa, kebangsaan dan tempatan. (Laporan Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban, 2001)

TITAS2015 14

Page 15: Bab 6 (2)

e) Ciri-ciri Dialog Peradaban.• Menurut Laporan Persidangan Antarabangsa

Dialog Peradaban 2001, ciri-ciri dialog peradaban antaranya ialah:

i. Saling memahami terhadap nilai, norma, pengalaman sejarah dan realiti kebudayaan yg wujud.

ii. Sikap toleran terhadap pemikiran peradaban yg lain. Ini merujuk kepada sikap sedia mendengar dari peradaban orang lain.

iii. Sikap lapang dada dan keterbukaan terhadap pandangan semesta orang lain dengan ekomodasi dalam perspektif diri.

TITAS2015 15

Page 16: Bab 6 (2)

f) Objektif Dialog PeradabanDr Abdul Aziz Othman Altwaijri (1997) telah menggariskan

beberapa objektif dialog peradaban:

1 Saling menghormati

dalam perspektif Islam, merupakan wadah asas dalam dialog sebagaimana dalam al-Quran dan surah al-An’am ayat 108 yg bermaksud; “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yg mereka sembah yg lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan”

2 Persamaan dan keadilan

dalam perspektif Islam, merupakan tapak asas memungkinkan berlakunya perbincangan antara dua atau lebih pihak demi mencapai persetujuan bersama. Tiada pihak yg direndahkan atau diremehkan dan mendapat perhatian secara saksama dan adil di semua tahap dan peringkat.

3 Tolak sikap fanatik dan perkauman

dengan minda yg terbuka luas dan mengamalkan sifat sederhana dlm semua perkara dapat menjamin penolakan terhadap sikap fanatik dan perkauman.

TITAS2015 16

Page 17: Bab 6 (2)

PERANAN DIALOG ANTARA TAMADUN

a. Menjana keterbukaan dan kerjasama.

b. Mengetengahkan agama sebagai dasar utama.

c. Membetulkan kesalahfahaman terhadap tamadun lain.

TITAS2015 17

Page 18: Bab 6 (2)

PEMUPUKAN NILAI-NILAI SEPUNYA MENERUSI DIALOG TAMADUN

Dialog dlm masyarakat perlu diadakan bg membina dan mengukuhkan nilai2 sejagat yg dikongsi bersama dlm tamadun Islam dan tamadun Asia.

Semua peringkat perlu berperanan ke arah ini spt IPT, sekolah, pertubuhan-pertubuhan spt agama, budaya, dan belia, media massa.

Dialog perlu dihidupkan dalam realiti hidup masyarakat yg hidup berbilang kaum dan agama serta budaya.

Jika usaha-usaha ke arah dialog tidak dijalankan secara serius kebarangkalian masyarakat akan terdedah kepada konflik yg berterusan.TITAS2015 18

Page 19: Bab 6 (2)

ISU-ISU DALAM DIALOG TAMADUNAntara isu dalam dialog tamadun adalah:

1 Keganasan dan ketidakadilan

isu ini berpunca daripada kegagalan pelbagai golongan yang terlibat untuk mengatasi masalah yang dihadapi melalui meja rundingan.

2 Perebutan kuasa politik dan ekonomi

terdapat masalah yg berpunca drp perebutan kuasa politik atau ekonomi antara dunia Islam dengan Barat seperti perebutan telaga minyak di Teluk Parsi.

3 Kejahilan tentang tamadun lain

wujud unsur kejahilan di kalangan pihak terbabit hingga mencetus keganasan yg dapat memusnahkan sesuatu tamadun.

4 Layanan buruk layanan buruk terhadap orang Islam yg tinggal di negara Barat boleh mengakibatkan tindak balas yg tidak terkawal.

TITAS2015 19

Page 20: Bab 6 (2)

DIALOG TAMADUN: DIMENSI DALAMAN & DIMENSI LUARAN1) Dimensi Dalaman: Dialog Antara Tamadun Di Malaysia

Perkara yang perlu diberi perhatian dalam konteks ini ialah:

a. Persefahaman antara kaum yang berasaskan nilai budaya dan tamadun sepunya.

b. Rukun Negara sebagai asas tamadun Malaysia.c. Mengambil kira kepercayaan dan amalan

setiap budaya dan tamadun di Malaysia.

TITAS2015 20

Page 21: Bab 6 (2)

Pusat Dialog Peradaban telah ditubuhkan di Universiti Malaya pada tahun 1996 yg bertujuan untuk membentuk proses saling belajar dan saling memahami di kalangan para peserta dialog.

Perlunya dialog peradaban di Malaysia adalah kerana negara ini terdiri daripada pelbagai budaya yang berpotensi kepada perbezaan hubungan dan tekanan antara budaya.

Selain itu kebangkitan nilai-nilai dan budaya Asia ke atas barat, arus globalisasi dilihat sebagai satu keperluan ke atas dialog demi perdamaian

TITAS2015 21

Page 22: Bab 6 (2)

Aktiviti Dialog Peradaban Peringkat Kebangsaan

(Malaysia) 13/1/2001 - “Muslim-Christian Relations” Seminar kedua

Intra Malay Civilization Dialogue: “Wagas Islam, Warisan Melayu dan Weltanschuung Malaysia”.

15/3/2001 – Bengkel sehari “Gender and Civilization” oleh Gender Studies Programme, Faculty of Arts & Sciences and Center for Civilization Dialogue.

28/4/2001 – Dialog “The Role of Poetry and Art in Various Civilizations” dengan kerjasama Dewan bahasa dan Pustaka and Center For Civilizational Dialogue.

23/6/2001 – Forum “Religion and Science: Islamic and Western Perspectives” dilaksanakan oleh Center for Civilizational Dialogue and Academy of Islamic Sciences Malaysia.

TITAS2015 22

Page 23: Bab 6 (2)

2) Dimensi Luaran: Aktiviti Dialog Peradaban Peringkat Antarabangsa.

2-5/9/2001 – International Seminar on Science & Religion: Perspectives of Islamic Civilizations. Dengan kerjasama Center for Theology and Natural Sciences (CTNS).

7-8/1/2002 – Symposium on Environmental, Ethics and Regulation – Case studies in Japan and Malaysia, dengan kerjasama JSPS-VCC Japan.

Jun 2002 – International Conference on Dialogue of Covilations: Exploring the Relationship between Faith and Development, dengan kerjasama SEDS, Malaysia.

18/3/2002 – Public Lecture “Buddist Perspective on Environmental Ethics” oleh Profesor Alastair Stephen Gunn, Chair Philosophy Department, University of Waikato New Zealand.TITAS2015 23

Page 24: Bab 6 (2)

• Perkara yang perlu diberi perhatian dalam konteks ini ialah:-

a. Nilai-nilai sepunya.b. Menghormati realiti dunia berbilang tamadun.c. Saling kebergantunga dalam pembangunan

ketamadunan.d. Memahami isu-isu yang memisahkan antara

tamadun Barat dan tamadun Islam.e. Memahami isu keganasan bukan sahaja dari

perspektif Barat tetapi juga dari perspektif masyarakat Islam dan Asia.TITAS2015 24

Dialog Antara Tamadun Barat Dengan Tamadun Islam & Tamadun

Asia

Page 25: Bab 6 (2)

KESIMPULAN Dialong antara tamadun merupakan kaedah

terbaik dan relevan dalam menangani isu-isu ketamadunan.

Cabaran yg sedang dihadapi oleh dunia pada masa kini hasil daripada pertembungan antara tamadun.

Dialog memungkin perbezaan dan persamaan diwujudkan.

Dialog akan menyuburkan rasa penghargaan, pemahaman dan penerimaan akan hakikat kepelbagaian tamadun, budaya dan agama.

Adab dan etika berdialog amat penting. Budaya berdialog perlu disuburkan di Malaysia.TITAS2015 25

Page 26: Bab 6 (2)

RUJUKAN

Kementerian Pengajian Tinggi. (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam dan

Tamadun Asia. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Ahmad Zaki Abd. Latiff (et.al). (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS).

Shah Alam: Oxford Fajar Afifah Abu Yazid (et.al). (2012). Tamadun

Islam dan Tamadun Asia. Petaling Jaya: Pearson

TITAS2015 26