assignment 1-peralatan dan bahan menjahit

33
ALAT DAN BAHAN MENGUKUR PITA UKUR Pita ukur diperbuat daripada plastic dan hujungnya merupakan logam yang tidakberkarat. Panjang pita ukur yang biasa ialah 150cm. Fungsi Mengambil ukuran badan Untuk mengukur di atas kain dan kertas Mengambi lukuran melengkung dan lurus Cara penggunaan Pilih pita ukur yang mempunyai tulisan yang terang an berlogam paa kedua-dua hujungnya. Gunakan pita ukur yang berkualiti iaitu yang tidak mudah memeri dan berbulu. Cara penjagaan Simpan di tempat yang sepatutnyaiaitu toolbox denganmenggulungdengankemas. Untukmenggulung pita pengukur, mulakan dari angka yang paling besar dan kemudian yang paling kecil.

Upload: tini

Post on 05-Sep-2015

461 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

alat dan bahan menjahit

TRANSCRIPT

ALAT DAN BAHAN MENGUKUR

PITA UKUR

Pita ukur diperbuat daripada plastic dan hujungnya merupakan logam yang tidakberkarat. Panjang pita ukur yang biasa ialah 150cm.

Fungsi

Mengambil ukuran badan

Untuk mengukur di atas kain dan kertas

Mengambi lukuran melengkung dan lurus

Cara penggunaan

Pilih pita ukur yang mempunyai tulisan yang terang an berlogam paa kedua-dua hujungnya.

Gunakan pita ukur yang berkualiti iaitu yang tidak mudah memeri dan berbulu.

Cara penjagaan

Simpan di tempat yang sepatutnyaiaitu toolbox denganmenggulungdengankemas.

Untukmenggulung pita pengukur, mulakan dari angka yang paling besar dan kemudian yang paling kecil.

PEMBARIS SESIKU

Pembaris sesiku merupakan sejenis alatan menjahit yang diperbuat dari plastik yang kukuh.Ada juga yang diperbuat dari logam yang tidak berkarat.Ianya bersudut tepat dan mempunyai permukaan yang licin.

Fungsi

Membuat ukuran

Membuat tandaan garis bersudut tepat

Memastikan ira selari dan serong

Memudahkan kerja mendraf dan penyusaian pola.

Cara penggunaan

Menanda garisan bersudut tepat dan garisan lurus pada pola atau fabrik

Gunakan bahagian melengkung untuk membentuk garis leher dan lubang lengan

Cara Penjagaan

Simpan di tempat yang rata, atau gantung di dalam sarung khas yang dibuat dari kain untuk mengelaknya jatuh dan patah.

ALAT DAN BAHAN MENDRAF

PEMBARIS LURUS

Pembaris lurus juga diperbuatdari plastik yang kukuh. Ada juga yang diperbuat dari logam tahan karat.Permukaannya licin dan rata. . Mempunyai ukuran yang tepat dalam unit metric.

Fungsi.

Untuk membuat garisan lurus dengan tepat.

Untuk menanda ukuran pada pola dan kerja pengubahsuaian.

Memastikan kedudukan ira selari.

Menanda kelepet.

Cara penggunaan

Mengukur dan menanda garisan lurus di kertas pola

Mengukur fabrik

Cara penjagaan

Simpan di tempat yang rata, atau gantung di dalam sarung khas yang dibuat dari kain untuk mengelaknya jatuh dan patah.

PEMBARIS SESIKU

Pembaris sesiku merupakan sejenis alatan menjahit yang diperbuat dari plastik yang kukuh.Ada juga yang diperbuat dari logam yang tidak mudah berkarat.Ianya bersudut tepat dan mempunyai permukaan yang licin.

Fungsi

Membuat garisan lurus

Membuat garis bersudut tepat

Memastikan ira selari dan serong

Memudahkan kerja mendraf dan penyusaian pola.

Cara penggunaan

Membuat garisan bersudut tepat dan garisan lurus pada pola atau fabrik

Gunakan bahagian melengkung untuk membentuk garis leher dan lubang lengan

Cara Penjagaan

Simpan di tempat yang rata

Gantung di dalam sarung khas yang dibuat dari kain untuk mengelaknya jatuh dan patah.

PEMBARIS MELENGKUNG

Pembaris melengkung diperbuat daripada kayu atau plastik. Ianya mempunyai ukuran metrik yang terang dan jelas.

Fungsi

Untuk membentuk garis melengkung seperti garis leher, keruk lengan, rusuk blaus, rusuk skirt dan kaki seluar.

Cara Penggunaan

Gunakannya untuk membentuk garis melengkung seperti garis leher, keruk lengan, rusuk blaus, rusuk skirt dan kaki seluar semasa mendraf pola

Cara penjagaan

Simpan di tempat yang rata

Gantung di dalam sarung khas yang dibuat dari kain untuk mengelaknya jatuh dan patah.

LENGKUK PERANCIS (FRENCH CURVE)

Lengkuk perancis diperbuat daripada bahan plastik lutsinar dan boleh didapati dalam pelbagai bentuk yang berlainan saiz mengikut keperluan penggunaannya.

Fungsi

Untuk membuat garisan melengkung seperti garis puteri, keruk lubang lengan, garis, leher, lisu pemadan, kelengkang seluar, kolar, kocek, karf, dan kepala lengan.

Penyesuaian pola yang lain.

Cara penggunaan.

Gunakannya ketika mendraf garisan melengkung yang bersaiz kecil.

Untuk mendapat garisan lengkung yang sesuai, padankan dari satu titik ke titik yang lain sesuai dan laraskan bersama dengan garisan lengkungan yang lain.

Cara penjagaan.

Simpan di dalam bekasnya supaya kekal lutsinar dan tidak bercalar.

KERTAS PERANG (BROWN PAPER)

Kertas perang (brown paper) adalah sejenis kertas yang digunakan untuk melakar pola pakaian.

Fungsi

Dapat memberi gambaran sebenar mengenai saiz dan ukuran pakaian.

Digunakan sebagai medium untuk memindahkan ukuran dari badan manusia atau patung ke pakaian.

Cara penggunaan

Kertas minyak dibentangkan di atas meja.

Mulakan lakaran pola

Cara penjagaan

Simpan di tempat kering untuk mengelak kertas rosak.

Gulungkan dan simpan.

JARUM PENITI

Terdapat pelbagai jenis jarum peniti. Kebanyakannya diperbuat dari keluli berkilat supaya ia tidak meninggalkan kesan pada fabrik.

Cara penggunaan

Silk pins atau dress makers pin- berukuran 3cm adalah jenis yang halus.

Pin no 15 dan 16 sesuai untuk semua jenis fabric.

Pin no 14 adalah untuk fabrik tebal.

Glassheads pin merupakan antara yang paling tajam tetapi tidak selalu digunakan kerana sifatnya yang mudah patah. Ianya diperbuat dari needlerejects.

Cara penjagaan

Penjagaan perlu bagi mengelakkan jarum menjadi karat.

Simpan jarum peniti dialam kotak khas dan ditabur dengan tepung jagung atau bedak talkum bagi mengekalkan kekeringan jarum.

Gunakan dengan cermat dan jimat.

Sekiranya jatuh ke lantai pungut semula bagi mengelakkan kehabisan dan juga mengelakkan kemalangan yang tidak di ingini.

Alas kotak dengan kain flannel untuk mengelakkan jarum menjadi lembap.

Jarum yang sudah tumpul mestilah dibuang bagi mengelakkan bercampur dengan jarum yang baru seterusnya bagi mengelakkan kesilapan mengambil semula jarum yang tumpul tersebut.

PENSIL TUKANG JAHIT

Biasanya pensil jahit mempunyai dua warna iaitu warna merah dan biru. Warna merah digunakan untuk menanda bahagian depan manakala pensil berwarna biru adalah untuk bahagian belakang.

Fungsi

Pensil tukang jahit digunakan untuk memindahkan kod dan garisan pada pola ke permukaan kain untuk menjamin ketepatan ukuran.

Cara penggunaan

Gunakan pensil untuk tandaan garis dart, tanda pola badan depan dan belakang, pola kiri dan kanan, bahagian kain terbalik, titik-titik penting pada pola, garis tengah suatu pola, garis poket dan applikasi lain, titik lubang kancing dan rumah kancing, dan sebagainya.

Cara penjagaan

Simpan pensil jahit di tempat yang sepatutnya.

Sentiasa pastikan keadaan pensil baik iaitu tidak tumpul semasa memulakan kerja menanda.

RODA SURIH

Roda surih diperbuat dari keluli tahan karat. Roda surih boleh didapati di dalam tiga bentuk. Roda surih yang matanya seperti duri digunakan untuk fabrik-fabrik yang tebal. Yang bergerigi untuk fabrik-fabrik yang nipis dan sederhana tebal, manakala yang licin boleh digunakan untuk semua jenis fabrik. - Roda surih digunakan bersama-sama kertas karbon untuk menanda garisan-garisan pola pada selapisan fabrik atau lebih. FUNGSI

Digunakan untuk memindahkan garisan-garisan pola pada fabrik.

Untuk menanda garisan lain dalam penyesuaian pola.

Cara penggunaan

Mesti digunakan bersama kertas karbon tukang jahit.

Pilih roda surih yang diperbuat daripada keluli.

Untuk mengelakkan kerosakan pada fabrik, tidak digalakkan menekan dengan kuat ketika menanda.

Cara penjagaan

Simpan di dalam kotak jahitan.

Simpan ke dalam sarung selepas digunakan.

Sifatnya yang tajam amat berbahaya kepada kanak-kanak. Sentiasa pastikan ianya tidak berada di merata tempat.

ALAT DAN BAHAN MEMOTONG

GUNTING KERTAS

Penerangan

Guntingkertasdiperbuatdarikelulitahan karat yang mempunyaiskru yang tidakmudahlonggar .Ianyadigunakankhususuntukmengguntingkertas.

Cara penggunaan

Pilihgunting yang tajam

Untukmengawalkerjamenggunting yang baik, pastikantangkaimempunyaisaiz yang berbeza.

Untukmenggunakannya, masukkanjarikedalamlubanggagangguntingdantekangagangberlawananarah.

Cara penjagaan.

Elakkan memotong benda yang keras dan kasar bagi mengelakkan gunting kertas menjadi tumpul.

Sentiasa pastikan gunting berada di tempat yang sepatutnya,

Eelakkan daripada gunting dicapai kanak-kanak untuk mengelakkan kemalangan yang tidak diingini.

KNIFE CUTTER

Knife cutter merupakan alat logam yang tajam dan dijual pelbagai saiz. Ada yang besar dan ada yang kecil. Matanya pula boleh ditukar dan jenisnya ada yang mudah berkarat dan tidak berkarat.matanya boleh dilaras kepanjangannya.

Fungsi

Untuk memotong pola.

Cara penggunaan

Pilihlah pisau yang tajam dan berkeadaan baik bagi mendapatkan hasil kerja yang berkualiti.

Pilih pisau jenis stainless steel bagi mengelakkan pisau berkarat.

Cara penjagaan

Tukarkan kepada mata yang baru selepas kelihatan tumpul.

Dilarang memotong benda yang keras dan kasar bagi mengelakkan pisau menjadi tumpul.

Sentiasa berhati-hati ketika menggunakannya dan jauhkan dari kanak-kanak kerana ianya sangat merbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan.

SNIPPER

Fungsi

Digunakan untuk memotong bahagian yang sempit dan kecil.

Untuk snip kelim dan basi kelim.

Untuk memotong lebihan benang.

Untuk menggunting benang dan lubang butang.

Cara penggunaan

Pilihla pisau yang tajam dan berkeadaan baik bagi mendapatkan hasil kerja yang berkualiti.

Cara penjagaan

Sekiranya tumpul tukarkan yang baru bagi mempercepatkan kerja.

Dilarang memotong benda yang keras dan kasar bagi mengelakkan pisau menjadi tumpul.

Sentiasa berhati-hati ketika menggunakannya dan jauhkan dari kanak-kanak kerana ianya sangat merbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan.

Simpan ke dalam bekas khas.

ALAT DAN BAHAN MENJAHIT

GELENDONG

Gelendong adalah alat untuk menggulung benang di bahagian bawah. Gelendong diperbuat daripada logam, ada juga yang diperbuat dari plastic lutsinar. Ianya akan ditempatkan di dalam sekoci.

Fungsi

Berfungsi sebagai pengisi benang bawah.

Membolehkan sulaman jahitan berlaku.

Cara penggunaan

Masukkan benang pada tiang pemegang benang.

Tarik benang dan gulungkan sedikit ke dalam gelendong.

Masukkan gelendong ke dalam sekoci.

Tekan tuas pemusing gelendong dan pastikan skru pemberhenti jahitan dilonggarkan.

Jalankan mesin untuk menggulung benang.

Apabila gelendong telah penuh, pemusing gelendong akan berhenti dengan sendirinya dan tuas pemusing akan terangkat.

Cara penjagaan

Susun gelendong di dalam toolbox dengan kemas dan teratur bagi memudahkan kerja.

Sapu sedikit minyak bagi mengelakkan gelendong menjadi karat.

Gelendong yang berkarat akan menyebabkan benang melekat padanya dan mengakibatkan jahitan berkedut atau tarik.

SEKOCI

Sekoci merupakan alat menjahit logam dan mempunyai skru pelaras di bahagian luarnya. Sekoci mempunyai dua jenis iaitu untuk jenis jahitan biasa dan jahitan sulam. Sekoci sulam mempunyai dawai berputar di atasnya.

Fungsi

Sebagai tempat gelendong (spul) yang mengatur regangan benang bawah.

Mengatur pengeluaran benang bawah.

Berfungsi member sulaman jahitan yang baik.

Cara penggunaan

Pegang sekoci ditangan kiri dan gelendong di tangan kanan.

Masukkan gelendong yang telah penuh ke dalam sekoci.

Tarik benang pada laluan benang.

Sisipkan benang ke bawah spring sekoci.ak cantik.

Tarik benang keluar pada hujung sekoci.

Masukkan sekoci ke dalam rumah sekoci.

Cara penjagaan

Pastikan sekoci sentiasa disapu dengan minyak bagi mengelakkan sekoci berkarat.

Sekoci yang berkarat boleh menyebabkan benang melekat padanya dan akhirnya mendapat hasil jahitan yang tidak cantik.

Sekiranya jahitan bawah kurang regangannya, laraskan skru yang terdapat pada badan sekoci.

JARUM MESIN

Jarum mesin diperbuat daripada logam tahan karat selalunya keluli. Terdapat pelbagai saiz dan jenis.

HA = untuk mesin jahit biasa(kepala hitam or portable)Seperti Singer,Brother dan yang lain2.DB= untuk mesin industri highspeed yang jahit lurus. Seperti mesin jahit Brother,Juki,Jelita .DP = untuk mesin industri Singer yang boleh jahit lurus dan sulam.DC = mesin jahit tepi industri. Seperti Singer,Brother,Juki dan lain2.

Cara penggunaan:

Sebelum menjahit pilih saiz jarum mesti ikut kesesuaian kain yang hendak di jahit.no 9 = untuk kain nipis/halusno 11= untuk kain licin/suterano 13&14 = untuk kain biasa /cottonno 16 = untuk kain sederhana tebal/ langsirno 18 = untuk kain tebal/ jeans dan lain2jarum emas=untuk kain lycra/jersey

Cara penjagaan :

Penjagaan perlu bagi mengelakkan jarum menjadi karat.

Simpan jarum peniti dialam kotak khas dan ditabur dengan tepung jagung atau bedak talkum bagi mengekalkan kekeringan jarum.

Gunakan dengan cermat dan jimat.

Sekiranya jatuh ke lantai pungut semula bagi mengelakkan kehabisan dan juga mengelakkan kemalangan yang tidak di ingini.

Alas kotak dengan kain flannel untuk mengelakkan jarum menjadi lembap.

Jarum yang sudah tumpul mestilah dibuang bagi mengelakkan bercampur dengan jarum yang baru seterusnya bagi mengelakkan kesilapan mengambil semula jarum yang tumpul tersebut.

JARUM TANGAN

Jarum tangan berbentuk tirus dan tajam. Jarum yang selalu digunakan adalah bernombor 7,8,dan 9.

Fungsi:

Digunakan untuk menjahit semua jahitan tangan pada kain, contohnya jahitan jelujur.

Cara penggunaan:

Pilih jarum sesuai dengan jenis kain.

Jarum yang kasar dan panjang digunakan untuk menjahit kain yang tebal.

Jarum yang halus untuk jenis kain yang nipis dan lembut.

Angka 9-10 untuk kain yang halus.

Angka 12-14 untuk kain sederhana.

Angka 14-16 untuk kain yang tebal.

Cara penjagaan:

Penjagaan perlu bagi mengelakkan jarum menjadi karat.

Simpan jarum peniti dialam kotak khas dan ditabur dengan tepung jagung atau bedak talkum bagi mengekalkan kekeringan jarum.

Gunakan dengan cermat dan jimat.

Sekiranya jatuh ke lantai pungut semula bagi mengelakkan kehabisan dan juga mengelakkan kemalangan yang tidak di ingini.

Alas kotak dengan kain flannel untuk mengelakkan jarum menjadi lembap.

Jarum yang sudah tumpul mestilah dibuang bagi mengelakkan bercampur dengan jarum yang baru seterusnya bagi mengelakkan kesilapan mengambil semula jarum yang tumpul tersebut.

BENANG

Terdapat banyak jenis benang di pasaran . Antara yang biasa digunakan adalah benang jahit, benang mouline, benang suji dan benang bordir.

Fungsi

Untuk menjahit fabrik dan menghias pakaian.

Cara penggunaan.

Pilih benang mengikut kesesuaian jahitan.

Halus kasar benang ditentukan menurut nombor benang. Makin tinggi nombor benang makin halus benang tersebut. Misalnya benang jahit no. 60 lebih halus dari benang no. 50 dan no. 40.

Gunakan benang yang sepadan warnanya dengan fabrik atau lebih gelap warnanya dari fabrik.

Cara penjagaan

Sentiasa susun benang dengan kemas di dalam bekas jahitan agar benang tidak berselirat dan akhirnya menyukarkan kerja.

FABRIK

Fabrik dihasilkan daripada gentian asli atau gentian buatan.Gentian ini diproses untuk dijadikan yarn,benang dan seterusnya menghasilkan fabrik.Fabrik dihasilkan dengan kaedah tenun,kait,dan tanpa tenun.Mencelup warna kepada fabrik dilakukan ketika dalam bentuk yarn ataufabrik. Corakdi atas fabrik dibuat dengan menggunakan pelbagai kaedah. Terdapat juga fabrik yang diberi kemasan untuk memperbaiki kualiti.

Terdapat banyak jenis fabrik di pasaran. Sifat dan jenis yang berbeza dapat membantu para pereka fesyen dalam menghasilkan pakaian yang berkualiti. Pemilihan fabric dengan bijak perlulah bersesuaian dengan bentuk tubuhwarna kulit dan iklim.

Jenis-jenis fabrik

COTTONKain yang asalnya daripada serat kapas. Kapas membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Oleh itu ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab seperti di Malaysia ini. Banyak dijadikan bahan untuk membuat blouse, jubah, selimut dan sebagainya. Ia juga senang untuk dicuci.Antara ciri ciri lainnya: Nyaman dan mudah menyerap keringat saat digunakan. Kain terasa dingin di kulit dan sedikit kaku. Kain akan rosak apabila direndam lebih dari 2 jam. Noda dari makanan dan minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent. Boleh dicuci atau di dry clean. Tidak mudah kusut saat dicuci.Apabila dibakar baunya seperti kertas terbakar, hasil pembakarannya akan menjadi abu dan jalannya api lambat.Ada pelbagai jenis kain cotton. Berikut adalah sebahagian jenis kain cotton yang popular dalam pembuatan pakaian.

Cotton Jepun (Japanese Cotton)Kain cotton yang paling eksklusif kerana sifatnya yang halus, ringan dan berkualiti. Sekilas pandang sama seperti cotton biasa, tetapi jika diperhatikan secara teliti ia mempunyai ciri khusus seperti:

Di bahagian sisi hujung bahan terdapat tulisan japan design dan atau terdapat kod warna pada kain tersebut. Daya menyerap keringat lebih bagus. Harga lebih mahal daripada kain cotton lain di pasaran. Permukaan kain lebih halus. warna lebih awet dan tahan lama. sering digunakan untuk blouse wanita, gaun, jubah, telekung dan sebagainya ii.Cotton ParisMempunyai ciri-ciri yang sama seperti cotton Jepun tetapi cotton Paris lebih nipis. Ia biasa digunakan untuk blouse wanita, tudung dan jubah. Ianya kedua popular selepas Cotton Jepun. Namun ia paling ringan dan mudah menggerbang apabila ditiup angin. iii.Cotton SilkCotton jenis ini ada 2 jenis iaitu yang nipis dan tebal. Ciri-ciri kain cotton ini adalah : permukaan kain lebih mengkilap. harga sedikit lebih mahal di atas cotton biasa, namun tidak semahal cotton Jepun daya serap keringat paling rendah. warna kilapnya tahan lama meskipun sering dicuci. iv.Cotton minyakKain cotton ini sama seperti cotton lainnya cuma permukaannya terkesan berminyak (kilapnya lain dengan cotton silk). harga sama dengan cotton biasa. daya serap keringat yang baik kilap akan berkurang setelah beberapa kali pencucian. v.Cotton biasa motifnya macam-macam : polos, garis, kotak, bunga atau abstrak. harga lebih murah. daya serap keringat sederhana bagus. warnanya tahan lama meskipun masih dibawah cotton Jepun2. JACQUARDMerupakan kain yang memiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukan dicetak di atasnya. Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard. Oleh kerana itu fabrik ini dinamakan JACQUARD. Ia memberikan fleksibiliti dalam menentukan corak tenunan di atas kain.Jacquard ni berkilat dan licin. Ada yang memang suka kain jenis ni sebab shining and colornya terang. Masalah pada kain ni ialah susah nak iron sikit3. CREPESejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut.Fabrik crepe ini bersifat jatuh. Senang untuk dibentuk, fabrik yang selesa dan tidak panas. Sesuai juga dijadikan blouse, jubah, baju melayu lelaki dan lain-lain. Fabrik crepe ini juga terdapat banyak jenis seperti satin crepe, poly crepe.4. RAYONRayon atau biasa disebut rayon viscose terbuat dari serat semi sintetik berbahan baku terbuat dari alam iaitu kayu yang memiliki kadar selulosa tinggi. Pakaian dengan bahan Kain rayon digunakan sangat nyaman dan selesa dipakai dalam pelbagai keadaan. Kain rayon ini sendiri masih banyak jenisnya dari kain rayon yang bertekstur kasar hingga halus dan lembut.5. KAIN ORGANZASecara mudahnya,kain organza ini dibuat dari sutera dan harganya sangatlah mahal kerana tenunannya yang sukar,nipis . Namun kebanyakan organza moden diperbuat daripada bahan sintetik seperti poliester @ nilon bagi memberi peluang kepada yang kurang mampu untuk mencuba kain organza.Biasanya kain organza ini digunakan untuk membuat pakaian pengantin.6. KAIN CHIFFONBiasanya diperbuat daripada sutera,kapas dan sintetik fiber. Chiffon mempunyai tekstur yang lembut, beralun dan ringan. Chiffon sesuai dibuat gaun, riben, pakaian dalam, pakaian tradisional dan moden. Oleh kerana sifatnya yang tembus cahaya (transperent) biasanya chiffon dilapisi dengan kain pelapik (lining) sama ada dari kain satin atau kain lapisan dalam yang lain.

Teksturnya yang lembut juga didatangi dengan satu warna, gabungan 2 atau lebih warna sama ada terang atau lembut. Antara jenis chiffon di pasaran:

Chiffon Sutera

Menjadi pilihan untuk tudung dan shawl kerana dilhat dari segi keselesaan kepada pemakainya dan juga berkualiti. Harganya agak mahal dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan cuciannya memerlukan cucian kering. Hasil buatannya halus dan diminati ramai.

Chiffon Goldline

Hasil buatanya halus dan teliti. Harganya agak mahal tetapi tetap diminati ramai.

Chiffon Georgette

Fabrik ini adalah gabungan fabrik chiffon dan georgette. Menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah dari segi penjagaan dan juga dari segi bajet ianya lebih murah berbanding chiffon sutera. Penjagaannya mudah dan boleh dicuci dengan air.

Double Chiffon

Kain lebih tebak dan kurang tembus cahaya berbanding kain chiffon biasa.

Chiffon Plain

Menjadi pilihan kepada mereka yang tidak suka corak pada kain.

Chiffon Bercetak (Printed Chiffon)

Mempunyai motif bercetak dengan pelbagai jenis corak bunga dan abstrak.

Chiffon Paisley

Mempunyai motif bercorak paisley.

Chiffon Tribal

Mempunyai motif bercorak tribal

Ada juga chiffon yang lain seperi Viscose Chiffon, Polyester Chiffon, Silk Chiffon, Cerutti Chiffon, Paris Chiffon, Crepe Chiffon dan Blend Chiffon.

Ada juga yang didatang khas bersama kain pelapik (lining), bertatah batu dan juga bermanik.

7. KAIN SATINIa biasanya licin, mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama. Permukaannya mengkilap, digunakan membuat gaun labuh, jubah, blouse, kemeja, lingerie dan baju pengantin.8. POLYESTERBahan polyester memiliki daya tahan yang kuat. Kelemahannya adalah kerana sifat bahan terasa panas dibadan.Antara ciri-ciri lainnya : Bahan terasa panas dibadan. Tidak menyerap keringat. Apabila kulit anda sensitive dan bermasalah, disarankan supaya tidak memakai bahan pure polyester kerana akan merosakkan lagi kulit anda. Noda minyak dan noda makanan susah dihilangkan dari pakaian Tahan direndam dalam air lebih dari 3 jam9. SUTERABahannya lembut, sejuk dan berkilau.Antara ciri-ciri lainnya : Sangat lembut dan licin dikulit dan bahannya jatuh (flowing). Menyerap keringat Perlu dry cleaning supaya kualiti warna dan kainnya bertahan lama.10. VISCOSEAntara ciri cirinya: Terasa lembut dan dingin di kulit Bahannya jatuh, tidak kaku dan warnanya mengkilat Menyerap keringat Pakaian / bahan akan rosak apabila direndam dengan detergent lebih dari 1 jam Boleh dicuci atau di dry clean Noda dari makanan atau minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent11. LINENBahannya yang kaku dan dingin, maka linen sangat sesuai untuk produk produk pakaian kasual dan dressAntara ciri-ciri lainnya : Bahannya kaku dan dingin. Permukaan kain agak kasar Menyerap keringat. 4x lebih lasak dari cotton Tahan dijemur (Tahan terhadap panas sampai 450 0 F). Kain akan rosak apabila direndam lebih dari 1 jam12. SONGKETSongket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fabrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu.13. LYCRADikenal juga sebagai spandex. Sifatnya elastis(boleh meregang) kuat dan memiliki ketahanan gosokan yang tinggi. Fabrik lycra boleh meregang sehingga 500%. Ia banyak digunakan dalam pembuatan blouse, jubah, baju renang dan lain-lain14. WOOL PEACHWoolpeach adalah bahan kain yang terbuat dari katun,sutra, dan campuran serat sintetis, bahan ini umumnya ringan namun tidak tembus pandang. Disebeabkan ia dibuat dari campuran serat sintetis, warna printing pada Woolpeach biasanya lebih hidup daripada kain jenis lainnya seperti chiffon, sutera, satin, katun,dan lain-lain.Kain wool peach sifatnya jatuh, tapi tebal. Ia tidak jarang, tidak seperti kain chiffon yang transparent. Ia tidak panas apabila dipakai, tapi jika dibandingkan dengan dengan kain cotton, kain cotton lebih dingin apabila dipakai. Ia tidak mudah kusut dan senang diseterika. Sifatnya tidak berkilau. Kain wool peach banyak digunakan di negara Arab untuk membuat Jubah.

Cara penjagaan

Pastikan fabrik bersih dan sekiranya terdapat kotoran segera basuh, elakkan direndam terlalu lama.

Lipat atau gulung dengan kemas dan simpan rapi.

ALAT DAN BAHAN MENGACU

PATUNG (SAIZ STANDARD)

Patung atau mannequins adalah alat yang digunakan untuk memberi gambaran sebenar produk siap pakaian. Patung yang kebanyakan digunakan pada ketika ini diperbuat dari pelbagai material, biasanya dari gentian kaca dan plastic. Patung dari gentian kaca lebih mahal daripada patung plastik. Patung gentian kaca tidak tahan lama tetapi kelihatan lebih realistik.

Fungsi:

Digunakan sebagai displaypakaian.

Digunakan semasa proses membuat pakaian. Dikenali sebagai tailor dummies ukuran diambil dari patung ini, dan dipindahkan ke pola dan seterusnya ke fabrik.

Cara penjagaan

ung patung terjatuh kerana patung mudah rosak atau rosak.

Elakkan menggantung minuman.

Simpan selepas digunakan dan simpan di tempat kering dan bersih.

BADAN MANUSIA (UKURAN INDIVIDU)

Dalam pembuatan pakaian, manusia sebenar digunakan bagi mendapatkan saiz yang lebih tepat. Oleh itu saiz yang digunakan membolehkan si pemakai lebih selesa dengan pakaian yang dihasilkan. Berbanding dengan patung, saiz manusia adalah lebih spesifik dan tidak umum.

Fungsi

Memberi ukuran sebenar yang tepat mengikut individu.

Cara penggunaan

Ambil ukuran-ukuran berikut iaitu keliling leher, keliling dada, keliling pinggang, dan lain-lain

PENITI

Terdapat pelbagai jenis jarum peniti. Kebanyakannya diperbuat dari keluli berkilat supaya ia tidak meninggalkan kesan pada fabrik.

Fungsi

Digunakan untuk menyemat fabrik pada patung.

Untuk menetapkan kedudukan fabric

Supaya pengubahsuaian saiz dapat dilakukan

Cara penggunaan

Silk pins atau dress makers pin- berukuran 3cm adalah jenis yang halus.

Pin no 15 an 16 sesuai untuk semua jenis fabric.

Pin no 14 adalah untuk fabric tebal

Glassheads pin merupakan antara yang paling tajam tetapi tidak selalu digunakan kerana sifatnya yang mudah patah. Ianya diperbuat dari needlerejects

Cara penjagaan

Penjagaan perlu bagi mengelakkan jarum menjadi karat.

Simpan jarum peniti dialam kotak khas dan ditabur dengan tepung jagung atau bedak talkum bagi mengekalkan kekeringan jarum.

Gunakan dengan cermat dan jimat. Sekiranya jatuh ke lantai pungut semula bagi mengelakkan kehabisan dan juga mengelakkan kemalangan yang tidak di ingini.

Alas kotak dengan kain flannel untuk mengelakkan jarum menjadi lembap.