apresiasi dan kritikan seni
DESCRIPTION
kritikan karyaTRANSCRIPT
Proses Deskripsi/ Menggambarkan
Apresiasi dan kritikan seni merupakan salah satu cara bagi menghargai sebuah hasil
karya seseorang pelukis.melalui pendekatan ini, setiap hasil karya yang dihasilkan oleh pelukis
dapat dihayati dengan lebih mendalam dan seterusnya masyarakat dapat memahami apa yang
terkandung dalam sesebuah lukisan itu tidak kira samada secara langsung atau tidak
langsung.oleh hal yang demikian, dalam memberikan kritikan serta komen yang bernas bagi
setiap karya kita haruslah mengamati karya itu dengan bersungguh-sungguh dan memahaminya
dengan lebih mendalam. Terdapat beberapa proses dalam apresiasi seni ini iaitu proses
menggambarkan, menganalisa, tafsiran, dan akhir sekali penilaian.proses-proses ini perlu bagi
menghasilkan sebuah apresiasi dan kritikan yang mantap dan berkesan.
Proses menggambarkan bermaksud mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat
tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip
dan struktur. Manakala proses menganalisa ialah menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak
seperti unsur-unsur seni, prinsip dan struktur.selain itu juga ia bermaksud menganalisa kualiti
ekspresif seperti mood dan suasana. Kita juga akan menghuraikan stail sesuatu karya tersebut.
Seterusnya, proses tafsiran pula adalah mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat
tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan. Kita juga
akan mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi ( persamaan) untuk
menjelaskan makna tersebut. Akhir sekali proses penilaian iaitu membuat penilaian berdasarkan
kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi.Menilai hasil seni
berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan,
sejarah serta keseniannya.
Berdasarkan karya yang telah kami perolehi, saya dapat melihat beberapa objek atau
subjek yang telah dilukis oleh karyawan tersebut. Beliau telah melukis sejenis buah-buahan yang
diletakkan di dalam sebuah pinggan besar yang diletakkan di atas meja berdekatan dengan
tingkap. Buah yang dilukis merupakan buah peach dan dilukis dalam jumlah yang banyak. Buah
itu juga di warnakan dengan warna yang agak terang mungkin menunjukkan buah tersebut telah
masak ranum. Di dalam pinggan itu juga kelihatan daun-daun yang masih hijau. Kelihatan
seperti kain langsir berwarna gelap terjurai bersebelahan dengan pinggan buah tersebut. Apa
yang dapat kami perhatikan lagi daripada karya tersebut ialah sebuah bukit yang diwarnakan
dengan warna gelap yang berkemungkinan suasana pada waktu tersebut gelap dan mungkin
senja. Kelihatan juga seperti matahari sedang terbenam di balik bukit tersebut.
Proses Menganalisa / Analisis
Dalam proses analisis kita perlu menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti
unsur-unsur seni, prinsip dan struktur.selain itu juga ia bermaksud menganalisa kualiti ekspresif
seperti mood dan suasana. Kita juga akan menghuraikan stail sesuatu karya tersebut.
Pelbagai unsur seni yang dapat kami perhatikan dalam karya tersebut. Antaranya, unsur
garisan. Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak
tertentu. Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan
bentuk, ruang, dan pergerakan. Terdapat pelbagai jenis garisan yang digunakan dalam karya
antaranya ialah garisan halus,garisan tebal, garisan beralun, garisan berpancar, garisan
berlingkar, garisan berserabut, garisan bersudut-sudut, garisan bergerigi, garisan berbiji, garisan
berbulu, garisan putus-putus dan garisan berduri. Fungsi garisan ini ialah bagi menimbulkan
rupa, menimbulkan bentuk, menimbulkan ilusi cahaya dan bayang, mewujudkan ruang,
menghasilkan jalinan, menghasilkan motif pada reka corak, mewujudkan ton, menghasilkan
pelbagai asas corak garisan grid.
Berdasarkan apa yang dapat dilihat dalam karya ini, kami mendapati bahawa pengkarya
telah menggunakan banyak unsur garisan dalam menghasilkan karya beliau. Pengkarya telah
menggunakan banyak jenis garisan bagi menghasilkan corak dan rupa yang beliau inginkan.
Melalui penggunaan garisan tersebut beliau telah berjaya menghasilkan cahaya dan bayang
dalam karyanya. Hal ini dapat dilihat di dalam karya beliau tredapat banyak bayang yang
diwarnakan dengan warna yang gelap. Sebagai contohnya, gambar bukit yang berwarna hitam
manakala di belakang bukit kelihatan agak terang. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat cahay
dibelakang bukit yang menyebabkan permukaan bukit menjadi gelap akibat daripada bayang
tersebut.
Selain itu, pengkarya ini telah menggunakan unsur garisan ini untuk menghasilkan ton
warna. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dalam karya beliau. Penggunaan berus dalam
menghasilkan karya ini telah menampakkan pengkarya menggunakan garisan-garisan yang
bertindih. Garisan ini diwarnakan dengan warna yang sesuai bagi mewujudkan ton yang seakan
serupa dengan objek yang asal dan ianya juga menjadikan karya tersebut lebih harmoni sesuai
dengan persekitaranya.
Seterusnya ialah unsur jalinan. Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu
benda. Terdapat 2 jenis jalinan iaitu jalinan sentuh – jalinan yang dapat dirasai dengan
sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan catan teknik impasto dan jalinan tampak – jalinan yang
hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah
tembikai dan gambar foto. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu
benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu
kucing, belang pada harimau dan lain-lain. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan
Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi
dan nilai-nilai yang tersendiri.
Pengkarya juga menggunakan unsur jalinan dalam mendapatkan kesan seperti objek asal
yang telah dilukis oleh beliau. Beliau telah menggunakan teknik jalinan sentuh iaitu teknik
impasto. Beliau telah menggunakan teknik ini bagi menghasilkan kesan yang dapat dirasai oleh
audien apabila menyentuh karya beliau. Bagi menghasilkan teknik ini beliau telah menggunakan
cat terus daridalam tiub dan di calitjan di atas kanvas. Teknik ini akan diulang sehinggan ianya
menjadi tebal bagi menjadikan objek yang dilukis mendaoat kesan yang berbeza daripada teknik
catan yang biasa digunakan.
Setelah itu, antara prinsip rekaan yang diterapkan dalam kebanyakan karya adalah
Harmoni yang membawa maksud aman dan damai. Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil
ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang. Harmoni wujud dalam penggunaan
garisan dan warna. Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah.
Penggunaan teknik garisan dan pemilihan warna yang seimbang dalam menghasilkan karya yang
harmoni. Pertindahan garisan-garisan yang seimbang menjadikan ianya seimbang. Manakala
pemilihan warna yang sesuai juga seperti pemilihan warna panas dan sejuk menjadikan karya
beliau nampak seimbang.
Selain itu, kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah
dalam sesuatu gubahan. Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus,
mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan. Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan
unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan. Pengkarya telah menggunakan media catan yang
berlainan bagi mendapatkan hasil yang lebih kontra dalam karyanya. Hal ini dapat mewujudkan
menarik minat audien serta mengelak dari kebosanan apabila dilihat. Audien akan tertarik dan
mula mencetuskan ideamereka apabila memandang karya tersebut. Oleh itu prinsip kontra ini
amat membantu menjadikan lukisan tersebut lebih menarik.
Irama dan Pergerakan. Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun,
berpancar, bersinar-sinar. Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup
dan realistik terhadap sesuatu gubahan. Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak,
taufan dan sebagainya. Sebagai contohnya, dalam karya ini kita dapat melihat kain langsir yang
jatuh terjurai di tepi pinggan yang berisi buah.
Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam
sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam
sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat dilihat melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa
dan warna yang pelbagai dalam karya ini.
Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan.
Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa. Karya ini sememangnya
menampakkan suasana yang tenteram dan selesa oleh kerana pemilihan warna nya yang sesuai
dan tidak terlampau terang menyebabkan audien yang memerhatikan karya beliau terasa tenang.